The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menunjukkan sejarah dan perkara didalam Perlembagaan Malaysia yang sering dibahas dan ditanya oleh masyarakat.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tmystery5, 2022-11-17 12:12:58

Perlembagaan Malaysia sebagai Tiang Seri dan Tapak Integrasi

Menunjukkan sejarah dan perkara didalam Perlembagaan Malaysia yang sering dibahas dan ditanya oleh masyarakat.

Keywords: PMTSTI

03 NOVEMBER 2022

ETIKA

DAN PERADABAN

PERLEMBAGAAN
SEBAGAI TIANG

SERI DAN
TAPAK

INTEGRASI

PENULIS PENSYARAH
ALIFF IMRAN BIN MUHAMAD SOFIAN PUAN NAIMAH BINTI GHAZALI
09BTH22F3009
WAFA AINA BINTI ROSLAN
09BTH22F3010
NURUL ASYIQIN BINTI YAHAYA
09BTH22F3002
AQILAH BINTI AZHAN
09BTH22F3015

ISI KANDUNGAN

03 PENGENALAN
05
08 SEJARAH LOGO PERLEMBAGAAN
15
22 SEJARAH PERLEMBAGAAN
25 TIANG SERI PERLEMBAGAAN
26 TAPAK SERI PERLEMBAGAAN
KEBAIKAN PERLEMBAGAAN

RUJUKAN

Malaysia adalah sebuah negara yang
tidak seperti negara lain, penuh

dengan janji dan kerapuhan. Sejarah,
kepelbagaian budaya dan agama
menjadikannya tanah yang kaya,
menarik dan mengejutkan.
-Tariq Ramadan

PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai

Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan

Malaysia merupakan satu dokumen undang-

undang bertulis yang dibentuk berasaskan

kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian

Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan

Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Perlembagaan Malaysia telah digubal

berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid

yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956.

Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus

selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan
nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956.
Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus
selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

03

Perlembagaan Persekutuan cetakan semula
2020. Ia bermula daripada satu persidangan
perlembagaan yang telah diadakan di
London pada 18 Januari hingga 6 Februari
1956 yang dihadiri oleh satu rombongan
delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang
mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu
ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul
Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan
juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya
dan penasihat-penasihatnya.

Untuk meminda perlembagaan, satu
majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju
kepada pemindaan ini memerlukan
persetujuan pada kedua-dua dewan di
parlimen. Merujuk kepada pakar
perlembagaan Shad Saleem Faruqi,
perlembagaan ini telah dipinda 42 kali
semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan
sehingga 2005.

04

SEJARAH LOGO PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

Tahun 1968 05

Tahun 1895 Tahun 1895

Apabila kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk Versi pertama Jata Negara mula
pada 31 Januari 1948, jata negara telah diubah diperkenalkan pada tahun 1895
rekabentunya. Ini disebabkan pertambahan beberapa dengan moto yang ditulis dalam
negeri di Tanah Melayu dalam Kerajaan Persekutuan. Jika bahasa jawi pada awan-awan di
diperhatikan, simbol pada bulan dan bintang pada bawah jata negara yang berbunyi
bahagian atas jata negara telah menggantikan simbol “Dipelihara Allah”.
mahkota yang digunakan sebelum ini. Bintang yang Pada ketika itu, Jata Negara ini hanya
digunakan pula mempunyai 11 bucu yang mewakili 11 digunakan ketika era negeri-negeri
negeri pada ketika itu. Melayu Bersekutu sahaja yang
Selain itu, beberapa perubahan ketara yang lain adalah melibatkan 4 buah negeri iaitu
dengan penambahan 5 keris yang mewakili negeri-negeri Pahang, Perak, Selangor and Negeri
Melayu tidak bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Sembilan.
Terengganu dan Johor.
Pada ketika ini, lambang untuk negeri Pulau Pinang adalah
berbentuk Princess of Wales feathers, manakala untuk
negeri melaka ia berbentuk Kota A Famosa.
Sementara itu, moto sebelum ini “Dipelihara Allah” turut
diubah kepada “Bersekutu Bertambah Mutu” yang ditulis
dalam dua tulisan iaitu tulisan rumi di sebelah kiri dan
tulisan jawi di sebelah kanan bahagian bawah jata negara.

Tahun 1968 Jata negara mengalami perubahan sekali lagi
pada tahun 1963 apabila Kerajaan
Persekutuan Malaysia dibentuk melalui
gabungan negeri SIngapura, Sabah dan
Sarawak
Oleh itu, lambang bagi tiga negeri gabungan
tersebut telah ditambah pada bahagian
bawah bucu jata yang mewakili negeri
masing-masing. Pada ketika ini juga lambang
bagi negeri Pulau Pinang diubah kepada
pokok pinang, manakala, lambang bagi negeri
Melaka pula digantikan dengan pokok Melaka.

06

Tahun 1965

Pun begitu, jata negara yang
sebelum ini digunakan pada tahun
1963 hanya dapat bertahan selama
dua tahun sahaja setelah Singapura
mengambil keputusan
meninggalkan Malaysia pada tahun
1965.
Lambang Singapura pada bahagian
bawah jata negara telah digantikan
kepada lambang bunga raya
sebagai simbol bunga kebangsaan
negara.

KINI

Jata negara yang dapat kita lihat sekarang pada penggunaan
rasmi negara merupakan rekabentuk terkini setelah mengalami
beberapa kronologi perubahan
sebelum ini.Pada perubahan
dalam rekabentuk terakhir,
beberapa lambang dan simbol
telah dikemaskini seperti pada
dua ekor harimau yang terletak
di sebelah kanan dan kiri jata.
Selain daripada itu, terdapat juga
kemaskini pada lambang negeri
Pulau Pinang yang ditambah gambar jambatan Pulau Pinang,
lambang pokok melaka yang dikemaskini pada warnanya, serta
lambang bagi negeri Sabah, Sarawak dan juga sedikit perubahan
pada gambar bunga raya.

07

SEJARAH PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

Perlembagaan merupakan asas

utama kepada pembentukan

sesebuah Negara yang berdaulat.

Tujuan dan fungsi utama

perlembagaan adalah untuk

mewujudkan satu bentuk

pemerintahan yang adil,

mengelakkan penyalahgunaan kuasa

oleh pemerintah, mengawal

pergerakan kerajaan dan rakyat, alat

untuk menyelesaikan masalah,

menjamin riwayat negara bangsa

serta mengekalkan keamanan dan

kestabilan Negara.

Malaysia, sebagai sebuah Negara

yang berdaulat memiliki

perlembagaannya yang unik, unggul

dan tersendiri yang juga dikenali

sebagai Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Malaysia merupakan

satu dokumen undang-undang

bertulis yang telah dibentuk

berdasarkan kepada dua dokumen

perlembagaan terdahulu iaitu

Perjanjian Persekutuan Tanah

Melayu 1948 dan Perlembagaan

Kemerdekaan 1957.

08

Terdapat empat paksi utama atau ‘tiang seri’ yang
membentuk Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam
sebagai Agama Persekutuan, Hak dan kedudukan Istimewa
Orang Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan juga Bahasa
Melayu sebagai rasmi. Paksi-paksi ini tidak dimasukkan
secara tidak sengaja ke dalam perlembagaan melainkan
adanya sejarah yang unik dan tersendiri yang membawa
kepada perkara tersebut. Empat perkara tersebut telah
dirangkumkan dalam sebuah perjanjian lisan yang dikenali
sebagai kontrak sosial.

Kontrak Sosial merupakan satu permuafakatan antara kaum
yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan
dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada
kaum Melayu, Cina dan India. Istilah kontrak sosial
sebenarnya tidak ditulis di dalam perlembagaan
persekutuan 1957. Walaubagaimanapun, kita wajib
memahami bahawa kontrak sosial ini telah menjadi asas
utama dalam perlembagaan tersebut, yang merangkumi
empat perkara iaitu kedudukan Islam, Raja-raja Melayu, Hak
istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu. Secara
mudahnya, kontrak sosial adalah satu istilah yang mewakili
kesediaan orang Melayu untuk memberi kewarganegaraan
kepada orang bukan Melayu dengan bayaran keempat-
empat perkara yang telah dinyatakan tadi.

09

MALAYAN UNION 1946

Catatan sejarah yang jelas membawa kepada pembentukan
kontrak sosial adalah ketika penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union pada tahun 1946. Faktor utama
penentangan Orang Melayu terhadap bentuk pentadbiran
ini ialah hak kewarganegaraan sama rata, penghapusan
istilah Peribumi (Bumiputera) dan Anak negeri serta
penghapusan mutlak Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Perkara
utama yang terkandung dalam dasar Malayan Union ialah
konsep Jus Soli. Jus soli bermaksud hak untuk mendapat
kerakyatan berdasarkan kelahiran di sesebuah negara.

Konsep ini akan menguntungkan golongan imigran atau
orang pendatang kerana mereka boleh memperoleh
kerakyatan dengan mudah di Tanah Melayu pada masa itu.
Hal ini berbeza dengan nasib penduduk asal Tanah Melayu
pada masa itu yang kebanyakannya terdiri daripada orang
Melayu yang akan terancam status quo mereka sebagai
rakyat asal di Tanah Melayu.

Secara umumnya, hak kewarganegaraan terbuka Malayan
Union akan mengancam kedudukan orang Melayu dari segi
penguasaan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.
Mereka juga akan berhadapan dengan kemungkinan akan
diatasi dari segi jumlah penduduk oleh orang bukan Melayu
sehingga menjadikan mereka sebagai golongan minoriti di
tanah asal mereka sendiri.

10

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Bantahan orang Melayu terhadap Malayan
Union kemudiannya berhasil dan memaksa
pihak koloni British untuk menggantikan
Malayan Union dengan Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini merupakan
satu kejayaan besar bagi perjuangan orang
Melayu untuk mengekalkan status quo mereka
terutama sekali dalam isu kewarganegaraan
dan kedudukan Raja-raja Melayu.

Perjanjian ini juga buat kali pertamanya
menunjukkan pengiktirafan koloni British
terhadap status orang Melayu sebagai
penduduk asal di Tanah Melayu.
Orang Melayu kebanyakannya telah berpuas
hati dengan perlembagaan baru ini.
Walaubagaimanapun, orang bukan Melayu
telah menimbulkan reaksi yang berbeza
disebabkan ketidakpuasan hati mereka
mengenai undang-undang kerakyatan
Persekutuan yang ketat.

11

JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA
KAUM (CLC) 1949

Perbincangan mengenai hak Keputusan mengejut daripada
kerakyatan bukan Melayu CLC ini telah menimbulkan
telah menjadi isu penting kemarahan dari orang Melayu
yang dibincangkan oleh CLC dan orang-orang UMNO
pada pertemuan mereka pada sendiri. Mahasiswa-mahasiswa
Disember 1949 di Pulau Melayu pada masa itu
Pinang. Tan Cheng Lock yang mendakwa Dato’ Onn sebagai
merupakan salah satu pembelot dan pengkhianat
anggota CLC telah orang Melayu. Perkara ini
memainkan peranan penting berlarutan sehingga Dato’ Onn
dalam usaha mendesak orang meletakkan jawatan beliau
Melayu untuk menerima sebagai Presiden UMNO
kerakyatan secara Jus Soli dalam Persidangan Agung
untuk orang bukan Melayu. UMNO pada 11 Jun 1950. Beliau
Dalam perbincangan itu, bagaimanapun dipilih semula
beliau berjaya memujuk wakil sebagai Presiden dalam
CLC Melayu termasuk Dato’ pemilihan UMNO pada Ogos
Onn untuk menerima 1950 sebelum keluar dan
kerakyatan jus soli bagi kaum menubuhkan Parti Malaya
bukan Melayu. Merdeka (IMP).

12

PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN 1957

Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957,
Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan bagi merangka
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum
memperoleh kemerdekaan daripada Britain. Suruhanjaya
ini ditubuhkan pada Mac 1956. Sebanyak 118 pertemuan
telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu
selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari
Perundingan London, dan telah menerima 131
memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi.
Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang
berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang
ditolak termasuk daripada Parti Perikatan yang telah
memenangi Pilihan Raya umum 1955 itu sendiri.

Terdapat lima jenis kerakyatan yang terkandung di dalam
Perlembagaan Kemerdekaan ini. Kategori yang kedua di
dalam syarat kerakyatan ini jelas menunjukkan ciri
kerakyatan Jus Soli yang mana mereka yang dilahirkan di
Tanah Melayu selepas Kemerdekaan akan memperolehi
kerakyatan walaupun kedua-dua ibu atau bapanya masih
belum memiliki kerakyatan. Selain itu, kategori-kategori
lain kerakyatan yang terkandung dalam suruhanjaya ini
juga jelas membawa kepada konsep kerakyatan terbuka
yang menimbulkan kritikan daripada Parti Politik,
Organisasi dan pemimpin-pemimpin Melayu.

13

Secara umumnya, orang Melayu membantah dan
menyuarakan kebimbangan atas cadangan suruhanjaya
Reid ini. Menurut majalah Qalam bilangan 70, keluaran
Jun 1956, prinsip jus soli yang terkandung dalam
suruhanjaya Reid akan menyebabkan bangsa Melayu
akan menjadi penumpang dalam negara ini dan mereka
akan diperintah oleh orang asing dalam masa sepuluh
atau dua puluh tahun akan datang disebabkan
peningkatan bilangan golongan pendatang di Tanah
Melayu.

PAS turut membantah terhadap Laporan Suruhanjaya
Reid telah membawa parti tersebut mengadakan satu
rapat umum di Padang Malaya, Kuala Terengganu pada
17 Mac 1957 yang dihadiri kira-kira 2,000 orang
penyokong. Dalam rapat umum tersebut, Dr.
Burhanuddin al-Helmy (Yang Di-pertua Agung PAS) telah
menyatakan bahawa syor-syor dalam Suruhanjaya Reid
tersebut merugikan bangsa Melayu dan terbabas dari
keadilan.

14

TIANG SERI
PERLEMBAGAAN

Sebelum kewujudan Perlembagaan Perskutuan, Tiang Seri
telah ada beberapa ratus tahun dahulu dan ia menjadi
pencetus kewujudan identiti Malaysia agar persefahaman
dan perpaduan dapat dipupuk. Ia juga merupakan satu
kontrak sosial yang dipersetujui semasa penggubalan
perlembagan. Kemudian ia juga mengambil kira beberapa
aspek seperti pemerintahan beraja, agama Islam, bahasa
Melayu dan juga kedudukan istimewa orang Melayu. Hal ini
diambil kira berdasarkan aspek sejarah, ekonomi, sosial
yang wujud pada tahun 1957, dan ini membuktikan
bahawa pentingnya elemen tradisi yang dilindungi di
bawah Akta Hasutan dan dikategorikan sebagai perkara
yang sensitif dan tidak boleh dijadikan isu perbincangan
pihak awam.

15

Kesultanan atau Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja secara tradisinya telah ada sejak berabad-
abad lamanya dan raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran
negeri dan dibantu oleh pembesar-pembesar tertentu.
Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945), sultan memiliki
daulat dan berkuasa penuh dalam negeri masing-masing.
Namun, terdapat perjanjian yang memerlukan sultan
menerima nasihat pemerintah British kecuali isu-isu yang
berkaitan dengan agama. Selepas kemerdekaan, institusi beraja
dipinda dan disesuaikan mengikut demokrasi berparlimen dan
raja berperlembagaan. Mereka dikehendaki mengembil kira
nasihat menteri dan perlu bertindak selari dengan nasihat itu.
Secara umumnya, merujuk Perkara 40 yang menjelaskan
bahawa YDP Agong perlu menurut nasihat melainkan perkara
yang terletak dalam budi bicara baginda.

Dalam hal ini, perlu diambil kira Perkara 4(1) di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Antara isi kandungannya ialah
YDPA Agong perlu bersumpah memberikan taat setia dalam
menjalankan pemerintahan. Selain itu, baginda berikrar untuk
menjaga agama Islam setiap masa dan berdiri di atas
pemerintahan yang adil dan aman. Selain daripada YDP Agong,
Jemaah menteri, ahli parlimen, hakim dan ahli suruhanjaya
juga perlu berikrar sebelum menjalankan tugas
masing masing. Ini dapat difahami bahawa nasihat yang
disebut dalam Perkara 40 itu adalah bersifat tidak mutlak.
Sebagai contoh, sebarang nasihat yang dibuat tidak boleh
bercanggah dengan konteks perlembagaan. Sekiranya didapati
tidak selari dengan isi kandungan perlembagaan, maka nasihat
itu terbatal (Wan Ahmad Fauzi, 2018).

16

Manakala di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
mestilah dilantik dalam kalangan sultan yang dipilih daripada
sembilan buah negeri Melayu. Sekiranya tidak mendapat
persetujuan Majlis Raja-Raja, maka sebarang undang-undang
yang berkaitan dengan keistimewaan, kemuliaan dan
kedudukan atau kebesaran raja-raja tidak boleh diluluskan,
seperti yang terdapat dalam Perkara 38(4). Ia merupakan
elemen yang tidak boleh dipinda, iaitu perkara yang berkaitan
dengan susunan keutamaan dalam sistem pemerintahan raja-
raja tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Sebelum kewujudan Perlembagaan Perskutuan, Tiang Seri
telah ada beberapa ratus tahun dahulu dan ia menjadi
pencetus kewujudan identiti Malaysia agar persefahaman
dan perpaduan dapat dipupuk. Ia juga merupakan satu
kontrak sosial yang dipersetujui semasa penggubalan
perlembagan. Kemudian ia juga mengambil kira beberapa
aspek seperti pemerintahan beraja, agama Islam, bahasa
Melayu dan juga kedudukan istimewa orang Melayu. Hal ini
diambil kira berdasarkan aspek sejarah, ekonomi, sosial
yang wujud pada tahun 1957, dan ini membuktikan
bahawa pentingnya elemen tradisi yang dilindungi di
bawah Akta Hasutan dan dikategorikan sebagai perkara
yang sensitif dan tidak boleh dijadikan isu perbincangan
pihak awam.

17

Kesultanan atau Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja secara tradisinya telah ada sejak
berabad-abad lamanya dan raja berkuasa mutlak dalam
pentadbiran negeri dan dibantu oleh pembesar-pembesar
tertentu. Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945), sultan
memiliki daulat dan berkuasa penuh dalam negeri masing-
masing. Namun, terdapat perjanjian yang memerlukan
sultan menerima nasihat pemerintah British kecuali isu-isu
yang berkaitan dengan agama. Selepas kemerdekaan,
institusi beraja dipinda dan disesuaikan mengikut
demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Mereka
dikehendaki mengembil kira nasihat menteri dan perlu
bertindak selari dengan nasihat itu.

Secara umumnya, merujuk Perkara 40 yang menjelaskan
bahawa YDP Agong perlu menurut nasihat melainkan
perkara yang terletak dalam budi bicara baginda. Dalam
hal ini, perlu diambil kira Perkara 4(1) di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Antara isi kandungannya ialah
YDPA Agong perlu bersumpah memberikan taat setia
dalam menjalankan pemerintahan. Selain itu, baginda
berikrar untuk menjaga agama Islam setiap masa dan
berdiri di atas pemerintahan yang adil dan aman.

18

Agama Islam

Perkara 3 (1) merupakan aspek yang berkaitan dengan
agama Islam sebagai agama persekutuan. Hal ini dibina
berdasarkan penelitian terhadap penduduk Tanah Melayu
yang mempunyai pelbagai etnik. Ini adalah disebabkan
kemasukan imigran semasa penjajahan British dan agama
lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha wujud dalam
komuniti Tanah Melayu. Oleh itu, perkara 3 (1) membolehkan
pengamalan agama lain secara aman seperti menguruskan
institusi agama masing masing dan mentadbirnya mengikut
pentadbiran yang selari dengan undang-undang di Malaysia.

Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaan telah diperincikan dalam Perkara 152
iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan secara
aplikasinya perlu digunakan untuk maksud-maksud rasmi.
Bagaimanapun, bahasa lain juga dilindungi dan ia
dibenarkan (selain daripada maksud rasmi) untuk diguna
pakai semasa mengajar atau belajar bahasa lain. Bahasa
kebangsaan juga menjadi medium pertuturan umum dan
bahasa rasmi negara selain menjadi simbol perpaduan
rakyat Malaysia. Kedudukan Istimewa.

19

Orang Melayu
Melalui Perkara 153 ini, kedudukan istimewa orang Melayu
dihuraikan dan ia menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan
Agong untuk melindungi hak istimewa kaum Melayu,
bumiputera dan kepentingan sah kaum lain. Kedudukan
istimewa orang Melyu perlu diseimbangkan dengan hak
etnik lain seperti isu kewarganegaraan, hak untuk
mengamalkan agama masing-masing, penggunaan bahasa
ibunda dan juga mendapat layanan yang adil.
Keistimewaan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dari
segi perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, dan lesen
perniagaan. Selain Perkara 153, ia juga dijelaskan dalam
Perkara 89 dan 90 iaitu berkaitan dengan tanah rizab orang
Melayu yang dilindungi daripada diselenggara oleh orang
bukan Melayu. Manakala perkhidmatan orang Melayu di
dalam Rejimen Askar Melayu di had kepada orang Melayu
sahaja, dan ia diperincikan dalam Perkara 8(5).

20

TAPAK INTEGRASI
PERLEMBAGAAN

Tapak integrasi juga dikenali sebagai satu ruang yang
abstrak dan nyata yang memberi ruang kepada pelbagai
kelompok masyarakat yang berbeza agama, etnik dan
politik untuk bertemu dan mencari kata sepakat secara
aman tanpa pertumpahan darah. Ia wujud dalam pelbagai
peringkat iaitu makro, meso dan mikro.

Justeru, masyarakat perlu merujuk Perlembagaan
Persekutuan untuk memastikan kemajmukan etika dan
peradaban dapat diteruskan oleh generasi yang akan
datang. Antara ciri-ciri tapak integrasi adalah berkaitan
dengan satu ruang sosial sama ada abstrak dan nyata.

Ia juga menjadi titik pertemuan antara pelbagai kelompok
dan berlaku prinsip tawar menawar (bargaining),
perundingan (negotiation) & pengantaraan (mediation).
Selain itu, tapak integrasi juga terhasil daripada
perbincangan yang mengikut acuan Perlembagaan
Persekutuan yang menghasilkan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.

21

Pembahagian Tapak Integrasi
1. Makro (Dari Atas ke Bawah)

Kategori ini lebih bersifat dasar
atau undang-undang yang
dibuat oleh kerajaan bagi
menyediakan tapak integrasi
untuk rakyat menyelesaikan
isu-isu yang wujud. Dasar ini
akan dipantau dan diberi
peruntukan oleh kerajaan.
Sebagai contoh, Rukun
Tetangga (1975) diperkenalkan
untuk memberi tumpuan
kepada konsep keselamatan
dan kejiranan. Ia juga
merupakan salah satu proses
urbanisasi yang berlaku di
antara pelbagai etnik. Selain
itu, contoh lain tapak integrasi
yang bersifat makro ialah
Perlembagaan Persekutuan,
politik permuafakatan, sistem
pendidikan kebangsaan dan
sebagainya.

22

2. Meso (Bawah ke Atas)

Kategori ini lebih bersifat diusahakan oleh rakyat
melalui persatuan, jawatankuasa masjid atau surau,
institusi rumah ibadah bagi etnik bukan Islam dan NGO.
Bagi badan di luar lingkungan kerajaan dan
mempunyai ciri-ciri kesukarelaan seperti NGO, ia juga
dikategorikan sebagai salah satu elemen tapak integrasi
meso. Ia juga berdaftar dan mempunyai peraturan
tertentu dalam sesuatu organisasi, dan tidak
meletakkan keuntungan sebagai motif utama
penubuhan (non-profit).

Badan ini juga bersifat pengurusan secara persendirian
(self-governing) dan dibuat secara sukarela (voluntary).
Ia juga tidak meletakkan parti politik tertentu kerana ia
tidak terlibat secara langsung dengan parti tertentu
(Non-political). Selain itu, badan-badan di bawah meso
atau disebut NGO merupakan salah satu wahana suara
rakyat dan juga sektor penyampaian perkhidmatan.

3. Mikro (Inisiatif Akar Umbi)

Kategori bersifat mikro ini adalah inisiatif yang
diusahakan oleh rakyat atau individu seperti kedai
mamak, undangan perkahwinan, kenduri dan lain-lain.
Contohnya, kedai mamak dihadiri pelbagai kaum dan
menjadi tempat pertukaran budaya, idea dan simbol
perpaduan.

23

KEBAIKAN PEMBENTUKAN

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU
UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALAH SUPAYA
TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN.

Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan
Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, Bahasa

kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akal kekal seperti itu
seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.



Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa
“Agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-

agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan”.



Perkara 11 mengenai Kebebasan Agama pula menyatakan
“Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan

agamanya dan tertaluk kepada Fasal (4), mengembangkan
agamanya”.

MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM
PENTADBIRAN NEGARA.

Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN)
2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang
dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan
mengisyhtiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan
kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan
keselamatan dan perkara-perkara berkaitan. Akta ini
Nampak berkesan Ketika pengurusan kes penularan Covid-
19 di Malaysia.

24

MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN
RAKYAT

Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan
tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa

akta lain . Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat
dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-

masing namun ia masih di bawah undang-undang di mana
sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan

keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil
tindakan.

MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM
DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA
KAUM

Contohnya perkara 149 berkenaan perundangan menentang
perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan
ketenteraman awam. Di bawah perkara ini, disebut bahawa
mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang
mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan
permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan
penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan
keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu
yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah
tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras
dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri),
Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak),
Perkara 10 ( Kebebasan Percakap Berhimpun dan
Berpesatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta).

25

RUJUKAN

My Government,
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30109?
language=my

MyScholar
http://myscholar.umk.edu.my/handle/123456789/2209

Semantic Scholar, Malay Royal Institutions According to the
Federal Constitution within the Context of Ethnic Relations in
Malaysia, https://www.semanticscholar.org/paper/Islam-dan-
Melayu-dalam-Perlembagaan%3A-Tiang-Seri-di-Alias-
Mat/cf583670947a1843d7bc67236ff327691093b5eb#citing-
papers

Wikipedia, Perlembagaan Malaysia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia
https://books.google.com.my/books?
id=iqmDTZ9fVoMC&printsec=frontcover&hl=id&source=gbs_g
e_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false

Pusat Maklumat Rakyat, http://pmr.penerangan.gov.my.

26


Click to View FlipBook Version