PERLUMBAAN HARAM 21 JUN 2024 MOHD ALIF AIMAN BIN SAPLI DISUNTING OLEH : SADN 1133 PENGANTAR ANTROPOLOGI 299363
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Syukur alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kajian ini berjaya disiapkan dan dapat dikongsikan dengan para pembaca yang budiman. Dengan penuh rasa kesyukuran dan kerendahan hati, saya mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT atas peluang dan kekuatan yang diberikan sepanjang proses penulisan buku ini. Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Naizatul Akma yang menerima tajuk ini dan memberikan sokongan serta dorongan bagi menyiapkan penulisan ini. Penulisan ini adalah hasil daripada kajian, pemerhatian, dan pengalaman yang telah saya kumpulkan sepanjang perjalanan saya dalam bidang ini. Ia ditulis dengan harapan dapat memberikan ilmu yang bermanfaat, panduan yang praktikal, dan inspirasi yang berharga kepada semua pembaca. Setiap bab dalam buku ini disusun dengan teliti agar dapat memberikan pencerahan dan membantu dalam memahami topik yang dibincangkan dengan lebih mendalam. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan dan semua individu yang telah memberikan sumbangan idea, maklum balas, dan semangat sepanjang proses penulisan ini. Kepada para pembaca, saya amat menghargai masa yang diluangkan untuk membaca penulisan ini. Saya berharap bahawa ilmu dan panduan yang terkandung dalam kajian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi kesan positif dalam kehidupan anda. Semoga kajian ini menjadi sumber inspirasi dan rujukan yang berguna, serta membantu anda mencapai matlamat yang diimpikan. Akhir kata, saya berharap agar penulisan ini dapat memenuhi jangkaan dan keperluan pembaca serta membawa manfaat yang berpanjangan. Semoga setiap pembaca dapat mengambil sesuatu yang berharga dari kajian ini dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ALIF SAPLI KATA ALUAN Cintailah ilmu kerana sesungguhnya ilmu mampu mengubah insan menjadi lebih baik dari sebelumnya PENULIS MOHD ALIF AIMAN BIN SAPLI 29963
ISI KANDUNGAN PENGENALAN KESAN-KESAN SUMBER RUJUKAN FAKTOR-FAKTOR CARA MENGATASI KESIMPULAN 1 6-9 15 2-5 10- 14 16 Definisi dan Isu Semasa Kesan Daripada Mengikuti Perlumbaan Haram Rumusan Bagi Seluruh Kajian Punca yang Menyebabkan Lumba Haram Langkah Untuk Mengurangkan Aktiviti Lumba Haram Bahan Rujukan yang Digunakan Untuk Melakukan Kajian
PENGENALAN Lumba haram merupakan salah satu gejala sosial yang semakin merunsingkan masyarakat di Malaysia kerana mampu membahayakan nyawa si pelumba dan pengguna jalan raya yang lain. Fenomena lumba haram sering dikaitkan dengan golongan belia yang mencari hiburan, adrenalina, dan pengiktirafan dalam kalangan rakan sebaya. Oleh itu, pihak kerajaan telah melarang aktiviti perlumbaan haram ini dengan melakukan undangundang yang tegas bagi membanteras gejala sosial ini. Namun, terdapat segelintir yang tidak takut dan mengambil rendah arahan daripada kerajaan ini atas dasar ingin menikmati masa muda dan untuk memenuhi keseronokan mereka. Lumba haram boleh ditakrifkan sebagai satu perlumbaan bermotor yang berlaku di atas jalan raya tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan di kawasan bandar, luar bandar atau kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi kebiasaanya dilakukan pada waktu tengah malam semasa aliran trafik telah berkurangan. Kegiatan lumba haram adalah sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba itu sendiri. Biasanya mereka yang ditangkap kerana terlibat dengan lumba haram ini akan disiasat berdasarkan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang RM15,000 atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua, denda akan dikenakan sehingga tidak melebihi RM20,000 dan penjara tidak melebihi 10 tahun. Kebanyakkan daripada pelumbaan haram yang diadakan di Malaysia adalah melibatkan motosikal dan kereta. Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan haram akan diubahsuai sehingga mencapai kelajuan yang paling maksimum iaitu melebihi 160 KM/J. (Nur Hafizah Binti Yusoff, 2019) 1 Lumba haram juga boleh dikenali sebagai "mat rempit" di kalangan masyarakat tempatan merupakan satu fenomena sosial yang membimbangkan di Malaysia. Aktiviti ini melibatkan perlumbaan motosikal atau kereta yang dijalankan secara haram di jalan raya awam, sering kali pada waktu malam atau awal pagi. Lumba haram bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah ia juga membawa pelbagai risiko dan impak negatif kepada individu yang terlibat, pengguna jalan raya lain, dan masyarakat secara keseluruhannya.
FAKTORFAKTOR Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama remaja terlibat dalam lumba haram. Hal ini kerana pada usia yang muda ini motosikal adalah salah satu alat pengangkutan yang digunapakai oleh mereka pada setiap hari terutamanya untuk ke sekolah. Ini telah menyebabkan mereka cenderung untuk terlibat dalam aktiviti lumba haram. Perkara ini kerana setiap remaja mahukan jentera atau motosikal mereka mempunyai keupayaan yang tinggi berbanding dengan rakan yang lain supaya mereka akan lebih dikagumi dalam kalangan kelompok mereka. Selain itu, kemahiran untuk meningkatkan keupayaan jentera yang ada dalam diri seseorang remaja itu sendiri juga memainkan peranan yang menyebabkan remaja ini terlibat dalam kegiatan lumba haram. (Nur Hafizah Yusoff, 2019) Rakan sebaya sering menjadi sumber utama tekanan sosial, terutama bagi golongan remaja dan muda yang mencari identiti dan pengiktirafan dalam kumpulan mereka. Tekanan untuk diterima dan dianggap "cool" atau berani dalam kalangan rakan sebaya boleh mendorong seseorang untuk melakukan aktiviti yang berisiko tinggi seperti lumba haram. Remaja mungkin merasa perlu untuk membuktikan diri mereka berani dan berkemahiran dalam menunggang atau memandu dengan laju untuk mendapatkan penghargaan dari rakan-rakan mereka.(Hidayah, 2022) 2 PENGARUH RAKAN SEBAYA 1. Malah, dalam kalangan rakan sebaya, terlibat dalam lumba haram boleh dilihat sebagai satu cara untuk mencapai status sosial yang lebih tinggi. Mereka yang berjaya dalam perlumbaan sering dianggap hebat dan dikagumi oleh rakan-rakan mereka. Pengiktirafan ini menjadi motivasi kuat bagi individu untuk terus terlibat dalam aktiviti lumba haram, walaupun mereka sedar akan risiko yang terlibat.
2.KURANGNYA PERHATIAN DAN PENGAWASAN IBU BAPA Kesibukan ibubapa bekerja telah menyebabkan para remaja ini berasa tidak dipeduli dan bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa halangan. Perkara ini dapat dilihat pada anak tunggal dalam keluarganya. Apabila ibubapanya yang sering bekerja di luar kawasan telah menyebabkan perhatian kepadanya menjadi terbatas dan beliau banyak menghabiskan masa seharian bersama rakan-rakan. Ibubapanya yang lebih mementingkan pekerjaan mereka telah menyebabkan beliau berasa disisih dan mula berasa selesa terlibat dalam lumba haram kerana di situ beliau akan mendapat kawan yang lebih ramai yang mempunyai pelbagai jenis latar belakang yang baik mahupun tidak. Beliau mula terlibat secara aktif setelah ibubapanya membelikan sebuah motosikal Kawasaki RR kepadanya dengan alasan mudah untuknya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Permintaan yang sering ditunaikan oleh ibu bapanya juga mempengaruhi diri beliau untuk terlibat dalam lumba haram. Di sini pengkaji dapat lihat bahawa kesibukan ibu bapa bekerja sehingga mengabaikan tanggungjwab kepada anak mereka telah memberikan impak yang negatif kepada pembesaran seseorang individu itu. Oleh itu, sesibuk manapun ibubapa itu, mereka haruslah mengawasi tingkah laku anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik. Hal ini memberikan gambaran awal yang jelas kepada pengkaji bahawa pengabaian ibu bapa terhadap anak mereka akan memberikan kesan yang negatif. Perkara ini telah terbukti dengan kenyataan yang diberikan oleh informan kepada pengkaji. Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku pada masa sekarang. Sebagai ibubapa mereka seharusnya menghargai anak mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat pada masa hadapan (Nur Hafizah Yusoff, 2019) Ibu bapa juga tidak memantau pergerakan anak-anak mereka, seperti mengetahui ke mana mereka pergi atau dengan siapa mereka berkawan, akan sukar untuk mengesan tanda-tanda awal penglibatan dalam aktiviti lumba haram. Ini membolehkan remaja terlibat dalam kegiatan berisiko tanpa pengetahuan ibu bapa. 3 Malah lebih teruk lagi apabila remaja dibiarkan bebas tanpa kawalan masa yang ketat mungkin menghabiskan waktu malam di luar rumah, waktu yang biasanya digunakan untuk lumba haram. Ibu bapa yang tidak menetapkan peraturan ketat tentang masa pulang ke rumah atau aktiviti malam mungkin secara tidak langsung membenarkan anak-anak mereka terlibat dalam lumba haram.
Media massa juga menjadi sumber inspirasi kepada remaja untuk lebih berani berlumba secara haram di jalan raya. inspirasi ini tercetus apabila kebanyakan di media massa sekarang memaparkan filem atau drama yang berunsur lumba haram. Antara filem yang telah memberikan impak yang kuat dalam diri informan untuk terlibat dalam lumba haram ialah filem ‘Remp-it’ yang mana banyak menayangkan adegan perlumbaan haram dan aksi-aksi yang berbahaya. Ini secara langsung telah menarik minat remaja untuk meniru aksi-aksi tersebut. Umum mengetahui bahawa media massa ini amat mempengaruhi seseorang itu untuk melakukan sesuatu. Ianya telah diakui sendiri oleh informan pengkaji apabila beliau menyatakan bahawa pada permulaan terlibat dalam lumba haram hanya belajar meniru aksi-aksi merbahaya ini daripada apa yang dilihatnya di dalam televisyen sebelum mempunyai keyakinan untuk melakukan pelbagai aksi lagi. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa media massa juga memainkan peranan dalam membentuk sahsiah seseorang individu itu. Oleh itu, pihak yang terlibat hendaklah sentiasa menapis sesuatu perkara sebelum menyiarkannya kepada umum supaya golongan remaja pada masa sekarang tidak mudah terpengaruh. Pihak penyiaran tidak seharusnya hanya memikirkan keuntungan tetapi hendaklah juga berusaha untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan harmoni bagi menjamin kesejahteraan negara kelak. (Nur Hafizah Yusoff, 2019) 3. PERANAN MEDIA MASSA 4 Media sosial seperti YouTube, TikTok, dan Instagram membolehkan pengguna memuat naik dan berkongsi video lumba haram. Video yang memaparkan aksi berani dan kelajuan tinggi sering kali mendapat tontonan yang tinggi, likes dan komen yang menggalakkan. Malah, terdapat kumpulan dan komuniti dalam talian yang didedikasikan untuk lumba haram, di mana ahli-ahli berkongsi pengalaman, video dan tip mengenai perlumbaan jalanan. Ini memberi ruang untuk penyebaran budaya lumba haram dan menarik lebih ramai penyertaan.
4.GANJARAN HADIAH YANG LUMAYAN Ganjaran yang diperoleh daripada aktiviti lumba haram ini juga menjadi penyuntik semangat kepada golongan remaja untuk terlibat. Keadaan ini kerana dalam sesuatu perlumbaan yang diatur kerapkali adalah nilai yang ditawarkan supaya dapat menarik perhatian golongan remaja menyertainya. (Nur Hafizah Mohd, 2019) Ganjaran hadiah dikumpulkan daripada peserta lumba haram yang biasanya dikenakan yuran penyertaan, yang kemudian dikumpulkan sebagai hadiah tunai bagi pemenang. Jumlah yuran ini boleh berbeza-beza bergantung kepada skala dan populariti perlumbaan. Pemenang lumba haram sering kali menerima hadiah utama dalam bentuk wang tunai yang signifikan. Jumlah ini mungkin cukup besar untuk menarik minat peserta, terutama bagi mereka yang melihat lumba haram sebagai cara cepat untuk mendapatkan wang. Pertaruhan dalam lumba haram juga adalah salah satu elemen utama yang menambah ganjaran lumayan dalam aktiviti ini. Ia melibatkan pelumba dan penonton bertaruh wang pada hasil perlumbaan, yang boleh memberikan ganjaran kewangan yang signifikan kepada pemenang. Pelumba sendiri mungkin bertaruh wang secara langsung antara satu sama lain. Sebelum perlumbaan bermula, mereka akan menyetujui jumlah wang yang akan dipertaruhkan. Pemenang perlumbaan akan mengambil semua wang taruhan daripada pelumba yang kalah. 5 Malah, penonton yang hadir untuk menonton lumba haram sering terlibat dalam pertaruhan tidak rasmi. Mereka boleh bertaruh pada pelumba pilihan mereka dengan orang lain dalam kalangan penonton. Kadangkala, terdapat individu atau kumpulan yang bertindak sebagai 'bookie' atau pengendali pertaruhan. Mereka mengatur pertaruhan, mengumpul wang taruhan, dan membayar kemenangan kepada penonton yang bertaruh pada pelumba yang menang.
KESAN-KESAN 1.MASALAH KEWANGAN Selain itu, pelumba haram sering kali perlu membeli kenderaan khas yang berprestasi tinggi untuk bersaing. Kenderaan ini boleh mahal, terutamanya jika ia perlu diubahsuai untuk meningkatkan prestasi. Pengubahsuaian kenderaan termasuk peningkatan enjin, pemasangan sistem ekzos yang lebih baik, suspensi yang lebih kuat, dan aksesori lain untuk meningkatkan kelajuan dan prestasi. Kos pengubahsuaian ini boleh menjadi sangat tinggi. Disebabkan hal ini, pelumba haram boleh kehabisan duit akibat terlalu fokus untuk menghabiskan duit dalam pengubahsuaian kenderaan untuk berlumba haram. Keadaan yang lebih teruk boleh menyebabkan stress dan boleh melakukan rompakan akibat terdesak unutk mencari duit. Pelumba yang kalah dalam perlumbaan atau pertaruhan boleh mengalami kerugian kewangan yang signifikan. Kerugian ini boleh memberikan tekanan kewangan, terutamanya jika jumlah wang yang dipertaruhkan adalah besar. Malah, seperti perjudian, pertaruhan dalam lumba haram boleh menjadi ketagihan. Pelumba mungkin terus bertaruh dan kehilangan wang dalam usaha untuk mendapatkan kembali kerugian mereka, yang boleh mengakibatkan masalah kewangan yang lebih besar. 6
Aktiviti lumba haram sudah tentu memberikan kesan yang negatif terutamanya kepada pelumba sendiri seperti berlakunya kecerderaan serius dan berkemungkinan besar kematian. Lumba haram biasanya dilakukan pada kelajuan tinggi di jalan raya awam yang tidak direka untuk perlumbaan. Ini meningkatkan risiko kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan parah seperti patah tulang, kecederaan kepala, dan trauma dalaman. Kemalangan yang melibatkan kelajuan tinggi sering kali menyebabkan kematian serta-merta kepada pelumba atau penonton yang berada di tempat kejadian. Risiko ini adalah tinggi terutama apabila kenderaan kehilangan kawalan atau berlanggar dengan objek keras seperti tiang lampu atau pokok. 7 Malah, pengguna jalan raya yang lain juga berisiko tinggi untuk terlibat dalam kecerderaan yang diakibatkan oleh pelumba haram. Lumba haram mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain seperti pemandu kenderaan, penunggang basikal, dan pejalan kaki. Kemalangan yang berlaku boleh melibatkan mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam perlumbaan. Penonton yang berada terlalu dekat dengan kawasan perlumbaan juga berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. 2.KESELAMATAN DAN KESIHATAN
3. PSIKOLOGI DAN EMOSI Lumba haram menawarkan pengalaman adrenalin yang tinggi, yang boleh menyebabkan ketagihan kepada sensasi tersebut. Pelumba mungkin terus terlibat dalam aktiviti ini untuk mendapatkan “rush” adrenalin, walaupun menyedari risikonya. Individu yang ketagihan kepada bahaya mungkin mempunyai kecenderungan untuk terus mengambil risiko yang lebih besar, yang memburukkan lagi kesan psikologi dan fizikal. Keadaan lebih teruk apabila keterlibatan berulang dalam lumba haram boleh menyebabkan sikap tidak peduli terhadap keselamatan diri sendiri dan orang lain. Ini boleh menyebabkan pengambilan risiko yang lebih besar dalam situasi lain dalam kehidupan mereka. Individu yang terlibat dalam atau menyaksikan kemalangan lumba haram yang serius mungkin mengalami POST- Traumatic Stress Disorder (PTSD). Gejala PTSD termasuk mimpi buruk, flashback, dan kegelisahan yang berpanjangan. Kemalangan yang melibatkan kecederaan serius atau kematian boleh menyebabkan kejutan emosi yang mendalam, yang sukar untuk diatasi tanpa bantuan profesional. Tekanan untuk menang dalam perlumbaan turut termasuk yang boleh menyebabkan stres yang tinggi, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan keletihan mental. 8
Keterlibatan dalam lumba haram mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan mengabaikan undangundang, yang boleh menormalisasikan tingkah laku tersebut dalam masyarakat. Hal ini kerana pelumba haram mengambil risiko yang tinggi tanpa mempedulikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain menunjukkan kemerosotan nilai moral dan etika. Terlibat dalam lumba haram juga boleh menyebabkan konflik dalam keluarga, terutamanya apabila ahli keluarga lain bimbang tentang keselamatan dan tingkah laku individu yang terlibat. Akhirnya, pelumba haram akan tidak mendapat sokongan dari keluarga, rakan, dan masyarakat mengasingkan individu dan menjadikannya sukar untuk keluar dari kitaran aktiviti haram. Lumba haram meningkatkan risiko kemalangan di jalan raya awam, membahayakan nyawa pemandu lain, penunggang basikal, dan pejalan kaki. Ini mencetuskan kebimbangan keselamatan di kalangan masyarakat. Malah, kehadiran lumba haram di kawasan kejiranan boleh mengganggu kehidupan harian penduduk, termasuk gangguan bunyi bising dan kelajuan tinggi yang membahayakan. Hal ini kerana lumba haram biasanya berlaku pada waktu malam atau awal pagi, menghasilkan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman penduduk setempat. Aktiviti ini juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, mengganggu aliran trafik normal dan menyukarkan perjalanan harian pengguna jalan raya lain. 9 4.SOSIAL DAN MORAL
CARA MENGATASI Pendidikan dan kesedaran memainkan peranan penting dalam usaha mengatasi masalah lumba haram. Dengan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai risiko serta kesan negatif lumba haram, masyarakat, terutama golongan muda, dapat dididik untuk menjauhi aktiviti berbahaya ini. Isu mat rempit ini masih boleh ditangani dengan baik sekiranya kerajaan bersama badan-badan lain terus mengadakan program untuk remaja seperti program kesedaran. Buku berjudul ‘Rempit Barah Dalam Masyarakat – Salah Siapa?’ adalah hasil kajian mengenai mat rempit yang telah dibukukan. Ini merupakan salah satu cara bagi mendidik tentang bahayanya perlumbaan haram. (Hidayah, 2022) Pihak kerajaan juga perlu menyediakan program dan iklan kesedaran tentang bahaya lumba haram melalui saluran televisyen dan radio. Program ini boleh merangkumi dokumentari, wawancara dengan mangsa atau keluarga mangsa lumba haram, dan mesej dari pihak berkuasa. 10 PENDIDIKAN DAN KESEDARAN 1. Malah, pihak berwajib juga perlu menyediakan kursus pemanduan beretika dan selamat yang mengajar teknik pemanduan defensif, peraturan lalu lintas, dan kepentingan menghormati pengguna jalan raya lain. Di samping itu, menggalakkan penyertaan dalam kursus dan latihan keselamatan jalan raya dengan memberikan sijil yang diiktiraf, yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta. Sebagai contoh, program myLESEN yang diperkenalkan oleh JPJ di seluruh negara pada 15 September 2015 telah mendapat sambutan yang menggalakkan bagi membantu rakyat di luar bandar dan bandar untuk mendapatkan lesen motosikal kelas B2 tunggal. JPJ dan Kementerian Pendidikan Malaysia membawa program myLESEN sedia ada kepada pelajar sekolah di sekolah-sekolah menengah supaya golongan ini dapat memiliki lesen memandu yang sah di sisi undang-undang. Kadar bayaran yang dikenakan bagi memperoleh lesen memandu adalah sebanyak RM299.00 sahaja termasuk GST dan perlu dibayar terus kepada pihak Institut Memandu. (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, 2016)
Penguatkuasaan undang-undang adalah langkah penting dalam menangani masalah lumba haram. Ia melibatkan pelaksanaan tindakan tegas oleh pihak berkuasa untuk memastikan individu yang terlibat dalam lumba haram dikenakan hukuman yang setimpal dan mencegah kejadian berulang. Hal ini dapat dilakukan dengan pihak polis meningkatkan kekerapan rondaan polis di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi lumba haram untuk menghalang aktiviti tersebut dan memberikan rasa kehadiran pihak berkuasa. Selain itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malysia (JPJ) mengadakan sekatan jalan raya di kawasan-kawasan tertentu pada waktu-waktu yang dikenalpasti sering berlaku lumba haram. Sekatan ini boleh memeriksa kenderaan dan lesen pemandu serta mencegah perlumbaan yang dirancang. Mengenakan denda yang tinggi kepada individu yang terlibat dalam lumba haram sebagai langkah pencegahan dan untuk menunjukkan keseriusan kesalahan ini. Sebagai contoh polis memandang serius kegiatan lumba haram di bandar ini dengan mengeluarkan hampir 1,000 notis saman melalui Ops Samseng Jalanan dan menghadapkan 21 penunggang motosikal ke mahkamah dan bukan hanya keluar saman kepada penunggang, panggil ibu bapa dan saman mereka sekali serta sita motosikal tersebut. (Berita The Sun, 2024) 2.PENGUAT KUASAAN UNDANGUNDANG 11 Jabatan Kerajaan Tempatan mestilah memberikan bantuan dengan memasang kamera keselamatan di lokasi-lokasi strategik yang sering digunakan untuk lumba haram untuk memantau aktiviti dan mengumpulkan bukti. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan menggunakan kamera berkelajuan tinggi yang mampu menangkap imej kenderaan yang bergerak laju, membantu dalam penguatkuasaan undangundang terhadap pemandu yang melebihi had laju. Penggunaan teknologi pengawasan pintar mestilah yang boleh mengenal pasti nombor plat kenderaan secara automatik dan mengesan pergerakan mencurigakan yang berkaitan dengan lumba haram.
3. HUKUMAN LEBIH TEGAS Hukuman yang lebih tegas adalah langkah penting dalam menangani masalah lumba haram kerana ia dapat memberikan kesan pencegahan dan menunjukkan keseriusan undang-undang dalam menangani aktiviti ini. Hukuman yang tegas juga boleh mengurangkan kadar pengulangan kesalahan dan memastikan bahawa mereka yang terlibat dalam lumba haram menghadapi akibat yang setimpal. Hukuman bagi kesalahan mengubah suai enjin dan paip ekzos motosikal akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM10,000 selepas Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dipinda kelak. (Shahril, 2022) Selain itu, mereka yang menyertai lumba haram juga bakal berdepan hukuman penjara mengikut peruntukan baharu dalam akta berkenaan, jika disabitkan bersalah di mahkamah. Malah, dalam cadangan pindaan itu, ibu bapa yang membenarkan motosikal mereka digunakan untuk tujuan lumba haram dan pengusaha bengkel yang melakukan pengubahsuaian kepada kenderaan dua roda itu juga boleh dikenakan denda. (Hafidzul Hilmi Mohd Noor, 2023) Pihak berwajib boleh menyita kenderaan yang digunakan dalam lumba haram untuk tempoh tertentu, contohnya enam bulan hingga satu tahun, sebagai langkah pencegahan. Sebagai contoh, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 1,325 motosikal di seluruh negara sepanjang Operasi Khas Motosikal bermula 1 hingga 7 Februari. Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata semua kenderaan yang disita diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalan raya. Malah, dalam tempoh sama sebanyak 97,366 motosikal diperiksa dan mengeluarkan 25,967 notis bagi pelbagai kesalahan dengan 6,001 atau 27 peratus kes adalah kegagalan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya. (Hamzah Osman, 2024) 12
4.PENYEDIAAN ALTERNATIF POSITIF Penyediaan alternatif positif adalah strategi penting dalam menangani masalah lumba haram dengan mengalihkan perhatian golongan muda daripada aktiviti berbahaya kepada aktiviti yang lebih bermanfaat dan selamat. Pihak kerajaan perlu menyediakan litar perlumbaan yang sah di mana peminat lumba boleh memuaskan minat mereka dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Dengan cara ini peminat tegar lumba haram akan berlumba di tempat yang betul dan sekaligus mungkin dapat mewakili negara untuk mengikuti pertandingan bertaraf antarabangsa. Malah, di litar tersebut boleh diadakan pertandingan lumba yang diiktiraf dan diselia oleh pihak berkuasa untuk memberikan saluran yang sah bagi peminat lumba dan mengasah bakat pelumba. Oleh itu, pembinaan litar lumba yang diiktiraf perlu dibina dan dilakukan. 13 Contoh yang dapat dilihat apabila litar lumba bertaraf antarabangsa dengan nilai pembinaan trek mencecah RM85 juta bakal direalisasikan di Ambangan Heights di sini, setelah beberapa kali projek berkenaan tertangguh. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri berharap projek berkenaan dapat disiapkan sekurang-kurangnya enam bulan dari sekarang. Menurut beliau, projek yang lengkap dengan beberapa komponen lain termasuk kawasan komersial, ruang pameran dan beberapa fasiliti lain bakal menjadikan Sungai Petani terkenal sebagai bandar permotoran di Kedah. Beliau turut bersyukur kerana syarikat kerjasama PKB dan Open Road ini bersetuju melabur RM85 juta untuk menyiapkan litar dan membangunkan beberapa komponen lain termasuk kawasan komersial, ruang pameran, pusat jualan dan penyelenggaraan. Jelas Muhammad Sanusi, pembinaan litar lumba yang menjadi nadi baharu buat penduduk Sungai Petani amat ditunggutunggu kerana ia bakal memberi manfaat kepada generasi muda sekali gus membawa peminat sukan permotoran beraksi di litar yang dilengkapi ciri keselamatan. Difahamkan, reka bentuk litar menggunakan khidmat pakar perunding dari luar negara yang berpengalaman bukan sahaja boleh digunakan oleh rakyat serta penduduk tempatan, malah direka khas bagi membolehkan kejohanan lumba motosikal peringkat antarabangsa turut berlangsung di situ. (Siti Zubaidah Zakarya, 2022)
Pihak berwajib juga boleh menyediakan mentor yang mempunyai pengalaman dan kejayaan dalam bidang yang diminati oleh individu yang berisiko seperti sukan permotoran atau kejuruteraan automotif. Hal ini kerana mentor dapat memberikan bimbingan, nasihat, dan sokongan moral untuk membantu individu menetapkan matlamat yang positif dan mencapai kejayaan. sebagai contoh mentor yang diiktiraf ialah Wazi Abdul Hamid yang pernah menjadi naib juara keseluruhan bagi FIM Asia Road Racing Championship (Underbone 125cc). Wazi bersara daripada dunia perlumbaan pada tahun 2006 dan kini banyak memberi fokus kepada program permotoran. Selain itu, ada Hafizh Syahrin Abdullah yang mencipta sejarah untuk Malaysia, Hafizh merupakan pelumba pertama negara menyertai perlumbaan MotoGP. (Hans, 2021) Sokongan dan kaunseling adalah aspek penting dalam mengatasi lumba haram kerana ia membantu individu yang terlibat atau berisiko terlibat dalam aktiviti tersebut untuk mengatasi masalah peribadi dan emosi yang mungkin mendorong mereka ke arah perilaku berbahaya ini. Oleh itu, ahli keluarga perlu memainkan peranan penting dalam sesi kaunseling untuk memperkuat sokongan dan pengawasan terhadap anak-anak. Ini membantu dalam membina hubungan keluarga yang lebih erat dan saling memahami. Hal ini juga dapat membantu ahli keluarga membimbing si pelumba haram dalam kalangan ahli keluarga untuk berhenti dan melanjutkan hobinya di tempat yang betul seperti di litar Sepang. 14 5.SOKONGAN DAN KAUNSELING
KESIMPULAN By Mohd Alif Aiman Perlumbaan haram adalah isu yang kompleks dan berbahaya yang mempunyai kesan mendalam terhadap masyarakat. Ia bukan sahaja menyebabkan kematian dan kecederaan yang serius, tetapi juga merosakkan infrastruktur awam, menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk, dan mengganggu ketenteraman awam. Oleh itu, pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu diperlukan untuk menangani masalah ini. Pengkaji berharap semua pihak dapat bekerjasama untuk mengatasi maslah perlumbaan haram ini kerana gejala sosial ini melibatkan usaha dan sokongan semua golongan masyarakat bagi mengatasinya. Gejala perlumbaan haram ini sememangnya dapat menjejaskan nama baik negara sekaligus meragut banyak nyawa yang berharga untuk pembangunan negara. Oleh yang demikian masalah perlumbaan haram memerlukan perhatian yang serius dan tindakan yang tegas. Melalui penguatkuasaan undang-undang yang tegas, pendidikan dan kesedaran, penyediaan alternatif positif, sokongan dan kaunselin. Kita dapat mengurangkan kejadian perlumbaan haram dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan harmoni. Pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu ini bukan sahaja membantu mengatasi masalah lumba haram tetapi juga membina masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan menghormati undang-undang. 15
JURNAL Mohd Fikrie bin Idris, Nur Hafizah binti Yusoff. (2019). Pertaruhan dalam Lumba Haram : Faktor dan Jenis Pertaruhan Nur Hafizah Yusoff. (2020). Lumba Haram dan Budaya Pertaruhan di Bagan Ajam, Pulau Pinang Kenyataan Media Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (2016), diakses pada 20 Jun 2024 https://www.erabaru.com.my/2022/08/10/pdrm-tekanan-rakan-sebayakemahuan-diri-sendiri-punca-utama-remaja-terlibat-dengan-kegiatan-lumbaharam/, diakses pada 20 Jun 2024 https://thesun.my/cerita/lumba-haram-polis-keluar-hampir-1000-saman-disibu-DG12142427, diakses pada 20 Jun 2024 https://jkt.kpkt.gov.my/ms/perkhidmatan/keselamatan-awam-cctv/pegawaibertanggungjawab, diakses pada 20 Jun 2024 https://pandulaju.com.my/penjara-untuk-pelumba-haram-denda-rm10k-jikaubah-suai-enjin-ekzos-motor/, diakses pada 20 Jun 2024 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/01/922803/denda-rm10000- mampu-kekang-lumba-haram, diakses pada 20 Jun 2024 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/01/922803/denda-rm10000- mampu-kekang-lumba-haram#google_vignette, diakses pada 20 Jun 2024 https://www.sinarharian.com.my/article/216699/edisi/utara/trek-litar-lumbasungai-petan-cecah-rm85-juta, diakses pada 20 Jun 2024 https://engear.tv/berita/malaysia/2021/06/03/makin-gah-di-persada-sukanpermotoran-dunia-ini-lima-hero-malaysia/473125/, diakses pada 20 Jun 2024 16 SUMBER RUJUKAN SUMBER INTERNET
PERLUMBAAN HARAM 21 JUN 2024 MOHD ALIF AIMAN BIN SAPLI DISUNTING OLEH : SADN 1133 PENGANTAR ANTROPOLOGI 299363