Kisah Kancil dan Gajah Kisah Kancil dan Gajah WAN NURHIDAYATI BINTI WAN MANAP TAHAP 2
Kisah Kancil dan Gajah Kisah Kancil dan Gajah WAN NURHIDAYATI BINTI WAN MANAP
Di sebuah hutan, tinggal seekor kancil yang bernama Kiki dan gajah yang digelar sebagai Jumbo. Mereka berkawan tetapi Jumbo kurang senang dengan Kiki. 1
2
Kiki merupakan haiwan yang bijaksana di dalam hutan itu. “Aku tidak suka dengan Kiki yang berlagak pandai itu. ” kata Jumbo. Jumbo bersikap bongkak kerana saiznya jauh lebih besar daripada Kiki. 3
Jumbo yang merasa hebat sentiasa mengejek kancil yang kecil dan lemah di matanya. “Sekali aku pijak si Kiki patah riuk tulangnya aku kerjakan. ” kata Jumbo. Walau bagaimanapun, Kiki tetap bersikap biasa dan berkawan dengan Jumbo. 4
Pada suatu hari, kawasan hutan yang dihuni oleh kelompok gajah dikejutkan dengan sebuah kebakaran kecil. Jumbo terkejut dan sangat panik. Semua gajah lain berlari menyelamatkan diri. 5
6
Jumbo buntu mencari jalan keluar untuk menghentikan kebakaran tersebut. “ Tolong! Tolong! “ Tiba-tiba Jumbo terserempak dengan Kiki. Jumbo segera meminta tolong daripada Kiki. 7
8
Kiki menggunakan akalnya yang bijaksana untuk menolong Jumbo. “Aku tahu sungai yang berdekatan dengan kawasan ini. Jom ikut aku” . Mereka bersama-sama mencari sumber air untuk memadamkan api. 9
10
Tidak lama kemudian, mereka berjaya menemui sebatang sungai. Jumbo sangat bersyukur dan lega. Tanpa membuang masa, Jumbo membawa air dan berlari ke kawasan kebakaran itu. Jumbo memadamkan api dengan bersungguh-sungguh. 11
12
Ahli keluarga Jumbo turut membantu dan memberi semangat. “Jumbo tolong selamatkan rumah kita!” . Setelah itu, api terpadam sepenuhnya dan Jumbo berasa amat lega. Gajah-gajah lain bersorak gembira kerana tempat tinggal mereka tidak musnah dijilat api. 13
14
Jumbo sangat bersyukur kerana bertindak dengan cepat. “Nasib baik Kiki muncul membantu aku tadi. ” kata Jumbo. Jumbo berasa segan dan malu terhadap Kiki kerana sikapnya selama ini. 15
16
Namun, Jumbo tetap mengucapkan terima kasih kepada Kiki yang telah membantunya tadi. “ Terima kasih Kiki, aku tidak mampu membalas jasa kau. Kerana kau, aku telah berjaya memadamkan api dan menyelamatkan hutan serta semua makhluk yang tinggal di sini. ” kata Jumbo. 17
18
Kiki tersenyum gembira kerana dapat menolong kawannya dalam kesusahan. “ Sama-sama Jumbo, kau kan kawan baik aku, aku pasti akan bantu kau jika kau memerlukan bantuan” kata Kiki. Jumbo kini sedar dan mengakui kebijaksanaan Kiki. 19
Sejak daripada kejadian itu, Kiki dan Jumbo berkawan rapat. Mereka dilihat sentiasa bersama ke mana-mana jua mereka pergi. Peristiwa ini benarbenar telah mengajar Jumbo bahawa Kiki yang kecil itu juga memiliki kelebihan yang tersendiri. 20
21
PENGAJARAN Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Oleh itu, kita janganlah menilai sesuatu daripada luarannya sahaja. 22
SINOPSIS Mengisahkan tentang seekor kancil dan gajah yang dikenali sebagai Kiki dan Jumbo. Kiki dan Jumbo berkawan tetapi dalam diam Jumbo tidak menyukai Kiki. Jumbo bersikap sombong dan sentiasa mengejek Kiki. Namun, suatu peristiwa telah berlaku yang menyedarkan Jumbo bahawa Kiki ikhlas berkawan dengannya.