MINGGU: TARIKH: HARI :
MATA PELAJARAN SAINS SUKAN KELAS: MASA :
TEMA/TOPIK PENGENALAN SAINS SUKAN
KOD STANDARD PEMBELAJARAN: 1.1 NILAI MURNI: KERJASAMA
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Nilai murni / patriotisme
ASPIRASI MURID
Pengetahuan Kemahiran berfikir Kemahiran Kemahiran Etika dan Identiti
Memimpin Dwibahasa Kerohanian Nasional
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran murid dapat:
KRITERIA KEJAYAAN
- Mentakrifkan Sains Sukan dan menjelaskan kepentingan Sains Sukan
- Menyenaraikan bidang-bidang ilmu yang terdapat dalam Sains Sukan
- Membincangkan isu berkaitan etika kesukanan sebagai atlet, pegawai dan penonton
sukan berdasarkan perkembangan sukan semasa.
- Menerangkan perbezaan antara semangat kesukanan dengan semangat mementingkan
kemenangan.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Mentakrifkan Sains Sukan dan kepentingan Sains Sukan.
2. Menyenaraikan bidang-bidang ilmu yang terdapat dalam Sains Sukan.
3. Menyatakan etika dalam sukan.
4. Menerangkan perbezaan semangat kesukanan dan semangat mementingkan
kemenangan.
BAHAN BANTU BELAJAR Buku teks Internet Klip Video Gambar Rangsangan
(BBB) K. mahjong Lain-lain : _________________________
Modul Power points
PEMULA IMPAK/REFLEKSI
(starter) RANGKA PENGAJARAN
INDUKSI
AKTIVITI UTAMA Murid ditunjukkan gambar tentang sukan
(main activities)
Bersoal jawab
1. Murid diletakkan dalam 4 kumpulan (4 orang) KOLABORATIF
2. Murid dalam kumpulan berbincang berdasarkan gambar KOMUNIKASI
KREATIF
yang diberikan. KOMUNIKASI
3. Murid diminta mengulas hasil perbincangan setiap KOLABORATIF
KRITIS
kumpulan dengan bimbingan guru
PENUTUP Murid menyiapkan latihan dengan bimbingan guru, guru PBD
(plenary) menyatakan nilai murni PENGAYAAN
TINDAKAN SUSULAN PEMULIHAN PENGUKUHAN
UNTUK MURID
REFLEKSI _____/____ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pengayaan
CATATAN ____/_____ orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan
__________________________________________________________________________________________________
UNIT 1 Pengenalan Sains Sukan dan Pengurusan Sukan
Bidang 1 : Pengenalan Sains Sukan dan Pengurusan Sukan
1.1 Pengenalan Sains Sukan
Apakah itu Sains Sukan?
Sains Sukan adalah satu bidang ilmu yang mengaplikasikan prinsip-prinsip sains dalam sukan
dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi sukan.
Menurut Exercise and Sport Science Australia (2010) menyatakan Sains Sukan ialah satu
bidang multidisiplin berkenaan pemahaman dan peningkatan prestasi manusia. Bidang ini
termasuklah pengetahuan, kaedah, aplikasi subdisiplin kajian pergerakan manusia serta
bagaimana mereka berinteraksi.
Bidang-bidang ilmu dalam Sains Sukan
1. Anatomi
2. Pemakanan Sukan
3. Biomekanik
4. Fisiologi
5. Kecederaan Sukan
6. Kecergasan Fizikal
7. Kawalan Motor
8. Kaedah dan Latihan Fizikal
9. Psikologi Sukan
10. Sosiologi Sukan
11. Pengurusan Sukan
12. Pengukuran Sukan
Apakah kepentingan Sains Sukan?
1. Prestasi Sukan
2. Kesihatan
3. Pencegahan Kecederaan
4. Industri Sukan
5. Kerjaya
6. Ekonomi
Etika Kesukanan Sebagai Atlet, Pegawai dan Penonton
Atlet
• Bijak mengawal emosi sebelum, semasa dan selepas latihan serta pertandingan
• Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan yang diwakili
• Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah
• Dapat menerima keputusan pengadil dengan hati yang terbuka
Pegawai
• Mempunyai sifat keperibadian yang positif dan mengamalkan profesionalisme yang
tinggi
• Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang permainan
• Bertindak rasional dalam membuat sesuatu keputusan
Penonton
• Memberi sokongan positif kepada pasukan
• Menunjukkan sikap saling hormat-menghormati
• Mengelakkan provokasi yang melampau dan tidak bersikap perkauman
Semangat Kesukanan dan Semangat Mementingkan Kemenangan
Apakah itu Semangat Kesukanan?
Menurut Shields & Bredemeier (1995), semangat kesukanan dapat ditakrifkan sebagai sikap
yang ada dalam diri individu untuk mencapai kemenangan, malah dapat ditakrifkan dengan
semangat yang baik seperti bertolak ansur dalam menghadapi konflik yang timbul walaupun
sikap tersebut boleh membawa kekalahan.
Ciri-ciri Semangat Kesukanan
1. Menunjukkan nilai persahabatan yang tinggi semasa bermain dengan memaafkan
kekasaran pihak lawan.
2. Memberi kerjasama yang baik dan menghormati keputusan pengadil pertandingan
3. Berusaha menunjukkan mutu permainan yang tinggi dalam mencipta kejayaan atau
kemenangan secara sah.
Apakah itu Semangat Mementingkan Kemenangan?
Menurut Lumpkin (1994), semangat mementingkan kemenangan boleh diertikan sebagai
usaha dan sikap yang memberikan fokus menggunakan pelbagai cara yang tidak melanggar
peraturan untuk mencapai kemenangan namum mengabaikan etika kesukanan.
Ciri-ciri Semangat Mementingkan Kemenangan
1. Menerima keagresifan dari pihak lawan dengan sengaja untuk menarik perhatian
pengadil.
2. Mencetuskan suasana yang menjejaskan fokus pemain lawan.
Bahagian A
Soalan Objektif
1. Rajah 1 menunjukkan beberapa lakuan dalam aksi sukan yang menunjukkan Semangat
Kesukanan dan Semangat untuk Kemenangan.
Rajah 1
Pilih padanan jawapan berdasarkan lakuan di Rajah 1 di atas yang betul.
2. Rajah 2 di bawah menunjukkan satu aktiviti sukan
Rajah 2
Apakah kesan penglibatan sukan ini kepada individu?
A. Membentuk sahsiah dan kesedaran diri
B. Meningkatkan tahap kesihatan komuniti
C. Mencapai Kecemerlangan di peringkat tertinggi
D. Menggalakkan kualiti fizikal dan moral masyarakat
3. Rajah dibawah menunjukkan penglibatan negara dalam bidang sukan bagi menjana
perkembangan ekonomi negara.
Malaysia
Industri Pelancongan Sukan Penganjuran Sukan Antarabangsa
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kepentingan negara bagi tujuan tersebut?
A. Menambah Tukaran Asing
B. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang sukan
C. Mempromosi destinasi yang menarik untu dikunjungi
D. Menaikkan harga tiket untuk menyaksikan pertandingan sukan peringkat tinggi
4. Pengetahuan tentang aspek yang manakah dalam Sains Sukan yang dapat membantu atlet
dan jurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan program latihan yang lebih
sistematik?
A. Prestasi Sukan
B. Kesihatan
C. Rekreasi
D. Ekonomi
5. Antara yang berikut, yang manakah menggambarkan kepentingan Sains Sukan dari aspek
Kesihatan?
A. Jurulatih membantu atlet dalam penetapan matlamat
B. Jurulatih menggalakkan atlet mendalami undang-undang permainan
C. Jurulatih menggunakan program yang sistematik melatih pasukan
D. Jurulatih membantu atlet dalam pengambilan diet yang sesuai dengan jenis sukan.
Bahagian B
Soalan Subjektif
1. Rajah 1 menunjukkan kepentingan - kepentingan Sains Sukan.
Kesihatan Industri Sukan Kerjaya
Kepentingan Sains Sukan
Pencegahan Kecederaan X
Ekonomi
Rajah 1
a) Nyatakan X.
…………………………………………………………………………………………………………………
[1 markah ]
b) Dasar Sukan Negara digubal pada tahun 1988, apakah Dasar Sukan Negara yang diwakili X ?
…………………………………………………………………………………………………………………
[1 markah ]
c) Nyatakan kepentingan industri sukan pada X.
…………………………………………………………………………………………………………………
[ 1 markah ]
2. Rajah 2 menunjukkan dua atlet dalam sukan yang berbeza.
Rajah 2
(a) Nyatakan dua kepentingan Sains Sukan berdasarkan Rajah 2 di atas.
(i) …………………………………………………………………………………………………………
(ii) …………………………………………………………………………………………………………
[2 markah ]
(b) Jelaskan satu kesan perlaksanaan Dasar Sukan Negara kepada Atlet X
………………………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………………...
[2 markah ]
3. Rajah 3 menunjukkan satu acara sukan yang popular.
Rajah 3
(a) Nyatakan Dasar Sukan Negara yang berkaitan dengan Rajah 3.
…………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
(b) Huraikan dua kesan penganjuran bola sepak tersebut dari sudut ekonomi negara
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
Bahagian C
Jawab soalan Esei di bawah ini
1.
Rajah 1
Malaysia pernah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah sukan bertaraf dunia seperti
Sukan Komanwel dan Sukan SEA.
(a) Nyatakan kesan positif penyertaan dan penganjuran sukan kepada negara
[ 4 markah ]
(b) Sukan mampu membentuk sahsiah diri dan imej kendiri positif seseorang atlet.
Jelaskan 4 kesan positif berdasarkan pernyataan tersebut.
[ 4 markah ]
(c) Apakah kesan mobiliti sukan kepada individu dalam proses sosialisasi sukan
[ 2 markah ]
SKEMA JAWAPAN.
Bahagian A : Soalan objektif
1. C
2. B
3. D
4. A
5. D
Bahagian B : Soalan Subjektif
1. a) X = Prestasi sukan
b) Dasar Sukan Berprestasi Tinggi ( Sukan Untuk Kecemerlangan )
c) Kajian tentang peralatan sukan yang dapat membantu meningkat prestasi atlet.
2. a) i) Kesihatan
ii) Prestasi Sukan
b) Pelbagai program dirancang dan dilaksana untuk meningkatkan presatasi atlet pada peringkat
yang tertinggi.
3. a) Dasar Sukan Berprestasi Tinggi ( Sukan Untuk Kecemerlangan )
b) Kesan daripada penganjuran sukan ini, ekonomi negara dapat dijana menerusi pelancongan
sukan, hak penyiaran, penjualan tiket, penajaan dan pengiklanan.