TUGASAN 4: PENGHASILAN PRODUK BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI
1.0 PENGHARGAAN 2.0 PENGENALAN 3.0 SEJARAH TULISAN KHAT 4.0 JENIS-JENIS TULISAN KHAT 5.0 CONTOH SATU JENIS TULISAN KHAT 6.0 KESIMPULAN ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim , Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada En. Zuhairi bin Raffien pensyarah BMMB1114 kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan dan banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Tun Qaisarah binti Tun Ahmad Fizal yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Syukur Alhamdulillah, dalam menyiapkan tugasan ini banyak perkara yang telah saya pelajari. Ianya telah memberikan saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna. Saya berharap agar segala yang diusahakan membuahkan hasil dimasa hadapan seterusnya beroleh kejayaan. InsyaAllah.
2.0 PENGENALAN Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa pelbagai budaya yang ada dalam seni islam antaranya seni khat. Seni khat ini mempamerkan hasil karya ciptaan manusia yang diselit ciri-ciri keislaman padanya. te ks K isi Seni kaligrafi Islam ini merupakan khazanah tertua yang dimiliki oleh umat Islam. Seni Islam ini bukan sahaja memfokuskan kepada agama tetapi ianya membuktikan kekayaan yang ada padanya. Dalam pada itu, seni islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri contohnya unsur-unsur berulang dan reka bentuk berunsurkan bunga yang membawa maksud yang tersendiri. Tambahan pula, elemen-elemen figura tidak dibenarkan. Menurut Al-Ghazali, seni itu mestilah bersandarkan daripada Allah kepada Allah iaitu menuju kepada Al-Falah (keredhaan Allah.
3.0 SEJARAH TULISAN KHAT Melalui seni khat kita dapat melihat kehalusan dan keindahan hasil keseniannya. Seni ini lahir daripada penulisan Arab yang digunakan dalam bahasa masing-masing contohnya tulisan jawi. Pada abad pertama dan kedua hijrah,khat merupakan suatu unsur yang penting untuk mengungkapkan sesuatu dan ianya masih terpelihara sehingga kini. Khat berasal daripada perkataan arab yang bermaksud garisan. Oleh itu, seni khat merupakan garisan indah yang membentuk tulisan. Walau bagaimanapun, seni khat ini bukan sahaja medium penyampai maklumat tetepi ianya mengandungi nilai-nilai abstrak seperti kehalusan, kesinambungan, perhubungan, keharmonian dan sebagainya.
3.1 SEWAKTU ZAMAN JAHILIYYAH Pada awalnya terdapat beberapa pendapat yang mengatakan Nabi Adam A.S merupakan pengasas kepada segala bentuk tulisan termasuklah khat yang berbentuk tawqifi' iaitu bersumberkan ketuhanan. Seni khat ini terdiri daripada khat Al-Musnad atau Khat Humairi yang tersebar di sekitar Syam dan Al-Mundhir. Penyebaran khat ini disebabkan oleh para pedagang dari Yaman yang bermukim di Syria dan Iran di utara Semenanjung Tanah Arab iaitu bumi Hijaz. Hasil kajian terhadap ukiran sebelum Islam dan pada abad pertama hijrah mendapati khat Arab wujud setelah Khat Nabate yang dibuktikan oleh ukiran-ukiran tertua yng dijumpai Umm El- Jimal (250 M) dan Nammrah (328 M).
Setelah kedatangan Islam bidang penulisan mengalami perubahan yang besar. Hal ini kerana penulisan memainkan peranan yang penting terutamanya sebagai perantara, pencatatan, pengajaran, penghebahan sehinggalah ianya berkembang dengan luas. 3.2 SEWAKTU ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT Peranan tulisan khat semakin besar setelah turunnya Surah Al-Alaq kepada Nabi Muhammad kerana ianya digunakan untuk menulis ayat-ayat Al-Quran agar terpelihara sehingga kini. Seterusnya, pada zaman Khulafa' Al-Rasyidi penggunaan tulisan khat semakin meluas dalam urusan agama, pentadbiran serta ekomoni dan sosial. Disebabkan oleh syahidnya para penghafaz Al-Quran di medan perang sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq, beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit untuk mengumpul dan menulis Al-Quran pada pelepah tamar, kulit binatang dan tulang-belulang untuk memelihara Al-Quran. Penulisan tersebut ditulis menggunakan khat Kufi. Kemudian, sewaktu zaman Khalifah Uthman bin Affan (644- 656 M) beliau telah mengumpulkan kesemua lembaran yanag dicatat oleh Zaid bin Thabit ke dalam satu mashaf yang dikenali sebagai Mushaf Al-Imam. Selain itu, beliau turut mengarahkan untuk menyalin semula naskah tersebut untuk dihantar ke seluruh negeri.
3.3 ZAMAN PEMERINTAHAN BANI UMAIYAH Pada zaman ini, khat semakin berkembang maju. Oleh itu, bentuk tulisan yang dihasilkan lebih halus dan memiliki nilai estetika yang tinggi. -Kerajaan Turki telah menggunakan pelbagai jenis khat dalam urusan kerajaan, urusan diraja dan ketenteraan. -Menyanjungi semua tokoh khat dan seni khat. -Menonjolkan seni khat sebagai satu ciri publisiti untuk mengukuhkan dasar pemerintahan terhadap rakyat. -Menghias masjid-masjid, tembok istana, peralatan dan barang kemas dengan tulisan khat . Penggunaan tanda titik dan baris mula diperkenalkan untuk memudahkan bangsa selain Arab mengenali tulisan Arab. Pada ketika ini juga usaha meningkatkan penulisan seni khat dilakukan dengan penggunaan kertas yang dikenali sebagai "kertas Syami" . 3.4 ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN TURKI Sewaktu zaman pemerintahan Turki, pelbagai usaha telah diambil bagi mengembangkan lagi seni khat ini antaranya ialah :
3.5 ZAMAN MODEN Selaras dengan peredaran zaman, peralatan yang digunakan untuk menulis khat pada awal kedatangannya ke Tanah Melayu hingga saat ini turut mengalami perubahan. Perkembangan tulisan khat dari kurun ke 7 hingga kurun ke 10 dapat dilihat melalui wujudnya pelbagai jenis khat seperti Kufi, Naskh, Thuluth, Riqáh dan Diwani. Pada mulanya batang pokok resam digunakan sebagai alat utama dalam penghasilan tulisan khat. Batang pokok resam tersebut diasah sehingga tirus kemudian dicelupkan ke dalam dakwat dan dilakarkan pada kertas. Kini penulisan khat semakin mudah dengan adanya pen khat.
Dinamakan Thuluth kerana penulisannya mestilah menggunakan pen khat yang lebar mata pennya 1/3 (thuluth). Ianya juga dikenali sebagai Ummul Khat iaitu ibu tulisan. Untuk menilai tahap penguasaan seorang penulis khat ianya haruslah menguasai khat ini. Ciri yang terdapat pada khat ini ialah hufur yang lembut, mudah dibentuk, mudah dibaca, terdapat baris, bersifat dekoratif dan ada seninya yang tersendiri. Tulisannya sangat cantik dan unik. Khat ini dicipta di Kufah. Dikenali sebagai Kufi Murabba kerana bentuk hurufnya yang disusun menjadi segi empat apabila ditulis. ianya disusun mengukiut garis lurus yang bertembung dengan garis menegak untuk memenuhi ruang.Untuk menghasilkan khat ini mestilah menggunakan pembaris dan pensil. Ianya mempunyai ciri tersendiri iaitu berbentuk segi empat, tiada baris dan huruf disusun rapat. KHAT KUFI MURABA 4.0 JENIS-JENIS KHAT KHAT THULUTH KHAT NASAKH Khat ini muncul pada abad ke 3H dan digunakan untuk menaskhakkan AlQuran dan buku ilmiah. Ianya diubahsuai oleh Ibnu Muqlah dengan menentukan ukuran, panjang, pendek, jarak huruf dan gaya irama. kemudian ianya berkembang meluas pada akhir abad ke 4h. Ciri-ciri yang ada padanya ialah mudah dibentuk, lembut, praktikal, mudah dibaca dan mempuyai baris.
Khat Riqáh Khat Farisi Khat Diwani Khat Diwani Jali Dicipta sewktu zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan. Ditulis oleh Turki Mumtaz Bek pada tahun 1280H. Ianya dicipta bagi memudahkan urusan rasmi kakitangan kerajaan agar semua bentuk tulisan menjadi seragam. Cirinya ialah bentuk huruf yang kecil, tegak, tiada baris, mudah dan cepat ditulis. Kini digunakan secara harian oleh masyarakat Arab untuk menulis surat dan nota kuliah. Khat ini telah dikembangkan oleh alhi khat di Parsi. Memiliki huruf yang condong ke kanan. Ianya sering digunakan dalam penulisan sastera, nama, tajuk karangan pada majalah serta surat khabar. Dicipta oleh Muhammad Munif hasil inspiradi dari model khat yang lain. Kemudian disempurnakan oleh Syahla dan Al-Hafidz. Ianya terkenal pada tahun 857H setelah Konstantinopel ditawan. Dicipta untuk menulis surat rasmi, keputusan, surat pekeliling pentadbiran kerajaan. Cirinya berbentuk condong ke kiri, lembut, binar, melengkung, bersusun, bertindih-tindih dan tidak berbaris. Penulisan khat ini lebih rumit jika dibandingkan dengan kaht diwani. Ianya mempunyai nilai estetik yang sangat tinggi. Serta tulisannya kelihatan lebih indah
Khat dibawah ditulis mengunakan salah satu khat iaitu khat thuluth. Huruf yang dibentuk mudah untuk dibaca kerana terdapat baris. Tambahan pula huruf yang terhasil kelihatan halus dan lembut. Khat dibawah membawa maksud "Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru" . 5.0 CONTOH SATU JENIS TULISAN KHAT
Seni khat ini merupakan khazanah buat umat Islam yang perlu dipelihara agar tidak ditelan zaman. Hal ini kerana nilai keseniannya yang sangat tinggi dan unik jika ingin dibandingkan dengan seni kaligrafi yang lain. Oleh itu, penulisan khat ini harus dipelajari dan diamati oleh setiap individu. Sewajarnya tulisan jawi dan khat ini dimartabatkan kerana ianya merupakan salah satu budaya kesenian milik Tanah Melayu. 6.0 KESIMPULAN
SEKIAN TERIMA KASIH