The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hakimrozlan53, 2022-05-29 12:15:51

SUKAN DAN PERPADUAN

Sukan Dan Perpaduan

SUKAN DAN
PERPADUAN

◦ BY GROUP E
◦ Muhammad Muttaqin Bin Haswadi
◦ Jesurun Shailesh Edwin A/L David
◦ Muhammad Hakim Bin Rozlan

PENGENALAN

◦ Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang
membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai
sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.Terdapat pelbagai jenis sukan, dan
kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.
Selain itu, kita akan kekurangan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita. Sukan dapat juga menjadi sumber
pendapatan. Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain
manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik
dalam catur. Walau bagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.Perbezaan
antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak
mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina
kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

DEFINISI Perpaduan merupakan penyatuan, dan darjah serta
PERPADUAN jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran mereka.[1] Ia merujuk
kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan
manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Selain Itu, asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat
berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia
mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan
nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi
masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat
beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang
kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Kepentingan Menyemarakkan semangat patriotik dan
Sukan Terhadap perpaduan negara.
Dapat memupuk perpaduan bagi kalangan
Perpaduan masyarakat.
Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad
kepada aktiviti tertentu.
Dapat membuka peluanhg yang meluas
bagi individu yang ingin menonjolkan
bakat di dalam aktiviti sukan.

TEMASYA SUKAN
ANTARABANGSA

SUKAN
OLIMPIK

Pengenalan Sukan Olimpik

◦ Sukan Olimpik merupakan sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun.
Sukan ini bermula dari Yunani Purba, di hidupkan semula oleh seorang
bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini
yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun
sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk
dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak
dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.

SUKAN
KOMANWEL

Pengenalan Sukan Komanwel

◦ Sukan Komanwel merupakan acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun
sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel
biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi
yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.Mulanya acara yang
dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 diHamilton, Ontario, Kanada.
Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada
Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.

SUKAN
ASIA

Pengenalan Sukan Asia

◦ Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun dalam
kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Sukan Asia dikawal oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) di bawah
pengawasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC). Pingat akan dianugerahkan dalam setiap acara
dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk tempat kedua dan gangsa untuk tempat ketiga, suatu
tradisi bermula sejak tahun 1951.Atlet perlu didaftarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC)
mengikut kewarganegaraan atau kerakyatan. Lagu kebangsaan dan bendera mengiringi upacara
pemberian pingat dan angka yang diatur mengikut sistem pemberian pingat setiap negara yang
memungut pingat. Secara umumnya, negara berdaulat sahaja dibenarkan mengambil bahagian.Hal yang
istimewa ialah apabila Taiwan dibenarkan turut serta dan namanya digelar China Taipeiberdasarkan
status politik Taiwan yang belum tetap. Sukan ini telah didominasikan oleh atlet dari Jepun,Republik
Rakyat China, dan Korea Selatan.

SUKAN
SEA

Pengenalan Sukan ◦ Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA),
Sea merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang
membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada
dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan
kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis
Olimpik Asia.Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama
Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22
Mei1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara
menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan
perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan
pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh
Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik
Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan
untuk negara semenanjung Asia Tenggara

Kebaikan- kebaikan sukan dalam membentuk
perpaduan

Dapat memperkayakan kebaikan bidang sukan terhadap
perpaduan.

Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sukan.

Dapat memperkukuhkan organisasi/persatuan sukan.
Memperluaskan cabang penyertaan sukan untuk
masyarakat.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version