MPU21032 / PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
DDT1H
PUAN NUR IDAYU
ASHVINA A/P KRISHNAN 21DDT22F1221
DAAVANISHAA A/P CHANDRAN 21DDT22F1210
NITHYANANTHAN A/L 21DDT22F1222
THAVAKUMAR
TRAGEDI 13 MEI
KRONOLOGI DAN PENGAJARAN
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN 5
LATAR BELAKANG 6-8
KRONOLOGI 13 MEI 9 - 15
PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 16 - 23
KESAN DARIPADA TRAGEDI 13 MEI 24- 27
PENGAJARAN 28 - 31
KESIMPULAN 32 - 33
RUJUKAN 34
PERISTIWA 13 MEI
PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap
politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu
peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi hanya
merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya .
Kesan penubuhan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang
kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai
punca kepada peristiwa tersebut.
Amalan diskriminasi oleh Inggeris telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di
Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei , banyak meninggalkan kesan yang negatif
terhadap masyarakat melayu khasnya dan golongan bumiputra amnya. Pengenalan ekonomi
mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan
suatu kesan yang nyata selepas penjajahan british. Dasar ekonomi baru yang dirancang oleh
kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan
ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
LATAR BELAKANG
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen
pilihanraya yang telah menaikan semangat kaum - kaum di malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya
1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini
telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam
pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal
memperoleh majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi
yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada
tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan
kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif
untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka
tidak dapat dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman
semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut
dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar
penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.Pihak pembangkang yang sebahagian besar
darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis
bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu
Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara
yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan logo perikatan.Ia berlarutan hingga
ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas
kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa
perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Dikatakan kaum cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai
lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan . Ada pula pendapat yang
mengatakan penyapu tersebut menyingkirkan orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu
mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang melayu di tepi - tepi
jalan .
KRONOLOGI
TRAGEDI 13 MEI
1969
01
1) PERARAKAN KEMATIAN CINA
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan
kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya
dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan
memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan
kebiadaban semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur tetapi permohonan maaf sudah
terlambat.
2 ) RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa
ini. UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30 petang 13 Mei hari Selasa, tetapi
kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di depan rumah menteri besar Selangor pada awal pagi. Orang
Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta dalam perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan juga Perak.
Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul
6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu yang dalam perjalanan ke
Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.
Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru Jalan Raja Muda.
Dalam pukul 6.30 petang orang Melayu mula bergerak dari Kampung Baru dan menyerang orang Cina dengan
bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur
dan juga kereta. Orang Cina yang terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time, sekurang-kurangnya
8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku.
Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit dari Jalan Campbell, Jalan Tunku Abdul
Rahman (Batu Road), Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Cheras, Kampung Kerinchi dan Sentul.
Tentera dari Askar Melayu lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. Pasukan FRU di
keluarkan dari Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk mengambil alih kawalan. Rusuhan dapat dikawal
dengan menggunakan gas pemedih mata, perintah berkurung 24 jam (curfew order) diumumkan oleh radio pada
pukul 7.30 petang dan di televisyen pada 8 malam.
Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh. Pihak askar mula meronda kawasan-kawasan
rusuhan sehingga pukul 10 malam, ramai yang tidak tahu berkenaan perintah berkurung ditembak mati, ada
juga yang ditembak kerana berdiri di depan koridor rumah sendiri. Laporan wartawan asing] menyatakan
segelintir Askar Melayu melepaskan tembakan rambang ke arah kedai dan rumah milik orang cina tanpa sebab.
Pada hari seterusnya 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan bahawa 80 orang meninggal dunia pada
rusuhan pertama yang berlaku dan majoritinya adalah orang Cina. Kebanyakan daripada mereka mengalami
luka teruk akibat tetakan dan juga tembusan peluru. Ini hanya sebahagian orang atau mangsa yang dapat
dihantar untuk rawatan, kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori
ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat dalam keadaan yang tidak sempurna.
3) REJIMEN RENJER
Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih.
Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu , Iban , Cina , India dan lain - lain turut menembak orang
-orang Melayu dan menyebabkan orang melayu semakin meradang . Ketua Regimen Renjer
dikatakan seorang Cina . Pemuda - pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan
yang lain lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang cina dengan askar
Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditunjukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
4 ) PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa Cina. Kesan daripada
itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih
penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di
dalam keadaan yang sangat mengerikan . Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang. Manakala di pasar pula askar Melayu telah menembak orang Cina yang melanggar perintah berkurung
dengan kereta perisai mereka. Di lebuhraya persekutuan pula, penduduk Melayu Kampung Kerinchi telah membuang
pasu di atas lebuh raya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan.
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di
Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih
hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow
Kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap
dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut
melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat.
Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di
Balai Polis Kajang dan Cheras.
Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
Na! mun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang
serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana
telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan
oleh PKM.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik". Seperti yang dinyatakan
pergaduhan tidak berlaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman,
sudah tentu pada hari itu orang Cina dan Melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri-negeri tersebut
seperti di selatan Thai .
02
PUNCA BERLAKUNYA
PERISTIWA 13 MEI 1969
1 . Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman penduduk Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat
Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang
Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China) sebelum ini menyebabkan
perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah
ini menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar "pecah dan perintah yang diamalkan oleh
British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep
pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang
antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina
tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai
pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
.
Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok- kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan
ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat
dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya
sentimen 13 Mei 1969. Suasana seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi
terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta
mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak. seimbang ini telah berterusan sekalipun negara telah mencapai
kemerdekaan. Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan
yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio- ekonomi dalam
masyarakat Malaysia.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13
Mei 1969, Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak
seharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971
sebagai usaha untuk memulihkan keadaan.
\
3 . Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah
Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum laitu sekolah Melayu, Cina,
India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu
menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka,
malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri Cina dan India.
Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud.
Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar
sahaja. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang
berlainan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang
menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai
masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia.
Walaupun selepas kemerdekaan, kerajaan cuba memperkenalkan dasar- dasar pendidikan baru bagi tujuan
penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan
sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu. Hal ini kerana, mereka
merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu
Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan pelaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap
kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan.
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai dan Dr.
Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun
Razak bin Hussain, Dato' Dr. Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan
perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini
telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah
mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka.
Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak
menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam
pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA
menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi
bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR
sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan
sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
4. Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu
Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada
keadilan, Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di
Semenanjung Malaysia", isu sebenar yang mencetuskan S) peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak
puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun, hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding
dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh
peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata- mata untuk mereka
berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan
raya 1964. Menyedan akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dan Singapura ini, Tunku telah
mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Namun, keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela hasib orang-orang Cina di
Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambil alih fungsi PAP
sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP) Menjelangnya pilihanraya 1969
parti DAP dan parti-parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk
membangkitkan soal- soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di
kalangan rakyat menjadi bertambah.
Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan
kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh
membahayakan itu.
KESAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969
Peristiwa 15 Mei 1969 memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah politik, ekonomi,
pendidikan dan sosial kaum. Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat negara ini
yang asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan
yang drastik. Kuasa raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah
negeri atau negara.
Kemudian , Penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negen Melayu Bersekutu dan
kemudiannya dilkuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan
adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk
menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam dalam diri masyarakat
sehingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu
dan pembesarnya. Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran, Fungsi
residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya
dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan
mendapatkan hasil untuk negeri melalui sukai
Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem
ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu Sistem ekonomi tradisional
yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan
dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah
menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang membawakan
keuntungan semata-mata .
Dalam pelaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah
mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu
mengikut kegiatan ekonomi masing- masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum
Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain mereka,
tidak juga dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan
perpaduan kaum.
Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan pentah kolonial
telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 15 Mei.
Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan
menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.
Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefahaman
dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat
tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka
ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara
pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Adayang
sependapat dan ada pula yang berlainan.
Kesimpulannya, peristiwa 13 Mei 1969 ketika itu memberi pelbagai kesan yang buruk dan
semua aspek tidak kira kaum tua atau muda, kanak-kanak turut terlibat .
PENGAJARAN YANG DIPEROLEH
DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969
Walaupun sudah lebih 50 tahun insiden berdarah ini berlaku, banyak sebenarnya pengajaran dan iktibar yang boleh
diambil oleh generasi yang ada pada hari ini. Antara iktibar yang paling penting ialah, amalan politik perkauman yang
sempit sangat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan kepentingan perpaduan antara kaum.
Tragedi 13 Mel menjadi manifestasi penting untuk kita sedar betapa tindakan para pemimpim politik yang
mengapi-apikan provokasi politik perkauman cukup berbahaya untuk masyarakat majmuk negara ini. Apa yang
dirisaukan ialah amalan ini sebenarnya masih berlarutan sehingga kini. Masih ada segelintir pemimpin politik yang
mengamalkan politik perkauman sekali gus sentiasa mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat. Bagi
kelompok ini cita-cita peribadi dilihat sentiasa mengatasi kepentingan rakyat dan negara. Jadi jika kita mahu terus maju
ke hadapan sebagai sebuah negara yang bersatu padu, ambil iktibar dengan peristiwa 13 Mei dan hentikanlah amalan
politik perkauman yang jelas mengancam perpaduan rakyat dan keselamatan negara
Tragedi berdarah ini juga mengingatkan semua pihak agar perpaduan dalam kalangan
rakyat tiada galang gantinya. Ringkasnya, konflik perkauman adalah umpama yang
kalah jadi abu dan yang menang menjadi arang. Justeru, sebagai masyarakat majmuk
kita tidak mempunyai banyak pilihan selain sentiasa berpaut erat kepada jambatan
perpaduan yang telah diwariskan kepada kita oleh generasi terdahulu. Kegagalan kita
menghayati kepentingan perpaduan antara kaum boleh menyebabkan peristiwa seperti
ini berulang kembali.
Anggota masyarakat juga perlu sentiasa beringat agar jangan sesekali menyentuh isu-isu
sensitif dan mempertikai hak setiap kaum terutamanya hak keistimewaan orang Melayu
seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan dengan jelas
memperincikan hak setiap kaum jadi jangan sewenang- wenangnya kita mempersoal
ape yang telah dipersetujui oleh para pengasas negara ini
Misalnya, tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan dan terang-terangan mempertikai hak
keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu serta Raja-raja Melayu tidak
sepatutnya berlaku lagi. Sedarlah tindakan seperti ini boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.
Dalam konteks ini, kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh generasi terdahulu perlu terut dipertahankan.
Generasi hari ini perlu ambil iktibar betapa aspek persefahaman, penerimaan, pengorbanan dan tolak ansur
setiap kaum yang ada di negara ini telah menjadi asas kepada pembentukan kontrak sosial yang kemudiannya
menjadi faktor penting pencapaian kemerdekaan negara ini pada 1957.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus mempertahankan kontrak sosial ini yang telah
dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan seperti, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T
Sambanthan, Janganlah kita sia-siakan segala jasa, usaha dan pengorbanan mereka.
Selepas merdeka dan setelah melalui detik berdarah pada 1969, kita berjaya bangkit dan membina rakyat dan
negara ini. Hasilnya pada hari ini kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di pentas
dunia bersama-sama dengan negara lain.
Namun harus diingat segala kejayaan ini termasuk kebebasan dan kemerdekaan ini bukanlah sesuatu yang tetap
dan kekal Kita boleh menjadi negara mundur dan dijajah semula dalam sekelip mata andai kota leka, alpa dan
gagal untuk ambil iktibar. Tuntasnya, merdeka sekali tidak bermaksud akan kekal merdeka selamanya, sebaliknya
kita perlu sentiasa berusaha untuk mempertahankannya.
KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia
turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik,
sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional, Anda kata petanda-petanda yang
diperolehi itu gagal dimanfaatkan, sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah
negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
Selepas peristiwa ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Datar Ekonomi Baru
dan Rukun Negara bagi memulihkan sistem sosio-ekonomi negara dan perpaduan penduduk.
Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lag berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang
penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya
peristiwa ini berlaku dan apakah langkah- langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya Sikap
ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa
penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat dan menuju cita-cita
menjadi negara maju, tragedi pahit seperti penjajahan oleh kuasa luar lebih dan 400
tahun serta peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu terus dijadikan iktibar dan
pengajaran.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk terus mempertahankan
kemerdekaan dan jambatan perpaduan yang ada dengan berpaksikan pematuhan
kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara Jika gagal, tidak mustahil negara
ini kembali dijajah atau peristiwa 13 Mei berulang semula. Sama-samalah kita berdoa
agar rakyat dan negara ini terus dijauhi dari segala jenis ancaman baik dan anaur dalam
mahupun luar.
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/peristiwa-13-mei.html
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/peristiwa-13-mei.html
https://www.sinarharian.com.my/article/27800/berita/nasional/peristiwa-13-mei-pengajaran-perlunya-
masyarakat-bersatu-
https://www.studocu.com/my/document/intec-education-college/mpu-hubungan-etnik/peristiwa-13-mei
-1969/8089671
TERIMA KASIH