PPEEMMBBININAAAANNPPEERRAADDAABBAANN
MMAAJMJMUUKKDDIIMMAALLAAYYSSIAIA
EN. MOHAMMAD ZAMRI B.
JUSOH
PENASIHAT
MUHAMMAD NOR SYAMIRA
ZULKAMAL AINA
KETUA SETIAUSAHA
NURUL FARAH WAHIDA
FARHANAH EDITOR
KETUA EDITOR
PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum,
bahasa, agama dan budaya. Masyarakat hidup
bersama dan bergaul antara satu sama lain. Selepas
kemerdekaan, pergaulan di antara setiap anggota
masyarakat ini semakin meningkat, tambahan pula
dengan proses perbandaran dan migrasi yang
semakin pesat berlaku setiap masa.1 Selain etnik
terbesar Melayu, Cina dan India, Malaysia juga terdiri
daripada pelbagai kaum lain seperti Orang Asli, Iban,
Bidayuh, Kadazan, Dusun serta suku bumiputera
lainnya yang mendiami Sabah dan Sarawak.
Kepelbagaian ini yang telah berjaya memerdekakan
Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia
merupakan hasil perjuangan semua kaum yang
berpegang pada prinsip perpaduan, permuafakatan
dan persefahaman antara satu sama lain sekalipun
menjadi sebuah negara yang baru lahir dan bercirikan
kepelbagaian
PENGHARGAAN
Bismillah,
Assalamualaikum, kami sangat bersyukur kerana kami
berjaya menyelesaikan tugasan e-majalah kami bagi
subjek MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh
pensyarah kami En. Mohammad Zamri Bin Jusoh.
Tugasan ini tidak dapat disiapkan tanpa usaha dan
kerjasama daripada ahli kumpulan kami, Nor Syamira
Aina Binti Sharul Nizam, Farah Wahida Binti Mohd Rusli,
Nurul Farhanah dan saya sendiri, Muhammad Zulkamal
Bin Mohd Shaik Allaudin. Kami juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah kami 'seperti yang
dinyatakan di atas' atas bimbingan dan dorongan dalam
menyelesaikan tugasan dan kerana telah mengajar kami
di dalam mata pelajaran ini. Akhir kata, kami ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan dan responden
atas sokongan dan kesediaan untuk meluangkan masa
bersama kami untuk sama-sama menyiapkan tugasan e-
majalah yang telah dipertanggungjawabkan kepada
kami.
5 ISU PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI
MALAYSIA
Isu 1 Isu 2
Masyarakat Malaysia yang Pada tahun 1980-an perbezaan jurang
berbilang kaum dan etnik kemiskinan antara kaum masih
menyebabkan timbulnya timbul walaupun kerajaan telah
perbezaan dari segi agama memberi tumpuan dalam aspek
dan budaya. Perbezaan pembangunan desa dan projek mega
inilah yang membentuk di bandar. Namun, masalah
Malaysia pada hari ini dari kemiskinan masih tidak dapat diatasi.
segi keunikan dan Atas sebab jurang ekonomi 85
keistimewaan kerana Penilaian Faktor-faktor Kesenjangan
berjaya menguruskan Etnik di Malaysia sebagai Penghalang
hubungan etnik dari Perpaduan Nasional menyebabkan
kedua-dua aspek ini. tercetusnya pergaduhan di Kampung
Namun, dalam tempoh Medan, Selangor pada tahun 2001
Malaysia mengecapi antara orang Melayu dan India yang
pembangunan ekonomi menunjukkan pengurusan kumpulan
dan sebagainya, terdapat miskin dan pinggiran bandar harus
tanda-tanda yang kita diberikan perhatian.20 Sehingga kini,
masih menghadapi masalah jurang ekonomi masih wujud dan
dalam perkara ini dalam inilah yang menyebabkan timbulnya
membina persefahaman rasa perbezaan setiap kaum yang
dan permuafakatan. Dalam ketinggalan dan mundur dari segi
menghadapi permasalahan pembangunan, kemiskinan,
ini, kesedaran rakyat peminggiran dan ketidaksamarataan.
tentang perlunya mematuhi Misalnya kejadian pergaduhan di
peruntukan perlembagaan Kampung Rawa, Pulau Pinang pada
berhubung kedudukan tahun 1997 menunjukkan masalah
agama Islam sebagai agama etnik dari sudut ekonomi.
rasmi negara, di samping
kebebasan hak beragama
dalam menganut dan
menjalankan agama
masing-masing selagi
menghormati prinsip
perlembagaan.
Isu 3 Isu 4
Pembetukan masyarakat majmuk di Dalam masyarakat majmuk yang ada
Malaysia bermula apabila apabila terdapat di Malaysia pada hari ini, konflik
kemasukan migran daripada luar. tidak dapat dielakkan tetapi dapat
Disebabkan masyarakat majmuk terdiri diminimumkan dengan diuruskan ke
daripada pelbagai kaum yang mempunyai arah konflik yang positif, iaitu konflik
perbezaan budaya, agama, bahasa dan adat yang berlaku dalam usaha
resam yang tersendiri jadi berlakunya menghasilkan satu keputusan dan
banyak perpecahan dan perselisihan tindakan bersama dalam mencapai
antara kaum. Masyarakat majmuk di kehidupan yang lebih baik, bukan
Malaysia terbentuk disebabakan konflik yang boleh membawa kepada
kemasukan migran dari China dan India. pergaduhan, keganasan dan
Setelah kemasukan migran dari luar, peperangan yang boleh merosakkan
bermulalah proses pembentukan keharmonian bersama antara kaum
masyarakat majmuk seperti sekarang. dan agama. Masyarakat majmuk yang
Proses ini pada mulanya sukar kerana ada kini adalah hasil daripada
berbeza fahaman, amalan, etnik dan perjalanan sejarah yang panjang
kehidupan seharian. terdapat banyak khususnya pasca penjajahan kolonial
sangat konflik yang berlaku dalam proses Inggeris. Kesan polisi “pecah dan
pembetukan ini. Campur tangan Inggeris di perintah”, tiap kaum hidup dalam
Tanah Melayu pada tahun 1786 telah keterasingan sosial dan budaya walau
menyebabkan berlakunya kemasukan di bawah pemerintahan yang sama.
migran secara besar-besaran daripada
luar. Kini Malaysia mempunyai etnik
Melayu, Cina dan India sebagai komponen
utama.Kehadiran kelompok-kelompok ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang
terkenal dengan adab, bahasa dan latar
belakang kebudayaan yang berlainan.
ISU 5
Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu
menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk
terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. "Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada
rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting
lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan
etnik sentiasa baik,"Antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana orang Melayu
berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu diperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru . Oleh itu kerajaan perlu terus meningkatkan usaha memperkasa
orang Melayu dan bumiputera terutama golongan berpendapatan rendah dalam pelbagai
bidang, serta merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
CONTOH GAMBAR MASYARAKAT
MAJMUK
PENUTUP
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman
dan damai walaupun penduduknya berbilang kaum.
Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan
kerana toleransi antara kaum utama di negara kita
iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita
seharusnya bersyukur dengan keamanan dan
keharmonian yang membolehkan kita duduk
bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan
antara satu sama lain. Persefahaman yang telah
berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada
perasaan curiga antara kaum kerana ia akan
menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan
yang telah terjalin sejak sekian lama.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar
memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini
agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam
keadaan aman dan harmoni di negara yang kita
cintai ini. Dalam nada yang sama kita seharusnya
memahami dan menghayati peristiwa-peristiwa
bersejarah di negara ini yang pernah dijajah pada
suatu ketika dahulu dan ianya memerlukan
kekuatan serta kesepakatan dari segenap sudut bagi
menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan
lagi berlaku.
Kita juga seharusnya mengambil iktibar
bahawasanya perpaduan hanya dapat dicapai jika
semua rakyat bersatu padu, bertolak ansur serta
saling hormat menghormati antara kaum dan
sesama masyarakat. Kami berharap agar semua
warga negara Malaysia akan sentiasa mematuhi
undang-undang, tidak terpengaruh dengan anasir
luar dan menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah
banyak berjuang bagi memperoleh kemerdekaan
yang kita kecapi pada hari ini dengan cara membina
peradaban majmuk dalam diri setiap warganegara
kita
RUJUKAN
https://core.ac.uk/d2o.pwdnfload/pdf/1148964
hJAttRpsAA:/H/Tw__wPMEwAM.JaMBcaEUdNeKmT_UDiaK.Ie_AdMNuA_/3ML2A6AY7S1SY0IAA1R2/ASKE
https://issuu.conm_/ptehriaydasahbianni/docs/etika_da
kehmmttapessryd:a/e/rzakakanaaatns--m.nweaogjmradrupakr/ep-dsesim-.cmboaemlna/tytuisrkiaaai/-n-
I__khISHPMstU/tSEA5RMpA_ENbNPsaSJNA:9DmI/MREL/0JSAwENIlAM8UiIHKP/KTw2YSpKELAUIA9AwIuFI_STN0KKTb-_.DEIaDr-lARAFUie6DDIc_ANASs_MfahIDEedMLIY-t_d-aUMiRcAAKAPo-rcAAHMcMnLEEe-AhLU/nA8ANS3L_gA-uaMMEMNA2DPaYa4D7tRAYrUEc_SAe-46ESUAMK.IMS6nA3IR1NA4AYeaA_-4H1Tt.A4P-PSp/_P1AA7RpRAdYA9A/rNNUfAIASoP_SS-A1fCKIRLUCSi4AlIAAAeKUA--NIT_/KAS--MP-/AUSlIioTLnI-
Disediakan oleh ;
Muhammad Zulkamal Bin
Mohd Shaik Allaudin
( 18DHF20F2029 )
Nor Syamira Aina Binti Sharul
Nizam
( 18DHF20F2041)
Farah Wahida Binti Rusli
( 18DHF20F2003)
Nurul Farhanah
( 18DHF20F2011)
Kelas DHF1B
MPU 21032 PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN
Nama Pensyarah =
Mohammad Zamri Bin Jusoh
TAMAT.