The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishah.hashim, 2022-10-14 09:44:08

Atur cara Trove Hotel

Atur cara

Latar Belakang

Sejarah persidangan seiring dengan penubuhan Bahagian Psikologi dan Kaunseling di KPM iaitu
pada 8 Mac 2008. Bermula sebagai acara dwitahunan sehinggalah pada tahun 2013 persidangan
ini menjadi acara tahunan kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling.

Persidangan ini dilaksanakan pada bulan Oktober bersempena dengan Hari Kesihatan Mental
Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun dan pengisytiharan bulan Oktober sebagai
Bulan Kaunseling oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 9
Mac 2016. Ia merupakan platform perkongsian profesional yang dihadiri oleh semua kaunselor
pendidikan dari

 Bahagian Psikologi dan Kaunseling
 Jabatan Pendidikan Negeri
 Pejabat Pendidikan Daerah,
 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
 Bahagian Matrikulasi
 Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK),
 Kolej Matrikulasi
 Guru Bimbingan dan Kaunseling
 Pelajar Antarabangsa

Objektif Persidangan

 Memperkukuh perkhidmatan kaunseling dan psikologi di setiap peringkat KPM agar
perkhidmatan kaunseling dan psikologi oleh kaunselor pendidikan terus relevan dengan
kehendak masa kini.

 Mewujudkan platform untuk kaunselor pendidikan KPM berhimpun, berkongsi ilmu, kepakaran
dan aktiviti bagi memantapkan ilmu dalam menangani isu semasa di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.

 Memperkukuhkan peranan dan fungsi kaunselor pendidikan dalam menjayakan transformasi
pendidikan ke arah memastikan kesejahteraan keluarga.

 Meningkatkan kompetensi dan memberi peluang kepada kaunselor mengumpul mata kredit
bagi pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) untuk tujuan pembaharuan perakuan
amalan dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan mata kredit Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (MyPPB) untuk pegawai perkhidmatan pendidikan.

ATUR CARA
PERSIDANGAN ANTARABANGSA KAUNSELOR PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 – 20 OKTOBER 2022

TROVE HOTEL, JOHOR BAHRU

18 Oktober 2022 (Selasa)

8.30 pagi – 1.00 tengah hari: Perjalanan / persediaan persidangan

1.00 tengah hari – 2.30 petang: Pendaftaran / Taklimat urus setia

2.30 – 3.30 petang: Plenari 1
Individu Ceria, Keluarga Bahagia, Organisasi sejahtera
Oleh : Dr. Rodiah binti Idris,
Timbalan Setiausaha Bahagian
Cawangan Operasi, Bahagian Psikologi dan Kaunseling

3.30 – 4.30 petang: Plenari 2
Transformasi Kaunselor Pendidikan
Oleh: Encik Md Said bin Md Daimon,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

4.30 – 5.00 petang: Minum Petang

5.00 petang – 8.00 malam: Pengurusan diri

8.00 – 11.00 malam: Malam Apresiasi Kaunselor Pendidikan

ATUR CARA
PERSIDANGAN ANTARABANGSA KAUNSELOR PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 – 20 OKTOBER 2022

TROVE HOTEL, JOHOR BAHRU

19 Oktober 2022 (Rabu)

7.00 – 8.30 pagi: Minum pagi

8.30 – 9.30 pagi: Plenari 3
Cognitive Distortion dalam Kaunseling Keluarga
Prof. Dr. Huzili bin Hussin, Universiti Malaysia Perlis

9.30 – 10.30 pagi: Plenari 4
Kesejahteraan Individu: Langkah Awal Kesejahteraan
Keluarga dan Organisasi
Dr. Naniek Krishnawati Darmawan,
Indonesia

10.30 – 11.00 pagi: Minum pagi

11.00 – 1.00 tengah hari: Pembentangan Kertas Kajian Psikologi dan Kaunseling (sidang selari)

1.00 tengah hari – 2.30 petang: Makan tengah hari / pengurusan diri

2.30 – 3.30 petang: Plenari 5
Mindfulness in Parenting: The Application Guideline
Dr. Nattasuda Taephant,
Chulalongkorn University,
Bangkok, Thailand
(Hibrid)

3.30 – 4.30 petang: Plenari 6
Pendeatan Modul Keluarga Sakinah
Dalam Mendepani Isu Kekeluargaan
Yayasan Pembangunan Keluarga Sakinah

4.30 – 5.30 petang: Plenari 7
Kaunselor dan NUTP (Dari Guru Untuk Guru)

5.30 – 6.00 petang: Minum Petang

ATUR CARA
PERSIDANGAN ANTARABANGSA KAUNSELOR PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 – 20 OKTOBER 2022

TROVE HOTEL, JOHOR BAHRU

20 Oktober 2022 (Khamis)

7.00 – 8.30 pagi : Minum pagi

8.30 – 9.30 pagi : Plenari 8

Transformasi Kesihatan Psikologi Guru
ke Arah Kesejahteraan
Oleh: Dr. Zulfikar bin Ahmad
Universiti Teknologi Malaysia

9.30 – 10.30 pagi: Plenari 9

Profil Psikososial:
Memahami Psikologi Pendidik
Prof. Dr. Samsilah binti Roslan,
Universiti Putra Malaysia

10.30 – 11.00 pagi: Minum pagi

11.00 – 1.00 tengah hari: Majlis Perasmian Penutupan

1.00 tengah hari – 2.30 petang: Makan tengah hari / bersurai

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PERSIDANGAN ANTARABANGSA

KAUNSELOR PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022

20 OKTOBER 2022 (KHAMIS)

11.15 pagi: Para peserta mengambil tempat

11.30 pagi: Ketibaan VIP

11.45 pagi: Ketibaan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Lagu Negaraku
Lagu Sekolahku Sejahtera
Ucapan aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Ucapan Perasmian
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Gimik Perasmian Persidangan
Penyampaian Anugerah / Cenderahati
Sesi bergambar

Makan Tengah Hari

SEKALUNG
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada

Ketua Setiausaha Pendidikan
Ketua Pengarah Pendidikan
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

dan
semua yang terlibat dalam menjayakan
Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun 2022.


Click to View FlipBook Version