SCCA1023-TK-KUMP-21
SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM DENGAN KEPUJIAN
(PACE) SEMESTER APRIL 2022/2023 (JA221)
SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI
TUGASAN BERKUMPULAN
TEORI PENGKAYAAN MEDIA
KUMPULAN: 21
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. NAN ZAKIAH BINTI MEGAT IBRAHIM
TARIKH PENYERAHAN:
16 JULAI 2022
BIL NAMA NOMBOR MATRIK NO TELEFON
1. TAJUL MOLOK BIN AZMAN 289225 0179133413
2. SHAMSHAFIKA BINTI SAMSUDIN 289210 0142401396
3. SHARIFAH NADIA BINTI SYED JAMALUDDIN 289211 011133931957
4. MOHD RIDZUAN BIN ISHAK 289108 0176593282
1
SCCA1023-TK-KUMP-21
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3-4
2 LATAR BELAKANG / SEJARAH TEORI PENGKAYAAN MEDIA 4-6
3 KONSEP TEORI PENGKAYAAN MEDIA 7
4 ANDAIAN / IDEA TEORI 8
5 9-10
BAGAIMANA TEORI PENGKAYAAN MEDIA MENGURUSKAN ISU
6 10
KEKUATAN DAN KELEMAHAN TERHADAP TEORI PENGKAYAAN
MEDIA
7 KESIMPULAN 11
8 RUJUKAN 12
2
SCCA1023-TK-KUMP-21
1. PENGENALAN
Masyarakat sekarang tentunya sedar dengan keadaan sekarang bahawa ada
jalan yang memudahkan kita dengan adanya teknologi yang bukan sahaja
memudahkan sesuatu kerja, malah lebih dari itu, teknologi juga salah satu platform
yang dapat mempengaruhi setiap pemikiran manusia dengan cara manusia
berkomunikasi antara satu sama lain walaupun seseorang itu berada di tempat yang
jauh tetapi maklumat itu senang disampaikan oleh disebabkan kemajuan teknologi.
Pengguna teknologi dapat berkomunikasi dan ia adalah salah satu yang meluaskan
maklumat, ilmu berkomunikasi kerana setiap maklumat dan percakapan dapat
dipelajari. Seterusnya, pengguna teknologi dianggap salah sebuah medium yang
bertujuan berkomunikasi yang dicapai dengan baik dan mudah. Antara contoh
teknologi seperti elektronik, komputer, internet, radio, telefon dan televisyen.
Masyarakat dapat menyampaikan maklumat dan mesej dengan lebih mudah dan
sehingga berperingkat berbanding komunikasi bersemuka tanpa memerlukan
bantuan platform dalam bidang teknologi.
Komunikasi adalah satu proses penyampaian mesej kepada orang lain. Ia
adalah salah satu yang amat penting apabila menyampaikan dan bagaimana orang
yang menerima maklumat untuk senang difahami oleh pihak yang lain seperti mesej
yang menghasilkan maklum balas adalah dikenali sebagai komunikasi serta apabila
mengetahui maklumat itu keberkesanan atau tidak. Menurut muhamad (2013)
komunikasi juga sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan
sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak
peribadi melalui simbol atau syarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat
organisasi sebab itu banyak faedah tentang komunikasi di seluruh negara jika kita
pandai bercakap dalam bahasa yang lain itu adalah kebaikan untuk diri kita sendiri.
Komunikasi merupakan suatu proses penyampaian maklumat atau pesanan
dari satu pihak kepada pihak yang lain agar terjadi keadaan yang mempengaruhi.
Profesor wilbur schramm menerangkan bahawa komunikasi dan masyarakat adalah
dua data kembar yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain nya. Saodah,
Narimah dan Mohd Yusof (2003) menerangkan komunikasi merupakan suatu yang
asa sepertimana keperluan kita untuk makan, tempat tinggal dan pakaian.
Komunikasi ini terhasil apabila terjadinya persefahaman antara satu sama lain iaitu
3
SCCA1023-TK-KUMP-21
penerima dan orang yang memberi isyarat dalam komunikasi sehingga ia adalah
salah satu tujuan utama komunikasi.
Proses interaksi antara satu sama lain telah berlaku untuk mencapai positif
untuk kebaikan bersama antara contoh mempengaruhi tingkah laku seseorang,
menukarkan reaksi keadaan fizikal, mesej yang disampaikan ada tindak balas dan
bertukar maklumat antara satu sama lain ketika membalas mesej dari jarak jauh.
Memang tidak dinafikan bahawa boleh dikatakan setiap teknologi yang baru akan ada
komunikasi kerana ia bermula daripada kemampuan setiap manusia yang ingin
mencipta perkataan, mesej atau huruf sehinggalah sekarang. Pengenalan benda
yang baru seperti teknologi telah memberikan impak kepada semua orang dalam
bidang yang baru terutamanya sekali adalah dalam bidang komunikasi antara satu
sama lain dan tentang penyelidikan yang melibatkan dengan teknologi komunikasi.
2. LATAR BELAKANG/SEJARAH TEORI PENGKAYAAN MEDIA
TEORI PENGKAYAAN MEDIA
Teori Pengkayaan Media adalah salah satu kajian yang menerangkan
bagaimana masyarakat menggunakan teknologi yang memberi kesan terhadap
sesuatu mesej, serta bagaimana bertindak balas dalam komunikasi yang ingin
disampaikan kerana ia adalah saluran yang berlainan serta terdapat impak yang
berlaku dalam mempengaruhi sesuatu komunikasi.
Teori komunikasi secara dasarnya adalah penyataan untuk menerangkan,
menjelaskan, menilai dan membuat ramalan terhadap komunikasi. Gabungan konsep
antara teori iaitu penyataan dengan komunikasi telah membentuk satu tanggapan
atau proses yang berfaedah untuk penyelidikan.
Bagi McLuhan (1964), komunikasi ini dapat meluaskan maklumat dari segi
aspek persekitaran dalam setiap individu antara contoh yang kita nampak deria
manusia iaitu melihat, menghidu, mendengar dan merasa. Setiap individu atau
masyarakat yang lain dapat maklumat dengan secepatnya mungkin kerana
keberkesanan teknologi sekarang boleh mempercepatkan maklumat itu tersebar
dengan luas, melihat pun salah satu akan nampak di media sosial, jika ada apa-apa
4
SCCA1023-TK-KUMP-21
masalah atau maklumat yang ada kaitan dengan seseorang maka dengan itu akan
meningkatkan interaksi masyarakat yang lain serta keupayaan berkomunikasi dalam
atas talian walaupun jarak jauh antara satu sama lain. Boleh dikatakan teknologi
komunikasi adalah salah satu platform yang membantu bagi menjana revolusi dalam
kehidupan masyarakat.
Menurut Galbraith (1997), Teori pengkayaan Media telah digunakan dan
kebanyakan kajian untuk menerangkan bagaimana penggunaan teknologi yang
berlainan dapat memberi kesan terhadap mesej yang ingin disampaikan, kebanyakan
waktu sekarang memang tidak dinafikan bahawa masyarakat sekarang sering
mengunakan aplikasi yang memudahkan untuk komunikasi dari jarak jauh ia dapat
memberi kesan kepada masyarakat dalam menggunakan teknologi media.
Pada masa yang sama, menurut Rogers (1999) teknologi komunikasi ialah
salah satu alat perkakasan struktur dalam organisasi dan yang dialami oleh setiap
individu semasa memproses, mengumpul dan dapat bertindak balas seperti bertukar
maklumat semasa berkomunikasi. Antara contoh mengapa dianggap seperti itu
kerana ia adalah salah satu platform yang memudahkan dalam melakukan setiap
tugas malah memudahkan kita menggunakan teknologi untuk membantu memberi
secara keseluruhan atau sebahagian keterangan atau maklumat, di samping
penjelasan yang jelas serta mempunyai perkaitan yang membolehkan saya
memahami, menjelas dan menilai fenomena dan ramalan.
Menurut Rogers (1991), teknologi komunikasi adalah alat perkakasan, yang
menjadikan salah sebuah utama dalam struktur organisasi, dan dalam nilai sosial
yang dialami oleh individu ia dapat mengetahui apabila memproses, bertukar
maklumat dan mengumpul. Ia adalah salah satu jalan yang mudah untuk
menggunakan dalam setiap penggunaan teknologi komunikasi, serta tidak
ketinggalan zaman kepada masyarakat dan sentiasa memperbaharui dari masa ke
semasa. Interaksi muka ke muka (face to face) merupakan perhubungan yang paling
tinggi di dalam hierarki.
5
SCCA1023-TK-KUMP-21
Tidak Berkesan E-Mail Chatting
Berkesan Semuka Telefon
Gambar Rajah 1
Dengan merujuk dalam gambar rajah di atas. Komunikasi seperti emel jarang
memberi tindak balas kerana ia adalah salah satu merupakan komunikasi yang
bertindak balas lambat. Walaupun chatting adalah komunikasi yang cepat maklum
balas, ia merupakan kurang memberi kesan kerana kurang mendengar apa yang
disampaikan berbanding daripada telefon. Seperti telefon ia salah satu yang amat
memberi kesan dalam komunikasi secara umumnya kerana ia mendapat maklum
balas pada masa yang sama dengan cepat serta mempunyai dua hala. Selain itu,
secara bersemuka, komunikasi dapat menunjukkan cara percakapan yang keikhlasan
dan serta mesej yang jelas dengan berkesan apabila secara depan-depan. Pada
masa yang sama, kita berasa selesa di setiap persekitaran kerana komunikasi
bersemuka menjadi ia dapat maklum balas dengan cepat dan jelas mendengar apa
yang disampaikan mesej. Ia bergantung pada sesetengah individu kerana ada yang
mungkin merasa malu apabila bersemuka dan sebaliknya sama ada individu memilih
dalam menyampaikan mesej melalui Chatting atau E-mail teori pengkayaan media ini
(Daft& Lengel, 1984). Menurut teori ini lagi, ia berkait rapat secara terus kepada
pelanggan kerana ia dapat menggunakan apabila menghadapi masalah bagi yang
ingin bertanya, memudahkan pengiklanan ke seluruh negara dan dapat berhubung
atas talian bersertakan nampak muka ia adalah salah satu faktor hubungan, dapat
meningkatkan hubungan usahawan-usahawan di antarabangsa dan seluruh negara.
6
SCCA1023-TK-KUMP-21
3.0 KONSEP TEORI PENGKAYAAN MEDIA
Teori pengkayaan media menerangkan bahawa media mempunyai keupayaan
untuk menghantar maklumat yang diperlukan. Keupayaan untuk menghantar ini,
bergantung kepada maklumat yang akan digunakan dalam masa ketidakpastian atau
samar-samar. Teori ini yang juga dikenali sebagai ‘teori kekayaan maklumat” oleh Daft
dan Lengel. Menurut teori ini, media atau bentuk komunikasi yang berbeza
mempunyai tahap kekayaan yang berbeza dalam maklumat yang mereka berikan.
Sifat media boleh disenaraikan berdasarkan keupayaan mereka untuk mengendalikan
ketidakpastian atau kesamaran. Kekayaan media dinilai menggunakan kriteria berikut:
a) Keupayaan untuk memasukkan fokus peribadi
Setiap media mempunyai tahap tumpuan peribadi yang berbeza,terutamanya apabila
media menggabungkan lebih banyak perasaan dan emosi peribadi, mesej itu akan
disampaikan sepenuhnya dalam istilah yang lebih baik. Contohnya, berkomunikasi
secara bersemuka berbanding komunikasi melalui e-mel.
b) Kekerapan maklum balas
Komunikasi dianggap lengkap apabila maklum balas yang diperlukan diberikan,
penerimaan maklum balas juga diambil sebagai cara memberitahu mesej diterima
dengan betul. Maklum balas memastikan bahawa sebarang kesilapan dalam
penghantaran boleh perbetulkan dengan segera. Kesegeraan maklum balas dalam
medium merujuk kepada keupayaan medium membenarkan pengguna bertindak
balas dengan cepat terhadap komunikasi yang diterima. Medium harus dapat
menyokong komunikasi dua hala.
c) Penyampaian pelbagai isyarat
Terdapat pelbagai cara di mana medium komunikasi maklumat dicapai dan isyarat ini
boleh sama ada visual atau pendengaran. Sebagai contoh, iklan tentang keburukan
merokok boleh disampaikan dengan menggunakan gabungan isyarat. Skor latar
belakang boleh menjadi suram dan membosankan, visual boleh menunjukkan
seseorang menderita di atas katil hospital dan suara boleh dibuat dalam nada yang
serius.
7
SCCA1023-TK-KUMP-21
4.0 ANDAIAN/IDEA TEORI
Teori ini pertama kali dicadangkan oleh Daft dan Lengel (1984). Menurut Lee
(1994) ia mempunyai keupayaan untuk meminimumkan kekaburan dan
ketidakpastian di sekeliling pelaporan maklumat dan ini akan meningkatkan tahap
pemahaman manusia. Bagi Kahai Cooper (2003) dalam hal ini merujuk kepada
kekaburan maklumat atau pelbagai bilangan pemahaman yang bercanggah. Oleh itu,
tugas media yang sesuai untuk mengurangkan kesamaran dengan menjelaskan atau
menerangkan data yang kompleks.
Terdapat dua andaian asas teori ini seperti yang dikemukakan oleh
penyokongnya. Pertama teori mendakwa bahawa orang akan mempunyai keinginan
untuk mengelakkan kekaburan dan ketidakpastian dalam setiap organisasi. Manakala
andaian kedua ialah dalam setiap organisasi, media yang berbeza berfungsi lebih baik
daripada yang lain dalam tugas yang berbeza (Kahai Cooper, 2003). Penyokong
menggunakan empat ilustrasi berbeza untuk menunjukkan bagaimana jenis media
yang berbeza menyelesaikan kekaburan dan ketidakpastian dalam setiap komunikasi.
Kriteria pertama melihat ketersediaan maklum balas. Tindakan segera
terhadap maklumat yang disampaikan menjadi perhatian apabila kekayaan media
dipertimbangkan. Menurut Kahai dan Cooper (2003), keupayaan medium menghantar
isyarat berbilang, ia melihat kepada keupayaan sesuatu medium komunikasi untuk
menghantar maklumat secara serentak kepada sebilangan pengguna.
Bagaimana bahasa semula jadi digunakan dalam komunikasi umum dan
kepelbagaiannya juga menjadi tumpuan dalam kajian tentang betapa kayanya
medium komunikasi. Kemudian ia juga mempertimbangkan fokus peribadi oleh media.
Niat tumpuan kepada penerima maklumat mesti dipertimbangkan dan itu akan
menentukan media komunikasi yang paling kaya untuk digunakan.
Apabila kriteria tersebut dianalisis, mendapati bahawa medium komunikasi
yang kaya adalah pertemuan secara bersemuka. Telefon, memo, e-mel dan surat
akan mengikut urutan itu (Markus El-Shinnawy, 1997). Kedudukan medium
komunikasi ini tidak bermakna yang satu lebih baik daripada yang lain tetapi setiap
jenis mempunyai kelebihan dan kekurangannya dan sesuai dalam situasi yang
8
SCCA1023-TK-KUMP-21
berbeza. Pada dasarnya teori media cuba memberi penerangan tentang kesesuaian
medium komunikasi yang berbeza dalam situasi yang berbeza. Oleh itu seseorang itu
sepatutnya memilih jenis media yang paling sesuai yang akan memberikan kecekapan
dan ketepatan tertinggi untuk penerima yang dimaksudkan (Dennis Kinney, 1998).
Oleh itu, teori pengkayaan media menyatakan bahawa seseorang mesti membuat
keputusan yang rasional dengan mengaitkan tugas dan objektif tertentu kepada
medium komunikasi tertentu serta tahap kejayaan yang diperlukan dalam sesuatu
tugas.
5.0 BAGAIMANA TEORI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGENDALIKAN ATAU
MENGURUSKAN MASALAH
Kebanyakan kajian telah menggunakan Teori Pengkayaan Media dalam
menerangkan kepelbagaian teknologi dapat memberi kesan terhadap mesej yang
ingin disampaikan. Kepelbagaian teknologi ini dapat memberi perbezaan sama ada
impak atau keberkesanan mesej dengan saluran yang berlainan.
Merujuk kepada Daft dan Lengel (1986), kepelbagaian media mempunyai
kekuatan masing-masing dan bergantung kepada kebolehan sesuatu maklumat
dalam mempengaruhi pemahaman seseorang individu dalam tempoh masa tertentu.
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan dimana pengkaji telah memilih empat
perbezaan saluran dalam mendapatkan keberkesanan dalam menyalurkan maklumat
serta mengendalikan masalah. Empat jenis cara komunikasi yang dinyatakan adalah
seperti berikut:
1. Email
2. Chatting
3. Telefon
4. Bersemuka
Melalui Teori Pengkayaan Media, cara komunikasi dengan menggunakan
email kurang memberi kesan dalam menyampaikan maklumat. Ini disebabkan oleh
penggunaan email ini menggunakan teknik sehala dan memerlukan respon yang agak
lambat dari pengguna. Bagi penggunaan chatting pula, walaupun cara tersebut
9
SCCA1023-TK-KUMP-21
merupakan komunikasi dua hala, namun cara ini didapati kurang berkesan kerana
pengguna tidak dapat mendengar suara penerima berbanding dengan menggunakan
telefon. Telefon merupakan medium yang berkesan dalam komunikasi sebab ia
merupakan komunikasi dua hala dan maklum balas yang cepat dapat diberikan tetapi
ia tidak dapat mengesan kejituan sesuatu mesej tersebut sebab kita tidak dapat
mengesannya melalui komunikasi tanpa lisan. Dalam konteks ini, komunikasi secara
bersemuka dianggap sebagai cara komunikasi yang paling berkesan. Komunikasi
secara bersemuka dapat mengesan keikhlasan dan kejituan mesej yang disampaikan
melalui komunikasi bukan lisan seseorang.
6.0 Kekuatan Atau Kelemahan Terhadap Teori Pengkayaan Media
Teori Pengkayaan Media sememangnya satu medium yang amat sesuai
digunakan untuk menyampaikan maklumat ataupun untuk menyelesaikan masalah.
Walaubagaimanapun, berdasarkan penilaian yang dibuat, Teori Pengkayaan Media
mempunyai kekurangan seperti berikut:
1. Penggunaan email sangat efisien dalam memastikan keselamatan sesuatu
penyampaian maklumat itu dari diceroboh atau diketahui oleh pihak yang tidak
sepatutnya. Namun, kaedah ini agak sukar untuk mendapatkan maklum balas dengan
masa yang singkat kerana kebanyakan pengguna tidak menyemak peti masuk email
dan spam email banyak digunakan untuk membuat tawaran iklan.
Chatting dan telefon pula sangat berkesan dalam mendapatkan komunikasi dua hala.
Walaubagaimanapun, kaedah ini banyak bergantung terhadap keupayaan internet
dan liputan dalam menentukan komunikasi tersebut tidak terputus dan berjalan lancar.
Kawasan pendalaman merupakan tempat paling terjejas dlm menggunakan kaedah
ini kerana kurangnya liputan telekomunikasi di kawasan tersebut.
10
SCCA1023-TK-KUMP-21
7.0 Kesimpulan
Sesebuah laman sosial mesti mempunyai penarik minat pelawat yang
mengunjungi laman tersebut dan dikalangan pengguna internet dan mempunyai
beberapa sifat miliki daya pujukan, gimik yang menarik, penggunaan bahasa yang
tersusun dan mudah difahami,maklumat serta multimedia yang menarik, interaktif
serta sentiasa dikemaskini, Sesebuah organisasi memerlukan penggunaan teori
pengkayaan media bagi memproses maklumat bagi tujuan mengurangkan risiko
ketidakpastian dan kelambakan maklumat yang sama terlibat,bagaimana teori
pengkayaan media ini dapat membatu dalam sesebuah pengoperasian adalah
dengan penggunaan media yang tepat dan memastikan organisasi menggunakan
media yang bersesuaian dalam operasi organisasi dan menyentuh berkaitan
keberkesanan terdapat peringkat medium penyampai maklumat yang dapat
menyalurkan maklumat kepada komuniti.
11
SCCA1023-TK-KUMP-21
8.0 RUJUKAN
Bassili, J.N. (2008). Media richness and social norms in the choice to attend lectures
or to watch them online. Journal of Educational Multimedia and Hypermedia,
17(4). 453-475.
Brunelle, E. (2009). Introducing media richness into an integrated model of consumer’s
intentions to use online stores in their purchase process. Journal of Internet
Commerce, 8, 222-245.
Daft, R.L. & Lengel, R.H. (1984). Information richness: a new approach to managerial
behavior and organizational design. In: Cummings, L.L. & Staw, B.M. (Eds.),
Research in organizational behavior 6, (191-233). Homewood, IL: JAI Press.
Draft, L.R & Lengel, R.H (1986). Organizational Information Requirements,
Media Richness and Structural Design. Management Science.
Dennis, A. R., & Kinney, S. T. (1998) Testing Media Richness Theory in the New
Media : The Effects of Cues, Feedback, and Task Equivocality. Information
System Research.
Fichera, D.M. (2009) Media Richness, Uncertainty Reduction, and Anticipated Future
Interaction on Social Media Sites. Thesis Pennsylvania: Villanova University.
Gibson, K., & O’Donnel.S (2009) The Benefits of Perceived Ease of Use and
Usefullness in Multi-site Videoconferencing. Proceedings of the COACH , e-
health 2009: Leadership
12