The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Folio PERLEMBAGAAN SEBAGAI TONGGAK PERPADUAN (GROUP 8)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazrilsyafiqs, 2023-04-17 05:23:16

Perlembagaan Sebagai Tonggak Perpaduan

E-Folio PERLEMBAGAAN SEBAGAI TONGGAK PERPADUAN (GROUP 8)

1 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032) PERLEMBAGAAN SEBAGAI TONGGAK PERPADUAN PENSYARAH: PN. NORAINI BINTI NAWAWI NAMA NO MATRIK 1. NOOR HANIF NAZMI BIN NOOR AZIZUL HAZRIMI 02DKM20F2016 2. MUHAMMAD ALIF FIKRI BIN JAZMI 02DKM20F1120 3. SYED IQMAL HAIKAL BIN SYED HASLAN 02DKM20F2008 4. HAZRIL SYAFIQ BIN HAZMAN 02DKM20F2037 SESI II 2022/2023


2 ISI KANDUNGAN Muka surat 1.0 Pengenalan 4 1.1 Definisi Perlembagaan 5 1.2 Definisi Perpaduan 2.0 Perlembagaan dalam konteks Malaysia 6 3.0 Perlembagaan,institusi raja sebagai 7 pemangkin perpaduan 4.0 Demokrasi dalam Perlembagaan 8 5.0 Raja berperlembagaan 9 6.0 Perlembagaan, Rukun Negara 10-12 satukan rakyat pelbagai kaum 7.0 Perlembagaan Persekutuan Satukan Bangsa 13-15 8.0 Penutup 16-17 9.0 Lampiran 18 10.0 Rujukan 19


3 PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan limpah kurniaan RahmatNya telah dapat kami menyelesaikan kerja kursus eFolio ini dengan penuh jayanya. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasig dan penghargaan kepada Puan Noraini binti Nawawi, pensyarah kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21032), di atas tunjuk ajar beliau memberi kerja ini kepada kami. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan juga terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapaka efolio ini berjalan. Pelbagai pengetahuan yang dapat kami pelajari sepanjang kami menyiapkan efolio ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua orang tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja ini dengan sempurna.


4 1.0 PENGENALAN Perlembagaan ialah peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi pemerintahan kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai kerajaan iaitu Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan serta prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara. Perlembagaan merupakan elemen penting dalam amalan sistem politik demokrasi. Perlembagaan terbahagi kepada dua, iaitu bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia atau dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan merupakan contoh perlembagaan bertulis. Perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen. Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Kita dapat melihatnya pada Rukun Negara ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan di mana Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertinggi negara dan panduan kepada segala pentadbiran negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai satu panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada untuk pihak kerajaan, rakyat atau sesiapa sahaja. Pada masa yang sama, tidak ada satu institusi yang boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan merupakan penentu kepada rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui tampuk pemerintahan. Pelembagaan mampu menjamin satu pentadbiran yang bersih, cekap, jujur dan adil. Oleh sebab itu, perlembagaan sangat penting bagi sesebuah negara untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik seterusnya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Pada masa yang sama, antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi menjamin kestabilan negara. Unsur-unsur perlembagaan menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan antara kaum. Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan institusi beraja telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelancaran jentera pentadbiran. Di samping itu, antara perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang sangat ditekankan ialah bahasa kebangsaan di negara ini. Para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum-kaum yang lain, malah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


5 Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Perkara ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bersuara tetapi kebebasan ini dihadkan kerana seseorang itu tidak dibenarkan bersuara mengenai isu sensitif seperti keistimewaan hak orang Melayu dan Bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang boleh menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara kaum yang mampu mengancam keharmonian masyarakat yang berbilang kaum. Perlembagaan merupakan kunci kepada masyarakat di Malaysia demi memelihara dan mengekalkan keamanan dan perpaduan antara kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara ini. Adalah suatu kewajipan dan tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk mematuhi Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Rukun Negara kita. 1.1 Definisi Perlembagaan Perlembagaan merupakan prinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim. Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had - had kewibawaan kerajaan dan cara - cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.Perlembagaan ialah prinsip - prinsip asas dan sumber undang-undang tertinggi negara. Kewujudan perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara, selain juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang - undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat. 1.2 Definisi Perpaduan Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.


6 2.0 Perlembagaan dalam konteks Malaysia • Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen bertulis • Perlembagaan adalah juga simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara. • Di samping itu Perlembagaan menyediakan asas kenegaraan Malaysia. • Perlembagaan direka bentuk atas kerangka asal Tanah Melayu bersandarkan kepada sejarah, budaya dan amalan negara. • Perlembagaan mengambil kira kepentingan semua komuniti yang membentuk bangsa bagi negara ini. • Perlembagaan Persekutuan berasaskan "kontrak sosial”. • Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan melalui pengesahan undang-undang berasaskan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. • Perjanjian ini ditandatangani pada 5 Ogos 1957 oleh wakil Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Raja-Raja bagi negeri negeri. • Perlembagaan Persekutuan ini adalah sebuah manifestasi kesetiakawanan, penerimaan dan persefahaman sehingga membentuk integrasi dalam kalangan komuniti. • Persefahaman ini dianggap sebagai "kontrak sosial" demi kepentingan hak serta warisan asal negara.


7 3.0 Perlembagaan,institusi raja sebagai pemangkin perpaduan Perlembagaan adalah dokumen yang menjadi asas kepada perpaduan. Sebagai dokumen yang menjadi tunggak kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara, soal perpaduan adalah cabaran besar kepada Perlembagaan, pada suatu ketika dulu, ketika ini dan pastinya masa akan datang. Bermula dari masa ia mahu digubal, itulah juga cabaran utamanya. Pada masa itu jugalah, ia perlu memberi perhatian utama kepada perubahan landskap kewarganegaraan. Maka Perlembagaan, sebagai undang-undang tertinggi negara hendaklah juga menyantuni keadaan atau perubahan tersebut dengan memberi perhatian kepada keadaan keseluruhan sistem sosial dan ekonomi kumpulan warganegara terbabit. Perlembagaan perlu dihasratkan sebagai peneraju kepada perpaduan, walaupun perkataan tersebut tidak disebut dengan lafaz harfiah di dalamnya. Perlembagaan kita tidak menyebut dalam mana-mana peruntukannya, sebagai contoh, tentang perpaduan atau simbol perpaduan bagi komponen masyarakat. Ini tidak bermakna Perlembagaan kita tidak mementingkan perpaduan. Beberapa peruntukan Perlembagaan boleh difahami sebagai pemangkin kepada perpaduan dan seterusnya penyatuan masyarakat Malaysia yang jelas dikenali dengan identiti kaum dan juga agama yang berbezabeza.


8 4.0 Demokrasi dalam Perlembagaan Perlembagaan meletakkan tanggungjawab ke atas institusi di luar demokrasi, terutamanya institusi raja sebagai satu mekanisme penting tentang perpaduan. Walaupun mekanisme demokrasi dilihat sebagai boleh menangani isu atau perkara penting dalam pembentukan negara, namun, dalam konteks perpaduan, keupayaan demokrasi masih lagi boleh dibahas. Dalam demokrasi itu terkandung konsep kelebihan yang ada pada kelompok majoriti walaupun di dalamnya juga terzahir hak kumpulan minoriti. Namun, dalam negara seperti Malaysia, prinsip yang ada dalam demokrasi itu belum tentu dapat menyamai teori dan aplikasinya. Kesukaran menerima prinsip demokrasi sepenuhnya dalam konteks perpaduan kerana demokrasi juga membabitkan power struggle atau perebutan kuasa, dan dibimbangi demokrasi itu menjadi hanya satu ilusi. Seperti juga pendapat Aristotle, ahli falsafah Greek yang terkenal tentang penyatuan tiga sistem pemerintahan, iaitu demokrasi, monarki dan aristokrasi, adalah sistem terbaik pembinaan negara. Dalam meraikan sistem demokrasi diperlukan satu mekanisme pengimbang, supaya power struggle dalam demokrasi itu tidak mendatangkan impak negatif ke atas subjek yang dipimpin dalam sesebuah negara. Dalam konteks perpaduan, subjek yang dimaksudkan ialah rakyat yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya. Dari sini, wujudnya satu keperluan kepada sistem lain yang wujudnya di luar sistem demokrasi. Ini bagi memastikan demokrasi tidak dinodai oleh power struggle semata-mata dan seterusnya memburukkan keadaan. Demokrasi dalam negara kita juga begitu. Demokrasi diseimbangkan dengan kuasa di luar demokrasi. Kuasa di luar demokrasi itu adalah sistem monarki. Sistem monarki, atau sistem raja ini tidak berada secara mutlaknya dalam sistem demokrasi kerana pemilihan atau lantikannya bukan bersandarkan sistem asas demokrasi.


9 5.0 Raja berperlembagaan Kedudukan raja dalam pentadbiran sosial dan ekonomi negara dapat dilihat dengan sempurna dengan beberapa peruntukan perundangan walaupun istilah raja berperlembagaan tidak disebut dengan patah perkataannya dalam Perlembagaan. Dengan kata lain, dua istilah penting, iaitu demokrasi dan raja berperlembagaan tidak disebut dengan harfiah dalam Perlembagaan. Hanya ciri-ciri keduanya itu dimaksudkan oleh pelbagai peruntukan Perlembagaan. Dalam konteks perpaduan, selain daripada demokrasi, Perlembagaan menonjolkan peranan institusi raja. Sebagai contoh, Perkara 153. Perkara 153 ini sering dimomokkan sebagai satu peruntukan mendiskriminasi, tetapi ia sebenarnya satu contoh tentang peruntukan mencernakan perpaduan dan meletakkan peranan penting yang boleh dimainkan oleh institusi raja. Perkara 153 meletakkan tanggungjawab ke atas Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kuota kepada orang Melayu dan dengan pembentukan Malaysia, setelah Perlembagaan memperakui kedudukan Sabah dan Sarawak, Perlembagaan meletakkan juga tanggungjawab institusi raja dalam menjaga kemaslahatan anak-anak Negeri. Pada masa sama, institusi Yang di-Pertuan Agong juga diberikan tanggungjawab untuk menjaga kepentingan sah kumpulan-kumpulan lain bukan berbangsa Melayu.


10 6.0 Perlembagaan, Rukun Negara satukan rakyat pelbagai kaum Sebelum merdeka, Malaysia (ketika itu Tanah Melayu) mempunyai pelbagai budaya. Demografi Melayu secara tradisi menyaksikan perubahan drastik ketika zaman penjajahan Inggeris, ketika ratusan ribu pekerja imigran Cina dan India dibawa masuk. Mereka membawa masuk budaya dan agama yang begitu asing. Orang Cina tertumpu di sektor perlombongan bijih timah, sementara orang India bekerja di ladang getah. Orang Cina pada umumnya penganut Buddha dan Taoisme, sementara majoriti kaum India penganut Hindu. Dari semasa ke semasa, wujud interaksi antara etnik secara beransur-ansur walaupun anak Cina ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan India di SJK Tamil. Kebebasan beragama wujud dengan terdirinya kuil Buddha dan Hindu, malah di sesetengah tempat terletak bersebelahan masjid dan surau. Hubungan antara etnik di Malaysia diwarisi dengan semangat toleransi tinggi walaupun dalam tempoh singkat. Kontrak sosial memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan dan keharmonian. Walaupun tidak termeterai secara bertulis, perkara dipersetujui dalam kontrak sosial dapat dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia dipersetujui, difahami dan dihormati tiga majoriti etnik Maka pada dasarnya, Perlembagaan dilihat seolah-olah cenderung mendukung hak orang Melayu. Ini dapat dilihat dalam beberapa peruntukan khas iaitu (1) kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan (Perkara 3); (2) kedudukan istimewa orang Melayu, termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak apabila dua negeri ini membentuk Malaysia pada 16 September 1963 (Perkara 153); (3) bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152) dan (4) kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 38). Empat peruntukan ini sangat penting dan dipersetujui antara tiga parti politik terbesar mewakili Melayu, Cina dan India dalam kontrak sosial. Sebagai balasan termaktubnya peruntukan khas kepada bangsa Melayu, masyarakat bukan Melayu diberi hak kewarganegaraan di samping hak penting lain seperti kebebasan beragama, hak berbudaya, hak pendidikan dan hak ekonomi. Dari segi politik, pemerintah yang berkuasa terdiri gabungan tiga kumpulan etnik terbesar (sekarang termasuk kumpulan etnik lain yang kecil). Secara ringkas, masyarakat majmuk di Malaysia dapat digambarkan sebagai pelangi terdiri pelbagai warna. Dengan kata lain, perpaduan dapat dicapai tanpa mengorbankan identiti etnik, agama dan budaya. Pendekatan di Malaysia lebih kepada integrasi nasional berbanding asimilasi yang menghapuskan budaya etnik yang sedia wujud. Inilah sebabnya mengapa Perlembagaan terus dianggap dokumen seimbang dan diterima baik rakyat Malaysia.


11 Bagaimanapun, jurang ekonomi meluas antara Melayu dan bukan Melayu menjadi permasalahan besar negara. Ketidaksamaan ekonomi berpanjangan merentasi etnik, menimbulkan prasangka dan perpecahan masyarakat. Tambahan pula, kemenangan 25 kerusi oleh parti berasaskan kaum Cina dan 12 kerusi oleh PAS, kerajaan Perikatan hilang dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969. Satu perarakan besar menyambut kemenangan di Kuala Lumpur yang melalui kawasan Kampung Baru yang majoritinya penduduk Melayu bertukar menjadi tegang antara dua etnik ini. Pada 13 Mei 1969, berlaku rusuhan, serangan dan pertumpahan darah antara Melayu dan Cina. Episod sejarah hitam Malaysia ini menyaksikan Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk sebagai pemerintah sementara untuk memulihkan ketenteraman dan keamanan. Akibatnya, Rukun Negara diperkenalkan sebagai satu falsafah kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-4. Objektif utama Rukun Negara diperkenalkan untuk merealisasikan cita-cita Malaysia ke arah: (1) mencapai perpaduan yang lebih erat; (2) memelihara satu cara hidup demokratik; (3) mencipta satu masyarakat adil dengan kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; (4) menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan (5) membina satu masyarakat progresif dengan penggunaan sains serta teknologi moden. Dalam memenuhi cita-cita di atas, Rukun Negara menggariskan lima prinsip utama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan. Sejak itu, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara menjadi dua dokumen penting negara. Meskipun begitu, kedua-dua dokumen ini tidak dapat lari daripada kritikan. Contohnya, sesetengah pihak sewenang-wenangnya menolak kewujudan kontrak sosial. Antara hujah mereka ialah istilah 'kontrak sosial' tidak wujud dalam Perlembagaan. Kalau dilihat peruntukan dalam Perlembagaan itu sendiri, ia tidak menyebut mengenai demokrasi, kedaulatan undang-undang, pengasingan kuasa dan kebebasan kehakiman. Namun, ini tidak bermaksud falsafah, prinsip dan konsep itu tidak terdapat dalam Perlembagaan. Membaca peruntukan dalam Perlembagaan tidak semestinya dalam bentuk tekstual dan tersurat, tetapi perlu kepada pembacaan holistik dan tersirat. Ada juga suara berpendapat kontrak sosial dibentuk pada 1957 sudah usang dan tidak sesuai tuntutan masyarakat moden. Justeru, golongan ini menuntut peruntukan asas seperti kedudukan Islam, keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu perlu dipinda. Hakikatnya, tuntutan seperti itu sendiri berlawanan dengan Perlembagaan dan bertentangan semangat perpaduan serta saling menghormati sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


12 Hakikatnya, Perlembagaan satu dokumen yang lahir daripada semangat kesederhanaan, keseimbangan dan give and take antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Maka, ideologi melampau dan tuntutan yang boleh membawa ketegangan antara etnik perlu dinyahkan sama sekali. Hasrat nenek moyang kita dan Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan agar semua rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan baik serta aman dan damai. Pendekatan kesederhanaan termaktub dalam kontrak sosial dapat memupuk semangat toleransi dan semangat give and take dapat dihayati semua masyarakat berbilang etnik. Justeru, Perlembagaan adalah dokumen tertinggi yang menyatupadukan masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Tambahan pula, prinsip didukung Rukun Negara penting dan dapat dilihat dalam tiga dimensi. Pertama, ia menyatupadukan kepelbagaian etnik di Malaysia. Kedua, ia berfungsi sebagai panduan dalam mentafsirkan peruntukan perlembagaan. Ketiga, ia memberikan pengesahan substantif terhadap undang-undang.


13 7.0 Perlembagaan Persekutuan Satukan Bangsa Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh negarawan kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke dan Tun V T Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan. Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengambil kira rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, Raja Berperlembagaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan minoriti lainnya. Hakikatnya, tiada negara dalam dunia tidak memiliki kumpulan etnik yang menjadi pengasasnya. Nyata daripada pembentukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sebuah negara berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegaranya terdiri kepelbagaian etnik dan agama. Sarjana Inggeris, J S Furnival menyatakan bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaysia pasti tidak akan menjadi stabil oleh kerana setiap kumpulan etnik hidup terpisah, terasing dan terputus. Jelas, tesis Furnival ini meleset apabila selepas merdeka, Dasar Ekonomi Baharu (DEB) telah mengubah pemecahan dan pekerjaan mengikut etnik. Pembangunan berlaku dengan pelaksanaan DEB sehingga membawa perubahan sosial dan transformasi masyarakat melalui proses perubahan sektor kerja dari sektor pertanian kepada sektor komersial dan industri. Kalau dahulu wujud golongan miskin, sekarang muncul kelas menengah dan negara bersifat kekampungan kini menjadi kosmopolitan. Perubahan sosial dan transformasi masyarakat telah membina budaya moden dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun wujudnya kepelbagaian bangsa, rakyat masih berbangga dengan identiti etnik masing-masing berteraskan ruang sivik yang semakin melebar dengan mengutamakan kestabilan, kemajuan, keadilan, keterangkuman, kebebasan, hak dan demokrasi. Pendapat awam dimiliki mereka lebih berbentuk persamaan dari perbezaan. Mereka berhubungan bukan dengan mengambil dimensi etnik dan agama yang memisahkan mereka tetapi bersifat mendatar dipengaruhi oleh nilai sivik sepunya. Ini menggambarkan masyarakat Malaysia hari ini bukan sebuah masyarakat majmuk tetapi sebuah masyarakat yang rencam sosialnya.


14 Kajian menunjukkan kesepaduan sosial dan etos bangsa terbina dengan baik di negara ini. Keharmonian ini telah menstabilkan negara hingga kemajuan negara terjamin. Namun, ada pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen pada peringkat antarabangsa bahawa hubungan etnik di Malaysia adalah buruk, berlaku diskriminasi dan penghapusan etnik. Tidak dinafikan berlaku ketegangan sosial disebabkan oleh desakan tuntutan etnik dan pergaduhan antara kaum. Namun begitu, kajian sebelum ini mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Selangor dan di Sungai Petani, Kedah menunjukkan pertembungan etnik ini tidak berasaskan perbezaan etnik tetapi kegagalan governans kerajaan tempatan dan negara dalam mengurus kemiskinan warisan dalam etnik terbabit. Malahan, laporan Indeks Kedamaian Sedunia 2018 menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan 25 global dalam kategori golongan negara damai. Jika kita bandingkan jangka hayat damai di Malaysia dengan Sri Lanka, Myanmar dan jiran negara ASEAN lain, data menunjukkan keganasan lebih ketara di negara berkenaan. Nyata rakyat pelbagai etnik dan agama perlu mengenal dan berbangga dengan negaranya sendiri. Di Itali, peniaga Cina tidak dibenarkan memasang tanglung di kedai bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina. Di Amerika Syarikat, pemandu kereta ditahan bukan kerana kesalahan lalu lintas tetapi dikeluarkan kompaun kerana tidak mampu bercakap dalam bahasa Inggeris. Di Australia, pembinaan masjid bercirikan negara Islam ditolak kerana dianggap bukan asli kepada landskap arkitek negara itu. Di China, penduduk Uighur sedang diuji keIslaman mereka oleh negara yang berpegang dengan ateisme. Kepelbagaian sebagai kekuatan Di Malaysia, oleh kerana kita berpegang dengan prinsip pembinaan negara bangsa bukan asimilasi tetapi integrasi, identiti etnik, sekolah rendah aliran bahasa ibunda dan tempat ibadah sudah diterima bersama. Tiada negara di ASEAN boleh menerima kepelbagaian sebagai satu kekuatan negara seperti di Malaysia. Semua pihak mesti kembali kepada identiti politik negara yang tidak suka mendesak dan memaksa dasar kerajaan ke atas rakyat. Rakyat Malaysia lebih cenderung berbincang dan berunding dengan setiap lapisan masyarakat untuk mencari persetujuan dan muafakat. Kita perlu kembali untuk memahami Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Kita perlu memastikan governans berpegang dengan penuh kepada prinsip integriti, keadilan dan keterangkuman. Demokrasi dan kebebasan bersuara menjadi asas berpolitik yang perlu didokong. Manipulasi etnik dan agama oleh kepimpinan politik dan NGO dalam mengaut pengaruh dan undi perlu ditangani dengan tegas.


15 Malaysia yang bermula sebagai sebuah negara bercirikan etnik, kini telah melalui proses pembangunan yang menyulam nilai sivik dalam governans dan kehidupan rakyatnya bergerak ke arah sebuah negara maju. Jelasnya, kita perlu mengenali negara sendiri, melihat perubahan sedang berlaku dan menilai pencapaian negara yang rakyatnya mendapat manfaat untuk dikongsi bersama.


16 8.0 Penutup Oleh itu, pastinya perpaduan rakyat menjadi tonggak dan wujudnya dasar keutuhan negara melalui satu sistem demokrasi bersepadu bagi pemerintahan berlandaskan sistem nilai yang dapat menghakis isu perkauman dan agama yang menggugat perpaduan. Oleh yang demikian, untuk negara bangkit semula, maka kita harus menitikberatkan setiap persoalan daripada berasaskan perkauman kepada suatu yang berteraskan nilai. Sememangnya kita mempunyai formula kejayaan ini dalam rupa bentuk Rukun Negara ataupun prinsip nasional kita. Tidak pula keterlaluan sekiranya Rukun Negara dianggap sebagai ‘akidah kebangsaan’ kita. Yang menjadikan tanda tanya ialah seandainya akidah kebangsaan ini merupakan formula kejayaan kita. Apa yang perlu dilakukan sebagai rakyat, kita mesti mula menghayati aspirasi yang terkandung dalam rukun tersebut secara mendalam dan bukan setakat berlegar pada prinsipnya sahaja.Apabila kita menyelami tujuan asas Rukun Negara diperkenalkan, ia menjurus kepada mengekalkan keutuhan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Maka kita akan memahami bahawa kekuatan kita berakar umbi dalam pengertian sebenar ‘perpaduan dalam kepelbagaian. Sekiranya kekuatan ini dibina, maka ia menjadi identiti atau ‘jenama Malaysia.’ Kebetulan pula, Jata Negara kita menekankan aspek Bersekutu Bertambah Mutu yang menguatkan kepercayaan bahawa perpaduan kita adalah unik dan teramat nilai. Seharusnya, kita mempercayai bahawa prinsip yang terkandung dalam rukun tersebut adalah intipati yang memperkasakan keharmonian serta perpaduan kaum bagi memastikan kejayaan dan kestabilan negara. Aspirasi Rukun Negara ini pula memantapkan dan mengetengahkan kekuatan dalam keazaman kita untuk memperhebatkan perpaduan ini. Sistem nilai ini akan dibangunkan sekitar perkataan ‘muhibah’. Semangat muhibah ini merupakan sesuatu yang rapat dan bergema dalam masyarakat kita pada tahun 1970-an. Secara keseluruhannya, semangat muhibah inilah yang menentukan cara hidup kita dalam era tersebut. Kemampuan untuk memupuk minda kita sepenuhnya bagi melahirkan kesedaran di mana kita berada sekarang, apa yang diperlakukan dan tidak berketerlaluan atau terharu dengan apa yang berlaku dipersekitaran kita. Dengan nilai ini, kita dapat menambahkan lagi dedikasi kita terhadap negara. Utuh perpaduan dalam kepelbagaian. Bekerjasama dalam kewujudan bersama rakyat Malaysia melalui semangat ukhuwah dalam membina keutuhan ‘perasaan bersatu’ walaupun berbeza dari


17 segi etnik, bahasa dan agama agar menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak. Hargai kemanusiaan (humanity) – Sifat semula jadi kita untuk cinta, berbelas kasihan dan hidup secara harmoni dengan ciptaan lain serta memulihara alam sekitar dengan menghormati dan bukan dengan menafikan hak asasi orang lain dengan menerima nilai mereka tersendiri melalui penghayatan hak masing-masing untuk hidup. Kekayaan negara kita sebenarnya wujud dengan pencapaian keharmonian dalam menghargai nilai kemanusiaan bagi membina suatu masyarakat yang progresif. Akhir sekali, nilai nasional bagi menguatkan semangat perpaduan dalam kalangan kita dapat dicapai dengan mempertimbangkan cadangan berikut, walaupun tidak menyeluruh tetapi dijadikan sebagai titik permulaan dalam proses memantapkan perpaduan. Wakil rakyat mesti mengambil sikap serius dalam mempromosi aspirasi dan prinsip Rukun Negara. Mereka mesti mengambil tekad untuk memelihara cara hidup demokratik dengan melindungi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Sikap serius mereka boleh ditunjuk dengan menerapkan aspirasi dan prinsip Rukun Negara dalam dasar-dasar kerajaan. Membina kekayaan negara atas landasan ‘penciptaan kekayaan’ dan bukan bergantung kepada ‘pengagihan kekayaan.’ Apabila ciptaan mendahului pengagihan, secara automatik pengagihan dapat dilaksanakan bagi mencipta satu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil serta saksama. Sehingga prinsip ini mencapai matlamatnya, bersamasamalah kita berganding bahu memastikan seluruh rakyat dapat bermegah pada suatu hari bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.


18 9.0 LAMPIRAN


19 10.0 RUJUKAN 1.https://klikweb.dbp.my/?p=16165 2. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/09/727791/perlembagaan-rukun-negarasatukan-rakyat-pelbagai-kaum 3. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/12/510462/perlembagaan-persekutuansatukan-bangsa 4. https://hi-in.facebook.com/UMS.official/posts/perpaduan-parti-politik-melayu-mantap-teraskestabilan-negaraoleh-prof-madya-dr-/3439435256134267/ 5. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/10/92438/perlembagaaninstitusi-raja-sebagaipemangkin-perpaduan 6. https://www.sinarharian.com.my/article/46733/berita/nasional/yang-di-pertuan-agong-terasperpaduan-rakyat-kesejahteraan-negara


Click to View FlipBook Version