The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOD KURSUS: PAKK2223D<br>NAMA KURSUS: ASUHAN DAN DIDIKAN DALAM PAKK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suartatizainuddin, 2023-03-28 19:03:49

TUGASAN 2: KERJA LAPANGAN

KOD KURSUS: PAKK2223D<br>NAMA KURSUS: ASUHAN DAN DIDIKAN DALAM PAKK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, LOCKED BAG NO.11, 89009 KENINGAU, SABAH PAKK2223D ASUHAN DAN DIDIKAN DALAM PAKK TUGASAN 2: KAJIAN LAPANGAN Nama : SUARTATI ZAINUDDIN No. K/P : 900908125588 Angka Giliran : 2022012380013 Program : PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN Ambilan : OKTOBER 2022 Unit : PAKK Nama Pensyarah : DR. ZAINAB NAWAB KHAN Tarikh Hantar : 29 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Suartati Tarikh: 29 MAC 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Suartati Tarikh: 29 MAC 2023


SENARAI KANDUNGAN 1.0 PENGHARGAAN................................................................................................................... 3 2.0 PENDAHULUAN.................................................................................................................... 3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN............................................................................................................... 4 4.0 KAWASAN KAJIAN .............................................................................................................. 4 5.0 STRATEGI PELAKSANAAN KAJIAN LAPANGAN ........................................................ 5 6.0 HASIL KAJIAN....................................................................................................................... 5 6.1 Prosedur Operasi Standard Keselamatan Kanak-Kanak di Prasekolah............. 5 6.2 Prosedur Operasi Standard Rutin Penjagaan Atau Latihan urus diri kanak-kanak di prasekolah............................................................................................................................... 13 7.0 PENILAIAN KAJIAN LAPANGAN .................................................................................... 19 7.1 Kelebihan Kajian Lapangan......................................................................................... 19 7.2 Kelemahan Kajian Lapangan....................................................................................... 19 7.3 Cadangan memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaan kajian lapangan....... 20 8.0 KESIMPULAN ...................................................................................................................... 21 9.0 SENARAI RUJUKAN.......................................................................................................... 22


1.0 PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin dan kurnianya dapat saya menyelesaikan tugasan bagi kod subjek PAKK2223D iaitu kursus Asuhan Dan Didikan Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak ini dengan jayanya. Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zainab Nawab Khan selaku Pensyarah bagi kursus Asuhan Dan Didikan Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak kerana telah memberikan kepercayaan dan bimbingan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kepada pihak yang tidak putus-putus memberi bantuan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada Guru Besar Tadika Kin Kiau, Puan Chua Lim Hong kerana membenarkan saya untuk menjalankan kajian lapangan berkenaan dua aspek Prosedur Operasi Standard (POS) iaitu POS keselamatan kanak-kanak dan juga rutin penjagaan atau Latihan urus diri kanak-kanak. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama dalam merealisasikan usaha untuk menyempurkanakan tugasan ini dengan jayanya. 2.0 PENDAHULUAN Prosedur Operasi Standard (POS) merupakan satu arahan kerja yang harus diikuti yang bertujuan untuk mencapai keseragaman dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Oleh yang demikian POS ini menjadi panduan yang dapat menjelaskan secara terperinci tentang sesuatu proses yang mesti dilaksanakan. POS dalam sesebuah organisasi khususnya dalam prasekolah adalah sangat penting yang bertujuan untuk meminimumkan kesalahan yang dilakukan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugas. Menurut Kariaman Sinaga (2017), penerapan dan pelaksanaan POS menyebabkan penyelenggaraan sistem pentadbiran berjalan dengan baik dan lancar. Oleh yang demikian, penyedia POS merupakan langkah yang perlu diambil oleh pihak prasekolah dalam memastikan keselamatan kanak-kanak lebih terjamin disamping memberikan dapat mencapai matlamat dan tujuan sesebuah prasekolah.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian lapangan ini dilaksanakan dengan matlamat seperti yang berikut: a) Memahami secara mendalam berkenaan Prosedur Operasi Standard berkenaan aspek keselamatan kanak-kanak di prasekolah terpilih. b) Memahami secara mendalam berkenaan Prosedur Operasi Standart berkenaan aspek rutin penjagaan atau Latihan urus diri kanak-kanak di prasekolah terpilih. 4.0 KAWASAN KAJIAN Dalam melaksanakan kajian lapangan ini, Kawasan kajian tertumpu di Tadika Kin Kiau, Kinarut yang berhampiran Pekan Kinarut. (Rujuk foto 1) Foto 1: Kawasan kajian Sumber: Google map


5.0 STRATEGI PELAKSANAAN KAJIAN LAPANGAN Dalam menjalankan kerja lapangan ini, beberapa aspek yang perlu diambil kira bagi kelancaran dalam pelaksanaan kerja lapangan ini. Antaranya adalah seperti:- a) Aktiviti dilakukan sepanjang pelaksanaan kajian lapangan Dalam pelaksanaan kajian lapangan ini, aktiviti yang dilakukan oleh pengkaji ialah mengenal pasti dan membuat pemerhatian tentang dua aspek Prosedur Operasi Standard iaitu aspek keselamatan kanak-kanak dan rutin penjagaan atau latihan urus diri kanak-kanak. Setelah itu, pengkaji akan membuat rakaman dokumentasi yang lengkap mengenai dua aspek POS tersebut. b) Penetapan tarikh dan tempat/ lokasi Kajian lapangan ini telah dilaksanakan selama 2 jam 30 minit iaitu pada 27 Mac 2023 (Isnin) di Tadika Kin Kiau Kinarut. Walau bagaimanapun, pengkaji terpaksa menambah masa kajian lapangan ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap. 6.0 HASIL KAJIAN Berikut merupakan hasil kajian yang diperolehi sepanjang kajian lapangan dilaksanakan di Tadika Kin Kian, Kinarut mengenai aspek Prosedur Operasi Standard: 6.1 Prosedur Operasi Standard Keselamatan Kanak-Kanak di Prasekolah Keselamatan Kanak-kanak Ketika di pintu utama / pagar • Guru menjemput kanak-kanak yang baru tiba ke sekolah.


• Pendidik memastikan pintu pagar dan pintu utama sentiasa berkunci dan kunci diletakkan di tempat yang senang dicapai oleh pendidik. Ruang pembelajaran • Semua perabot/rak yang digunakan adalah selamat dan tidak terlalu tinggi. • Bucu meja dan alamari adalah bulat.


Tandas • Pintu tandas sentiasa ditutup. • Saiz mangkuk tandas bersesuaian dengan kanak-kanak. • Memastikan mangkuk tandas bersih dan kering.


• Tinggi singki bersesuaian dengan ketinggian kanak-kanak. • Lantai sentiasa kering dan tiada air yang bertakung. • Memastikan bahan pencuci bilik air diletakkan di tempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak. • Memastikan bahan pencuci bilik air diletakkan di tempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak.


• Memastikan kanak-kanak tidak menggunakan hot shower tanpa pengawasan orang dewasa. • Memastikan kanak-kanak tidak berada di bilik air tanpa pengawasan orang dewasa.


Persekitaran dalaman prasekolah • Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke kawasan pejabat dan stor. • Lantai di persekitaran dalam prasekolah sentiasa bersih dan kering. • Sentiasa memastikan lantai dilap segera sekiranya basah atau ada tumpahan air.


• Menyediakan tong sampah yang tertutup bagi melatih kanakkanak membuang sampah. • Memastikan sampah sentiasa dibuang (mengikut keperluan). Persekitaran luaran prasekolah • Pendidik perlu memastikan pintu pagar selalu ditutup.


• Memastikan permainan luar sentiasa diselenggara dan masih boleh digunakan. • Pastikan tiada takungan air di kawasan kanak-kanak bermain. • Memastikan parit / longkang ditutup. Alat pemadam api


• Alat pemadam api sentiasa diselenggara dan masih boleh digunakan (tamat tempoh). • Alat pemadam api diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Peti pertolongan cemas • Peti pertolongan cemas sentiasa diselenggar dan masih boleh digunakan serta tidak tamat tempoh. 6.2 Prosedur Operasi Standard Rutin Penjagaan Atau Latihan Urus Diri Kanak-kanak di Prasekolah Waktu ketibaan dan pulang kanak-kanak – Menjaga adab dan kesopanan ketibaan • Mengucapkan salam kepada pendidik. • Menggunakan bahasa yang sopan semasa berbual.


• Sentiasa hormat kepada orang dewasa dan pendidik. Cek suhu dan pemakaian ‘hand sanitizer’ • Cek suhu badan kanak-kanak semasa baru tiba ke sekolah. • Pemakaian ‘hand sanitizer’ apabila tiba ke sekolah. Membasuh tangan / membuang air sebelum sesi P&P bermula • Beratur dengan tertib di dalam kelas sebelum pergi ke tandas.


• Beratur untuk menunggu giliran masuk ke dalam tandas. • Beratur dengan tertib untuk membasuh tangan selepas keluar dari tandas. • Membasuh tangan berdasarkan 7 langkah membasuh tangan. • Menggunakan sabun yang disediakan apabila membasuh tangan. • Berjalan dengan tertib dan tidak berlari untuk untuk masuk kedalam kelas.


Semasa aktiviti bermain dan belajar • Melakukan aktiviti barsama rakan-rakan, berkongsi dan bekerjasama. • Tidak berebut atau mengganggu rakan yang sedang bermain. • Sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar pendidik semasa membat aktiviti di dalam kelas. Makan • Beratur untuk mencuci tangan. • Basuh tangan sebelum dan selepas makan.


• Membaca doa sebelum dan selepas makan. • Kanak-kanak beratur mengambil makanan. • Makan dengan tertib dan tidak menumpahkan makanan.


• Meletakkan bekas makanan di dalam tempat yang disediakan selepas makan. Pulang • Mengucapkan salam dan melambaikan “goodbye” kepada guru. • Pendidik menghantar kanak-kanak menaiki kenderaan ibu bapa yang menjemput mereka pulang.


7.0 PENILAIAN KAJIAN LAPANGAN Penilaian kajian lapangan lapangan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan kajian lapangan yang dilaksanakan. 7.1 Kelebihan Kajian Lapangan Sepanjang melaksanakan kajian lapangan ini, terdapat pelbagai kebaikan yang diperolehi antaranya adalah seperti:- a) Pengkaji dapat mengenal pasti berkenaan Prosedur Operasi Standard dalam aspek keselamatan kanak-kanak di prasekolah serta rutin penjagaan atau latihan urus diri kanak-kanak dengan lebih terperinci. b) Rakaman dokumentasi yang terhasil daripada kajian lapangan ini dapat dijadikan panduan kepada para pendidik untuk dilaksanakan di prasekolah. c) Memperlihatkan tanggungjawab dan keprihatinan prasekolah dalam menitikberakkan aspek keselamatan serta tahap perkembangan kanak-kanak sepanjang berada di prasekolah. d) Pelaksanaan POS dalam aspek keselamatan dilihat mampu mengurangkan atau meminimumkan seberang kecederaan atau kecelakaan yang mungkin akan berlaku di prasekolah. e) Pelaksanaan POS dalam aspek rutin penjagaan atau latihan urus diri kanak-kanak dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu berdikari serta berkebolehan dalam mengurus diri masing-masing tanpa bergantung dengan orang yang lebih dewasa. 7.2 Kelemahan Kajian Lapangan Dalam menjalankan kajian lapangan, sudah pasti akan berlaku perkara di luar jangka yang dilihat sebagai kelemahan dalam kajian lapangan. Oleh yang demikian, dalam melaksanakan kajian lapangan ini, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti antaranya adalah seperti yang berikut:- a) Terdapat pendidik yang beranggapan pelaksanaan sesuatu tugas mengikut POS dianggap leceh dan merugikan masa serta kewangan khususnya dalam aspek penyelenggaraan peralatan permainan. Oleh yang demikian, terdapat peralatan permainan luar yang sudah using, namun masih digunakan. b) Jumlah murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas juga merupakan kelemahan dalam pematuhan POS khususnya dalam aspek keselamatan. Hal ini kerana, ruang yang terhad menyukarkan pergerakan kanak-kanak dan dikhuatiri akan berlaku


kemalangan seperti terjatuh atau terlanggar rakan sekelas yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan. c) Perasaan kurang yakin pendidik terhadap kanak-kanak juga dianggap sebagai kelemahan dalam kajian lapangan ini. Hal ini kerana, perasan kurang yakin bahawa kanak-kanak boleh melakukan sebarang aktiviti dengan sendirinya menyebabkan pendidik akan membantu kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh dalam rutin makan. Dilihat terdapat segelintir pendidik menyuap kanak-kanak makan kerana dikhuatiri berlaku tumpahan atau berseleraknya makan tersebut. d) Kekurangan masa semasa melaksanakan kajian lapangan. Jumlah masa yang diperuntukkan selama 2 jam 30 minit dilihat tidak mencukupi menyebabkan banyak maklumat yang tidak lengkap. Hal ini menyebabkan pengkaji terpaksa melakukan tambahan masa untuk melengkapkan maklumat yang diinginkan. 7.3 Cadangan memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaan kajian lapangan Terdapat beberapa cadangan untuk memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaan kajian lapangan ini. Yang pertama adalah, aspek keselamatan perlulah diutamankan terlebih dahulu oleh pendidik prasekolah. Hal ini kerana, setiap kemalangan yang berlaku adalah tidak dijangka. Oleh itu, setiap tugasan haruslah berpandukan POS yang telah ditetapkan bagi meminimumkna sebarang kesilapan atau kemalangan di prasekolah. Seterusnya, jumlah murid juga haruslah berpandukan saiz keluasan sesebuah kelas. Ini adalah kerana, jumlah murid yang ramai di dalam kelas yang bersaiz kecil akan menyukarkan pergerakan kanak-kanak dan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya kemalangan seperti terjatuh atau terlanggar rakan. Cadangan yang ketiga, pendidik haruslah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba sesuatu aktiviti atau melakukan tugasan dengan sendirinya dan pendidik hanya memantau aktiviti kanak-kanak. Bantuan akan diberikan sekiranya perlu sahaja. Cadangan yang terakhir, kajian lapangan ini seharusnya memperuntukkan masa yang lebih Panjang supaya maklumat yang diperoleh adalah lebih lengkap dan terperinci.


8.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian lapangan ini adalah sangat penting bagi para pendidik khususnya pengelola tadika kerana sedikit sebanyak memberikan pendedahan kepada mereka bahawa pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (POS) di sesebuah tadika adalah sangat penting untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada mereka (Kementerian Pendidikan, 2020). Menurut Dazali & Awang (2017) dalam kajian yang dilakukan oleh Syed Lamsah Syed Chear et al., (2021), pendedahan yang diberi kepada guru untuk menilai amalan di tadika adalah proses membentuk keyakinan diri guru yang mampu mempengaruhi kecemerlangan akademik kanak-kanak. Justeru, pada peringkat ini, kanak-kanak sangat memerlukan keselesaan dan keselamatan untuk melaksanakan dan menerima proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru di tadika. Ini seterusnya sudah pasti memberi kesan terhadap proses perkembangan mereka dan kerisauan ibubapa terhadap keselamatan kanak-kanak prasekolah dapat dikurangkan apabila Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan diamalkan dan dipatuhi. Selain itu, pematuhan POS rutin penjagaan atau latihan urus diri dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu berdikari dan mengurus diri mereka tanpa bantuan orang lain dan seterusnya mampu meningkatkan tahap perkembangan fizikal khususnya dari aspek perkembangan motor halus dan motor kasar.


9.0 SENARAI RUJUKAN Syed Lamsah Syed Chear et al., (2021). Pematuhan prosedur operasi standard di tadika swasta semasa tempoh pemerintah kawalan pergerakan. Jurnal of Social Science. 7(2), 23-33 Jabatan Perdana Mentari. (2014). Kursus asuhan & didikan awal kanak-kanak PERMATA. Universiti Putra Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia Kariaman Sinaga. (2017). Penetapan Standar Operasional Prosedur dalam mewujudkan pekerjaan yang efektif dan efisien pada bidang kepemudaan di Dinas Pemuda dan olahraga provinsi Sumatera Utara. Jurnal UNDHAR Medan. 11(2) Kementerian Kesihatan Malaysia. (2007). Garis Panduan Pengendalian Kanak-kanak Di Taska dan Prasekolah. KPM


Click to View FlipBook Version