EDUP3093 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA AMIRA - QISTINA - MAISARAH
JOM KENALI AHLI KUMPULAN KAMI Nurul Qistina Izzati binti Mohd Jirjis Nur Alia Maisarah binti Abd Halim Nur Amira binti Mazlan
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Sistem Pendidikan di Malaysia sebelum Merdeka 3.0 Hubungkait Sistem Pendidikan sebelum Merdeka dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam memperkasakan hala tuju pendidikan negara bagi menghadapi cabaran IR 4.0 di Malaysia 4.0 Sistem Pendidikan di Malaysia selepas Merdeka 5.0 Hubungkait Sistem Pendidikan selepas Merdeka dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam memperkasakan hala tuju pendidikan negara bagi menghadapi cabaran IR 4.0 di Malaysia
PENGENALAN Pendidikan Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan dikelolakan, dikendalikan dan dikawal setia dan diletakkan di bawah kuasa pentadbiran penjajahan Inggeris tanpa berpandu falsafah atau dasar yang jelas. Sistem pendidikan terus berkembang tanpa mengambil kira keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan antara kaum untuk membina negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seriap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai inti pati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. APA ITU FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN?
ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan ialah satu usaha berterusan. Memperkembangkan lagi potensi individu. Insan yang seimbang dan harmonis. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia. Rakyat yang bertanggungjawab. Rakyat yang berketerampilan. Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri.
Revolusi industri 4.0 merupakan satu bentuk kemajuan dalam peradaban dan ketamadunan manusia. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2016. Dari zaman pertanian ke zaman perindustrian menyebabkan kehidupan manusia semakin kompleks dan penuh dengan elemen berdaya saing dalam bentuk moden. Industri 4.0 ialah penemuan pelbagai teknologi baharu yang memerlukan manusia untuk melakukan perubahan yang seiring dengan transformasi digital itu bagi mengekalkan berdaya saing dan menggalakkan kemajuan landskap dunia moden. Teknologi automasi dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Oleh itu, Industri 4.0 dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan. APA ITU IR 4.0?
SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEBELUM MERDEKA
Sistem pendidikan pondok ialah pengurusan yang terawal dilaksanakan. Sistem persekolahan pondok merupakan tempat pendidikan tradisional Islam iaitu berteraskan Al-Quran dan hadis. Sistem pendidikan ini ditadbir secara tidak formal oleh ilmuan agama Islam yang dijalankan di tempat-tempat ibadah seperti surau dan madrasah. Pendidikan diberikan kepada pelajar golongan dewasa dan perempuan tanpa menetapkan had umur. SISTEM PENDIDIKAN PONDOK SISTEM PENDIDIKAN PONDOK
KITAB Kebanyakan kitab yang digunakan adalah dibawa daripada negara Islam seperti Mesir dan Negara Arab yang lain. SISTEM PENDIDIKAN PONDOK CIRI-CIRI SISTEM PENDIDIKAN PONDOK PENDIDIK Pendidik adalah daripada golongan ilmuan Islam dan juga seorang lelaki. KAEDAH PEMBELAJARAN Kaedah hafalan digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu menghafal hukum-hukum berkaitan dengan Syiar Islam. CARA PENTAKSIRAN Seorang pelajar perlu khatam Al-Quran sebanyak empat ke lima kali bagi menamatkan pengajian.
SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR Sistem pendidikan vernakular merupakan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda sesuatu kaum sebagai bahasa pengantar. Pada zaman penjajahan British, setiap kaum diberikan kebebasan untuk menubuhkan sekolah mereka sendiri dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR
SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR Sekolah Vernakular Melayu Sekolah ini ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan. Perkembangan sekolah vernakular ini terhalang kerana masalah kekurangan guru dan pelajar. Sekolah Vernakular Cina Pada tahun 1816, sekolah Cina ditubuhkan oleh kumpulan penyebar agama dari Persatuan Mubaligh London dan masyarakat Cina sendiri. Ia memastikan bahasa dan warisan budaya mereka terus berkembang. Sekolah Vernakular Tamil Didirikan oleh pemilik ladang untuk menarik pekerja tinggal lama di kawasan tertentu. Kod Buruh dikuatkuasakan bagi setiap ladang yang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan agar menyediakan institusi untuk mengelakkan buta huruf. Sekolah Vernakular Inggeris Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini didirikan oleh paderi atau penyebar agama Kristian. Sekolah Vernakular Agama Sekolah vernakular agama dibangunkan oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam. SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR
Disediakan oleh H.R Cheeseman iaitu seorang Timbalan Pengarah Pendidikan tahun 1938. Laporan Cheeseman ini merupakan cadangan perubahan pertama untuk polisi pendidikan di bawah Malayan Union. Tujuan Laporan Cheeseman adalah untuk membina semula sistem pendidikan bagi menjamin setiap jenis sistem sekolah dapat diperkembang sepenuhnya. LAPORAN CHEESEMAN 1946 Pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941 hingga 1946, menjadikan pendidikan sekolah Melayu dan Tamil diteruskan dan bahasa Jepun dijadikan bahasa tambahan. Sekolah vernakular yang lain dan sekolah Inggeris digantikan sebagai sekolah Nippon-Go iaitu sekolah yang menekankan pembelajaran lagu klasik dan warisan kebudayaan Jepun dalam kurikulum sekolah rendah. Sekolah menengah aliran biasa digantikan dengan pendidikan vokasional dan teknik. Di sekolah ini, pelajar dilatih dengan kemahiran dalam bidang perikanan, perhubungan, sains samudera, pertanian, dan pembinaan. Manakala orang dewasa mempelajari bahasa Jepun. Sistem negara berubah apabila tentera Jepun menyerah kalah dan kembalikan Tanah Melayu pada pemerintahan British pada tahun 1945. Orang Cina dan India berminat untuk bermastautin di Tanah Melayu dan Orang Melayu meminta kerajaan Inggeris memberi perhatian dan meningkatkan sistem pendidikan di sekolah Melayu. Laporan Cheeseman 1946 ditubuhkan oleh British untuk menyatukan rakyat. Laporan Cheeseman adalah suatu rancangan penyusunan semula bagi sistem pendidikan di Tanah Melayu bagi melakukan pemulihan selepas 5 tahun dalam pemerintahn Jepun di Tanah Melayu. LAPORAN CHEESEMAN 1946
Pendidikan rendah diberi secara percuma kepada kanak-kanak di sekolah vernakular. Kanak-kanak dibenarkan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Mata pelajaran Sains dimasukkan dalam sukatan pelajaran. Menambah sekolah pertukangan dan memperbaiki kurikulum bagi sekolah vernakular. Subjek amali mesti dimasukkan ke dalam kurikulum Bahasa Inggeris. 1. 2. 3. 4. 5. LAPORAN CHEESEMAN 1946 CADANGAN LAPORAN CHEESEMAN 1946
Laporan Fenn-Wu diwujudkan sebagai maklum balas daripada masyarakat Cina yang tidak berpuas hati dengan Laporan Barnes 1950. Mengadakan dua sistem sekolah, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi menggunakan bahasa Inggeris. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang- kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka. Sekolah aliran Inggeris harus dikekalkan dan pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris. Manakala bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu. LAPORAN FENN-WU 1951 LAPORAN FENN-WU 1951
Bertujuan untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan tahap pencapaian dalam bahasa Inggeris Dalam masa yang sama, laporan ini berusaha menangani masalah berhubung dengan guru dan kualiti guru. Menambah baik kaedah dalam melakukan pentadbiran dengan menubuhkan Pendidikan Tempatan yang bertujuan untuk melakukan tinjauan dan mendapatkan maklumat. LAPORAN BARNES 1950 Laporan ini mendapat tentangan oleh masyarakat Cina dan India kerana mereka menganggap laporan ini akan menghapuskan bahasa dan budaya mereka. Dalam pendidikan pula Laporan Barnes mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah Melayu diwujudkan sebagai penambahbaikan dan sebagai usaha memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, iaitu Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford yang bertugas dalam melakukan penyemakan dan juga penambahbaikan sistem pendidikan. Laporan ini juga merombak seluruh sistem pendidikan sedia ada dan mencadangkan penambahbaikan LAPORAN BARNES 1950
ORDINAN PELAJARAN 1952 01 02 03 Pada September 1951, ordinan ini dibentangkan kerana ada perkara yang tidak disetujui oleh masyarakt Melayu. Pada September 1952, Ordinan Pelajaran 1952 ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima dalam sistem persekolahan kebangsaan dan bahasa Cina dan bahasa Tamil dicadangkan diajar sebagai bahasa ketiga. Penubuhan 2 jenis sistem persekolahan, sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar. 1. 2. Pembelajaran selama 6 tahun dengan menjadikan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. 3. Pelaksanaan sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Laporan Barnes dilaksanakan. 4. Sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak termasuk dalam sistem persekolahan kebangsaan kecuali jika terdapat permintaan dengan bilangan murid sekurang-kurangnya 15 orang. ORDINAN PELAJARAN 1952 04 Wakau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kekurangan guru dan faktor kewangan serta faktor darurat. CADANGAN ORDINAN PELAJARAN 1952
Dipengerusi oleh Tun Abdul Razak Hussein. Bertujuan bagi mengkaji semula sistem pendidikan negara dengan penuh teliti. Laporan ini memberi penekanan kepada perpaduan antara kaum dan juga penghasilan tenaga kerja. Ingin membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi untuk menyatupadukan penduduk berbilang bangsa. PENYATA RAZAK 1956 PENYATA RAZAK 1956 CADANGAN PENYATA RAZAK 1956 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Memenuhi keperluan negara dan mengembangkan sistem pendidikan (mewujudkan peperiksaan). Membentuk perpaduan antara kaum di Tanah Melayu. Menghasilkan sistem pengurusan yang sistematik dan elektif. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, toleransi, liberal, dan progresif. Kemudahan pelajaran yang mencukupi disediakan. Tiada jurang perbezaan antara masyarakat yang berlainan kaum. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) HUBUNGKAIT SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM MEMPERKASAKAN HALA TUJU PENDIDIKAN NEGARA BAGI MENGHADAPI CABARAN IR 4.0 DI MALAYSIA
Sistem pendidikan pondok amat menekankan individu untuk mementingkan ilmu agama dengan mempelajari al-Quran, hadis, fiqh, dan sebagainya. Penghayatan tentang ilmu agama ini mampu melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dengan adanya kepatuhan dan kepercayaan kepada tuhan dalam kehidupannya yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada era IR 4.0, perkembangan teknologi semakin canggih seiring dengan negara maju yang lain. Perkara ini menjadi satu cabaran dalam menghayati ilmu tentang agama Islam disebabkan individu lebih cenderung menggunakan teknologi digital yang jauh lebih menarik berbanding menghadiri kelas-kelas agama. Oleh itu, penggunaan aplikasi seperti ‘Quran Pro’ dan ‘Smart Quran’ perlu ditekankan agar melahirkan insan yang tinggi ilmu agamanya selaras dengan perkembangan teknologi terkini. SISTEM PENDIDIKAN PONDOK SISTEM PENDIDIKAN PONDOK
Melalui penghayatan ilmu agama dalam sistem pendidikan pondok juga mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini demikian kerana mereka akan mengetahui tentang adab, perkara baik dan buruk, dan sebagainya apabila belajar ilmu agama. Perkara ini mampu mengatasi cabaran IR 4.0 pada masa ini iaitu masyarakat dilihat semakin kurang sifat mahmudah dalam diri mereka kerana terpengaruh dengan budaya lain melalui teknologi digital. Sebaliknya, individu perlu menggunakan teknologi untuk meningkatkan budi pekerti mereka dengan menonton ceramah-ceramah melalui aplikasi ‘Youtube’ , ‘Facebook’ , ‘Tiktok’ , dan sebagainya. Oleh itu, insan yang bersopan santun, berdisiplin serta berbudi bahasa dapat dilahirkan. SISTEM PENDIDIKAN PONDOK SISTEM PENDIDIKAN PONDOK
SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR Sistem pendidikan vernakular sangat mementingkan perkauman berbanding dengan perpaduan kerana sistem ini menekankan penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahasa ibunda ini membantu melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap kaum dan bangsa tersendiri bagi mengekalkan tradisi dan budaya masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seperti yang kita tahu, IR 4.0 lebih cenderung kepada penggunaan teknologi yang membantu seseorang itu berkomunikasi jarak jauh termasuklah penggunaan media massa secara bebas dan terbuka. Perkara ini menjadi satu cabaran dalam memastikan seseorang itu bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang mereka ambil kerana pengguna teknologi bebas mengeluarkan pendapat mereka sama ada positif atau negatif tanpa melakukan tapisan terlebih dahulu. Oleh itu, penekanan dari segi sikap tanggungjawab perlulah diambil kira dengan mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah yang salah menggunakan platform media massa sekali gus dapat melahirkan individu yang saling menghormati antara satu sama lain. SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR
Laporan Cheeseman bertujuan untuk membina semula sistem pendidikan di Tanah Melayu dengan memberikan pendidikan secara percuma kepada kanak-kanak dan ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Hal ini dikatakan demikian kerana semua kanak-kanak diberi peluang untuk melanjutkan pendidikan tidak mengira daripada keluarga yang berkemampuan atau tidak sekali gus dapat merapatkan jurang antara orang miskin dan orang kaya. Seperti yang kita sedia maklum, IR 4.0 ini memerlukan teknologi yang berkembang mengikut peredaran masa. Perkara ini memberi cabaran kepada orang yang kurang berkemampuan kerana perbelanjaan untuk membeli keperluan digital akan memakan kos yang tinggi. Oleh itu, kerajaan mewujudkan bantuan pelajaran seperti biasiswa kepada anak-anak yang kurang berkemampuan agar mereka ini boleh bergerak seiring dengan rakan seperjuangan yang mempunyai keperluan digital lengkap mengikut peredaran masa. LAPORAN CHEESEMAN 1946 LAPORAN CHEESEMAN 1946
LAPORAN BARNES 1950 LAPORAN BARNES 1950 Laporan Barnes 1950 ini menyatakan bahawa kurikulum pendidikan perlu menekankan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di samping mempelajari mata pelajaran Sains, Seni, Perusahaan, dan Sains Rumah Tangga. Kurikulum yang pelbagai ini akan membentuk individu yang serba boleh dan bijak pandai bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin memperkembangkan lagi potensi individu. Kemahiran menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris tersebut akan dapat mengatasi cabaran IR 4.0 iaitu kemahiran sosial yang semakin berkurang dalam kalangan masyarakat era digital. Apabila masyarakat mahir menggunakan kedua-dua bahasa tersebut, mereka dapat berkomunikasi dengan baik menggunakan teknologi digital. Oleh itu, masyarakat perlulah memperkasakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris agar dapat berkomunikasi dan bersosial dengan baik.
LAPORAN BARNES 1950 LAPORAN BARNES 1950 Laporan Barnes juga telah mencadangkan pembinaan sekolah vokasional yang moden. Pembinaan sekolah vokasional ini akan melahirkan individu yang serba boleh dan dapat melakukan sebarang kerja dengan cekap bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat yang berketerampilan. Perkara ini dapat mengatasi cabaran IR 4.0 yang menyebabkan berlakunya banyak pengangguran disebabkan peluang pekerjaan yang terhad. Penguasaan pelbagai kemahiran seperti teknologi eletrik dan eletronik, teknologi mekanikal dan pembuatan, pertanian, seni reka, dan sebagainya akan dapat meningkatkan peluang pekerjaan seorang individu itu. Oleh itu, pembelajaran di sekolah vokasional akan dapat meningkatkan kemahiran dalam diri seseorang.
Laporan Fenn Wu boleh melahirkan individu yang seimbang dan harmonis bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana laporan ini mencadangkan untuk bertoleransi jika ada 15 orang pelajar daripada kaum lain yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka, pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan. Perkara ini membantu mengelakkan berlakunya permusuhan antara kaum akibat daripada ketidakadilan dalam sistem pendidikan. IR 4.0 tidak akan lari dari penggunaan teknologi yang hampir segala-galanya menggunakan keperluan digital termasuklah dalam komunikasi harian kita. Cabaran yang dihadapi biasanya cabaran perkauman iaitu Melayu hanya berkawan sesama mereka dan tidak bertegur sapa dengan kaum lain di media sosial. Oleh itu, pembentukan kumpulan dalam aplikasi ‘Whatsapp’ dan ‘Instagram’ yang melibatkan semua kaum sangat dititikberatkan agar individu yang bersatu padu dapat dilahirkan tanpa mengira bangsa atau budaya. LAPORAN FENN-WU 1951 LAPORAN FENN-WU 1951
ORDINAN PELAJARAN 1952 ORDINAN PELAJARAN 1952 Ordinan Pelajaran 1952 mencadangkan sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem persekolahan kebangsaan supaya tidak ada jurang antara kaum terutamanya antara kaum Melayu dan kaum Cina atau India. Perkara ini melahirkan individu yang mempunyai keupayaan bagi mencapai kesejahteraan diri untuk mengekalkan keharmonian diri dan juga orang sekeliling selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini demikian menjadikan kita mudah berinteraksi dengan kaum lain untuk bersama-sama membina semangat bersatu padu bagi mengekalkan kesejahteraan negara ini. Namun, seperti yang kita ketahui, IR 4.0 merupakan perkembangan teknologi yang boleh memastikan semua pekerjaan manusia menjadi mudah terutamanya dalam konteks berbelanja. Cabaran yang biasa dihadapi adalah kurang interaksi antara kaum akibat individu boleh berbelanja secara dalam talian tanpa bersemuka dan hanya berada di rumah. Oleh itu, individu perlu diterapkan dengan sikap bertanya khabar sesama sendiri terutamanya yang tinggal di kawasan perumahan supaya hubungan silaturahim dapat dieratkan dan perpaduan dapat dipupuk sekiranya jirannya berbeza kaum.
PENYATA RAZAK 1956 Penyata Razak 1956 menekankan semangat perpaduan dan memberi hak kepada semua kaum untuk mendapatkan pendidikan yang sama melalui sukatan dan kurikulum yang sama. Perkara ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan iaitu melibatkan semua kaum tersebut. Apabila rakyat Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, sudah tentu cabaran IR 4.0 dapat diatasi. Hal ini demikian kerana semua perkara pada masa kini memerlukan penggunaan teknologi. Keseluruhan masyarakat akan dapat menyesuaikan diri mereka dalam menggunakan teknologi terutamanya untuk keperluan seharian. Oleh itu, setiap individu perlu mempunyai ilmu pengetahuan agar dapat menyesuaikan diri dengan dunia yang penuh digital dan menggunakannya dengan bijak. PENYATA RAZAK 1956
SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran Kebangsaan telah ditubuhkan pada Jun 1960 dan dipengurusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu. Laporan ini bertujuan untuk menyemak semula pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan seperti yang termaktub dalam Penyata Razak 1956. Satu usaha kerajaan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di Malaysia. LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
1 2 3 AAKKTTA PENDIDIKAN 1961 Wujud berasaskan cadangan yang dibawa dari Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib Merupakan undangundang bersifat kebangsaan Tujuan: Menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang akan memupuk perkembangan kebudayaan, ekonomi , dan politik AKTA PENDIDIKAN 1961
CADANGAN AKTA PENDIDIKAN 1961 Pengasas kepada pendidikan asas Membaca, Menulis, dan Mengira (3M). Pendidikan kerohanian yang kukuh. Kurikulum mengikut acuan Malaysia. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan iaitu akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun kepada 11 tahun. Melancarkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan kualitinya. 1. 2. 3. 4. 5. 6. AKTA PENDIDIKAN 1961
Laporan Aminuddin Baki diwujudkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang terdiri daripada pelbagai jurusan bagi sekolah menengah rendah untuk menggantikan sekolah pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan. Aminuddin mencadangkan 12 cadangan kepada kerajaan tentang kemunduran masyarakat Melayu. Pelbagai kursus ditawarkan kepada pelajar untuk melahirkan tenaga manusia yang berkemahiran dan mendapat jawatan yang sesuai setelah menamatkan pengajian. LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Laporan ini ditubuhkan disebabkan oleh berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, pembentukan Rukun Negara 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baharu 1970. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada September 1974 yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Laporan ini mengkaji semula matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu. Mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan yang kurang agar menitikberatkan aspek perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa. Memastikan keperluan tenaga manusia dapat dipenuhi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979
AKTA PENDIDIKAN 1996 Akta Pendidikan merupakan lanjutan dan kesinambungan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1961. Laporan ini bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan. Menjadi asas dalam memartabatkan bahasa Melayu. Panduan untuk menjadikan sistem pendidikan lebih sistematik dan lebih mantap dengan meliputi semua peringkat persekolahan daripada peringkat prasekolah hingga peringkat pendidikan tinggi. Akta Pendidikan 1996 menjadi garis panduan dan rujukan utama pelaksanaan pendidikan sejajar dengan perubahan masa. AKTA PENDIDIKAN 1996
) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) HUBUNGKAIT SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM MEMPERKASAKAN HALA TUJU PENDIDIKAN NEGARA BAGI MENGHADAPI CABARAN IR 4.0 DI MALAYSIA
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 Laporan Rahman Talib mewujudkan sistem peperiksaan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Peperiksaan awam dalam Bahasa Melayu dan semua calon wajib lulus Bahasa Melayu sebelum memasuki sekolah menengah. Perkara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana dapat memperkembangkan potensi dan kebolehan individu serta dapat mencungkil bakat melalui persekitaran, pentaksiran dan pendidikan yang berkualiti. Selain itu, laporan ini memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir. Perkara ini bertujuan untuk melahirkan insan yang mahir dalam kemahiran dan melatih murid yang gagal dalam akademik. Selari dengan hala tuju FPK iaitu melahirkan insan yang berkemampuan dari segi jasmani dan mampu untuk memberi sumbangan pada masyarakat. LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 Laporan Rahman Talib membolehkan masyarakat dapat mendepani cabaran IR 4.0 kerana masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam melakukan sesuatu tanpa terlalu bergantung kepada teknologi semata-mata. Sebagai contoh, pelajar akan berusaha untuk mendapatkan maklumat melalui pembacaan buku di perpustakaan untuk membuat tugasan. Pelajar tidak hanya bergantung dengan teknologi dengan mencari maklumat di internet sahaja. Pelajar yang berbakat dan berkemahiran pula mampu mencipta teknologi yang baharu untuk kemajuan negara. LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
AKTA PENDIDIKAN 1961 Dalam Akta Pendidikan 1961, pendidikan menengah atas mempunyai dua jurusan iaitu akademik dan vokasional. Perkara ini bertepatan dengan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan pelbagai aspek. Hal ini kerana individu yang mengambil jurusan akademik dapat mengembangkan potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi manakala individu yang mengambil jurusan vokasional pula dapat meningkatkan kemahiran dan bakat dalam diri mereka. Keduadua jurusan yang terdapat pada peringkat menengah atas ini dapat dipilih oleh pelajar sendiri tanpa sebarang paksaan. Setiap pelajar dapat mengembangkan potensi mereka dengan Akta Pendidikan 1961 ini. Hal ini secara tidak langsung dapat menangani cabaran IR 4.0 kerana lahirnya individu yang lebih kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu dan mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik. Selain daripada itu, individu yang berkemahiran juga dapat menyumbang kepada produktiviti dan perkembangan ekonomi supaya negara akan bertambah maju pada masa akan datang. AKTA PENDIDIKAN 1961
LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 Laporan Aminuddin Baki 1964 bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin memperkembangkan lagi potensi individu dan juga perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini kerana laporan Aminuddin Baki menegaskan tentang pelaksanaan berbagai-bagai jenis kursus yang perlu ditawarkan kepada pelajar untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan mampu menjawat jawatan yang sesuai setelah mereka tamat pengajian. Perkara ini bertujuan untuk menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran. Selain itu, pelajar juga bebas untuk membuat pemilihan jurusan yang dikehendaki mengikut arah kecenderungan mereka. LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964
Pelajar bukan sahaja mampu untuk mempelajari kemahiran dalam bidang akademik sahaja malah mampu untuk mempelajari kemahiran tambahan yang sesuai dengan teknologi masa kini dengan melakukan latihan industri. Perkara ini secara tidak langsung dapat melahirkan individu yang mahir dan berkebolehan untuk mendepani era serba canggih ini. Sebagai contoh, pelajar yang mahir dalam bidang perkomputeran dan pengurusan digital mempunyai peluang pekerjaan yang lebih tinggi kerana banyak syarikat yang memerlukan pelajar yang mempunyai kemahiran tersebut. LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana menitikberatkan kepada aspek perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa. Selain itu, laporan ini juga memberi penegasan terhadap penguasaan kemahiran 3R (kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira) untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan. Dalam laporan ini, sistem pendidikan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kerohanian dan juga unsur-unsur disiplin yang tinggi. Hal ini dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berketerampilan dalam kehidupan. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 Seperti yang kita sedia maklum, IR 4.0 merupakan satu era yang menggunakan teknologi dalam semua perkara. Pengurusan wang juga dapat dilakukan secara dalam talian sahaja. Oleh itu, masyarakat menghadapi cabaran dalam memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan oleh orang lain sehingga menyebabkan berlakunya kerugian yang besar kepada mereka. Oleh sebab itu, dengan adanya individu yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab ini, penipuan siber dapat dielakkan dengan menggunakan kemahiran dalam bidang perkomputeran dengan cara yang betul. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979
Akta Pendidikan 1996 merupakan sistem pendidikan yang teratur dan dapat melahirkan masyarakat yang harmonis walaupun berbilang kaum. Sistem pendidikan ini mementingkan pembelajaran dari segi akademik dan kokurikulum supaya dapat menjadikan pendidikan yang mantap dan bermutu tinggi. Selain itu, Akta Pendidikan 1996 juga mampu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan kerana sistem pendidikan yang sistematik. Pelajar yang berkebolehan dapat menyambung pengajian sehingga ke pendidikan tinggi seterusnya dapat menyumbang kepada kebaikan negara di masa akan datang. Secara ringkasnya, Akta Pendidikan 1996 ini amat bertepatan dengan hala tuju Falsafah Pendidikan Kebangsaan. AKTA PENDIDIKAN 1996 AKTA PENDIDIKAN 1996
Akta Pendidikan 1996 menjadi garis panduan dan rujukan utama pelaksanaan pendidikan sejajar perubahan masa. Oleh sebab itu, masyarakat dapat mendepani cabaran IR 4.0 dengan lebih baik kerana pendidikan yang diberikan sesuai dengan perubahan masa dan teknologi pada ketika itu. Contohnya, pada era teknologi yang serba canggih ini, kerajaan perlu menyediakan pendidikan yang lebih menekankan kepada bidang teknologi. Hal ini supaya pelajar dapat menguasai kemahiran teknologi dengan baik dan dapat mengadaptasi dengan perkembangan zaman. AKTA PENDIDIKAN 1996 AKTA PENDIDIKAN 1996
RUMUSAN Kesimpulannya, Perkembangan pendidikan di Malaysia sangat berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Jadi, FPK ini sememangnya perlu diterapkan dalam setiap sistem pendidikan agar insan yang mempunyai nilai-nilai seperti berakhlak mulia, bertanggungjawab, berilmu pengetahuan, berketerampilan, serta dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Dengan ini, individu tersebut akan dapat mendepani cabaran IR 4.0 yang begitu mencabar agar Malaysia dapat menjadi seperti negara maju yang lain.
Rosly Kayar et al. (2023). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Local Publications (M) Sdn. Bhd. Sufean Hussein. (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anuar Ahmad. (2008). Revolusi Sistem Pendidikan Kebangsaan. Utusan Malaysia Online. BIBLIOGRAFI
SEKIAN TERIMA KASIH