TUGASAN KUMPULAN SKP 2123:
Perpaduan Kaum
Melalui Makanan
tradisi
PROGRAM
Diploma Pembangunan Manusia
AMRINA ROSYADA BINTI BOKTI (B09001485)
NURUL SYAHIRA BINTI CHE AZMI (B09001482)
NAMA PENSYARAH
CIK IMMAZAITUL NUR AIM BINTI NAIM
PENGHARGAAN PENGENALAN
ISI MAKANAN MAKANAN
KANDUNAGN TRADISIONAL TRADISIONAL
KAUM MELAYU KAUM CINA
MAKANAN KESIMPULAN
TRADISIONAL
KAUM INDIA
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa, kesihatan dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami kerana telah dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mendedikasikan
ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami iaitu Cik Immazaitul Nur Aim Binti
Naim kerana tunjuk ajar sertaa bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk
kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kami juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami yang memberi pemudahcara untuk
menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan segala kemudahan dan sokongan
moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan
penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami
dan dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka. Terima
kasih juga kepada rakan seperjuangan yang telah memberi kerjasama dalam
membuat tugasan ini. Seterusnya, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka
yang terlubat secara lansung atau tidak lansung dalam membuat kerja tugasan ini.
Akhir kalam, ingin sekali lagi kami mengkalungkan ribuan penghargaan buat
semua yang membantu serta kami juga ingin memohon kemaaf jika berlaku sebarang
kesalahan yang tidak sengaja dilepas pandang oleh pihak kami terhadap hasil
tugasan e-folio ini.
Terima kasih.
PENGENALAN
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.
Aspek tersebut menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang
mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum,
setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional
kaum masing-masing. Makanan tradisional sangat popukar dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Makanan tradisional ini bukan sahaja diminati oleh
masyarakat kita malah turut diminati oleh golongan antarabangsa. Malaysia
terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat
pelbagai jenis makanan tradisional mengikut kaum utama di Malaysia.
Antaranya ialah Nasi Lemak, Laksa, Yong Tau Fu. Makanan tradisional ini
semakin semakin hari semakin popular walaupun Malaysia kini sudah
mencapai status negara sedang membangun. Makanan tradisional ini boleh
diibaratkan seperti tal lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
KAUM MELAYU
Kaum melayu merupakan kaum yang mempunyai elemen-elemen serta asal
usul yang barkait rapat dari Sumatera, Jawa, Thailand, Sulawesi dan Polinisia yang
menjadi negara jiran sekeliling pada Malaysia yang kini. Oleh yang demikian, tidak
asing dan hairanlah jika rasa masakan Melayu menyajikan sedikit sebanyak kualiti
dan pengaruh yang di bawa oleh negara-negara jiran.
Lahiriahnya, mejoriti masakan yang dihasilkan kaum melayu iaitu makanan
tradisional malayu amat gemar dengan penggunaan rempah ratus yang banyak dan
menghasilkan makanan yang berlemak dan pekat dengan penggunaan santan.
Selain itu, kaum melayu juga amat meminati perasa utama seperti budu atau perasa
pedas dalam hidangan sajian mereka yang dihasilkan oleh campuran belacan
bersama dengan cili,bawang dan bawang putih. Demikian, hingga ke hari ini sambal
belacan tetap menjadi lidah selera buat anak-anak melayu. Tidak lengkap jika tiada.
Di samping itu, kegunaan lengkuas dan serai juga antara yang wajib bagi
setiap air tangan kaum melayu. Dalam pada itu, seperti yang kita ketahui makanan
utama penduduk Asia ialah nasi. Begitu juga bagi kaum melayu hamper setiap
hidangan adalah disajikan bersama nasi dan kebiasaannya di hidangkan sekaligus
tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Hidangan yang mampu
menghangatkan suasana di meja makan itulah yang dikenali sebagai hidangan
orang Melayu yang mahsyornya kerana kekayaan penggunaan rempah ratus serta
keenakkan dari segi kepedasannya.
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM MELAYU
Nasi Lemak
Nasi Lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia
terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada
penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan
masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi
Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan nasi itu
berlemak. Nasi Lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng,
kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak
seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu. Makanan ini
kebiasaannya dijual dikebanyakkan kedai makan, warung-warung dan penjaja.
Lemang
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai oleh orang ramai. Lemang dijual
sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang
meupakan hidangan isitimewa di Malaysia. Makanan tradisi ini juga selalunya
dihidangkan dengan rending dan serunding untuk dimakan. Lemang diperbuat
daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik
dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang
menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
Laksa
Laksa adalah makanan sejenis mi yang ditaruh kuah dengan kebudayaan
Peranakan, yang digabung dengan elemen Tiongkok daan Melayu. Laksa
mempunyai beberapa jenis, bentuk mi-nya berbentuk panjang yang berwarna putih
dan sedikit tebal. Nama Laksa juga diambil dari bahasa Sanskrit (India Kuno) iaitu
Laksha yang mempunyai arti yang banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan
dan rempah yang digunakan untuk membuatnya. Terdapat pelbagai jenis laksa di
Malaysia seperti Laksa Penang (asam Laksa), Laksa johor, Laksa Kuala Perlis,
Laksa Kedah (laksa Teluk Kechai), Laksa Kelantan, Laksa Sarawak, Laksa Ipoh, Kari
Laksa dan Laksam.
KAUM CINA
Sejarah kemasukan kaum cina ke dalam negara kita telah membawa
kepada berubahan yang baru dalam seni kulinari yang jauh lebih berbeza
dengan kaum Bumiputra melayu dan mereka. Kehadiran mereka telah
memperkenalkan kita kepada Mee yang menjadi makanan utama bagi
masyarakat Cina sejak 2000 tahun dahulu. Kerana keadaannya yang
bertahan lama, mudah diangkut dan senang disediakan menyebabkannya
menjadi makanan yang terkenal di hampir seluruh pelusuk dunia. Makanan ini
merupakan kebanggaan masyarakat Cina kerana ia menjadi salah satu bukti
terserlahnya keintelektualan nenek moyang mereka.
Oleh kerana tekstur mee yang kenyal dan tanpa sebarang perasa atau
tawar, makanan ini amat mudah diolah kepada pelbagai macam hidangan
yang lazat dan menarik serta boleh disediakan dalam pelbagai cara samada
sejuk atau panas. Variasi masakan berasaskan mee juga menjadi kegemaran
masyarakat Malaysia samada Mee sup, Mee berkuah, Mee celur atau
digoreng dan sangat mudah didapatai di sekitar tanah air.
Bawang putih dan halia banyak terdapat dalam masakan Cina. Sambal
cecah yang terdiri daripada Kicap (Soya souce), Cuka, Cili yang dipotong dan
Bawang putih yang dicingcang halus antara pelengkap hidangan yang mesti
ada di atas meja. Berbeza dengan masakan Melayu yang biasanya
mengandungi lemak santan, masaakan Cina hampir tidak terdapat lemak
santan dalam setiap hidangan.
Selain itu, masakan kaum Cina juga mempamerkan seni pastri yang
kebanyakannya menggunakan kaedah panggang, kukus dab dibakar
berbanding digoreng dalam membuat sesuatu manisan atau kuih. Misalnya
kuih bulan, Kuih lobak putih atau Dim Sum dan juga Yong Tau Fu atau Luk-
Luk. Sejajar dengan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat makanan
ini adalah halal dan mudah untuk dihidang ia membuka peluang kepada
masyarakat Melayu yang turut menjadikan seni pastry ini sebagai bahan
jualan sehingga ke hari ini.
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM CINA
DimSum
Dim Sum merupakan hidangan ringkas yang kebiasaanya dihidangkan
bersama The Cina. Secara praktikalnya istilah “Minum Teh” yang di amalkan adalah
untuk menggambarkan serta menjelaskan pengalaman atau suasana yang
khususnya dalam Kantonis sezaman serta dikaitkan dengan sejarahnya, pada
zaman dimana para pengembara di Laluan Sutera kuno yang memerlukan suatu
tempat untuk berehat. Oleh itu, mereka akan ke gerai-gerai minum yang didirikan di
tepi jalan untuk berehat. Waktu penghidangannya juga ialah pada waktu pagi hingga
tengah hari di kedai makan Cina dan kedai makan dim sum khas. Selain itu,
sebilangan keluarga cina juga suka berkumpul pada perayaan khas seperti Tahun
Baru Cina dan hari Ahad untuk bertemu dan berbual-bual dengan datuk dan nenek
mereka sambil disajikan hidangan ini. Hidangan ini kebiasaannya dihidangkan dalam
bakul pengugus kecil atau ats pinggan kecil. Namun demikian, meskipun makanan
ini adalah hidangan tradisional, ia telah menjadi suatu evolusi yang masih digemari
sehingga kini dengan bermacam inovatif yang baru.
Kuih Bakul
Kuih bakul atau nama lainnya Nian Gao atau lebih dikenali sebagai kuih Tahun Baru
Cina ialah makanan tradisional masyarakat cina yang diperbuat daripada tepung
pulut yang berbentuk seperti dodol. Secara tradisisnya, makanan ini lebih mendapat
sambutan untuk dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina, walaupun boleh
dimakan bila-bila masa. Amalan memakan kuih bakul pada masa perayaan Tahun
Baru Cina adalah dipercayai akan membawa tuah ini kerana namanya “nian gao”
yang bermaksud ‘kuih’, yang bunyinya sama seperti perkataan (gao) yang maknanya
adalah “tinggi”. Dalam erti kata lain, ‘tinggi’ melambangkan erti “Semakin tahun
semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Char Kway Teow
Char Kway Teow merupakan antara makanan yang sangat popular di
Malaysia oleh seluruh masyarakat sejagat. Proses pembuatannya
menggunakan kuey teow atau nama Cinanya shāhé fěn, digoreng di atas api
panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai cina.
Kadangkala ia turut dihidangkan bersama hirisan kek ikan atau sosej cina
serta bahan-bahan tabahan lain mengikut citarasa setempat. Berbanding
kuey teow biasa char kuey teow adalah lebih basah dan cara memasak telah
diubah kepada minyak biasa daripada awalnya menggunakan lemak babi
yang memberi rasa enak yang tersendiri.
KAUM INDIA
Berdasarkan apa yang telah ditulis oleh sejarah sudah pasti kita dapat
ketahui bahawa kedatangan komuniti kaum India telah memperkenalkan kita kepada
kepelbagaian rempah ratus yang mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri.
Antara makanan yang terkenal dan dinikmati seluruh masyarakat Malaysia zaman
kini ialah kari. Masakan kaum India yang sangat sinonim dengan panggilan kari
seperti Kari ayam, Kari daging, Kari kacang dal, Kari kurma ayam dan sebagainya.
Makanan kaum India di Malaysia masih mengekalkan keaslian masakan
yang diwarisi dari negara asal mereka. Selain pedas dan berempah, kaum India juga
gemar menggunakan lemak dalam masakkan yang biasanya menggunakan lemak
haiwan seperti minyak sapi dan susu segar. Penggunaan Bawang merah atau
Bawang bombay yang sangat banyak menyebabkan masakan India sangat harum
dan haruman tersebut boleh bertahan sehingga 8 jam.
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM INDIA
Murukku
Murukku merupakan makan tradisional yang berasal dari negara India. Nama
lainnya ialah Chakli dan Chakri. Makanan tradisional ini boleh didapati diamana-mana sahaja
dan dihidang sebagai makanan ringan. Bahan utama dalam menyediakan marukku ialah urad
dan tepung beras. Seterusnya, oleh kerana ia dibuat dalam pelbagai perasa seperti cili,
asafoetida, ajawain dan cumin menjadikan ia amat lazat dan senang untuk disediakan.
Makanan ini dinikmati pelbagai kaum masyarakat tidak kira umur sehingga sampai kepada
rakyat United Kingdom yang merujuk murukku sebagai Chakri di negara tersebut.
Putu Mayam
Putu Mayam merupakan makanan tradisional yang dihidangkan bersama kelapa parut dan
gula perang atau gula kabung atau gula melaka atau nisan. Sehingga kehari ini jika kita
perhatikan nenek dan atuk, malah ibubapa kita sendiri masih gemar untuk mencari makanan
tradisional ini untuk dinikmati terutama ketika suasana sejuk seperti ketika hujan senja.
Makanan ini turut mendapat sambutan yang menggalakan dari semua bangsa dan kini turut
dinikmati oleh kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai snek. Selain itu, proses
penghasilanya bermula dengan penggaulan tepung beras dan atau tepung idiyappam dengan
air atau santan dan seterusnya doh ditekan dalam acuan untuk membentuk hasil utusan
seperti mee. Di Malaysia biasanya ia dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau
motosikal.
Nasi Beriani
Salah satu hidangan yang menjadi kegilaan dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Nasi beriani terdiri daripada beberapa jenis tetapi yang menjadi kegemaran ramai ialah nasi
beriani gam. Bukan sahaja menjadi kegemaran oleh kaum India, malah diminati oleh kaum
lain termasuk masyarakat kaum Melayu yang telah menjadikan ia dipelopori terutama di
Johor. Ia kebiasaannya dimasak bersama lauknya, ayam dan daging. Cara memasaknya yang
unik dalam menggunakan doh tepung gandum sebagai bahan tampalan atau pelekat di
sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, serta mengekalkan aroma dan
tekstur nasi.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat
membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Masyarakat
dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa
terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, masyarakat dapat mengetahui
keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula
mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk cuba merasa. Di
samping itu, makanan pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman
dan perpaduan kaum di Malaysia. Akhir sekali, melalui makanan masyarakat dapat
mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut kaum dapat memainkan peranan dan
semangat perpaduan di kalangan kaum. Oleh itu, pendedahan mengenai makanan-makanan
dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu diperkemas supaya masyarakat di Malaysia dapat
mengetahui tentang tradisi makanan di Malaysia.