NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN L20222013570 DPLI UPSI (JOHOR) RANCANGAN PENGAJIAN HARIAN 1 MINGGU HARI TARIKH TAHUN MASA MATAPELAJARAN KEHADIRAN 1 Isnin 18/12/23 5 Yakin 1 Jam Matematik 25/25 TEMA NOMBOR DAN OPERASI TAJUK 1.0 NOMBOR BULAT DAN OPERASI ASAS STANDARD KANDUNGAN 1.1 Nilai Nombor STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Menyatakan nombor hingga 1 000 000 1.1.2 Menentukan nilai nombor hingga 1 000 000 OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menerangkan satu nombor sebelum mencapai nilai sejuta. ii. Menerangkan kedudukan angka dalam nilai digit. iii. Menerangkan susunan tertib nombor secara menaik. iv. Menyusun nombor mengikut tertib menurun.
NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN L20222013570 DPLI UPSI (JOHOR) LANGKAH AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN Set Induksi ( 5 Minit ) i. Guru memberi salam dan bertanya khabar murid-murid. ii. Guru memasang audio lagu ”ra pu sa” i. Murid menjawab salam dan menjawab soalan yang ditanya oleh guru. ii. Murid menyanyi Bersama-sama murid lagu ”ra pu sa”. BBM : Audio lagu “ra pu sa” Nilai : Hormat Langkah 1 ( 15 minit ) i. Guru membaca dan menerangkan kepada murid tentang nilai tempat. Ratus ribu : 100 000 Puluh ribu : 10 000 Ribu : 1 000 Setiap digit dalam satu nombor bulat mewakili satu nilai yang tertentu mengikut nilai tempat digit. ii. Guru menunjukkan contoh set nombor dan menerangkan nilai tempat bagi setiap digit dengan betul. iii. Guru menerangkan nombor 564 000 dibunyikan sebagai Lima Ratus Enam Puluh Empat Ribu menggunakan kaedah berpalang dan menyediakan 2 contoh lain untuk murid jawab. iv. Guru menunjukkan perkataan yang boleh membentuk 1 nombor dan 2 contoh lain untuk murid jawab. i. Murid mendapat pengetahuan awal dan faham dengan jelas tentang nilai tempat ribu, puluh ribu dan ratus ribu. ii. Murid membaca nilai tempat yang betul dengan mengikut arahan guru. iii. Murid menyebut kembali nilai tempat yang betul dengan nombor yang berlainan yang ditunjukkan oleh guru. iv. Murid memberi contoh lain dan menyebut dalam perkataan. BBM : kad nombor, kad nilai tempat Gaya Pembelajaran : deduktif
NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN L20222013570 DPLI UPSI (JOHOR) Langkah 2 ( 15 Minit ) i. Guru meminta pelajar membentuk kumpulan yang telah disediakan oleh guru dan guru memberi satu set kad nombor. ii. Guru meminta pelajar menyusun set nombor dan menyusun kembali mengikut tertib menaik. iii. Guru meminta wakil setiap kumpulan menulis kembali nombor yang disusun di papan putih . i. Murid membentuk kumpulan. ii. Murid menyusun 1 set nombor mengikut tertib menaik dan menulis kembali di papan putih dengan betul. Nilai: Bekerjasama BBM : Kad nombor Gaya Pembelajaran : induktif Langkah 3 ( 15 Minit ) i. Guru meminta pelajar menukar set kad nombor dengan kumpulan lain. ii. Dengan menggunakan set nombor baru, guru meminta pelajar menyusun dan menulis kembali di papan putih. iii. Guru memberi 1 lembaran kerja daripada nombor membentuk perkataan dan daripada perkataan membentuk nombor. i. Murid Menyusun 1 set nombor mengikut tertib menurun dan menulis Kembali di papan putih dengan betul. ii. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan guru. BBM : Kad nombor Gaya Pembelajaran : Induktif Penutup ( 10 Minit ) i. Guru merumuskan pembelajaran diikuti dengan sesi soal jawab mengenai nilai – tempat. ii. Murid dapat memberi tindak balas dalam sesi soal jawab.
NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN L20222013570 DPLI UPSI (JOHOR) RANCANGAN PENGAJIAN HARIAN 2 MINGGU HARI TARIKH TAHUN MASA MATAPELAJARAN KEHADIRAN 3 Isnin 1/1/24 5 Yakin 1 Jam Matematik 23/25 TEMA NOMBOR DAN OPERASI TAJUK 1.0 NOMBOR BULAT DAN OPERASI ASAS STANDARD KANDUNGAN 1.4 Pembundaran STANDARD PEMBELAJARAN 1.4.1 Membundarkan nombor bulat hingga ratus ribu terdekat. 1.4.2 Mengenal pasti nombor yang mungkin diwakili oleh suatu nombor yang telah dibundarkan hingga ratus ribu terdekat. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menunjukkan rumah tempat yang betul mengikut arahan. ii. Membundarkan nombor bulat sebelum nilai 99 999. iii. Mengenal pasti nombor yang diwakili oleh suatu nombor yang telah dibundarkan hingga ratus ribu.
NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN L20222013570 DPLI UPSI (JOHOR) LANGKAH AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN Set Induksi ( 5 Minit ) i. Guru memberi salam. ii. Guru memulakan pembelajaran dengan bermain “code breaking game” mengenai tajuk pembelajaran. i. Murid menjawab salam. ii. Murid menggunakan break the code untuk kata kunci tajuk pembelajaran iaitu pembundaran. BBM : code breaking game Nilai : Hormat Langkah 1 ( 15 minit ) i. Guru menunjukkan 3 set nombor di papan putih. ii. Guru menunjukkan setiap nilai digit dan menerangkan kembali nilai tempat bagi setiap digit. iii. Guru meminta murid untuk menyebut kembali setiap rumah nombor yang ditunjukkan guru. i. Murid menyebut setiap rumah nombor yang betul mengikut guru untuk mengingat kembali pembelajaran lalu. ii. Murid menyebut kembali rumah nombor yang ditunjukkan guru. BBM : Gaya Pembelajaran : Induktif Nilai : Kerjasama Langkah 2 ( 15 Minit ) i. Guru menerangkan pembundaran digunakan dalam aktiviti harian seperti dalam aktiviti urusniaga. ii. Guru membimbing murid untuk membundarkan nombor sehingga ratus ribu yang terdekat dengan menggunakan Teknik pembundaran. • Kenalpasti rumah nombor untuk dibundarkan dan lihat nombor sebelah kanan. Jika nombor kurang daripada 5(kekalkan nombor) Jika i. Murid memberi tumpuan ketika guru mengajar. ii. Murid menggunakan Teknik pembundaran yang diajar guru dan cuba membuat latihan yang diberikan guru. BBM : Kad gambar Teknik pembundaran Gaya Pembelajaran : Deduktif Nilai: Rasional, Keberanian
NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN L20222013570 DPLI UPSI (JOHOR) nombor lebih daripada 5 (tambah 1). iii. Guru memberi beberapa latihan nombor bulat yang perlu dibundarkan. Langkah 3 ( 15 Minit ) i. Guru membuat kuiz menggunakan aplikasi “quizizz” mengenai pembundaran dan meminta murid menjawab mengikut nama yang dipanggil. ii. Latihan KBAT – guru meminta murid menulis nombor yang boleh menjadi 600 000 apabila dibundarkan kepada ratus ribu yang terdekat. i. Murid menjawab kuiz mengikut arahan guru. ii. Murid mencuba untuk memberi 1 nilai nombor yang apabila dibundarkan menjadi 600 000. BBM : Aplikasi quizizz Gaya Pembelajaran : Induktif Nilai : Berdikari, Keberanian Penutup ( 10 Minit ) i. Guru merumuskan pembelajaran diikuti dengan sesi soal jawab mengenai nilai yang dibundarkan. i. Murid memberi refleksi dengan bertanya dan menjawab soalan dengan guru dan rakan sekelas.
NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN L20222013570 DPLI UPSI (JOHOR) RANCANGAN PENGAJIAN HARIAN 3 MINGGU HARI TARIKH TAHUN MASA MATAPELAJARAN KEHADIRAN 4 Rabu 10/1/24 5 Yakin 1 Jam Matematik 25/25 TEMA NOMBOR DAN OPERASI TAJUK 2.0 PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS STANDARD KANDUNGAN 2.1 Pecahan STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Mendarab pecahan bagi dua nombor melibatkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Mendarab nombor bulat dengan pecahan. ii. Mendarab pecahan dengan nombor bulat.
NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN L20222013570 DPLI UPSI (JOHOR) LANGKAH AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN Set Induksi ( 5 Minit ) i. Guru memberi salam. ii. Guru menunjukkan gambar pizza yang dibahagikan untuk menerangkan tentang pecahan. iii. Menyuruh murid untuk memberi pandangan mengenai apa yang mereka lihat tentang pizza. i. Murid mengucapkan salam dan membaca doa sebelum menuntut ilmu. ii. Murid melihat bentuk pizza yang dibahagikan dan murid diminta untuk membincangkan apa yang dilihat dan bentangkan dihadapan kelas. BBM : Kad Gambar Pizza Nilai : Berfikir secara kreatif Langkah 1 ( 15 minit ) i. Guru menerangkan operasi darab nombor bulat dengan pecahan. (Contohnya : 4 x ½). ii. Guru menerangkan kaedah menggunakan jalur kertas bagi operasi darab nombor bulat dengan pecahan untuk lebih mudah faham. (konsep penambahan berulang). iii. Guru memberi beberapa soalan dan memilih beberapa orang murid untuk menjawab dipapan putih. i. Murid memahami ayat matetmatik bagi operasi darab nombor bulat dengan pecahan. ii. Murid diperkenalkan dengan dengan konsep pendaraban nombor bulat dengan pecahan menggunakan kaedah jalur kertas. iii. Murid melihat langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru cara menggunakan kaedah jalur kertas. iv. Murid di minta membuat pendaraban nombor bulat dengan pecahan di papan putih. BBM : Jalur kertas Gaya Pembelajaran : Deduktif Nilai : Memberi Tumpuan Langkah 2 ( 15 Minit ) i. Guru menerangkan cara pendaraban pecahan dengan nombor bulat menggunakan slaid yang ditayangkan dihadapan bilik darjah. (Contohnya : ¼ x 8) ii. Guru menggunakan kaedah pengumpulan bahan untuk murid mudah faham. i. Murid memahami ayat matetmatik bagi operasi darab pecahan dengan nombor bulat. ii. Murid memahami setiap langkah yang dibuat untuk operasi darab pecahan dengan nombor bulat menggunakan kaedah pengumpulan bahan. BBM : Slaid Gaya Pembelajaran : Deduktif
NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN L20222013570 DPLI UPSI (JOHOR) iii. Guru memberi beberapa soalan dan memilih beberapa orang murid untuk menjawab dipapan putih. iii. Murid di minta membuat pendaraban pecahan dengan nombor bulat di papan putih. Nilai : menghayati dan memahami Langkah 3 ( 15 Minit ) i. Guru melakukan aktiviti permainan yang bertajuk ” siapa cepat dia dapat”. ii. Arahan dan peraturan. • Kumpulan perlu dibentuk. • Setiap kumpulan mesti mengeluarkan wakil untuk menjawab soalan di papan putih. • Tidak dibenarkan pelajar yang sama untuk menjawab soalan dipapan putih. • Markah akan diberikan sebanyak 3 markah untuk jawapan yang betul. iii. Guru menggunakan kaedah pengumpulan bahan untuk murid mudah faham. i. Murid melakukan aktiviti permainan “siapa cepat dia dapat”. ii. Murid dipecahkan kepada 5 kumpulan. iii. Murid mendengar arahan dan peraturan yang diberikan oleh guru. iv. Murid mula bermain aktiviti dibawah kawalan guru. BBM : Gaya Pembelajaran : Induktif Nilai : Bekerjasama Penutup ( 10 Minit ) i. Guru merumuskan hasil pembelajaran bersama murid. ii. Guru mengucapkan tahniah kepada murid yang Berjaya mencapai objektif yang diigini. i. Murid berbincang dengan guru mengenai apa yang diperolehi pada sesi pengajaran dan pembeljaran pada hari ini.