MoSdoulla&t FParadnhduuan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
JABATAN PENDIDIKAN
AGAMA ISLAM (JAPIM)
ISI KANDUNGAN
1) PENGENALAN TENTANG
SOLAT
2) APA MAKSUD SOLAT?
3) CARA SOLAT (LANGKAH
DEMI LANGKAH ASAS)
4) KENAPA KITA PERLU
SOLAT?
5) SYARAT WAJIB SOLAT
6) SYARAT SAH SOLAT
7) NIAT SOLAT FARDHU
LIMA WAKTU
Pengenalan Tentang Solat
Solat adalah tiang agama. Kedudukan solat
di dalam agama diibaratkan sebagai kepada
kepada jasad.
Jasad manusia jika tidak bertangan,
masih boleh hidup. Jasad manusia, jika
tidak berkaki, masih boleh meneruskan
hidup. Akan tetapi jika jasad manusia itu
tidak berkepala, maka jasad itu sendiri tidak
bermakna lagi kerana jasad itu mati. Biar
sempurna mana pun jasad itu, jika tidak
berkepala, jasad tadi tidak dipandang pun.
Begitu jugalah perihal solat. Jika
seseorang itu tidak solat, maka amalan lain
tidak ada gunanya. Puasanya, zakatnya dan
hajinya tidak dipandang di sisi Allah SWT.
Beginilah yang difahami dari mafhum hadis
Nabi yang bermaksud: "Yang pertama
dihisab dari amalan hamba pada hari kiamat
adalah solatnya."-Riwayat Tirmizi dan Ibnu
Majah.
Solat juga dikira tiada jika
kesempurnaan solat itu tidak dijaga.
Tamakninahnya wajib dijaga. Peristiwa
ini dirakamkan dalam hadis teguran
Nabi terhadap seorang sahabat yang
solatnya tiada tamakninah.
Semoga panduan solat ini dapat
membantu para pembaca untuk
menunaikan solat dengan baik dan
sempurna. In Shaa Allah.
APA MAKSUD SOLAT?
Segi Bahasa: Solat
adalah doa
Segi Syarak: Solat adalah
amalan yang
mengandungi perkataan
dan perbuatan tertentu
yang dimulai dengan
takbiratul ihram dan
disudahi dengan salam
dengan tertib.
CARA SOLAT
(LANGKAH
DEMI
LANGKAH
ASAS)
1) MENGHADAP KIBLAT
Keadaan berdiri disebut sebagai qiyam dalam bahasa Arab.
Berdiri lurus dan hadapkan badan ke arah kiblat (Ke arah
Kaabah). Mata memandang ke arah tempat sujud.
2) NIAT UNTUK SOLAT
Ucapkan niat didalam hati dengan niat solat yang anda ingin
lakukan.
Contohnya: "Sahaja aku solat fardhu zohor 4 rakaat tunai
kerana Allah Taala.
3) ANGKAT TAKBIR
Angkat kedua belah tangan separas telinga.
Kemudian sebutkan "Allahuakbar" Perbuatan
ini dipanggil sebagai Takbiratul Ihram.
Bagi Lelaki Bagi
Perempuan
4) LETAKKAN TANGAN DI
ATAS PERUT & MEMBACA
DOA IFTITAH.
Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan
wajah memandang ke arah tempat sujud.
5) MEMBACA AL-FATIHAH
DAN SETERUSNYA SURAH
LAIN.
Selesai membaca doa iftitah, setersunya baca
pula surah Al-Fatihah. Surah Al-Fatihah adalah
rukun solat. Hal ini bermakna, Al-Fatihah
wajib dibaca. Jika tidak solat kita tidak sah.
Contoh surah lain yang ringkas dan boleh dibaca selepas Al-
Fatihah.
6) RUKU'
Langkah seterusnya adalah ruk'. Semasa ruku', ucapkan
takbir (Allahuakbar) dan letakkan kedua belah tangan di atas
lutut. Semasa ruku' hendaklah membaca tasbih.
7) BERDIRI DARI RUKU'
(IKTIDAL)
Setelah selesai ruku', seterusnya kita akan
bangun berdiri tegak (iktidal).
Ucapan semasa iktidal adalah seperti berikut:
8) SUJUD PERTAMA
Cara sujud adalah dengan bertakbir (Allahuakbar) dan
turunkan badan dengan dahi, hidung, kedua tapak tangan
dan ibu jari kaki menyentuh lantai. Buka lengan dari sisi
badan dan lantai.
Bacaan semasa sujud
9) DUDUK ANTARA DUA
SUJUD
Setelah itu, bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut
"Allahuakbar". (tanpa mengankat tangan). Fasa ini dipanggil
"duduk di antara dua sujud"
10) SUJUD KEDUA
Selesai membaca tasbih di atas, maka sujudlah sekali
lagi (sujud kedua). Bertakbir (Allahuakbar) lalu sujud
sekali lagi. Kedudukan dan bacaan tasbihnya adalah
sama seperti sujud pertama. Dengan ini, sudah selesai
bahagian rakaat pertama dalam solat.
1 1 ) T A H I Y
A T A W A L
Cara duduk tasyahud adalah duduk diatas kaki kiri
dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan
kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan
diluruskan.
Duduk tahiyat awal Duduk tahiyat akhir
Bacaan Tahiyat Awal
12) TAHIYAT AKHIR
13) MEMBERI SALAM
Selesai membaca tahiyat akhir, palingkan muka ke
sebelah kanan dan ucapkan: “Assalamu alaikum wa
rahmatullah." Kedua ulangi salam dengan
memalingkan muka ke sebelah kiri dengan ayat yang
sama.
Untuk solat tiga atau empat rakaat, prosedur semua
pergerakan solat diulangi pada rakaat seterusnya, kecuali
pada rakaat ketiga dan keempat tidak dibaca surah selepas
Al-Fatihah. Semua pergerakan dan bacaan lain adalah
sama. Semua solat mesti diakhiri dengan tahiyat akhir dan
salam.
KENAPA KITA PERLU
SOLAT?
Solat ialah rukun Islam yang kedua.
Ia menjadi amalan praktikal yang pertama sebagai
bukti keislaman seseorang. Selepas mengerjakan
rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua
kalimah syahadah, seorang muslim mesti mendirikan
solat. Kemudian, baru diikuti dengan mengerjakan
amalan-amalan yang lain.
Solat menjadi penghubung secara langsung
antara manusia dengan Allah SWT. Tidak ada
ibadah lain yang lebih utama daripada solat dalam
menghubungkan hamba dengan Tuhannya. Melalui
solat, hamba itu mengagungkan Allah, sekaligus
memohon rahmatNya.
Apabila solat ditinggalkan, hubungan dengan
Allah akan terputus. Apabila hubungan dengan
Allah SWT terputus, seolah-olah kita tidak
memerlukan Allah dan tidak mengharapkan
rahmatNya. Sedangkan setiap manusia amat
memerlukan rahmat Allah SWT dalam setiap detik
kehidupannya.
Kesannya, manusia dapat hidup dengan selamat
di dunia dan di akhirat. Dan, rahmat Allah hanya
diberikan kepada orang yang mengerjakan solat.
Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-
Quran:"Dan dirikan oleh kamu akan solat serta
berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul
Allah; supaya kamu beroleh rahmat."— Surah an-
Nur 24:56
NIAT SOLAT
FARDHU LIMA
WAKTU
Solat Subuh
Solat Zohor
Solat Asar
Solat Maghrib
Solat Isyak
SYARAT WAJIB
SOLAT
Allah SWT memerintahkan supaya solat didirikan
mengikut syarat dan kaedah (kaifiat) yang tertentu.
Namun Allah SWT memberi kelonggaran dalam
keadaan tertentu supaya umat Islam tetap dapat
mendirikan solat dalam sebarang keadaan.
Antara syarat-syarat wajib solat adalah:
Islam
Baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas
Sempurna pendengaran dan penglihatan
SYARAT
SAH SOLAT
Sebelum mendirikan solat, ada beberapa syarat yang
perlu dipenuhi supaya solat sah dan menjadi sebab
solat diterima oleh Allah SWT.
Antara syarat sah solat adalah:
Suci daripada hadas
Suci daripada najis
Menghadap kiblat
Menutup aurat
Mengetahui masuk waktu solat