The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najwa rodzi, 2024-05-09 09:27:50

ajaran sesat

ajaran sesat

J E N A Y A H S Y A R I A H e d i s i k e - 5


Penulis NUR ILANDA MAISARAH BT MOHAD ALI SITI NUR NAJWA BT MOHAMAD RODZI SARAH IRDINA BT MOHAMAD FAIZUL NURUL AINA BINTI NAZRI Editor NUR ILANDA MAISARAH BT MOHAD ALI SITI NUR NAJWA BT MOHAMAD RODZI SARAH IRDINA BT MOHAMAD FAIZUL NURUL AINA BINTI NAZRI Suntingan Oleh NUR ILANDA MAISARAH BT MOHAD ALI SITI NUR NAJWA BT MOHAMAD RODZI SARAH IRDINA BT MOHAMAD FAIZUL NURUL AINA BINTI NAZRI


SEBUAH TERBITAN JENAYAH SYARIAH: AJARAN SESAT Modul mengiut silibus kursus Pengajian Islam MPU2312 Politeknik Ungku Omar dan sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat. JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK UNGKU OMAR Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh Perak. No Telefon: 605-5457656 / 7652 No. Faksimili: 605-5471162 Email: [email protected] Laman Sesawang: https//www.puo.edu.my TERBITAN PERTAMA 2024 PENERBITAN © POLITEKNIK UNGKU OMAR TEKS © PENULIS Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian teks dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa cara jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada pemegang hak cipta DITERBITKAN OLEH : Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak Nota: Semua model dan gambar yang terlibat dengan penggambaran adalah untuk manfaat kefahaman dan tidak terlibat atau kena mengena dengan isi kandungan majalah ini.


KENALI KAMI PENULIS-PENULIS MAJALAH NUR ILANDA MAISARAH BINTI MOHAD ALI (01DAT23F1123) Beliau merupakan seorang pelajar Politeknik Ungku Omar yang berada di program diploma akauntansi bermula pada tahun 2023. Beliau juga merupakan anak kelahiran Ipoh Perak, yang telah menamatkan persekolahannya di MRSM Kuala Krai Kelantan SITI NUR NAJWA BINTI MOHAMAD RODZI(01DAT23F1101) Beliau merupakan seorang pelajar Politeknik Ungku Omar yang berada di program diploma akauntansi bermula pada tahun 2023. Beliau juga merupakan anak kelahiran Ipoh Perak, yang telah menamatkan persekolahannya di SMK Taman WIduri Penang SARAH IRDINA BINTI MOHAMAD FAIZUL (01DAT23F1120) Beliau merupakan seorang pelajar Politeknik Ungku Omar yang berada di program diploma akauntansi bermula pada tahun 2023. Beliau juga merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, yang telah menamatkan persekolahannya di SMK Perempuan St.George Penang. NURUL AINA BINTI NAZRI (01DAT23F1104) Beliau merupakan seorang pelajar Politeknik Ungku Omar yang berada di program diploma akauntansi bermula pada tahun 2023. Beliau juga merupakan anak kelahiran Manjung Perak, yang telah menamatkan persekolahannya di SMK Lambor Kiri Perak


PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. Hanya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan hidayat dan anugerah-nya memberikan kami keukatan dan menghilang segala kesulitan dalam kami menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu kami sepanjang menyiapak tugasan ini. Pertama sekali kepada PUAN HAZWANI BINTI UBAIDILLAH selaku pensyarah MPU23012 kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakn seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek ini.Kerjasama dari segi informasi terkini mengenai projek folio amatlah dihargai. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan efolio pengajian islam.


KANDUNGAN PENGENALAN ......................................................................1 MENGAPA SESAT?.................................................................2 APA ITU AJARAN SESAT?......................................................3 PENERANGAN DARI SISTEM E-FATWA...........................4-5 HADIS BESERTA UALASANNYA...........................................6 DALIL BERSERTA ULASANNYA............................................7 CIRI-CIRI AJARAN SESA....................................................8-9 KRONOLOGI JENAYAH.................................................10-11 FAKTOR BERLAKUNYA AJRAN SESAT........................12-13 IMPLIKASI AJARAN SESAT...........................................14-15 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJRAN SESAT..........16 ARTIKEL DAN ULASAN...................................................17-20 KESIMPULAN........................................................................21 RUJUKAN...............................................................................22 LAMPIRAN............................................................................23 JADUAL GERAK KERJA..................................................24-25


PENGENALAN Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) merupakan pegangan dominan umat islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Malaysia di antara negara-negara islam yang telah menetapkan bahawa pegangan rasmi mesyarakat islam di negara ini adalah berdasarkan pada akidah dan fatwa-fatwa ASWJ. Namun terdapat sesetengah umat islam yang terpesong daripada agama islam ia disebut seperti ajaran sesat. Ajaran sesat adalah satu fenomena yang mengancam keharmonian masyarakat islam di Malaysia dewasa ini. Agak sukar untuk mendifinisikan istilah ajaran sesat ini kerana setiap ajaran tersebut adalah berbeza dari segi sifat semulajadi, upacara, latarbelakang dan asal usulnya. 3 hal ini juga berlaku pada agama-agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu para cendikiawan berbeza pendapat dalam memberi takrif kepada ajaran sesat 1


Mengapa Sesat?! Sesungguhnya kemunculan agama atau ajaran sesat ini bukan sesuatu fenomena yang baharu. Bahkan ia telah wujud sejak dahulu lagi zaman berzaman sehingga hari ini. Antara doktrin-doktrin biasa yang digunakan oleh ajaran-ajaran sesat ini adalah seperti mendakwa dirinya sebagai tuhan atau wakil tuhan, nabi atau pengganti kepada nabi, dan juga mendakwa diri sebagai Imam al-Mahdi. Hal ini bukanlah suatu perkara yang baharu timbul kebelakangan ini, bahkan telah banyak ajaran-ajaran sesat lain yang mendahuluinya. Hal ini dapat dilihat daripada golongan umat terdahulu yang menjadikan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan yang disembah selain daripada Allah SWT. Firman Allah SWT: َمِسيَح اْبَن ْل َباًبا ِّمن ُدوِنِهَّللا َوا ْر َأ ُهْم َن ْحَباَرُهْم َوُرْهَبا َأ َخُذوا َّت ا ُه َعَّما َن َه ِإاَّل ُهَوۚ ُسْبَحا َٰل ًها َواِحًداۖ اَّل ِإ َٰل ِإ ِإاَّل ِلَيْعُبُدوا ِمُروا ُأ َمْرَيَم َوَما وَن ُك ُيْشِر Maksudnya: Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai sembahansembahan selain dari Allah SWT dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibn Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan )Surah al-Taubah: 31( 2


Apa itu ajaran sesat? Ajaran sesat merupakan ilmu yang diajar dan disebarkan secara rahsia mahupun sacara meluas kepada orang lain yang didapati menyimpang daripada kebenaranasal. Ajaransesattelahditakrifkanoleh Bahagian Akidah, Jabatan KemajuanIslamMalaysia(JAKIM) sebagai ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah Islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan bertentangan dengan Ahli SunnahwalJamaah 3


(a) Dari segi Akidah --- (i) mempercayai bahawa semua imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa kecil dan besar). Imam juga tidak tersalah atau tersilap dalam segala tindak-tanduknya. (ii) mengkafirkan atau mempertikaikan al-’adalah ( ), iaitu kejujuran mana-mana para sahabat Rasulullah SAW. (iii) mempercayai bahawa al-Quran yang ada pada hari ini ialah al-Quran yang sudah diselewengkan dan ditokok tambah. (iv) berpegang kepada al-Bada ` ( (, iaitu kepercayaan bahawa ilmu Allah SWT berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Ini bermaksud Allah SWT jahil dan tidak mempunyai ilmu secara keseluruhannya. Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan : penerangan dari sistem efatwa Ajaran dan amalan fahaman Syiahadalahmenyeleweng daripada pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta bertentangandengan hukum Syarak. Antaranya : 4


FATWA (b) Dari segi Syariah --- (i) menolak ijmak ulama. (ii) menolak qias sebagai sumber hukum Syarak. (iii) menuduh Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut masing-masing sebagai musuh Allah. (iv) mendakwa bahawa hanya Saidina Ali yang menghimpunkan al-Quran dengan sempurna. (v) mendakwa bahawa sesiapa yang menziarahi kubur Saidina Hussain akan memperoleh ganjaran syurga. (vi) melakukan penyiksaan tubuh badan sehingga berdarah sempena 10 Muharram bagi mengingati dan menangisi kematian Saidina Hussain dalam peristiwa Karbala. (vii) menghina atau melaknat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan sesetengah sahabat Rasulullah SAW tertentu;. (viii) menghina mana-mana isteri Rasulullah SAW. (ix) mengharuskan sembahyang jamak tanpa sebab yang diharuskan mengikut hukum Syarak;. (x) menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat. (xi) tidak wajib membasuh kaki ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu dengan tangan sahaja. (xii) sujud di atas batu yang didakwa sebagai batu Karbala ketika solat. 5


HADIS BERSERTA ULASANNYA Hadis Nabi SAW yang memerintahkan kita agar tetap bersama kebenaran dan alsawad al-a’zham iaitu majoriti umat Islam yang berada di atas jalan Ahli Sunnah Waljamaah. Sabda Baginda SAW: فإن بني إسرائيل افترقوا عىل إحدى وسبعين فرقة، والنصارى عىل اثنتين وسبعين فرقة، وإن أمتي ستفترق عىل ثالث وسبعين فرقة، كلها عىل الضاللة، إال السواد األعظم. قالوا : يا رسول هللا ، ما السواد األعظم؟ قال : من كان عىل ما أنا عليه وأصحابي. Maksudnya: Sesungguhnya golongan Bani Israel berpecah kepada 71 golongan dan golongan Nasarani berpecah kepada 72 golongan, manakala umatku akan berpecah kepada 73 golongan, semua golongan berada dalam kesesatan kecuali al-sawad al-a’zham. Para sahabat bertanya, siapakah golongan al-sawad ala’zham itu? Rasulullah SAW bersabda: Golongan yang berada di atas jalanku dan .para sahabatku )Riwayat al-Thabrani: 7659( 6


dalil BERSERTA ULASANNYA Sesungguhnya kemunculan agama atau ajaran sesat ini bukan sesuatu fenomena yang baharu. Bahkan ia telah wujud sejak dahulu lagi zaman berzaman sehingga hari ini. Antara doktrindoktrin biasa yang digunakan oleh ajaran-ajaran sesat ini adalah seperti mendakwa dirinya sebagai tuhan atau wakil tuhan, nabi atau pengganti kepada nabi, dan juga mendakwa diri sebagai Imam al-Mahdi. Hal ini bukanlah suatu perkara yang baharu timbul kebelakangan ini, bahkan telah banyak ajaran-ajaran sesat lain yang mendahuluinya. Hal ini dapat dilihat daripada golongan umat terdahulu yang menjadikan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan yang disembah selain daripada Allah SWT. Firman Allah SWT: َباًبا ِّمن ُدوِنِهَّللا ْر َأ ُهْم َن ْحَباَرُهْم َوُرْهَبا َأ َخُذوا َّت ا ًها َواِحًداۖ َٰل ِإ ِإاَّل ِلَيْعُبُدوا ِمُروا ُأ َمِسيَح اْبَن َمْرَيَم َوَما ْل َوا وَن ُك ُه َعَّما ُيْشِر َن َه ِإاَّل ُهَوۚ ُسْبَحا َٰل اَّل ِإ Maksudnya: Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai sembahansembahan selain dari Allah SWT dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibn Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan )Surah al-Taubah: 31( 7


berhubungan dengan kuasa jin, syaitan dan iblis CIRI- CIRI AJARAN SESAT manusia dapat berinteraksi dengan jin melalui mantra, ritual, atau kesepakatan tertentu. Beberapa orang percaya bahwa jin dapat membantu atau mengganggu manusia, bergantung pada niat dan tindakan manusia. contohnya seperti melibatkan pembomohan mam al-Baghawi (510 H) menukilkan di dalam tafsirnya daripada al-Kalbi berkaitan maksud “umat pertengahan” adalah ahli atau pengikut agama yang adil di antara berlebih-lebihan (melampau) dalam beribadah dan longgar dalam menjalankan syariat agama yang mana kedua sifat ini amat adalah dicela di dalam agama. [Lihat: Ma’alim al-Tanzil, 174-175/1] beranggapan benar dan ekstremis 8


bersilat secara bertutup dan banyak rahsia perkara ini boleh merujuk kepada konspirasi atau aktiviti gelap yang disembunyikan daripada orang ramai. Contohnya, ada organisasi rahsia, teori konspirasi, atau tindakan jenayah yang hanya diketahui oleh segelintir individu dan dijaga dengan ketat. menyalahi sumber perundangan islam Allah SWT memerintahkan kita agar beriman dengan apa yang terkandung di dalam alQur’an dan juga beriman dengan setiap yang dibawa oleh Rasulullah SAW samada dari sudut perkataan, perbuatan dan sebagainya. Maka dengan itu, jelaslah kepada kita bahawa alQur’an dan sunnah memang tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana keduanya saling perlu memerlukan. 9


10


11


penyelewengan tafsiran al-hadis untuk kepentingan peribadi atau kumpulan. penyebaran perkara yang khurafat, amalan bomoh dan tradisi. Faktor berlakunya ajaran sesat Khurafat adalah suatu keyakinan atau praktik yang tidak masuk akal atau tidak didasarkan pada ajaran agama atau ilmu pengetahuan. Khurafat sering kali berkaitan dengan kepercayaan superstitious atau mitos yang mengandalkan kekuatan magis atau gaib.Berpunca dari tiga unsur Sin Kritisma, Hindu-Buddha dan Animisma dan Dinisma. Ia dijelmakan dalam amalan-amalan perbomohan dan kesaktian. al-Quran perlu dipelajari melalui cara bertalaqqi atau berguru. Ini juga merupakan sunnah para salaf yang diamalkan oleh para sahabat apabila mereka mengambil atau mempelajari terus daripada Nabi SAW. Setelah itu, Nabi SAW mengutuskan para sahabat ke beberapa buah tempat untuk mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Ini juga yang diamalkan oleh generasi selepas daripada sahabat seperti tabi’in, tabi’ tabi’in dan selepas daripada mereka. 12


gerakan ajaran syiah usaha menjauhkan umat islam dari Al-Quran dan As-Sunnah Faktor berlakunya ajaran sesat Yang dimaksudkan dengan ajaran Syiah di sini ialah Syiah Nusairiyah dan Nizariyyah serta Musta’liyah dan Druz . Syiah Ismailiyah berjaya menegakkan kerajaan Fatimi di Mesir tahun 358 Hijrah. Dalam tahun 487 Imam Kerajaan Fatimi bergelar al-Mustansirbillah meninggal dunia, lalu puak Ismailiyah berpecah dua, satu mengikut Nizar bergelar Nizariyah dan satu lagi mengikut adiknya al-Musta’li lalu digelar at-Musta’liyah. Ada lagi pecahan lain iaitu Druz dan Nasiriyah yang ada di Lubnan, Syria dan Palestin. Selain itu Syiah Dua Belas yang berakidah dengan dengan Imamah, Wasi, Ismah, Hulul Zahir – Batin. Ia mengandungi 4 konsep utama iaitu: ada zahir dan batin, tanzil dan takwil, takkiyah dan wasi. Ada pihak tertentu berusaha menyeleweng umat Islam agar tidak mengamalkan ajaran al-Quran dan As-Sunnah atau salah satu darinya. Mereka terdiri dari golongan munafikin dan zindik dengan usaha tertentu antaranya: i. Pentafsiran batin oleh golongan kebatinan dan menyatakan al-Quran ada makna zahir dan makna batin dan mendakwa yang wajib diamalkan ialah yang batin sahaja. ii. Pentafsiran dengan angka. iii. Pentafsiran palsu ke atas surah Al-Muddathir ayat 30 dan 31 oleh Rashad Khalifa. iv. Penetapan tarikh berlakunya kiamat. 13


I M P L I K A S I A J A R A N S E S A T meluasnya perpecahan dalam masyarakat islam 1 ) T E R H A D A P M A S Y A R A K A T setiap ajaran sesat mempunyai “ketua guru” dan pengikutnya sendiri. antara mereka mempunyai perhubungan yang dapat seolah-olah hubungan antara saudara dengan saudaranya yang lain. melalui ajaran yang dianuti,mereka memupuk persefahaman hidup dan jika dapat, cuba mewujudkan kumpulan atau masyarakat mereka sendiri. dari sinilah wujudnya apa yang boleh dipanggil “masyarakat orang qadiani” , “masyarakat orang taslim” , dan “masyarakat ikhwan”. sebagaimana yang telah diketahui, ahli-ahli kumpulan masyarakat di atas antaranya tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan dari ahli masyarakat mereka, atas arahan dan hukum dari ajaran itu sendiri. ini menimbulkan akibat yang buruk, bukan sahaja dari segi agama malah dari segi sosial. 14 timbulnya berbagai-bagai kegenasan di dalam masyarakat. keganasan yang timbul bukan sahaja sekadar mencedera dan membunuh orang yang lain, malah boleh membunuh diri mereka sendiri. hal ini boleh ditunjukkan dari beberapa kejadian berikut: serangan dengan parang oleh seorang awam keatas seorang pengikut Tarikat Naqsyabanbiah Kadirun Yahya di Bukit Marak, Kelantan pada tahun 1976 pengikut tersebut telah luka di bahu dan dimasukkan ke Hospital Besar Kota Bharu.


berlaku keretakan dalam keluarga 2 ) T E R H A D A P K E L U A R G A apabila terdapat seorang dari anggota keluarga itu, khususnya si suami yang memasuki satu-satu ajaran sesa, maka berlakulah keretakan dalam keluarganya. contohnya, si suami selalu menghabiskan masa siang dan malam bersama-sama guru dan pengikut yang lain.seterusnya banyak harta benda dan wang dicurah dan digunakan untuk kepentingan ajaran, guru dan pengikutnya. 15 merosakkan akidah ajaran sesat dapat merosakkan akida seseorang dengan mengaburkan pemahaman tentang nilai-nilai agama yang benar, menyebarkan informasi yang salah atau menyesatkan, dan menalihkan perhatian dari ajaran-ajaran utama agama yang sesuai 3 ) T E R H A D A P I N D I V I D U minda terkongkong apabila seseorang itu telah terjebak dan mengikuti ajaran sesat akan menyebabkan minda seseorang itu menjadi sempit malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sifat ketaksuban mereka.


Langkah-langkah yang perlu bagi membentengi diri daripada terpengaruh dengan ajaran sesat memberi kesempatan kepada akal untuk memahami (jangan mudah terikut-ikut tanpa berfikir dengan baik) memberi kesempatan kepada hati untuk merasakan (hati boleh mempertimbangkan benar atau salah) menimbulkan kesedaran dalam diri bahawa kita bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. bertanya kepada orang yang arif dalam bidang tersebut mengikut kebenaran yang majoriti (berdasarkan pandangan ulama yang diterima ramai) bergaul dengan masyarakat (jangan memisahkan diri dari masyarakat) berdoa agar dikurniakan hidayah 1 2 3 4 5 6 7 16


ARTIKEL DAN ULASAN Sejak akhir-akhir ini, masyarakat Islam di Malaysia dikejutkan dengan kemunculan satu ajaran sesat yang menggunakan nama ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’. Ajaran sesat ini dikepalai oleh seorang individu yang mengaku bahawa dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba alSadiq. Manakala pendeta mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Bin Amaluddin. Selain daripada itu, mereka dikatakan mempunyai kitab ‘suci’ mereka sendiri iaitu The Goal of The Wise : The Gospel Of The Riser of The Family of Muhammad dan Saying of Imam Ahmed al-Hassan. Ajaran sesat ini aktif di pelbagai media sosial, malah lebih popular melalui penstriman langsung di platform TikTok. Di aplikasi YouTube pula, saluran The Ahmadi Religion of Peace and Light mempunyai 24.3K pengikut dan 275 video. https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/ 2024/03/1069889/ajaran-ahmadi-sesat-danbersifat-plularisma-agama-ikim Dirumuskan oleh : Nur Ilanda Maisarah Binti Mohad Ali (01DAT23F1123) Konklusinya, kenyataan sahih sesuatu perkara amatlah penting supaya tidak berlakunya ajaran sesat terutamanya dari segi agama. 17


ARTIKEL DAN ULASAN https://mais.gov.my/artikeldakwah/ancaman-akidah-fatwa-ajaransesat-di-negeri-selangor/ Terkini terdapat dua ajaran sesat yang telah difatwakan sebagai menyeleweng pada tahun 2022. Ajaran tersebut adalah: 1.Fahaman dan ajaran Wan Noor Hayati binti Wan Alias (Ibu Yati) 2.Fahaman dan Ajaran Asmaul Husna oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd Kedua-dua fahaman ini adalah menyeleweng kerana mengandungi elemen-elemen yang jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Negeri Selangor mencatatkan statistik ajaran sesat yang tertinggi di Malaysia. Sehingga kini sahaja, sebanyak 45 ajaran sesat telah difatwakan di negeri Selangor. Sebagai contoh, ajaran Ibu Yati membawa doktrin-doktrin yang menyeleweng seperti: mendakwa allah mempunyai 3 anak perempuan iaitu Al-atta, Al-Uzza dan Al-Manna menyalah tafsir ayat Al-Quran seperti berikut: >>tidak perlu solat >>judi diharuskan Dirumuskan oleh : Nurul Aina Binti Nazri (01DAT23F1104) konklusinya, sebagai umat islam kita mestilah menguatkan iman dan sentiasa percaya bahawa Allah SWT adalah tuhan . Selain itu, jadikanlah Al-Quran sebagai pegangan. 18


ARTIKEL DAN ULASAN Pada tahun 2022, digemparkan berita daripada Jabatan Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesahkan terdapat cubaan menyebarkan ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini. Menerusi siasatan , pembawa ajaran sesat ini tidak berasal dari Johor dan merupakan penganut sahaja baru masuk ke Johor dan mencuba membawa ajaran baharu. Di percaya bahawa ajaran tersebut cuba menjadi negeri Johor sebagai tempat penyebaran ajaran tersebut. Dengan Ini , Jabatan Islam Negeri Johor melakukan siasatan dan menyelidik tentang perbuatan tersebut agar tidak tersebar seluasnya. Ajaran tersebut datang dari Negara Indonesia dan penganut ajaran tersebut ialah Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad. Lanjutan , rakyat Johor diberi peringatan tindakan udang-udang bagi sesiapa yang membawa ajaran sesat. Hukuman Sesyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, menjadi suatu kesalahan menyebarkan doktrin agama selain Islam. Berwaspada dan jangan dekati sebarang ajaran yang menyeleweng daripada Islam. Ia boleh didakwa di bawah enakmen itu malah boleh didakwa menerusi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) https://www.sinarharian.com. my/ampArticle/216365 Dirumuskan oleh : Sarah Irdina Binti Mohamad Faizul (01DAT23F1120) Tuntasnya, ajaran sesat adalah ajaran yang perlu hindari agar tidak bercanggah dengan ajaran yang sebenar dan tidak mengelirukan mana-mana pihak 19


ARTIKEL&ULASAN DIRUMUSKAN OLEH :SITI NUR NAJWA BINTI MOHAMAD RODZI (01DAT23F1101) DI KUALA TERENGGANU DIGEMPARKAN CUBAAN PIHAK TERTENTU MENGHIDUPKAN SEMULA AJARAN SESAT AYAH PIN YANG PERNAH MENGGEMPARKAN NEGARA DENGAN 'KERAJAAN LANGIT' DALAM PERHATIAN KERAJAAN, KATA PENGERUSI JAWATANKUASA PENERANGAN, DAKWAH DAN PEMERKASAAN SYARIAH TERENGGANU, DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI. "DALAM MAKLUMAN DAN SEDANG DALAM TINDAKAN PIHAK BERWAJIB, " KATANYA RINGKAS KEPADA BERNAMA KETIKA HUBUNGI MENGENAI DAKWAAN CUBAAN MENGHIDUPKAN SEMULA AJARAN SESAT ITU DI SEKITAR BESUT. TERDAHULU, SEBUAH HANTARAN DI AKAUN FACEBOOK 'IMAM MUDA KULAN' MENDEDAHKAN AJARAN AYAH PIN ATAU NAMA SEBENARNYA ARIFFIN MUHAMAD CUBA DIHIDUPKAN KEMBALI OLEH GERAKAN PIHAKPIHAK TERTENTU DI SEKITAR BESUT. PADA APRIL 2005, PEJABAT TANAH DAERAH BESUT MENGELUARKAN NOTIS MEROBOHKAN BEBERAPA PREMIS DAN REPLIKA GERGASI DI MARKAS AYAH PIN YANG MEMPUNYAI PENGIKUT SERAMAI LEBIH 150 ORANG. ARIFFIN MENINGGAL DUNIA PADA 22 APRIL 2016 KETIKA BERUSIA 74 TAHUN DI RUMAHNYA DI KAMPUNG BATU 13, HULU BESUT AKIBAT SAKIT TUA. 20 TANGKAP LAYAR HANTARAN DI FACEBOOK IMAM MUDA KULAN MENGENAI WUJUD GERAKAN UNTUK MENGHIDUPKAN SEMULA AJARAN SESAT AYAH PIN DI BESUT HTTPS://WWW.BHARIAN.COM.MY/BERITA/NAS IONAL/2024/03/1224404/AJARAN-AYAH-PINDIDAKWA-CUBA-DIHIDUPKAN-SEMULA


kesimpulan Sebagai umat islam yang menginginkan kebahagiaan dunia dan akhirat kita mestilah mengukuhkan keimanan kita dan mengetahui ajaran sesat di Malaysia. Hal ini kerana ajaran sesat membawa pelbagai kesan buruk dalam kehidupan manusia yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh dan utuh. Kesannya akan membuatkan kita tidak mudah terikuti dengan salah satu ajaran sesat yang boleh merosakkan akidah kita. Oleh itu, Akidah dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah satu-satunya akidah dan pegangan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW selamat daripada api neraka. Terdapat banyak usaha yang bukan sedikit diperlukan untuk menangani ajaran sesat di negara ini. Sebagai contoh , pakar ilmuwan dari segi agama hendaklah memberi penerangan dari sudut ajaran, fahaman, pegangan atau ideologi yang bercanggah dan menyeleweng daripada ASWJ sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis Agama atau Pejabat Mufti negerinegeri seluruh Malaysia perlu dijauhkan. Namun begitu, segala ajaran dan fahaman baharu yang mengelirukan perlulah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, Pejabat Mufti Negeri dan alim ulama bertauliah serta institusi-institusi Islam lain yang bertanggungjawab. 21


rujukan 22 https://ukhwah.com/ukhwah/viewtopic.php? topic=15440&forum=22 https://www.bing.com/ck/a?!&&p=89af65ff439d8d47JmltdHM9M TcxNDM0ODgwMCZpZ3VpZD0xYjM3MGZhYy1kZmEyLTYwYj QtMmJiOS0xYzNlZGUzZTYxMTcmaW5zaWQ9NTIxMA&ptn=3 &ver=2&hsh=3&fclid=1b370fac-dfa2-60b4-2bb9- 1c3ede3e6117&psq=mufti&u=a1aHR0cHM6Ly9tdWZ0aXdwLm dvdi5teS9tcy8&ntb=1 https://www.yadim.com.my/v2/ajaran-sesat/ https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-afkar/5857-al-afkar-146-waspadapenyebaran-ajaran-sesat-baharu-agama-ahmadi https://muftiwp.gov.my/ms/#dflip-dfb663b8bdc20dbcContainer/1/ https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2024/01/1050047/tiga-ajaransesat-masih-bernyawa https://jheains.ns.gov.my/images/MuatTurun/MuatTurunAwam/baha gian_penguatkuasaan/2023/AJARAN-SESAT-4-2_compressed.pdf


lampiran 23 Harian metro (13/1/2024) Tiga ajaran sesat masih ‘bernyawa’ Halaman 1 Seksyen Kesalahan & Hukuman Halaman 1 Maksud Ajaran Sesat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Halaman 2 Seri Ensiklopedia Islam Cara Mudah Mengenal Ajaran Sesat Halaman 1 PortaI Rasmi Agama Islam Selangor Ancaman Akidah: Fatwa Ajaran Sesat Di Negeri Selangor Halaman 1


BIL NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN 1. NUR ILANDA MAISARAH BINTI MOHAD ALI 01DAT23F1123 2. SITI NUR NAJWA BINTI MOHAMAD RODZI 01DAT23F1101 3. SARAH IRDINA BINTI MOHAMAD FAIZUL 01DAT23F1120 4. NURUL AINA BINTI NAZRI 01DAT23F1104 JADUAL GERAK KERJA TUGASAN: E-FOLIO: JENAYAH SYARIAH AJARAN SESAT DI MALAYSIA 24


BIL AHLI YANG BERTANGGUNGJAWAB PERKARA/SUB TOPIK/BAHAGIAN PENERANGAN TUGASAN YANG DIBUAT 1. NUR ILANDA MAISARAH BINTI MOHAD ALI PENGHARGAAN PENGENALAN IMPLIKASI AJARAN SESAT ARTIKEL DAN ULASAN Menerangkan apa itu ajaran sesat Mencari artikel dan mengulas isu tersebut Menjelaskan impak dari ajaran sesat Memberi pembukan kata dan pernghargaan terhadap jawatankuasa yang terlibat 2. SITI NUR NAJWA BINTI MOHAMAD RODZI KESIMPULAN LAMPIRAN FAKTOR AJARAN SESAT ARTIKEL DAN ULASAN Menjelaskan kesimpulan yang terdapat dari ajaran sesat Membuat lampiran Menerangkan faktor ajaran sesat Memberi penjelasan tentang isu artikel dan ulasan 3. SARAH IRDINA BINTI MOHAMAD FAIZUL LAMPIRAN CIRI-CIRI AJARAN SESAT ARTIKEL DAN ULASAN JADUAL GERAK KERJA Membuat lampiran Memberi penerangan untuk cir-ciri ajaran sesat Mengulaskan isu tentang ajaran sesat Menghasilakn jadual gerak kerja dan menerangkan skop kerja setiap ahli kumpulan. 4. NURUL AINA BINTI NAZRI FAKTOR AJARAN SESAT AL-QURAN , HADIS DAN FATWA ARTIKEL DAN ULASAN RUJUKAN Mencari maklumat dari segi Al-Quran , hadis dan fatwa yang sahih Menerangkan faktor yang terdapat dalam ajaran sesat Menjelaskan artikel dan ulasan isu tersebut Membentangkan hasil rujukan JADUAL PENGAGIHAN KERJA AHLI KUMPULAN JADUAL GERAK KERJA 25


P E N G A J I A N I S L A M TAMAT “THE BRAVEST HEARTISTHEONETHATSTAYS CLOSETO ALLAH,EVEN, WHEN IT’SIN PAIN”


Click to View FlipBook Version