The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suhaili Mohtar, 2023-03-19 04:39:54

ORENTASI PRASEKOLAH SKSD

SK SUNGAI DUA

PROGRAM MINGGU ORIENTASI PRASEKOLAH 2023/2024 TEMPOH PERLAKSANAAN 20.3.23-24.3.23 (ISNIN- JUMAAT)


Pengenalan Program Minggu Orientasi Program Orientasi Prasekolah merupakan satu program yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan murid prasekolah menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di alam persekolahan yang pertama. Program Orientasi ini juga dapat membantu murid meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar. Selain itu, murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya. Justeru itu, program orientasi ini juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri murid prasekolah untuk lebih bersedia ke alam persekolahan yang sebenar. Program ini juga diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama. 2023/2024


MATLAMAT Program Orientasi Prasekolah merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah ataupun ke pendidikan secara lebih formal di Prasekolah. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran yang lebih teratur dan berbentuk formal. OBJEKTIF Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses PdPc secara lebih formal. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke prasekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. Membantu semua murid Prasekolah yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di prasekolah mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .


AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2023/2024 PENGERUSI PN. NORZAINI BT OSMAN GURU BESAR TIMBALAN PENGERUSI EN. FAIZELIE BIN YAHYA PENOLONG KANAN KURIKULUM NAIB PENGERUSI II PN NOR HALIZA BT HASHIM PENOLONG KANAN KOKURIKULUM AHLI JAWATANKUASA PN. NURUL ZULAIKHA BT ISHAK PN. ARZENI BT JAAFAR GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PPM NAIB PENGERUSI I PN. ROSHIDAH BR ARIFFIN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PENYELARAS PRASEKOLAH PN. NOOR SHAM BT AYOB SETIAUSAHA PRASEKOLAH PN. NO’RAINI BT BADRI


20 MAC 2023 (ISNIN) MASA PERKARA TINDAKAN 7.40-8.00pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.00-8.20pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid. 2.Proses perkenalan antara guru dan murid-murid. 3.Memperkenalkan tempat meletak kasut sekolah 4. Bernyanyi dan membuat pergerakan mengikut lagu “Kalau Rasa Gembira”. 5. Bercerita tentang perasaan hari pertama ke sekolah. Guru Prasekolah PPM 8.20-9.00pg Aktiviti Pembelajaran Lawatan Infrastruktur Prasekolah. 1.Murid dibawa ke seluruh kawasan persekitaran prasekolah 2. Murid diperkenalkan kawasan-kawasan yang penting seperti tandas,taman permainan, bilik isolasi ,stor dan bilik makan Aktiviti Kemanusiaan Nyanyian lagu rasmi. 1.Guru memperdengarkan lagu: Lagu Negaraku Lagu Negeri Peraturan Prasekolah 1. Guru memperjelaskan peraturan-peraturan am prasekolah 2. Mempraktikkan budaya memberi salam kepada guru,PPM dan rakan-rakan. 3. Membaca doa harian dengan bimbingan guru dan PPM Guru Prasekolah PPM 9.00-10.00pg Aktiviti Psikomotor Murid membuat binaan kreatif. Bermain lego Guru Prasekolah 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM 10.30-11.30pg Pengurusan Kelas 1.Murid-murid diminta bersedia untuk aktiviti seterusnya. 2. Murid duduk ditempat masing-masing untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti Suai Kenal Lawatan ke tandas Berbincang keadaan fizikal dan peraturan di tandas Memperkenalkan tatacara penggunaan tandas dengan betul. Guru Prasekolah PPM


Aktiviti Seni (Fizikal dan Estetika) 1.Murid diberi kertas lukisan dan dikehendaki melukis mimik muka menunjukkan persaan mereka pada hari pertama ke sekolah. 2. Murid dibimbing melukis gambar mimik muka atau atau apa sahaja yang boleh menggambarkan perasaan. 11.30-11.50pg Aktiviti Ketrampilan diri 1. Murid diberi peluang dan dibimbing untuk bercerita mengenai lukisan yang telah dihasilkan kepada guru dan rakan-rakan yang lain. 2. Guru memberi token/ganjaran seperti pelekat atau cap bintang. Guru Prasekolah PPM 11.50-12.00tgh Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik 1. Murid dibimbing untuk mengemas peralatan menulis , murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) Guru Prasekolah PPM REFLEKSI GURU : MURID :


21 MAC 2023 (SELASA) MASA PERKARA TINDAKAN 7.40-8.00pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.00-8.20pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid. 2. Bernyanyi dan membuat pergerakan mengikut lagu “Good morning Teacher”. 3. Bercerita nama guru dan nama ppm . 4. Bersoal jawab mengenai nama-nama rakan yang telah diketahui atau kenal. Guru Prasekolah PPM 8.30-9.10pg Pengurusan Kelas Guru menerangkan tatacara masuk ke kelas -Beratur di luar kelas / masuk kelas dengan tertib Aktiviti Ketatanegaraan ( Kemanusiaan) Nyanyian lagu rasmi. Lagu Negaraku dengan iringan muzik Aktiviti Kumpulan 1.Membina kumpulan mengikut jantina 2.Berinteraksi antara rakan-rakan tentang nama dan kegemaran rakan yang disukai. Aktiviti mewarna (Tunjang Kreativiti dan Estetika) 1.Murid mengecam jenis-jenis warna. 2.Murid menyenaraikan objek yang terdapat dalam kelas mengikut warna. 3.Murid mewarnakan gambar Guru Prasekolah PPM 9.10-10.00pg Aktiviti Sukaneka (Tunjang Fizikal) 1.Murid dibahagikan kumpulan 2.Murid membuat aktiviti membawa bola ping pong dalam sudu (Perandingan) 3.Kumpulan yang berjaya diberikan hadiah. Guru Prasekolah PPM 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM 10.30-11.30pg Mari Membaca (Tunjang Bahasa) 1.Murid diperdengarkan cerita oleh guru. 2. Bersoaljawab tentang cerita tadi. 2.Murid ceritakan semula cerita yang diperdengarkan. Aktiviti Ketrampilan diri 1.Guru menerapkan konsep Sekolahku Rumahku 2. Murid mewarnakan gambar sekolah. Guru Prasekolah PPM


11.30-11.50pg Aktiviti Fizikal ( Kreativiti dan Estetika) 1. Bersenam ringan 2. Membuat aksi dan gaya sambil menyanyikan lagu “ Sekolah Ku Sayang”” Guru Prasekolah PPM 11.50-12.00tgh Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik 1. Murid dibimbing peralatan menulis , murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) Guru Prasekolah PPM REFLEKSI GURU : MURID :


22 MAC 2023 (RABU) MASA PERKARA TINDAKAN 7.40-8.00pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.00-8.20pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid.. 2. Berkongsi idea dan maklumat / bercerita mengenai perasaan hadir ke sekolah hari ini. Guru pamerkan mimik muka gembira, sedih, marah dan terkejut. 3. Murid mewarna mimik muka persaan /emosi murid hari itu. Guru Prasekolah PPM 8.30-9.30pg Aktiviti Fizikal Doh 1. Murid membuat doh. ( PPM telah sediakan bahan dalam bekas untuk setiap murid) 2. Murid membentuk doh kueh yang paling murid suka. Guru Prasekolah PPM 9.30-10.00pg Aktiviti Kelas ( Sosioemosi/Ketrampilan diri) 1.Guru menyanyikan lagu “ Kalau anda gembira “ VERSI Didi and Freinds 2. Semua murid menyanyi beramai-ramai sambil membuat gaya. Guru Prasekolah PPM 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM 10.30-11.30pg Aktiviti kolaj 1. Murid membuat kolaj buah epal dengan menggunakan kertas warna. 2. Murid koyak dan tampal kertas warna atas gambar buah epal yang diberikan. Guru Prasekolah PPM 11.30-11.50 Matematik Awal Aktiviti : Lebih atau Kurang Guru menunjukkan kumpulan objek dan meminta murid meletakkan objek lebih atau kurang daripada kumpulan objek tersebut. Guru Prasekolah PPM 11.50-12.00tgh Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik 1. Murid dibimbing peralatan menulis , murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) Guru Prasekolah PPM


REFLEKSI GURU : MURID :


23 MAC 2022 (KHAMIS) MASA PERKARA TINDAKAN 7.40-8.00pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.00-8.20pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid. 2. Berkongsi idea dan maklumat / bercerita mengenai siapa yang hantar murid ke sekolah hari ini. 4. Guru meletakkan pelbagai kenderaan di dalam bakul. Murid cuba ambil kenderaan yang dia datang ke sekolah hari ini dan letakkan di Whiteboard. . Guru Prasekolah PPM 8.30-9.30pg Aktiviti Puzzle( Kreativiti Dan Estetika) Aktiviti Kumpulan 1.Murid dihagikan kepada kumpulan. 2.Aktiviti Siapakah Saya 3. Murid membuat puzzle dan menceritakan gambar yang diperolehinya. Guru Prasekolah PPM 9.30-10.00pg Aktiviti Suai Kenal Lawatan ke Dewan Makan Prasekolah Berbincang keadaan fizikal dan peraturan di dewan makan Berbincang mengenai peraturan dan SOP yang perlu dipatuhi di dewan makan. Membaca doa makan dengan sebutan betul dan maksudnya Guru Prasekolah Guru pendidikan Islam PPM 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM 10.30-11.30 Aktiviti Cut and paste( Tunjang Fizikal) Aktiviti Individu Bersoal jawab tentang diri sendiri. Murid menggunting dan menampal gambar bentuk untuk menjadi diri sendiri. Mercerita tentang hasil kerja masing-masing. Guru Prasekolah PPM 11.30-11.50 Aktiviti Fizikal Kesihatan Jom Cuci Tangan 1.Murid dibawa ke ruang legar untuk aktiviti mencuci tangan 2. Guru memberi penjelasan tentang cara-cara mencuci tangan dengan langkah-langkah yang betul. 3. Guru membincangkan mengenai kepentingan Guru Prasekolah PPM


menggunakan sabun basuh tangan. 11.50-12.00tgh Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik 1. Murid dibimbing untuk mengemas peralatan menulis , murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) Guru Prasekolah PPM REFLEKSI GURU : MURID :


24 MAC 2023 (JUMAAT) MASA PERKARA TINDAKAN 7.40-8.00pg Rutin Kelas dan pengurusan diri Ucap selamat Bacaan doa Ambil tempat duduk Minum pagi Guru Prasekolah PPM 8.00-8.20pg Perbualan Awal 1.Mengambil kedatangan murid. 2. Berkongsi idea dan maklumat / bercerita mengenai Ssiapa yang kejut murid ke sekolah hari ini. 4. Guru memperdengarkan lagu „Good morning teacher‟ dan „Bangun Pagi‟ Guru Prasekolah PPM 8.30-9.30 Aktiviti Ketatanegaraan Nyanyian lagu rasmi. 1.Guru memperdengarkan lagu: Lagu Negaraku Lagu Negeri Pulau Pinang Lagu Sekolah Peraturan Prasekolah 1. Guru memperjelaskan peraturan-peraturan am prasekolah 2. Mempraktikkan budaya memberi salam kepada guru,PPM dan rakan-rakan. 3. Murid mewarnakan gambar “ Ucapan bertatasusila” Guru Prasekolah PPM 9.30-10.00 Aktiviti Kelas ( Sosioemosi) 1.Murid menyanyikan lagu “ Kalau anda rasa gembira “ 2. Semua murid menyanyi beramai-ramai sambil membuat gaya. 3. Aktiviti bercerita ( buku besar) 4. Guru bercerita mengenai cerita teladan – kura-kura dengan kancil Guru Prasekolah 10.00-10.30pg Rehat Cuci tangan dengan sabun Bimbingan adab makan Mematuhi SOP semasa makan Guru Prasekolah PPM 10.30-11.30 Di mana Saya (Kognitif) Aktiviti Kumpulan Mencari gambar tersembunyi 1. Murid dibahagikan kumpulan dan diberikan kertas bersaiz A3 2. Murid berbincang dan mencari gambar tersembunyi dalam kertas A3 itu. 3. Kumpulan terbaik diberikan ganjaran. Guru Prasekolah PPM 11.30-11.50 Pendidikan Sivik Hormati guru 1.Memberi pandangan tentang gambar yang ditunjukkan. 2. Guru membeitahu semua murid perlu hormati guru.. 3. Murid membuat capan pada gambar guru.


11.50-12.00 Sesi Penutupan dan Pengurusan Kelas Waktu Balik 1. Murid dibimbing untuk mengemas peralatan menulis , murid berbaris serta ucap selamat pulang kepada guru dan PPM. 2. Membaca doa sebelum pulang. 3. Semua murid akan berbaris di luar kelas dan PPM akan mengiringi murid sampai ke pagar utama sekolah. ( Jaga penjarakkan fizikal) Guru Prasekolah PPM REFLEKSI GURU : MURID :


PROGRAM MINGGU ORIENTASI PRASEKOLAH 2023/2024 TEMPOH PERLAKSANAAN 20.3.23-24.3.23 (ISNIN- JUMAAT)


Click to View FlipBook Version