1 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31, 2024 ( JAWATANKUASA INDUK ) Tarikh : 18 Mei 2024 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan KARISMA, SK Kebor Ayer Perasmi : YBrs. Cikgu Haji Shafruddin b. Haji Ali Hussin -Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, (Sektor Pembangunan Profesionalisme KPM) PENGERUSI BERSAMA -En. Mohd Fitri b. Ngah (Guru Besar SKKA) -En. Mohd Zarawi b. Ismail (Yang Dipertua PIBG) NAIB PENGERUSI 1 -Pn. Hajah Haslina bt. Husain (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) -YM Dr. Sharifah Nurul Huda bt. Tuan Mohd Yasin (Naib Yang Dipertua PIBG) NAIB PENGERUSI 2 -En. Azli Sham b. Abdul Wahab (Guru Penolong Kanan HEM) NAIB PENGERUSI 3 -En. Mohd Shahril Amizi b. Abd Rahman (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) SETIAUSAHA BENDAHARI -En. Awang Harun b. Omar -Pn. Nur Baizura bt. Salleh @Abdullah AHLI JAWATANKUASA -En. Mohd Hassan b. Omar -En. Rosli b. Abd. Majid -En. Mohd Syamsul b. Ismail -En. Asari b. Abdullah -En. Mohd Nordin b. Saidi -En. Azmi b. Yaziz -En. Mohd Amirulmutmini b. Johari -Tn. Hj. Ahmad Fadullah b. Jusoh -Pn. Norazimah bt. Ruslan -Pn. Zainab bt. Muda -Pn. Siti Jarwanti
2 JAWATANKUASA KERJA Jawatankuasa Sambutan -Pentadbir Sekolah -AJK PIBG -Pn. Nor Hasmiza bt. Mohamed -Pn. Nusairotulhuda bt. Md. Yusof Jawatankuasa Buku Program dan Dokumentasi -Pn. Farlianda Suriana bt. Ibrahim -Pn. Hjh. Mariatul Qibtiah bt. Mohd Taufek Pengacara Majlis -En. Awang Harun b. Omar Pimpinan Doa Jawatankuasa Siaraya -Ustaz M Rahimi b. Jusoh -En. Marhidayat b. Rahim -En. Asrul b. Mohamad Jawatankuasa Persiapan Tempat di Dewan dan Prasekolah -Pn. Saridah bt. Abd. Razak -Pn. Fauzilah bt. Hamzah -Pn. Damisah bt. Mohd Razali -En. Marzuki b. Zulkifli -Pn. Nureha bt. Muda -En. Rahim b. Abdullah -Pn. Zalenawati bt. Mohamad -Pn. Rokiah bt. Ismail -En. Muhammad Alief Ashraf b. Azmi -En. Zafar b. Ismail Pencatat Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran -Cik Munirah bt. Mohamad Nasir -Pn. Majdah bt. Mohd Yusof -Cik Nur Shahirah bt. Syamsul -Pn. Azrah bt. Abdullah Jawatankuasa Hadiah/Cenderahati Jawatankuasa Jamuan VIP/Tetamu - Pn. Nur Raena Atila bt. Ab Ran -Pn. Zuraini bt. Abd Rahman -Pn. Wan Rosnita bt. Wan Ngah -YM Pn. Syarifah Fariza bt.Tuan Sharif -Cik Noor Hidayah bt. Ismail -Pn. Majdah bt. Mohd Yusof -Pn. Shahabani bt. Abu Bakar Jawatankuasa Jamuan Ibu Bapa Jawatankuasa Persembahan Murid -Pn. Mila bt. Mohd Hassan -Pn. Damisah bt. Mohd Razali -Pn. Hjh. Fatimah bt. Man -Pn. Nur Fadilah bt. Che Deraman -Guru KAFA Petang -Cik Siti Aisyah bt. Abu Zakaria -Cik Nurhasila bt. Ismail Jawatankuasa Kawalan Keselamatan -Pengawal Keselamatan Sekolah
3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOR AYER, 21200 KUALA TERENGGANU. 09-6156680 ____________________________________________________________________________ PIBG SKKA-100-13/1/4( ) Tarikh : 7 Mei 2024 Semua AJK PIBG, Semua Ibu Bapa/ Penjaga dan Guru SK Kebor Ayer, Manir Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31, 2024 SK KEBOR AYER Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana butiran berikut: Tarikh : 18 Mei 2024 ( Sabtu ) Masa : - 8.30 pagi (Pendaftaran) - 9.00 pagi (Mesyuarat Agung PIBG bermula) Tempat : Dewan KARISMA, SK Kebor Ayer Perasmian : YBrs Cikgu Hj. Shafruddin b. Hj. Ali Hussin Timb. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, (Sektor Pembangunan Profesionalisme) 3. Agenda Mesyuarat: 3.1 Memilih Pengerusi Majlis 3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30,2023 3.3 Perkara-Perkara Berbangkit 3.4 Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan 3.5 Membentang dan Membahaskan Usul 3.6 Hal-Hal Lain 3.7 Ucapan Penangguhan 4. Semoga tuan/ puan dapat hadir pada mesyuarat tersebut. Sebarang cadangan/ usul (jika ada) hendaklah dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada Setiausaha/ Urusetia PIBG seperti alamat di atas sebelum atau pada 15 Mei 2024 ( Rabu). 5. Pihak sekolah juga menyediakan satu tabung kepada ibu bapa yang ingin menyalurkan sumbangan pada hari tersebut Kerjasama dan perhatian yang diberikan, didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Saya yang menjalankan amanah, …………………………………… (AWANG HARUN BIN OMAR) Setiausaha PIBG, SK Kebor Ayer. s.k - Guru Besar SK.Kebor Ayer - Fail
4 ATUR CARA MAJLIS: 8.30 pagi - Ketibaan Ibu Bapa/ Penjaga Pendaftaran/ Mengambil Tempat 9.00 pagi - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31, 2024 bermula 10.00 pagi - Rehat 10.15 pagi - Ketibaan Tetamu Jemputan 10.30 pagi - Ketibaan YBrs Cikgu Hj. Shafruddin b. Hj. Ali Hussin Timb. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, (Sektor Pembangunan Profesionalisme KPM) MAJLIS PERASMIAN - Nyanyian Lagu Negaraku - Ucapan Aluan Pengerusi - Bacaan Doa - Ucapan Guru Besar, SK Kebor Ayer - Ucapan Yang Dipertua PIBG - Ucapan Perasmian; YBrs Cikgu Hj. Shafruddin b. Hj. Ali Hussin Timb. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia - Persembahan Murid - Perasmian Bangunan Prasekolah Az-Zahraa oleh YBrs Cikgu Hj. Shafruddin b. Hj. Ali Hussin - Jamuan Ringan - Bersurai
5 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 31, 2024 SK KEBOR AYER 1.Memilih Pengerusi Mesyuarat 2.Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30, 2023 3.Perkara-Perkara Berbangkit 4.Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan 5.Membentang dan Membahaskan Usul 6.Hal-Hal Lain 7.Ucapan Penangguhan 8. Majlis Bersurai
6 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOR AYER, MANIR KUALA TERENGGANU SENARAI AHLI JAWATAN KUASA KERJA PIBG SESI 2023/2025 Yang Dipertua : En. Mohd Zarawi b. Ismail Naib Yang Dipertua : YM Dr. Sharifah Nurul Huda bt.Tuan Mohd Yasin Setiausaha : En. Awang Harun b. Omar Bendahari : Pn. Nur Baizura bt. Salleh @Abdullah AJK Ibu Bapa : En. Mohd Hassan b. Omar En. Mohd Nordin b. Saidi En. Mohd Syamsul b. Ismail En. Rosli b. Abd. Majid En. Asari b. Abdullah En. Azmi b. Yaziz En. Mohd Amirulmutmini b. Johari Tn Hj. Ahmad Fadullah b. Jusoh Pn. Norazimah bt. Ruslan Pn. Zainab bt. Muda Pn. Siti Jarwanti AJK Guru : En. Marhidayat b. Rahim Pn. Zuraini bt. Abd Rahman Pn. Saridah bt. Abd Razak Pn. Hjh. Roshidah bt. Mustaffa Pemeriksa Kira-Kira: Pn. Zalenawati bt. Mohamad Pn. Shahabani bt. Abu Bakar
7 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KEBOR AYER, MANIR KUALA TERENGGANU MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30, 2023 Tarikh : 16 Jun 2023 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi – 10.10 pagi Tempat : Dewan Karisma, SK Kebor Ayer 1. Memilih Pengerusi Mesyuarat 1.1 En. Mohd Zarawi b. Ismail selaku Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2023 memulakan ucapan dengan memberi salam dan membuka majlis dengan bacaan Surah al-Fatihah -Beliau mengalu-alukan kehadiran semua pentadbir dan AJK PIBG,guru-guru dan semua ibu bapa pada majlis itu. -Beliau menjemput semua AJK PIBG sesi 2021/2023 tampil ke hadapan bagi memulakan mesyuarat. 1.2 Tn. Hj. Wan Azmi b. Wan Mohamad mencadangkan En. Mohd Zarawi b. Ismail sebagai Pengerusi Mesyuarat -Disokong oleh Pn. Lizawati bt. Mohd Nor 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29, 2022 2.1 En. Awang Harun b. Omar selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-29, 2022 bertarikh 1 Julai 2022(edaran- pada muka surat 7,8,9 dan 10) untuk makluman dan tindakan ahli mesyuarat -Pn. Mariatul Qibtiah bt. Mohamad Taufek mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29, 2022 tersebut diterima. -Disokong oleh Pn. Zabidah bt. Doraman -Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29,2022 diluluskan tanpa pindaan. 3. Perkara-Perkara Berbangkit 3.1 Perkara 5.6 -En. Mohd Nor b. Abdullah yang mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan ruang atau tempat murid menunggu ibu bapa/penjaga semasa pulang dari sekolah. -Setiausaha memaklumkan pihak sekolah telah menyediakan 4 buah kerusi panjang (kekuda kayu) di tempat murid menunggu ibu bapa (di bawah garaj basikal bersebelahan pondok pengawal) 3.2 Masih pada perkara yang sama (5.6)- Yang Dipertua PIBG sekali lagi mengingatkan kepada ibu bapa agar tidak memasuki kenderaan ke dalam kawasan sekolah dan tidak meletak serta memberhentikan kenderaan di hadapan pintu pagar utama sekolah semasa menurunkan dan menghantar anak pada waktu pagi.Hal ini boleh menyebabkan kesesakan dan menghalang pandangan guru dan kaki tangan sekolah yang masuk bertugas dan melibatkan juga soal keselamatan murid. Tindakan : Makluman
8 4. Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan 4.1 Pn. Mila bt. Mohd Hassan selaku bendahari PIBG) membentangkan Laporan Kewangan bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 (edaran-pada muka surat 11) untuk makluman dan tindakan ahli mesyuarat 4.2 Beliau turut memaklumkan pengumpulan kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2022 yang dipungut daripada 204 keluarga adalah seperti makluman berikut; i. 20.10.2022 = RM6 165.00 ii. 30.11.2022 = RM 2 610.00 iii. 02.01.2023 = RM405.00 4.3 Turut memaklumkan Wang Zakat Bank Rakyat berjumlah RM12,700.00 telah diagihkan kepada murid-murid yang layak. 4.4 Baki wang di bank pada 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM22,569.87. Manakala baki wang di bank (terkini) setakat bulan Jun 2023 adalah sebanyak RM11,255.82 -En. Mohd Nordin b. Saidi mencadangkan Laporan Kewangan diterima. -Disokong oleh En. Mohd Syamsul b. Ismail 5. Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG bagi Sesi 2023/2025 5.1 En. Mohd Zarawi b. Ismail, Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2021/2023 atas sumbangan dan kerjasama yang baik pada setiap program yang dirancang sepanjang sesi berkenaan. -En. Awang Harun b. Omar mengambil alih sebagai pengerusi sementara 5.2 En. Mohd Nordin b. Saidi mencadangkan En. Mohd Zarawi b. Ismail dikekalkan sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2023/2025 dan turut mencadangkan mengekalkan AJK PIBG lama yang hadir pada Mesyuarat Agung -Sokongan sebulat suara 5.3 Pn. Zuraini bt. Abd Rahman mencadang YM Dr. Sharifah Nurul Huda bt.Tuan Mohd Yasin sebagai Naib Yang Dipertua PIBG yang baharu bagi sesi 2023/2025 -Sokongan sebulat suara 5.4 Pelantikan AJK PIBG yang lain; i. Pelantikan Bendahari PIBG yang baharu -Guru Besar memaklumkan Pn. Mila bt. Mohd Hassan memohon peletakan jawatan sebagai Bendahari PIBG selepas Mesyuarat Agung PIBG. Memahami kesibukan dan tugas beliau yang menjadi Penyelaras Pusat Sumber Sekolah yang baharu,pihak sekolah menerima peletakan jawatan beliau. -Pihak sekolah bersetuju melantik Pn. Nur Baizura bt. Salleh @Abdullah sebagai Bendahari PIBG yang baharu berkuat kuasa pada Mesyuarat Agung PIBG ini. ii. Pn. Nurul Izzati bt. Mamat mencadangkan En. Mohd Amirulmutmini b. Johari bagi menggantikan En. Fauzi b. Muda (tidak hadir) -Disokong oleh En. Marhidayat b. Rahim iii. En. Mohd Nordin b. Saidi mencadangkan En. Asari b. Abdullah bagi menggantikan En. Mohd Khaha b. Mat yang menarik diri dalam majlis -Sokongan sebulat suara
9 iv. Pn. Nur Baizura bt. Salleh mencadangkan Pn. Siti Jarwanti bagi menggantikan Pn. Nor Kuma bt. Majid yang menarik diri dalam majlis -Sokongan sebulat suara v. En. Mohd Syamsul b. Ismail mencadangkan En. Azmi b. Yaziz bagi menggantikan En. Mohd Hanapiah b. Abu Bakar (menarik diri) -Sokongan sebulat suara vi. Pn. Rosmawani bt. Ismail mencadangkan Tn. Hj. Ahmad Fadullah b. Jusoh menggantikan Pn. Nur Zuriati bt. Zakaria (menarik diri) -Sokongan sebulat suara 5.5 En. Mohd Zarawi b. Ismail sebagai Yang Dipertua PIBG (mengekalkan jawatan) mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah memberi kerjasama sepanjang sesi Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2023/2025 6. Membentang dan Membahaskan Usul 6.1 Yang Dipertua PIBG memaklumkan pada Mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 bertarikh 12 Mei 2023 AJK PIBG telah memutuskan untuk mengekalkan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM45.00 bagi satu keluarga untuk dipanjangkan dan diputuskan pada Mesyuarat Agung PIBG. -Pecahan perbelanjaan sumbangan PIBG adalah seperti berikut; i-RM30.00 untuk tabung PIBG ii-RM15.00 untuk program akademik sekolah 6.2 Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan dan keputusan pada mesyuarat AJK PIBG Kali ke-2 iaitu sumbangan PIBG bagi tahun 2023 adalah RM45.00 bagi satu keluarga. Tindakan: Setiausaha (surat kepada JPNT-memohon kelulusan sumbangan) 7 Hal - Hal Lain 7.1 En. Mohd Fitri b. Ngah, Guru Besar mengatakan bahawa pihak sekolah sentiasa mengalualukan lontaran idea daripada ibu bapa demi untuk kebaikan anak-anak dan kemajuan sekolah. 7.2 Beliau turut memaklumkan beberapa perkara; a) Musim sekarang adalah musim panas. Murid dibenarkan/digalakkan memakai pakaian sukan/PJ yang kemas dan sopan ke sekolah sehingga dimaklumkan. -Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah membenarkan murid bermain dan melakukan aktiviti di padang pada waktu pagi (jika cuaca tidak terlau panas). Murid digalakkan membawa air ke sekolah b) Isu beg berat. -Guru Besar memaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sentiasa mengingatkan tentang isu tersebut. Guru Besar berpesan kepada ibu bapa supaya sentiasa memastikan anak-anak membawa buku mengikut jadual harian yang betul dan murid membuat kerja rumah/latihan yang diberikan guru. -Pihak sekolah membenarkan murid meninggalkan buku dalam kelas (dalam meja) sekiranya tiada kerja rumah. c) Isu sekolah yang masih kekurangan kerusi meja. -Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah banyak membaiki kerusi dan meja yang rosak bagi memberi keselesaan kepada murid belajar. Pihak sekolah juga sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan kerusi dan meja yang baharu. -Ibu bapa yang ingin menghulurkan sumbangan amat dialukan.
10 d) Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). -Guru Besar memaklumkan SK Kebor Ayer telah memasuki Fasa tahun ke-3. - Terdapat 3 perkara utama iaitu; -Bina Guru Besar -Bina Guru -Bina Ibu bapa (Sokongan Komuniti/ Swasta) -Keutamaan program TS25 kini adalah berfokus kemenjadian murid, iaitu mensasarkan pelibatan murid yang lebih menyerlah pada pelbagai peringkat sehingga ke peringkat antarabangsa. e) Kehadiran Murid ke Sekolah -Guru Besar memakumkan pada setiap hari purata murid tidak hadir ke sekolah adalah seramai 50-60 orang. Jumlah ini agak tinggi dan sangat membimbangkan.Beliau berharap agar ibu bapa lebih peka tentang hal tersebut dan menasihati anak dan sedikit bertegas dengan anak-anak agar mereka datang ke sekolah f) ABC-(Anak yang Baik lagi Cerdik) -Idea ini dibawa oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin b. Hj. Ghazali yang menyatakan konsep ini adalah untuk mendidik anak-anak atau murid-murid menjadi anak yang baik lagi cerdik. Ianya memfokuskan kepada kaedah bukan sekadar melahirkan murid yang cerdik sematamata, tetapi juga mempunyai sahsiah diri yang baik dan berakhlak mulia. -Bagi menjayakannya, ia memerlukan kerjasama dan sokongan yang kuat antara ibu bapa dan guru. g) Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) -Kelas KAFA dijalankan pada setiap hari Ahad, Isnin dan Rabu selepas pembelajaran kelas waktu pagi -Beliau mengharapkan mendapat kerjasama daripada ibu bapa bagi memastikan anak-anak mengikuti kelas tersebut.Pihak kantin juga ada menjual makanan di kantin untuk keperluan murid sebelum kelas bermula. -Ibu bapa dimaklumkan kutipan wang sebanyak RM15.00 dikenakan kepada setiap murid untuk lembaran kerja/fotostat bahan bagi membantu pembelajaran murid. h) Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) -Ujian UPKK (bagi murid Tahun 5) penting untuk kemasukan ke sekolah menengah, terutama murid-murid yang ada potensi ke Sekolah Menengah Agama, SM Imtiyaz dan Sekolah Berasrama Penuh. -Bermula tahun ini, soalan dan jawaban adalah dalam tulisan jawi. -Ujian UPKK dijangka akan dijalankan pada bulan Januari 2024 i) Akhirnya, beliau turut mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke sekolah untuk berbincang dengan pihak pentadbir sekiranya terdapat sebarang masalah. -Ibu bapa adalah tunggak untuk bina kejayaan sekolah dan berharap kerjasama yang erat dan sedia terjalin dapat diperkukuhkan lagi -Turut memaklumkan pihak sekolah ada memberi sedikit hadiah kepada 124 orang murid yang hadir penuh pada sepanjang bulan Ramadhan tahun 2023, dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa. -Sebarang idea daripada ibu bapa ke arah kejayaan sekolah, pihak sekolah amat mengalu-alukan dan menghargainya.
11 8 Ucapan Penangguhan 8.1 En. Mohd Zarawi b. Ismail mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan semua ahli terhadap kepimpinan beliau. 8.2 Turut mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang baharu dilantik dan berharap dapat menerima pelantikan dengan hati terbuka serta berganding bahu bersama-sama dengan kepimpinan sekolah bagi merancang dan menjayakan setiap program demi kemajuan sekolah. 8.3 Seterusnya mengulangi ucapan tahniah dan terima kasih atas kehadiran semua ahli dan mengharapkan segala yang telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat dapat dilaksanakan dengan semangat dan kerjasama yang baik. -Majlis ditangguhkan pada pukul 10.10 pagi Disediakan oleh; Disemak oleh; ……………………………….. ………………………………. (AWANG HARUN B. OMAR) (MOHD ZARAWI B. ISMAIL) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
12 LAPORAN KEWANGAN