Kajian Amalan
Kitar Semula
2021
Di TAMAN BUKIT INDAH, JOHOR
BAHRU, JOHOR.
Nama: LAU YING XUAN
Tingkatan: 3 SAPPHIRE
Subjek: GEOGRAFI
Nama guru: PUAN.HANIFAH BINTI
JAMALUDDIN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1. Penghargaan 1
2. Pendahuluan 2
3. Objektif Kajian 3
4. Kawasan Kajian 4
5. Kaedah Kajian 5-6
6. Hasil Kajian 7-10
7. Rumusan 11-12
8. Rujukan 13
PENGHARGAAN
Saya mengucapkan terima kasih kepada
guru mata pelajaran Geografi, Puan
Hanifah Binti Jamaluddin kerana telah
membimbing saya menyiapkan kerja
lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada Ibu bapa saya, iaitu Encik Lau
Kok Wai dan Puan Lim Poh Hung kerana
sering membantu bersama dalam
menyiapkan kerja lapangan ini. Tidak lupa
juga kepada semua pihak yang terlibat
dalam membantu proses menyiapkan
kerja lapangan ini.
1
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan
berkaitan dengan kajian amalan kitar
semula di kawasan Taman Bukit Indah,
Johor Bahru. Selain itu, saya juga
mengenal pasti kepentingan amalan kitar
semula dan cara untuk mengamalkan
amalan kitar semula. Antara sebab
pemilihan kawasan kajian adalah kerana
kawasan ini merupakan kawasan
perumahan saya sendiri.
2
OBJEKTIF KAJIAN
a) Menjelaskan konsep dan takrifan
amalan kitar semula
b) Menghuraikan kepentingan amalan
kitar semula
c) Menghuraikan punca amalan kitar
semula diabaikan
d) Menghuraikan langkah atau
cadangan mengatasi dalam
melaksanakan amalan kitar semula
3
KAWASAN
KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Taman
Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.
Saya memilih kawasan ini kerana
saya tinggal di kawasan ini dan
kawasan ini sesuai untuk
menjalankan kajian amalan kitar
semula ini. Taman Bukit Indah
terletak di daerah Johor Bahru,
Johor.
4
KAEDAH KAJIAN
PEMERHATIAN
Saya telah memerhatikan kawasan kajian saya, iaitu
Taman Bukit Indah, Johor Bahru. Saya telah membuat
pemerhatian tentang perkara atau isu yang saya
hendak kaji. Saya pula mengambil gambar yang
berkaitan dengan kajian saya.
TEMU BUAL
Saya telah mengumpul maklumat dengan cara
berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang
secara lisan dengan menggunakan borang temu bual
yang telah disediakan .Saya telah menemu bual
dengan adik dan kawan saya untuk mendapat
pandangan mereka terhadap kepentingan dan cara
mengamalkan amalan kitar semula.
5
SOAL SELIDIK
Saya telah mengumpul maklumat dengan menyediakan
15 borang selidik kepada kawan-kawan saya melalui
Internet dan menyedarkannya kepada orang ramai.
RUJUKAN
Saya telah membuat rujukan di laman web, buku,
majalah, bahan bercetak dan bahan multimedia yang
lain .
6
Hasil Kajian
Definisi
Kitar semula adalah proses menukar bahan buangan
menjadi bahan dan objek baharu. Kitar semula bahan
bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan
semula sifat yang ada pada keadaan asli atau asal. Ini
adalah alternatif untuk pembuangan sampah
"konvensional" yang dapat menjimatkan bahan dan
membantu menurunkan pelepasan gas rumah hijau.
Kitar semula dapat mencegah pembaziran bahan yang
berpotensi berguna dan mengurangkan penggunaan
bahan mentah segar, sehingga mengurangkan:
penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tempat
pembuangan sampah).
7
Kepentingan Amalan Kitar Semula
1. Menjimatkan Penggunaan Sumber atau Bahan Mentah
Dengan mengitar semula bahan seperti kertas, botol plastik
dan kaca, kita boleh menggurangkan penggunaan sumber
seperti pokok untuk menghasilkan kertas, pasir silika untuk
kaca dan petroleum untuk plastik. Dengan mengitar semula
bahan-bahan tersebut kita dapat menjimatkan penggunaan
bahan mentah.
2. Mengurangkan Pencemaran
Amalan kitar semula dapat mengurangkan kadar
pencemaran air, bau, tanah dan udara. Hal ini kerana, jika
kita tidak mengitar semula tahap pencemaran air meningkat
kerana air daripada tapak pelupusan sampah akan meresap
dan mengalir ke sungai yang boleh mencemarkan air.
Selain itu, sampah plastik tidak mudah mereput yang boleh
mencemarkan air dan tanah serta membahayakan
hidupan. Jika tanah dicemarkan, petani juga tidak dapat
menghasilkan pertanian yang segar. Bau busuk daripada
kawasan pelupusan sampah juga menyebabkan tahap
keselesaan penduduk terganggu dan udara juga tercemar
akibat pelapasan karbon dioksida daripada tapak pelupusan.
3. Memupuk Kesedaran Pentingnya Kitar Semula
Dengan mengitar semula, kita dapat memupuk kesedaran
terhadap generasi muda kita bahawa pentingnya amalan
kitar semula supaya mereka sedar bahawa tanggungjawab
mereka untuk menjaga alam sekitar pada masa hadapan.
8
Punca amalan kitar semula diabaikan
1. Sikap penduduk
Sikap antara punca mengapa amalan kitar semula kurang
mendapat sambutan di kalangan penduduk di sekitar kawasan
kajian saya. Sikap tidak ambil tahu dan cintakan alam sekitar
yang kurang menjadi punca kepada masalah atau halangan
amalan kitar semula di kawasan kajian saya.
2. Kurang kerjasama
Selain itu, kurang kerjasama penduduk setempat dengan
aktiviti kitar semula di sekolah dan komunikasi yang kurang
menyebabkan mengapa amalan ini hanya dapat dilakukan di
sekolah sahaja tetapi tidak berjaya merebak ke dalam
masyarakat setempat. Pelajar juga tidak memberi infomasi
yang penting tentang amalan kitar semula kepada keluarga
dan masyarakat setempat adalah salah satu mengapa amalan
ini hanya berjaya di sekolah sahaja tetapi tidak di luar kawasan
sekolah.
3. Kurang pengetahuan
Kurang pengetahuan penduduk terhadap impak atau kesan
aktiviti penduduk terhadap persekitar misalnya penggunaan
plastik yang boleh membawa kesan yang buruk terhadap
persekitaran. Risalah-risalah kepentingan kitar semula tidak
sampai ke tangan penduduk di sekitar kawasan kajian
menyebabkan mesej yang hendak disampaikan oleh pihak
sekolah atau pihak berkuasa tidak berjaya.
9
Langkah atau cadangan mengatasi dalam
melaksanakan amalan kitar semula
1. Mengadakan kempen kesedaran
Pihak kerajaan atau pihak sekolah perlu mengadakan kempen
bagi menyedarkan orang ramai tentang pentingnya kitar
semula. Selain itu, kempen juga bertujuan untuk memberi
informasi yang cukup kepada masyarakat setempat tentang
pentingnya kitar semula kepada alam sekitar dan mewujudkan
persekitaran yang sihat.
2. Bekerjasama dengan pihak berkuasa
Pihak sekolah perlu berkerjsama dengan pihak berkuasa
tempatan agar kempen yang hendak dilaksanakan dan objektif
untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya kitar
semula dapat berjalan dengan lancar dan baik.
3. Menguatkuasakan undang-undang atau peraturan
Pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang
supaya penduduk yang tidak mengamalkan amalan kitar
semula mendapat kesedaran bahawa pentingnya kitar semula
untuk mewujudkan suasana taman yang bersih dan aman.
10
Rumusan
Jenis sisa yang dikitar semula oleh Bilangan
penduduk di Taman Bukit Indah Responden
Kaca 4
Kertas 15
Plastik 8
Lain-lain 3
Jumlah = 30
Jadual jenis sisa yang dikitar semula oleh
penduduk di Taman Bukit Indah
Jadual tentang jenis sisa yang dikitar semula oleh penduduk
di Taman Bukit Indah
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Penduduk di Taman Bukit Indah
Kaca Kertas Plastik Lain-lain
11
Saya telah berjaya mencapai objektif kajian saya iaitu
menghuraikan konsep dan takrifan kitar semula,
menghuraikan kepentingan amalan kitar semula,
menghuraikan punca amalan kitar semula diabaikan dan
menghuraikan langkah atau cadangan mengatasi dalam
melaksanakan amalan kitar semula.
Saya juga menunjukkan graf dan jadual di atas berdasarkan
borang soal selidik yang dijawab oleh responden. Setiap
responden boleh memilih dua jawapan. Oleh itu, saya boleh
mendapat rumusan iaitu kertas ialah jenis sisa terbanyak yang
dikitar semula oleh penduduk di Taman Bukit Indah manakala
kaca dan lain-lain ialah jenis sisa yang terkurang dikitar semula
oleh penduduk di Taman Bukit Indah.
Oleh yang demikian kita harus menanamkan nilai cintakan
alam sekitar kita demi masa depan generasi akan datang. Kita
haruslah mengikis perasaan pentingkan diri sendiri dan mula
melakukan kitar semula sama ada di rumah atau di sekolah
untuk menjamin kehidupan masa hadapan dan
mengurangkan masalah pencemaran yang tanpa kita sedari
bermula daripada sikap kita.
12
RUJUKAN
Buku
AHMAD RIDZUAN BIN ABD RAHMAN
(2018).Geografi KSSM Tingkatan 3.Kuala
Lumpur:IMS BOOKS TRADING SDN. BHD.
Internet
https://online.anyflip.com/rlqfm/xjsb/mobile/index.html
https://www.scribd.com/doc/161874550/Amalan-kitar-
semula
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
https://www.scribd.com/document/416133732/Kepentingan
-amalan-kitar-semula
https://docs.google.com/document/d/16GISIeZj3l2iHW82Dd
66Bv45iYFFXwXaI72pyYpxauA/edit
13
LAMPIRAN
Borang Soal Selidik
1 Borang Temu Bual
9 Gambar tentang amalan
kitar semula di kawasan
persekitaran rumah
2 Google Maps &Google
Satelit
Borang Soal Selidik
Temu Bual
NAMA: Lau Ying Xin
UMUR: Tingkatan 1
ATLAMAT RUMAH: 7, Jalan Indah 14/13,
Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.
Saya bertemu dengan adik saya yang bernama Lau
Ying Xin. Saya bertanya dia tentang amalan kitar
semula di Taman Bukit Indah.
Saya: Selamat sejahtera. Saya akan
tanya beberapa soalan tentang amalan kitar semula di
Taman Bukit Indah.
Xin: Apakah soalan yang kamu nak tanya?
Saya: Boleh tak saya tahu apa yang sering dikitar
semula di rumah kamu?
Xin: Saya sentiasa mengitar semula kertas seperti surat
khabar yang lama, kotak yang digunakan untuk
mengirim parcel dan buku yang sudah lama. Selain itu,
saya juga mengitar semula botol plastik atau kotak
plastik.
Saya: Pada pendapat anda, apakah kesan tidak
mengamalkan amalan kitar semula di Taman Bukit
Indah?
Xin: Kesan tidak mengamalkan amalan kitar semula di
Taman Bukit Indah ialah taman ini akan menjadi kotor
dan penduduk akan dikurangkan kerana pencemaran
berlaku.
Saya: Pada pendapat anda, apakah langkah mengatasi
masalah penduduk tidak mengamalkan amalan kitar
semula di Taman Bukit Indah?
Xin: Pada pendapat saya, pihak berkuasa haruslah
mengadakan kempen kesedaran supaya penduduk
dapat sedar bahawa pentingnya amalan kitar semula
terhadap taman kita.
Saya: Terima kasih.
Xin: Sama-sama.
Rumah saya.
Kawasan perumahan saya di Taman Bukit Indah
Tong sampah yang disediakan oleh kerajaan.
Pusat Kitar Semula di TESCO Taman Bukit Indah.
Tempat Kitar semula yang berada di kawasan perumahan.
Pusat Kitar Semula di TESCO Taman Bukit Indah.
Tong pengitaran semula yang dibeli oleh keluarga saya.
Tong kitar semula di sebuah kedai di AEON Bukit Indah.
Tong sampah di tepi jalan raya.
Gambar peta kawasan Taman Bukit Indah
Gambar satelit kawasan Taman Bukit Indah