The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOD: PAKK2372D
KURSUS: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

NAMA PELAJAR: SUARTATI & RONAHLIZAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suartatizainuddin, 2023-11-21 08:40:23

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK (BROSUR)

KOD: PAKK2372D
KURSUS: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

NAMA PELAJAR: SUARTATI & RONAHLIZAH

NAMA: SUARTATI ZAINUDDIN NO. KP: 900908125588 ANGKA GILIRAN: 2022012380013 NAMA: RONAHLIZAH BINTI MUTANG NO. KP: 840627126106 ANGKA GILIRAN: 2022012380009 NAMA PENSYARAH: DR LIONG KON THAI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS PAKK2372D TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, LOCKED BAG NO.11, 89009, KENINGAU, SABAH TARIKH HANTAR: 11 NOVEMBER 2023


KANAK-KANAK BERKEPERLUANKHAS


DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS “kanak-kanak berkeperluan khas” sebagai istilah yang merangkumi semua kanak-kanak, pelajar atau orang yang mempunyai keperluan yang mempunyai keperluan pendidikan khas dari kepelbagaian bahasa, budaya, sosioekonomi, jantina dan latar belakang agama yang berbeza. Selain itu istilah ini juga meliputi kanak-kanak yang mengalami gangguan perkembangan lain yang berbeza sifat dan darjahnya yang merangkumi terencat akal, cacat penglihatan, kecacatan pendengaran, kecacatan fizikal, kesukaran berkomunikasi atau gangguan emosi dan tingkah laku. kanak-kanak berkeperluan khas merupakan sebahagian daripada golongan orang kurang Upaya (OKU) iaitu golongan minoriti yang memerlukan perlindungan dan bantuan sama seperti orang asli, wanita dan kanak-kanak. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa dalam Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), kanakkanak berkeperluan pendidikan khas adalah kanak-kanak yang autism, terencat akal, kecacatan pendengaran termasuk pekak, kecacatan pertuturan, kecacatan penglihatan, gangguan emosi yang serius, kecacatan ortopedik, perkembangan lewat, kecederaan trauma otak, masalah kesihatan lain, masalah pembelaajran spesifik dan mereka yang disenaraikan ini layak untuk menerima pendidikan khas dan perkhidmatan yang berkaitan. ·Ketidakupayaan pendengaran ·Ketidakupayaan penglihatan ·Ketidakupayaan pertuturan ·Ketidakupayaan fizikal ·Masalah pembelajaran ·Kurang Upaya mental ·Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) Tan Wai Qian & Khairul Farhah Khairuddin (2023) Yusof, N. I., & Ismail, H. (2020) SENARAI KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MENGIKUT KATEGORI, CIRI-CIRI DAN MASALAH PERKEMBANGAN DALAM PEMBELAJARAN


MURID BERKEPERLUAN KHAS DEFINISI CIRI-CIRI MASALAH PENDENGARAN MENGIKUT TAHAP JENIS-JENIS MASALAH KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN KESAN MASALAH PENDENGARAN BAGI KANAK-KANAK TANDA-TANDA DAN SIMPTOM MASALAH PENDENGARAN BAGI KANAK-KANAK


Sumber: Nur Syuhada Mohd Rosli. (2014). Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/pendidikan-anak-bermasalah-pendengaran/ MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) KURANG UPAYA PENDENGARAN JENIS-JENIS MASALAH KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN Murid bekeperluan khas (MBK) kurang Upaya pendengaran merupakan murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan Kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan pendengaran (Warta Kerajaan Persekutuan, 2013) CIRI-CIRI MASALAH PENDENGARAN MENGIKUT TAHAP Sumber: Nur Syuhada Mohd Rosli. (2014). Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/pendidikan-anak-bermasalah-pendengaran/) KESAN MASALAH PENDENGARAN BAGI KANAKKANAK TERHADAP PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Pengesanan awal masalah pendengaran adlaah sangat penting. Bagi kanak-kanak yang dikelapasti bermaslaah pendengaran dan mendapat intervensi seawall umur 6 bulan berpotensi untuk bertutur dan mempunyai tahap perkembangan Bahasa pada tahap yang sama dengan kanak-kanak yang memiliki tahap pendengaran yang normal. TANDA-TANDA DAN SIMPTOM MASALAH PENDENGARAN BAGI KANAK-KANAK Tidak terkejut atau terjaga daripada tidur oleh bunyi yang kuat Tindak balas yang tidak konsisten terhadap bunyi Tidak memperdulikan anda apabila dipanggil Tidak bertutur pada usia 18 bulan Kelihatan seperti tidak memberi perhatian Sentiasa menaikkan bunyi televisyen atau tablet atau telefon bimbit Sentiasa meniru perbuatan bunyi orang lain untuk mengikut arahan Membaca gerak bibir terutamanya apabia berkomunikasi Bercakap dengan kuat Mempunyai kesalahan dalam sebutan Sering salah faham dalam memahami arahan Kerap meminta lain untuk mengulang Mempunyai kelambatan bertutur berbanding adik-beradik yang lain Menunjukkan prestasi akademik yang lemah atau guru mengadu tentang tingkah laku mereka di sekolah Sumber: Universiti Kebangsaan Malaysia. (n.d). Retrieved from https://www.ukm.my/ihears/ms/masalah-pendengaran/ Sumber: Nur Syuhada Mohd Rosli. (2014). Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/pendidikan-anak-bermasalah-pendengaran/


FAKTOR LAIN YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH PENGLIHATAN KANAK-KANAK Definisi Jenis ketidakupayaan pendengaran Faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan penglihatan kepada kanakkanak CIRI-CIRI DAN MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN BAGI KANAK-KANAK KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN LOGO HERE


KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN DEFINISI Kurang Upaya penglihatan: masalah penglihatan ditakrifkan sebagai penglihatan walaupun dengan cermin mata, penglihatan adalah lebih teruk daripada 6/18 pada kedua-dua belah mata atau buta di sebelah mata sahaja. Ia termasuk penglihatan terhad dan buta. Penglihatan terhad: seseorang dengan penglihatan terhad bermaksud seseorang yang tidak dapat melihat dengan jelas walaupun selepas rawatan dan penggunaan cermin mata atau kanta lekap. Penglihatan terhad ditakrifkan sebagai penglihatan lebih teruk daripada 6//18 tetapi sama atau lebih daripada 3/60 pada kedua belah mata walaupun dengan memakai cermin mata. Kebutaan: kebutaan adalah ditakrifkan sebagai penglihatan walaupun dengan cermin mata, penglihatan lebih teruk daripada 3/60 pada keduadua belah mata. Buta di sebelah mata. Lain-lain gangguan penglihatan kekal. Ketidakupayaan penglihatan boleh didefinisikan sebagai: Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (2016) JENIS KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN Menurut World Health Organization (WHO), ketidakupayaan penglihatan terbahagi kepada 2 kategori iaitu rabun dan buta (Wei, Y. S., & Alias, A. (2023). Rabun: Seseorang yang rabun masih mempunyai sisa penglihatan setelah menjalani rawatan atau menggunakan alat bantu untuk melakukan tugas harian seperti membaca, menulis, mengira dan berkomunikasi. Buta: Ketidaupayaan untuk melakukan tugasan harian dengan menggunakan penglihatan dan mereka hanya bergantung kepada deria sentuhan serta pendengaran. Dalam konteks pendidikan khas, ketidakupayaan penglihatan merujuk kepada mereka yang kurang Upaya penglihatan belajar melalui kaedah tektual, auditori dan pengalaman estetik tanpa memerlukan daya penglihatan (Nur Khairul Nisha Roslan & Haris Abd Wahab, n.d) FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA GANGGUAN PENGLIHATAN PADA KANAK-KANAK Penyakit-penyakit genetik seperti retinitis pigmentosa. Gangguan perkembangan mata Ketika kelahiran pramatang seperti retinopati pramatang. Penyakit neurologi. Jangkitan pada mata ketika proses kehamilan dan didalam kandungan seperti rubella, cytomegalovirus, penyakit bawaan seks. Kecacatan pembentukan mata seperti microphthalmia dan anophthalmia Kerosakan atau kecederaan pada mata, system saraf optic dan bahagian otak yang menjadi pusat proses penglihatan. Penyakit biasa pada kanak-kanak seperti congenital glaucoma, katarak dan kanser mata (retinoblastoma). Hafiz Ithnin. (2021, Februari 15), MyMetro FAKTOR LAIN YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH PENGLIHATAN KANAK-KANAK Ralat Reflaktif (rabun) Juling Amblyopia (mata malas) Ptosis (mata kuyu) Penyakit mata: ketarak Sumber: MyHEALTH, KPM (2015) http://www.myhealth.gov.my/kabur-penglihatan-di-kalangan-kanakkanak/ CIRI-CIRI DAN MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN BAGI KANAK-KANAK KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN Kedudukan kepala yang abnormal (kepala senget/teleng) ketika memberi fokus. Contohnya semasa menonton televisyen dan membaca. Juling. Membaca atau menulis pada jarak yang sangat dekat antara muka dan bahan bacaan. Kesilapan atau lambat menyalin apa yang ditulis oleh guru di papan hitam/putih. Gemar menonton televisyen pada jarak yang dekat dan jika mereka dijauhkan dari televisyen anak gemar mengecilkan mata untuk memfokus. Selalu menggosok mata walaupun bukan Ketika mengantuk dan kerap mengerdipkan mata. Sensitif kepada cahaya. Mata kerap berair secara berlebihan. Gemar menutup sebelah mata Ketika memfokus. Contohnya Ketika membaca atau menonton televisyen. Mengelak atau tidak gemar dengan aktiviti dekat seperti mewarna dan mebaca atau aktiviti jauh seperti bermain bola. Kerap mengadu sakit kepala atau mata sakit atau penat. Sukar menganggar jarak. Mengadu melihat objek menjadi dua (double vision). Sumber: Fadhliah Husin. (2015). Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/kaburpenglihatan-di-kalangan-kanak-kanak/


PERTUTURAN KETIDAKUPAYAAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) KETIDAKUPAYAAN PERTUTURAN Definisi Kategori ketidakupayaan pertuturan Ciri-ciri ketidakupayaan pertuturan Masalah perkembangan dalam pembelajaran


KETIDAKUPAYAAN PERTUTURAN Kategori petidakupayaan pertuturan: Kurang Upaya pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan ganggunan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak, hendaklah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun keatas dan sekiranya ada kemusykilan, pakar Otorinolaringologi hendaaklah dirujuk. Ketidakupayaan pertuturan juga bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Situasi ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak , haruslah berdasarkan penilaian pada umur lima (5) tahun ke atas atau umur yang lebih awal bagi kes tertentu yang disahkan oleh pakar. Sumber: Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (2019) Sumber: Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (2019) Ciri-ciri masalah pembelajaran Sumber: Nur Amirah, Noor Shaiera & Nur Fadhzilah (2019) Sumber: Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) Masalah perkembangan dalam pembelajaran akibat ketidakupayaan pertuturan


KETIDAKUPAYAAN FIZIKAL MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) Definisi Ciri-ciri MBK ketidakupayaan Fizikal


Definisi Ketidakupayaan fizikal merupakan kecacatan anggota badan misalnya penyakit polio, kudung, distrofi otot, dan sebagainya. Kanak-kanak keperluan khas kurang upaya fizikal mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu yang membezakan mereka dari kanakkanak yang mempunyai kemampuan fizikal normal. Ciri-ciri ini boleh melibatkan perkembangan motor kasar, daya tahan fizikal, dan kemahiran motor halus. Ciri-ciriMBK Ketidakupayaan Fizikal Perkembangan motor kasar yang lambat . Contohnya kemahiran berjalan, berlari atau melompat. Kesukaran dalam mengawal gerakan dan koordinasi badan Kemahiran motor halus terjejas contohnya menulis, menggunting atau mengawal objek kecil kurang berkembang dengan baik. Daya Tahan Fizikal Rendah, kanak-kanak cepat letih dan memerlukan lebih banyak masa rehat berbanding kanak-kanak lain. Kesukaran melakukan aktiviti harian seperti berpakaian, menyapu, atau mengambil barang memerlukan lebih banyak bantuan atau masa. Kesukaran dalam menyertai aktiviti sukan dan permainan fizikal. Kanak-kanak yang memerlukan peranti bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau pejalan kaki untuk membantu pergerakan mereka. Kanak-kanak kurang upaya fizikal menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan rakan sebaya, terutamanya apabila mobiliti mereka terhad.


Ciri-ciri MBK Ketidakupayaan Fizikal


DEFINISI CIRI-CIRI MURID MASALAH PEMBELAJARAN MASALAH PEMBELAJARAN M U R I D B E R K EPE R L U A N K H A S ( M B K )


CIRI-CIRI KANAKKANAK MBK MASALAAH PEMBELAJARAN Lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi. Lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan. Menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira. Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yang mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama orang lain. MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) MASALAH PEMBELAJARAN Lemah dalam pengamatan tumpuan. Kurang memberi perhatian terhadap persekitaran. Daya ingatan lemah. Lemah dalam pemikiran atau pengolahan. Kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Darjah kecerdasan (IQ) 50 – bagi murid Down Sindrom. Tidak dapat melakukan tugasan jika arahan yang banyak. Kognitif - Menghadapi masalah 3M (membaca, menulis dan mengira). Masalah oral / lisan. Tahap penguasaan matematik rendah – pengiraan fakta asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Masalah mengira – diskalkulia. Kesukaran memahami apa yang dibaca. Mengalami masalah disleksia. Kesukaran dalam memahami struktur bahasa seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Masalah memegang pen atau pensel ketika menulis. Menulis huruf yang berlainan saiz. Sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair. Akademik - DEFINISI Menurut Buku Panduan Pengoperasian PPKI (2015), masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Masalah pembelajaran merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau mengira. Kurang berkesan untuk berinteraksi dengan orang lain. Kemahiran sosial yang lemah. Kurang upaya untuk menjalin hubungan sosial yang baik dengan orang lain. Tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif. Tidak dapat mengenal pasti model rakan sebaya yang baik untuk dicontohi. Harga-diri (self-esteem) rendah. Bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. Kurang bermotivasi untuk belajar. Sosial dan emosi – Mempunyai masalah sukar memberi tumpuan perhatian - hiperaktiviti (ADHD) Mudah terganggu oleh tingkah laku rakan. Terlalu aktif dan resah. Tidak mengikut arahan. Suka mengganggu rakan sebaya. Pendiam. Tidak suka bergaul dengan orang lain. Cepat emosi. Tingkah laku – Ciri-ciri murid masalah pembelajaran dari segi;


MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) MASALAH PEMBELAJARAN KANAK-KANAK INI MEMERLUKAN PERHATIAN DAN KEPRIHATINAN YANG LEBIH DARIPADA MASYARAKAT TERHADAP MASALAH YANG MEREKA HADAPI SUPAYA DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN BERSAMA ORANG LAIN. Disklesia / dyslexia Sindrom down / down syndrome Autisme / autism Palsi sereberal / cereberal palsy Lembam / slow learners Hiper aktif / hyperactive Pintar cerdas / gifted Sindrom kurang data tumpuan dan hiperaktif / attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) Terencat akal / mental retardation


Diantara ketidakupayaan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut: HIPERAKTIF (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD) Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasand, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan marah dan tekanan. Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu mendidik murid ADHD. Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali. Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanakkanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik. Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang MBK MASALAH PEMBELAJARAN bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin. Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak. AUTISME DISLEKSIA


MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) CONTACT US KURANG UPAYA MENTAL Kanak-kanak dari kategori ini biasanya menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecederaan, warisan baka keluarga,kekurangan zat dan gangguan hormon. Merupakan kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan 35 – 85. Ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecacatan intelektual secara amnya cara pembelajaran dan kebolehan mereka untuk berkembang dengan lebih perlahan daripada kanak-kanak lain. Kanak-kanak yang kurang upaya intelektual biasanya akan mengalami kesukaran belajar dan menjalankan aktiviti dalam kehidupan seharian.


01 02 03 04 Ciri yang boleh dilihat dari kanak-kanak dengan gangguan mental termasuk: Kurang koordinasi motor dan sukar menumpukan perhatian Kemahiran membaca dan berbahasa yang lemah Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru


Muridberkeperluankhas(mbk) kurangupaya pelbagai (multipledisabilities) DEFINISI CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS KURANG UPAYA PELBAGAI (MULTIPLE DISABILITIES)


Kurang upaya pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan. Definsi MBK Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) CIRI-CIRI BAGI MBK INI ADALAH MANA-MANA KOMBINASI KETIDAKUPAYAAN YANG DINYATAKAN.


RUMUSAN Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini berada di sekeliling kita dan jumlahnya semakin bertambah dengan meningkatnya tahun ke tahun. Terdapat banyak faktor peningkatan kelahiran kanakkanak ini seperti faktor usia ibu, masalah kesukaran semasa kelahiran, pemakanan, pencemaran alam sekitar mahupun baka. Kanak-kanak ini mungkin jiran kita, sanak-saudara, murid- murid mahupun bakal anak didik. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani anak-anak bermasalah pembelajaran ini untuk masa depan mereka yang lebih baik. Kepelbagaian masalah pembelajaran bukanlah satu alasan untuk bakal pendidik menjadikan anak-anak bermasalah ini seorang manusia. Cabaran dan halangan mesti dilalui untuk memaknakan kehidupan mereka. Setiap masalah pembelajaran mempunyai rawatan tertentu untuk mengurangkannya dan mengelak daripada terjadi. Oleh itu, langkah demi langkah perlu diikuti supaya masalah pembelajaran yang berlaku ini dapat dikurangkan.


Tan Wei Qian & Khairul Farhah Khairuddin. (2023). Penerimaan guru tadika terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di Kota Bharu, Kelantan. Jurnal Dunia Pendidikan. 5(1), 710 – 724 Yusof, N. I., & Ismail, H. (2020). Kekangan guru tadika untuk menerima kanak-kanak berkeperluan khas: The barriers faced by kindergarten teachers in accepting children with special needs. Southeast Asia Early Childhood Journal, 9(2), 120-131. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (B.P.K.K). (2016). Manual penggunaan: Kanak-kanak bermasalah penglihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia Wei, Y. S., & Alias, A. (2023). Cabaran Menggunakan Alat Bantu Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Pendidikan Khas Penglihatan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002240-e002240. Hafiz Ithnin. (2021, Februari 15). Kesan awal gangguan penglihatan anak. MyMetro Nur Khairul Nisha Roslan & Haris Abd Wahab. (n.d). Pencapaian akademik pelajar kurang Upaya penglihatan yang mengikuti Program Pendidikan Khas. The Malaysian Journal of Social Administration. 9(1), 45 – 64 Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya. (2019). Garis Panduan Pendaftaran Orang Kurang Upaya. Jabatan Kebajikan Masyarakat. Institut Pendidikan Guru. (2011). Modul Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). KPM Nur Amirah, Noor Shaiera & Nur Fadhzilah. (2019). PKUK3103 Kanak-kanak masalah pertuturan. [PowerPoint slides]. Scribd. https://www.scribd.com/presentation/409467076/Kanak-kanak-Masalah-Pertuturan Nur Syuhada Mohd Rosli. (2014). Pendidikan anak bermasalah pendengaran. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/pendidikan-anak-bermasalah-pendengaran/ Fadhliah Husin. (2015). Kabur penglihatan di dalanga kanak-kanak. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/kabur-penglihatan-di-kalangan-kanak-kanak/ Universiti Kebangsaan Malaysia. (n.d). Masalah pendengaran. Retrieved from https://www.ukm.my/ihears/ms/masalah-pendengaran/ Karen So Yongfen. (2014). Kategori & Ciri-ciri Kanak-Kanak Keperluan Khas. Retrieved from https://www.slideshare.net/KarenYongfen/kategori-kanakkanak-keperluan-khas Akhi Muhammad Aiyas. ( 2011). Jenis & Ciri-ciri Kanak-Kanak Keperluan Khas. Retrieved from https://www.scribd.com/presentation/56387182/Jenis-Ciri-Kanak-kanak-Berkeperluan-Khas Siti Khadijah Binti Muhammad. (2019). Kemudahan Fasiliti Orang Kelainan Upaya Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 105. Malaysia Education Blueprint 2013 - 2015. (2013) Program Pendidikan Khas Integrasi Bahasa Melayu. Retrieved from https://khasmawatilahuri.files.wordpress.com/2012/11/ppki.pdf Buku: Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa, Jamila Mohd Kutty. Retrieved from SENARAI RUJUKAN


Click to View FlipBook Version