The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNIT 11 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azmain Adnan, 2020-05-19 18:20:31

UNIT 11 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA

UNIT 11 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA

UNIT 11
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUH-
TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

Oleh : azmain adnan

HASIL PEMBELAJARAN

SETELAH MEMBACA UNIT INI PELAJAR DAPAT :

• MENTAKRIFKAN KONSEP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN.
• MENYATAKAN USAHA-USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR.
• MENJELASKAN DENGAN CONTOH USAHA-USAHA PEMELIHARAAN DAN

PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR.
• MENCADANGKAN CARA MENGATASI MASALAH KEPUPUSAN TUMBUH-

TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR.

KONSEP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

Apakah yang dimaksudkan sebagai Pemeliharaan
Tumbuhan semula jadi dan Hidupan liar ?
‘Usaha-usaha yang diambil bagi melindungi kawasan
tumbuhan semula jadi dan hidupan liar daripada
dimusnahkan atau diancam kepupusan’.

Apakah yang dimaksudkan sebagai Pemuliharaan
Tumbuhan semula jadi dan Hidupan liar ?
‘Usaha-usaha yang diambil bagi memulihkan
kawasan tumbuhan semula jadi yang telah
dimusnahkan dan hidupan liar yang diancam
kepupusan’.

(Slid seterusnya akan memperlihatkan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan yang dijalankan di Malaysia).

USAHA PEMELIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI

Secara amnya terdapat 5 usaha pemeliharaan dan 4 usaha
pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi yang dilakukan di
Malaysia, usaha-usaha tersebut ialah :

Mewartakan Taman negara
Kerajaan Malaysia telah mewartakan taman-taman
negara sejak tahun 1939.

Menggubal Dasar Perhutanan Negara
Tahun 1978,Kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar
Perhutanan Negara. Kerajaan telah mewartakan:

a) kawasan Hutan Simpan kekal – 14.1 juta hektar
b) Kawasan Taman Negara

USAHA PEMELIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI

Mewartakan Hutan Simpan
Kerajaan Malaysia telah mewartakan beberapa buah kawasan hutan
simpan. Kawasan hutan simpan merupakan kawasan warisan
semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan,
pemburuan dan aktiviti pembangunan tidak dibenarkan di kawasan
ini.

Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram
•Peranan kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri untuk mengawasi
pembalakan haram.
•Guna peralatan moden
•Tindakan undang-undang

Mengadakan Pendidikan Alam Sekitar
•Pendidikan alam sekitar diberikan kepada masyarakat
•Pameran, Kempen, Dialog, Konvensyen, Seminar, Simposium
•Peranan badan Bukan Kerajaan (NGO)

USAHA PEMELIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI

Berikan 3 contoh Taman Negara di Semenanjung Malaysia
• Taman Negara
• Taman Negara Endau Rompin
• Taman Negara Sungai Relau

Berikan 3 contoh Taman Negara di Sabah
• Taman Negara Kinabalu
• Taman Negara Pulau penyu
• Taman Negara Crocker

Berikan 3 contoh Taman Negara di Sarawak
• Taman Negara Mulu
• Taman Negara Niah
• Taman Negara Bako

USAHA PEMELIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI

Pada tahun bilakah Kerajaan Malaysia Mengubal Dasar Perhutanan
Negara

• 1978
Apakah dua perkara yang diwartakan dalam Dasar Perhutanan Negara

• Hutan simpan kekal
• Taman Negara

Apakah Hutan Simpan kekal
• Kawasan warisan semula jadi yang berharga dan perlu dilindungi

Apakah aktiviti yang dilarang dalam hutan simpan kekal
• Pembalakan
• Pemburuan
• Aktiviti pembangunan

USAHA PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI

Penghutanan Semula – Langkah menanam semula hutan
• Kerajaan Malaysia telah mengadakan program penghutanan

semula.
• Pokok Jati dan Pain ditanam dikawasan yang telah dibalak
• 10 – 15 tahun matang

• ½ Juta hektar kawasan bekas pembalakan telah dihutankan

semula

Mewujudkan Ladang Hutan
•Pihak kerajaan dan swasta bekerjasama mewujudkan ladang hutan.
•Sediakan tapak semaian bagi anak-anak benih pokok
•Pokok cepat besar, matang dan mempunyai nilai komersial
diperkenalkan – pokok jati, pokok pain, pokok sentang

USAHA PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI

Pengurusan Hutan Secara Lestari – Pengurusan hutan secara
seimbang dari segi ekologi dan pembangunan sosioekonomi
negara. Ciri-ciri pengurusan lestari ialah:

a) Kurangkan kadar pembalakan
b) Penebangan terpilih
c) Rawatan silvikultur dijalankan terhadap pokok
d) Penanaman balak dijalankan setelah kegiatan balak selesai

Penyelidikan Hutan dijalankan dengan tujuan untuk :
a) Mencari kaedah pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik.
b) Bekerjasama denagn pakar luar seperti Jerman, Britain dan jepun

dalam menghasilkan Plan tindakan Hutan Tropika
c) Badan-badan yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan

ialah ;
i) InstitutPenyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)
ii) Universiti Putra Malaysia (UPM)

USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI

Beberapa Contoh Lokasi Kawasan Pelancongan, Taman Negara dan Hutan Simpan
Di Negara Kita.

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi

Beberapa Contoh Lokasi Kawasan Pelancongan, Taman Negara dan Hutan
Simpan Di Negara Kita.

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi

Beberapa Contoh Lokasi Kawasan Pelancongan, Taman Negara dan Hutan
Simpan Di Negara Kita.

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi

Beberapa Contoh Lokasi Kawasan Pelancongan, Taman Negara dan Hutan
Simpan Di Negara Kita.

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi

Beberapa Contoh Lokasi Kawasan Pelancongan, Taman Negara dan Hutan
Simpan Di Negara Kita.

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi

Beberapa Contoh Lokasi Kawasan Pelancongan, Taman Negara dan Hutan
Simpan Di Negara Kita.

USAHA PEMELIHARAAN HIDUPAN LIAR

Mewartakan Taman Negara, Kawasan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Laut
•Tujuan untuk melindungi habitat dan hidupan liar dari diancam kepupusan
– Hidupan liar darat dan akuatik seperti orang utan, Burung-burung, penyu
dan sebagainya.
Contoh kawasan ialah seperti :
• Taman negara
• Taman laut – Pulau Sipadan, Pulau Kapas, Taman Tunku Abdul Rahman
• Kawasan Perlindungan Hidupan Liar – Pusat Perlindungan Hidupan Liar

Samunsam, Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin
• Kawasan Perlindungan Burung – Pusat Perlindungan Burung Dataran

Tampasuk,
• Taman Perlindungan Penyu – Taman Negara Pulau Penyu Sabah

USAHA PEMELIHARAAN HIDUPAN LIAR

Mengawal Pemburuan Hidupan Liar
• Pemburuan beberapa spesis hidupan liar diharamkan
• Pengeluaran lesen memburu dihadkan
• Bagi sesetengah hidupan liar, pemburuan diharamkan pada masa

tertentu sahaja.

Mengawal Pemeliharaan Hidupan Liar oleh Orang Perseorangan
• Orang perseorangan tidak dibenarkan memelihara binatang liar tertentu

kecuali mendapat kebenaran (lesen) daripada Jabatan Mergastua atau
PERHILITAN.
Contoh : Orang Utan, Beruang Madu, Ular Sawah, Beberapa jenis burung

USAHA PEMELIHARAAN HIDUPAN LIAR

Mengadakan Akta dan Menguatkuasakan undang-undang
Kerajaan Malaysia telah mengadakan Akta Perlindungan Hidupan Liar
1972 bagi melindungi hidupan liar. Pegawai penguatkuasa daripada
PERHILITAN diberi kuasa untuk memeriksa premis perniagaan dan rumah
orang perseorangan yang disyaki memiliki haiwan liar yang terlindung
dibawah akta ini. Dendaan dan hukuman boleh dikenakan.

Mengadakan Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar kepada
Kempen dan pendidikan alam sekitar sentiasa diadakan

masyarakat, sebagai contoh;
a) Ceramah
b) Iklan
c) Siaran di televisyen
d) Rencana/ penulisan dalam akhbar dan majalah
e) Lawatan ke pusat penyelidikan hutan

USAHA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

Mewujudkan Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar
Kerajaan telah mewujudkan beberapa buah puasat pemuliharaan hidupan
liar dengan tujuan supaya haiwan yang dijaga dapat menyesuaikan diri
dengan kehidupan dihutan contoh penyu dan orang utan

Memindahkan Hidupan Liar ke Habitat Baru
Contoh semasa empangan kenyir dibina banyak hiduapn liar seperti gajah
dan harimau ditangkap dan dipindahkan ke habitat baru

Membaik Pulih Habitat Burung
Usaha pembaikpulihan habitat burung telah dijalankan di taman Alam
Kuala Selangor. Kini kawasan tersebut dibuka kepada pelawat dan
pelancong .

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Beberapa Contoh Taman laut, Kawasan perlindungan Hidupan Liar dan
Pusat Pemuliharaan Hiduapn Liar

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Beberapa Contoh Taman laut, Kawasan perlindungan Hidupan Liar dan
Pusat Pemuliharaan Hiduapn Liar

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Beberapa Contoh Taman laut, Kawasan perlindungan Hidupan Liar dan
Pusat Pemuliharaan Hiduapn Liar

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Beberapa Contoh Taman laut, Kawasan perlindungan Hidupan Liar dan
Pusat Pemuliharaan Hiduapn Liar

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi

AKTIVITI UJI MINDA ANDA

1. Namakan Haiwan Berkenaan ?

2. Nyatakan 2 Sebab Kenapa haiwan
ini mengalami kepupusan ?

3. Namakan 2 kawasan di Malaysia yang
dijadikan pusat perlindungan haiwan tersebut

4. Namakan 2 kawasan di Dunia di mana
haiwan ini dapat hidup dan membiak dengan
bebas?

5. Nama saintifik bagi Haiwan ini ialah ?

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi

AKTIVITI UJI MINDA ANDA

1. Namakan Haiwan Berkenaan ?
2. Namakan 2 kawasan di Malaysia yang

dijadikan pusat perlindungan haiwan tersebut

3. Nama saintifik bagi Haiwan ini ialah ?

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi

AKTIVITI UJI MINDA ANDA

1. Namakan Haiwan Berkenaan ?
2. Di negeri manakah terdapatnya haiwan ini
3. Nama tempatan bagi haiwan ini

4. Nama saintifik bagi Haiwan ini ialah ?


Click to View FlipBook Version