The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azieyroz, 2022-08-31 09:18:30

DE3E41EE-F1F7-4FA6-8409-0F02AED42CB9

DE3E41EE-F1F7-4FA6-8409-0F02AED42CB9

RISIKO DAN PERLINDUNGAN INSURANS HAYAT



NAMA AHLI KUMPULAN :
MOHAMMAD FAIZ BIN MATASAN ( 050104-12-0169 )
NUR NATASHA SYAWALYN KHOO ( 051108-12- 0064 )

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1.1 Menjelaskan maksud risiko dan kepentingan perlindungan insurans, dan seterusnya
mengenal pasti jenis insurans hayat dan insurans am bagi melindungi pelbagai jenis risiko.

3.1.2 Mengkaji, mentafsir dan membuat pengiraan yang melibatkan kadar dan premium
insurans

3.1.3 Menyelesaikan masalah yang meibatkan insurans termasuk deduktibel dan
koinsurans.

OBJEKTIF PROJEK

Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai tentang insurans dalam konteks
penyelesaian masalah rutin yang mudah, masalah rutin
yang kompleks dan masalah bukan rutin secara kreatif.

SOALAN KURIKULUM

SOALAN ASAS



Apakah itu perlindungan insurans secara umum?



SOALAN UNIT



Apakah yang pro dan kontra perlindungan insurans ?

SOALAN KANDUNGAN

Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan insurans hayat?
Apakah keperluan insurans seseorang individu?

Bagaimanakah insurans hayat dapat memberi perlindungan kepada
seseorang individu?

Bagaimanakah kadar dan premium insurans dikira?
Bagaimanakah deduktible dan koinsurans dikira?
Apakah cadangan terbaik dalam mengambil perlindungan insurans?

SOALAN ASAS

Apakah itu perlindungan insurans secara umum ?
Risiko ialah kemungkinan berlakunya sesuatu musibah yang tidak diingini dan tidak dapat
dielakkan serta menyebabkan individu menanggung kerugian. Insurans merupakan satu cara
perlindungan dalam bentuk kewangan untuk melindungi diri sendiri , ahli keluarga ataupun
harta benda jika berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini seperti kemalangan , kematian
ataupun penyakit kritikal. Insurans bertujuan untuk memindahkan risiko daripada individu
kepada organisasi insurans. Kontrak insurans dimeterai antara syarikat insurans dengan pemilik
insurans. Syarikat insurans membayar pampasan bagi kerugian yang berlaku , sebagai balasan

kepada bayaran premium yang dibuat oleh pemegang polisi.

SOALAN UNIT

Apakah pro dan kontra perlindungan insurans ?
Pro :

Mengurangkan beban kewangan bagi pemegang polisi atau ahli keluarga jika pemegang polisi ditimpa
sebarang kemalangan , mengalami penyakit kritikal , hilang upaya atau meninggal dunia.
Membayar kos perubatan atau rawatan yang semakin meningkat.

Mendapat pampasan sekiranya berlaku sesuatu musibah atau mengalami kerugian atau kerosakan dalam
tempoh yang ditetapkan.

Menyelenggara perbelanjaan kehidupan jika hilang keupayaan untuk bekerja.

Kontra :
Insurans tidak boleh menghalang sesuatu kerugian daripada berlaku

SOALAN KANDUNGAN

Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan insurans
hayat?

Insurans hayat menjamin pembayaran manfaat kewangan kepada pemegang
polisi sekiranya berlaku kematian terhadap orang yang diinsuranskan atau

dibawah keadaan yang ditetapkan dalam kontrak. Risiko yang dilindungi oleh
insurans hayat adalah seperti berikut :


Kematian
Penyakit kritikal
Hilang upaya (keilatan)

BAGAIMANAKAH INSURANS HAYAT DAPAT MEMBERI
PERLINDUNGAN KEPADA SESEORANG INDIVIDU

PENGIRAAN YANG MELIBATKAN KADAR PREMIUM

Bagi insurans hayat, nilai premium yang dibayar
bergantung pada nilai muka yang dipilih, umur, jantina
dan sama ada merokok atau tidak. Pengiraan premium ini
merujuk kepada jadual kadar premium bagi setiap RMx

nilai muka

(a) Mengapakah kadar premium semakin tinggi : -

(i) Apabila umur semakin meningkat ?

= Kadar premium meningkat dengan peningkatan umur kerana jangka hayat hidup
setiap orang semakin pendek dengan penambahan umur.

(ii) Bagi seorang perokok ?

= Kebarangkalian seorang perokok terdedah kepada risiko penyakit lebih tinggi
berbanding seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat.

(b) Berdasarkan jadual tersebut, hitung premium tahunan bagi setiap situasi
berikut : -

(i) Encik Guan ingin membeli polisi insurans tersebut bernilai RM 100 000. Dia
berumur 39 tahun, seorang yang sihat dan tidak merokok.

(ii) Puan Shapuva berumur 36 tahun, seorang yang sihat dan tidak merokok ingin
membeli polisi insurans tersebut bernilai RM 250 000 dan menambah polisi

penyakit kritikal. Syarikat Insurans XYZ menawarkan polisi penyakit kritikal dengan
memberikan perlindungan sebanyak 30% nilai muka asas dan kadar premium bagi
setiap RM 1 000 ialah RM 1.77 mengikut umur dan status kesihatan Puan Shapuva.

BAGAIMANAKAH DEDUKTIBEL DAN KOINSURANS DIKIRA ?



Deduktible : -



· Suatu jumlah yang perlu ditanggung oleh pemegang polisi sebelum layak membuat tuntutan daripada syarikat
insurans.

· Terdapat dalam kontrak harta, insurans perubatandan kesihatan serta insurans motor.
· Peruntukan ini tidak terdapatdalam insurans hayat dan insuransliability diri.


CONTOH: -



Puan Suhaila telah membeli insurans motor untuk keretanya yang mempunyai peruntukan deduktibel sebanyak RM300.
Sepanjang tempoh insurans tersebut, Puan Suhaila telah mengalami tiga kali kemalangan. Kerugian yang dialamai adalah
pada bulan Mac, Julai dan Ogos masing-masing sebanyak RM 2 800, RM 250 dan RM 400. Nyatakan sama ada Puan Suhaila
boleh membuattuntutan terhadap kerugianyang dialami atau tidak. Jika ya, nyatakan jumlah bayaran pampasan yang boleh

dituntutnya bagi setiap kerugian yang dialami.



Penyelesaian : -

Ko-insurans : -

Ko-insurans ialah perkongsian bersama kerugian antara syarikat insurans dengan
pemegang polisi. Bagi fasal ko-insurans dalam insurans harta, pemegang polisi
dikehendaki menginsuranskan hartanya pada suatu jumlahtertentu berdasarkan

peratusan ko-insurans yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans daripada nilai
bole insurans harta tersebut. Sekiranya peruntukan ko-insurans ini tidak dipenuhi,
pemegang polisi perl menanggung sebahagian daripada kerugian bersama-sama

syarikat insurans. Oleh itu, jika pemegang polisi ingin mendapatkan pampasan
penuh atas kerugian separa yang dialami, dia perlu menginsuranskan harta
tersebut mengikut peruntukan ko-insuransnya.

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version