PEMBELARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
SMK MENUMBOK
PETI SURAT 03,89767 MENUMBOK, SABAH
NAMA MURID : - ERICIA KHO YU JIN
- NURMAISARAH MAKRUM
KELAS : 5 USAHA
TAJUK PROJEK : RISIKO & PERLINDUNGAN INSURANS PERUBATAN
DAN KESIHATAN
MATA PELAJARAN : MATEMATIK
GURU PEMBIMBING : PN. NANCY CHOONG SIEW LING
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.1 Menjelaskan maksud risiko dan kepentingan perlindungan
insurans, dan seterusnya mengenal pasti jenis insurans hayat dan
insurans am bagi melindungi pelbagai jenis risiko.
3.1.2 Mengkaji, mentafsir dan membuat pengiraan yang melibatkan
kadar dan premium insurans.
3.1.3 Menyelesaikan, masalah yang melibatkan insurans termasuk
deduktibel dan koinsurans.
OBJEKTIF PROJEK
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
sesuai tentang insurans dalam keadaan konteks penyelesaian masalah
rutin yang mudah, masalah rutin yang kompleks dan masalah bukan
rutin secara kreatif.
SOALAN KURIKULUM
· Perlindungan insurans perubatan dan kesihatan secara umum
Insurans perubatan menawarkan perlindungan untuk menanggung kos perubatan
dan pembedahan. Jenis kecederaan, penyakit dan rawatan yang diliputi oleh
insurans adalah berbeza, bergantung kepada jenis perubatan yang diambil.
Semakin luas perlindungan perubatan yang diberikan, semakin mahal jumlah
premium untuk polisi insurans perubatan tersebut. Manakala, insurans kesihatan
pula ialah insurans yang merangkumi keseluruhan atau sebahagian daripada risiko
seseorang yang menanggung perbelanjaan perubatan, menyebarkan risiko ke atas
banyak orang. Dengan menganggarkan risiko keseluruhan penjagaan kesihatan dan
perbelanjaan sistem kesihatan ke atas kolam risiko, seorang penanggung insurans
boleh membangunkan struktur kewangan rutin, seperti premium bulanan atau
cukai gaji, untuk menyediakan wang untuk membayar manfaat penjagaan
kesihatan yang dinyatakan dalam insurans perjanjian. Manfaat ini ditadbirkan oleh
organisasi pusat seperti agensi kerajaan, perniagaan swasta, atau entiti bukan
untuk keuntungan.
· Pro dan kontra perlindungan insurans perubatan dan kesihatan
PRO
- Mengurangkan beban kewangan bagi pemegang polisi atau ahli keluarga jika
pemegang polisi ditimpa sebarang kemalangan, mengalami penyakit kritikal, hilang
upaya atau meninggal dunia.
- Membayar kos perubatan atau rawatan yang semakin meningkat.
- Mendapat pampasan sekiranya berlaku sesuatu musibah atau mengalami
kerugian atau kerosakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Tidak perlu bimbang untuk mendapatkan rawatan.
KONTRA
- Sesetengah syarikat insurans akan mengurangkan pilihan perlindungan dan
mengehadkan perkhidmatan yang mereka sediakan.
- Pengguna tidak diberikan peluang untuk memilih hospital atau doktor yang
mereka inginkan.
· Maksud perlindungan insurans perubatan dan kesihatan
Insurans perubatan ialah sejenis pelan perlindungan terhadap kos rawatan
persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis
menghadap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Insurans
perubatan bukan sahaja melindungi anda, tapi perlindungan dan manfaatnya juga
boleh dipanjangkan kepada keluarga anda, berdasarkan pelan insurans
perubatan yang dipilih. Pelan perlindungan sekeluarga adalah pilihan yang
menyeluruh kerana jika apa-apa terjadi kepada pasangan, anak-anak atau ibu
bapa, anda suda bersedia untuk memberi sokongan kewangan dan perubatan
kepada mereka.
· Keperluan insurans seseorang individu
1. Insurans hospital dan pembedahan
· Menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang
ditanggung disebabkan penyakit yang dilindungi di bawah polisi.
2. Insurans penyakit yang ditakuti dan kritikal
· Menyediakan pembayaran manfaat secara sekaligus sekiranya anda didiagnosis
menghadapi mana-mana 36 penyakit yang amat ditakuti atau penyakit-penyakit yang
telah ditetapkan.
3. Insurans pendapatan akibat hilang upaya
· Menyediakan sumber pendapatan yang berterusan apabila anda tidak lagi dapat
bekerja akibat sakit atau cedera.
4. Insurans pendapatan hospital
· Membayar anda sejumlah wang tertentu secara harian, mingguan atau bulanan,
tertakluk kepada had tahunan sekiranya anda perlu tinggal di hospital kerana
penyakit yang dilindungi, tidak sihat atau cedera.
· Bagaimana insurans perubatan dan kesihatan dapat memberi
perlindungan kepada seseorang individu
Perlindungan diberi dalam bentuk pampasan untuk membayar perbelanjaan
perubatan. Contohnya, kos kemasukan ke hospital, kos rawatan dan sebagainya.
· Bagaimanakah kadar dan premium insurans perubatan dan
kesihatan dikira?
· Bagaimanakah deduktible dan koinsurans dikira?
DEDUKTIBLE
[ CONTOH ]
KO-INSURANS
[ CONTOH ]
· Cadangan terbaik dalam mengambil perlindungan insurans
perubatan dan kesihatan
1. Menimbangkan bajet perlindungan insurans untuk masa hadapan.
2. Dapatkan perlindungan awal daripada penyakit yang dikaitkan
dengan gaya hidup.
3. Insurans perubatan dapat membantu membayar pelbagai belanja
hospital dan perubatan.
4. Dapat membantu anda sekiranya anda tidak dapat bekerja kerana
sakit atau cedera.
Sumber Rujukan
1. Buku Teks
Ng Seng How, Neo Geok Kee, Goh Jia Haur. Matematik Tingkatan 5. (2020).
Pelangi Sdn. Bhd.
2. Internet
- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Insurans_kesihatan
- https://www.comparehero.my/insurance/articles/beza-insurans-hayat-
insurans-perubatan
- https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/11/630264/fakta-sebenar-
mengenai-insuranstakaful-perubatan-dan-kesihatan
-https://www.mcis.my/Customer-Care/Insurance-Info/Insurans-Perubatan-dan-
Kesihatan/InsuransPerubatandanKesihatan.aspx
- https://mypt3.com/medical-card-terbaik
-https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/soalan-perlu-ditanya-
membeli-insurans-perubatan.html