The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Latifi Abdul Ghani, 2020-11-29 01:10:05

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus Pengurusan
Jenazah



Kursus Pengurusan Jenazah

Larangan Dari Bercita-Cita Dan Berdoa
Untuk Mati Kerana Musibah Yang Menimpa
Diri Dan Tubuh Badannya

‫ عن النبى صلى الله عليه‬،‫أخرج الشيخان عن أنس بن مالك‬
‫ ف ِا ْن‬،‫ " لا يتمنَّيَ َّن أحدكم المو َت لضر نزل به‬:‫وسلم أنه قال‬
‫ اللهم أحيني ما كانت الحياة خي ًرا لى‬: ‫كان لا بد متم ِنياً فاليقل‬

” ‫وتوفنى إذا كانت الوفاة خي ًرا لى‬

“Jangan meminta seseorang dari kamu akan mati kerana
bala yang diturunkan kepadanya. Maka jika sekiranya
terpaksa bercita-cita (untuk mati), hendaklah dia berdoa:
"Wahai Tuhanku! Hidupkan aku selagi hidup itu baik untukku
dan matikanlah aku sekiranya kematian itu baik bagiku”.

Harus Bercita-Cita Dan Berdoa Untuk Mati

Kerana Takut Musibah Yang Menimpa

Agamanya

Dikeluarkan oleh Ibn Abdil Bar ) ‫( التمهيد‬, Al-Marwazi (
) ‫الجنائز‬, Imam Ahmad ) ‫( المسند‬, dan At-Tobarani ) ‫( الكبير‬,
berkata Abi Abas Al-Ghifari dari hadis Rasulullah SAW:

‫ واستخفافا‬،‫ وبيع الحكم‬،‫ وكثرة الشرط‬،‫ اِمرة السفهاء‬:‫" بادروا بالموت ستًّا‬
‫ ونش ًوا يتخذون القران مزامير يقدمون الرجل ليغنيهم‬،‫ وقطيعة الرحم‬،‫بالدم‬

” ‫بالقران وان كان أقل منهم قفها‬

"Bersegeralah dengan kematian (apabila berlaku)
enam perkara: Pimpinan yang bodoh (budak-
budak), banyak tentera, jual-beli hukum, meremeh-
remehkan dengan (pertumpahan darah),
memutuskan silaturrrahim, orang-orang mabuk
yang menjadikan Al-Quran dengan berlagu, mereka
berjumpa dengan orang lelaki untuk
memperdengarkan nyanyiannya dengan Al-Quran
sekalipun kurang memahami agama".

Kelebihan

Diriwayatkan dari Abi Qatadah, Mati

Rasulullah SAW melalui satu jenazah Dikeluarkan dari Husin ibn Ali

lalu baginda bersabda: r.'anhuma, Rasulullah SAW
bersabda:
2،‫ يا رسول الله‬:‫ قالوا‬.‫" مستري ٌح و ُمسترا ٌح منه‬
1‫ العبد‬:‫ما المستريح والمستراح منه؟ فقال‬
‫" الموت ريحانة المؤمن‬
‫المؤمن يستريح من نصب الدنيا وأذاها الى‬

‫ والعبد الفاجر يستريح منه‬،‫رحمة الله عز وجل‬ "Kematia"n adalah kehidupan dan rezeki
" ‫البلاد والعباد والشجر والدواب‬
bagi orang beriman"
"Berehat dan direhatkan

darinya. Bertanya para Dari Mahmud ibn Lubaid, bahawa

sahabat: Wahai Rasulullah, 3 Rasulullah SAW bersabda:
apakah maksudnya berehat dan

direhatkan darinya? Lalu ‫ يكره الموت والموت خير له‬:‫" اثنتان يكرههما ابن أدم‬

Baginda menjawab: Hamba yang " ‫ ويكره قلة المال وقلة المال أقل للحساب‬،‫من الفتنة‬
beriman berehat dari habuan

dunia dan kesakitannya kepada "Dua perkara yang (sering) dibenci oleh anak
rahmat (kasih-sayang) Allah, Adam: Membenci kematian sedangkan
dan hamba yang jahat kematian itu lebih baik dari fitnah (terhadap
direhatkan darinya negara, agamanya), dan membenci mempunyai sedikit
hamba, pokok dan binatang harta sedangkan sedikit harta itu boleh
(yang merayap di bumi)". mengurangkan hisab (di hari akhirat)".

Apakah Itu Kematian Dan Ajal?

‫ مفارقة الروح البدن لا عدم‬:‫الموت‬
.‫الروح‬

"Kematian ialah bercerai roh dari badan bukan
tiada roh“.

‫ ويَ ْق ِب ُض الرو َح‬# ‫َو َوا ِج ٌب اِ ْي َمانُنَـــــــا بِا ْل َم ْو ِت‬
‫َر ُســـــــو ُل المو ِت‬

Dan wajib kita beriman dengan kematian, # Dan yang
mencabut roh adalah utusan kematian (malaikat Izrail),
Dan orang yang mati sebab (sampai) umurnya
(seumpama) orang yang dibunuh, # Dan selain (yang
disebut) dari (mazhab Ahli Sunnah) adalah batil tidak
diterima.

Menziarahi

Pesakit

1- Hukumnya sunat muakkad
2- Adab menziarahi pesakit
3- Adab pesakit yang sakit
4- Amalan terhadap pesakit yang

hampir meninggal dunia

3-Adab pesakit yang sakit

-Menjaga akhlak yang baik.
-Tidak berbalah dalam masalah dunia.
-Muhasabah untuk amalan terakhirnya.
-Menjaga sembahyang dan menjauhi maksiat.
-Bersabar dan bersyukur dengan ketetapan Allah.
-Berpesan kepada ahli keluarganya supaya meninggalkan perkara-perkara
bid’ah di dalam menguruskan jenazahnya nanti.

Adab menziarahi pesakit 4-Amalan terhadap pesakit yang
Mengucapkan kalimah yang hampir meninggal dunia:
baik dan mendoakan
kesembuhannya -Mentalqinkan pesakit dengan kalimah
) ‫( لا إله إلا الله‬.
Tidak berada lama -Mengucapkan kalimah yang baik.
di rumah pesakit. -Membaca surah Yasin.
-Membaca surah Ar-Ra'd.
-Mengingatkan pesakit supaya sentiasa
bersangka baik dengan Allah.
-Jika pesakit berhajat kepada minum,
berikan sedikit minuman.

Kursus Pengurusan Jenazah

Tanda-tanda Hampir

Keluar Roh
-Bengkok hidung dan turun ke bawah.

-Kepis pelipis.

-Tegang semua anggota.

-Sejuk tapak kaki dan berubah warna kulit.

Alamat kematian yang buruk:

Alamat kematian yang baik-:Berbuih mulut.

-Berpeluh dahi. -Mengeluarkan suara seperti himar.

-Mengalir air -Terbeliak mata dengan begitu kuat.
mata. -Hitam muka.
-Kering bibir -Terjadi perkara-perkara aneh yang
mulut. menakutkan tehadap si mati.

Kursus Pengurusan Jenazah 1. Pejamkan matanya.
2. Ikat dagu serta kepalanya dengan ikatan
Tanggung-
jawab Kita yang lebar agar mulutny tidak ternganga.
Kepada Si 3. Letak di atas perutnya sesuatu penindih
Mati Yang
Baru agar tidak kembung.
Meninggal 3. Lembutkan sendi-sendi tubuhnya perlahan-

lahan.
4. Tempatkan jenazah di tempat yang dan

tinggi dan arahkan kakinya ke kiblat.
5. Tanggalkan pakaiannya dan tutupi dengan

kain ke seluruh tubuhnya.
6. Letakkan kedua tangannya di antara pusat–

dada seperti orang solat.
7. Segerakan membayar hutangnya, jika ada.
8. Menghebahkankematiannya terutama

kepada ahli keluarganya.
9. Perkara-perkara haram: Menjerit dan

meratapi mayat, memukul-mukul pipi,
mengoyak-ngoyak baju dan sebagainya.
10.Harus menangis dan hendaklah banyak
bersabar.

5 KEWAJIPAN ORANG

HIDUP

KEPADA SI MATI

1-Memandikan
2-Mengkafankan
3-Menyembahyangkan
4-Mengusung jenazah ke kubur
5-Mengebumikan
mua perbelanjaan pengurusan
jenazah si mati.

Alat-alat Persiapan

Pengurusan Jenazah

-Mengukur panjang mayat untuk diberi kepada penggali
kubur. (Dalam kubur 6 kaki, panjang mengikut panjang
mayat dan lebarnya 3 - 4 kaki).
-Papan penutup liang lahad sepanjang mayat.
-Kain putih panjang 18 - 21 meter dan lebar 45 atau 60
inci.
-Kapas 2 gulung.
-Air mawar 1 botol.
-Setangi.
-Kapur barus.
-Atar sebotol (tanpa alkohol).
-Gunting.

Memandikan Mayat

1-Persediaan memandikan mayat
2-Syarat jenazah yang diwajibkan mandi
3-Syarat-syarat orang yang boleh

memandikan mayat
4-Hukum melihat dan menyentuh aurat si

mati
5-Perkara-perkara sunat semasa

memandikan mayat
6-Cara-cara memandikan mayat







Kursus Pengurusan Jenazah

1-Persediaan 2-Syarat Jenazah 3-Syarat-syarat
memandikan mayat yang diwajibkan orang yang boleh
mandi memandikan
-3 buah bekas air. Bekas pertama diisi mayat:
dengan air mutlak. Bekas kedua diisi
dengan air bidara. Bekas ketiga diisi -Islam.
dengan air kapur barus.
-Didapati anggota walaupun
-Sarung tangan 2 atau 3 helai.
-Kain sugi untuk penggosok pada sedikit. -Manusia dari waris si
badan mayat serta gigi dan kuku.
-Bukan anak keguguran sebelum 4 mayat atau jin.
-Kain untuk menutup mayat semasa bulan.
mandi. Seelok-eloknya berwarna gelap
atau kain batik lepas. -Bukan mati syahid dunia dan -Bukan pembunuh mayat.
akhirat.
-Sehelai tikar.
-Bukan musuh si mayat.
-Tanah debu untuk tayamum untuk
mayat yang uzur. -Orang yang jujur dan
amanah.
-Sabun. Bukan orang yang fasik.

-Kain telekung (bagi perempuan). -Orang yang ahli feqah
Serban dan baju/ gamis (bagi lelaki) atau mengetahui mandi
mayat.

-Tempat mayat dimandikan hendaklah Jangan bising, berbual, ketawa, meraung, meratap dan sebagainya di
di bilik yang tertutup supaya tidak tempat mandi. Sebaik-baiknya letakkan mayat di tempat yang tinggi.
dilihat oleh orang yang tidak
berkenaan.

Kursus Pengurusan Jenazah 5-Perkara-perkara
sunat semasa
4-Hukum melihat memandikan mayat:
dan menyentuh
aurat si mati: -Mengulangi mandian sebanyak tiga kali. Mandian
pertama adalah wajib manakala yang kedua dan
-Menutup aurat si mati adalah ketiga adalah sunat. Mandian yang pertama dengan
wajib. air mutlak, mendian kedua dengan air bidara dan
-Haram melihat dan mandian ketiga dengan air kapur barus.
menyentuh aurat si mati.
-Sekiranya mandian yang ketiga tidak dapat
membersihkan najis yang ada, ulangi kepada lima,
tujuh dan seterusnya hingga bersih. Sunat
mewitirkan bilangan mandian.

-Menggunakan wangian dalam mandian yang terakhir
seperti kapur barus.

-Menggunakan air bidara atau sabun.
-Memasang setangi terutamanya ketika
mengeluarkan najis untuk menghilangkan bauan
yang busuk.

-Mengulangi melembut-lembutkan sendi setelah
selesai memandikan untuk memudahkan
pengkafanan.

Cara-cara memandikan mayat:

1-Hendaklah mayat disalin dengan kain nipis yang lembut untuk menutup
tubuhnya diwaktu memandikannya.

2-Letakkan dia di atas tempat yang disediakan sebaik-baiknya di tempat
yang tinggi supaya tidak terkena percikan air yang jatuh dari badannya.

3-Air yang digunakan hendaklah air sejuk biasa.

4-Bersihkan najis pada tubuhnya jika ada.

5-Hilangkan perkara yang mencegah sampainya air ke seluruh badannya.

6-Hilangkan sebarang kekotoran atau najis yang ada pada tubuhnya.

7-Angkatkan kepala mayat perlahan-lahan dan sandarkan belakangnya ke
lutut kanan atau paha atau sesuatu. Tangan kanan memegang bahu kanan
mayat dan tangan kiri mengurut perut mayat serta ditekankan sedikit
dengan perlahan-lahan dan diulang-ulang supaya keluar najis-najis dari
duburnya. Air hendaklah sentiasa dicurahkan supaya najis yang keluar
akan turun ke bawah. Perbuatan demikian diistilahkan sebagai

 8-Baringkan mayat itu. Sugikan mulutnya dengan benda-
benda lembut seperti kain putih yang disediakan khas,
kemudian bersih matanya, lubang hidung dan telinganya
dengan kain-kain gulung kecil yang disediakan. Jika perlu,
cungkil di celah-celah kukunya.

 9-Wudhu’kan si mati dengan lafaz niat (Sahaja aku
mewudhu'kan mayat ini kerana Allah Taala) dan niat mandi
kepada si mati (Sahaja aku memandikan mayat ini fardhu
kifayah kerana Allah Taala). Berniat wudhu’ adalah wajib
manakala berniat mandi adalah sunat.

 10-Basuhlah kepala serta mukanya, kemudian basuh
janggutnya dengan air daun bidara atau sebagainya dan
kemudian sikatkan rambutnya dengan sikat yang jarang,
pelahan-lahan. Mana-mana rambut yang gugur wajib
dimasukkan bersama-sama ke dalam kafan atau kuburnya.
Jika mayat itu perempuan, hendaklah diuraikan rambutnya
terlebih dahulu.

11-Kemudian dimandikan dahulu dibahagian kanan di sebelah
hadapannya, dimulai dari tengkuk hinggalah hujung kaki,
kemudian barulah di sebelah kiri. Sunat dibacakan doa ini: "Ya
Allah ampunkan dosa mayat ini dan kepada Engkau tempat
kembali".

12-Kemudian dibalikkan badannya yang sebelah kanan ke atas,
dan dibalikkan pula tubuhnya yang sebelah kiri ke atas serta
dicucuri air supaya meratai seluruh tubuhnya.

13-Mandian hendaklah sebanyak tiga kali. Mandian pertama
adalah wajib manakala yang ke dua dan ketiga adalah sunat.
Sekiranya mandian yang ketiga masih tidak dapat
menghilangkan najis yang ada, ulangi kepada lima, tujuh dan
seterusnya hingga bersih dan sunat diwitirkan.
14-Sunat menggunakan air daun bidara atau sabun atau
seumpamanya yang sifatnya boleh membersihkan.

 15-Mandian yang ketiga dan terakhir sunat dengan menggunakan air
kapur barus atau wangian, tetapi yang afdhal ialah air kapur barus.

 16-Memandikan jenazah dengan menggunakan air sejuk biasa lebih
afdhal daripada menggunakan air panas kecuali ketika berhajat.

 17-Disunatkan memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mendoakan
kepada jenazah ketika memandi dan mengkafankannya.

 18-Haram menelengkop jenazah.

 19-Setelah selesai dimandikan, hendaklah disumbat duburnya dengan
kapas. Jika mayat itu perempuan, eloklah diikat dengan kain sebagai
cawat sesudah disumbat dengan kapas ke dalam kedua-dua
kemaluannya.

 20-Setelah itu diperlembutkan sendi-sendinya sekali lagi sebagaimana
yang dilakukan setelah roh keluarnya, kemudian barulah dilapkan
badannya dengan kain yang bersih lagi kering.





Kursus Pengurusan Jenazah

MENGKAFANKAN

JENAZAH

Persiapan kain kafan:
1-Potongkan kain putih sepanjang mayat dan lebihkan 1
kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki. Kain
putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama
jika 3 lapis bagi mayat lelaki dan 5 lapis bagi mayat
perempuan. Bagi mayat lelaki di sunatkan membuat baju
(tidak berjahit) dan serban bagi mayat. Sementara bagi
mayat perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit).

2-Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan
sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali.

 CARA MENGKAFANKAN JENAZAH:

 1-Letakkan lima tali pengikat iaitu membetuli hujung kepala, bahu, pinggang,
lutut dan hujung kaki.

 2-Bentangkan kain kafan sehelai demi sehelai dan ditaburkan di atasnya
serbuk pewangi seperti debu kayu gaharu atau kapur barus atau sebagainya
dan di alas di atas kain kafan yang di atas sekali dengan kapas dan renjis air
mawar di atasnya.

 3-Letakkan mayat di atas kain kapan yang telah disediakan tadi.

 4-Tutupkan pada anggota sujudnya dengan kapas.

 5-Pakaikan baju dan serbannya jika mayat lelaki dan pakaikan telekung jika
mayat perempuan.

 6-Kedua tangan mayat diletakkan ke atas badanya, tangan kanan di atas
tangan kiri atau kedua-dua tangannya diluruskan menurut badannya.

 7-Mengkafankan mayat dimulakan dari sebelah kiri dan yang sebelah kanan
menindihnya dengan cara selapis demi selapis

 8-Bagi bahagian muka bolehlah ditutup setelah dipanggil keluarga simayat
untuk melihat buat kali terakhir.

 9-Ikatkan mayat dengan tali yang telah disediakan; di hujung kepala, bahu,
pinggang, lutut dan hujung kaki. Ikatan itu akan dibuka setelah dimasukkan
ke dalam kubur.



Menyembahyangkan 1
Hukumnya fardhu
Jenazah kifayah. Sunat dilakukan
secara berjemaah
dengan tiga saf

2
Syarat jenazah yang
hendak
disembahyangkan

3
Rukun-rukun dan cara
sembahyang jenazah

4
Perkara-perkara sunat
sembahyang jenazah

Kursus Pengurusan Jenazah

1
Hukumnya fardhu
kifayah. Sunat dilakukan
secara berjemaah
dengan tiga saf

2

Syarat jenazah yang hendak
disembahyangkan

1) Suci dari hadas.
2) Menutup aurat.
3) Mayat Muslim.
4) Bukan mati syahid dunia akhirat.
5) Suci dari najis pada badan, kain
dan tempat.

‫‪Kursus Pengurusan Jenazah‬‬

‫‪3‬‬

‫‪Rukun-rukun dan cara‬‬
‫‪sembahyang jenazah‬‬

‫أصلى على هذا الميت الحاضر أربع تكبيرات فرض كفاية مأموما ( إماما ) لله تعالى = ‪1) Niat.‬‬

‫‪2) Berdiri bagi orang yang berupaya.‬‬
‫‪3) Empat takbir termasuk takbiratul ihram.‬‬
‫‪4) Membaca Al-Fatihah selepas takbir yang pertama.‬‬

‫اللهم صل على محمد ‪5) Selawat kepada Nabi selepas takbir yang kedua, sekurang-kurang selawat ialah:‬‬

‫‪dan sebaik-baiknya ialah:‬‬

‫اللهم صل على محمد وعلى ال محمد كما صليت على إبراهيم وعلى ال إبراهيم وبارك على محمد وعلى ال‬
‫محمد كما باركت على إبراهيم وعلى ال إبراهيم إنك حميد مجيد‬

‫‪6) Doa kepada si mati selepas takbir yang ketiga.‬‬

‫"اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من‬
‫الخطايا كمن ينقى الثوب من الدنس ‪ ،‬وأبدله دارا خيرا من داره ‪ ،‬وأهلا خيرا من أهله وزوجا خيرا من زوجه‬

‫وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر وفتنته ومن عذاب النار"‬

‫‪Manakala jenazah kanak-kanak di baca doa berikut:‬‬

‫"اللهم اجعله فرطا لأبويه وسلفا وذخرا وعظة واعتبارا وشفيعا‪ .‬وثقل به موازينها وافرغ الصبر على فلوبهما ولا‬
‫تفتنهما بعده ولا تحرمهما أجره"‬

‫‪7) Salam selepas takbir yang keempat. Sebelum salam disunatkan membaca:‬‬

‫اللهم لا تحرمنا أجره ولا تفتنا بعده واغفرلنا وله ولاخواننا الذين سبقون بالإيمان ولا تجعل فى قلوبنا غلا‬
‫الذين آمنوا ربنا إنك رؤوف الرحيم‪.‬‬

Kursus Pengurusan Jenazah

4

Perkara-perkara sunat sembahyang
jenazah

1.Mengangkat tangan ketika takbir.

2.Semua bacaan dibaca dengan senyap.

3.Berjemaah dalam tiga saf sekiranya
boleh kerana galakan hadis Rasulullah
SAW.

4.Kedudukan imam hedaklah membetuli
kepala mayat sekiranya mayat lelaki di
mana kepala mayat diletakkan sebelah
kiri imam. Manakala mayat perempuan
imam hendakalah berdiri pada
pertengahan mayat dengan kepala mayat
diletakkan sebelah kanan imam.

Pengkebumian Jenazah

Cara-cara mengebumikan jenazah:

1) Hendaklah diturunkan dengan didahulukan kepala jenazah seberapa cermat yang boleh,
lemah-lembut dan penuh hormat di dalam suasana yang tenang. Disunatkan membaca doa:
.‫بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه وسلم‬

“Dengan nama Allah (kami letakkan kamu di sini dan berdasarkan agama Islam yang
disampaikan oleh Rasulullah SAW)”.

2) Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan ke atas lambung kanan dengan
mengadap kiblat. Kepalanya sunat diangkat dan dibantalkan dengan tanah.

3) Dibukakan kain kafan pada pipinya supaya tersentuh tanah. Belakangnya disendalkan
dengan ketulan tanah supaya jenazah itu tidak terbalik dari mengadap kiblat.



4) Tutup liang lahad dengan papan.

5) Sunat meraub tanah tiga raub selepas memasukkan mayat ke
dalam liang lahad atau selepas ditutup dengan papan dan
diletakkan dibelakang mayat. Pada rauban pertama bacakan
) ‫ ) منها خلقناكم‬pada rauban kedua ( ‫ ) وفيها نعيدكم‬dan pada rauban
ketiga ( . ‫) ومنها نخرجكم تارة أخرى‬

6) Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat. Pastikan
supaya tanah tidak memasuki pada lubang liang lahad tadi.

7) Sunat meniggikan kubur dari paras bumi sejengkal.

8) Sunat ditanam atasnya ranting kayu yang hidup dan
sebagainya kerana hadis Rasulullah SAW.

9) Sekiranya dikebumikan di tanah perkuburan wakaf harus
diletakkan tanda seperti batu nisan dan sebagainya yang bukan
binaan supaya mudah dikenali.

SEKIAN,
WASSALAMUALAIKUM

WARAHMATULLAH.


Click to View FlipBook Version