The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN BADMINTON ATAS TALIAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdhazwanaziz, 2021-09-24 11:29:20

LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN BADMINTON

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN BADMINTON ATAS TALIAN 2021

LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN
BADMINTON

“VIDEO ANALYSIS BADMINTON SKILLS”
MSST TAHUN 2021

1. TUJUAN
Laporan ini memberi maklum Jawatankuasa teknikal
badminton MSST unit pembangunan bakat murid
tentang pengelolaan Pertandingan Badminton Majlis
Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSST) bagi
tahun 2021.

2. LATAR BELAKANG
Pertandingan ini telah diwujudkan atas dasar
ketidakbolehan melaksanakan pertandingan secara
fizikal dan bersemuka yang disebabkan penularan
kes COVID-19 yang semakin serius. Justeru itu,
Pertandingan Badminton dijalankan untuk memberi
peluang kepada murid-murid menyertai pertandingan
agar mereka kekal aktif dalam sukan di samping
mendapatkan markah dalam PAJSK. Pertandingan
Badminton ini akan dijalankan secara dalam talian
dengan memuat naik rakaman video lakuan yang
dilakukan oleh pemain.

3. OBJEKTIF
Memberikan pendedahan kepada atlet murid
badminton melaksanakan kemahiran-kemahiran
badminton dengan panduan secara maya dan
pelaksanaan pertandingan secara dalam talian
(Video Analisis) disamping melaksanakan Takwim
Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST)

4. PENYERTAAN
Murid-murid yang masih bersekolah dalam
lingkungan umur 9 hingga 18 Tahun.

DAERAH KATEGORI

L18 P18 L15 P15 L12 P12 JUM

1 BESUT 5 5 5 5 5 5 30

2 DUNGUN 5 5 5 5 5 5 30

3 HULU TRG 5 5 5 5 5 5 30

4 KEMAMAN 5 5 5 5 5 5 30

5 KUALA 5 5 5 5 5 5 30
NERUS

6 KUALA 5 5 5 5 5 5 30
TRG

7 MARANG 5 5 5 5 5 5 30

8 SETIU 5 5 5 5 5 5 30

JUMLAH 40 40 40 40 40 40 240

5. PERTANDINGAN
Tarikh Pelaksanaan : 12 -16 September 2021
Anjuran : PPD Besut
Kaedah Pelaksanaan : Pertandingan Dalam Talian
Cara Penyertaan : Setiap daerah menghantar
rakaman video lakuan murid yang dilakukan oleh
atlet melalui link yang diberikan.

5.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem
yang ditetapkan oleh Jawantankuasa Pertandingan
Badminton MSST.

5.2 Undang-undang pertandingan adalah mengikut
Undang-Undang dan Syarat Pertandingan Badminton
MSSM

5.3 Panel hakim terdiri daripada pengerusi teknik
badminton setiap daerah yang telah dilantik .

5.4 Penggunaan tenaga teknikal dari kalangan guru
dan staf yang telah diberi kuasa.

5.5 Acara yang dipertandingkan :
Kategori Bawah 18 Tahun Lelaki dan Perempuan
Kategori Bawah 15 Tahun Lelaki dan Perempuan
Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan

6. SOP PERTANDINGAN DAN KESELAMATAN
Pertandingan dijalankan secara dalam talian. Peserta
membuat rakaman video sekiranya situasi
mengizinkan sama ada di dewan sekolah atau dewan
swasta mengikut SOP. Sekiranya keadaan tidak
mengizinkan dan murid tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah, maka rakaman video boleh
dijalankan di tempat terbuka.

7. GAMBAR PENJURIAN

8. KEPUTUSAN

Pautan untuk keputusan Pertandingan Kemahiran

Sukan Badminton dalam talian

https://anyflip.com/fesri/hfks/

9. KESIMPULAN
Pertandingan Kemahiran Sukan Badminton atas
talian MSST disertai oleh 240 murid dari 8 buah
daerah Terengganu. Jumlah penyertaan maksimum
ini adalah paling banyak berbanding sukan lain yang
dipertandingkan oleh MSST

10. PENUTUP
MSST perlu memandang serius penyertaan ini yang
membuktikan murid Terengganu sangat berminat
dalam Sukan Badminton. Semoga melalui
penganjuran pertandingan seumpama ini, ia dapat
meningkatkan motivasi dan membangkit semula
keaktifan dan minat dalam bidang sukan khasnya
badminton serta dapat mencungkil bakat murid.


Click to View FlipBook Version