The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miss anina, 2021-02-16 00:13:53

BAHAGIAN C - TUGAS GURU KELAS 2021

BAHAGIAN C - TUGAS GURU KELAS 2021

TUGAS
GURU
KELAS

SENARAI TUGAS GURU KELAS

1. PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS
1.1. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daipada ketua darjah, penolong
ketua darjah, AJK Kebersihan & Keceriaan.
1.2. Memastikan AKJ Kebersihan menjalankan tugas setiap hari.
1.3. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan
papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan hiasan meja
guru & kelas (jika perlu).
1.4. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
1.41 Jadual waktu
1.42 Jadual bertugas
1.43 Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan guru serta papan putih,
skrin dan almari
1.44 inventori

1.5 Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.

1.6 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak
pentadbir.

1.7 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

2. E-Kehadiran
2.1 Menandakan kehadiran harian murid selewat-lewatnya sebelum jam 10 pagi ke
dalam Sistem Pangkalan Data murid (APDM).
2.2 Sekiranya E-Kehadiran gagal dicapai kehadiran murid hendaklah dicatat secara
manual terlebih dahulu dan membuat kemaskini bila Sistem E-kehadiran sudah
boleh berfungsi.
2.3 Memastikan data terkini murid dan bilangan murid sepatutnya ada di dalam
kelas.
2.4 Laporan kedatangan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada PKHEM setiap
akhir bulan.
2.5 Segala surat-menyurat atau sijil sakit murid hendaklah disimpan di dalam fail
khas.

3. BUKU REKOD KESIHATAN
3.1 Buku rekod kesihatan adalah terpakai bagi murid-murid tahun 5 dan 6 sahaja.
Sekiranya tiada, dapatkan buku baru daripada GPK HEM. Bagi tahun 1,2,3 dan 4
rekod kesihatan adalah dalam bentuk atas talian (e-RKM) . Guru-guru kelas
hendaklah membuat kemaskini dan melengkapkan data di dalam e-rkm
sebelum lawatan dari pihak pejabat kesihatan.
3.2 Pastikan ibu bapa menandatangani borang persetujuan ( BRK m.s 4 )
3.3 Buat pemeriksaan mata pada awal tahun dengan menggunakan Snellen Chart
dan rekodkan dalam buku. Sekiranya ada murid yang mempunyai masalah
penglihatan, maklumkan kepada ibu bapa mereka melalui pejabat sekolah.

3.4 Timbang berat dan ukur ketinggian murid sebanyak DUA (2) kali setahun, iaitu
pada awal dan akhir tahun.

3.5 Membantu pegawai kesihatan dalam pengurusan pemeriksaan kesihatan
murid-murid, terutama dari segi mengumpul dan menyerahkan buku rekod
kesihatan kepada pihak mereka.

3.6 Melaporkan kepada pihak pentadbir jika terdapat murid yang menghadapi
masalah kesihatan.

4. BUKU TEKS, BIASISWA DAN BANTUAN
4.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada semua murid dan
memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama murid.
4.2 Mengenalpasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan dan
melaporkan kepada guru kebajikan & biasiswa.

1. KUTIPAN YURAN DAN DERMA/SUMBANGAN
6.1 Tiada kutipan yuran sekolah pada awal tahun .
6.2 Mengutip dan menyerahkan bayaran kelas tambahan bagi Tahun 6 kepada
6.3 Bendahari PIBG. (sekiranya ada)
6.4 Guru kelas perlu mendapatkan surat kuasa mengutip wang dari pihak
pentadbiran sekolah terlebih dahulu.
6.5 Mengeluarkan resit kepada murid-murid bagi pembayaran yang telah
dibuat.

7 PENDAFTARAN MURID BARU
7.1 Menerima kemasukan murid baru daripada PK HEM.
7.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam buku pendaftaran murid dan
mendapatkan nombor pendaftaran murid baru dari buku pendaftaran
murid daripada PK HEM dan seterusnya membuat kemaskini ke dalam
Sistem APDM.
7.3 Memastikan murid baru ini menerima buku teks.
7.4 Menyemak sama ada murid ini menerima sebarang bentuk bantuan
biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
7.5 Menerima buku laporan kemajuan,laporan PBD dll dari sekolah lama.
7.6 Menetukan rumah sukan dengan merujuk kepada setiausaha sukan.
7.7 Mengambil butir-butir yang diperlukan dengan mengisi borang biodata
dan borang kecemasan.

8 PERTUKARAN KELUAR MURID
8.4 Memastikan buku laporan kemajuan, dan buku rekod kesihatan dihantar
ke pejabat.
8.5 Memastikan hal-hal berkaitan dengan peperiksaan telah disempurnakan
bagi murid Tahun 6.

8.6 Memastikan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
8.7 Memastikan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada murid.

9 PENDAFTARAN SUKAN DAN LAIN-LAIN
9.4 Memastikan setiap murid ada rumah sukan.
9.5 Memastikan setiap murid Tahap Dua menyertai aktiviti ko-kurikulum dan
menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan
beruniform yang dipilih kepada setiausaha ko-kurikulum.

10 Fail Peribadi Murid
10.1 Guru kelas hendaklah menyemak dan mengemaskini dokumen fail peribadi
murid yang mengandungi:
10.1.1 Salinan Mykid/Kad Pengenalan.
10.1.2 Salinan Kad Pengenalan Ibu/bapa.
10.1.3 Salinan pendaftaran perkahwinan/sijil nikah ibubapa.
10.1.4 Surat kebenaran mendapatkan rawatan kesihatan (warganegara
sahaja)
10.1.5 Laporan PBS/PBD/PPT/PAT
10.1.6 Surat penempatan di sekolah semasa.
10.1.7 Cetakan maklumat murid dari Sistem APDM.
10.1.8 Sijil-sijil pengiktirafan/pencapaian.
10.1.9 Buku Rekod Kesihatan (bagi yang berkaitan)
10.1.9 Kad Rawatan Pergigian (sekiranya ada)

11 GURU KAUNSELOR DAN GURU DISIPLIN
11.4 Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor.
11.5 Menjalankan tugas sebagai guru disiplin.


Click to View FlipBook Version