The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENERANGKAN TENTANG KEHARMONIAN MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirzaazwarpsg2462, 2021-06-12 06:01:49

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MENERANGKAN TENTANG KEHARMONIAN MALAYSIA

Keywords: ETIKA

KEHARMONIAN MALAYSIA :
SATU TANGGUNGJAWAB
BERSAMA

AHMAD MIRZA AZWAR BIN
MAT RIFFIN (04DKA20F2047)

PENGENALAN

 Mutakhir ini, isu berkaitan hubungan masyarakat pelbagai bangsa,
agama dan budaya di Malaysia mendominasi perbincangan di dada
akhbar dan juga media sosial di pelbagai peringkat.Isu-isu seperti
pengenalan tulisan jawi dalam silibus pendidikan dan ucapan sempena
sambutan perayaan sedikit sebanyak mencerminkan betapa pentingnya
usaha yang lebih serius dan konstruktif dalam mengurus masyarakat
berbilang bangsa di Malaysia.

 Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan
identiti unik yang dimiliki oleh Malaysia sejak kemerdekaan.Namun
begitu, usaha mengekalkan keharmonian ini sudah pastinya
berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya pada era ledakan
teknologi maklumat dan komunikasi.Kemudahan yang ditawarkan
teknologi kini telah disalahgunakan, terutamanya dalam media
sosial.Kebebasan bersuara telah disalahtafsirkan hingga mengundang
penghinaan terhadap agama dan kaum, juga ujaran kebencian yang
semakin menjadi-jadi.

 Hal ini demikian kerana elemen agama dan kaum merupakan komoditi
yang sering dijadikan modal untuk menimbulkan rasa tidak puas hati
dan konflik.Situasi ini sekiranya tidak ditangani secara harmoni
dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara
kaum dan agama di Malaysia.

 Pendekatan ini dibina berdasarkan panduan nas al-Quran, teks al-
hadis serta pandangan para sarjana Muslim dengan mengambil kira
realiti semasa yang wujud di Malaysia pada hari ini.Pendekatan yang
seimbang ini mampu mengukuhkan dan mengharmonikan kembali
interaksi sosial sesama masyarakat dalam rangka mengekalkan
kerukunan dan perpaduan hidup bermasyarakat yang telah terbina
sejak sekian lama.

CABARAN DALAM MENGURUS
KEMAJMUKAN SOSIAL

• Kepelbagaian masyarakat merupakan satu yang lumrah bagi kebanyakan
negara di dunia pada hari ini.Masyarakat yang terdiri daripada kelompok
kaum, budaya dan agama yang berbeza-beza menjadikan ia satu cabaran
yang berpanjangan dalam mengurus kemajmukan sosial ini.Cabaran ini
wujud terutamanya dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan
interaksi positif antara kaum, agama dan budaya yang berbeza-beza ini.Ia
memerlukan pendekatan yang berhemah dan penuh rasa hormat.

• Sebagai sebuah negara moden yang sedang melakar masa depan yang lebih
dinamik serta berusaha untuk memposisikan diri sebagai salah sebuah
negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca
kemodenan merupakan satu realiti yang harus ditangani dengan sebaik
mungkin.Ini termasuklah ancaman pelbagai krisis yang berbentuk
penindasan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta isu-isu berkaitan
pencabulan hak-hak kemanusian.

• Cabaran-cabaran ini, jika tidak diatasi dengan baik dan berhemah,
akan menjadi halangan kepada proses pembinaan keharmonian dan
perpaduan rakyat di dalam negara ini.Malaysia perlu dikenali
bukan hanya sebagai sebuah negara yang makmur dari segi
ekonomi dan pembangunan, malahan perlu menjadi sebuah negara
yang beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya,
namun dapat bersama dalam suasana yang aman dan hamoni.

(SUMBER
INTERNET)

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK
PERPADUAN KAUM

 Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan
usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina
negara yang harmoni.Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di
antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi
mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum.Justeru itu,
kepelbagaian kaum ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat
Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum “bagai aur
dengan tebing” untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup
yang sihat dan aman makmur.

 Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi
erat serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling
mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah
“bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.

Dalam menelusuri arus pemodenan, usaha yang lebih efisien
haruslah dilakukan demi membentuk perpaduan kaum di
negara Malaysia ini.Pihak kerajaan mahupun rakyat juga
mempunyai peranan masing-masing di dalam merealisasikan
perpaduan kaum.

Usaha kerajaan dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka
peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum
utama Malaysia adalah salah satu tindakan yang amat dialu-
alukan.Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum
ini, konsep 1 Malaysia (perpaduan kaum) dapat dijayakan
melalui majlis-majlis sebegini.

1.MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH
TERBUKA

Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat
negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum memberi
komitmen yang tinggi.Mereka menghadirkan diri dan berhubung
dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan latar belakang.Interaksi antara kaum dalam majlis
sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia.Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada
perpaduan kaum seperti kata pepatah “bersatu teguh, bercerai
roboh”.Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti
kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian
dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 Dengan menganjurkan program-program yang bermanfaat sesama
masyarakat, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di
Malaysia dapat disemarakkan.Inisiatif kawasan setempat juga boleh
diperkenalkan bagi memudahkan program ini dijalankan.

Antara agenda program tersebut dijalankan adalah bertujuan:-
• Membendung sikap diskriminasi anatara kaum dan mewujudkan

nilai keakraban di dalam masyarakat yang pelbagai kaum.
• Pelbagai lapisan masyarakat yang dapat berkomunikasi serta

bertukar-tukar pendapat dan idea-idea berkaitan dengan sesuatu
isu semasa mahupun global atau hal kemasyarakatan.
 Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum
di Malaysia boleh direalisasikan dengan pelbagai program yang
boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan masyarakat setempat yang
berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara
kita ini.

CONTOH-CONTOH PROGRAM YANG
BOLEH DIJALANKAN ADALAH
SEPERTI BERIKUT :-

• Sambutan Hari Keluarga

• Sambutan Hari Ibu

• Sambutan Hari Bapa

• Sambutan Hari Perayaan

2.MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN

Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan
komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini.Dengan
pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan
kaum secara tidak langsung.Selain itu, terdapat sekolah wawasan yang
menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:-

i. Sekolah Kebangsaan
ii. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
iii. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat
mempercepatkan proses perpaduan kaum.Sebagai contoh:-

• Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur
bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di
peringkat antara sekolah.

• Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa
Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah
kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara
satu sama lain.

Sewajarnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem
pendidikan negara kita merupakan pemangkin dalam proses
memperkasa hubungan sesama kaum.Dari perspektif yang lain,
penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu
langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita
untuk mencapai perpaduan kaum.

3.Penerapan nilai-nilai budaya dan
warisan dalam aktiviti harian

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan
India yang merupakan kaum utama di Malaysia.Dengan itu, rakyat
boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu
sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:-

• Pemakanan
• Pemakaian
• Peradaban

Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat
Malaysia antaranya adalah seperti:-

• Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju
tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis
mahupun ke kuliah di universiti.

• Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati
oleh kaum-kaum yang lain.

• Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan
India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan
lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari
perayaan kaum masing-masing.

Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini
dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya
mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA

• Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang
memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020.Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia
sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana
keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi
pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap
Malaysia.

• Menurut titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan
Iskandar, semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat
Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan
semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata
pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium
mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan
perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda
yang akan bertindak sebagai wargangara yang matang lagi
bertanggungjawab.

• Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi
keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum
dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati
dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia.Dengan itu,
masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami
kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi
kesefahaman antara kaum dan agama.

• Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan
Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan
adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan
persahabatan.Keharmonian demi kesatuan ini juga
merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi
perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi
Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan
harmoni.Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan
diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan
ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan
sebagai budaya harian kita.

• Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi
ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan
ekonomi.Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970
oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.Pelancaran
dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat
ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan
negara.Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut
kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil
meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.

• Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting
dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama
lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur
dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang
menjejaskan pembangunan negara.Masyarakat Malaysia perlu menjadi
penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara
kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara
maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan
konsisten.

PERPADUAN KUNCI KEHARMONIAN

• Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai
agama dan bangsa di Malaysia perlu dititkeberatkan.Ini adalah realiti yang
harus difahami dan diterima oleh semua pihak bahawa Malaysia sangat
majmuk sifatnya terutama dalam konteks budaya dan kepercayaan.

• Pendekatan integrasi yang menjadi tunjang kepada agenda perpaduan
negara membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan agama untuk hidup
bersama-sama dalam suasana yang harmoni di samping mengekalkan
identiti dan ciri bangsa masing-masing.

• Dari perspektif Islam, kewujudan pelbagai agama dan budaya ini adalah
merupakan sebahagian daripada tanda kebesaran Allah SWT yang
menjadikan alam ini dan penghuninya dalam pelbagai rupa dan
bangsa.Perkara ini jelas dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:“Dan
sekiranya Tuhanmu menghendaki, nescaya Ia jadikan manusia (semua)
satu umat, tetapi tetap mereka berselisih (berbeza-beza),” (surah Hud, ayat
118).

• Perpaduan nasional haruslah menjadi satu misi penting bagi negara. Ia
memerlukan satu kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu
menterjemahkan sebaik mungkin wajah kerencaman masyarakat
majmuk Malaysia.Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi
nilai-nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini.

• Nilai-nilai ini perlu digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur
utama dalam mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks
Malaysia.Selain daripada melihat sifat Islam itu sebagai rahmatan lil
álamin iaitu rahmah bagi keseluruhan alam, ciri Islam sebagai agama
yang bersifat sejagat sebenarnya amat penting dalam memastikan Islam
dan umat Islam kekal menerajui usaha-usaha baik ini.

• Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa
usaha membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia
terutamanya dalam merealisasikan agenda Kemakmuran Bersama 2030,
seharusnya bertunjangkan kepada persefahaman, tolak ansur dan rasa
hormat-menghormati yang tinggi dalam kalangan rakyatnya agar ia
menjadi asas kukuh kepada kemajuan negara.

• Namun begitu, walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
penganut agama serta mengamalkan budaya yang berbeza-beza,
sifat kerbersamaan serta rasa cintakan keharmonian dan keamanan
perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan
nasional.Kesepaduan dalam kalangan majoriti rakyat Malaysia yang
kita lihat hari ini sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan
dan rasa hormat yang tinggi antara kaum dan agama.

• Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha-usaha membina
sikap penerimaan diiringi dengan nilai keluhuran budi pekerti
dalam masyarakat.Ini adalah kerana keharmonian dan
kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat
diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman yang baik
tentang peranan masing-masing untuk menerapkan nilai-nilai
murni dalam interaksi seharian.

• Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang
mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama.Hal ini, terjalinlah satu
hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan
negara yang kita kecapi sekarang.Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian
bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan
kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya.Peristiwa 13
Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk terus maju ke mercu
kejayaan.

• Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan “yang
dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran” berlaku ke atas kita.Jika kita
tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini,
memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang
sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis.Secara
kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha
untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh
tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.


Click to View FlipBook Version