The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by helwahadzri, 2019-10-17 01:14:49

GARIS PANDUAN HARI INOVASI MRSM SEMPORNA 2019

RUJUKAN WARGA MRSM SEMPORNA

GARIS PANDUAN PENCALONAN DAN PENILAIAN ANUGERAH

HARI INOVASI MRSM UA SEMPORNA 2019

Disediakan oleh: Puan Helwa Fathi Hadzri

Jawatankuasa Pencalonan Anugerah

Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang daripada kamu yang
melakukan kerjanya dengan elok (Itqan)

(Riwayat al Baihaqi)

TUJUAN

Garis panduan disediakan untuk membantu panel pemilihan Anugerah Hari Inovasi di
peringkat jabatan membuat pemilihan dan pencalonan di kalangan guru dan staf MRSM UA
Semporna. Panduan ini memperincikan tatacara pencalonan, format laporan pencalonan dan
proses pemilihan.

OBJEKTIF

Objektif pemberian anugerah kepada guru dan staf MRSM Semporna adalah:

1. Memberi pengiktirafan ke atas sumbangan serta dedikasi guru dan staf dalam
program-program di dalam dan di luar maktab.

2. Menggalakkan persaingan sihat di kalangan guru dan staf bagi memantapkan gerak
kerja demi mencapai tahap profesionalisme yang unggul

KATEGORI ANUGERAH

Kategori anugerah terbahagi kepada 2 iaitu kategori guru dan kategori staf. Berikut ialah
senarai nama dan bilangan anugerah bagi setiap kategori.

Kategori guru

Bil Nama Anugerah Unit
1 Anugerah Kualiti Bulanan (Januari 2019-Oktober 2019) 10
2 Anugerah Guru Serba Boleh 1
3 Anugerah Guru Dedikasi 1
4 Anugerah Guru Kreatif dan Inovasi 1
5 Anugerah Khidmat Masyarakat 1
6 Anugerah Bitara Kokurikulum 1
7 Anugerah Guru Kompeten 1
8 Anugerah Sumbangan Luar 1
9 Anugerah Guru Cemerlang* -
10 Anugerah Sifar Cuti Sakit* -
11 Anugerah Menggunakan Peruntukan Perubatan MARA -

Paling Minima (Januari 2019-Oktober 2019)*

Kategori staf

Bil Nama Anugerah Unit
1 Anugerah Kualiti Bulanan (Januari 2019-Oktober 2019) 10
2 Anugerah Staf Serba Boleh 1
3 Anugerah Staf Dedikasi 1
4 Anugerah Staf Kreatif dan Inovasi 1
5 Anugerah Khidmat Masyarakat 1
6 Anugerah Bitara Kokurikulum 1
7 Anugerah Staf Kompeten 1
8 Anugerah Sumbangan Luar 1
9 Anugerah Staf Cemerlang* -
10 Anugerah Sifar Cuti Sakit* -
11 Anugerah Menggunakan Peruntukan Perubatan MARA -

Paling Minima (Januari 2019-Oktober 2019)*
*Bilangan anugerah ini akan ditentukan berdasarkan data yang dirujuk.

Perincian kriteria bagi setiap anugerah adalah seperti berikut.

Bil Kriteria Anugerah

Anugerah Kualiti Bulanan

1  Calon mempamerkan tindakan inisiatif dan keprihatinan yang melebihi

tanggungjawab biasa bagi jawatannya pada bulan tersebut

Anugerah Guru/Staf Serba Boleh

 Calon mempunyai pengetahuan, bakat dan kemahiran yang luas

2  Calon prihatin dalam hal-hal profesionalisma dan kebajikan organisasi
 Calon menampilkan ciri-ciri sebagai pemimpin

 Calon sentiasa membantu pihak pengurusan dan rakan sekerja dalam

mengendalikan program dalam atau luar maktab

Anugerah Guru/Staf Dedikasi

 Calon mengamalkan budaya membimbing rakan sekerja

 Calon mempunyai sikap yang pantas dan responsive

3  Calon mempunyai hala tuju yang jelas tentang dirinya dan bersedia

memberi sumbangan kepada organisasi

 Calon mempunyai keupayaan tinggi untuk memahami sesuatu situasi di

jabatan/maktab

Anugerah Guru/Staf Kreatif dan Inovasi

 Calon menghasilkan inovasi dan kreativiti sendiri yang boleh diterapkan

4 dalam pengurusan organisasi dan mendatangkan impak positif
i. Bidang kerja hakiki (pengajaran dan pembelajaran / pentadbiran)

ii. Penghasilan modul/aplikasi/web/media sosial pembangunan

diri/maktab/organisasi

Anugerah Khidmat Masyarakat

 Calon terlibat dengan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat dan kebajikan di

5 luar maktab samada dalam atau luar negara.

 Calon mempamerkan sikap sukarelawan yang tinggi

Anugerah Bitara Kokurikulum

 Calon bergiat aktif di dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di dalam atau

6 luar maktab

 Penglibatan calon mendapat pengiktirafan di peringkat maktab atau lebih

tinggi (daerah/negeri/kebangsaan)

Anugerah Guru/Staf Kompeten

 Calon sentiasa bersedia membantu pihak pengurusan dalam aktiviti dalam

atau luar maktab.

 Calon mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab dengan baik

7 dan lancer
 Calon dapat membina nilai-nilai kerjasama dan berpasukan

 Calon dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan semua golongan

di dalam atau luar maktab

 Calon mengamalkan dan menyelaraskan aktiviti dalam atau luar maktab

secara teratur

Anugerah Sumbangan Luar

 Calon aktif menyertai aktivitikebajikan/pembelajaran/pentadbiran/dsbgnya

di peringkat jabatan/maktab/oragnisasi

8 i. Dalam negara
ii. Luar negara

 Calon gigih memberi komitmen dan sumbangan kepada organisasi luar

selain MARA

 Calon mewakili jabatan/maktab

Anugerah Guru/Staf Cemerlang

 Calon memiliki keperibadian, komitmen serta memainkan peranan utama

serta mampu menghasilkan kerja yang berkualiti bagi meningkatkan imej

MRSM UA Semporna mahupun MARA.

9  Calon menjadi contoh dan rujukan oleh rakan sekerja.
 Calon bekerja secara bijak dan positif dalam melibatkan diri di dalam

aktiviti dalam dan luar maktab.

 Calon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib

 Calon berjasa kepada organisasi atau masyarakat luar di luar bidang tugas

sedia ada dan memberikan imej yang tinggi kepada organisasi

Anugerah Sifar Cuti Sakit

10  Calon tidak pernah menggunakan kemudahan cuti sakit sepanjang tahun
2019

 Penilaian dikira dari bulan Januari 2019 hingga Oktober 2019

Anugerah Menggunakan Peruntukan Perubatan MARA Paling Minima

11  Calon tidak perrnah menggunakan atau menggunakan peruntukan
perubatan MARA paling minima sepanjang tahun iaitu bawah RM100.

 Penilaian dikira dari bulan Januari 2019 hingga Oktober 2019

BENTUK PENGIKTIRAFAN ANUGERAH

1. Sijil penghargaan
2. Plak

TINDAKAN KETUA JABATAN/PEGAWAI TADBIR KANAN

1. Memaklumkan dan membuta hebahan kepada ahli-ahli jabatan tentang penyertaan
ahli jabatan untuk anugerah.

2. Mencalonkan ahli jabatan untuk menyertai anugerah (ahli-ahli jabatan boleh
mencalonkan diri sendiri dengan perakuan ketua jabatan)

3. Melantik panel penilai di peringkat pihak pengurusan yang terdiri daripada Pengetua
dan Timbalan pengetua.

CARTA ALIR KERJA PENCALONAN ANUGERAH HARI INOVASI MRSM UA
SEMPORNA 2019

Mula

Urus setia menerima maksimum 3 pencalonan dari 5 jabatan untuk
setiap anugerah

Penyaringan di peringkat urus setia kepada 10 calon setiap anugerah

Pihak pengurusan memutuskan 3 calon untuk setiap anugerah yang
layak untuk pertimbangan peringkat akhir

Pembentangan calon-calon peringkat akhir

Pihak pengurusan bersidang untuk menentukan pemenang anugerah
Penyampaian anugerah dalam Hari Inovasi MRSM UA Semporna

2019
Tamat


Click to View FlipBook Version