DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
E-MAJALAH
KONSEP KEJIRANAN
NAMA PENSYARAH
NAMA PENSYARAH: EN. JAMALIZAMANI
JAMALUDDIN
NAMA AHLI KUMPULAN:
NORAIN NAJWA BINTI RAMLI (23DBT18F1032)
FADILLAH BINTI MOHD FAUZI (23DBT18F1034)
MUHAMMAD NASRUN WAIE BIN (23DBT18F1035)
AHMAD SHOKHAILY
Majalah E-
Edisi pertama 2020
KONSEP KEJIRANAN
“Menghormati jiran adalah kewajipan setiap
muslim kerana ia perkara yang mulia”
ISI KANDUNGAN
Kata-kata aluan 3
Pengenalan 4
Definisi jiran
Pembahagian kaedah
berjiran
Hak berjiran
Punca-punca
semangat kejiranan
Hak & kewajipan
terhadap jiran
Obejktif berjiran
Langkah-langkah
memupuk semangat
kejiranan
Kata-kata aluan….
Seindah Bicara,
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah,tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Tuhan yang maha pemurah, lagi maha pengasih,
Tuhan yang menguasai hari pembalasan, kepadamulah kami
memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus,
iaitu Jalan-Jalan orang yang engkau beri nikmat kepada mereka
bukan jalan orang orang yang engkau murkai dan bukan pula
jalan orang orang yang sesat. Bersyukur kami dengan limpah
kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan
yang diamanahkan kepada kami.Tugasan yang diberikan oleh
Ustaz Jamalizamani Jamaluddin
4|
Page
PENGENALAN
Islam adalah salah satu agama yang cukup mulia dan memberi
banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan mendorong kearah
kebaikan dan kesejahteraan. Salah satu daripada ajaran islam yang
amat penting bagi menjamin kesejahtetraan hidup bermasyarakat
ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya,manusia tidak boleh
hidup seorang diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan
menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling.
Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu,
bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.
Hubungan kejiranan adalah salah satu daripada cara hidup islam dan
ianya tidak hanya terhad kepada masyarakat Islam sahaja,malah
kepada agama,bangsa, keturunan dan warna kulit.
4 | Page
Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah
bersabda Rasulullah s.a.w iaitu:
Maksudnya: “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran
tetangga”
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan
bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang
diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran
tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas,
jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau
pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai
apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain
yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni
oleh kita.
5| Page
Pembahagian Jiran
Islam membahagikan jiran kepada beberapa JIRAN BUKAN ISLAM
bahagian supaya maruah dan kehormatan Islam
terjamin. Islam sangat memudahkan para umatnya JIRAN BERAGAMA
untuk bergaul justeru Islam tidak membahagikan ISLAM YANG
tentang kedarjatan seseorang individu dalam MEMPUNYAI
mengeratkan hubungan silaturrahim cumanya
individu tersebut perlu mengetahui tentang adab PERTALIAN DARAH
pergaulan yang dituntut dalam Islam.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-nisaa’ ayat 36 JIRAN BERAGAMA
iaitu: ISLAM YANG TIDAK
Maksudnya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukannya dengan sesuatupun,dan MEMPUNYAI
berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, PERTALIAN DARAH
karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman
sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membanggakan diri.
HAK JIRAN YANG PERLU
DIPELIHARA
Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat
baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan
daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa
berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril
akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis
riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur
dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana
kelaparan.
Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah
Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita
mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran
kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes
sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.
Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para
sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia
memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan
di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah
mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat
bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW,
“Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak
ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.
Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:
Jika ia meminta tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya. Jika
ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman
kepadanya. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan
memberikannya. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya, Jika ia
mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah
kepadanya, jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih
bersamanya. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar
jenazahnya. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu
sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan
izinnya. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan
kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan
itu. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya. Jika
engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau
memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya
tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu
memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu
akan menangis mahukan buah tersebut.
HAK-HAK JIRAN DALAM ISLAM
Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak.
Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam
Islam,memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami,
malah mengamalkannya:
a) Jangan menyakiti jiran
Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri,
mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang
perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk
melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung
sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi
perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan
terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap
jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak
lain.
b) Memelihara jiran
Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan
hati yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa
َم ْن اَق َّر َع ْي َن ُم ْؤ ِم ِن اَ َق َّر اللهُ َع ْينَهُ يَ ْو َم اَ ْل ِقيَا َم ِة
Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin,
maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”.
Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika
jiran tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti
panjang daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu
terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah
berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka. Bayangkan
situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah
SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti
debu-debu yan11g berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan
pertolongan Allah. Penulis sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak
pernah memungkiri janjiNya
c) Berbuat baik kepada jiran
Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus
dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan
tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah,
walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka.
Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan
mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi
Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda
orang yang beriman.