SIRAH
TAHUN 2
BAHAGIAN 1
PELAJARAN 1: PERISTIWA SEBELUM KELAHIRAN
1.1 NYAWA ABDULLAH 1.3 KEMATIAN
DINILAI 100 EKOR ADBULLAH BAPA
UNTA NABI
1.2 ABRAHAH 1.4 NABI MUHAMMAD
MENYERANG KETIKA DALAM
KAABAH KANDUNGAN IBUNYA
1.1 KiSAH NYAWA ABDULLAH BERNILAI 100 EKOR UNTA
❑ Abdul Mutalib merupakan pemimpin terkenal & disegani di Mekah.
❑ Bertanggung jawab menguruskan makanan & minuman jemaah haji
yang datang ke Mekah.
❑ Mempunyai 10 orang anak lelaki, 6 anak perempuan
❑ Pernah bernazar akan mengorbankan salah seorang anak lelakinya
sekiranya dikurniakan 10 orang anak lelaki.
❑ Abdul Mutalib menceritakan perkara tersebut kepada anak-anaknya &
mereka bersetuju untuk mengorbankan salah seorang dari mereka.
SAMBUNGAN.....
● Setelah undian dibuat, Abdullah terpilih & dibawa ke Kabah.
● Tidak jadi disembelih kerana dihalang oleh orang Quraisy.
● Abdul Mutalib bertemu dengan tukang tilik untuk menyelesaikan masalah.
● Tukang tilik mencadangkan agar nama Abdullah diundi dengan unta.
● Setiap kali nama Abdullah terpilih, maka hendaklah diganti dengan 10 ekor
unta.
● Setelah 11 undian, barulah unta terpilih.
● Oleh itu Abdul Mutalib perlu mengorbankan 100 ekor unta bagi nyawa
Abdullah
● 10 undi X 10 ekor unta = 100 ekor unta.
1.2 ABRAHAH MERAMPAS BINATANG TERNAKAN
● Abrahah (Raja negeri Yaman) merancang meruntuhkan Kaabah kerana
iri hati di atas sambutan orang ramai terhadap Kaabah.
● Mereka merampas ternakan penduduk Mekah termasuk ternakan Abdul
Mutalib.
● Abdul Mutalib menghantar utusan untuk menuntut ternakan yang
dirampas.
● Abrahah memberitahu, tujuannya datang bukan untuk berperang tetapi
untuk meruntuhkan Kaabah.
● Abdul Mutalib memberitahu Kaabah ada penjaganya iaitu Allah.
ABRAHAH MENYERANG KAABAH
● Setibanya Abrahah di Wadi Muhassir (terletak antara Muzdalifah dan
Mina) tiba-tiba gajah tidak mahu bergerak mahupun setapak menuju ke
Mekah.
● Allah mengutuskan burung Ababil, membawa batu panas diparuhnya dan
menjatuhkan batu-batu ke arah Abrahah & tenteranya.
● Tentera Abrahah mati bergelimpangan seperti daun dimakan ulat.
● Kaabah terselamat, tahun tersebut dinamakan Tahun Gajah.
1.3 KEMATIAN ABDULLAH BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W.
● Abdullah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang berniaga dari
Syam.
● Beliau meninggal dunia di Yathrib (Madinah) dan dikebumikan di sana.
● Ketika itu Nabi masih dalam kandungan ibunya, Aminah.
● Harta peninggalan Abdullah ialah:
- 5 ekor unta
- beberapa ekor kambing
- seorang hamba bernama Ummu Aiman.
NABI MUHAMMAD KETIKA
DALAM KANDUNGAN
IBUNYA
1.4 NABI MUHAMMAD S.A.W KETIKA DALAM KANDUNGAN
IBUNYA.
❑ Semasa Nabi masih dalam kandungan, Aminah bermimpi 2 kali:
➢ Melihat cahaya keluar dari tubuhnya, semakin lama semakin terang
cahaya sehingga ternampak istana di Basrah.
➢ Malaikat Jibril datang & memberitahu bahawa anak yang bakal lahir
nanti merupakan seorang Nabi & menyuruh Aminah menamakan
dengan nama Ahmad (Muhammad).
❑ Aminah percaya dengan mimpi tersebut kerana sepanjang mengandungkan
Nabi, beliau tidak merasa sakit sedikit pun.
❑ Ini membuktikan bahawa Aminah mengandungkan seorang yang mulia.
PELAJARAN 2: PERISTIWA SEMASA KELAHIRAN
2.1 KEPUTERAAN NABI 2.3 KEAJAIBAN KETIKA
MUHAMMAD S.A.W KELAHIRAN NABI
MUHAMMAD S.A.W
2.2 SITUASI
KELAHIRAN NABI
MUHAMMAD S.A.W
2.1 KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Nama: Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiul Awal, bersamaan 20 April
571 Masihi (Tahun Gajah)
Tempat lahir: Di rumah datuknya Abdul Mutalib.
Kampung Bani Hasyim, Mekah
Nama Bapa: Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
Nama ibu: Aminah Binti Wahab bin Abdul Manaf
Keturunan: Arab Quraisy,keturunan Nabi Ismail
2.2 SITUASI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
❑ Abdul Mutalib merasa gembira dengan kelahiran cucunya lalu
membawa cucunya masuk ke Kaabah serta berdoa kepada
Tuhannya.
❑ Abdul Mutalib turut memberi nama Muhammad yang
bermaksud “terpuji”.
❑ Nama tersebut belum pernah digunakan sebelum ini.
2.3 KEAJAIBAN KETIKA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
(di tempat lain).
❑ Semasa Nabi dilahirkan Aminah tidak merasa sakit.
❑ Keluar cahaya sehingga menerangi Istana di Syam.
❑ Api sembahan Majusi terpadam serta merta.
❑ Beberapa buah gereja runtuh.
2.3 KEAJAIBAN KETIKA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD
S.A.W. (pada diri Nabi)
❑ Nabi Muhammad tidak menangis.
❑ Lahir dalam keadaan meniarap.
❑ Kepala Baginda mendongak ke atas.
❑ Mata Baginda bersinar-sinar memandang ke langit.
❑ Jari Baginda terangkat seperti mengira sesuatu.
❑ Sudah berkhitan & tali pusat sudah terpotong.
PELAJARAN 3: PERISTIWA SELEPAS KELAHIRAN
3.1 PENYUSUAN NABI 3.3 NABI
MUHAMMAD DIKEMBALIKAN
KEPADA IBUNYA
3.2 KISAH SEPANJANG
PENYUSUAN NABI 3.4 KEMATIAN IBU &
DENGAN HALIMATUS DATUK NABI
SA’DIAH.
3.1 PENYUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
❑ Tradisi masyarakat Arab, bayi-bayi mereka akan dihantar ke luar kota
untuk disusukan & diasuh kerana mereka berpendapat udara di kota
Mekah tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak.
❑ Penduduk kampung yang terkenal dalam hal menyusukan bayi ialah
Kabilah Bani Sa’ad, mereka melakukan pekerjaan tersebut untuk
menambah pendapatan.
❑ Aminah menyusukan Baginda selama 3 hari sahaja, sementara menunggu
ibu susuan datang Aminah menyerahkan Nabi kepada Suwaibah Aslamiah
(hamba Abu Jahal) selama beberapa hari untuk disusukan.
3.2 KISAH SEPANJANG PENYUSUAN NABI DENGAN
HALIMATUS SAADIAH.
❑ Wanita di kalangan Kabilah Sa’ad datang untuk memilih bayi untuk
disusukan.
❑ Mereka memilih bayi yang mempunyai bapa sahaja.
❑ Walaupun Nabi anak yatim, Halimatus Saadiah telah mengambil Nabi &
dibawa pulang untuk disusukan.
❑ Allah merahmati Halimatus Saadiah semasa menyusukan Nabi, beliau
yang miskin beroleh kehidupan yang selesa.
❑ Kampung yang tandus berubah menghijau, ternakan kambing semakin
bertambah & mengeluarkan susu yang banyak.
SAMBUNGAN...
❑ Selama 2 tahun tinggal di kampung Halimatus Saadiah, Nabi
membesar dengan cepat & memiliki tubuh badan yang sihat.
❑ Nabi membantu Halimatus Saadiah mengembala kambing, melatih
Baginda menjadi sabar, belas kasihan & hidup berdikari.
❑ Umur 2 tahun Nabi dikembalikan kepada ibunya semula untuk
mengelakkan terkena wabak penyakit.
PERISTIWA شق الصدر
❑ Ketika Nabi berumur 3 tahun, Baginda telah didatangi oleh 2 orang lelaki
berpakaian putih (Malaikat Jibril).
❑ Mereka membaringkan Nabi dan membelah dadanya.
❑ Hati Nabi dikeluarkan dan disucikan dengan air zam-zam kemudian di
tutup semula seperti sedia kala.Kejadian ini dinamakan شق الصدر.
Kejadian tersebut ialah sebagai persediaan kerohanian Baginda yang
bersifat معصوم. Kejadian tersebut juga adalah sebagai persediaan Nabi
untuk menjadi seorang Rasul.
❑ معصومbermaksud terpelihara daripada sebarang kesalahan dan terhindar
daripada melakukan dosa.
CREDITS: This presentation
template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik
SEKIAN..
TERIMA KASIH
SEKIAN.. Disediakan oleh:
Ustazah Suwajer Binti Zakaria
TERIMA KASIH
KAP SK Paroi, 2021