The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihahideris, 2024-04-20 12:23:06

NURUL NAJIHAH BINTI IDERIS (PSVK3433)

NURUL NAJIHAH BINTI IDERIS (PSVK3433)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN SAINS SOSIAL TAHUN AKADEMIK: 2024 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) PSVK3433 ASAS MEMBUAT CORAK DAN REKAAN PROGRAM: PISMP SEMESTER 2 AMBILAN: JUN 2022 NAMA PENSYARAH: PUAN AEIZLIN BINTI MOHD OMAR NAMA PELAJAR: NURUL NAJIHAH BINTI IDERIS ANGKA GILIRAN: 2022152440020 NO KAD PENGENALAN: 041230-03-0696 TARIKH HANTAR: 20/02/2024 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Tandatangan Pelajar: Jihah


NAMA: NURUL NAJIHAH BINTI IDERIS NO. KAD PENGENALAN: 041230-03-0696 KUMPULAN/UNIT: BMMB1 KURSUS/ SEMESTER: DUA AMBILAN: JUN 2022/2027 ALAMAT E-MEL: [email protected] ALAMAT RUMAH: KG. HUTAN PETAI, CHETOK 17060 PASIR MAS, KELANTAN NO. TELEFON: 016-3038949


Umum mengetahui bahawa, bidang membuat corak dan rekaan merupakan salah satu bidang yang disusun dalam Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visul di sekolah rendah. Bidang membuat corak dan rekaan penting untuk dipelajari dalam kalangan murid kerana bidang ini membolehkan muird mengenali dan mengkaji pelbagai corak melalui alam sekitar dan kehidupan seharian mereka. Kegiatan ini juga memberi peluang kepada murid untuk membuat rekaan corak terancang, tidak terancang dan juga corak tradisonal dengan teknik yang tertentu. Pada masa yang sama, bidang kegiatan ini turut memberi peluang kepada murid untuk memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya untuk menjadi suatu rekaan lain yang lebih cantik. Oleh itu, corak dan rekaan merupakan asas utama untuk menghasilkan sesuatu hasil karya seni.


Corak merupakan suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang ataupun bebas. Hal ini membawa maksud corak boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Pembahagian corak akan mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Ianya juga melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Malah, corak boleh terhasil melalui pelbagai teknik dan cara. Motif pula ialah rupa atau bentuk asas dalam suatu rekaan atau gubahan yang mana terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Motif juga boleh menghasilkan corak yang mempuntai pelbagai jenis susunan termasukkan garisan grid dalam penghasilan corak.


Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tetentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Jenis-jenis membuat corak dan rekaan terbahagi kepada dua iaitu:- Motif-motif yang digunakan boleh didapati daripada: Motif Sama ada rupa atau bentuk asas dalam rekaan atau gubahan. Motif boleh didapati daripada alam flora, fauna, geometrik atau organik. - Rupa atau bentuk alam ciptaan Ilahi seperti pokok, bunga, haiwan, serangga. - Rupa atau bentuk buatan manusia seperti rumah, kasut, peralatan dapur. - Rupa atau bentuk geometri seperti segi tiga, bulat, selinder, kon, piramid. - Rupa atau bentuk Abjad A hingga Z atau kaligrafi Khat, tulisan Cina, tulisan Tamil. - Rupa atau bentuk angka 0, 1, 2, 3, 4.....9. - Rupa atau bentuk simbol - Rupa atau bentuk tradisional.


Kepentingan bidang membuat corak dan rekaan Membuat corak dan rekaan melibatkan proses kreatif di mana pelajar dapat menggabungkan elemen visual, warna, bentuk, dan tekstur. Ini membantu memperkaya nilai estetik dalam seni dan rekaan Pelajar mempelajari pelbagai teknik untuk menghasilkan corak, termasuk stensil, batik, lukisan, dan seni digital. Ini membuka pintu kepada pengetahuan teknikal dan keterampilan praktikal. Bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan sehari-hari. Dengan memahami corak, mereka dapat mengaplikasikannya dalam rekaan yang lebih luas. Corak dan rekaan memainkan peranan penting dalam mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek. Mereka juga berfungsi sebagai elemen hiasan yang memperkayakan visual suatu reka bentuk.


Dalam penghasilan karya seni visual, corak dan rekaan bagi tema kebudayaan boleh dikatakan menjadi tumpuan ramai kerana coraknya yang pelbagai bentuk dan menarik. Umum mengetahui bahawa, penggunaan tema kebudayaan dalam corak dan rekaan membantuk dalam memelihara dan menghormati warisan budaya suatu masyarakat. Tambahan pula, tema kebudayaan sering kali memberi insipirasi yang mendalam kepada kreativiti dan inovasi. Hal ini membantu pelajar dalam memahami elemen-eleman budaya tradisional tidak kira daripada pelbagai negara dan menggabungkannya dengan pendekatan yang kreatif dan inovatid untuk menghasilkan corak dan rekaan yang unik. Hal ini dapat dilihat melalui hasil corak dan rekaan yang telah saya laksanakan berdasarkan tema kebudayaan iaitu batik kawung. Corak dan rekaan yang ada pada batik kawung boleh dikatakan tidak terlalu rumit untuk dihasilkan. Malah, batik kawung ini juga merupakan batik tradisonal Indonesia yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. TEMA: KEBUDAYAAN


Berdasarkan hasil akhir karya seni visual yang dihasilkan, corak dan rekaan yang menjadi sumber ilham saya adalah berdasarkan batik kawung. Batik kawung merupakan salah satu ragam batik tradisional Indonesia yang memiliki makna mendalam dan nilai estetika yang tinggi. Corak Batik Kawung terdiri daripada bentuk geometri yang sederhana seperti lingkaran atau bundaran yang disusun secara berulang. Simbolisme geometri ini mencerminkan ketertiban alam semesta dan kesinambungan kehidupan. Tambahan juga, batik Kawung juga memiliki makna yang mendalam. Lingkaran yang terkandung di dalam corak ini melambangkan cahaya, kejelasan, dan kebenaran. Sementara itu, bentuk belah ketupat melambangkan keadilan, kesempurnaan, dan keharmonian. Malah, Motif dan simbol dalam Batik Kawung sering kali terinspirasi dari alam, seperti bentuk-bentuk geometri yang ditemukan dalam struktur tumbuhan atau pola-pola yang terlihat di alam semesta. Hal ini menunjukkan hubungan erat antara seni dan alam. Akhir sekali, Batik Kawung sering kali menampilkan simetri yang indah dalam susunan motifnya. Simetri ini tidak hanya menciptakan keindahan visual, tetapi juga mencerminkan keseimbangan dan harmoni dalam kehidupan dan alam semesta. SUMBER ILHAM


RUPA MOTIF LAKARAN


PERKEMBANGAN IDEA Idea 1 Idea 2 Idea 3 Satu motif dilukis. Motif ditambah lagi satu dalam posisi yang bertentangan. Motif dijadikan tiga yang mana pancaran berlaku dari satu titik pusat.


PERKEMBANGAN IDEA Idea 4 Idea 5 4 motif digambungkan dan garisan ditenggahtengah dibuang untuk memberi fokus hanya kepada gabungan motif tersebut. Motif ditambah satu lagi sehingga menjadi empat motif dalam satu kotak yang mana setiap motif berada dalam sisi bertentangan.


Motif disusun secara selang seli di antara ruang kosong Idea 2: Susunan serong SUSUNAN REKA LETAK Idea 1: Susunan dam Motif yang sama disusun secara berserong yang mana garisan grid akan dilukis secara serong untuk dijadikan sebagai panduan bagi meghasilkan corak yang teratur


Lakaran perkembangan idea dan reka letak yang dipilih: Lakaran idea 5 Reka letak idea 2


KAJIAN WARNA Idea 1 Idea 2 Idea 3


WARNA: UNGU WARNA: EMAS Warna yang digunakan pada corak motif untuk kelihatan lebih menarik dan menyerlah. Warna pada latar belakang kertas A2. Warna ini menjadi pilihan kerana warnanya yang terang menjadikan motif kelihatan lebih menonjol apabila dilihat. Kajian Warna yang Dipilih : Idea 3


Susunan serong Cerminan Pancaran PENEROKAAN IDEA


Berdasarkan lakaran yang dihasilkan, gabungan susunan motif yang wujud dalam corak dan rekaan tersebut ialah: Susunan serong Motif yang sama disusun secara berserong yang mana garisan grid akan dilukis secara serong untuk dijadikan sebagai panduan sehingga membentuk corak batik kawung yang menarik. Cerminan Motif ini diwujudkan secara cerminan yang mana motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan. Pancaran Susunan motif yang saling bertentangan antara satu sama lain atau menyebar dari satu titik pusat


LAKARAN AKHIR Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4


Langkah 5 Langkah 6 Langkah 7 (LAKARAN AKHIR)


ALAT DAN BAHAN Berus lukisan Pemadam Pensil Air Kertas A2 Pembaris Pa Pen marker let Cat air


PROSES PENGHASILAN Lakarkan garisan grid secara serong dengan menggunakan pembaris panjang. 1. 2. Pastikan setiap kotak mempunyai saiz yang sama. 3. Susunkan motif yang sama secara berserong yang mana susunan yang akan terhasil berdasarkan susunan motif daun itu adalah pancaran dan cerminan. 4. Garisan grid digunakan sebagai panduan supaya gabungan susunan motif mempunyai saiz yang sama. 5. Susunkan motif sehingga penuh seperti gambar rajah di sebelah.


6. Seterusnya, warnakan latar belakang motif menggunakan cat air berwarna “emas” supaya corak motif akan lebih menyerlah. 7. Warnakan latar belakang motif sehingga penuh dan pastikan diwarna secara sekata. 8. warnakan setiap motif dengan menggunakan cat air berwarna “ungu” untuk menimbulkan motif tersebut. 9. Hasil akhir selesai. 8. Gariskan kembali garisan grid yang hilang setelah diwarna dengan menggunakan pen marker.


CORAK DAN REKAAN AKHIR: LAKARAN DIGITAL


CORAK DAN REKAAN AKHIR: MANUAL


SUMBER RUJUKAN


Click to View FlipBook Version