PAKK1112 KEMAHIRAN HIDUP PRAKTIK UNTUK PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK Pensyarah: Puan Rahayu Binti Ismail
“ Akak-Akak Mantap ” Nama: Zelda Asther Anak Dawi Angka Giliran: 2023152310077 No. KP: 040912-13-0438 Kumpulan 5 Nama: Siti Nur Aliah Binti Mohd Zeki Angka Giliran: 2023152310071 No. KP: 050823-01-0134 Nama: Lyvianne Rustin Yunsik Angka Giliran: 2023152310061 No. KP: 051121-12-0456 Nama: Faza Nasharah Binti Nordeen@Narudin Angka Giliran: 2023152310059 No. KP: 050124-12-0246 Nama: Nathalynn Crispine Angka Giliran: 2023152310063 No. KP: 040614-12-0418
KANDUNGAN LAPORAN AKTIVITI JAHITAN LAPORAN AKTIVITI MEMASAK LAPORAN AKTIVITI TANAMAN LAPORAN AKTIVITI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1 2 3 4
Aktiviti Jahitan PROJEK 1
• Menghasilkan pelbagai jenis jahitan pada kain. • Belajar menjahit dan membuat permainan tradisional batu seremban bersama-sama dengan ahli kumpulan masing-masing. • Belajar menjahit butang pada kain. • Menghasilkan barangan kreatif daripada kain dan baju terpakai. • Mempamerkan hasil-hasil jahitan di hadapan rakan, pensyarah serta nazir. AKTIVITI OBJEKTIF • Mengaplikasikan ilmu jahitan yang telah dipelajari semasa sesi kuliah. • Memantapkan kemahiran asas jahitan dalam diri setiap pelajar kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak. • Meningkatkan kemahiran kreatif dalam diri setiap pelajar dalam membuat sesuatu barangan berguna dalam masa yang singkat dari sisa kain dan baju terpakai. • Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing. Tarikh: 24/10/2023 & 31/10/2023 Tempat: Bilik SMC (Stress Management Centre) Sasaran: Pelajar PPISMPUnit PAKKAmbilan Jun 2023/2028
Semua pelajar kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak PISMP(P) ambilan Jun 2023 dapat memahami konsep asas jahitan dan mengaplikasikannya semasa membuat projek dan tugasan semasa kelas dijalankan. Contohnya, mengaplikasikan jenisjenis jahitan semasa menghasilkan batu seremban. Selain itu, semasa belajar menjahit butang juga, para pelajar telah mengaplikasikan jahitan silang. Malah, pemikiran kreatif juga dipupuk semasa memikirkan idea dalam menghasilkan barangan kreatif melalui pakaian terpakai dan sisa kain. Pensyarah bagi kursus ini iaitu Puan Rahayu juga telah banyak memberikan tunjuk ajar serta ilmu dalam topik jahitan ini. Contohnya, para pelajar belajar cara menjahit butang dan mematikan benang yang mudah daripada Puan Rahayu. LAPORAN RINGKAS IMPAK Para pelajar kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak mendapat ilmu tentang jahitan. Pembelajaran berkaitan ilmu asas jahitan ini juga sangat berkesan kerana para pelajar berjaya menghasilkan pelbagai barangan hasil daripada jahitan yang dilakukan sendiri. Oleh hal yang demikian, para pelajar mendapat pengalaman dan tidaklah hanya mengharapkan pembelajaran yang berbentuk teori sahaja. Bukan itu sahaja, malah mereka dapat menambah kemahiran asas yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian misalnya menjahit perkara yang asas tanpa perlu mengharapkan tukang jahit di luar. BAHAN YANG DIPERLUKAN •Alat-alat jahitan seperti jarum, benang dan barang-barang hiasan seperti butang dan manik. •Sisa kain dan baju yang terpakai.
LAMPIRAN Aktiviti menghasilkan batu seremban. Aktiviti menjahit butang. Aktiviti menghasilkan produk kreatif menggunakan pakaian terpakai. Apron Pouch Bottle Pouch Kotak Tisu Apron
Aktiviti Memasak PROJEK 2
Memasak bersama kanak-kanak Prasekolah Sri Melewar. Mengenali bahan-bahan masakan. Kanak-kanak mempelajari cara-cara untuk menggulung kulit popia. AKTIVITI OBJEKTIF Aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi tugasan pentaksiran berterusan bagi kursus Kemahiran Hidup Praktik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kod kursus PAKK1112. Aktiviti ini dijalankan bagi merangsang pemikiran kanakkanak Aktiviti ini dijalankan supaya kanak-kanak dapat mempelajari melalui 3E iaitu experimenting, explore dan experience. Aktiviti ini juga mengasah kemahiran berkomunikasi dengan orang sekeliling terutamanya guru dan rakan mereka. Tarikh: 24/10/2023 Tempat: prasekolah seri melewar pengelola: Pelajar PPISMPUnit PAKKAmbilan Jun 2023/2028 Sasaran: Kanak-kanak Prasekolah Seri Melewar
Semua pelajar PPISMP Unit PAKK menjadi guru muda dan membimbing adik angkat mereka sebagai murid. Kanak-kanak prasekolah juga aktif menjawab soalan yang diajukan kepada mereka bagi mengenalpasti bahan-bahan masakan. Kanak-kanak juga belajar cara untuk menggulung kulit popia menggunakan tangan mereka. Kanak-kanak juga memperoleh pengetahuan baharu iaitu air juga boleh dijadikan sebagai gam untuk melekatkan kulit popia. LAPORAN RINGKAS IMPAK Aktiviti ini memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak mahupun pelajar PAKK. Aktiviti ini merangsang komahiran bersosialisasi dengan orang sekeliling. Kanak-kanak prasekolah juga menunjukkan semangat mereka untuk mempelajari perkara baharu. PENAMBAHBAIKAN Kanak-kanak dibekalkan dengan lebih banyak bahan supaya mereka dapat menambahbaik rupa popia sosej mereka. Ianya juga dapat merangsang kemahiran motor halus mereka.
LAMPIRAN BAHAN BAHAN KULIT POPIA SOSEJ CHEESE SLICE
Aktiviti Tanaman PROJEK 3
AKTIVITI OBJEKTIF Aktiviti menanam di Prasekolah Seri Melewar. Tarikh: 19/9/2023 Tempat: prasekolah seri melewar pengelola: Pelajar PPISMPUnit PAKKAmbilan Jun 2023/2028 (BERSAMABEBERAPAPENSYARAHDARI JABATANILMU PENDIDIKANIPGKRM) Aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi tugasan pentaksiran berterusan bagi Kursus Kemahiran Hidup Praktik Untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kod kursus PAKK 1112. Aktiviti ini juga dijalankan bagi membantu pihak Prasekolah Sri Melewar untuk mencantikkan lagi kawasan prasekolah tersebut. Aktiviti ini dijalankan untuk mengajar para pelajar untuk memupuk nilai bekerjasama antara ahli kumpulan sekali gus membantu untuk mengeratkan lagi hubungan antara rakan sekelas. Aktiviti ini juga membantu para pelajar dalam mengasah kemahiran hidup praktik yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
LAPORAN RINGKAS Pada tarikh yang dinyatakan di atas, semua pelajar PPISMP AMBILAN JUN 2023 daripada unit PAKK telah menjalankan sebuah aktiviti tanaman di Makmal Prasekolah Sri Melewar. Aktiviti ini turut disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada Jabatan Ilmu Pendidikan. Mereka sekali gus memberi sokongan yang padu kepada semua pelajar PAKK dalam menjayakan aktiviti tanaman ini bagi menceriakan lagi Prasekolah Sri Melewar. Di samping itu, semua pelajar PAKK memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain semasa melakukan aktiviti berkumpulan. IMPAK Hasil daripada aktiviti ini sangat memuaskan. Selain daripada berjaya menceriakan dan mencantikkan kawasan Prasekolah Sri Melewar, para pelajar PAKK juga dapat memupuk semangat berpasukan dengan sangat baik. Para pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiran hidup dalam aktiviti kali ini. PENAMBAHBAIKAN Semasa mencuba untuk menebuk lubang pada botol plastik, kumpulan kami mendapati kaedah yang kami gunakan sangat sulit dan lama untuk dibuat. Oleh itu, cadangan kami untuk masa yang akan datang adalah mencari alatan yang sesuai untuk menebuk lubang pada botol plastik contohnya soldering iron.
BAHAN-BAHAN Botol Plastik Skop, Penggembur,Pencedok Tanah Pisau Gunting Pen Marker Tanah Air Bersih Tanaman Api
LANGKAH-LANGKAH 1.Potong botol plastik menggunakan pisau. 2. Panaskan pisau menggunakan api. 3. Lubangkan bawah botol mengikut saiz penutup botol. 4. Hias botol yang telah dilubangkan. 5. Tindihkan botol di atas bahagian penutup botol. 6. Masukkan tanah ke dalam botol. 7. Tanamkan pokok bunga. 8. Siram pokok bunga dengan air. 9. Biarkan tanaman diletakkan di kawasan yang mempunyai sinaran matahari .
Aktiviti Pemeliharaan Ikan Hiasan PROJEK 4
AKTIVITI OBJEKTIF Menyediakan alatan dan bahan kitar semula untuk menghasilkan fountain bagi pemeliharaan ikan hiasan. Mencipta fountain menggunakan bahan kitar semula sebagai tempat untuk pemeliharaan ikan hiasan. Mendekorasikan fountain tersebut dengan lebih cantik dan menarik dengan menggunakan tumbuhan hidup. Tarikh: 8/12/2023 Tempat: Luar Pejabat Jabatan IlmuPendidikan (BlokA, IPGKRM) pengelola: Pelajar PPISMPUnit PAKKAmbilan Jun 2023/2028 (BERSAMAPENSYARAHDARI JABATANILMUPENDIDIKAN IPGKRM) Aktiviti ini dapat mengaplikasikan ilmu pemeliharaan ikan hiasan yang telah dipelajari semasa sesi kuliah. Aktiviti ini dijalankan untuk memantapkan kemahiran asas dalam menyediakan bahan bagi pemeliharaan ikan hiasan. Aktiviti ini dapat membantu untuk mengasah dan menambahkan kemahiran kreatif setiap pelajar dalam mendekorasi dan menghasilkan tempat tinggal bagi ikan hiasan tersebut. Aktiviti ini juga dijalankan dengan dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli Kumpulan masing-masing.
LAPORAN RINGKAS Pada tarikh yang dinyatakan seperti di atas, semua pelajar daripada unit PAKK PPISMP 2023/2028 telah menjalankan aktiviti penghasilan tempat atau bekas bagi pemeliharaan ikan hiasan iaitu fountain yang dihasilkan daripada bahan kitar semula di hadapan Pejabat Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu terletak di Blok A. Aktiviti ini turut disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada Jabatan Ilmu Pendidikan. Mereka sekaligus memberikan sokongan dan bimbingan yang padu kepada semua pelajar PAKK dalam menjayakan aktiviti pemeliharaan ikan hiasan ini bagi menceriakan lagi suasana aktiviti. Seterusnya, semua pelajar PAKK telah memberi Kerjasama yang begitu baik diantara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti menghasilkan fountain tersebut. IMPAK Hasil daripada aktiviti yang dijalankan ini memuaskan. Selain daripada itu, objektif aktiviti ini dapat dijayakan dengan sepenuhnya oleh para pelajar PAKK dengan memupuk semangat kerjasama berpasukan serta dapat mengasah bakat mereka dalam kemahiran hidup praktik bagi aktiviti ini. PENAMBAHBAIKAN Mengukuhkan lagi kestabilan botol plastik pada paip pvc menukar kaedah daripada menampal botol menggunakan gam Hot glue gun kepada mengikat menggunakan Cable Tie atau Tali Rapiah dengan menebuk lubang di botol plastik tersebut kerana beban air yang berat tidak dapat ditampung oleh gam Hot glue gun.
Lampiran (Proses) BAHAN-BAHAN: Talam, paip pvc, plastesin, pam air kecil, Hot Glue Gun, botol plastik terpakai, air bersih, tumbuhan-tumbuhan hijau, ranting kayu yang keras dan tidak mudah patah, gunting, tali rapiah. Mula-mula, gunting botol plastik yang terpakai. Kemudian, lekatkan paip pvc menggunakan hot glue gun, dan juga ranting dalam bekas talam. Selepas itu, ikat ranting pada paip pvc menggunakan tali rapiah. Kemudian, tampalkan botol plastik pada paip pvc menggunakan hot glue gun. Setelah itu, tuang air bersih ke dalam bekas talam lalu pasang pam air. Ikatkan hos air pada ranting menggunakan tali rapiah. Fountain pun terhasil apabila air mengalir melalui hos kemudian mencurah ke botolbotol plastik tersebut. Akhir sekali, fountain didekorasikan dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Hasil akhir fountain.
Sekian laporan oleh Kumpulan Akak-Akak Mantap :)