Pengenalan:
Maksud Bai Bithaman Ajil (BBA) dari sudut Bahasa ialah akad
jualan secara bayaran tangguh. Dari sudut istilah BBA ,merupakan
kaedah pembayaran secara bertangguh dan dipersetujui anatara
penjual dan pembeli. Kontrak ini melibatkan tiga pihak iaitu penjual
atau pemaju, pelanggan dan bank. Bank akan membantu pelanggan
untuk mendapatkan barang dari penjual atau pemaju akan tetapi
pelanggan perlu membayar secara berkala kepada bank secara
ansuran mengikut perjanjian yang dipersetujui antara semua pihak.
Perjanjian antara pelanggan dan bank haruslah lengkap dengan
menyatakan kos dan modal kepada pelanggan semasa akad. Pelanggan
juga berhak mengetahui keuntungan yang diperolehi oleh bank.
Barang yang diniagakan mestilah bukan dari kategori barang ribawi.
Pelanggan juga boleh membatalkan kontrak jika tiada keselarian
antara maklumat yang diberikan oleh bank atau maklumat yang
diterima oleh pelanggan.
Antara contoh produk yang mengunakan kontrak BBA ialah
pembiayaan perumahan, pembiayaan kenderaan dan sukuk.
Pengenalan watak:
HAZIQ
MAK HAZIQ SYED RAHMAN
Pengenalan Watak:
PEKERJA BANK
AIMAN
KOMIK:
Aplikasi semasa:
Isu semasa Bay’ bithaman ajil
Kaedah pembayaran ini sering digunakan di dalam kontrak pembiayaan
perumah, kereta dan lain-lain. Seperti contoh pembiayaan rumah Baiti
home financing oleh Bank Islam yang menggunakan kontrak tawarruq.
Pelanggan boleh memilih nilai pembiayaan dari RM100,000 hingga
RM2,000,000 serta memilih tempoh pembayaran semula. Apabila
kontrak jual-beli ditandatangani, kaedah pembayaran yang digunakan
ialah bay’ bithaman ajil atau pembelian dengan bayaran bertangguh.
Bayaran kepada bank dibuat secara ansuran dan bukan secara
bayaran langsai. Tiada unsur riba di dalam kontrak ini tetapi caj
perkhidmatan akan dikenakan kepada pelanggan.
Refleksi Individu
Nur Amalina binti Azharuddin
Kerja kursus ini telah memberi saya banyak ilmu baharu tentang
kontrak-kontrak yang diharuskan di dalam islam. Antaranya adalah
kontrak Bay’ Bithaman Ajil iaitu kontrak pembelian dengan bayaran
yang bertangguh. Hanya selepas selesai melaksanakan kerja kursus
ini, saya belajar tentang kontrak tersebut dengan lebih mendalam.
Semoga ilmu ini kekal bermanfaat hingga akhir. Saya juga belajar
untuk bekerja di dalam kumpulan serta menyelesaikan tugas dalam
masa yang diberikan. Latihan sebegini penting sebagai pendedahan
sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Siti Nufaeezah binti Muhamad Arif
Saya dapat mengetahui kontrak-kontrak jual beli dalam Islam apabila
saya mencari maklumat tentang tajuk saya dan kawan-kawan saya
selami, iaitu Bai Bithaman Ajil. Secara ringkasnya, Bai Bithaman Ajil
adalah kontrak pembelian dengan bayaran bertangguh. Kontrak ini
selalunya digunapakai untuk urusan pembelian aset, contohnya rumah
dan kenderaan. Biasanya peminjam akan membayar semula pinjaman
bai bithaman ajil secara ansuran. Bank akan menerima keuntungan
daripada pembayaran ansuran tersebut mengikut kadar peratusan
yang ditetapkan. Jadi, kesimpulannya, orang Islam perlulah belajar
dan menggunakan kontrak-kontrak jual beli yang berlandaskan
shariah agar kita semua terhindar daripada riba, maysir dan gharar.
Fathin Nur Izzati binti Mohamad Tajuddin
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan
kurniaNYA saya dan ahli kumpulan yang lain berjaya siapkan tugasan
yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Terima kasih diucapkan
kepada pensyarah mata pelajaran Fiqh Muamalat 2 (ECO2513), Puan
Shikin Salleh. Alhamdulillah sepanjang siapkan tugasan ini saya dapat
belajar tentang pelbagai jenis urusan jual beli yang berlandaskan
syariah. Bai' Bithaman Ajil (BBA) merupakan kontrak pembelian
dengan bayaran tangguh. Di samping itu, saya juga berharap dengan
mempelajari Bai' Bithaman Ajil (BBA) ini saya dapat mempraktikkan
jika diperlukan pada masa akan datang. Setidaknya sebelum
melakukan BBA kelak saya telah mempunyai pengetahuan yang
berkaitan. Seterusnya, dengan tugasan ini saya juga turut belajar
bagai mana ingin menghasilkan komik dengan bantuan dan semangat
yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan. Akhir sekali, terima kasih
diucapkan kepada semua yang membantu kami secara langsung
mahupun tidak langsung.
Nurhidayah binti Roslan
Melalui kerja kursus ini saya dapat mengetahui mengenai kontrak
yang terdapat dalam jual beli. Walaupun kita tidak mempunyai
kewangan yang mencukupi, itu tidak akan menghalang dari kita untuk
memeliki sesuatu. Bai bithaman ajil ialah kontrak pembelian tetapi
pembayarannya boleh dibuat secara tangguh. Antara produk ynag
boleh dibeli mengunakan kontrak ini ialah kereta. Ini kerana kita
tidak mempunyai sejumlah wang yang banyak secara tunai umtuk
membeli barang atau produk tersebut. Bai bithaman ajil memudahkan
kerja kita untuk membuat pembelian. Akhir sekali, saya berasa amat
gembira dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan bantuan rakan-
rakan sekeliling. Ribuan terima kasih diucapkan