BIDANG SIRAH BUKU TEKS
PELAJARAN 24 M/S 142-150)
RIWAYAT HIDUP
NABI MUHAMMAD SAW
(BAHAGIAN PERTAMA)
SEBELUM KERASULAN
Disediakan oleh: Ustazah Sharifah Kmariah Wan Morsidi
Standard Pembelajaran
5.1.1 Menyatakan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW
5.1.2 Menjelaskan peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Nabi
Muhammad SAW :
1.Sebelum kerasulan
2.Selepas kerasulan
5.1.3 Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW
5.1.4 Menghuraikan iktibar daripada riwayat hidup, peristiwa-
peristiwa penting dan akhlak Nabi Muhammad SAW
5.1.5Mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan
5.1.6 Bersalawat ke atas Nabi Muhammad SAW secara beradab dan
istiqamah @SharifahKmariahWanMorsidi
BIODATA Nama Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul
NABI Nama lain Muttalib Bin Hashim
Ahmad, Al-Maahi, Al-Hasyir, Al-'Aaqib
MUHAMMAD
SAW Gelaran Al-Amiin
Tarikh & 12 Rabi'ul Awwal / Tahun Gajah di Mekah
Tempat Lahir
Kuniyah Abul Qasim
Nama Ibu Aminah Binti Wahab
@SharifahKmariahWanMorsidi
Ibu Susuan 1.Thuwaibatul Aslamiyyah,
2.Halimatus Saadiah
BIODATA Pengasuh 1. Asy-Shaima'
NABI Isteri 2.Ummu Aiman
1.Khadijah Binti Al-Khuwailid
MUHAMMAD 2.Saodah Binti Zam'ah
SAW 3.Aisyah Binti Abu Bakar
4.Hafsah Binti Umar
@SharifahKmariahWanMorsidi 5.Zainab Binti Khuzaimah
6.Juwairiyah Binti Al-Harith
7.Zainab Binti Jahsy
8.Ummu Salamah Binti Abu Umaiyah
9.Safiah Binti Huyai
10.Ummu Habibah Binti Abu Sufian
11.Maimunah Binti Al-Harith
12.Mariah Binti Al-Qibtiyyah (RA)
Anak 1. Al-Qasim
2. Abdullah
BIODATA 3.Ibrahim (anak bersama Mariah Qibtiyyah)
NABI 4. Zainab
5. Ruqayyah
MUHAMMAD 6.Ummu Kalthum
SAW 7. Fatimah
Tarikh & 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 hijrah di Madinah
Tempat Wafat
@SharifahKmariahWanMorsidi
Zuhrah Kilab Qusay
Abdu Manaf
Abdu Manaf SALASILAH KETURUNAN
Wahab SEBELAH BAPA DAN IBU Hasyim
Aminah
NABI Abdul Muttalib
MUHAMMAD SAW
Abdullah
Nabi Muhammad
SAW
@SharifahKmariahWanMorsidi
SIFAT FIZIKAL NABI MUHAMMAD SAW
Rupa paras Sederhana Berbadan mRaamyabnugt dikaanl
amat tampan tinggi tegap bkeerlmihiantyaank
Sentiasa Mata hitam Bulu mata
kelihatan pekat lentik
ceria dan
segak
@SharifahKmariahWanMorsidi
peristiwa penting dalam
kehidupan nabi muhammad saw
Sebelum Kerasulan
Selepas Kerasulan
@SharifahKmariahWanMorsidi
sebelum kerasulan
nabi muhammad saw
Kronologi peristiwa penting sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi
Rasulullah SAW
Selepas kelahiran sehingga berusia 20 tahun
25 tahun - Berdagang Ke Syam
- Berkahwin Dengan Saiyidatina Khadijah
35 tahun - Peristiwa Peletakkan Hajarul Aswad
@SharifahKmariahWanMorsidi
Selepas kelahiran sehingga berusia 20 tahun (1)
Baginda dipelihara oleh Halimah As-Saadiah di
perkampungan Bani Saad yang jauh dari unsur negatif
@SharifahKmariahWanMorsidi Dada baginda dibelah oleh Malaikat Jibaril
Tinggal bersama ibu kandung baginda, Aminah.
Di usia 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur ayah
baginda di Madinah
Ibu baginda meninggal dunia di Abwa' dalam perjalanan
pulang ke Mekah oleh Ummu Aiman.
Dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib
Datuknya meninggal di usia 8 tahun
Selepas itu baginda tinggal bersama bapa saudaranya Abu
Talib
Selepas kelahiran sehingga berusia 20 tahun (2)
Baginda mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam
Di pertengahan jalan, ketika di bandar Busra (sempadan Syam),
Abu Talib dinasihati oleh seorang rahib(paderi Nasrani) yang
bernama Buhaira supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW
ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh Yahudi
Baginda bersama-sama dengan bapa saudara baginda menyaksikan
Hilful Fudhul ()ِح ْلُف اْلُفُض ول, iaitu perjanjian untuk membela
orang-orang yang teraniaya dalam perniagaan
Baginda mengembala kambing bersama-sama dengan saudara
susuan di perkampungan Bani Saad kemudian di Mekah
@SharifahKmariahWanMorsidi
Iktibar dari kehidupan Rasullah SAW sebelum kerasulan
Selepas kelahiran sehingga berusia 20 tahun
Nabi Muhammad SAW dididik oleh Allah SWT dengan kehidupan yang
mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi rasul yang
agung
@SharifahKmariahWanMorsidi
25 tahun - Berdagang Ke Syam
Berkecimpung dalam perniagaan di luar Kota Mekah.
Baginda berurus niaga dengan Saiyidatina Khadijah seorang
wanita Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia.
Baginda dibantu oleh pekerja lelaki Saiyidatina Khadijah
yang bernama Maisarah.
Semasa menjalankan perniagaan di Syam, baginda
menjalankan perniagaan dengan penh jujur dan amanah.
Baginda membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat
ketekunan dan kemahiran baginda.
@SharifahKmariahWanMorsidi
25 tahun - Berkahwin Dengan Saiyidatina Khadijah
Sekembali pada kali kedua dari Syam, Saiyidatina Khadijah
mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi
Muhammad SAW.
Maisarah telah menceritakan kemuliaan akhlak Rasulullah
yang menyebabkan Saiyidatina Khadijah terpikat dengan
baginda.
Saiyidatina Khadijah menghantar seorang kawan rapatnya
Nafisah Binti Munabah untuk menyatakan hasrat mulia
tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW menerima dan meminang Saiyidatina
Khadijah melalui bapa saudaranya Amru Bin Asad.
Mereka telah dikurniakan enam orang anak.
@SharifahKmariahWanMorsidi
Iktibar dari kehidupan Rasullah SAW sebelum kerasulan
Usia 25 tahun - Berdagang ke Syam
Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah :
Menunaikan amanah
Mempunyai kerjaya
Mendapat kepercayaan masyarakat
Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksanan
Usia 25 tahun - Berkahwin dengan Sayidatina Khadijah RA
Antara akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang menarik
perhatian Saiyidatina Khadijah RA temasuklah:
Jujur
Menjaga adab dan batas pergaulan
Menghormati keluarga
@SharifahKmariahWanMorsidi
35 tahun - Peristiwa Peletakkan Hajarul Aswad (1)
Ketika ini, Mekah dilanda banjir besar sehingga meruntuhkan
kaabah.
Kabilah arab berpakat untuk membaik pulih kaabah.
Nabi Muhammad SAW turut serta dalam pembinaan tersebut.
Berlaku perebutan antara ketua kabilah ketika hendak
meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru kaabah.
Perebutan ini hampir menyebabkan berlaku pertumpahan darah
@SharifahKmariahWanMorsidi
35 tahun - Peristiwa Peletakkan Hajarul Aswad (2)
Abu Umayyah Al-Makhzumi memberi cadangan orang pertama
yang masuk pintu Bani Syaibah akan mengangkat batu
tersebut dan di persetujui semua.
Dengan takdir Allah SWT, Nabi Muhammad orang pertama yang
memasukinya
Semu ayang melihat baginda masuk berkata "ِديق اَأْلِم ين "الَّص
(Orang yang benar lagi amanah)
@SharifahKmariahWanMorsidi
35 tahun - Peristiwa Peletakkan Hajarul Aswad (3)
Nabi Muhammad SAW telah menghamparkan rida' (selendang)
baginda, kemudian meletakkan Hajaral Aswad di tengah-tengahnya.
Ketua-ketua kabilah diminta memegang hujung rida terebut dan
membawanya beramai-ramai ke penjuru kaabah.
Baginda mengambil Hajaral Aswad dan meletakkannya di tempat asal.
Majlis tersebut berjalan lancar dan semua yang hadir berpuas hati
@SharifahKmariahWanMorsidi
Iktibar dari kehidupan Rasullah SAW sebelum kerasulan
Usia 35 tahun - Peristiwa Perletakkan Hajarul Aswad
Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi
Muhammad SAW :
Bersifat tawadhuk
Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
Mendamaikan kehidupan masyarakat
@SharifahKmariahWanMorsidi
Jom Salawat
اللهم صل على سيدنا محمد
TERIMA KASIH PELAJAR-PELAJAR DAN SEMUA YANG
MENONTON VIDEO INI, MOGA MENDAPAT MANFAAT
TENTANG SIRAH KEHIDUPAN RASULULLAH SAW
SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL
In Shaa Allah kita bersua kembali di bahagian kedua
peristiwan selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW sehingga
baginda wafat
@SharifahKmariahWanMorsidi