The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN SATU
BIDANG HADITH
PELAJARAN 11

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ustazah Sharifah Kmariah Wan Morsidi, 2021-10-27 04:41:05

IKHLAS DALAM KEHIDUPAN

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN SATU
BIDANG HADITH
PELAJARAN 11

Keywords: pendidikan islam,tingkatan satu,ikhlas

PENDIDIKAN ISLAM BIDANG HADITH
TINGKATAN SATU PELAJARAN 11

IKHLAS DALAM KEHIDUPAN

BUKU TEKS
M/S 57-62

Disediakan Oleh: Ustazah Sharifah Kmariah Binti Wan Morsidi

Standard Pembelajaran

2.2.1 Membaca hadith dengan betul
2.2.2 Menyatakan terjemahan hadith
2.2.3 Menyatakan maksud ikhlas
2.2.4 Menjelaskan ciri-ciri orang yang ikhlas
2.2.5 Menerangkan kepentingan ikhlas dalam sesuatu amalan
2.2.6 Menghuraikan pengajaran hadith

‫‪Sabda Rasulullah SAW‬‬

‫‪:‬‬ ‫َقاَل‬ ‫َرِضَي الَّله َعْنُه‬ ‫ُعَمَر ْبِن اْلَخَّطاِب‬ ‫ََأِربُْيسوََحلْف اٍلَّصلِه‬ ‫اْلُمْؤ ِمِنيَن‬ ‫َأِميِر‬ ‫َعْن‬
‫َسَّلَم َيُقوُل ‪:‬‬ ‫َصَّلى الَّلِه َعَلْيِه َو‬ ‫َسِمْعُت‬

‫ِإَّنَما اَأْلْعَماُل ِبالِّنَياِت َو ِإَّنَما ِلُكِّل اْمِرٍئ َما َنَو ى‪َ ،‬فَمْن َكاَنْت ِهْجَرُتُه ِإَلى الَّله‬
‫َو َرُسوِلِه َفِهْجَرُتُه إَلى الَّلِه َو َرُسوِلِه‪َ ،‬و َمْن َكاَنْت ِهْجَرُتُه ِلُدْنَيا ُيِصيُبَها‪َ ،‬أِو اْمَرَأٍة‬

‫َيْنِكُحَها‪َ ،‬فِهْجَرُتُه إَلى َما َهاَجَر ِإَلْيِه‬

‫)متفق عليه(‬

Terjemahan Hadith

Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata:
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:



“Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat
(pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan

Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang
berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau kerana perempuan yang ingin

dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Makna Potongan Kalimah

Sesungguhnya setiap amalan berasaskan niat ‫ِإَّنَما اَأْلْعَماُل ِبالِّنَياِت‬
Setiap orang apa yang diniatkannya ‫ِلُكِّل اْمِرٍئ َما َنَو ى‬
Hijrahnya kerana Allah dan rasulnya ‫ِهْجَرُتُه ِإَلى الَّله َو َرُسوِلِه‬
Untuk dunia yang ingin diperolehinya
‫ِلُدْنَيا ُيِصيُبَها‬
Maka hijrahnya akan mendapat apa yang ‫َفِهْجَرُتُه إَلى َما َهاَجَر ِإَلْيِه‬
diniatkannya

Keterangan Tentang Hadith

Hadith di atas mengingatkan umat Islam :
Pentingnya sifat ikhlas kerana Allah dalam setiap
amalan kerana mendapat ganjaran besar di sisi-Nya.
Amalan atau perbuatan yang dilakukan sekadar ingin
menunjuk-nunjuk kepada manusia adalah sia-sia.

Maksud Ikhlas

Bahasa Berasal daripada perkataan " ‫("َأْخَلَص‬akhlasa) yang
Istilah bermaksud bersih dan suci daripada kotoran yang
mencemarkan.
Semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata
mengharapkan keredhaan Allah SWT tanpa menyekutukan-
Nya dengan yang lain.

Ciri-Ciri Orang Yang Ikhlas

Mengharap keredhaan Tidak mengharap pujian
1 Allah SWT 4 daripada manusia

Istiqamah melakukan Tidak mengingati kebaikan
2 kebaikan 5 yang dilakukan

Tidak menghiraukan kejian Sentiasa bersabar dalam
3 manusia 6 kesulitan

Lawan Bagi Sifat Ikhlas

Tahukah murid- Sum'ahَ Memberitahu manusia apa yang
murid, apakah (‫)ُس ْم َع ة‬ dibuatnya untuk mendapatkan

musuh bagi Ujub sesuatu ganjaran
sifat ikhlas??? (‫)ُع ُجب‬
(R‫ء‬i‫ْا‬a‫رَي‬kِ) Bangga dengan amalan dan
kelebihan yang ada pada diri

sendiri

Melakukan sesuatu hanya
untuk dilihat dan dipuji oleh

orang lain

Kepentingan Ikhlas

Mendapat Hidup Terhindar
perlindungan tenang dan dari hasutan

Allah SWT tenteram syaitan
Doa akan Diangkat Amal ibadah
dimakbulkan darjat dan
Allah SWT martabat diterima
oleh Allah Allah SWT

SWT

Pengajaran Hadith

1 2 Meyakini bahawa
Berniatlah kerana Allah SWT akan
Allah dalam setiap memberi ganjaran
amalan untuk kepada orang yang
keredhaan Allah ikhlas
SWT

3 Ikhlas dalam setiap 4 Menjauhi sifat riak
ibadah atau amalan dan menunjuk-
agar diterima Allah
SWT nunjuk agar amalan
tidak sia-sia

Keikhlasan itu umpama seekor semut
hitam di atas batu yang hitam di

malam yang kelam. Ianya wujud tapi
sukar dilihat

SEKIAN...TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version