The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Silat Cekak Hanafi, 2024-05-10 11:09:17

Buku Cenderamata IPGU 2024

Buku Cenderamata IPGU 2024

Istiadat Perisytiharan Guru Utama Silat Cekak Hanafi 11 Mei 2024, Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur Pemimpin Agung Silat Cekak Hanafi Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, bagi penuntut Silat Cekak Hanafi merupakan pemimpin agung dalam dunia persilatan Melayu. Pemimpin agung bermaksud, beliaulah orang yang menghidupkan kembali pusaka bangsa seni bela diri orang Melayu yang mampu menjaga diri dan membela diri pengamalpengamalnya. Ini dibuktikan apabila Silat Cekak ini dilahirkan kembali pada malam 5 Ramadhan 1385 hijrah, bersamaan dengan 28 Disember 1965. Pemimpin agung juga bermaksud, beliaulah orang yang pertama dapat menggunakan keseluruhan daya kreativiti yang dikurniakan Allah untuk menggubal satu jenis sistem pelajaran dan pembelajaran persilatan serta tatacara persilatan yang tersusun dan dapat dinilai oleh orang ramai tentang kelebihan dan keupayaan silat Melayu sebagai senjata mempertahankan diri. Akhir sekali, pemimpin agung juga bermaksud, beliaulah orang yang berjaya meletakkan seni silat Melayu yang sesuai dengan pengurusan organisasi moden. Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad merupakan anak jati Negeri Kedah. Lahir di Kampung Sungai Baru, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah pada tahun 1923. Sesuai dengan zaman ketika itu, beliau mendapat pendidikan awal di sekolah aliran Melayu Kampung Gunung Alor Setar, Kedah dan seterusnya belajar agama di beberapa buah pondok dengan beberapa orang Tok Guru Ulamak di Kedah. Berkat usaha dan kesabaran beliau akhirnya dengan izin Allah, Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad bertemu dengan Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman yang berjaya menjelaskan dan menyimpulkan hakikat ketuhanan kepada Allah Taala dengan menggunakan kitab Hikam Ibni Ataillah Proses pencarian untuk mendapatkan silat yang benar-benar bertanggungjawab membela diri juga memerlukan Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad sekali lagi merantau menjadi murid suruhan guru, menuntut pelbagai ilmu bela diri orang Melayu dan menjual ubatan seluruh tanah air. Akhirnya dengan izin Allah beliau bertemu dengan Encik Yahya Said yang mempunyai sejenis bela diri yakni Silat Cekak yang menunggu untuk menurunkan silat ini kepada yang hak. Penguasaan bahasa Melayu yang baik merupakan aset bagi Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad mengungkapkan kembali pelajaran Silat Cekak dalam bahasa yang ringkas lagi tepat seperti yang terbukti dalam pantun Silat Cekak dan falsafah Silat Cekak. Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad pulang ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986 di Kuala Lumpur pada usia 63 tahun.


Istiadat Perisytiharan Guru Utama Silat Cekak Hanafi 11 Mei 2024, Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur Lagu Rasmi Silat Cekak Hanafi Penuh kesetiaan dan perpaduan Kita junjung hasrat semua Kepada guru, ibu dan bapa Jasamu tetap dikenang Kita bersatu bicara benar Tindak dengan bijaksana Silat Cekak Ustaz Hanafi Peneraju warisan mutlak Kita menjaga keselamatan diri Penuh semangat yang suci Dengan asuhan jasmani dan rohani Itulah amalan kami Kita berani dan beramanah Mendukung wawasan mulia Seni budaya pusaka kita Untuk bangsa, agama dan Negara Lagu dan lirik oleh Johari Salleh Pantun Silat Cekak Hanafi Lahirnya Cekak kerana kesedaran Bukan bermusuh sebagai tujuan Untuk mendaulatkan seni kebangsaan Menyesuaikan dengan makna kemerdekaan Sebenar guru ada Hakikat Dikuat pula amalan Syariat Ditambah pula Ilmu Makrifat Berpakaian pula dengan Isyarat Silat Cekak benar-benar asli Tidak bercampur hak luar negeri Hendaklah belajar bersungguh hati Untuk menjaga diri sendiri Wajiblah menjaga diri sendiri Menerima amanah Tuhan Rabbi Supaya menjadi mukmin sejati Demi menegak Islam yang suci Silat Cekak tersangatlah mudah Bagi mereka yang mendapat hidayah Sungguhpun begitu hendaklah tabah Insya Allah mendapat faedah Taat ke guru membawa berkat Sedikit belajar banyak yang dapat Jika menderhaka menjadi mudarat Semua ilmu tiada yang lekat Silat Cekak pada lahirnya Pengertian gerak pada batinnya Hendaklah mahir seluruh anggotanya Hendaklah jujur pada jiwanya Dua ibu bapa tak boleh derhaka Besar jasanya kepada kita Kalau menderhaka bahaya menimpa Di Akhirat kita masuk neraka Karya Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad


Istiadat Perisytiharan Guru Utama Silat Cekak Hanafi 11 Mei 2024, Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur Ahli Majlis Muafakat Tertinggi 1. Guru Utama atas jawatan 2. Tn. Hj. Amruddin Bin Hj. Buang 3. YB. Dato' Hj. Md Nasir Bin Md Arshad 4. Tn. Hj. Kamarul Baharaini Bin Abd. Latiff 5. En. Kamaruzaman Bin Hj. Ahmad 6. Tn. Hj. Amrahi Bin Hj. Buang 7. Tn. Hj. Che Yusof Bin Che Mat 8. En. Yahya Bin Abdul Rahman 9. En. Radzif Bin Muhammad 10. En. Mohd Fadzul Bin Mohidin 11. En. Nor Azlan Shah Bin Abdull Gaffoor 12. En. Norhaiby Bin Mohd Shariff 13. En. Roslan Bin Abdul Rashid 14. En. M. Razali Bin Jamaluddin 15. En. Mohammad Rais Bin Abu Noh 16. Tn. Hj. Amir Firdaus Bin Nordin 17. Tn. Hj. Noor Zainee Shah Bin Ibrahim 18. En. Roslan Zairi Bin Ahmad Zawawi 19. En. Raemy Bin Md Zein 20. En. Mohd Hilmi Bin Muda 21. En. Halim bin Che Rose


Istiadat Perisytiharan Guru Utama Silat Cekak Hanafi 11 Mei 2024, Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur Aturcara Majlis Masa Agenda 2:00 petang : Ketibaan Ahli-ahli Silat Cekak Hanafi 2:15 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan & Dif-diff kehormat 2:30 petang : Perarakan masuk Ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) 2:35 petang : Nyanyian Lagu ‘Peneraju Warisan Mutlak’ 2:40 petang : Ucapan Alu-aluan Pengrusi Majlis 2:45 petang : Bacaan Doa 2:50 petang : Pengisytiharan Guru Utama Silat Cekak Hanafi oleh Setiausaha MMT (En. Mohd Rais bin Abu Noh) 3:00 petang : Lafaz Ikrar YM Guru Utama Silat Cekak Hanafi 3:10 petang : Upacara menandatangan Surat Cara 3:15 petang Ucapan Tahniah oleh Presiden (Tn Hj Amrahi bin Haji Buang) 3:35 petang : Ucaptama YM Guru Utama Silat Cekak Hanafi 4:00 petang Pengurniaan Tauliah Pelantikan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib 4:20 petang : Sesi Bergambar 4:30 petang : Sidang Media 5:00 petang : Jamuan & Bersurai


Istiadat Perisytiharan Guru Utama Silat Cekak Hanafi 11 Mei 2024, Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur Ruang Tandatangan


Istiadat Perisytiharan Guru Utama Silat Cekak Hanafi 11 Mei 2024, Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur


Click to View FlipBook Version