BUKU PANDUAN PELAJAR
BUKU
PANDUAN
PELAJAR
Operasi Pembangunan Pelajar © 2021
2
BUKU PANDUAN PELAJAR
DISIPLIN ADALAH JAMBATAN
ANTARA TUJUAN DAN
PENCAPAIAN
- JIM ROHN -
-
3
BUKU PANDUAN PELAJAR
SURAT PENURUNAN KUASA
Saya Amiruddin bin Mohd. Ghazali, selaku Pengetua MRSM Kota Kinabalu
dengan ini menurunkan kuasa mendisiplinkan pelajar MRSM Kota Kinabalu
kepada semua Timbalan Pengetua, Ketua Jabatan, Kaunselor, Guru Asrama,
guru dan staf MRSM Kota Kinabalu.
Semua teguran yang diberikan oleh penama-penama di atas hendaklah
dipatuhi dan sekiranya didapati ingkar, maka semua pelajar perlulah
menerima tindakan yang akan dikenakan mengikut Manual Pengurusan
Disiplin Pelajar MRSM.
Semua pelajar MRSM Kota Kinabalu hendaklah akur dengan semua
peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa berusaha untuk menjadi
pelajar MRSM Kota Kinabalu yang cemerlang sahsiah dan akademik serta
berupaya menjadi tauladan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah
sekitar.
Semoga MRSM Kota Kinabalu menjadi institusi Pendidikan yang disegani dan
dapat melahirkan pelajar yang mempunyai modal insan yang tinggi.
PENGETUA
MRSM KOTA KINABALU
4
BUKU PANDUAN PELAJAR
SURAT AKUAN PEMATUHAN PERATURAN
PELAJAR MRSM KOTA KINABALU
NAMA :
NO. MAKTAB :
KELAS :
HOMEROOM :
Adalah dengan ini, saya mengaku :-
1. Saya telah membaca, memahami dan akur dengan peraturan-
peraturan yang terkandung dalam BUKU PANDUAN PELAJAR ini.
2. Sekiranya saya ingkar dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan,
maka tindakan yang sewajarnya boleh diambil ke atas saya.
TANDATANGAN :
TARIKH :
Tandatangan Guru Penasihat Homeroom :
5
BUKU PANDUAN PELAJAR MUKASURAT
5
KANDUNGAN 6
7
PERKARA 10
Prakata 11
Visi, Misi dan Piagam Pelanggan MRSM Kota Kinabalu
Matlamat, Etika dan Tanggungjawab Pelajar MRSM 12
Ciri-ciri budaya MRSM 13
Perintah-perintah Am Pelajar 13
Peraturan Disiplin Pelajar 14
− Kategori amat berat 15
− Kategori berat
− Kategori sederhana 16
− Dendaan dan hukuman 22
− Hukuman tahanan dalam maktab 28
Peraturan maktab 27
− Peraturan pakaian pelajar 29
− Peraturan dan tatatertib asrama 30
− Peraturan di Bilik Sakit 30
− Peraturan keluar maktab/outing 31
− Peraturan Pulang Bermalam 33
− Peraturan masa lawatan ibu bapa/penjaga 35
− Peraturan kelas persediaan
− Peraturan keselamatan
− Peraturan Bayaran / Kutipan / Ganti Rugi
Jadual harian pelajar asrama
6
BUKU PANDUAN PELAJAR
PRAKATA
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya maka buku ini telah
dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Buku Panduan Pelajar
MRSM Kota Kinabalu ini merupakan panduan kepada semua pelajar bagi
menjalani kehidupan di MRSM Kota Kinabalu.
Penyediaan buku ini melibatkan komitmen pelbagai pihak yang sama-sama
menggembleng tenaga dan memerah idea sebelum buku ini dapat dihasilkan
dengan baik. Buku ini menjelaskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh
pelajar sepanjang berada di maktab ini dan implikasi perlanggaran peraturan
maktab.
Sukacita saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Unit
Pengurusan Asrama kerana telah menjadi tulang belakang dan bekerjasama
dalam mencurahkan usaha sepanjang penyediaan buku ini.
Semoga buku ini dapat menjadi panduan utama untuk semua pelajar MRSM
Kota Kinabalu dalam mejalani kehidupan berasrama sepenuhnya.
PENGETUA
MRSM KOTA KINABALU
7
BUKU PANDUAN PELAJAR
BUKU PANDUAN PELAJAR
MRSM KOTA KINABALU
VISI, MISI DAN PIAGAM PELANGGAN MRSM KOTA KINABALU
VISI MRSM KOTA KINABALU
Menjadi sebuah institutusi pendidikan bertaraf dunia yang melahirkan generasi
cemerlang, gemilang dan terbilang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan
keusahawanan.
MISI MRSM KOTA KINABALU
• Melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kental, patriotik serta
penyayang.
• Membentuk pelajar yang memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai ketahanan
mental dan fizikal yang mantap.
• Mendidik, membentuk dan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
akademik serta cenderung kepada Sains dan Teknologi.
• Membentuk ciri-ciri kepimpinan dalam kalangan pelajar serta mengasah
keterampilan dalam berbahasa, kesenian dan kemasyarakatan.
• Memupuk minat dan potensi pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan.
PIAGAM PELANGGAN MRSM KOTA KINABALU
Kami warga pendidik MRSM Kota Kinabalu dengan penuh tekad dan iltizam akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :
• Membentuk dan melahirkan warganegara yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan MRSM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Mengurus dan melaksanakan segala tugas dan arahan yang
dipertanggungjawabkan secara profesional dan cemerlang.
• Merancang dan mengelola segala aktiviti yang diamanahkan secara sedar
untuk meningkatkan prestasi para pelajar.
• Membimbing pelajar secara adil tanpa mengira latarbelakang sosio ekonomi,
agama dan bangsa mereka untuk mencapai kecemerlangan.
• Mewujudkan hubungan mesra, hormat menghormati dan tolong menolong di
kalangan seluruh warga maktab, ibu bapa serta masyarakat amnya.
• Melayani setiap keperluan pelanggan dengan segera, mesra dan penuh
tanggungjawab.
8
BUKU PANDUAN PELAJAR
MATLAMAT, ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR MRSM
1. MATLAMAT
Matlamat peraturan-peraturan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA
Kota Kinabalu adalah :
i. Mewujudkan ‘iklim’ persekolahan dan pembelajaran yang selamat, bersih,
segar, kemas dan prihatin.
ii. Membantu pelajar meguruskan diri dan masa mereka dengan berkesan.
iii. Membina budaya kerja cemerlang dan berakhlak mulia.
2. ETIKA PELAJAR
2.1 Kepercayaan Kepada Tuhan
Sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur
atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan.
2.2 Bersopan dan Bertatasusila
Sentiasa menunjukan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia,
berbudi bahasa, menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakan-
rakan.
2.3 Kepatuhan kepada Undang-Undang
Sentiasa menunjukan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan &
Undang-Undang, Agama, Maktab dan Negara.
2.4 Menghormati Masa dan Tanggungjawab
Sentiasa menunjukan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab.
2.5 Mementingkan Kesihatan dan Kebersihan
Sentiasa menunjukan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa,
berketrampilan, menghargai kebersihan dan mencintai alam sekitar.
2.6 Berfikiran Positif dan Bercita-cita Tinggi
Sentiasa menunjukkan tangkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan
sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak
mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik,
berdaya saing dan bercita-cita tinggi.
9
BUKU PANDUAN PELAJAR
3. TANGGUNGJAWAB PELAJAR
3.1 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Diri Sendiri
3.1.1 Menjaga kebersihan diri, termasuk kebersihan fizikal, mental dan
rohani.
3.1.2 Bersopan, jujur dan amanah.
3.1.3 Menghargai dan menepati masa.
3.1.4 Berjimat cermat bersifat sederhana dan tidak sombong.
3.1.5 Sabar, bertolak ansur dan menghormati hak orang lain.
3.1.6 Berani dan cekal hati.
3.1.7 Rajin berusaha ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
3.1.8 Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
3.2 Tanggungjawab Pelajar Kepada Agama.
3.2.1 Taat kepada perintah Allah.
3.2.2 Mempertahankan kesucian Agama dalam kehidupan harian.
3.2.3 Mendalami dan mengamalkan ajaran Agama dalam kehidupan
harian.
3.2.4 Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama.
3.2.5 Menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
3.3 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Keluarga
3.3.1 Menghormati dan menyayangi orang-orang tua dan ibu bapa.
3.3.2 Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga.
3.3.3 Memenuhi aspirasi keluarga untuk menjadi seorang yang
3.3.4 berpendidikan dan berakhlak.
3.3.5 Menjaga nama baik keluarga.
3.4 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Masyarakat
3.4.1 Tolong-menolong dan bekerjasama.
3.4.2 Menghormati semua ahli masyarakat.
3.4.3 Bertolak ansur menghormati agama, pantang larang dan adat
resam suku bangsa lain.
3.4.4 Bersefahaman dan bersabar.
3.4.5 Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat/kebajikan.
3.4.6 Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam
sekitar.
3.4.7 Memelihara kerukunan hidup berjiran.
3.4.8 Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada
pencemaran budaya.
3.5 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Maktab
3.5.1 Mematuhi dan menghormati peraturan maktab.
3.5.2 Menghormati guru-guru dan kakitangan.
3.5.3 Belajar bersungguh-sungguh.
3.5.4 Meninggikan imej maktab dalam semua bidang.
3.5.5 Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi.
3.5.6 Bekerjasama dan komited terhadap tugas.
3.5.7 Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan di maktab.
10
BUKU PANDUAN PELAJAR
3.5.8 Menggunakan dan menghargai kemudahan yang disediakan
oleh Maktab/MARA dengan baik.
3.6 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Negara
3.6.1 Mencintai negara dan bersedia berkhidmat untuk
mempertahankan negara.
3.6.2 Mematuhi undang-undang.
3.6.3 Mengamalkan Prinsip Rukunegara.
3.6.4 Menjaga semua kemudahan awam.
3.6.5 Menjaga dan mempertingkatkan keindahan semula jadi negara.
3.6.6 Sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.
11
BUKU PANDUAN PELAJAR
CIRI-CIRI BUDAYA MRSM
Budaya Cemerlang
Cara berfikir, cara bertindak / berkelakuan pada tahap yang sangat baik. Sentiasa
berusaha mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai ilmu.
Budaya Keusahawan
Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan
dengan risiko di samping mempunyai sikap proaktif, tekal dan cekap.
Budaya Ilmu
Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai
keinginan untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu di samping menemu dan
membina ilmu pengetahuan.
Budaya Kepimpinan berani, rajin, tegas,
Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri memimpin,
bertanggungjawab, bijak berbahasa dan berwibawa.
Budaya Penyayang
Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu
orang lain, menyayangi harta benda dan alam sekitar.
Budaya Kepersisan Bahasa
Mampu berbahasa dengan baik, tepat dan jitu. Boleh menguasai Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris dengan baik.
Budaya Berfikir
Dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif dan rasional.
Budaya Saintifik
Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan, bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik
dan tekologi masa depan.
Budaya Mengahargai Masa
Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
Budaya Sihat
Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual dan
mengamalkan gaya hidup sihat.
Budaya Estetik
Menghayati seni dan keindahan (estetik). Boleh menhasilkan sesuatu yang indah
dan dapat diterima oleh orang lain.
Budaya Muafakat (Jamie)
Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu-membantu dan semangat
persaudaraan.
12
BUKU PANDUAN PELAJAR
Budaya Jati Diri
Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan kecintaan terhadap bangsa
dan mendaulatkannya.
Budaya Beradab
Mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan santun dan maju
dalam tingkat kehidupan (jasmani dan rohani).
Budaya Berdikari
Mempunyai dorongan dalaman untuk membina, mengarah dalam mencapai
matlamat sendiri (self directed).
PERINTAH-PERINTAH AM PELAJAR
Ke arah mencapai matlamat maktab ini adalah menjadi taggungjawab pihak
pentadbiran dan agen-agennya untuk menguatkuasakan perintah-perintah/
peraturan-peraturan yang ditetapkan ke atas pelajar-pelajar supaya suasana dan
persekitaran yang bersih, selamat, harmoni, teratur, terkawal dan kondusif kepada
pedidikan semua pelajar dapat diwujudkan di maktab ini. Oleh itu :
1. Setiap pelajar dikehandaki sentiasa menjunjung dan mengamalkan prinsip-
prinsip ‘ETIKA PELAJAR’ dalam kehidupan harian.
2. Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menghormati dan mematuhi ‘PERATURAN
DISIPLIN PELAJAR’, ‘PERATURAN MAKTAB’ (Peraturan Pakaian, Peraturan
lawatan, Peraturan Kelas Persediaan, Peraturan Penginapan Asrama,
Peraturan Keselamatan, Peraturan Keluar Maktab, Peraturan Perpustakaan
Peraturan Aktiviti Jualan serta peraturan-peraturan kecil yang dikeluarkan oleh
unit-unit / jabatan seperti peraturan makmal dan sebagainya.
3. Pelajar-pelajar yang tidak mematuhi atau melanggar peraturan-peraturan /
tatacara yang telah ditetapkan akan / boleh dikenakan Hukuman Kesalahan
Disiplin’ mengikut ‘prosedur dan budi bicara’ pihak Pengetua (Surat perjanjian
yang ditandatangani oleh pelajar semasa menerima tawaran belajar di MRSM
hendaklah sentiasa dirujuk dan berkuatkuasa).
4. Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menghormati guru-guru dan kakitangan,
mematuhi arahan mereka (yang tidak bercanggah dengan kehendak
agama), memberi kerjasama dan bantuan, menjaga perasaan mereka dan
enerima teguran mereka dengan positif.
5. Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menghormati sesama pelajar, serta
bekerjasama mewujudkan keharmonian dan kesepakatan di antara Tingkatan
4 dan Tingkatan 5, di antara pelajar-pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
6. Setiap pelajar dikehandaki memberi kerjasama sepenuhnya dan bersatupadu
dalam menjayakan program-program yang di atur oleh pihak berkuasa
maktab, samaada ianya program akademik atau kokurikulum.
7. Setiap pelajar hendaklah sentiasa menjaga dengan baik segala kemudahan
yang peralatan yang disediakan oleh pihak maktab. Sebarang kerosakan
akan dikenakan bayaran ganti rugi.
13
BUKU PANDUAN PELAJAR
PERATURAN DISIPLIN PELAJAR
Pada bila-bila masa, pelajar dilarang atau ditegah daripada melakukan atau
terlibat atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan dan dibuktikan
sebagai kesalahan mengikut Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Buku
Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2016
KATEGORI AMAT BERAT
BIL KESALAHAN KOD SEKSYEN
1 Berkahwin A/A/01
2 Kegiatan politik anti-kerajaan A/A/02
3 Murtad B/A/01
4 Melakukan hubungan seks B/A/02
5 Mengandung / Gugur kandungan / Melahirkan anak B/A/03
6 Kegiatan pelacuran / Gejala bohsia & bohjan B/A/04
7 Menyerupai jantina lain B/A/05
8 Seks luar tabii B/A/06
9 Khalwat B/A/07
10 Bahan lucah / Bahan ganas / Bahan tidak bermoral B/A/08
11 Minuman keras B/A/09
12 Judi / Loteri / Pertaruhan B/A/10
13 Kematian C/A/01
14 Pukul / Dera / Seksa / Buli C/A/02
15 Kecederaan C/A/03
16 Dadah C/A/04
17 Rogol / Mencabul C/A/05
18 Gangguan seksual C/A/06
C/A/08
19 Cubaan membunuh diri C/A/09
20 Rompak / Samun C/A/10
21 Ancaman / Memeras Ugut C/A/11
22 Pertubuhan haram / Kongsi gelap / Kumpulan aktiviti
D/A/01
keganasan / Ajaran Sesat
23 Mencemar imej individu lain / imej negara / imej MRSM atau E/A/01
E/A/02
MARA I/A/01
24 Bahan khayal / Bahan perangsang I/A/02
25 Hasutan / Provokasi L/A/01
26 Pemalsuan / Tipu / Subahat
27 Menipu / Tiru / Subahat
28 Kes Berulang
14
BUKU PANDUAN PELAJAR
KATEGORI BERAT
BIL KESALAHAN KOD SEKSYEN
1 Mencederakan diri sendiri B/B/01
2 Mengujungi Pusat hiburan / Rumah urut B/B/02
3 Meninggalkan ibadat asas fardhu ain bagi pelajar muslim B/B/03
4 Senjata / Mercun / Bahan kimia C/B/01
5 Mencuri C/B/02
6 Ceroboh asrama C/B/03
7 Keluar dari kawasan maktab tanpa kebenaran E/B/01
8 Bahan tembakau / Shisha / Rokok elektronik (Vape) E/B/02
9 Bergaduh E/B/03
10 Pecah masuk / Ceroboh E/B/04
11 Tatoo / Tindik F/B/01
12 Makanan tidak halal G/B/01
13 Merosakkan harta / Vandalisme (Nilai kerosakan RM50.00 ke H/B/01
atas) J/B/01
14 Ponteng hari persekolahan L/B/01
15 Kes Berulang
KATEGORI SEDERHANA
BIL KESALAHAN KOD SEKSYEN
1 Memasuki kawasan larangan E/C/01
2 Membawa masuk individu tidak berkenaan tanpa E/C/02
kebenaran. E/C/03
3 Penyalahgunaan telefon bimbit E/C/04
4 Peralatan ICT / Gajet E/C/05
5 Peralatan Elektrik / Elektronik F/C/01
6 Rambut F/C/02
7 Rupa diri G/C/01
8 Biadab / Penghinaan G/C/02
9 Mengintai G/C/03
10 Keingkaran H/C/01
11 Merosakkan harta / Vandalisme (Nilai kerosakan kurang
J/C/01
RM50.00)
12 Ponteng kelas atau aktiviti maktab
15
BUKU PANDUAN PELAJAR
Dendaan & Hukuman
Pihak maktab melalui tatacara pengadilan yang telah ditetapkan boleh
mengenakan hukuman atau dendaan yang sesuai dan wajar ke atas seseorang
pelajar yang didapati atau dibuktikan bersalah melanggar peraturan disiplin
berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains
MARA seperti berikut:
1. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat (mengikut kod kesalahan) :
1.1 Hilang kelayakan sebagai pelajar MRSM
1.2 Laporkan kepada pihak berkuasa polis jika berkenaan
1.3 Gantung persekolahan serta-merta selama dua (2) minggu dan
dicadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM
1.4 Gantung persekolahan tidak melebihi dua (2) minggu
1.5 Tahanan dalam maktab tidak melebihi enam (6) minggu
1.6 Rotan secara tertutup tidak melebihi dua (2) kali
1.7 Membayar ganti rugi jika berkenaan
1.8 Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga
1.9 Maklum kepada pihak BPM
1.10 Tandatangan surat akujanji
1.11 Sesi kaunseling
2. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Berat (mengikut kod kesalahan) :
2.1 Gantung persekolahan serta-merta selama dua (2) minggu dan
dicadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM
2.2 Gantung persekolahan tidak melebihi satu (1) minggu
2.3 Gantung persekolahan tidak melebihi dua (2) minggu
2.4 Tahanan dalam maktab tidak melebihi dua (2) minggu
2.5 Tahanan dalam maktab tidak melebihi empat (4) minggu
2.6 Rotan secara tertutup tidak melebihi satu (1) kali
2.7 Rotan secara tertutup tidak melebihi dua (2) kali
2.8 Membayar ganti rugi jika berkenaan
2.9 Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga
2.10 Tandatangan surat akujanji
2.11 Sesi kaunseling
3. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana (mengikut kod kesalahan) :
3.1 Gantung persekolahan tidak melebihi satu (1) minggu
3.2 Tahanan dalam maktab tidak melebihi satu (1) minggu
3.3 Rotan secara tertutup satu (1) kali
3.4 Barangan dirampas
3.5 Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga
3.6 Tandatangan surat akujanji
3.7 Sesi kaunseling
16
BUKU PANDUAN PELAJAR
Hukuman Tahanan dalam Maktab
Dikenakan tahanan terhad dalam kawasan maktab selama tidak lebih daripada
tempoh yang ditetapkan mengikut kategori Hukuman Kesalahan, dengan mengikut
peraturan berikut:
1. Tahanan dalam maktab selama tidak lebih enam (6) minggu dengan mengikut
peraturan berikut:
1.1 Tidak dibenarkan keluar maktab.
1.2 Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam [kecuali kecemasan]
1.3 Tidak dibenarkan mengikut, turut serta atau mewakili Maktab dalam apa
jua aktiviti yang diadakan diluar maktab.
1.4 Mesti melaporkan diri kepada warden bertugas disepanjang tempoh
tahanan berkenaan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan contohnya
07:00-08:00 pagi 02:00-03:00 petang
10:00-11:00 pagi 05:00-06:00 petang
10:30-11:00 malam
1.5 Semasa dalam tahanan, pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan
Kerja-kerja Bakti (Community Service) seperti berikut:
1.6 Kerja Bakti seperti:
1.6.1 Mencuci longkang
1.6.2 Membersihkan bilik mandi
1.6.3 Mencuci tandas
1.6.4 Mencabut rumput
1.6.5 Menyapu sampah
1.6.6 Aktiviti kerohanian seperti menjadi Imam Solat, Muazzin, Hafaz
Surah, doa dan lain-lain.
1.6.7 Aktiviti akademik seperti membuat ringkasan topik pelajaran
tertentu
1.7 Tempoh masa kerja bakti :
1.7.1 Tidak lebih 4 jam sehari, 2 hari berturut-turut pada hujung minggu /
waktu melawat.
ATAU
1.7.2 2 jam pada hujung minggu
1.8 Kerja bakti boleh dilakukan secara individu / berkumpulan
1.9 Dibawah seliaan guru atau kakitangan yang ditetapkan oleh Pengetua
atau JDM
❖ Sumber :
1. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2016
2. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Pengetua, Guru Besar, Guru
Disiplin dan Guru Sekolah
3. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 6A/1975
4. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 2/1976
5. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 3/1993
6. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 6/1995
7. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 4/1997
8. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 9/1997
9. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 5/1999
10. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 4/2010
17
BUKU PANDUAN PELAJAR
18
BUKU PANDUAN PELAJAR
19
BUKU PANDUAN PELAJAR
PERATURAN MAKTAB
1. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR
1.1 TAFSIRAN
1.1.1 Pakaian Rasmi – pakaian yang dipakai semasa menghadiri kelas
pembelajaran formal dan majlis-majlis rasmi sama ada di dalam atau
di luar maktab.
1.1.2 Pakaian Pilihan – pakaian yang boleh dipakai semasa menghadiri
kelas pembelajaran formal, aktiviti dalaman maktab dan semasa
keluar ke bandar atau pulang ke rumah.
1.1.3 Pakaian Sukan dan Permainan – pakaian yang dipakai semasa
menyertai acara-acara sukan, permainan dan riadah.
1.1.4 Pakaian Aktiviti ko-kurikulum – pakaian yang dipakai semasa
mengikuti aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab atau persatuan.
1.1.5 Pakaian Pendidikan Jasmani – pakaian yang dipakai semasa
mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di luar bilik darjah.
1.1.6 Pakaian Waktu Prep - pakaian yang dipakai semasa kelas
persediaan (preparatory class) petang atau malam yang diwajibkan
pada hari persekolahan.
1.1.7 Pakaian Outing – pakaian yang dipakai semasa pelajar keluar dari
kawasan maktab sama ada ke keluar bandar (outing) atau pulang
ke rumah (pulang bermalam atau cuti sekolah)
1.1.8 Tutup Kepala – pakaian yang menutupi kepala seperti songkok,
tudung dan sebagainya.
1.1.9 Pakaian Solat Jumaat – pakaian yang dipakai semasa pelajar lelaki
pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.
20
BUKU PANDUAN PELAJAR
1.2 PEMAKAIAN PELAJAR LELAKI
BIL PERKARA PELAJAR LELAKI
1 Kemeja/Kemeja T a) Kemeja berkolar potongan biasa sama ada
berlengan panjang atau pendek dibenarkan. Lain-
lain jenis baju seperti kemeja T berkolar, kemeja T
sukan atau seumpanya dibenarkan untuk aktiviti
riadah sahaja. Kemeja T tidak berkolar tidak
dibenarkan.
b) Baju hendaklah disisipkan ke dalam seluar.
c) Baju kemeja berlengan panjang hendaklah
dibutangkan di pergelangan tangan dan tidak
dibenarkan dilipat.
d) Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan ke
kelas akademik. Baju panas (sweater) dibenarkan
dalam keadaan tertentu sahaja.
2 Seluar a) Kain seluar slack yang dibenarkan ialah daripada
jenis yang sesuai. Selain itu, kain jenis denim, PVC,
corduroy atau kulit tidak dibenarkan.
b) Pemakaian semua jenis jeans dan cotton slack tidak
dibenarkan.
c) Fesyen seluar slack hendaklah tidak terlalu longgar
baggy, slim fit, terlalu ketat dan berkaki singkat tidak
dibenarkan. Paras kaki seluar hendaklah melepasi
bawah buku lali dan ukur lilit kaki seluar di antara 35 –
45cm
3 Tali Pinggang a) Tali pinggang hendaklah dari jenis kulit atau PVC
b) Lebar tali pinggang hendaklah di antara 2.5 – 3.0cm
dan berwarna hitam atau coklat tua. Tali pinggang
yang berwarna-warni dan bercorak tidak
dibenarkan.
c) Saiz kepala tali pinggang hendaklah tidak melebihi
5cm dan tidak mempunyai lambang yang tidak
sesuai, seperti lambang binatang dan tengkorak
atau tulisan yang tidak sesuai dan tidak bermoral.
4 Kasut dan Stoking a) Kasut hendaklah dari jenis kulit atau PVC berwarna
hitam. Kasut sukan, selipar, sandal, boot, semi boot,
atau lain-lain kasut yang berwarna-warni dan
bercorak tidak dibenarkan ke kawasan blok
pentadbiran dan blok akademik.
b) Pemakaian kasut bersama stoking adalah
diwajibkan. Stoking hendaklah menutupi buku lali.
c) Stoking hendaklah berwarna hitam tanpa corak.
5 Tali Leher a) Tali leher rasmi maktab sahaja dibenarkan.
b) Tali leher hendaklah dipakai semasa upacara rasmi
seperti kelas akademik, perhimpunan, ceramah,
majlis makan rasmi dan lain-lain.
6 Tutup Kepala a) Songkok berwarna hitam sahaja dibenarkan dipakai
21
BUKU PANDUAN PELAJAR
7 Rambut semasa majlis rasmi maktab.
b) Kopiah dan serban dibenarkan untuk tujuan
8 Misai, Janggut
Dan Jambang menunaikan solat sahaja.
c) Topi dibenarkan untuk tujuan bersukan sahaja.
9 Cermin Mata / a) Rambut mestilah pendek, tidak tebal, dan tidak
Kanta Lekap
mencecah kolar baju.
b) Rambut mestilah bersih dan disikat rapi.
c) Membotakkan kepala (licin) dan mewarnakan
rambut adalah tidak dibenarkan.
d) Stail rambut yang keterlaluan seperti punk, trojan,
skin head, bross, mohawk dan lain-lain tidak
dibenarkan.
e) Menyimpan jambul melebihi aras kening dan ekor
rambut tidak dibenarkan.
f) Tidak dibenarkan mengguna gel, pengeras rambut
atau minyak rambut yang berbau tengik.
a) Tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut dan
jambang.
b) Sideburns dibenarkan sepanjang 2cm sahaja.
a) Tidak dibenarkan memakai kanta lekap kecuali atas
nasihat doktor.
b) Cermin mata hendaklah tidak berbingkai terlalu
besar atau terlalu kecil dan berfesyen.
c) Tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam /
gelap.
22
BUKU PANDUAN PELAJAR
1.3 PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
BIL PERKARA PELAJAR PEREMPUAN
1 Baju dan Kain
a) Pelajar hanya dibenarkan memakai baju kurung
2 Tudung berpesak/moden yang sopan.
3 Kasut b) Pelajar bukan Islam digalakkan memakai baju
kurung berpesak/moden dan dibenarkan memakai
4 Rambut blaus berlengan panjang serta skirt labuh melebihi
paras lutut.
5 Muka
6 Cermin Mata / c) Baju dan kain hendaklah TIDAK KETAT dan TIDAK
JARANG.
Kanta Lekap
a) Tudung hendaklah berbentuk segi tiga depan dan
belakang serta dijahit di bahagian depan.
b) Tudung dan anak tudung berwarna putih sahaja
dibenarkan pada waktu akademik.
c) Tudung dan anak tudung berwarna hitam
dibenarkan di luar waktu akademik.
d) Tudung hendaklah tidak jarang dan tidak bercorak
serta menutupi bahagian dada.
a) Kasut hendaklah jenis yang bersarung dan bukan
dari jenis selipar atau sandal.
b) Kasut berwarna hitam sahaja dibenarkan dipakai
pada waktu akademik.
c) Kasut berfesyen dan berwarna-warni tidak
dibenarkan.
d) Ketinggian tumit tidak melebihi 2.0cm.
a) Rambut hendaklah pendek, jika panjang mestilah
diikat / disanggul / didandan dengan riben hitam /
putih / biru.
b) Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka.
c) Rambut yang berfesyen dan berwarna tidak
dibenarkan.
d) Rambut mesti kemas dan bersih.
a) Tidak dibenarkan memakai alat solek seperti gincu,
celak dan lain-lain.
b) Tidak dibenarkan mencabut atau mencukur bulu
kening.
a) Tidak dibenarkan memakai kanta lekap kecuali atas
nasihat doktor.
b) Cermin mata hendaklah tidak berbingkai terlalu
besar atau terlalu kecil dan berfesyen.
c) Memakai cermin mata hitam / gelap tidak
dibenarkan.
23
BUKU PANDUAN PELAJAR
Jenis-jenis pakaian dan masa pemakaian adalah seperti berikut :
BIL JENIS PAKAIAN LELAKI KOD PAKAIAN
PEREMPUAN
1 Pakaian Rasmi Kemeja lengan panjang Baju kurung berpesak warna
warna beige (coklat muda), beige (coklat muda), kain
seluar panjang warna coklat kurung susun tepi warna
gelap, tali leher maktab, coklat gelap, tudung dan
kasut kulit/PVC warna hitam, anak tudung warna putih,
stoking warna hitam dan kasut kulit/PVC warna hitam,
tanda nama stoking warna hitam dan
tanda nama
2 Pakaian Pilihan Kemeja lengan panjang Baju kurung berpesak warna
warna biru muda, seluar biru muda, kain kurung susun
panjang warna biru gelap, tepi warna biru gelap,
tali leher maktab, kasut tudung dan anak tudung
kulit/PVC warna hitam, warna putih, kasut kulit/PVC
stoking warna hitam dan warna hitam, stoking warna
tanda nama hitam dan tanda nama
3 Pakaian Sukan Seluar sukan / track bottom Seluar sukan / track bottom
dan Permainan (warna biru gelap / hitam). (warna biru gelap / hitam).
Kemeja T rumah sukan atau Kemeja T rumah sukan atau
kemeja T berlengan panjang kemeja T lengan panjang.
/ pendek dan berkolar. Kasut sukan dan stoking
Kasut sukan dan stoking.
Seluar pendek tidak
dibenarkan sama sekali
4 Pakaian Aktiviti Mengikut pakaian seragam Mengikut pakaian seragam
Kelab Minat dan yang ditetapkan atau yang ditetapkan atau baju
Badan Beruniform kemeja T berkolar dan kurung warna bebas atau
berlengan pendek / kemeja T berkolar dan
panjang, berseluar panjang, berlengan panjang, track
kasut sukan dan stoking bottom warna gelap, kasut
sukan dan stoking
5 Pakaian Seluar sukan / track bottom Seluar sukan track bottom
Pendidikan (warna biru gelap / hitam). (warna biru gelap / hitam).
Jasmani Kemeja T rumah sukan. Kemeja T rumah sukan
Kasut sukan dan stoking berlengan panjang. Kasut
putih. Seluar pendek tidak sukan dan stoking putih
dibenarkan sama sekali
6 Pakaian Waktu Pakaian rasmi atau pakaian Pakaian rasmi atau pakaian
Kelas Persediaan pilihan maktab atau baju T pilihan maktab atau baju
petang (prep atau baju kemeja tanpa kurung warna bebas / blaus
petang) / Kelas cetak. Seluar panjang slacks dan skirt labuh (untuk pelajar
Tambahan warna gelap. Berkasut dan bukan Muslim). Berkasut dan
berstoking berstoking
7 Pakaian Waktu Baju melayu, seluar panjang Baju kurung warna bebas.
Kelas Persediaan / slacks warna gelap. Kasut / Kasut / sandal dan stoking
Malam (prep sandal
malam)
24
BUKU PANDUAN PELAJAR
BIL JENIS PAKAIAN KOD PAKAIAN PEREMPUAN
8 Pakaian Outing LELAKI Pakaian rasmi maktab atau
pakaian pilihan atau baju
9 Pakaian Pulang Pakaian rasmi maktab atau batik rasmi maktab. Kasut
Bermalam pakaian pilihan atau baju kulit / PVC warna hitam,
batik rasmi maktab serta stoking hitam dan tanda
10 Tutup Kepala seluar panjang warna hitam nama
/ biru gelap, kasut kulit / PVC
11 Pakaian Solat warna hitam, stoking hitam Pakaian rasmi maktab atau
Jumaat dan tanda nama pakaian pilihan atau baju
Pakaian rasmi maktab atau batik rasmi maktab. Kasut
pakaian pilihan atau baju kulit / PVC warna hitam,
batik rasmi maktab serta stoking hitam dan tanda
seluar panjang warna hitam nama
/ biru gelap, kasut kulit / PVC
warna hitam, stoking hitam Tudung berwarna putih,
dan tanda nama berbentuk segi tiga di
Songkok baldu berwarna hadapan dan belakang
hitam serta dijahit di depan
(bercantum)
Baju melayu rasmi maktab
berwarna putih, samping -
rasmi maktab dipakai di
bahagian luar dan
berbutang baju melayu.
Songkok hitam. Kasut atau
sandal hitam
1.4 PAKAIAN LARANGAN
1.4.1 Pada bila-bila masa dan di mana-mana juga dalam kawasan
maktab, pelajar dilarang memakai / memiliki / menyimpan pakaian
seperti berikut:
a) Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai mencolok mata
atau pakaian yang mendedahkan aurat mengikut tafsiran Islam
atau pakaian ketat yang memperlihatkan anggota tubuh
badan pemakainya atau pakaian yang ditafsirkan sebagai seksi
atau bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan moral
masyarakat kecuali di tempat-tempat tertentu kepada jantina
yang berlainan atau dengan kebenaran khas atas sebab-
sebab keselamatan.
b) Baju atau pakaian yang mempunyai:
• gambar orang seperti penyanyi, penghibur, pemimpin, ahli
sukan dan sebagainya.
• gambar-gambar lucah.
• gambar-gambar yang bertentangan dengan nilai-nilai murni
budaya Malaysia.
• gambar-gambar yang bertentangan dengan kepentingan
maktab atau MARA atau negara.
25
BUKU PANDUAN PELAJAR
c) Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan atau lakaran
yang lucah, ganas atau bertentangan dengan nilai-nilai murni
budaya Malaysia dan kepentingan maktab dan negara.
d) Semua jenis jeans, cotton slacks, jaket dan jubah kecuali kot
makmal ketika melakukan kerja berkaitan atau jubah untuk
mengerjakan solat atau di tempat-tempat berkenaan.
e) Tali pinggang berwarna-warni, rugged, berkepala besar
dengan tulisan atau lakaran reka bentuk binatang, lucah,
ganas dan sebagainya.
f) Sebarang jenis ikatan/lilitan kepada kepala kecuali serban
untuk melakukan solat.
g) Berpakaian separuh bogel (tidak memakai baju,
berkemban,memakai tuala mandi sahaja), berkaki ayam (tidak
memakai alas kaki / kasut) ditegah kecuali di dalam bilik
asrama atau di tempat-tempat yang dilarang memakai kasut.
h) Mengenakan sebarang jenis pakaian yang dianggap tidak
sesuai / tidak wajar dipakai oleh pelajar sekolah.
i) Mengenakan baju T yang tidak berkolar.
j) Mengenakan pakaian yang kotor, koyak (sengaja / tidak) atau
selekeh.
1.5 KAD MATRIKS PELAJAR ATAU TANDA NAMA
1.5.1 Semua pelajar dikehendaki memakai kad matrik semasa kelas
akademik atau upacara rasmi maktab.
1.5.2 Kad matriks tersebut tidak boleh ditukar ganti dengan pelajar lain.
1.5.3 Kad matriks tidak boleh diubah suai atau diconteng dan tidak boleh
mempunyai nama samaran.
2. PERATURAN DAN TATATERTIB ASRAMA
2.1 PERATURAN AM
2.1.1 Pelajar DILARANG membawa ibu bapa/ penjaga / waris melawat
2.1.2 asrama kecuali pada hari pendaftaran
Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berkumpul untuk
2.1.3 ‘Morning Call’ di asrama masing-masing selewat-lewatnya pada
2.1.4 pukul 6.10 pagi.
Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik
termasuk waktu rehat.
Pelajar hendaklah menyusun dan mengemaskan bilik dan tempat
tidur sebelum mengosongkan asrama dan keluar ke kawasan
akademik.
26
BUKU PANDUAN PELAJAR
2.1.5 Susunan perabot seperti katil, tilam, almari, dan kelengkapan lain di
dalam bilik TIDAK BOLEH diubah tanpa kebenaran Pembantu Tadbir
Asrama (PTA) / Ketua Guru Asrama (KGA) / Timbalan Pengetua
Pembangunan Pelajar (TPPP) / Pengetua.
2.1.6 Para pelajar hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan tempat
tidur, bilik, surau dan kawasan persekitaran asrama. Sampah sarap
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
2.1.7 Para pelajar dilarang sama sekali membawa sebarang makanan
basah atau peralatan dapur ke asrama. Hanya makanan kering
sahaja dibenarkan dibawa ke asrama.
2.1.8 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki barang-
barang berbahaya seperti pisau, cangkul, racun, asid dan
sebagainya di asrama. Barang berharga seperti emas dan permata
juga tidak dibenarkan.
2.1.9 Pelajar-pelajar dilarang keras memiliki / menyimpan rokok dan vape
atau merokok dan menghisap vape. Pelajar juga dilarang memiliki /
menyalahguna dadah serta menyimpan minuman keras di dalam
asrama atau persekitaran asrama.
2.1.10 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja-pekerja di
asrama dan tidak boleh dengan cara apa sekalipun menghalang
tugas mereka.
2.1.11 Sebarang bahan-bahan lucah secara media cetak dan media
eloktronik dilarang dibawa ke asrama.
2.1.12 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di dalam
asrama.
2.1.13 Semua ketua wing perlu memastikan semua suis lampu bilik asrama
ditutup selepas waktu lights-off.
2.1.14 Pelajar mesti keluar dari kawasan asrama semasa prep petang dan
malam.
2.1.15 Para pelajar yang sakit perlu berada di bilik sakit (sickbay) semasa
para pelajar lain menjalani kelas akademik / aktiviti formal.
2.1.16 Semasa cuti semester / tamat pengajian, semua almari dan bilik di
asrama hendaklah dikosongkan.
2.1.17 Sumber tenaga seperti elektrik dan air hendaklah sentiasa ditutup
selepas digunakan. Jimatkan penggunaan sumber di asrama.
2.1.18 Semua penghuni asrama mesti berada di asrama masing-masing
pada atau sebelum pukul 10.30 malam. Waktu lights off adalah
pada pukul 11.00 malam sehingga 4.30 pagi.
2.1.19 Semua pelajar hendaklah tidur di katil masing-masing.
2.1.20 Pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran selepas pukul 11.00
malam boleh menggunakan bilik belajar (study room) mengikut
wing masing-masing.
2.1.21 Pelajar dilarang mengadakan aktiviti di asrama sebelum mendapat
kebenaran daripada Pengetua / TPPP / KGA.
2.1.22 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati Warden-warden, Pekerja-
pekerja di asrama, Ketua-ketua pelajar dan tidak boleh dengan
apa cara sekalipun menghalang tugas mereka.
2.1.23 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati sesama pelajar, dan
bekerjasama mewujudkan keharmonian di antara pelajar dan di
antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
27
BUKU PANDUAN PELAJAR
2.2. PERATURAN BILIK TIDUR / ASRAMA
2.2.1 Bilik mestilah sentiasa kemas dan bersih.
2.2.2 Kad Asrama (locker tag) mestilah dilekatkan di bahagian luar
almari.
2.2.3 Barang-barang di atas meja belajar mestilah disusun dengan
kemas.
2.2.4 Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam bakul sampah.
2.2.5 Cadar dan sarung bantal hendaklah sentiasa dipasang.
2.2.6 Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan dihujung katil.
2.2.7 Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan
di dalam almari.
2.2.8 Pakaian yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan
di luar asrama.
2.2.9 Paip-paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan.
2.2.10 Dilarang meletakkan buku di tingkap-tingkap asrama pada
sebarang waktu.
2.2.11 Kasut, kasut sukan, sandal atau selipar hendaklah disimpan dan
disusun di rak kasut yang disediakan.
2.2.12 Selipar tandas hanya dibenarkan dipakai di bilik air asrama sahaja.
2.2.13 Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering.
2.2.14 Pakaian yang jatuh hendaklah diambil segera. Jika tidak, pakaian
akan diambil oleh pihak pengurusan asrama.
2.2.15 Makanan yang berbau tidak dibenarkan di simpan di dalam bilik.
2.2.16 Syarat pakaian di asrama merujuk kepada kod pakaian.
2.2.17 Sebarang kerosakan peralatan bilik asrama adalah
tanggungajawab penghuni bilik.
2.2.18 Pemeriksaan asrama akan dijalankan pada setiap hari pada jam
7.00 pagi.
2.2.19 Semasa cuti semester / tamat pengajian semua almari dan billik
asrama hendaklah dibersihkan dan dikosongkan
2.3 PERATURAN PADAM LAMPU (LIGHTS OFF)
2.3.1 Lampu mesti dipadamkan pada pukul 11.00 malam.
2.3.2 Pelajar tidak boleh berjalan-jalan, berbual-bual atau keluar asrama
selepas lampu padam.
2.3.3 Pelajar dilarang menggunakan telefon pintar untuk tujuan bermain
‘game’ dan hiburan selepas lampu padam. Sekiranya didapati
pelajar berbuat demikian telefon tersebut akan dirampas dan
dikenakan tindakan yang sewajarnya.
28
BUKU PANDUAN PELAJAR
2.4. PERATURAN PENGOSONGAN BILIK
2.4.1 Pelajar mestilah mematuhi Jadual Pengosongan Asrama adalah
seperti berikut :
Hari Persekolahan : Kelas Akademik 06.45 pg – 01.45 tgh
Isnin hingga Jumaat Prep Petang 02.30 ptg – 04.00 ptg
(kecuali Ahad) 04.30 ptg – 05.30 ptg
Hari Jumaat Riadah, Makan
Hari Sabtu Malam & Solat 07.30 mlm -10.00 mlm
Hari Ahad Maghrib 12.30 tgh – 01.10 tgh
Prep malam 8.00 pg – 12.30 tgh
(kecuali Jumaat) 07.30 mlm – 10.00 mlm
Solat Jumaat
(pelajar lelaki sahaja)
Prep Pagi
Prep Malam
2.4.2 Sekiranya ada program maktab yang tamat pada jam 5.00 petang,
tidak perlu dikosongkan asrama pada waktu riadah. Selepas 9.30
2.4.3 malam, kawasan akademik adalah kawasan larangan untuk
2.4.4 pelajar.
2.4.5 Pada hari-hari lain tertakluk kepada aktiviti dan yang terlibat dalam
2.4.6 aktiviti tersebut hendaklah keluar dari asrama sekurang-kurangnya
15 minit lebih awal dari waktu aktiviti lain berkenaan bermula.
Ketua bilik / ahli bilik yang terakhir hendaklah memastikan semua
suis elektrik seperti lampu dan kipas dimatikan sebelum ke kelas /
prep / meninggalkan asrama.
Pelajar TIDAK DIBENARKAN pulang ke asrama pada bila-bila waktu
akademik termasuk waktu rehat, waktu prep, majlis rasmi maktab,
tanpa kebenaran GA bertugas.
Pelajar yang sakit / demam TIDAK DIBENARKAN berada di dorm /
asrama semasa pelajar lain menjalankan aktiviti formal.
2.5 PERATURAN PENGGUNAAN SURAU
2.5.1 Semua pelajar Islam wajib menunaikan solat fardhu secara
2.5.2 berjemaah di surau pada setiap waktu.
2.5.3 Semua pelajar Islam diwajibkan menghadiri ceramah agama yang
dianjurkan / dirancang oleh pihak maktab.
2.5.4 Pelajar bukan Islam mestilah menghormati waktu pelajar Islam
2.5.5 sedang menunaikan solat / beribadat / menjalankan aktiviti
agama.
Semua aktiviti agama pelajar bukan Islam hendaklah mendapatkan
kelulusan daripada Pengetua.
Pelajar dilarang menggunakan telefon pintar ketika berada di
surau. Sekiranya didapati pelajar berbuat demikian telefon tersebut
akan dirampas dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
29
BUKU PANDUAN PELAJAR
30
BUKU PANDUAN PELAJAR
31
BUKU PANDUAN PELAJAR
2.6 PERATURAN DI DEWAN SELERA
2.6.1 Pelajar perlu beratur dengan tertib semasa mengambil makanan.
2.6.2 Pelajar perlu sentiasa menjaga kebersihan Dewan Selera. Sisa-sisa
makanan hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
2.6.3 Sistem booking tidak dibenarkan.
2.6.4 Kerusi hendaklah disusun semula selepas digunakan.
2.6.5 Pelajar perlu sentiasa mematuhi peraturan di Dewan Selera yang
dikeluarkan oleh maktab dan pihak pengurusan Dewan Selera dari
semasa ke semasa.
2.6.6 Pakaian di Dewan Selera mestilah mengikut seperti yang ditetapkan
dalam peraturan pakaian (kemeja T berkolar bagi lelaki dan
pakaian menutup aurat bagi perempuan)
2.6.7 Pelajar-pelajar dilarang membawa barang-barang / alat-alat
Dewan Selera dan makanan keluar dari Dewan Selera.
2.6.8 Tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kaunter agihan makanan
Dewan Selera.
2.6.9 Buku-buku dan peralatan lain hendaklah diletakkan di tempat yang
disediakan.
2.6.10 Makan Malam - Pelajar hendaklah berpakaian bersih untuk makan
malam. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang kotor
kerana peluh, lumpur atau sebagainya semasa makan. (Melanggar
Peraturan Di Atas kesalahan Kategori Sederhana).
2.7 PERATURAN DI KAFETERIA
2.7.1 Tidak dibenarkan makan, membeli, menempah makanan di
2.7.2 kafeteria pada waktu persekolahan kecuali waktu rehat pelajar.
2.7.3 Tidak dibenarkan makan, membeli, menempah makanan di
2.7.4 kafeteria pada waktu prep.
Pelajar dilarang membawa atau makan makanan basah di asrama,
kelas dan kawasan akademik.
Pelajar dilarang berada di kafeteria selepas pukul 10.00 malam.
3. PERATURAN DI BILIK SAKIT (SICK BAY)
3.1 Pelajar yang sakit dan telah mendapat rawatan di klinik / hospital
hendaklah melaporkan diri kepada GA bertugas dengan menunjukkan
surat kenyataan sakit. Sekiranya pelajar tidak berdaya, pelajar perlu
mendapatkan bantuan daripada kawan-kawan untuk melaporkan
kepada pegawai yang berkenaan; Pembantu Tadbir Asrama (PTA).
3.2 Pelajar yang sakit tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu-waktu
persekolahan.
3.3 Pelajar yang hendak keluar dari bilik sakit ini wajib memberitahu pada
pegawai yang berkenaan; PTA / GA bertugas.
3.4 Kebersihan dan kekemasan bilik ini hendaklah sentiasa dijaga.
3.5 Penyakit berjangkit:
a) Pelajar berkenaan dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat
pengesahan doktor dan kebenaran dari Pengetua / TPPP / KGA.
b) Pelajar berkenaan dibenarkan tinggal di bilik sakit sehingga dia
disahkan sembuh.
32
BUKU PANDUAN PELAJAR
4. PERATURAN KELUAR MAKTAB / OUTING
4.1 Para pelajar dibenarkan keluar ke bandar pada hujung minggu seperti
berikut :
4.1.1 Hari Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang (hanya bersama ibu bapa)
4.1.2 Cuti Am : Dengan kebenaran Pengetua / TPPP / KGA
* Nota :
a) Pelajar lelaki & perempuan akan keluar bergilir-gilir mengikut minggu
yang telah ditetapkan.
b) Pelajar yang ingin keluar selain dari waktu yang ditetapkan hendaklah
bersama ibu bapa atau guru (dimaklumkan kepada KGA) dan mesti
mendapat kebenaran Pengetua / TPPP terlebih dahulu.
4.2 Keluar Ke Bandar Pada Hari Persekolahan / Waktu Akademik
4.2.1 Untuk keluar ke bandar pada hari persekolahan, kebenaran khas
secara bertulis perlu diperoleh daripada Pengetua atau TPPP semasa
4.2.2 waktu kelas akademik.
4.2.3 Di luar waktu kelas akademik, selain daripada Pengetua dan TPPP
kebenaran boleh juga diperoleh dari Ketua Guru Asrama.
Di dalam kedua-dua perkara di atas, pelajar hendaklah berurusan
dengan KGA atau Guru Asrama (GA) bertugas untuk pengesahan
(tandatangan) di dalam sistem e-SKEMA (Sistem Keluar Masuk
Asrama secara elektronik) dan mengimbas kod QR di pondok
pengawal. Apabila pelajar kembali semula ke maktab, imbas sekali
lagi kod QR kemasukan.
ATAU (sekiranya sistem e-SKEMA mengalami kerosakan)
4.2.4 Pelajar hendaklah berurusan dengan KGA atau Guru Asrama (GA)
bertugas untuk pengesahan (tandatangan) di dalam buku keluar
/outing dan buku berkenaan diserahkan di pondok pengawal. Buku
tersebut perlu diambil semula apabila pelajar kembali ke maktab.
4.3 Pelajar perlu mematuhi tatacara keluar ke bandar / outing iaitu :
4.3.1 Untuk keluar ke bandar pada hujung minggu, pelajar perlu membuat
permohonan di dalam sistem e-SKEMA dengan lengkap dan
disahkan oleh GA bertugas. Pelajar hendaklah mengimbas kod QR
keluar di pondok pengawal. Apabila pulang ke maktab, pelajar perlu
mengimbas kod QR masuk.
4.3.2 Para pelajar pula perlu mematuhi giliran keluar ke bandar seperti
yang ditetapkan. Sekiranya pelajar perlu keluar pada hari bukan
gilirannya keluar, kebenaran khas perlu diperoleh terlebih dahulu
daripada Pengetua atau TPPP atau KGA. Untuk ini pelajar perlu
menulis surat permohonan kebenaran keluar ke bandar.
33
BUKU PANDUAN PELAJAR
4.3.3 Untuk keluar pada hari Ahad / Cuti Am (bersama keluarga),
kebenaran perlu diperoleh oleh guru asrama bertugas/ Ketua Guru
Asrama. Pelajar hanya dibenarkan keluar selepas jam 8.00 pagi.
4.3.4 Para pelajar dikehendaki berpakaian seragam maktab / batik
maktab / baju outing maktab apabila keluar dari kawasan maktab,
samada keluar bersendirian ataupun dengan keluarga.
4.3.5 Semasa outing, pelajar-pelajar tidak boleh mengunjungi tempat-
tempat seperti berikut:-
a) Pusat-pusat permainan / hiburan yang memiliki alat permainan
seperti billiard, mesin Pin Ball, permainan video dan snooker.
b) Semua tempat permainan bowling
c) Semua tempat hiburan seperti kelab malam, bar, disko, karaoke
dan sebagainya.
d) Semua tempat pelacuran atau pusat-pusat kesihatan yang
bertujuan seumpamanya.
4.3.6 Pelajar-pelajar mestilah menunjukkan kelakuan yang baik semasa
berada di luar kawasan maktab untuk tujuan menjamin keselamatan
diri sendiri dan menjaga nama maktab.
4.3.7 Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan ibu bapa masing-masing
sahaja. Keluar outing tanpa ibu bapa adalah menjadi kesalahan
kepada pelajar dan jika pelajar keluar outing tanpa ibu masing-
masing sekiranya apa-apa perkara berlaku sewaktu pelajar outing
seperti kemalangan atau sebagainya, pihak maktab tidak akan
bertanggungjawab.
4.4 Keluar ke Bandar Pada Waktu-waktu Lain.
4.4.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar daripada masa-masa yang
telah ditetapkan. Kelulusan bertulis perlulah diperolehi daripada
Pengetua / TPPP / KGA jika didapati keadaan memerlukan. Contoh :
keluar bersama guru penasihat atau guru asrama.
4.5 Peraturan Keluar Dari Kawasan Maktab
4.5.1 Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua / TPPP / KGA.
4.5.2 Serahkan senarai nama kepada Timbalan Pengetua PP, Ketua Guru
Asrama dan Pengawal bertugas.
4.5.3 Guru dikehendaki mengiringi pelajar pergi dan balik.
4.5.4 Tidak dibenarkan keluar pada waktu akademik dan prep kecuali
mendapat kelulusan.
4.5.5 Tidak dibenarkan ke Bazar Ramadan tanpa kebenaran.
❖ Nota : Peraturan keluar maktab / outing tertakluk kepada SOP MKN, KKM dan
MARA sepanjang tempoh PKP/PKPB/PKPD
34
BUKU PANDUAN PELAJAR
5. PERATURAN PULANG BERMALAM
5.1 Pelajar-pelajar dibenarkan pulang bermalam (PB) sekali dalam satu bulan
atau mengikut jadual PB yang telah ditetapkan kecuali bagi kes-kes
kecemasan.
** Tarikh PB tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
5.2 Bagi pelajar yang ingin PB, ibu bapa perlu menjemput pelajar setelah
mendapat kebenaran selepas aktiviti / program pelajar tamat.
Nota : Sekiranya pelajar-pelajar pulang ke kampung bersendirian di atas
permintaan ibu bapa / penjaga, pihak maktab tidak akan
bertanggungjawab atas keselamatan dan kesihatan pelajar semasa dalam
perjalanan.
5.3 Pelajar perlu membuat permohonan melalui sistem e-SKEMA dan disahkan
oleh TPPP / KGA / GA bertugas. Setelah itu, pelajar perlu mengimbas kod
QR keluar di pondok pengawal. Apabila pelajar kembali ke maktab, pelajar
perlu mengimbas kod QR masuk di pondok pengawal.
ATAU (sekiranya sistem e-SKEMA mengalami kerosakan)
Pelajar hendaklah berurusan dengan KGA atau Guru Asrama (GA) bertugas
untuk pengesahan (tandatangan) di dalam buku keluar /outing dan buku
berkenaan diserahkan di pondok pengawal. Buku tersebut perlu diambil
semula apabila pelajar kembali ke maktab.
5.4 Namun begitu, bagi kes-kes kecemasan, surat permohonan PB daripada ibu
bapa / penjaga mestilah diterima oleh pihak maktab sebelum sesuatu
permohonan PB dapat diluluskan oleh Pengetua / TPPP / KGA (dengan
kebenaran TPPP).
5.5 Pelajar mestilah membawa buku keluar (outing) maktab untuk disahkan
dan ditandatangani oleh KGA / GA bertugas pada setiap kali permohonan
diluluskan.
5.6 Pengesahan bermalam hendaklah dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga
pelajar dengan menandatangani buku keluar (outing) untuk balik
bermalam dan mengisi butiran alamat PB di ruang yang telah disediakan.
5.7 Buku keluar (outing) yang telah siap diisi dan ditandatangani oleh KGA / GA
bertugas hendaklah ditinggalkan di pondok pengawal untuk disimpan
sebelum pelajar mendapat kelulusan keluar / PB.
5.8 Pelajar-pelajar hendaklah melapor diri semula ke maktab selewat-lewatnya
pada 5.00 petang pada hari Ahad setiap hujung minggu yang telah
diberikan / setelah tamat tempoh cuti persekolahan. Pelajar-pelajar yang
lewat melapor diri akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak maktab.
[Catatan : Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali menandatangani
sendiri kad keluar (outing) pelajar. Jika disabitkan kesalahan, pelajar akan
35
BUKU PANDUAN PELAJAR
dikenakan tindakan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar
MRSM].
5.9 Pelajar hanya dibenarkan PB dengan ibu bapa / penjaga masing-masing
sahaja. PB bukan dengan ibu bapa / penjaga masing-masing tanpa
pengetahuan dan kebenaran adalah suatu kesalahan dan pelajar akan
dikenakan tindakan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar
MRSM.
6. PERATURAN MASA LAWATAN IBU BAPA / PENJAGA
6.1 Masa lawatan ibu bapa / penjaga pelajar :-
Sabtu : 12.30 tengah hari hingga 5.00 petang
Ahad / Cuti Am : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
* Nota :
a) Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama
putera dan puteri bagi menjaga keselamatan dan keselesaan
pelajar.
b) Ibu bapa / penjaga hanya dibenarkan menunggu / berjumpa anak-
anak / pelajar di pondok / di tempat-tempat yang dikhaskan.
c) Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada dalam kawasan
maktab selain daripada waktu melawat yang telah ditetapkan.
❖ Nota : Peraturan masa lawatan ibu bapa/penjaga tertakluk kepada SOP
MKN, KKM dan MARA sepanjang tempoh PKP/PKPB/PKPD
7. PERATURAN KELAS PERSEDIAAN (PREPARATION HOURS / PREP)
7.1 Pelajar WAJIB HADIR dan berada dalam bilik/kelas yang telah ditetapkan
iaitu:
Isnin – Khamis : 8.00 malam – 9.30 malam
Jumaat : 2.30 petang – 3.30 petang
Sabtu : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Ahad / cuti am : 8.00 malam – 9.30 malam
7.2 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit (untuk tujuan selain
daripada belajar), membaca majalah atau bahan-bahan bukan
akademik.
7.3 Pelajar tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu kelas persediaan.
7.4 Aktiviti-aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang perjumpaan tidak
dibenarkan pada waktu kelas persediaan kecuali kebenaran secara bertulis
daripada Pengetua / TPPP / KGA dan hendaklah dimaklumkan kepada GA
bertugas harian.
7.5 Pakaian semasa kelas persediaan tertakluk kepada kod pakaian.
7.6 Pelajar yang sakit hendaklah berada di bilik masing-masing.
36
BUKU PANDUAN PELAJAR
8. PERATURAN KESELAMATAN
8.1 Penggunaan Peralatan Elektrik
8.1.1 Semua peralatan elektrik persendirian tidak boleh digunakan.
8.1.2 Water-heater” tidak dibenarkan penggunaannnya di asrama.
8.1.3 Hanya seterika elektrik yang disediakan oleh pihak maktab di bilik
utiliti sahaja yang boleh digunakan.
8.1.4 Sambungan secara haram ke sebarang alat elektrik tidak
dibenarkan.
8.1.5 Pastikan plug ditanggalkan dari soket setelah digunakan.
8.1.6 Jangan gunakan sebarang peralatan elektrik semasa kilat.
8.1.7 Pastikan semua suis dimatikan / ditutup selepas anda menggunakan
elektrik atau sebelum meninggalkan asrama.
8.1.8 Sebarang kerosakan berkaitan elektrik hendaklah dilaporkan segera
kepada guru asrama. Jangan cuba baiki sendiri.
8.1.9 Jangan sentuh sebarang alat elektrik yang sedang digunakan jika
tangan anda basah.
Nota : Semua barangan eloktronik seperti power bank, pemanas air
dan sebagainya tidak boleh berada di dalam kawasan asrama.
8.2 Penggunaan telefon pintar / bimbit / komputer riba persendirian
8.2.1 Telefon pintar / bimbit / komputer riba dibenarkan untuk tujuan
8.2.2 pembelajaran dan kerja kursus / projek (tidak diwajibkan / tidak
8.2.3 dipaksa).
Telefon pintar / bimbit / komputer riba hendaklah didaftarkan dan
diperiksa oleh pihak pengurusan asrama. Borang pendaftaran boleh
didapati di bilik GA.
Penggunaan telefon pintar / bimbit / komputer riba adalah
DILARANG pada masa-masa dan tempat berikut;
a) Waktu kelas akademik (kecuali dengan kebenaran guru)
b) Waktu kelas persediaan (prep)
c) Aktiviti surau
d) Semasa program rasmi maktab / aktiviti maktab
e) Selepas lampu dipadamkan (lights off)
8.2.4 Kegagalan dalam mematuhi peraturan di atas akan menyebabkan
telefon pintar / bimbit / komputer riba dirampas dan dan hanya
boleh dituntut pada hujung tahun iaitu pada hari terakhir
persekolahan berserta surat tuntutan daripada ibu bapa / penjaga.
Nota : Sebarang kehilangan, kerosakan atau kecacatan telefon
pintar / bimbit / komputer riba adalah tanggungjawab pelajar. Pihak
maktab TIDAK akan bertanggung jawab sekiranya perkara-perkara
di atas berlaku.
37
BUKU PANDUAN PELAJAR
8.3 Peralatan Keselamatan Diri / Harta Benda Semasa Kebakaran
8.3.1 Bila anda mendengar isyarat berlaku kebakaran/terhidu bau asap,
perkara pertama yang
8.3.2 a) mesti dilakukan ialah menyelamatkan nyawa
8.3.3 b) anda dan rakan anda.
8.3.4 Segera beri amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat mungkin
perkataan “Api...Api...Api...”
8.3.5 Sila hubungi balai bomba yang berhampiran.
8.3.6 Selamatkan barang-barang berharga kepunyaan anda seperti kad
8.3.7 pengenalan, sijil-sijil penting, buku-buku dan wang jika anda
berupaya membawanya dengan mudah. Jika kebakaran sudah
marak lupakan barang-barang tadi dan anda perlu selamatkan
nyawa anda dahulu.
Jika anda mengetahui ada rakan anda tidak berupaya untuk
bergerak keluar dari kolej disebabkan pengsan, cedera atau
sebagainya, bantulah beramai-ramai dengan membawanya keluar.
Keluar dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang berhampiran
dengan anda.
Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama
menuju ke tempat yang ditetapkan (Assembly Point).
8.4 Keselamatan Wang Di Asrama
8.4.1 Wang Tunai :
a) Pelajar tidak dibenarkan menyimpan sendiri wang tunai melebihi
RM30.00.
b) Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan dalam bank koperasi
atau kepada Guru Penasihat Homeroom (GPH) / GA.
c) Dompet dan wang pelajar mestilah disimpan ditempat yang
selamat dan berkunci sekiranya ditinggalkan.
d) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menjaga
keselamatan harta benda masing-masing.
8.4.2 Kad ATM (Buku Akaun/Giro)
a) Semua Kad ATM/Kad Kredit mesti disimpan di tempat yang
selamat.
b) Jangan simpan nombor PIN bersama-sama dengan kad
ATM/kad kredit.
c) Pelajar digalakkan menyimpan kad ATM/kad kredit kepada guru
penasihat homeroom / guru asrama.
d) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan
kehilangan kad ATM dengan segera.
8.5 Keselamatan Umum
8.5.1 Penggunaan lingkaran ubat nyamuk, pelita dan lilin TIDAK
8.5.2 dibenarkan.
Setiap penghuni asrama seharusnya tahu menggunakan alat
pemadam api semasa kebakaran berlaku.
38
BUKU PANDUAN PELAJAR
8.5.3 Jika berlaku kecemasan sila maklumkan kepada GA / KGA /
8.5.4 pengawal keselamatan dengan segera.
8.5.5 Kemudahan first-aid boleh didapati daripada GA / Bilik rawatan /
8.5.6 pejabat GA / KGA / pondok pengawal.
Pelajar yang sakit dibenarkan tinggal di bilik sakit (waktu pejabat)
sehingga disahkan sembuh oleh doktor.
Pelajar tidak dibenarkan menaiki kenderaan atau menumpang atau
keluar bersama orang yang tidak dikenali untuk ke mana-mana
destinasi semasa outing/pulang bermalam.
8.6 Kawasan Larangan
8.6.1 Tangki air dan kawasan sekitarnya
8.6.2 Tangki najis dan kawasan sekitarnya
8.6.3 Fius induk tenaga elektrik
8.6.4 Kawasan memasak dan belakang kaunter agihan makanan di
Dewan Selera
8.6.5 Stor Pusat
8.6.6 Stor simpanan bahan-bahan terpakai
8.6.7 Asrama Puteri (kawasan larangan bagi pelajar lelaki)
8.6.8 Asrama Putera (kawasan larangan bagi pelajar perempuan)
8.6.9 Tandas guru / kakitangan
9. PERATURAN BAYARAN / KUTIPAN / GANTI RUGI
9.1 Yuran
9.1.1 Semua yuran (yuran, dobi dan sebagainya) yang dikenakan ke atas
pelajar-pelajar hendaklah dijelaskan mengikut peraturan dan masa
yang telah ditetapkan.
9.2 Resit
9.1.2 Pelajar / penjaga mestilah memastikan resit-resit pembayaran
diterima / didapatkan dari pihak yang menerima bayaran (resit-resit
hendaklah disimpan dengan baik untuk tujuan tuntutan /
penjelasan apabila diperlukan.
9.3 Aktiviti Jualan Pakaian / Peralatan / Perkhidmatan
9.3.1 Aktiviti jualan dibenarkan untuk BKP, PUM dan Koperasi.
9.3.2 Pertubuhan lain seperti Kelab, Persatuan, Kelas, Homeroom,
Kumpulan Asrama, seumpamanya mestilah membuat permohonan
kepada Pengetua untk dipertimbangkan. Kutipan mestilah melalui
Bendahari pertubuhan yang aa rekod Kewangan yang disahkan
oleh pihak berkuasa maktab dan jualan dihadkan kepada ahli
sendiri sahaja.
9.3.3 Pelajar-pelajar DITEGAH/ DILARANG dari melibatkan di dalam
kegiatan / keadaan berikut :
a) Berjual beli pakaian / peralatan / bahan / perkhidmatan
dengan tujuan mendapatkan keuntungan peribadi.
b) Mengutip apa jua jenis bayaran untuk kepentingan peribadi
seperti loteri, pertaruhan, perlindungan dan sebagainya
39
BUKU PANDUAN PELAJAR
9.4 GantI Rugi
9.4.1 Jika berlaku sebarang kerosakan / kehilangan pada peralatan yang
telah dipinjamkan oleh maktab (seperti katil, tilam, almari buku,
kamar tidur, bilik mandi / tandas) akibat dari kecuaian, salahguna
atau alahlaku pelajar sendiri samada secara sengaja atau tidak
sengaja, pelajar / penjaga dikehendaki membayar gantirugi (harga
kos pembelian / pembaikan).
9.4.2 Bayaran gantirugi adalah mengikut taksiran kerugian / kadar
kerosakan berkenaan.
40
BUKU PANDUAN PELAJAR
DISIPLIN DIRI MENCIPTAKAN
HARI ESOK YANG
LEBIH CERAH
41
BUKU PANDUAN PELAJAR
JADUAL HARIAN PELAJAR ASRAMA
1. Hari Persekolahan (Isnin hingga Khamis)
MASA AKTIVITI
4.30 – 5.15 pg
5.15 – 6.10 pg Bangun pagi / Solat Subuh Berjemaah / Tazkirah
5.30 – 6.00 pg Sarapan pagi
6.10 pg Kemas Bilik dan Diri
Pelajar dikehendaki mengosongkan Asrama.
6.10 – 6.50 pg Pemeriksaan bilik oleh Guru Asrama dan Ketua Blok
7.00 pg – 3.30 ptg Perhimpunan Pagi (Morning Call)
10.00 – 10.30 pg Sesi Akademik
1.30 – 2.30 ptg Minum pagi
3.30 – 4.30 ptg Solat Zuhur berjemaah / Makan tengah hari / Rehat
(Isnin Minggu A/B) Perhimpunan Rasmi Maktab / Perjumpaan Homeroom /
Kelas persediaan petang / Perjumpaan
3.30 – 4.00 ptg Ko-Kurikulum.
4.00 – 5.15 ptg Solat Asar berjemaah
5.15 – 6.15 ptg Sukan / Riadah
6.15 ptg – 8.00 mlm Persiapan Diri / Makan Malam
Solat Maghrib berjemaah, Tadarus al-Quran / Bacaan
8.00 – 9.30 mlm Yaasin / Ceramah, Solat Isyak berjemaah
9.00 – 10.00 mlm Kelas Persediaan Malam (Prep Malam)
10.00 – 10.20 mlm Minum Malam
11.00 mlm Bacaan Surah Al-Mulk / Roll call
Lampu Padam (Lights off) dan tidur
2. Hari Persekolahan (Jumaat)
MASA AKTIVITI
4.30 – 5.30 pg
5.30 – 6.10 pg Bangun pagi / Solat Subuh Berjemaah / Tazkirah
5.30 – 6.00 pg Sarapan pagi
6.10 pg Kemas bilik dan diri
Pelajar dikehendaki mengosongkan Asrama
6.20 – 6.50 pg Pemeriksaan bilik oleh Guru Asrama dan Ketua Blok
7.00 pg – 11.30 tgh Perhimpunan Pagi (Morning Call)
hari Sesi Akademik
10.00 – 10.30 pg
11.30 pg – 1.15 ptg Minum pagi
2.00 – 3.30 ptg Solat Jumaat / Kuliah Nisa’/ Makan Tengah Hari / Rehat
3.30 – 4.00 ptg Kelas Persediaan Petang (Prep Petang)
4.00 – 5.15 ptg Solat Asar berjemaah
5.15 – 6.15 ptg Sukan / Riadah
6.30 ptg – 8.00 mlm Persiapan diri / Makan malam
Solat Maghrib Berjemaah, Tadarus al-Quran / Bacaan
9.30 – 10.00 mlm Yaasin / Ceramah, Solat Isyak berjemaah
10.00 – 10.20 mlm Minum Malam
11.00 mlm Bacaan Surah Al-Mulk / Roll call
Lampu Padam (Lights off) dan tidur
42
BUKU PANDUAN PELAJAR
3. Hari Cuti (Sabtu)
MASA AKTIVITI
4.30 – 5.15 pg Bangun pagi / Solat Subuh Berjemaah / Tazkirah
5.15 – 6.10 pg Sarapan pagi
5.30 – 6.20 pg Persiapan Kendiri
6.30 – 7.00 pg Perhimpunan Pagi (Morning Call)
7.00 – 8.00 pg Gotong-royong & pemeriksaan bilik (Room Inspection)
8.00 – 10.00pg Prep pagi
10.00 - 10.30 pg Minum pagi
10.30 pg - 12.30 tgh Prep pagi
12.30 tgh – 1.30 ptg Makan Tengah Hari & Solat Zuhur
12.30 tgh – 5.00 ptg Persiapan Kendiri / Lawatan Ibu bapa
3.30 – 4.00 ptg Solat Asar Berjemaah
4.00 – 5.30 ptg Sukan / Riadah
5.30 – 6.15 ptg Persiapan Diri / Makan Malam
6.15 ptg – 8.00 mlm Solat Maghrib Berjemaah, Tadarus al-Quran / Bacaan
Yaasin / Ceramah, Solat Isyak berjemaah
8.00 – 9.30 mlm Persediaan Kendiri
9.30 – 10.00 mlm Minum Malam
10.00 – 10.20 mlm Bacaan Surah Al-Mulk / Roll call
11.00 mlm Lampu Padam (Lights off) dan tidur
4. Hari Cuti (Ahad)
MASA AKTIVITI
4.30 – 5.15 pg
5.15 – 6.10 pg Bangun pagi / Solat Subuh berjemaah / Tazkirah
6.30 – 7.00 pg Sarapan pagi
7.00 – 8.00 pg Perhimpunan pagi (Morning Call)
Gotong-royong Asrama / Pengawasan oleh GA bersama
9.00 pg – 5.00 ptg Badan Kepimpinan Pelajar (BWP, LDP dan Jawatankuasa
Pengurusan Asrama). Pemeriksaan bilik oleh GA bertugas
10.00 pg - 10.30 pg dan Ketua Blok
12.30 tgh – 1.30 ptg Persiapan kendiri / Outing (bersama ibu bapa) / Lawatan
3.30 – 4.00 ptg ibu bapa
4.00 – 5.30 ptg Minum pagi
5.30 – 6.10 ptg Makan tengah hari & Solat Zuhur
6.30 ptg – 8.00 mlm Solat Asar berjemaah
Sukan / Riadah
8.00 – 9.30 mlm Persiapan diri / Makan malam
9.30 – 10.00 mlm Solat Maghrib berjemaah, Tadarus al-Quran / Bacaan
10.00 – 10.40 mlm Yaasin / Ceramah, Solat Isyak berjemaah
11.00 mlm Kelas Persediaan Malam (Prep Malam)
Minum malam
Bacaan Surah Al-Mulk / Roll call
Lampu Padam (Lights off) dan tidur
43
BUKU PANDUAN PELAJAR
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan
MRSM Kota Kinabalu, Unit Pengurusan Asrama MRSM Kota Kinabalu dan semua
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penyediaan
Buku Panduan Pelajar Smart MRSM Kota Kinabalu ini.
Sesungguhnya jasa baik dan penat lelah kalian semua hanya Allah yang
dapat membalasnya.
Semoga buku ini memberi manfaat untuk kemenjadian pelajar MRSM Kota
Kinabalu dalam menjadi Modal Insan yang cemerlang dan terbilang.
Terima kasih.
44
BUKU PANDUAN PELAJAR
Operasi Pembangunan Pelajar © 2021
45
BUKU PANDUAN PELAJAR
46