The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN DIGITAL FLIP SILANG BUDAYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leefongy, 2021-11-01 05:24:40

SILANG BUDAYA MEMUPUK PERPADUAN

PERTANDINGAN DIGITAL FLIP SILANG BUDAYA

Keywords: PENDIDIKAN

BUKU SKRAP DIGITAL

SILANG BUDAYA
DI MALAYSIA

MEMUPUK PERPADUAN

DISEDIAKAN OLEH:

CHOY YUN EN

SJKC CHONG HWA 3,
KLUANG

Nama Choy Yun En

Kelas 5Z
[email protected]
Alamat
E-mail SJKC Chong Hwa 3

Nama SJKC Chong Hwa 3, Jalan Balau ,
Sekolah 86000 Kluang ,
Johor.
Alamat
Sekolah

İ

PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENDAHULUAN
1.1 OBJEKTIF SILANG BUDAYA 1- 2
2.0 KAUM DI MALAYSIA 3-7
3.0 SILANG BUDAYA PAKAIAN TRADISIONAL KAUM
8
4.0 SILANG BUDAYA PERAYAAN DI MALAYSIA 9
10
5.0 SILANG BUDAYA MAKANAN TRADISIONAL DI 11
MALAYSIA 12

6.0 SILANG BUDAYA AGAMADI MALAYSIA

7.0 SILANG BUDAYA ADAT RESAM DI MALAYSIA

8.0 SILANG BUDAYA PERSAHABATAN 13
9.0 JAGA SENSITIVITI KAUM MEMUPUK PERPADUAN 14
15
10.0 GALERI GAMBAR PESERTA YANG MENGAMALKAN 16
SILANG BUDAYA 17

11.0 PENGHARGAAN

12.0 PENUTUP

İİ

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan
kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan agama.
Silang budaya amat penting untuk mengukuhkan
perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara
ini berlandaskan Perlembangaan dan Rukun Negara.
Kefahaman dan pengetahuan mengenai amalan budaya,
agama, bahasa dan cara hidup masyarakat berbilang
kaum merupakan salah satu penyumbang kepada
keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Selain itu,
kepentingan memahami dan menerima kepelbagaian
budaya antara kaum akan melahirkan generasi yang
lebih sensitif dengan keperluan rakan kaum lain. Ini
secara langsung memberi kesan yang positif dalam
hidup bermasyarakat dengan
harmoni demi kejayaan dan
kestabilan negara.

1

Interaksi dan komunikasi antara kaum
dan budaya di negara kita berjalan
lancar, sekali gus mengelakkan salah
faham dan konflik antara etnik.

Membantu memahami budaya sebagai
sesuatu yang dapat menghasilkan dan
memelihara wacana secara positif serta
penuh bermakna bagi anggota
masyarakat.

Memahami dan menghargai budaya kaum
lain, kita menjadi lebih peka terhadap
masyarakat berlainan budaya, di samping
dapat merangsang pemahaman,
memperluaskan dan memperdalamkan
pengalaman seseorang.

2

Malaysia merupakan salah satu negara
berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.
Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah
Melayu,Cina dan India. Selain itu, Malaysia juga
merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80
kaum etnik, terutamanya di Malaysia timur.
Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan
dusun dan Iban.

3

Walaupun terdapat perbezaan di antara setiap kaum
seperti budaya, makanan dan pakaian tradisional
serta perayaan masing-masing, tetapi mereka
mampu hidup dengan aman damai dan harmoni di
bawah satu bumbung besar sehingga kini.
Hal ini kerana adanya perpaduan dan
persefahaman yang diamalkan mereka dalam
kehidupan seharian.

4

Kumpulan etnik
terbesar di
Malaysia.

Beragama Islam
dan mengamalkan
kebudayaan
Melayu.

Berbahasa Melayu
dan mempunyai
keturunan Melayu.

Kaum Melayu
terkenal kerana
peramah dan
budaya seni yang
sangat kaya.

5

Kumpulan etnik
kedua di Malaysia.

Kebanyakkan
beragama Buddha.

Berbahasa
Mandarin dan
mempunyai
keturunan Cina.

Kaum Cina terkenal
kerana kuat
bekerja dan pandai
berniaga.

6

Kumpulan etnik
ketiga di Malaysia.

Kebanyakkan
beragama Hindu
dan membawa
budaya mereka
yang unik serta
pembinaan kuil.

Berbahasa Tamil.

7

Memakai pakaian tradisional kaum lain pula
mengakui berbuat demikian sebagai tanda
menghormati budaya, tradisi dan cara hidup
mereka. Selain itu,memakai pakaian tradisional
menyerlahkan identiti kepelbagaian budaya dan
kaum, justeru menyemarakkan semangat
1 Malaysia di kalangan rakyat negara ini.

8

Kemajmukan rakyat menjadikan kepelbagaian
kebudayaan negara. Penduduk yang berbilang
kaum ini menyambut pelbagai jenis perayaan
sepanjang tahun dalam keadaan yang meriah
serta muhibah. Dalam setiap perayaan, tradisi
mengadakan rumah terbuka telah memberi
peluang kepada pelbagai kaum untuk saling
kunjung-mengunjungi antara satu sama lain bagi
memeriahkan perayaan tersebut.

9

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan
masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai
adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional
mengikut kaum di Malaysia. Makanan daripada pelbagai
jenis mi, sup atau kuih pau misalnya, antara makanan yang
menjadi kegemaran etnik Cina tetapi makanan tersebut juga
digemari oleh etnik Melayu. Begitu juga dalam hal makanan
seperti roti canai, tosai yang popular dalam kalangan etnik
India, ambuyat yang popular dalam kalangan masyarakat di
Sabah dan Sarawak menjadi kegemaran masyarakat di
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama.

kaum Cina menikmati Nasi lemak merupakan
makanan kaum india. makanan kegemaran
Kaum Cina.

Kaum Melayu menjual Nur Azreen Ku
makanan Kaum India Abdullah mewarisi
iaitu roti canai. bakat membuat
termasuk kuih

10 angku kaum Cina

Kepelbagaian agama yang terdapat di Malaysia harus
digunakan sebaiknya bagi mengeratkan lagi perpaduan
antara semua lapisan masyarakat. Apabila masyarakat
lebih terbuka untuk mengenali dan memahami serta
meraikan kepelbagaian agama, ia akan mengukuhkan lagi
persefahaman antara kaum dan agama.
Selain itu, saling memahami antara agama dapat
mengurangkan salah faham, contohnya memahami nilai
murni antara agama, perayaan serta kepercayaan agama
lain. Selain itu, saling menghormati kepelbagaian agama
juga salah satu cara mengatasi konflik agama.

11

Adat bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah
kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat
resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat
tersebut.
Malaysia merupakan sebuah negara yang dikenali dengan tiga kaum
utama iaitu Melayu, Cina, India dan etnik-etnik yang kecil bilangannya
seperti Kadazan dusun, Bidayuh dan Melanau yang kebanyakannya
tinggal di Sabah dan Sarawak. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia
sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian dari segi agama, budaya,
bangsa, tradisi, adat resam, cara hidup dan banyak lagi. Kita mesti
menghormati adat resam pelbagai kaum untuk mengekalkan
keharmonian antara masyarakat Malaysia.

Kaum Melayu Kaum Cina Persamaan yang paling
ketara ialah kedua-
dua kaum menjalankan
adat cukur rambut
kepada bayi baru
lahir, lebih kurang
pada masa yang sama
selepas lahir.

Kaum Melayu Kaum India Persamaan dalam
adat perkahwinan
12 antara Melayu dan
India, masing –
masing mempunyai
adat merisik,
meminang dan
bertunang sebelum
melangsungkan
perkahwinan

Rakyat Malaysia meluaskan hubungan sosial mereka
dengan rakan yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang budaya bagi mempelajari lebih mendalam
tentang kehidupan kaum lain. Perpaduan dan
keharmonian mesti diterapkan dalam budaya kita dan
lebihkan peluang kepada kanak-kanak dan generasi
muda dari pelbagai kaum untuk berinteraksi dan
menjalin persahabatan serta persefahaman demi masa
depan negara kita.

Aktiviti bergotong
royong amat penting
dan perlu dalam
mengeratkan hubungan
silaturrahim antara
kaum.

.

Ibu saya bergaul mesra
dengan rakan yang
berbilang kaum.

13

Sikap mengambil tahu akan budaya serta agama
masyarakat lain merupakan sesuatu yang terpuji.
Sebagai sebuah negara majmuk yang penuh
dengan budaya, adat resam serta bahasa yang
berlainan, adalah penting jika setiap rakyat di
negara ini bersikap proaktif dan tahu akan
sensitiviti setiap kaum.
Langkah ini bukan sahaja akan menyelamatkan
negara ini daripada terperangkap dalam
perdebatan agama tidak berkesudahan yang boleh
menjahanamkan negara bahkan juga merapatkan
lagi silaturahim antara kaum.

Contoh menjaga sensitiviti kaum

Mengelakkan diri daripada makan makanan di
hadapan rakan Melayu saya apabila mereka
berpuasa.

Kement.erian Pendidikan Malaysia mesti
memastikan mata pelajaran seperti Sejarah,
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan diajar di setiap sekolah supaya
semangat patriotik dan perpaduan dapat ditanam
dalam jiwa pelajar sejak kecil untuk memahami
kepelbagaian budaya kaum dan menghormati
budaya setiap kaum.

14

Keluarga saya dengan makcik kaum Melayu(keluarga perkahwinan
campur)

Saya dan rakan-rakan menyertai pertandingan pakaian tradisional
pelbagai kaum.

Saya
Anak
Malaysia

Saya suka alat muzik Nasi lemak
tradisional Sarawak merupakan makanan
yang bernama sape kegemaran saya.

15

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak yang telah membantu dan memberi kerjasama
yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan digital flip mengenai Silang
Budaya di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada guru penasihat Kelab Rukun Negara saya Cikgu Tee Wee
Yuet yang telah banyak membantu saya menyiapkan digital flip ini. Beliau
juga telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang
proses membuat digital flip ini. Kesabaran beliau amatlah saya hargai.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
telah memberikan dorongan dan sokongan kepada saya dalam
menyiapkan digital flip keseluruhannya. Walaupun mereka sentiasa sibuk,
masa singkat yang berkualiti dengan idea-idea bernas banyak membantu
saya untuk menyiapkan digital flip ini.

Sekian,terima kasih.

16

Perpaduan negara adalah hadiah tidak ternilai yang perlu dikekalkan
semua rakyat dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.Setiap warga
Malaysia yang cintakan keamanan mestilah memberikan komitmen
sepenuhnya terhadap keharmonian dan perpaduan. Usaha bersungguh-
sungguh perlu untuk memupuk budaya yang membawa keamanan,
keharmonian dan perpaduan.

Kita sebagai generasi era moden ini haruslah menghargai dan
memahami budaya nilai murni pelbagai kaum supaya negara kita
menuju kemajuan dan keamanan. Budaya dan adat resam adalah ciri
istimewa sesebuah negara yang menjadi asas kepada pegangan dan
kepercayaan masyarakat setempat. Malaysia terkenal sebagai sebuah
negara yang mempunyai masyarakat yang terdiri dari pelbagai budaya
dan adat resam. Dalam kepelbagaian warna-warni budaya dan adat
resam, yang lebih penting adalah setiap individu menghormati dan
menghargai nilai-nilai budaya dan adat resam setiap pihak demi
menjaga kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama-sama. Jika
setiap individu tanpa mengira peringkat umur, status, dan latar belakang
kehidupan menjaga tingkah laku, adab sopan, tutur bicara dan
pemikiran dalam menghormati budaya dan adat resam setempat; maka
keamanan dan kesejahteraan hidup di antara masyarakat berbilang
kaum dapat dicapai, produktiviti negara akan meningkat, kemajuan akan
dicapai.

17


Click to View FlipBook Version