The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-11-17 04:36:50

Majlis Khatam dan Persaraan Pengetua

Majlis Khatam dan Persaraan Pengetua

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK,
KEDAH DARUL AMAN

Majlis Persaraan Pengetua

En Hashim bin Ismail

dan

Majlis Khatam al-Quran merupakan satu program khusus untuk memberi pengiktirafan kepada
pelajar yang telah berjaya mengkhatamkan al-Quran mengikut masa yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah.
Pengiktirafan ini sebagai satu sokongan dan motivasi untuk mendidik dan membudayakan
generasi muda untuk terus berusaha menguasai dan mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran
dan menghayati serta memahami isi kandungan al-Quran sebelum menamatkan persekolahan.
Selain daripada itu pihak sekolah juga mengadakan Majlis Persaraan En. Hashim bin Ismail,
Pengetua SMKGC bagi merai dan mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan dan penghayatan al-Quran kepada
pelajar.

Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.
Menanam rasa cinta terhadap al-Quran dan Rasulullah SAW.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah.

PENASIHAT : Hashim bin Ismail (Pengetua)
PENGERUSI : Noranini bt. Noordin (PK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI : Mohamad bin Abdul Rahman (PK HEM)
Azhar bin Yahya (PK Kokurikulum)
PENYELARAS Roshade bin Abdullah (PK Tingkatan Enam
: Noraini binti Ramli (PK Petang )
SETIAUSAHA I Saadiah binti Awang (GK Sains dan Matematik)
SETIAUSAHA II : Chik Belkis bt. Hj. Sepian
: Che Abisah bt Mamat









4

5





4












&









4



5









MEMOIR SEORANG PENDIDIK

Pada tanggal 26 November 1958, telah termetri sebuah amanah, buat Pn. Daharah bt Siru yang berdarah Minangkabau
dan En. Ismail b Mat Rejab dengan lahirnya putera mereka yang diberi nama Hashim bin Ismail. Beliau telah dilahirkan
di Pantai Perai, Kedah. Cikgu Hashim telah bertemu jodoh dengan pasangannya, Fatimah Hani bt. Said pada tahun 1982.
Mereka melayari bahtera bersama 6 orang anak, iaitu 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Mahligainya bertempat di
Taman Gurun Jaya, Gurun.
Menelusuri perjalanan akademiknya, Cikgu Hashim memulakan pembelajaran formalnya di SK Pantai Perai pada tahun
1965. Kemudian menyambung pelajaran pada peringkat menengahnya di SMK Padang Serai dari tahun 1971 hingga 1975
(Tingkatan 1 – 5). Cikgu Hashim meneruskan persekolahan pada peringkat Tingkatan Enam di SMK Khir Johari, Sungai
Petani. Perjalanan bagi mengutip ilmu diteruskan, dengan berkelana hingga ke Negeri Selangor untuk menyambung
pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Cikgu Hashim telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan
kepujian pada tahun 1982 dan mengambil Diploma Pendidikan di UKM pada tahun 1983. Tidak cukup hanya di situ,
beliau terus menyambung pelajaran pada peringkat sarjana sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Pengurusan dari
Universiti Utara Malaysia (UUM), walaupun telah berkhidmat sebagai seorang guru. Inilah yang dikatakan pembelajaran
sepanjang hayat.
Meneliti sejarah perkhidmatan Cikgu Hashim, sebanyak 8 buah sekolah yang telah menerima khidmat beliau. Bermula
dengan penempatan pertama di SMK Mudzaffar Shah, Perak pada tarikh 25 April 1983. Kemudian, kembali berkhidmat
di negeri kelahirannya pada tahun 1988 dengan sekolah pertamanya, iaitu SMK Tungku Sulong, Jeniang. Beliau
meneruskan khidmatnya di SMK Gurun pada tahun 1996 dengan menyandang jawatan PKHEM. Dua tahun kemudian,
beliau dilantik sebagai PK Pentadbiran dan memangku jawatan Pengetua pada tahun 1999 di sekolah yang sama. Pada
tahun 2003, beliau berkhidmat di SMK Batu 5 dan di SMK Aman Jaya pada tahun 2005. Cikgu Hashim dilantik sebagai
Pengetua di SMK Sungai Karangan pada tarikh 16 Julai 2014 dan bertukar ke SMK Khir Johari pada tahun 2014. Beliau
memulakan perkhidmatannya di SMK Guar Chempedak pada 16 Disember 2014.
Cikgu Hashim berasal daripada keluarga yang susah dan terpaksa berjuang dalam mengharungi kehidupan ini. Betullah
kata pujangga… kesusahan menjadikan individu lebih kental jiwanya untuk berjuang menghadapi rencah kehidupan.
Beliau terpaksa berdikari dalam proses mendapat mutiara ilmu semasa alam persekolahan. Beliau dengan gigih,
mengayuh basikal kesayangannya ke sekolah sejauh 12 km setiap hari. Pelbagai memori pahit melingkari kehidupannya.
Namun, Peristiwa yang paling tak dapat dilupakan, beliau terpaksa membeli keperluan dapur setiap hari dan diletakkan
dalam beg sekolah, sebagai melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga. Apa yang paling menyedihkan, dalam alam
persekolahan, beliau sering dipermainkan dan dibuli oleh pelajar senior. Basikal beliau pernah diletakkan di atas pokok,
hingga terpaksa meminta pertolongan untuk menurunkan basikal tersebut. Bahkan, beliau juga pernah dimalukan oleh
pelajar senior dengan meletakkan sampah dan biji getah di dalam begnya… Apalah dosa insan kerdil ini….
Ternyata dua peristiwa yang berharga dalam hidupnya ini, telah menjadi momentum yang mendasari perubahan
hidupnya dengan iltizam untuk berjaya, biarpun berasal daripada keluarga yang susah. Apa yang patut dibanggakan
ialah…. Beliau satu-satunya anak kampungnya pada ketika itu yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat
universiti.
Rupa-rupanya perkara yang paling disukai ialah berkhayal dan berfikir… hasilnya ternyata perkara ini menjadi prinsip
hidupnya yang suka berfikir secara kritis. Hobinya amat relevan dengan tanggungjawab beliau sebagai seorang guru, iaitu
membaca. Cikgu Hashim seorang yang sangat berdedikasi dan tidak mementingkan protokal dalam pelaksanaan
tanggungjawab, dengan kata lain agak mudah dibawa berbincang. Pengalaman paling pahit semasa bertugas ialah
peristiwa dua kali sekolah cuba dibakar. Cikgu Hashim, secara jujurnya mengakui bahawa SMK Guar Chempedak
merupakan sekolah yang paling disayangi sepanjang perkhidmatan beliau. Akhir sekali, apabila ditanya perancangan
apabila bersara….spontan jawapannya….ingin mendalami ilmu agama sebagai bekalan untuk menuju alam abadi dengan
sisa-sisa umur yang masih dipinjamkan oleh Illahi…

SELAMAT BERSARA CIKGU

7.40 Pagi Slot 1
8.30 Pagi
10.00 Pagi Semua Pelajar Dan Guru Berkumpul Di Dewan
10.30 Tengahari Marwah
Zikir Munajat
12.00 Tengahari Taklimat Khatam Al Quran (Kaedah Dan Fadhilat)
1.30 Petang Majlis Khatam Al Quran
Selawat Beramai-ramai

Rehat

Slot 2

Perhimpunan (Dewan Marwah)
Nyanyian Lagu Negaraku
Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Ketua Pelajar
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Wakil Pengurusan Sekolah
Pengkisahan Sejarah “Cikgu Hashim”
Persembahan Multimedia
Ucapan Cikgu Hashim Bin Ismail
Persembahan Pelajar
Penyampaian Cenderamata
Sesi Bergambar

Jamuan
Majlis Tamat & Bersurai

CIKGU
(Dedikasi buat: En Hashim bin Ismail )

Kuatur rapi aksara keramat ini,
tatkala menjengahnya hari-hari terakhir

wajahmu di sekolah.
Segala beban dan masalah yang kau punggah

Dari zaman ikrar guru pertamamu dulu
Kau angkat kini untuk mengkhatamkan amanah

Yang telah kau himpun berdekad lalu.
Telah kau hidu segala bau kerenah dan masalah anak buah

Telah kau junjung di atas batu jemalamu
Tekad dan nekad sebagai pemimpin wadah

Demi anak2 sekolah ini.
Dalam meniti hari-hari terakhirmu di sekolah,

Tampak jelas keluh kesah
untuk menyudahkan mimpi semalam agar menjadi nyata.

Nampak jelas di mata semangatmu masih membara
Untuk menyulam hasrat yang tersemat

Menjadi hamparan hangat ..tatkala musim kedinginan.
Hari ini sempat kulihat lagi
Langkah-langkah terakhirmu
tetap gegas dan bersemangat

Masih kau lontar senyuman azimat
Pagi ini masih seperti biasa, Kau berdiri di sini
Terdiam seketika, sebelum melantun bicara,

Itu dan ini, begitu dan begini,
Dan kami erus berteleku sepi…untuk mengerti suatu ketika nanti.

Tentang CIKGU
Nama itu bukan sekadar nama.
Jawatan itu bukan sekadar tugas.
Gelaran itu bukan sekadar pangkat
Tetapi ianya menjulang semangat waja seorang pendeta anak bangsa

TERIMA KASIH cikgu
Sekali menjadi guru akan terpahat gelaran CIKGU
Sepanjang abad Kau akan tetap diingat, sepanjang zaman kau kan masih dikenang,
Melangkahlah dengan damai ,Pulanglah dengan tenang…

Mengiringi langkah dengan senyuman…
Selamat Bersara…Cikgu


Click to View FlipBook Version