The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by spssk2021, 2021-11-22 09:50:45

eBUKU ABSTRAK SPSSK 2021er1

eBUKU ABSTRAK SPSSK 2021er1

Keywords: SPSSK,FSSK,UMS,sains sosial,kemanusiaan

SUBTEMA:
GEOGRAFI

39

Cabaran Dan Keberkesanan Bantuan Pihak Kerajaan Dalam Kalangan Pengusaha
Makanan Kecil (PKS) Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan Literatur

Rima Abdul Rahman
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Harifah Mohd Noor
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Di Malaysia, perusahaan makanan secara kecil-kecilan banyak diusahakan oleh pengusaha
yang berasal daripada etnik yang berbeza. Perusahaan makanan merupakan perusahaan yang
banyak mendapat sambutan dan permintaan daripada pelancong luar dan dalam apabila ingin
berkunjung ke suatu destinasi. Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia
dijelaskan menerusi pendapatan tahunan dan jumlah pekerja bagi tiga kategori iaitu perusahaan
mikro, perusahaan kecil dan perusahaan sederhana. Kepentingan perusahaan PKS dapat dilihat
apabila ekonomi negara semakin berkembang dengan baik kerana sumbangan PKS kepada
ekonomi negara adalah untuk kemajuan dan pembangunan ekonomi, mengurangkan jumlah
pengangguran dan meningkatkan kemahiran dalam kalangan masyarakat. Walau
bagaimanapun, penularan satu wabak yang dikenali sebagai Corona Virus Disease 2019
(COVID-19) telah memberikan impak kepada masyarakat dunia dan secara langsung ia
merupakan cabaran yang besar kepada para pengusaha terutamanya kepada pengusaha
makanan yang menyimpan stok makanan yang banyak. Namun, pihak agensi dan kerajaan
telah menghulurkan bantuan kepada pengusaha yang terjejas akibat pandemik ini. Oleh itu,
tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan cabaran dan keberkesanan
bantuan daripada pihak kerajaan dan agensi dalam kalangan pengusaha makanan kecil semasa
dunia sedang menghadapi penularan wabak COVID-19 melalui tinjauan kajian-kajian yang
lepas.
Kata kunci: Perusahaan Makanan Kecil, Cabaran, Bantuan

40

Climate Change in Malaysia: A Threat To Malaysian Human Security

Scholastica Esther Sibin Guntilie
Faculty of Social Sciences and Humanities University Malaysia Sabah

[email protected]

Usamah Zulkifli
Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Universiti Teknologi MARA Shah

Alam
[email protected]

ABSTRACT

It is unequivocal that climate change is a universal global environmental issue faced by every
walk of life, including Malaysians. However, without realising it, the changes of climate in
Malaysia are relatively impacting the population’s everyday routine and placing their human
security at stake. Human security is paramount to ensure the survival of our livelihood and
dignity as a human being. Our human security should be safeguarded, and the government
played a huge role to provide and preserve our human security against any threats such as the
climate change. Hence, this paper aims to assess the Malaysians’ human insecurities
precipitated by climate change through the lens of human security approach and to analyse the
measures taken by the Malaysian government to address climate change in Malaysia.
Moreover, this paper ponders on the challenges face by the Malaysian government to mitigate
the issue of climate change that threatening the very human security of Malaysians. This paper
employs documentary analysis, in which collected data are comprised of articles in journals,
chapters in books, governmental reports, newspapers reports, and reliable internet sources.
Throughout the discussion, the finding of this paper reveals that the efficacy of the efforts
undertaken by the Malaysian government has brought positive impacts on the human security
of every Malaysians.
Keywords: Climate change, human security, Malaysia, impacts, policies, challenges

41

Hubungan Pengetahuan Pendidikan Alam Sekitar Dan Amalan Kitar Semula Di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Penampang

Chong Oi Min
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

[email protected]

ABSTRAK

Pelajar sekolah adalah golongan yang tidak boleh dipinggirkan dalam memberi pendedahan ke
arah pendidikan alam sekitar. Hal ini kerana pelajar sekolah merupakan medium pengantaran
yang penting dalam penjagaan alam sekitar pada masa hadapan. Justeru sekolah menengah
merupakan tempat penyampaian pengetahuan yang penting untuk memupuk sikap amalan kitar
semula kepada para pelajar sekolah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap
pengetahuan pelajar dalam pendidikan alam sekitar terhadap amalan kitar semula pelajar di
sekolah. Kaedah soal selidik telah digunakan yang melibatkan 329 orang pelajar tingkatan
empat di sekolah menengah Penampang. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan
menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap pengetahuan kurikulum pendidikan alam sekitar pelajar adalah tinggi dengan pencapaian
skor min=3.76 dan sp=0.63. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa wujud hubungan
yang signifikan, r(329)=0.788, k<0.05 antara pengetahuan alam sekitar dengan amalan kitar
semula di kalangan pelajar sekolah. Pengetahuan terhadap kepentingan pendidikan alam
sekitar agak tinggi dalam kalangan pelajar tetapi untuk mempraktikkan amalan ini adalah agak
sukar dan tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Kajian ini mencadangkan agar pihak
sekolah dan pihak berkuasa tempatan merancang pendekatan baru yang lebih menarik di
sepanjang sesi persekolahan bagi melaksanakan pelbagai program kitar semula untuk semua
pelajar sekolah.
Kata kunci: Amalan kitar semula, Pendidikan alam sekitar, Pengetahuan pelajar, Sikap
pelajar, Sekolah menengah.

42

Implikasi Kesukaran Mengakses Bekalan Sumber Makanan Semasa Pandemik Covid-
19 Terhadap Golongan Berpendapatan Rendah: Satu Tinjauan Literatur

Sheron Malanting
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Colonius bin Atang
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Makanan ialah sumber yang penting untuk membantu pertumbuhan badan dan memberikan
tenaga kepada tubuh agar dapat menjalankan aktiviti harian dengan baik. Bekalan makanan
penting untuk memastikan wujud kelangsungan hidup setiap isi rumah. Penularan pandemik
Covid-19 dilihat menjadi ancaman baru kepada akses bekalan sumber makanan penduduk.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergeran (PKP) menyebabkan banyak sekatan dilaksanakan
oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan namun ini telah membawa kepada masalah
kesukaran mengakses kepada bekalan sumber makanan, banyak operasi ekonomi hanya dapat
dijalankan secara minimum ini termasuklah sektor pengeluaran sumber makanan, masyarakat
juga tidak dapat keluar secara bebas untuk mendapatkan sumber makanan, malah terdapat
segelintir yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik, permintaan tinggi terhadap sumber
makanan pada awal PKP lepas juga menyebabkan berlaku kenaikan harga makanan. Sekiranya
gangguan kepada akses sumber makanan ini berterusan maka secara langsung ia akan
membawa kepada pelbagai masalah seperti gangguan kepada jaminan makanan penduduk,
putus bekalan sumber makanan kerana tidak mampu membeli, dan juga gangguan kepada
kesihatan individu. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji implikasi kesukaran mengakses
bekalan sumber makanan semasa pandemik Covid-19 terhadap golongan berpendapatan
rendah. Kajian ini menggunakan sumber sekunder untuk meneliti penulisan lepas daripada
artikel, jurnal, buku dan laporan berkaitan dengan isu kajian yang dijalankan. Diharapkan
himpunan sorotan literatur dari penulisan ini dapat dijadikan panduan atau landasan kepada
kajian di masa hadapan, khususnya dalam merancang langkah pengurusan bekalan sumber
makanan penduduk mendepani pandemik.
Kata kunci: Akses, bekalan sumber makanan, pandemik Covid-19 Isu dan Cabaran

43

Isu dan Cabaran Perkhidmatan Pengangkutan Awam Dalam Tempoh Pandemik
Covid-19: Satu Tinjauan Literatur

Hazlee Jirip
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

[email protected]

Harifah Mohd Noor
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

[email protected]

ABSTRAK

Penularan penyakit pandemik yang berlaku di seluruh dunia telah menyebabkan berlakunya
kemerosotan ekonomi yang mendadak termasuklah sektor pengangkutan. Sektor pengangkutan
seperti pengangkutan darat, air dan udara adalah antara sektor yang terjejas dalam tempoh
pandemik ini, sama ada dari permintaan atau penggunaanya. Dalam tempoh penularan penyakit
pandemik covid-19, terdapat banyak isu dan cabaran yang berlaku di kalangan penggiat dalam
sektor pengangkutan seperti organisasi atau syarikat pengangkutan, pemegang saham
(stakeholder), dan individu-indvidu yang terbabit dalam industri pengangkutan ini. Sektor
pengangkutan menghadapi cabaran dalam penyediaan perkhidmatan atau pengoperasian
semasa tempoh pandemik kerana terdapat cabaran dan isu yang mengekang sektor ini daripada
beroperasi seperti sedia kala. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti serta
menilai isu dan cabaran yang berlaku dalam sektor pengangkutan awam di dalam dan luar
negara, dengan mengaplikasikan kaedah kajian secara tinjauan atau sorotan literatur. Sumber
data daripada kajian ini adalah daripada sumber sekunder iaitu antaranya jurnal, buku, artikel
dan laporan. Isu dan cabaran dalam sektor pengangkutan awam ketika pandemik covid-19
merupakan aspek yang penting untuk dinilai kerana, sektor pengangkutan awam turut
memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan ekonomi di sesebuah negara.
Kata kunci: Isu, cabaran, pandemik, pengangkutan awam, covid-19

44

Kesan Pandemik Covid-19 terhadap Jenayah Di Malaysia

Jashmaira Binti Kipli
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Dr. Nor-Ina Kanyo
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan penelitian terhadap kesan wabak pandemik COVID-19. COVID-
19 ialah satu penyakit baru yang muncul pada akhir tahun 2019. COVID-19 telah menimbulkan
ancaman kesihatan global hingga menyebabkan pandemik diistiharkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO). Penyakit COVID-19 adalah ancaman terbesar bukan sahaja kepada
kesihatan peringkat global tetapi juga membawa kesan dari segi sosial dan ekonomi yang
menyebabkan hampir semua negara di dunia terjejas teruk. Wabak yang semakin hari merebak
dengan sangat pantas ini menyebabkan pelbagai masalah timbul terutamanya kesan dari segi
sosial dan ekonomi. Oleh yang demikian, akibat daripada kehilangan pekerjaan dan desakan
hidup maka kadar jenayah semakin hari semakin meningkat sehingga mengganggu
kesejahteraan hidup rakyat. Justeru itu kajian ini ingin melihat samada indeks jenayah
sepanjang pandemik berlanjutan menyebabkan peningkatan atau penurunan berlaku dalam
Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan iaitu rujukan
kajian lepas, keratan akhbar dan laporan media. Dalam kajian ini akan membincangkan jenayah
berkaitan kekerasan dan harta benda yang melibatkan kehidupan masyarakat Malaysia.
Berdasarkan kajian ini menunjukkan indeks jenayah dalam negara ini menunjukkan penurunan
yang ketara berbanding pada tahun 2019 iaitu Malaysia menduduki tangga ke-empat di rantau
Asia dan pelaksanaan PKP Fasa satu juga menunjukkan penurunan kes jenayah sebanyak 70
peratus.
Kata kunci: Kesan, Jenayah, Pandemik, COVID-19, Malaysia

45

Konsep Penuaan Aktif Kajian Kes Malaysia : Tinjauan Literatur

Chai Ai Jing
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

[email protected]

Harifah Mohd Noor
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

[email protected]

ABSTRAK

Penuaan aktif adalah satu proses dimana merangkumi mengoptimumkan peluang dalam
mengakses kepada kesihatan, penglibatan diri dan keselamatan dengan teratur bagi
meningkatkan kualiti hidup warga emas selepas mengundurkan diri dalam persekitaran
kerjayaan. Penuaan aktif berlaku dalam seseorang individu atau sekumpulan penduduk untuk
menunjukkan potensi mereka dalam fizikal, sosial dan kesejahteraan mental sepanjang hayat
untuk melibatkan diri dalam komuniti setempat mengikut keperluan, keinginan, kemampuan
disamping menyediakan warga emas penjagaan dan perlindungan keselamatan yang
mencukupi waktu memerlukan pertolongan tersebut. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk
mengetahui aspek-aspek yang mempengaruhi penuaan aktif dalam kalangan warga emas dalam
konteks Malaysia. Kajian ini menelitikan sebanyak 12 buah artikel yang telah dipilih selepas
saringan daripada pangkalan data Scopus, Science Direct dan Academia yang diterbitkan
antara tahun 2010 hingga 2021. Pengkaji menjalankan pemilihan artikel adalah berdasarkan
ciri-ciri inclusion dan exclusion yang telah dipandukan oleh skop kajian yang telah ditetapkan.
Kajian ini terdapat tiga tema utama iaitu: (1) mengenai aspek yang mempengaruhi penuaan
aktif; (2) perancangan polisi dan dasar kerajaan dalam mencapai penuaan aktif untuk mencapai
kesejahteraan hidup dan; (3) cabaran dalam pencapaian penuaan aktif. Kesimpulannya,
populasi warga emas yang semakin meningkat memerlukan pertimbangan perancang polisi dan
pihak NGO untuk memastikan warga emas pada masa kini lebih aktif dan melibatkan diri
secara giat dalam kegiatan sosial setempat agar jurang komunikasi dapat dikurangkan dan
mengelakkan diri daripada peminggiran kumpulan umur dewasa dan muda.
Kata kunci: Penuaan aktif, warga emas, dasar kerajaan, aktif, kesejahteraan hidup.Mapping

46

Mapping The Household Food Waste Publication Trends and Development: A
Bibliometric Analysis Using R

Nik Rozana Nik Masdek
Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor, Malaysia

[email protected]

Kelly Wong Kai Seng
Juwaidah Sharifuddin

Nolila Mohd Nawi
Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRACT
Purpose – This study presents a bibliometric analysis of the publications on household food
waste research from the Scopus database during the period 1981-2021.

Design/methodology/approach – Based on the keyword used, which are related to household
food waste in the article title, the study retrieved 272 documents where 7 records were removed,
resulting in 265 documents for further analysis using the Bibliometrix R-package. Microsoft
Excel was used to conduct the frequency analysis.

Findings – This study reports the results using standard bibliometric indicators such as the
growth of publications on household food waste research for 40 years since year 1981. The
USA was the largest contributor to household food waste research, followed by Italy, Japan,
China and the UK. The Resources, Conservation and Recycling published the greatest number
of publications related to household food waste research. This is followed closely by Waste
Management and Journal of Cleaner Production. The bibliometric review findings revealed
the field's research fronts, topic patterns, and top-producing journals and authors, all of which
reflect the growing importance of the household food waste research domain. Collaboration
between different authors, organisations, and countries also emphasizes the importance of the
research field.

Research limitations/implications – The major focus is given on research carried out pertaining
to household food waste, thus only research articles stating both ‘household’ and ‘food waste’
in the title, as well as their synonyms are included. The performed analysis will assist
researchers who wish to carry out research on household food waste, or replicate the
bibliographic analysis to see the trend in future years.

Originality/value – The use of bibliometrics is gradually extending to all disciplines. However,
as far as the authors’ knowledge, no bibliometric analysis has ever been conducted focusing
specifically on household food waste research. The contribution is to fill in this gap, as well as
identifying the research trends to develop future research by means of bibliometric analysis.

Keywords: Bibliometrix, literature review, content analysis, R package, Scopus, research trend

47

Pemetaan Pelakuan Penduduk dalam Sebaran Penyakit Covid19 di Daerah Kota
Kinabalu, Sabah menggunakan PCA-GIS

Lizalin Anak Kalang
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Oliver Valentine Eboy
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kini, Coronavirus 2019 (COVID19) merupakan pandemik yang telah menjadi ancaman
kesihatan awam di seluruh dunia. Kota Kinabalu merupakan antara daerah di Sabah yang
mencatatkan jumlah kes positif COVID19 yang tertinggi pada peringkat awal wabak tersebut
menular. Walaupun kerajaan telah mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
namun ada segelintir penduduk yang tidak mematuhi peraturan tersebut. Hal ini sedikit
sebanyak telah mempengaruhi peningkatan kes positif COVID19 di Sabah khususnya di daerah
Kota Kinabalu. Pemantauan terhadap individu yang melanggar arahan PKP ini sukar dilakukan
kerana kekurangan tenaga kerja dan faktor geografi juga sebagai penghalang untuk pihak
berkuasa bergerak membuat rondaan. Selain itu, kekurangan penggunaan teknologi seperti
Geographic Information System (GIS) menjadi salah satu faktor penguatkuasaan tidak dapat
dilakukan dengan baik. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor utama pelakuan
penduduk yang menyumbang kepada sebaran wabak di Kota Kinabalu menggunakan analisis
Principal Component Analysis (PCA) dan seterusnya memetakan hasil tersebut menggunakan
GIS. Kajian ini menggunakan data sedia ada melibatkan seramai 100 orang responden di
daerah Kota Kinabalu dan hanya melibatkan zon yang mencatatkan kes positif COVID19
sahaja. Data yang terlibat terdiri daripada data pelakuan, lokasi faktor dan lokasi responden.
Analisis yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis PCA dan analisis corak menggunakan
GIS. Hasil kajian ini merupakan peta corak pelakuan penduduk di daerah Kota Kinabalu yang
mempengaruhi sebaran wabak COVID19. Hasil ini dapat membantu pihak yang
bertanggungjawab mengenalpasti zon di daerah Kota Kinabalu yang berpotensi mempunyai
risiko tinggi jangkitan COVID19.

Kata kunci: Pemetaan, PCA-GIS, COVID19, Pelakuan, Analisis Corak

48

Pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dalam Pengurusan Sisa Pepejal
Bandar

Muhd. Danial Mu’iz Jamain
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Mohammad Tahir Mapa
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Mustapa bin Abd. Talip
Fakulti Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Pengurusan sisa pepejal meliputi pelbagai aspek dalam memastikan kebersihaan kawasan
sekitar. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan sebuah entity yang
bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa pepejal. Peningkatan populasi penduduk akan
mengibatkan peningkatan penghasilan sisa pepejal setiap hari. Oleh yang demikian, pihak
berwajib telah melaksanakan pelbagai usaha dan idea dalam mengoptimumkan perkhidmatan
pegurusan sisa pepejal di kawasan perbandaran. Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan
antara sebuah mekanisma yang efisien dan efektif diaplikasikan dalam pengurusan sisa pepejal.
Keupayaan yang terdapat dalam aplikasi GIS membolehkan perancangan dalam pengurusan
sisa pepejal dapat dicapai seperti menggunakan analisis rangkaian (Network Analysis). Analisis
Rangkaian telah diaplikasikan secara meluas oleh beberapa buah negara dan mampu membantu
dalam pencarian tapak pelupusan yang baharu serta pemiliahan jalan yang lebih efisien bagi
proses pengutipan sampah. Demikian itu, sumber sekunder diaplikasikan dalam kajian ini yang
meliputi kajian-kajian lepas dalam bentuk artikel, jurnal, buku mahupun laporan yang berkaitan
dengan pengurusan sisa pepejal dan GIS.

Kata kunci: Pengurusan Sisa Pepejal, Sistem Maklumat Geografi, Analisis Rangkaian

49

Trend Dan Cabaran Penggunaan Air Perigi Sebagai Sumber Bekalan Air di Pulau
Sebatik, Sabah

Amirah Abdin
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Nordin Sakke
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Sumber air bawah tanah atau lebih dikenali sebagai sistem akuifer merupakan khazanah alam
yang memberikan banyak manfaat kepada manusia sebagai salah satu sumber air semulajadi.
Kemahiran dan kewujudan teknologi sofistikated pada masa kini telah membolehkan manusia
menjalankan proses pengkestrakan air bawah tanah menerusi kerja-kerja penggerudian sama
ada berskala besar mahupun berskala kecil misalnya dengan cara membina perigi.Tidak
dinafikan masih terdapat kelompok masyarakat yang bergantung tinggi dengan kaedah
tradisional ini untuk mendapatkan bekalan air kerana dibelenggu faktor kedaifan hidup serta
kekangan dari aspek infrastruktur air. Senario ini dapat dibuktikan menerusi kajian berkaitan
trend dan cabaran penggunaan air perigi di Pulau Sebatik, Sabah yang mana masyarakat di
kawasan ini masih menjadikan sumber air perigi sebagai bekalan air utama selepas air hujan.
Kajian berbentuk deskriptif yang melibatkan penggunaan soal selidik, temubual serta
pemerhatian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan air perigi dalam kalangan
masyarakat di Pulau Sebatik, Sabah. Kajian mendapati, perigi jenis simen merupakan perigi
yang paling banyak boleh ditemui di Pulau Sebatik, Sabah yang mencatatkan 66.4 peratus
persetujuan dalam penggunaan diikuti dengan perigi tabii (29.6 peratus). Kebanyakan
penduduk tidak begitu mengetahui berkaitan umur perigi (47.4 peratus) namun begitu 19.7
peratus menyatakan perigi yang digunakan berusia dalam lingkungan 41 hingga 60 tahun
diikuti 17.1 peratus menyatakan perigi berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun. Dapatan
ini membuktikan penggunaan perigi sudah lama diamalkan dalam kalangan penduduk di
kawasan kajian. Dalam konteks jumlah pengguna bagi sebuah perigi, 31.6 peratus
mempersetujui perigi digunakan bersama-sama dengan penduduk kampung yang sama diikuti
25.0 peratus tidak pasti berkenaan jumlah pengguna yang menggambarkan aksesibiliti terhadap
perigi adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Penduduk di Pulau Sebatik ini juga cenderung
menggunakan air perigi bagi tujuan domestik (61.8 peratus) berbanding domestik luar (30.9
peratus). Perkara ini menjelaskan penerimaan penduduk adalah tinggi terhadap penggunaan air
perigi untuk menjalankan aktiviti harian termasuklah untuk diminum atau memasak. Dari
sudut kualiti air perigi, 74.3 peratus responden bersetuju air perigi di Pulau Sebatik adalah
jernih manakala 73.7 peratus bersetuju ianya mempunyai rasa yang normal. Akhir sekali, antara
cabaran utama penggunaan air perigi yang sering dihadapi penduduk ialah masalah kemarau
(48.0 peratus), diikuti 28.9 peratus tidak pasti mengenai punca perigi kering serta 7.9 peratus
bersetuju bahawa penggunaan ramai sering menyebabkan perigi cepat kering. Kajian ini

50

bermatlamat untuk membuka minda masyarakat akan kepentingan sumber air bawah tanah
dalam menjadi alternatif sumber air yang lestari untuk kehidupan sejagat.
Kata kunci: Pulau Sebatik, Komuniti Luar Bandar, Sumber Air, Air Bawah Tanah

51

SUBTEMA:
SEJARAH

52

Aplikasi Sejarah Intelektual Dalam Panggung Pensejarahan Sabah; Penelitian
Terhadap K.Bali Selaku Intelektual Budaya

Mohamad Haziq Ikhsan Mohd Rudzainoor
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Eko Prayitno Joko
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Nordi Achie
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Kampus Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Mohd Hishamuddin Amid
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK
Sejarah intelektual kian mendapat perhatian dalam kalangan sejarawan
khususnya di Malaysia, meski demikian kajian berkaitan bidang ini masih belum
berada pada tahap memuaskan khusus perihal historiografi sejarah di Sabah.
Justeru, makalah ini merupakan usaha menyesuaikan perbincangan berkenaan
peranan sejarah intelektual dengan garapan berkaitan sumbangan intelektual
K.Bali selaku intelektual budaya di Sabah. Pendekatan kualitatif menjadi pilihan
dalam membentuk naratif penulisan ini menerusi sokongan bahan bukti seperti
analisis keratan akhbar North Borneo News & Sabah Times, analisis kandungan
dokumen Penyata Tahunan AGABA serta temubual mendalam dengan saksi
terlibat dan melihat dengan aktor yang dikaji. Pemerian sumbangan K.Bali
dalam lapangan penulisan serta gerakan berpersatuan melayakkan beliau
dianggap selaku intelektual budaya masyarakat di Sabah.

53

Idea The Grand Design dan Super Federation dalam Pembentukan The Greater Malaysia

Allan Leonard Kho
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Makalah ini membincangkan idea asas pembentukan The Greater Malaysia
sebelum penubuhannya pada 16 September 1963. Isu dekolonialisme British di
rantau Asia Tenggara merupakan strategi British melancarkan pembentukan The
Greater Malaysia. Strategi ini adalah untuk menggabungan wilayah-wilayah
jajahan British disamping memberikan mereka tanggungjawab baharu untuk
mencapai matlamat tersebut di rantau Asia Tenggara. Rancangan penggabungan
wilayah ini merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak
dan Borneo Utara. Rancangan ini kemudiannya dikenali sebagai The Grand
Design. Malcom MacDonald telah memperkenalkan idea Grand Design kepada
Tunku Abdul Rahman pada tahun 1958 dan ini telah membawa kepada peristiwa
pengucapan rasmi Tunku mengenai gagasan Persekutuan Malaysia pada 27 Mei
1961 kepada Persatuan Wartawan Asing di Singapura. Perkembangan idea Grand
Design seterusnya telah membawa kepada idea Super Federation. Dalam idea
Super Federation beberapa bentuk penggabungan wilayah telah dicadangkan oleh
Tunku dan Malcom MacDonald untuk mencapai matlamat akhir Grand Design.
Percanggahan idea telah berlaku antara Tunku dan Malcom MacDonald
disebabkan pihak kerajaan British mempunyai rancangan tersendiri untuk
memberikan wilayah Borneo berkerajaan sendiri melalui penubuhan Persekutuan
Borneo.
Kata Kunci: The Greater Malaysia, Idea Grand Design, Idea Super Federation, Closer
Association, Federasi.

54

Kedudukan Masyarakat Melayu Brunei di Sabah Sepanjang Tahun 1891 Sehingga
2010

Maizatul Izzah binti Rosley
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]
ABSTRAK

Melayu Brunei merupakan salah satu kaum yang terawal bertapak di Sabah sejak
pemerintahan Zaman Kesultanan Brunei lagi. Pada ketika itu Sabah dikenali sebagai
Utara Borneo. Semasa penjajahan British North Borneo Chatered Company (BNBCC),
pihak pentadbiran telah memperkenalkan satu laporan Census kini diketahui sebagai
banci yang merekodkan jumlah penduduk di Borneo Utara mengikut kaum yang berdaftar
antaranya adalah Brunei. Penulisan ini berkisar kepada perubahan kedudukan Melayu
Brunei di Sabah sepanjang laporan banci dikeluarkan iaitu bermula tahun 1891 sehingga
2010. Perbincangan ini berfokuskan kepada persembahan jadual banci bagi menjelaskan
perubahan istilah Brunei yang mulanya merupakan kaum peribumi, namun telah bertukar
menjadi status bumiputera lain-lain di Sabah.
Kata kunci: Melayu Brunei, kedudukan masyarakat, bumiputera lain-lain.

55

Mengkabong Dalam Pensejarahan

Fatmah Binti Sidek
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]
Bilcher Bala

Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
[email protected]

ABSTRAK
Kertas kerja ini mengenai Mengkabong di Borneo Utara (Sabah). Nama Mengkabong sudah
wujud dalam pensejarahan sebelum abad Ke-19, iaitu bermula sebagai sebuah wilayah jajahan
di bawah pentadbiran kerajaan Kesultanan Brunei. Pada penghujung abad Ke-19, wilayah ini
telah bertukar tangan kepada pentadbiran kerajaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Hal
ini menyebabkan berlaku perubahan ke atas persempadanan Sungai Mengkabong. Perubahan
yang utama ialah kewujudan geran tanah Karambunai yang diasingkan daripada wilayah
Mengkabong. Kesan perubahan tersebut ialah kontroversi tuntutan hak pemilikan Karambunai
sehingga kini. Kajian ini akan menjelaskan perkembangan pensejarahan tentang perubahan
yang berlaku dalam tempoh tiga zaman pemerintahan yang berbeza. Pendekatan kualitatif
berasaskan sumber primer berbentuk manuskrip dan dokumen rasmi, seperti surat wasiat
Sultan Brunei (1851), geran tanah WCL No 228 (1905), surat perjanjian pajakan Brunei-SBUB
(1877-1898) daripada Arkib Negeri Sabah dan Pusat Sejarah Brunei, serta dokumen mahkamah
daripada koleksi persendirian. Dapatan kajian amat penting kepada usaha pembangunan bidang
pensejarahan Sabah, khususnya Mengkabong dan Karambunai dari segi asal usul, perubahan
pentadbiran dan kesannya.
Kata kunci: Mengkabong, Karambunai, Kesultanan Brunei, Sabah, SBUB

56

Perjuangan Malala Sebagai Pejuang Pendidikan dan Cabaran Pandemik Covid-19:
Satu Analisis 2012 - 2021

Emma Tingkas
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Maureen De Silva
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini dihasilkan dengan memberikan tumpuan kepada sorotan sejarah perjalanan
perjuangan Malala Yousafzai sebagai pejuang “girls education” bermula dari tahun 2012
sehingga kini. Nama Malala menjadi tajuk berita utama antarabangsa ketika peristiwa dia
ditembak oleh tentera Taliban kesan daripada kelantangan Malala mengkritik dasar tentera
Taliban yang mengenakan sekatan ke atas sistem pendidikan di Swat Valley, Pakistan pada
tahun 2012. Tahun 2012 menjadi titik permulaan kepada perjuangan Malala dalam bersuara
bagi golongan sepertinya untuk mendapatkan peluang pendidikan yang adil dan saksama.
Penerima Hadiah Nobel Keamanan untuk tahun 2014 ini telah mengasaskan Malala Fund
bersama dengan ayahnya sendiri dan sehingga kini organisasi yang diasaskan oleh Malala
menjadi antara organisasi yang aktif dalam memberikan bantuan untuk pendidikan kepada
negara-negara dunia ketiga dan yang terjejas disebabkan krisis peperangan. Dengan
menggunakan kaedah analisis literatur, sumber rujukan utama merupakan buku, jurnal dan
laporan yang diterbitkan berkaitan dengan Malala. Makalah ini merupakan satu usaha
representasi awal mengetengahkan perjuangan Malala sebagai Duta Keamanan dalam bersuara
mendapatkan hak pendidikan yang sewajarnya untuk pelajar perempuan di seluruh dunia tanpa
mengira sempadan negara, agama dan bangsa dari tahun 2012 sehingga kini, tatkala dunia
masih lagi berhadapan dengan impak pandemik Covid-19. Berdasarkan laporan kajian yang
dikeluarkan oleh Malala Fund untuk tahun 2021 adalah dianggarkan sejumlah lebih 20 juta
pelajar perempuan seluruh dunia terutamanya golongan rentan dari negara miskin, tidak akan
berpeluang untuk kembali ke sekolah. Perjuangan Malala masih diteruskan dan tidak akan
berhenti sehinggalah kesamarataan, kesaksamaan, keselamatan dalam pendidikan mampu
dicapai.
Kata kunci: Malala, girls education, Taliban, Nobel Keamanan, pandemik Covid-19.

57

Perkembangan Penanaman Getah: Satu Tinjauan Awal Terhadap Peranan Lembaga
Tabung Getah Sabah (LTGS) 1991-1994

Nur Liyana Zahidah Binti Juri
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]
ABSTRAK

Makalah ini akan membincangkan tentang perkembangan Lembaga Tabung Getah Sabah
(LTGS) dari tahun 1991 sehingga 1994. Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan menerangkan
peranan LTGS dalam membantu perkembangan penanaman getah. Menerusi kajian ini,
didapati bahawa LTGS telah membelanjakan lebih kurang 65 juta ringgit untuk menjalankan
kerja-kerja menanam semula, menyediakan latihan dan memberikan kemudahan memproses
melalui pusat pemprosesan getah secara berkelompok. Hal ini secara tidak langsung telah
mempengaruhi harga dan permintaan getah dalam pasaran tempatan. Kajian ini akan
memfokuskan kepada peranan LTGS yang merangkumi bahagian tapak semaian, bahagian
kemajuan pekebun kecil, bahagian skim penempatan getah, bahagian latihan pekebun kecil dan
bahagian operasi perindustrian. Oleh itu, dasar dan strategi yang dilaksanakan oleh LTGS
menerusi pembukaan banyak projek-projek berskala besar telah dapat menggalakkan pekebun
kecil meningkatkan taraf ekonomi. Penyertaan pekebun kecil dalam projek yang sediakan ini
mampu mewujudkan punca pendapatan yang tetap, peluang pekerjaan dan kemudahan
pemasaran.
Kata kunci: Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS), Perkembangan, Peranan

58

Sosioekonomi Wilayah Pentadbiran Tulin Pengiran Abdul Rauf di Borneo Utara

Fatmah Binti Sidek
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Bilcher Bala
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini merupakan suatu penyelidikan mengenai sistem pentadbiran wilayah Tulin di
Borneo Utara pada abad ke-19. Tumpuan diberi ke atas pemilikan hak wilayah Tulin Pengiran
Abdul Rauf, selaku seorang penguasa dalam kerangka sistem pemerintahan dan pentadbiran
tradisional Kesultanan Brunei di Borneo Utara. Latar belakang Pengiran Abdul Rauf dan
pentadbiran wilayah Tulinnya akan dibincangkan termasuklah latar belakang sosioekonomi
penduduk wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf. Pengiran Abdul Rauf mempunyai wilayah yang
luas di pantai barat Borneo Utara. Campur tangan kuasa barat dan SBUB di Borneo Utara telah
menyebabkan kejatuhan wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf kepada SBUB serta kewujudan
wilayah Karambunai. Kajian kualitatif ini akan berpandukan penyelidikan sumber primer
seperti koleksi di Arkib Negeri Sabah, salasilah keturunan Pengiran Abdul Rauf dan dokumen
surat perjanjian di Pusat Sejarah Brunei serta koleksi peribadi kepunyaan keturunan Pengiran
Abdul Rauf di negeri Sabah. Kaedah temu bual juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat
tentang latar belakang Pengiran Abdul Rauf dan wilayah Tulin kepunyaannya di Borneo Utara.
Dapatan kajian ini akan dapat menambah koleksi pengetahuan tentang sistem pemerintahan
dan pentadbiran wilayah jajahan tradisional Kesultanan Brunei sebelum berlakunya penjajahan
British di Borneo Utara pada lewat abad ke-19.
Kata kunci: Kesultanan Melayu Brunei, Borneo Utara, Pentadbiran Sungai Tulin, SBUB,
Pengiran Abul Rauf.

59

SUBTEMA:
PENDIDIKAN DAN

TEKNOLOGI

60

Adapting New Norm: Scouting Movement Mixed Mode Activities – Malaysia’s
Experience

Ziham Zawawi Bin Mazlan
27th District of Titiwangsa
Scouting of SK Desa Pandan
Kumpulan ke-27 Daerah Titiwangsa
Pengakap SK Desa Pandan
[email protected]

ABSTRACT
Since the spread of the COVID-19 pandemic, World Health Organization (WHO) has
announced that this has become pandemic on 12th March 2020. Tan Sri Muhyiddin Yassin
(former) Prime Minister of Malaysia has announced Movement Control Order (MCO) to curb
the spread of this virus. The scouting movement or Pergerakan Pengakap (in Malay) has also
been affected by this measure. Since scouting is the world’s biggest and greatest youth
movement, the measure taken by the government has put on halt some of the planned activities
and has made the secretariat to adapting to the new norm. Ministry of Education Malaysia
(MOE) in the circular dated 12th March 2020 has urged masses to avoid mass gatherings and
all face-to-face programs being put on hold. From March to September 2020, 119 activities
have been conducted adapting the new norm of this pandemic. These activities have been
organised by the state’s and district’s headquarters all over Malaysia. Community service
topped the types of activities conducted by scouts by 36%. 53% of activities have been
conducted online while 47% face-to-face (with SOP and granted permission from the
government). Penang led the chart with the most scout activity organized during the period of
March to September 2020. Even though the COVID-19 pandemic has affected our daily
routine, the adjustment to this new norm is a must. Scouting as the world biggest youth
movement has tried their best to accommodate the needs of its members and society by
organizing suitable activity, so as to help the needy.

61

Cabaran Pengajaran Bahasa Kadazandusun Di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(2012 – 2016)

Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah
IPG Kampus Kent Tuaran
[email protected]

Bilcher Bala
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

Jane Wong Kon Ling
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Program Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bermula apabila
seramai 20 orang pelajar PPISMP Bahasa Kadazandusun (BKD) ambilan pertama mendaftar
pada 25 Jun 2012 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent. Kumpulan ini mengikuti
kursus persediaan selama tiga semester sebelum meneruskan pengajian ke Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 8 semester. IPG Kampus Kent selaku perintis kepada
penawaran dan pengajaran PPISMP Bahasa Kadazandusun (BKD) telah menghadapi beberapa
cabaran khususnya dalam pelaksanaan pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk meneliti cabaran
utama yang telah dihadapi oleh pensyarah-pensyarah BKD IPG Kampus Kent dalam
pengajaran bahasa itu sebagai kursus teras pengkhususan. Kajian ini juga mengenalpasti usaha-
usaha yang telah dilakukan oleh pensyarah-pensyarah dan pihak pengurusan atasan untuk
menangani cabaran yang dihadapi dalam pengajaran BKD. Kajian ini dilakukan menggunakan
pendekatan sejarah dengan hampir keseluruhan perbincangan adalah dalam bentuk kronologi.
Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah mengumpul sumber-sumber primer seperti
laporan minit mesyuarat, surat menyurat dan memo perlantikan jawatan serta temu bual dengan
beberapa orang pensyarah terlibat. Kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama yang telah
dihadapi dalam pengajaran BKD iaitu kekurangan buku rujukan yang sesuai, pemilihan bahasa
piawai dan bebanan tugas pensyarah BKD. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan
penambahbaikan dikemukakan kepada pihak kampus iaitu menambahkan bilangan buku
rujukan di pusat sumber, mewujudkan satu jawatankuasa peristilahan dan menambah bilangan
pensyarah BKD demi kejayaan pelaksanaan program BKD di IPGM.

Kata kunci: PPISMP, PISMP, IPGM, IPG, Bahasa Kadazandusun (BKD)

62

Dorongan Persekitaran Sosial Terhadap Amalan Profesionalisme Keguruan

Nurul Amirah Hazirah Ibharim
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Abd Razak Bin Ahmad
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Mohd Mahzan Awang
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Dorongan persekitaran sosial banyak memberi kesan kepada perkembangan individu. Begitu
juga bagi seorang guru, persekitaran sosial yang positif bukan hanya memberi kesan kepada
profesionalisme guru bahkan turut memberi kesan kepada institusi perguruan secara
keseluruhan. Seorang guru yang profesional terbentuk daripada pelbagai faktor dalaman dan
luaran. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji faktor luaran iaitu persekitaran sosial
samada ia memberi kesan terhadap profesionalisme seorang guru. Kajian ini dilakukan
bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana dorongan persekitaran sosial dari aspek
persekitaran pentadbiran sekolah, persekitaran rakan sekerja, dan dorongan maya memberi
pengaruh kepada profesionalisme keguruan dari aspek kemahiran pedagogi, etika kerja,
kepimpinan dan kandungan kursus. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk
kajian tinjauan dengan menggunakan instrument soal selidik yang telah diuji kesahan dan
kebolehpercayaannya. Responden kajian ini terdiri daripada sejumlah 172 guru Sekolah
Rendah Kebangsaan di Daerah Port Dickson. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif
dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana kuat
antara persekitaran sosial dengan profesionalisme keguruan dalam kalangan guru sekolah
rendah kebangsaan di Daerah Port Dickson (r = 0.442, p <0.01). Kajian ini memberi implikasi
bahawa persekitaran sosial memberikan kesan kepada tahap profesionalisme keguruan. Oleh
itu, semua pihak tidak boleh memandang enteng terhadap faktor – faktor luaran seperti
persekitaran sosial yang boleh memberi kesan terhadap profesionlisme seorang guru.

Kata kunci: persekitaran sosial, profesionalisme guru, pentadbiran sekolah, persekitaran rakan
sekerja, dorongan maya.

63

Effect of Project Based Learning on The Reading Skills

Shahzadi Hina Sain
Beaconhouse School System, Pakistan

[email protected]
Zohaib Hassan Sain

Superior University, Pakistan
[email protected]

ABSTRACT
The topic was selected to probe the effectiveness of project based learning on the reading skills
of the students. In this qualitative research, the prime objective was to determine that whether
students can become autonomous learners through project based learning and does it improves
their reading skills effectively. Literature review conducts a meticulous investigation of the
research in the same area. Research of this write up has designed a case study to proceed. The
data was collected through census sampling that enabled the researcher to have detailed. The
students were engaged in their projects. The results proves that project based learning not only
improved their literacy skills but also made them inquisitive and independent learners.
Therefore, many surveys and studies conducted before, have proven the findings of this study
similar to the one conducted now and also highlights the scope of the study.
Keywords: Autonomous learners, Independent learners, Literacy skills, Project Based
Learning, Qualitative research

64

Faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar Terhadap Kursus Material Science di
Politeknik Kota Kinabalu

Ida Rosmanizan Binti Abdullah
Politeknik Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

Angela Merum
Politeknik Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Kajian rintis ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi minat pelajar
terhadap kursus DJJ3213 Material Science di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini
melibatkan seramai 80 orang responden yang terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal yang telah mengambil kursus DJJ 3213 Material Science. Kajian kuantitatif
berbentuk deskriptif ini menggunakan borang soal selidik berskala likert sebagai instrumen
kajian. Soalan berkaitan faktor sikap pelajar, faktor persekitaran dan faktor pengajaran
pensyarah diubahsuai daripada kajian terdahulu. Hasil kajian yang dijalankan mendapati
bahawa faktor pengajaran pensyarah memperolehi nilai keseluruhan purata yang paling tinggi
iaitu 4.72 diikuti faktor sikap pelajar bernilai purata 4.65 dan faktor persekitaran cuma 4.46.
Nilai sisihan piawai yang kurang dari 0.5 menunjukkan konsensus daripada responden yang
sangat tinggi.Dapatan ini jelas memperlihatkan bahawa faktor pengajaran pensyarah
merupakan faktor utama yang mempengaruhi minat pelajar terhadap kursus Kejuruteraan
Mekanikal.

Kata kunci: sikap, minat, persekitaran, pengajaran, pembelajaran “ID Pro-Tech Box”

65

"ID Pro-Tech Box" Produk Inovasi Untuk PDPC Lukisan Teknikal

Ts. Osman Ahmad
Kolej Komuniti Miri Sarawak

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar Sijil Rekabentuk Dalaman
sepanjang sesi PdPc Lukisan Teknikal di Kolej Komuniti Miri Sarawak dengan menggunakan
produk inovasi ID Pro-Tech Box. Penghasilan produk inovasi PdPc ini dilihat salah satu teknik
PdP alaf baharu yang bukan sahaja dapat membantu pensyarah menyampaikan pengajaran
yang berkesan malah ia juga dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya bersemangat
dalam pembelajaran. Penularan wabak COVID-19 telah menghalang pensyarah dan pelajar
untuk berkumpul satu tempat secara bersemuka. Kesukaran itu menyebabkan teknik melukis
Lukisan Teknikal tidak dapat dilakukan dengan jayanya. Pensyarah sering menggunakan
kaedah cuba jaya, iaitu menggunakan platform dan kaedah PdP yang sesuai, namun subjek
yang memerlukan penggunaan bangkel dan studio mempunyai batasan SOP termasuklah
pelajar yang berada jauh di kawasan pendalaman. Seramai 20 pelajar diuji yang melibatkan
semester satu bagi sesi Disember 2020 seramai 3 pelajar dan sesi September 2021 seramai 17
pelajar. PdPc dilaksanakan menggunakan instrument soalan yang sama iaitu SRD 10023
Lukisan Teknikal. Dapatan kajian ini menunjukan pelajar yang tidak disimulasikan, tidak dapat
memahami langkah-langkah Lukisan Teknikal yang betul manakala pelajar yang disimulasikan
dengan penggunaan ID Pro-Tech Box ini dapat menghasilkan Lukisan Teknikal yang lebih
baik, menarik dan mencapai kualiti rubrik walaupun secara PdPc. ID Pro-Tech Box ini dilihat
sebagai satu revolusi dalam perubahan sistem pendidikan yang mengaplikasikan kaedah
penyampaian pengajaran berkesan lebih berfokus, dapat mengikuti langkah-langkah Lukisan
Teknikal dengan betul dan mengembirakan pelajar.

Kata kunci: Lukisan Teknikal, Produk Inovasi, PdPc

66

Kesan Aplikasi Kahoot Terhadap Minat Dan Pencapaian Matematik Murid Sekolah
Rendah

Sangetha Kuppusamy
[email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan Aplikasi Kahoot di sekolah rendah
terhadap pembelajaran Matematik. Kajian kuasi eksperimen dilaksanakan terhadap murid
tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Klang. Murid kumpulan kawalan menjalani pembelajaran
kaedah konvensional, manakala kumpulan rawatan menggunakan Aplikasi Kahoot dalam
pembelajaran Matematik. Kajian dijalankan selama 3 minggu dan melibatkan (n=40) orang
murid dari tahun 5. Murid tersebut dibahagikan kepada kumpulan kawalan (n = 20) dan
kumpulan rawatan (n = 20). Pencapaian murid dianalisis dengan menggunakan ujian pra dan
ujian pasca. Soal selidik digunakan untuk menentukan tahap minat murid dalam pembelajaran
Matematik menggunakan Aplikasi Kahoot. Ujian-t berpasangan digunakan untuk menganalisis
perbezaan min pencapaian Matematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan dalam ujian pra antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan (t (19) =
29.43, p <0.05, d = 9.52). Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan dalam pencapaian kumpulan rawatan di antara ujian pra dan ujian
pasca (t (19) = -72.72, p <0.05, d = 22.12). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penggunaan
Aplikasi Kahoot dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Matematik. Hasil
ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa pekali korelasi, r yang diperoleh adalah (r = 0.74,
p <0.05). Hasil ujian korelasi (r = 0.74, p <0.05) membuktikan bahawa terdapat hubungan yang
kuat antara penggunaan Aplikasi Kahoot dengan minat murid dalam menyelesaikan soalan
pecahan. Justeru, dapat disimpulkan bahawa menggunakan Aplikasi Kahoot dalam
pembelajaran Matematik dapat meningkatkan pencapaian dan minat murid. Bagi memastikan
kajian yang lebih konsisten, kajian ini harus dijalankan dengan lebih komprehensif.

Kata kunci: Aplikasi Kahoot, Minat, Pencapaian, Matematik, Permainan Digital

67

Pengetahuan dan Kesediaan Society 5.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut
Pendidikan Guru

Kamaruddin Ilias Ph.D
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

[email protected]

Adriana Kamaruddin
Unversiti Teknologi MARA,
[email protected]

Roszelina Abd. Rahman Ph.D
Kolej Matrikulasi Perak,
[email protected]

Siti Sakinah Mohd Yusof
Kolej Matrikulasi Perak
[email protected]

Rusmawati Othman Ph.D
Institut Pendidikan Guru Darulaman

[email protected]

ABSTRAK

Bermula 2019, Jepun secara rasminya melancarkan suatu konsep masyarakat super pintar
atau Society 5.0 yang berpusat kepada manusia dan berasaskan teknologi. Kajian ini
bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan pelajar mengenai Society 5.0, meninjau
tahap kesediaan pelajar dalam menempuh cabaran Society 5.0 dan meninjau hubungan
antara pengetahuan pelajar mengenai Society 5.0 dengan kesediaan pelajar dalam
menempuh cabaran Society 5.0. Kajian telah dijalankan kepada 140 pelajar semester 1
program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kajian
tinjauan ini menggunakan soal selidik berasaskan kajian Sharita Abd. Ghani et al. (2018)
serta Kamaruddin Ilias dan Che Aleha Ladin (2018). Dapatan kajian menunjukkan tahap
pengetahuan pelajar mengenai Society 5.0 adalah sederhana dan tahap kesediaan pelajar
dalam menempuh cabaran Society 5.0 adalah pada tahap tinggi. Terdapat hubungan yang
signifikan antara pengetahuan pelajar mengenai Society 5.0 dengan kesediaan pelajar
dalam menempuh cabaran society 5.0. Penyelidik mencadangkan agar pihak pengurusan
IPG Kampus Ipoh mengadakan webinar dan sebagainya yang berkaitan dengan Society
5.0 agar pelajar-pelajar lebih bersedia.

Kata kunci: Society 5.0, pengetahuan, kesediaan cabaran, pelajar IPG Kampus Ipoh

68

Pengaruh Pencapaian Matematik Peringkat Pra Diploma Sains Terhadap Pencapaian
Matematik Kejuruteraan Peringkat Diploma Di Politeknik Kota Kinabalu

Ahmad Ikhwan Bin Ahmad
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

[email protected]

Seri Alifah Binti Dahnel
2 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Pra Diploma Sains (IPS) merupakan program baru di bawah kelolaan Jabatan Matematik, Sains
dan Komputer. Program ini mula dilaksanakan di Politeknik Kota Kinabalu pada sesi Disember
2014 bertujuan memberi peluang kedua kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan tawaran pengajian di politeknik selama dua semester. Prasyarat bagi melayakkan
pelajar ke peringkat diploma ialah pelajar dikehendaki lulus semua kursus yang ditawarkan.
Matematik adalah merupakan kursus yang paling banyak di dalam struktur silibus IPS dengan
empat bahagian iaitu Matematik Asas 1 (PBM1014), Matematik Asas 2 (PBM2014),
Matematik Lanjutan 1 (PBM1024) dan Matematik Lanjutan 2 (PBM2024). Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan pelaksanaan empat kursus Matematik yang
dinyatakan terhadap pencapaian kursus Matematik Kejuruteraan di peringkat diploma. Kursus
Matematik yang dikaji ialah Matematik Kejuruteraan 1 (DBM1013), Matematik Kejuruteraan
2 (DBM2013), Matematik Kejuruteraan 3 (DBM3013) dan Matematik Kejuruteraan Elektrik
(DBM3023). Sampel kajian terdiri daripada 93 orang pelajar lepasan IPS bagi ambilan
Disember 2014, Disember 2015 dan Disember 2016. Analisis data yang dilaksanakan bagi
kajian ini adalah analisis Korelasi Pearson menggunakan Microsoft Excel 2010. Nilai kolerasi
yang diperoleh memberikan justifikasi kepada impak program IPS terhadap penguasaan kursus
Matematik Kejuruteraan di peringkat diploma. Bagi menambah baik kajian ini pada masa akan
datang, skop kajian dapat diperincikan kepada kerja kursus pelajar yang berkait secara
langsung dengan silibus program IPS. Kesimpulannya, program IPS telah menyediakan
platform yang baik dengan mempengaruhi prestasi pelajar terhadap kursus Matematik
Kejuruteraan.

Kata kunci: Silibus Matematik IPS, Prestasi Pelajar, Matematik Kejuruteraan

69

Peranan Landskap Dalam Membentuk Semangat Tempat Serta Membantu Proses
Pendidikan Dan Pembelajaran Pelajar di Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir, Perak

Fakhrul Hazman Che Rasli
Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Mohd Amirul Hussain
Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

[email protected]

ABSTRAK
Persekitaran reka bentuk landskap boleh dianggap sebagai elemen yang berkesan dalam
membantu proses pendidikan dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Setiap sekolah di Malaysia
mempunyai reka bentuk landskap yang tersendiri. Namun begitu, kebanyakan rekabentuk
landskap di sekolah kebangsaan khususnya kurang menekankan konsep semangat tempat dan
hanya memperlihatkan ciri-ciri asas landskap sahaja di sekolah. Walhal, rekabentuk landskap
di sekolah mempunyai potensi positif dalam membantu proses PdP secara kognitif mahupun
sosioemosi. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri rekabentuk landskap
di sekolah dalam membentuk semangat tempat serta membantu proses PdP di sekolah. Untuk
mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif dipilih sebagai asas reka bentuk kajian. Selain
itu, teknik kajian kes telah diterapkan sebagai subjek untuk pengumpulan data. Data utama
untuk kajian ini diperolehi daripada proses temubual mendalam separa berstruktur bersama 10
orang informan dari Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir, Perak. Untuk mengukuhkan lagi
dapatan kajian ini, data turut disokong oleh pemerhatian turut serta dan analisa dokumen.
Pendekatan analisa secara tematik telah digunakan untuk menganalisa data kajian secara lebih
teratur. Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa rekabentuk landskap yang dihasilkan di
kawasan sekolah secara tidak langsung dapat membantu proses PdP sama ada secara kognitif
mahupun sosioemosi. Selain itu ciri-ciri rekabentuk landskap yang baik turut menceriakan
persekitaran sekolah serta dapat membentuk semangat tempat. Persekitaran yang ceria dan
cantik dapat menarik minat pelajar khususnya untuk belajar dan hadir ke sekolah. Akhir sekali,
kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan kepada pihak sekolah dan pihak berkaitan
tentang pentingnya melestarikan rekabentuk landskap di kawasan sekolah.

Kata kunci: Rekabentuk Landskap, Persekitaran Sekolah, Semangat Tempat, Pembelajaran
Kondusif

70

Strategi Pembelajaran Informal Secara Online Dalam Kalangan Usahawan Wanita
Melayu di Lembah Klang

Normala Abu Hassan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia

[email protected]

Mohd Azhar Abd Hamid
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia

[email protected]

Mohd Nasir Markom
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini memerihalkan tentang strategi pembelajaran informal secara online yang
digunakan oleh usahawan wanita Melayu. Pada masa kini pembelajaran informal mula
mendapat tempat dalam kalangan para pengkaji. Jika dahulu pembelajaran informal hanya
dikaji dalam konteks organisasi sahaja tapi sejajar dengan kepentingan pembelajaran informal
itu sendiri maka ramai pengkaji mula memberi perhatian dalam konteks individu. Justeru itu,
objektif kajian ini adalah untuk menerokai strategi pembelajaran informal dalam konteks
usahawan wanita Melayu di lembah Klang. Kajian ini menggunakan kaedah rekabentuk “teori
grounded” dan seramai lima belas orang usahawan wanita Melayu telah dipilih sebagai
informan dengan menggunakan persampelan teoritikal. Data dianalisis dengan menggunakan
perisian Nvivo 12. Hasil kajian mendapati terdapat tiga sub tema strategi pembelajaran iaitu
pembelajaran secara online iaitu youtube, sosial media dan blog yang diamalkan oleh usahawan
wanita Melayu.. Strategi pembelajaran informal menerusi online ini sangat penting untuk
membina seorang usahawan yang kompeten dan mampu menangi cabaran yang sengit dan
kompetitif. Strategi pembelajaran informal ini dapat memberi nilai tambah dalam membentuk
karakter yang betul sebagai seorang usahawan yang berjaya. Kajian ini menunjukkan bahawa
strategi pembelajran informal dalam kalangan usahawan wanita Melayu perlu dipacu oleh
intentional (kesedaran) tinggi. Hal ini penting agar usahawan benar-benar memperoleh nilai
tambah yang bermanfaat dalam perniagaan dan apa jua perkara yang berhubungan dengan
keusahawanan. Justeru, kertas kerja ini mampu menyumbang dan memberi kefahaman tentang
strategi pembelajaran informal dalam dunia keusahawanan khususnya dalam kalangan wanita.

Keywords: Pembelajaran informal, strategi pembelajaran, online, usahawan wanita Melayu

71

Tahap Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik

Vignes Thurasingam
Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

[email protected]

Azlina Binti Bakar
Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

[email protected]

ABSTRAK

Kumpulan pelajar pintar cerdas akademik merupakan golongan yang dilahirkan dengan
mempunyai kebolehan dan kemampuan kognitif yang luarbiasa. Dengan kata lain, individu
yang disebut sebagai pelajar pintar cerdas akademik merupakan individu yang mempunyai
yang potensi untuk menjadi golongan yang cemerlang.Kecerdasan emosi merupakan satu
eleman yang asas dan penting yang patut ada pada diri seseorang pelajar.Kecerdasan emosi
memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan seumur hidup dan kognitif
melalui proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar.Dalam konteks pendidikan di
Malaysia kecerdasan emosi dapat membantu dalam pembinaan kualiti pelajar pintar cerdas
akademik adalah selaras dengan matlamat dalam Falsafah kebangsaan,yang berusaha
melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial (KPM
2015). Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dalam
kalangan pelajar pintar cerdas akademik di lima buah sekolah Menengah klauster.Seramai 217
orang responden dipilih secara bertujuan (Purposive) bagi memenuhi keperluan kajian
ini.Semua responden dalam kajian ini merupakan pelajar yang memperoleh keputusan yang
sangat cemerlang (outstanding student) dalam Peperiksaan Menengah Rendah.Kajian ini
berbentuk kuantatif ini menggunakan satu set instrumen iaitu instrumen kecerdasan emosi
(Malaysia Emotional Quotient Inventory). Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa min
bagi mengikut jantina pelajar perempuan mencatatkan min keseluruhan 4.24 serta sisihan
piawan adalah .753.Manakala min kecerdasan emosi pelajar lelaki mencatatkan 4.05 diikuti
dengan sisihan piawai adalah .636.Secara keseluruhannya, min bagi kedua-dua gender pelajar
lelaki dan pelajar perempuan mununjukkan tahap min yang tinggi.

72

Tahap Pengetahuan Dan Motivasi Guru Terhadap Pelaksanaan Pengintegrasian Stem
Dalam PDPC Matematik

Nooraini Awang Jambol
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

[email protected]

Roslinda Rosli
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Azlin Norhaini Mansur
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

ABSTRAK

Berdasarkan pembacaan literatur mendapati bahawa pengajaran guru lebih berkesan dan
interaktif sekiranya PdPc matematik itu menerapkan pengintegrasian STEM dalam PdPc
matematik. Namun demikian, kajian berkaitan pengintegrasian STEM dalam subjek matematik
masih kurang dilaksanakan berbanding dengan subjek sains. Kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti tahap pengetahuan dan motivasi pelaksanaan pengintegrasian STEM dalam
PdPc matematik. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 120
orang di sekolah menengah di daerah Papar, Sabah. 30 orang guru terlibat dalam kajian rintis
menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada soal selidik PAMPDPSTEM
daripada kajian Aminah (2020). Kesahan kandungan instrumen kajian telah mendapat
pengesahan empat orang pakar. Hasil daripada dapatan kajian rintis mendapati bahawa pekali
Cronback’s Alpha melebihi 0.84 bagi kesemua konstruk yang terdapat dalam instrumen soal
selidik. Kajian juga mendapati tahap pengetahuan dan motivasi adalah sederhana. Hasil
dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan di antara motivasi dan tempoh
pengalaman mengajar guru matematik terhadap pelaksanaan pengintegrasian STEM dalam
PdPc. Implikasi kajian terhadap pihak pentadbir sekolah dapat menilai kekuatan dan
kelemahan guru dalam melaksanakan pendidikan STEM. Rumusannya, pengetahuan dan
motivasi guru matematik meningkat jika diberi kursus dan latihan secara berterusan supaya
guru sentiasa bersedia untuk mengaplikasi pengetahuan baharu dalam melaksanakan
pengintegrasian STEM. Kata kunci: Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),

73

SUBTEMA:
KESIHATAN DAN

MASYARAKAT

74

Analysis of Reducing Infection for Resident Patients Who With Different Background
Information and Influencing Factors During The Epidemic

Luo Yajie
Faculty of Design and Architecture, Universiti Putra Malaysia

[email protected]

Rahinah Ibrahim
Faculty of Design and Architecture, Universiti Putra Malaysia

[email protected]

ABSTRACT

The spread of COVID-19 has caused a certain amount of panic among the public about how
resident patients and visitors would behave while at the hospitals. The concern is protecting all
the resident patients. This study is part of a larger case study research methodology for
improving the admitted resident patients' safety when they have to be admitted into the Chinese
public hospitals. In view of the information of the resident patients, the types of diseases they
suffer, and factors that can affect hospital patients lead to finding more effective solution to
prevent accidental infection. Previous researches have been more concerned with the recovery
of a patient under normal conditions. For infected people, isolation is the better method to
contain the outbreak. However, considering the patient's condition and socio-cultural
behaviors, the paper is proposing alternative precautions for patients who suffer from different
diseases. In this paper, the authors report an early systematic literature review synthesis to
evaluate general approaches that can be used to respond to major diseases and prevent infection
during an epidemic. Then, it conducts further analysis on how to apply those results to the
Chinese public hospital. The results are expected to lead towards recommending key aspects
in developing a guideline for the inpatient with different diseases when they are living in the
hospital. This study contributes to documenting different inpatients’ information analysis and
is expected to support the Chinese public hospitals ensuring different categories of patients'
stay more reassured.
Keywords: resident patients, diseases, mentality, precautions, Chinese public hospitals

75

Hospital Mesra Ibadah: Pengurusan Kesihatan Pesakit Melalui Aspek Spiritual Dalam
Mendepani Kesihatan Mental Pasca Pandemik

M. S. Surina
Akademi Hospital Mesra Ibadah
[email protected]

A. Mohd Zulkifli
Akademi Hospital Mesra Ibadah
[email protected]

Ishak Mas’ud
Pengarah, Hospital Pakar Al-Islam
[email protected]

A. R. Nurul Aisyah
Akademi Hospital Mesra Ibadah
[email protected]

A.S. Izzati
Akademi Hospital Mesra Ibadah
[email protected]

ABSTRAK

Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan satu program penerapan Islamisasi di
Hospital Pakar Al-Islam yang merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai
Islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat nasihat kerohanian. Pengurusan kesihatan
pesakit melalui sokongan spiritual merupakan elemen yang sangat penting dalam melahirkan
konsep kesihatan Islam secara holistik. Penekanan yang menyeluruh yang merangkumi fizikal,
psikologi, mental dan spiritual perlu dilaksanakan dalam membina pesakit yang bergantung
kepada Allah S.W.T. Kajian ini melihat bagaimana Hospital Pakar Al-Islam sebagai pelopor
program Hospital Mesra Ibadah berperanan dalam menguruskan aspek spiritual pesakit pasca
tempoh pandemik Covid-19. Metodologi penyelidikan dilakukan menggunakan kaedah
kualitatif di mana rujukan di dokumentasi menggunakan maklumat dari buku terbitan Hospital
Pakar Al-Islam sendiri serta kertas penyelidikan hasil daripada kajian dalaman. Hasil kajian
mendapati peranan spiritual yang dijalankan oleh kakitangan perubatan Hospital Pakar Al-
Islam yang diketuai oleh Pegawai Agama telah berjaya memperkasakan perjalanan pengurusan
hospital dalam mendepani kesihatan mental pesakit pasca pandemik Covid-19. Melalui
sokongan spiritual, pesakit akan lebih berminat untuk mengetahui selok-belok berkenaan isu
agama manakala pesakit yang menghadapi kemurungan dan tekanan akan diberikan kaunseling
oleh Pegawai Agama mengikut kesesuaian. Sokongan spiritual seharusnya diberi penekanan
yang serius dalam membantu pesakit dalam mendepani kesihatan mental. Aspek spiritual ini

76

juga perlu disebar luaskan lagi tidak hanya di Hospital yang mengamalkan program Hospital
Mesra Ibadah (HMI), malahan di hospital kerajaan dan swasta lain juga.
Kata kunci: Covid-19, Hospital Mesra Ibadah, Pandemik, Pengurusan Kesihatan, Spiritual

77

Knowledge, Practice and Factors Associated Hospital-Acquired Infection Among
Health Care Workers in Hospital Setting in Developing Countries

Nor Aroma Binti Abu Bakar
Nilai University Malaysia
[email protected]

Norhanaza Binti Mohd Yunos
Picoms International University College

[email protected]

Nor Ahzimah Binti Omar
Nilai University Malaysia

[email protected]

ABSTRACT

Hospital environments have high potential of infection from health care workers to patients, or
from patients to health care workers. The implications of this hospital infection can trigger
negative implications on various aspects including the deterioration of public health, the socio-
economy of the country and various other adverse effects. Therefore, a systemic evaluation
study through article survey was conducted to investigate the knowledge, practices and factors
related to hospital-acquired infections among healthcare workers in hospital settings in
developing countries. The study used a method by searching a nursing research database
including CINAHL Plus with Full Text, Science Web, Nursing Plus Reference Center, and
SCOPUS, used to find related major articles published between 2013 and 2021 using the
following research terms or keywords; hospital-acquired infection (HAI), prevalence,
associated factors, health care workers, hospital setting. The finding revealed over 10 articles
but only 5 articles were included in the review on the application of the inclusion criteria. This
systematic article review study concludes that the level of knowledge and practice on HAIs
among health care workers in hospitals setting in developing countries is considered moderate
level (A1= 86.4% knowledge, and 77% practice; A2=87.4% knowledge, A3=84.7%
knowledge and 57.3% practice; A4=90% knowledge; A5=52.5% knowledge and 48.6%
practice). Although factors related to the prevalence of HAI include i) personal factors such as
work experience and educational status; ii) availability of guidelines and lack of training for
staff. The researchers suggest several actions and interventions are proposed based on the
findings of this study, which include improving and enhancing more effective health education
for health workers and the public related to HAI, conducting in-service training to staffs from
time to time, improving standards of procedures related to sanitation in hospital settings and
the use of personal protective equipment among health care workers as well as regular and

78

continuous monitoring of staff's compliance to ensure that statistics related to HAI can be
reduced.
Keywords: hospital-acquired infection, prevalence, associated factors, health care workers,
hospital setting

79

Perceived Challenges on Facilitating Natural Birth Among Midwives at Public
Healthcare Institution

Nor Zorrenee
Open University Malaysia

[email protected]

Nor Aroma
Nilai University Malaysia
[email protected]

ABSTRACT

Significance: Midwives are playing important roles in tackling almlmost all of the public
health challenges that have been identified by WHO. Thus, quality care is necessary to help
mothers undergo birth and safe delivery process with no complications. Therefore the findings
of this study may help and contribute to healthcare organization, midwifery education and
practice

Aim: The main objectives of the study is to explore the most challenging factors that affect the
midwife task during facilitating natural birth. This study also was conducted to determine the
relationship between demographic data and the factors that affected midwives' task in
facilitating natural births.

Design: A quantitative non-experimental, survey design using survey questionnaires.

Participants & Methods: A total of n=80 midwives from Maternity Ward and Labor room,
Public Hospital Ipoh, Perak using simple random of sampling technique.

Results: Overall results showed that midwives' professional autonomy aspects scored higher
(mean=3.22; SD=1.78) than aspects of mother’s attitude (mean score=3.05; SD=1.89) and
aspect of midwives' experiences related to mother friendly care in facilitating natural birth
(mean=1.13; SD=1.54). Clearly, the aspect of midwives’ professional autonomy was the most
factor affected midwifery task in facilitating natural births. Analysis also proved that all
demographic data did not influence the factors that affected midwives' task in facilitating
natural births except the years of experience in nursing among midwives (p=0.045). It was
obvious that there was no significant relationship between the races and the factors that affected
the midwives’ task in facilitating natural birth.

Conclusion & Recommendation: Increasing women’s access to high-quality midwifery
services had become a focus of global efforts to realize the right of every woman to the best
possible health care during pregnancy and childbirth. Quality midwifery services that were
coordinated and integrated within communities and within the health system ensure that care
could be provided throughout pregnancy, birth and beyond. Midwifery services also facilitated

80

referrals of mothers and newborns from the home or health center to the hospital and to the
care of obstetricians, pediatricians and other specialists when required. The suggested
interventions include curriculum improvement and syllabus subject obstetric and public health
nursing care, malpractice and boundaries among midwives. It was also proposed that training
methods and approaches for midwifery coaches in clinical areas needed to be more robust and
clearer to avoid issues related to medico legal.
Keywords: Perceived challenges, natural birth, midwives, healthcare institution

81

Tahap Kesedaran dan Pengetahuan Tentang Kesihatan Mental Dalam Kalangan PGB
Di Daerah Kota Belud

Kasmah Rajikan
KPD SPsK PPD Kota Belud
[email protected]

Sinon Longguyu
SK Labuan Kota Belud
[email protected]

ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui sejauhmana tahap kesedaran tentang kesihatan mental
di kalangan pemimpin utama sekolah rendah dan menengah di daerah Kota Belud yang terdiri
daripada 66 buah sekolah. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti tahap kesedaran tentang
kesihatan mental di kalangan pengetua dan guru besar(PGB) di Daerah Kota Belud. Hasil
kajian ini mendapati PGB mempunyai pengetahuan berkaitan kesihatan mental iaitu Skor Tahu
57%, di ikuti, Sedikit Tahu 30%,Sangat Tahu 9.5%, Tidak Tahu 6.3% dan Sangat Tidak Tahu
iaitu 4.7% sahaja. Metodologi kajian adalah kaedah kuantitatif sepenuhnya. Kajian ini
menggunakan instrumen soal selidik sebanyak 10 item yang mengandungi 5 skala. Sumber
data adalah hasil kutipan melalui google form yang mempunyai analisis secara automatik
daripada responden seramai 66 orang PGB di Daerah Kota Belud.. Walau bagaimanapun min
keseluruhan dianalisis secara manual dan diterjemahkan dalam graf.

Kata kunci:Kesihatan mental, Kesedaran,kesejahteraan psikologi, pengetahuan PGB,

82

SUBTEMA:
SENI

83

The Characteristics of Painting Language in Upgrading The Framework for Unique
Product Packaging

Zou Shasha
Faculty of Design and Architecture, University Putra Malaysia

[email protected]

Rahinah Ibrahim
Faculty of Design and Architecture, University Putra Malaysia

[email protected]

Siti Mastura Md Ishak
Faculty of Design and Architecture, University Putra Malaysia

[email protected]

Sazrinee Zainal Abidin
Faculty of Design and Architecture, University Putra Malaysia

[email protected]

ABSTRACT

The painting language integrates knowledge, skills, feelings and materials, it is the embodiment
of the painter's emotions. The language of painting needs to be added to form a unique
packaging, which will contribute to the sustainable use of packaging. In order to make product
packaging unique, unique product packaging must have the characteristics of painting
language. This article attempts to record the key graphic language features of updating the
unique product packaging. The purpose is to combine the form, technique and connotation of
painting language to form a unique package. Initial research is based on a selection of literature
reviews that designers can consider using the language features of painting. This article
documents the results of a literature review synthesis process regarding form, technique, and
connotation. Results include recommendations to apply the characteristics of painting language
to packaging design to form a unique packaging design. The results contributes in
recommending potential references for developing a painting language framework towards in
the unique packaging design application. in the future. The proposed framework is significant
in up-cycling packaging waste by single use products.

Keywords: painting language, meaningful forms, connotation expression, unique packaging
design, sustainable design informatics

84


Click to View FlipBook Version