The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Muhammad Aqil bin Yusri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faris Najmi Bin Akrom, 2023-06-20 06:44:45

PALS1012

Muhammad Aqil bin Yusri

PALS 1012 ASAS KELESTARIAN & TEKNOLOGI HIJAU MUHAMMAD AQIL BIN YUSRI 2022162310079


Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan untuk mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: 1)Ia meminimumkan degrasi persekitaran; 2)Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; 3)Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; 4)Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan 5)Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Pengenalan


Dasar Teknologi Hijau Negara Teknologi Hijau sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan yang mapan. Empat Tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara ialah 1)Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga; 2)Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar; 3)Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi ; dan 4)Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua


Dasar Teknologi Hijau Negara merangkumi unsur ekonomi, alam sekitar dan sosial seperti yang digariskan oleh lima (5) objektif yang berikut : 1)Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama dapat meningkatkan pembangunan ekonomi; 2)Untuk membantu pertumbuhan di dalam industri Teknologi Hijau dan mampu meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; 3)Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di peringkat antarabangsa; 4)Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; 5)Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.


ISU SEMASA ALAM SEKITAR (KRISIS SUMBER TENAGA) 2.1 Definisi Krisis Tenaga Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Tenaga-kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja. Krisis tenaga-kekurangan atau peningkatan harga dalam persediaan sumber tenaga kepada ekonomi.


ISU SEMASA ALAM SEKITAR (KRISIS SUMBER TENAGA) KRISIS TENAGA DI MALAYSIA (BUKTI) Minyak, gas asli dan arang digunakan secara berleluasa -minyak dunia dpat dibekalkan selama 4 dekad sahaja -arang dapat bertahan selama 133 tahun sahaja -gas asli mempunyai bekalan untuk 61 tahun sahaja Tenaga Nasional Berhad (TNB) banyak bergantung pada gas asli -bekalan gas asli yang tidak menentu oleh petroleum nasional bhd -penutupan pelantar minyak di sebahagian tempat Pusat jana kuasa lama -pusat jana kuasa yang ada tidak lagi cekap dan efisien -hanya membekalkan tenaga elektrik untuk kapasiti kecil -pusat jana kuasa yang baru mengambil masa yang lam untuk siap. • Kebergantungan kpd negara lain 100% daripada bekalan arang batu untuk kegunaan diimport daripada bekalan arang batu untuk kegunaan diimport daripada daripada indonesi, Australia, dan negara2 lain. • 25% bekalan gas diperolehi daripada Thailand dan Indonesia.


Punca Krisis Tenaga Di Malaysia Peningkatan Populasi • Permintaan bahan api turut meningkat • Bahan makanan, pakaian, serta pengangkutanmenggunakan petroleum. Pembaziran Tenaga • Kurang kesedaran tentang penjimatan tenaga. Pembahagian Tenaga Tidak Efisien • Gangguan kuasa disebabkan oleh pembahagian tenaga yang tidak berkesan. Impak Kegiatan Manusia Yang Menyebabkan Berlakunya Isu Krisis Tenaga Di Malaysia • Pembaziran tenaga • Sika tidak bertanggungjawab • Bergantung sepenuhnya kepada sumber bahan api fosil seperti arang batu, gas dan petroleum sahaja untuk menjana elektrik Berikut merupakan trend penggunaan tenaga elektrik dan pembebasan gas rumah hijau di Malaysia:


Penggunaan bahan api fosil telah menjadi punca utama pencemaran alam sekitar. Bahan api jenis ini mempunyai kandungan karbon tinggi yang menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global. Berikut merupakan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang perlu kita ketahui: Gunakan kenderaan elektrik Kenderaan jenis hibrid dan elektrik ini sesuai digunakan bagi mengganti penggunaan kenderaan konvensional yang menyumbang kepada pencemaran alam. Kereta hibrid mempunyai enjin petrol dan motor elektrik yang mampu menjimatkan petrol dan hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah. Ia menggabungkan enjin pembakaran dalaman sistem rejangan dengan sistem rejangan elektrik. Manakala, kereta jenis elektrik sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkan kenderaan. Kedua-dua kenderaan ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran udara namun, ia juga dapat mengurangkan pencemaran bunyi di jalan raya. TEKNOL0GI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI KRISIS SUMBER TENAGA


Kebolehgerakan elektrik dianggap sebagai teknologi masa depan, juga disebabkan kelebihan ekologi dan alam sekitar. Kereta yang dikuasakan oleh motor elektrik biasanya dirujuk sebagai kenderaan pelepasan sifar oleh pengeluar dan pengedarnya. Sebaliknya, ramai orang percaya bahawa kereta elektrik tidak mesra alam, menunjuk kepada pelepasan gas rumah hijau di peringkat pengeluaran, antara lain. Penyelidikan selama ini telah mengesahkan kesan positif kereta elektrik terhadap alam sekitar. Menurut analisis yang ada, sepanjang kitaran hayat kenderaan, ia adalah fasa eksploitasi yang dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar yang paling tinggi. Dalam hal ini, kereta elektrik mengatasi model kereta lain dengan, antara lain, menghasilkan jejak karbon yang jauh lebih rendah . Perlu diingat bahawa kecekapan eko e-kereta adalah berkadar terus dengan campuran tenaga khusus sesebuah negara. Namun begitu, walaupun di negara yang campuran tenaga berasaskan bahan api fosil, kesan alam sekitar kereta elektrik masih jauh lebih rendah berbanding kereta enjin pembakaran. Di negara EU yang paling maju, di mana peratusan penjanaan tenaga boleh diperbaharui adalah yang tertinggi, kereta elektrik menjana sehingga 50%kurang CO 2 sepanjang hayatnya berbanding kereta diesel. Sebagai perbandingan, di Poland, kereta elektrik mengeluarkan secara purata 25%kurang karbon dioksida daripada kenderaan diesel . Laporan 2016 oleh Yayasan Iklim Eropah dan Fondation pour la Nature et pour l’Homme, dengan kerjasama rakan kongsi termasuk WWF, Renault dan pengeluar bateri, jelas menunjukkan bahawa kereta elektrik terkecil boleh mengeluarkan sehingga 63%kurang gas rumah hijau dalam keadaan bandar, tiga kali ganda kurang daripada diesel, TEKNOL0GI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI KRISIS SUMBER TENAGA


Kelebihan dan Kekurangan Kereta Elektrik Pengeluaran kenderaan elektrik (EV) sedang mengalami pertumbuhan pesat dan perlahan-lahan mula memasuki medium pengeluaran kereta arus perdana. Pembuatan segmen tersebut juga semakin hari semakin bertambah baik dari segi penciptaan teknologi dan penjimatan tenaga. Tahun 2017 mencatatkan pencapaian terbaik buat penjualan EV di Amerika Syarikat (AS) dengan hampir 200,000 pengguna kini sudah menjadi pemilik EV, sekali gus membuatkan pengeluar automotif saling berlumba mahu memasarkan model EV masingmasing. Angka jualan dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Sebagai pilihan alternatif kepada kenderaan dengan bahan api fosil, EV bukan saja memiliki kelebihan, tetapi juga tidak terlepas daripada kekurangan.


Kelebihan Kereta Elektrik 1. Mesra Alam Sekitar Memandu EV bermakna anda sedang melewati perjalanan dengan emisi sifar atau tanpa asap. Dengan impak kepanasan global yang saban hari semakin meningkat, pemandu era baharu memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan persekitaran lebih baik buat generasi akan datang dengan mengurangkan kadar pencemaran daripada kenderaan. Malah, operasi EV yang senyap juga tidak menghasilkan pencemaran bunyi. 2. Kurang Kadar Haus dan Lusuh (Wear and Tear) EV dijana pek bateri dan tidak memerlukan kuasa yang dijana enjin mekanikal. Sebagai makluman, semua komponen yang terlibat dalam enjin pembakaran dalaman tidak diperlukan EV. Ini bermakna, EV menyingkirkan segala kos penyenggaraan untuk komponen sokongan dalam enjin pembakaran dalaman seperti palam pencucuh, penapis minyak, pam, injap @ valve dan alat ganti lain dalam jangka masa panjang. Hanya penyelenggaraan bateri diperlukan untuk EV. 3. Ideal untuk Pemanduan Urban Berhenti dan bergerak ialah corak tipikal dan norma pemanduan di kawasan bandar. Kereta yang menggunakan enjin bahan api lebih efisien di lebuh raya, tetapi kereta elektrik cemerlang di bandar. Jika anda tinggal di kawasan bandar, memiliki kereta elektrik itu memang berbaloi dan munasabah. 4. Penjimatan Kos Bahan Api Seperti diketahui ramai, kos operasi EV lebih murah jika dibandingkan enjin yang dijana bahan api fosil. Kos per kilometer untuk memandu sebuah EV adalah jauh lebih rendah, manakala bateri mudah dicas di rumah. Kebanyakan bangunan korporat dan pusat membeli belah juga menawarkan khidmat cas percuma.


Kekurangan Kereta Elektrik 1. Kekurangan Infrastruktur Stesen Pengecas Antara kelemahan utama yang mendatangkan masalah kepada pemilik EV adalah keupayaan mengecas kereta di kawasan luar bandar atau pedalaman. Perjalanan jauh ialah antara cabaran yang perlu ditempuhi pemandu EV. Mereka perlu merancang perjalanan dengan baik kerana kawasan terpencil berkemungkinan tidak mempunyai stesen pengecas berbanding kawasan bandar. 2. Jarak Tidak Konsisten Setiap EV mempunyai anggaran jarak pemanduan yang ditetapkan pengeluar dan Kerajaan. Namun, angka ini sukar dicapai dalam kondisi pemanduan sebenar. Jarak rasmi bagi anggaran tersebut dicapai melalui kepakaran dan kesabaran pemandu ujian pada persekitaran yang sempurna. Ini sama sekali tidak menggambarkan apa yang dialami pemandu sebenar selepas memiliki EV itu. Contohnya, cuaca turut memainkan peranan utama bagi kondisi pemanduan EV. Pada suhu sejuk, jarak pemanduan dapat berkurangan 40 peratus. EV juga bukan kenderaan pilihan kepada mereka yang perlu berdepan musim sejuk bersalji, malah memerlukan pemanduan kurang agresif bagi mendapatkan jarak perjalanan maksimum. 3. Jumlah Jarak Yang Terhad Walaupun Tesla Model S 100D disebut sebagai model terbaik dalam segmen EV dengan kemampuan bergerak sejauh 539km, angka tersebut masih tidak dapat menyaingi kemampuan enjin 4-silinder dengan bahan api. Enjin tipikal bahan api secara purata mampu bergerak sejauh 595km. Selain Tesla, model EV lain secara purata cuma mampu bergerak sejauh 160km hingga 447km dalam kapasiti bateri dicas penuh. Ini menyebabkan jangkaan pemanduan EV sebagai kenderaan harian sedikit bermasalah dan menakutkan. Kebanyakan pemandu tidak memerlukan lebihan jarak kerana purata jarak perjalanan hanya sekitar 48km sehari. 4. Harga Pemilikan Tinggi EV masih berharga premium berbanding kereta dengan enjin pembakaran dalaman. Walaupun terdapat promosi rebat dan diskaun diberikan Kerajaan kepada pembeli, harga asas EV kekal tinggi dan mungkin tidak mampu dibayar pembeli biasa yang masih mementingkan aspek praktikaliti, tujuan penggunaan dan bajet pembelian sebuah kereta.


Cadangan Untuk Mengatasi Masalah Berperihal tentang menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan membangun, Malaysia boleh dikatakan masih berada didalam keadaan yang agak ketinggalan dalam usaha menggantikan kenderaan berenjin pembakaran (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV). Dari sekitar 14.5 juta kereta, hanya 0.002 peratus daripadanya adalah EV tulen, berbanding 2% di Singapura. Ditambah lagi dengan Singapura dan UK yang bakal melarang kenderaan enjin pembakaran (ICE) menjelang 2040. Terdapat tiga faktor utama yang menyumbang kepada penembusan EV: Permintaan pengguna, Undang-undang dan Pengedaran. Terdapat permintaan pengguna secara tempatan, kesemua 25 Mini EV yang diimport terjual dalam masa yang singkat. Namun, dari aspek undang-undang, Malaysia perlukan perubahan dan juga inisiatif yang selaras. Sebagai contoh:


Cadangan Untuk Mengatasi Masalah 1) Pengurangan duti import atau insentif cukai untuk EV, alat ganti dan pengecas yang berkaitan, terutamanya jika pengedar / pemasang memberikan faedah, seperti: i. Kandungan tempatan; ii. Pelaburan dalam pemasangan tempatan / pembuatan bateri EV, mesin pemacu / pengecas; iii. Pelaburan dalam kitar semula, pemulihan semula dan / penggunaan semula bateri EV tempatan iv. Kos penggantian bateri tidak lebih daripada 10% lebih tinggi daripada kos penggantian bateri yang serupa di negara lain. v. Pelaburan dalam latihan / pensijilan juruteknik EV dan pensijilan bengkel tempatan (mis. "Sijil ZE" oleh Renault). Pensijilan latihan juruteknik EV hendaklah diiktiraf oleh setiap bengkel di seluruh dunia untuk pembuatan EV tersebut. Walaupun ini boleh menyebabkan perpindahan ke negara-negara dengan bayaran yang lebih tinggi, manfaatnya adalah jika juruteknik memilih untuk tinggal, pengguna EV tempatan mendapat keuntungan dengan memiliki kepakaran tempatan yang disahkan yang dapat mengganti / menaik taraf bateri EV dengan harga yang berpatutan vi. Institut teknikal terbuka untuk kakitangan dan orang ramai untuk mendaftar latihan dengan sukatan pelajaran yang membolehkan pelajar "merebut peluang" dalam ekosistem EV.


Cadangan Untuk Mengatasi Masalah Selain daripada pensijilan juruteknik EV, ia dapat menawarkan latihan dan pensijilan untuk titik pengecasan EV dan penyiapan rangkaian, pengaturcaraan, operasi, perawatan. Objektifnya adalah untuk menyusun (undang-undang atau peraturan) menjadi kod yang sistematik berkenaan latihan tersebut dan membuatnya secara terbuka dan luas, dengan bayaran rasmi yang berpatutan. 2) Pengurangan cukai jalan JPJ. Mengenakan cukai EV berdasarkan setara motor kW nampaknya telah disalah erti: tiada pencemaran dengan EV pada kW atau ketika kenderaan melahu / tidak bergerak. 3) Membolehkan pengendali pusat pengecas EV mengenakan harga dengan kWh melalui lesen pengecasan yang dipermudahkan dan berpatutan dari ST. Saat ini mereka dilarang meletakkan harga melalui kWh kecuali jika mereka memiliki lesen pengedaran, yang memerlukan pengisytiharan permintaan maksimum (MD) dan lokasi premis.


Sebagai kesimpulan, kepentingan teknologi hijau dalam meningkatkan kualiti hidup kita adalah tidak dapat disangkal. Ia membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, memastikan kestabilan ekosistem bumi, memastikan sumber tenaga asli kekal untuk generasi akan datang, dan menjamin kesihatan diri dan persekitaran. Seperti peribahasa Melayu, sedikit-sedikit, lamalama jadi bukit Langkah-langkah kecil yang kita ambil pada hari ini untuk mengamalkan teknologi hijau akan memberikan impak yang besar kepada kualiti hidup kita dan kelestarian alam sekitar Semoga pemimpin dunia dan negara kita cakna terhadap polemik ini dan mula mengorak langkah yang akan membenkan manfaat kepada manusia sejagat. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian kita demi masa depan yang lebih baik. PENUTUP


RUJUKAN Teknologi Hijau. https://question.pandai.org/note/read/gf-08-05-02/kssm-f2-gf-05/teknologi-hijau Kereta Elektrik Mesra Alam. https://www.products.pcc.eu/ms/blog/adakah-kereta-elektrik-mesra-alam/ (2020). Mengurangkan Kebergantungan Terhadap Bahan Api Fosil. https://prihatinspanco.com.my/2020/07/29/1866/ Berita Harian. (2017). Strategi Cekap Tenaga Demi Kelestarian Alam. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/324362/strategi-cekap-tenaga- demi-kelestarian-alam Berita Harian. (2021). Bekalan Elektrik Global Berkurangan. https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/10/875006/bekalan-elektrik-global-berkurangan-negara-mula-catuan Suwathi Mohan. (2021) Krisis Tenaga Di Malaysia. https://prezi.com/p/mker0fp-3yj0/krisis-tenaga-di-malaysia/ (2018). Kelebihan dan Kekurangan Kenderaan Elektrik. https://pandulaju.com.my/tahukahanda-apakah-kelebihan-dan-kekurangan-kenderaan-elektrik-ev/ Abdullah Mohammad. (2020). Cadangan Untuk Memajukan Industri Kenderaan Elektrik. https://www.borneoauto.com/2020/11/cadangan-untuk-memajukan-industri.html Kepentingan Teknologi Hijau Dalam Kehidupan. https://www.semakan.my/teknologihijau/#:~:text=Sebagai%20kesimpulan%2C%20kepentingan%20teknologi%20hijau,menjamin%20kesihatan%20diri%20dan%20persekitaran


Thank You


Click to View FlipBook Version