EJAAN KATA
PINJAMAN
PERKATAAN YANG MENGIKUT
IMBUHAN PINJAMAN
-sebarang perkataan yang mengikut
imbuhan pinjaman juru,maha dan
tata perlu dieja bercantum
CONTOH:
jurujahit
jurujual
mahasiswa
tatacara
KESALAHAN AYAT
-berlaku apabila pengguna tidak
mematuhi peraturan-peraturan yang
tersedia ada.
-kesalahan ayat biasanya berlaku pada
ayat inti,ayat tanya,ayat aktif,ayat pasif
dan kesalahan semantik
CONTOH KESALAHAN AYAT
i) Abang menghadiahkan isterinya seutas gelang emas.
Abang menghadiahi isterinya seutas gelang emas.
ii) Kedai Jam itu terletak antara bank dan pusat membeli-
belah.
Kedai Jam itu terletak di antara bank dan
membeli-belah
KATA NAMA AM YANG MENGIKUTI
IMBUHAN PINJAMAN
-sebarang kata yang mengikuti imbuhan
pinjaman
anti,pro,pasca,multi,dwi,swa,ekodan pra
perlu dieja berdekatan
CONTOH
antidadah
antirasuah
multimedia
KESALAHAN KATA
-berlaku kerana terdapat banyak perkataan yang membawa maksud
yang hampir sama sehingga gagal memilih perkataan yang sesuai
Kesalahan Menggunakan Kata Ganti Diri
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
Kata ganti diri terbahagi kepada tiga, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua
dan diri orang ketiga.
Contoh :
(a) kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan
hamba.
(b) Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan
dikau.
(c) Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA
HUBUNG
CONTOH:
-Setiap hari Ali dan Abu pergi ke
sekolah bersama-sama dan pulang
dari sekolah bersama-sama.
-Setiap hari Ali dan Abu pergi ke sekolah bersama-sama
serta pulang dari sekolah bersama-sama.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI
CONTOH:
-Minuman itu tidak untuk ayah.
-Minuman itu bukan untuk ayah.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI
CONTOH:
-Adalah diberitahu bahawa mesyuarat akan
ditangguhkan.
-Dengan ini,diberitahu bahawa mesyuarat
akan ditangguhkan.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA
-kata sendi nama biasanya terletak di hadapan kata
nama dan frasa nama. Contoh: di,
daripada,kepada,pada.
CONTOH AYAT:
-Arshad berasal daripada Korea.
-Arshad berasal dari Korea.
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANDA
CONTOH:
-Undang itu telah dikuatkuasakan bermula 12
Januari 2023.
-Undang-undang itu telah dikuatkuasakan
bermula 12 Januari 2023.
KESALAHAN KATA BILANGAN
CONTOH:
-Setengah masyarakat masih mengabaikan pemakaian
pelitup muka di tempat awam.
-Sesetengah masyarakat masih mengabaikan pemakaian
pelitup muka di tempat awam.