The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ainun Ismail, 2024-03-17 10:43:59

Analisis Item Ujian PAT Pendidikan Islam Ting 1

Pentaksiran Berterusan PIMK 2092M

Keywords: Analisis

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, BANDAR DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 2 : PENULISAN Nama Pelajar : ‘AINUN AFIQAH BINTI ISMAIL Angka Giliran : 2023182420001 No Kad Pengenalan : 940530025740 Kumpulan : BAHASA ARAB Kod dan nama Kursus : PIMK 2092M KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH Nama Pensyarah : DR MOHD ZAINI BIN MD ZAIN Tarikh Hantar : 16 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_____Ainun____________ Tarikh: 16 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatanga n Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:_______ Ainun___________ Tarikh: 16 MAC 2024


ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 ANALISIS ITEM UJIAN 3.0 KOMEN DAN CADANGAN 3.1 BIDANG PENDIDIKAN ISLAM 3.2 BIDANG PENGUASAAN 3.3 ARAS KOGNITIF DAN KESUKARAN SOALAN 4.0 PENUTUP RUJUKAN


1.0 PENDAHULUAN Menurut Boon et al. (2019), pentaksiran merupakan bahagian utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi semua proses bermula daripada pengujian, penilaian dan pengukuran. Pentaksiran di sekolah bertujuan untuk menentukan prestasi murid bagi pencapaian setiap tahun. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru mata pelajaran bagi menilai dan menganalisis perkembangan murid serta mengambil pendekatan dalam mengubah kaedah pengajaran untuk disesuaikan dengan murid. Pentaksiran memberi ruang kepada murid untuk membina keyakinan, menunjukkan peningkatan pembelajaran dan menjadi pendorong dalam pembelajaran (Othman,Y. ,2005) Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 (2016), kandungan pembelajaran Pendidikan Islam merangkumi beberapa bidang yang terdiri daripada al-Quran, Hadis, Aqidah, Feqah, Sirah dan Akhlak Islamiah. Dalam pentaksiran berterusan ini, saya dikehendaki menganalisis bentuk-bentuk pentaksiran Pendidikan Islam di sekolah menengah serta memberi komen terhadap item-item ujian yang dibina dengan merujuk kepada satu set soalan peperiksaan sekolah menengah. Set soalan tersebut akan dianalisis berdasarkan aspek bidang Pendidikan Islam, bidang penguasaan, aras kognitif berdasarkan Taksonomi Bloom dan aras kesukaran soalan samaada aras rendah, sederhana atau tinggi.


2.0ANALISIS ITEM UJIAN Dalam tugasan ini, saya akan menganalisis set soalan Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam Tingkatan 1. Kertas soalan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian objektif dan bahagian subjektif. Jadual 2.1 : Pembahagian soalan dan markah Peperiksaan Akhir Tahun Soalan ini akan dianalisis dari 3 aspek iaitu bidang dalam Pendidikan Islam, bidang penguasaan dalam pembelajaran dan aras kognitif berdasarkan taksonomi Bloom. Berikut merupakan jadual analisis saya terhadap set Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Bahagian Soalan No Soalan BidangBidang Pendidikan Islam Bidang Pentaksiran Aras Kognitif (Taksonomi Bloom) Aras Kesukaran A 1 Akidah Penguasaan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana 2 Akidah Penguasaan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana 3 Akidah Penguasaan Ilmu C1 – Mengingat Rendah 4 Akidah Penguasaan Ilmu C1 – Mengingat Rendah 5 Akidah Penguasaan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana Bahagian Soalan Markah A 20 20 B 1 10 2 10 C 3 20 D 4 20 E 5 20


6 Feqah Penguasaan Ilmu C1 – Mengingat Rendah 7 Feqah Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 8 Feqah Penguasaan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana 9 Feqah Penguasaan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana 10 Feqah Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 11 Feqah Penghayatan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana 12 Al-Quran Penguasaan Ilmu C1 – Mengingat Rendah 13 Al-Quran Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 14 Al-Quran Penguasaan Kemahiran C2 – Memahami Rendah 15 Sirah Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 16 Sirah Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 17 Sirah Penguasaan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana 18 Akhlak Islamiyyah Penghayatan Ilmu C5 – Menilai Tinggi 19 Akhlak Islamiyyah Penghayatan Ilmu C5 – Menilai Tinggi 20 Akhlak Islamiyyah Penghayatan Ilmu C5 – Menilai Tinggi Jadual 2.2 : Analisis Soalan Objektif


Bahagian Soalan No Soalan BidangBidang Pendidikan Islam Bidang Pentaksiran Aras Kognitif (Taksonomi Bloom) Aras Kesukaran 1 a) Al-Quran Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 1 b) (i) Al-Quran Penghayatan Ilmu C5 – Menilai Tinggi 1 b) (ii) Al-Quran Penghayatan Ilmu C5 – Menilai Tinggi 2 a) Hadis Penguasaan Ilmu C1 – Mengingat Rendah 2 b) Hadis Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 2 c) Hadis Penguasaan Kemahiran C3 – Mengaplikasi Sederhana C 3 a) Akidah Penguasaan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana 3 b) (i) Akidah Penguasaan Ilmu C1 – Mengingat Rendah 3 b) (ii) Akidah Penguasaan Ilmu C1 – Mengingat Rendah 3 b) (iii) Akidah Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 3 c) Akidah Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 3 d) Akidah Penghayatan Ilmu C5 – Menilai Tinggi D 4 a) (i) Feqah Penguasaan Ilmu C1 – Mengingat Rendah 4 a) (ii) Feqah Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 4 b) Feqah Penghayatan Ilmu C5 – Menilai Tinggi 4 c) Feqah Penguasaan Ilmu C4 - Menganalisis Sederhana


4 d) Feqah Penguasaan Ilmu C2 – Memahami Rendah 4 e) Feqah Penghayatan Ilmu C6 – Mencipta Tinggi E 5 a) Sirah Penguasaan Ilmu C2 - Memahami Rendah 5 b) Sirah Penguasaan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana 5 c) Sirah Penghayatan Ilmu C6 – Mencipta Tinggi 5 d) Akhlak Islamiyyah Penguasaan Ilmu C4 – Menganalisis Sederhana 5 e) Akhlak Islamiyyah Penguasaan Ilmu C2 - Memahami Rendah 5 f) Akhlak Islamiyyah Penghayatan Ilmu C5 – Menilai Tinggi Jadual 2.3 : Analisis Soalan Subjektif Selepas menganalisis set soalan ini, saya mendapati bahawa guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah memasukkan kesemua bidang dalam Pendidikan Islam dalam soalan yang dibina, Enam bidang tersebut terdiri daripada al-Quran, Hadis, Akidah, Feqah, Sirah dan Akhlak Islamiah. 0 1 2 3 4 5 6 7 al-Quran Hadis Akidah Feqah Sirah Akhlak Islamiah BIDANG BILANGAN SOALAN Soalan Objektif Soalan Subjektif Rajah 2.1 : Carta Bar bilangan soalan mengikut bidang


Di samping itu, set soalan ini juga mengandungi ketiga-tiga bidang penguasaan pembelajaran yang terdiri daripada 3 pekara iaitu : i. Penguasaan Ilmu ii. Penguasaan Kemahiran iii. Penghayatan Ilmu Setiap soalan juga menggunakan elemen-elemen dalam aras kognitif Taksonomi Bloom. Menurut Bloom,B.S (1979), terdapat 6 aras kemahiran dalam domain kognitif iaitu : i. Mengingat ii. Memahami iii. Mengaplikasi iv. Menganalisis v. Menilai vi. Mencipta 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 Penguasaan Ilmu Penguasaan Kemahiran Penghayatan Ilmu BIDANG BILANGAN SOALAN Soalan Objektif Soalan Subjektif 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 BILANGAN SOALAN Soalan Objektif Soalan Subjektif Rajah 2.2 : Carta Bar bilangan soalan mengikut bidang penguasaan Rajah 2.3 : Carta Bar bilangan soalan mengikut aras kognitif


0 10 20 30 40 50 60 Rendah Sederhana Tinggi ARAS KESUKARAN SOALAN PERATUSAN SOALAN (%) Berdasarkan aras kognitif, C1 dan C2 merupakan soalan aras rendah, C3 dan C4 merupakan soalan aras sederhana manakala C5 dan C6 merupakan soalan aras tinggi. Oleh itu, melalui carta kognitif di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set soalan Peperiksaan Akhir Tahun ini mengandungi jumlah soalan aras rendah, sederhana dan tinggi bagi kedua-dua soalan Objektif dan Subjektif seperti berikut 22:12:10 atau dengan nisbah peratusan 50:27:23 atau 5:3:2. Jadual 2.4 : Bilangan item mengikut aras kesukaran Tahap Kesukaran Bilangan item Nisbah RENDAH 22 5 SEDERHANA 12 3 TINGGI 10 2 Jumlah 44 10


3.0 KOMEN DAN CADANGAN Berdasarkan data yang diperoleh selepas membuat analisis soalan Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di atas, terdapat beberapa komen dan cadangan yang ingin diberikan tentang soalan ini. 3.1 BIDANG PENDIDIKAN ISLAM Dalam soalan Objektif, saya dapati soalan yang dibina tidak mengikut susunan bidang dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 1. Hal ini kerana soalan 1 hingga 5 dimulakan dengan bidang Akidah. Walaupun bidang al-Quran merupakan bidang pertama dalam buku teks Pendidikan Islam. Akan tetapi soalan bidang al-Quran berada pada soalan 12 hingga 14. Contohnya seperti soalan di bawah :


Soalan 12 baru lah bermulanya soalan berkaitan bidang Al-Quran. Sedangkan susunan 6 bidang dalam buku teks bermula dengan turutan al-Quran, Hadis, Akidah, Feqah, Sirah dan Akhlak Islamiah. Oleh sebab itu, adalah lebih baik sekiranya soalan yang dibina mengikut susunan bidang seperti yang terdapat dalam buku teks. Dengan cara ini, murid mudah untuk mengenalpasti tajuk yang ditanya dalam soalan peperiksaan. Soalan 1 sepatutnya dimulakan dengan soalan bidang Al-Quran terlebih dahulu, kumudian barulah diikuti dengan soalan akidah dan seterusnya. Selain itu, bilangan soalan yang disoal bagi bidang al-Quran adalah sedikit. Hal ini kerana, bidang al-Quran mempunyai 46 mukasurat dan akan memperuntukkan lebih banyak jam mengajar dalam setahun. Oleh sebab itu, soalan dalam bidang alQuran juga perlulah sesuai dengan peruntukkan jam untuk mengajarnya. Jadual 3.1 : Bilangan Mukasurat Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 Bidang Bilangan Mukasurat Al-Quran 46 Hadis 18 Akidah 24 Feqah 44 Sirah 18 Akhlak Islamiah 24


Dalam bidang Feqah, sebanyak 6 soalan telah dibina. Maka bilangan soalan al-Quran juga perlulah ditambah menjadi 5-6 soalan kerana bilangan mukasurat alQuran dan Feqah adalah sama banyak. Manakala soalan akidah pula terlalu banyak dalam soalan ini iaitu mempunyai 5 soalan dan secara tidak langsung melebihi jumlah masa mengajar yang diperuntukkan. Oleh sebab itu, soalan akidah perlu dikurangkan menjadi 3 soalan kerana nisbah kandungan mukasurat juga sedikit serta sama seperti jumlah mukasurat bidang Sirah yang hanya memperuntukkan 3 soalan sahaja. Selain itu, soalan hadis juga perlu dimasukkan dalam soalan objektif supaya dapat mencapai keseimbangan dalam penilaian mengikut bidang. Hal ini kerana bidang hadis sahaja tidak dimasukkan dalam soalan objektif ini. Sedikit penambahan dan pengurangan perlu dilakukan dalam soalan bahagian objektif supaya ianya menepati keperluan untuk dinilai berdasarkan jumlah jam mengajar dan jumlah mukasurat kandungan setiap bidang. Adapula untuk soalan Subjektif, saya dapati kesemua bidang telah dimasukkan dalam soalan mengikut pembahagian di dalam buku teks. Susunan soalan juga adalah tersusun dan berturutan. Namun begitu, soalan pada bidang al-Quran juga adalah sedikit iaitu sebanyak 3 soalan sahaja. Hal ini menunjukkan soalan al-Quran kurang ditanya dalam kedua-dua soalan objektif dan subjektif. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar menambah bilangan soalan al-Quran dalam set soalan Peperiksaan Pendidikan Islam Tingkatan 1.


3.2 BIDANG PENGUASAAN Berpandukan Modul PIMK 2033R Pentaksiran Pendidikan Islam (2018), saya dapat menganalsis pembahagian bidang penguasaan dalam pentaksiran Pendidikan Islam. Penguasaan ilmu adalah bidang yang paling banyak soalan yang dinilai. Soalan jenis penguasaan ilmu ini memerlukan murid menguasai ilmu tentang fakta-fakta seperti definisi, rukun, syarat, hukum dan sebagainya. Contoh soalan penguasaan ilmu adalah seperti berikut : Soalan tentang penguasaan kemahiran pula antara soalan yang paling sedikit dinilai. Hal ini kerana dalam pendidikan Islam, penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang penguasaan kemahiran dapat dinilai melalui pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar semasa melaksanakan amali seperti wuduk, solat, tilawah dan hafazan al-Quran, tayammum, menyuci najis dan lain-lain. Penguasaan kemahiran ini lebih sesuai dinilai melalui senarai semak dan borang pemerhatian. Oleh itu, sukar untuk menilai pelajar dalam bidang kemahiran dengan menggunakan pentaksiran bertulis seperti Peperiksaan Akhir Tahun ini. Hanya terdapat 1 soalan objektif dan 1 soalan subjektif yang menilai bidang penguasaan kemahiran pada set soalan ini iaitu soalan


yang berkaitan dengan penulisan jawi yang memerlukan kemahiran untuk menukarkannya daripada ejaan rumi kepada jawi. Soalan tersebut seperti berikut : Soalan dalam bidang penghayatan ilmu pula lebih banyak disoal di bahagian Subjektif iaitu 7 soalan berbanding 3 soalan sahaja di bahagian Objektif. Berdasarkan penilaian saya, bidang penghayatan ilmu lebih mudah untuk disoal di bahagian Subjektif kerana soalan jenis ini memerlukan jawapan jenis respon terbuka dan tidak terikat dengan skema jawapan. Hal ini kerana, soalan penghayatan ilmu memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di mana murid perlu berfikir secara kritis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi yang berbeza. Antara contoh soalan berbentuk penghayatan ialah :


3.3 ARAS KOGNITIF DAN KESUKARAN SOALAN BILANGAN SOALAN ARAS KOGNITIF Soalan Objektif Soalan Subjektif Mengingat 4 4 Memahami 6 8 Mengaplikasi 0 1 Menganalisis 7 4 Menilai 3 5 Mencipta 0 2 Aras kognitif Bilangan Item Nisbah Mengingat 8 18.2 Memahami 14 31.8 Mengaplikasi 1 2.3 Menganalisis 11 25.0 Menilai 8 18.2 Mencipta 2 4.5 JUMLAH 44 100 Jadual 3.3 Analisis Aras Kognitif Berpandukan DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 1, saya merujuk kepadanya untuk membantu menentukan aras kognitif yang terdapat dalam set soalan ini. Mengikut analisis yang dibuat di atas, terdapat 8 soalan aras mengingat, 14 soalan aras memahami, 1 soalan aras mengaplikasi, 11 soalan aras menganalisis, 8 soalan aras menilai dan 2 soalan aras mencipta. Aras mengingat dan memahami merupakan soalan aras rendah. Aras mengaplikasi dan menilai merupakan aras sederhana. Aras menilai dan mencipta pula merupakan aras tinggi. Aras mengingat memerlukan murid mengingati semula apa yang telah dipelajari dan mengingat semula fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar.Ia merupakan hasil pembelajaran yang paling rendah dalam domain kognitif. Contoh soalan aras mengingat ialah soalan akidah 3 b) (i) dan soalan 3 dan 4 :


Aras memahami pula memerlukan murid memahami sesuatu perkara dengan baik. Keadaan ini muncul apabila mereka perlu menterjemahkan dan menghuraikan sesuatu konsep yang telah dipelajari . Contoh soalan aras memahami ialah pada soalan 15 dan 16 serta soalan 3 b) (iii):


Aras mengaplikasi pula melibatkan keupayaan murid menggunakan maklumat yang telah dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu. Contoh soalan aras mengaplikasi ialah ketika menggunakan tulisan jawi pada soalan 2 c): Aras menganalisis pula melibatkan kebolehan memecahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian supaya dapat difahami serta mengenalpasti bahagiannya dan analisis perhubungannya dengan konsep-konsep yang telah dipelajari. Contoh soalan aras menganalisis ialah pada soalan 8 dan 9 serta soalan 4 c) :


Aras menilai pula memerlukan murid menilai dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara berdasarkan kefahaman tentang konsep yang telah dipelajari. Contoh soalan aras menilai ialah pada soalan 17 dan 18 serta soalan 3 d): Aras mencipta memerlukan murid untuk berfikir secara kreatif dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran mereka untuk mencipta sesuatu yang


baru dan menyesuaikan dengan konteks semasa dalam kehidupan. Contoh soalan aras mencipta ialah pada soalan 5 c) : Walaubagaimanapun, saya dapati aras kognitif dalam set soalan ini tidak disusun dengan baik di mana permulaan bagi soalan dimulakan dengan aras menganalisis yang mana ianya merupakan soalan aras sederhana. Kemudian diikuti dengan soalan aras rendah. Seperti contoh soalan berikut : Jika dilihat pada soalan 1 dan 2 merupakan aras menganalisis di mana pelajar perlu menganalisis setiap jawapan untuk memilih satu jawapan yang tepat. Akan tetapi pada soalan 3 dan 4 aras yang digunakan ialah aras mengingat yang mana pelajar perlu mengingat maksud beriman kepada Allah dan sumber utama akidah Islam. Soalan tersebut seperti di soalan 3 dan 4 berikut :


Cadangan saya adalah guru perlu menukar soalan 1 dan 2 supaya berada pada aras rendah dahulu kemudian barulah diikuti dengan aras sederhana dan tinggi. Hal ini kerana, soalan yang baik perlu dimulakan dengan soalan aras rendah terlebih dahulu kerana ia boleh membantu membangunkan pemahaman yang lebih mendalam tentang topik tersebut. Dengan bermula dari peringkat rendah, pelajar boleh memperolehi prinsip yang kukuh sebelum melangkah ke peringkat yang lebih kompleks. Ini membantu memastikan mereka memahami konsep asas sebelum beralih ke tahap yang lebih mendalam atau kompleks. Selain itu, bermula dengan soalan aras rendah juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan yang lebih mencabar. Secara menyeluruh, set soalan Peperiksaan Akhir Tahun ini mengandungi jumlah soalan aras rendah, sederhana dan tinggi bagi kedua-dua soalan Objektif dan Subjektif seperti berikut 22:12:10 atau dengan nisbah peratusan 50:27:23. Berdasarkan peratusan ini, dapat disimpulkan bahawa set soalan ini mengandungi soalan aras rendah yang begitu tinggi peratusannya. Kemudian diikuti dengan aras sederhana dan aras tinggi. Hal ini bertepatan dengan apa yang telah digariskan dalam nisbah aras kesukaran ketika pembinaan JSU Pendidikan Islam iaitu nisbah 5:3:2. Oleh sebab itu, soalan ini merupakan soalan yang baik untuk menilai kognitif pelajar dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1.


4.0 PENUTUP Kesimpulannya, soalan peperiksaan akhir tahun bagi subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1 dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ini hanya memerlukan sedikit penambahbaikan jika ingin digunakan semula pada masa hadapan atau disimpan dalam bank soalan. Hal ini supaya perkara yang dinilai dalam pentaksiran akhir tahun mencapai keseimbangan dalam semua aspek iaitu bidang pendidikan Islam, bidang penguasaan, aras kognitif dan aras kesukaran soalan dengan mengikut nisbah soalan yang betul. Di samping itu, soalan yang baik perlu dibina berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk memastikan keadilan dalam soalan penilaian mengikut kepentingan sesuatu topik atau bidang. Selain itu penggunaan JSU penting supaya guru dapat memastikan soalan yang dibina mencerminkan kepentingan dan keperluan pelajar serta memenuhi objektif pebelajaran dengan lebih efektif.


RUJUKAN Bloom, B.S (1979) Taxonomy Of Education Objectives, The Classification Of Education Goals, Hand Book 1 : Cignitive Domain. Usa : Longman Inc. Boon, P.Y, Lee, L.H, Aeria, L.A. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd. Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1. online.fliphtml5.com. (n.d.). https://online.fliphtml5.com/mwpgy/mwgk/#p=1 Modul PIMK2033R Pentaksiran Pendidikan Islam | PDF. (n.d.-a). https://www.scribd.com/document/393074109/8-Modul-PIMK2033RPentaksiran-Pendidikan-Islam Othman, Y. (2005) Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional. SMS Kubang Pasu. Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 1 Pendidikan Islam. https://drive.google.com/file/d/1IqELV2zdG4XNvVB6vKRXs4bxz7CwG596/vie w Sulong, S. C. (2020, January 30). DSKP KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 1 - Suriani Che Sulong: PDF Sou entènèt. AnyFlip. https://anyflip.com/upinz/hffm Taksonomi Bloom. Kemahiran berfikir. (n.d.). http://manaslehan.weebly.com/taksonomi-bloom.html


Click to View FlipBook Version