Isi Kandungan 1 EN. GEE TENG MENG 1962-1963 2 EN. BAHAROM B. SUKUN 1063-1963 3 EN. OH KHENG LIANG 1963-31.12.1967 4 EN. LEE PAK KAN 1.1.1968-31.12.1979 5 EN. MAT SALLEH B. HANAFI 1.1.1980-30.11.1990 6 PN. HJH. ZABEDAH BT. HJ. MANSOR 1.12.1990-15.4.1992 7 TN. HJ. YAZAN B. HJ. AHMAD 16.4.1992-2.9.1993 8 TN. HJ. IBRAHIM B. HASHIM 16.9.1993-5.10.1998 9 PN. HJH. ZABEDAH BT. MANSOR 5.10.1998-1.7.2000 10 EN. MAHMUD B. DIN 16.8.2000-1.12.2000 11 EN. ABDULLAH B. OMAR 1.3.2001-31.12.2002 12 EN. NORDIN B. MANSOR 16.3.2003-30.9.2006 13 EN. ABU BAKAR B. MAD ISA 1.10.2006-1.8.2007 14 HJ. MOKHTAR B. ZAKARIA 1.8.2007-1.5.2008 15 PN. ROHANI BT. MAT 1.5.2008-16.7.2010 16 PN. ADIDAH BT. BAKAR 16.9.2010-22.6.2013 17 PN. NUR ASIKIN BT. OTHMAN 22.6.2013-15.12.2014 18 PN. HJH. CIK ROKIAH BT. MD ISA 16.12.2014-5.4.2016 19 PN. FAZILAH BT. MAT 6.4.2016-9.6.2019 20 NORAINI BT. MOHAMAD ISA 1.8.2019-1.7.2021 21 AHMAD BADRI B. ABU BAKAR 1.7.2021-Hingga kini SEJARAH SEKOLAH SEJARAH PENGETUA SCAN UNTUK VIDEO KORPORAT SMK YAN Sekolah Menengah Kebangsaan Yan (SMKY) merupakan sekolah yang terawal di daerah Yan. SMKY ditubuhkan pada tahun 1962. Sekolah ini pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Lanjutan. Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1964 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Aneka Jurusan. Hal ini demikian kerana beberapa mata pelajaran elektif yang berteraskan kemahiran mula diperkenalkan. Namun, hayat aliran aneka jurusan tidak bertahan lama dan kemudian sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Yan. Bangunan pertama SMKY terdiri daripada sebuah bangunan satu tingkat yang mengandungi sebuah pejabat dan enam bilik darjah. Oleh sebab beberapa bilik darjah telah digunakan sebagai bilik guru, perpustakaan dan lain lain, hanya kelas tingkatan satu dan dua sahaja dapat ditempatkan di bangunan ini. Bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjag, pelajar tingkatan tiga, empat dan lima SMKY terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Langkasuka, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina York Khoon dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Yan yang sekarang dijadikan sekolah kanak-kanak kelainan upaya. Kini, bangunan tertua ini dijadikan Pusat Sumber Sekolah.Bangunan ini sekarang lebih dikenali dengan nama ZA’BA. Sekolah ini yang berorientasikan aliran Inggeris dan Melayu menjadi tumpuan anak-anak penduduk setempat meliputi kawasan Yan, Merbok, Kuala Sala dan Guar Chempedak. Keperluan kepada pendidikan semakin ketara apabila jumlah pelajar sekolah ini meningkat dengan pesatnya dari tahun ke tahun. Justeru, pada tahun 1967 sekolah ini mendapat tiga bangunan tambahan serta sebuah kantin. Ketiga-tiga bangunan tersebut sekarang dikenali sebagai Bangunan Putra yang dijadikan Dewan Laksamana di tingkat bawah. Ini diikuti dengan Bangunan Datuk Patinhhi Abdul Rahman Yaacub yang kini dijadikan bilik guru di tingkat bawah., manakala tingkat atas dijadikan kelas, makmal ERT dan bilik biasiswa. Bangunan ketiga dikenali sebagai Munsyi Abdullah. Bangunan ini menempatkan bilik operasi Briget komuniti, bilik disiplin, bilik Bimbingan dan Kaunseling, bilik fail, bilik rawatan, dan lima bilik darjah. Pada tahun 1967, Sekolah Menengah Yan, mendapat satu lagi bangunan tambahan yang terdiri daripada bangunan tiga tingkat. Bangunan ini menempatkan dua makmal sains, bilik ERT, makmal kejuruteraan, dua studio seni, bilik kokurikulum dan enam bilik darjah. Selepas pembinaan bangunan tiga tingkat ,satu lagi bangunan dua tingkat dibina pada tahun 1990. Bangunan ini menempatkan ruang pejabat, bilik pengetua, bilik penolong-penolong kanan, penyelia petang, dan bilik guru-guru kanan. Bilik Wawasan juga terletak di bangunan ini. Bangunan ini dikenali sebagai Bangunan HAMKA. Sekolah ini telah dirasmikan pada tahun 1969 oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Hj. Abd. Rahman Yaacub, iaitu Menteri Pelajaran pada ketika itu. Sekolah Menengah Yan pernah mempunyai asrama desa yang menampung 28 orang pelajar bermula pada tahun 1993. Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Yan telah mempunyai blok atau bangunan asrama harian yang mampu menampung seramai 118 pelajar, iaitu 71 perempuan dan 47 lelaki. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah bilik mesyuarat, bilik tetamu, bilik rawatan, dewan makan dan sebagainya. Blok asrama telah dijadikan Pusat Kegiatan Pelajar Daerah Kuala Muda Yan. Pada tahun 1995, sebuah bangunan yang mempunyai tiga bilik darjah dibina bersebelahan surau sekolah. Bangunan ini dinamakan bangunan Aminuddin Baki. Sekolah Menengah Kebangsaan Yan juga mempunyai dua bangunan yang dijadikan Bengkel Kemahiran Hidup. Bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Rahman Talib dan Bangunan Tun Razak. SEKAPUR SIREH 2 AKADEMIK 12 DIARI 2022 24 APA ITU STEM? 51 ALBUM KELAS 59 SALAM PERPISAHAN 83 KO KURIKULUM 93
2
3
Kata Alu-aluan PPD KUALA MUDA YAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi dirafatkan ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia dan keizinanNya. Saya diberi kesempatan serta kekuatan untuk menukilankan sepatah dua kata dalam Majalah VISI Smk Yan ini. Syabas dan tahniah kepada semua warga sekolah terutama Sidang Redaksi yang berjaya menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Dalam era pendigitalan maklumat ini, terdapat medium dan platform untuk kita merakamkan setiap gerak kerja acara di sekolah, namun penerbitan majalah sekolah masih lagi releven sebagai suatu perakam kepada nostalgia indah murid-murid dan warga sekolah. Kita baharu selesai melepasi suatu tempoh sukar iaitu fasa pendemik COVID 19. Dalam fasa pasca pendemik kini, kita haruslah bersama-sama bangkit demi meningkatkan kembali kualiti pendidikan yang lebih gemilang. Sesungguhnya, kebersamaan kita dalam tempoh menempuh ranjau bagi keberhasilan murid dan sekolah berkualiti ini terletak kepada semua pihak. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang, tetapi terus ke hadapan. Oleh sebab itulah, saya sentiasa menerapkan slogan KEEP MORE YIELDS kepada semua warga pendidikan di daerah ini agar sentiasa berusaha meningkatkan keberhasilan kita dalam semua bidang, sama ada kurikulum, kokurikulum mahupun hal ehwal murid. Kita harus sentiasa mcncipta momentum terbaik dan menerapkan budaya kerja yang konsisten dan berterusan demi kualiti pendidikan yang kita harap-harapkan. Saya mengucapkan terima kasih atas segala pencapaian gemilang murid-murid, guru-guru dan pihak sekolah sepanjang tahun ini.Semoga kita akan terus bersinergi sebagai kebersamaan ke arah pencapaian yang lebih gemilang KMY MELANGKAH LEBIH JAUH DENGAN HEBAT Salam Hormat MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K.,P.K. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan 4
Kata Alu-aluan PENGETUA SMK YAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah dan izin-Nya jua, kita sekali lagi dapat menatap majalah VISI, wadah rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Yan yang tercinta. Syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi VISI kerana sekali lagi berjaya menterjemahkan harapan seluruh warga sekolah untuk menatap VISI 2022 yang menukilkan citra sekolah tercinta. Sesungguhnya majalah VISI bukan sekadar rakaman peristiwa, tetapi di dalamnya terkandung semangat kerjasama, pahit getir toleransi, pencapaian gemilang serta keazaman untuk melakar kejayaan. Setiap lembaran dan paparan merupakan cerminan keringat para pendidik dan seluruh warga sekolah untuk melunaskan tanggungjawab memartabatkan mutu pendidikan negara. Merealisasikan impian pembinaan sebuah negara yang sejahtera dan pembinaan modal insan cemerlang di dunia dan akhirat sentiasa tersemat di dalam sanubari setiap warga pendidik. Menyedari hakikat ini, semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu akur tiada ruang untuk tidak turut serta melaksanakan tranformasi pendidikan menerusi pembelajaran abad ke-21. Warga pendidik, anak-anak pelajar serta individu yang rapat dengan dunia pendidikan perlu menerima perubahan ini agar kekal relevan seiring perkembangan zaman atau selangkah melebihi perubahan, Seluruh warga sekolah perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan kecekapan yang konsisten agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar serta memenuhi visi pendidikan negara. Kapal dan perahu akan selamat jika berlabuh di pelabuhan. Hakikatnya kapal dan perahu tidak pernah dibina untuk berlabuh di pelabuhan tetapi untuk merentasi lautan dan menempuh lautan bergelora. Gelombang perubahan arus pendidikan negara bukan sahaja melibatkan anak bangsa pada hari ini tetapi juga generasi akan datang. Perubahan ini memerlukan keazaman dan curahan pengorbanan yang bukan sedikit dari seluruh warga sekolah, ibu bapa dan waris. Samudera pendidikan negara perlu diharungi dengan berhemah untuk memupuk dan menjana perubahan sikap generasi Y mengikut aspirasi negara. Semoga usaha murni dan perjuangan semua pihak dalam merentasi lautan pendidikan negara mampu melahirkan generasi muda masa hadapan yang berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni dan mampu bersaing di persada antarabangsa yang penuh cabaran. Akhir bicara, semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Yan akan terus menempa kejayaan dan mampu mengharumkan negeri Kedah di persada pendidikan negara. Sekian, terima kasih. AHMAD BADRI B. ABU BAKAR Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Yan. 5
Kata Alu-aluan KETUA EDITOR SMK YAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali ingin saya melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan berkat keizinan-Nya, majalah VISI telah berjaya diterbitkan. Terlebih dahulu sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga sekolah yang berjaya melakar kejayaan bagi menghiasi lembaran VISI kali ini. Sesungguhnya tanpa anda, VISI hanyalah lembaran kertas kosong tanpa sebarang warna. Rom tidak dibina dalam masa satu hari. Begitu juga dengan kejayaan penerbitan VISI. Kejayaan ini merupakan suatu usaha berterusan semua pihak yang disulami dengan kemahiran, ilmu, nilai-nilai murni dan semangat kerja berpasukan. Naskah ini menggambarkan wajah Sekolah Menengah Kebangsaan Yan sepanjang tahun 2022. Paparan kecemerlangan serta pelbagai coretan peristiwa bukan hanya sekadar kenangan, malahan diharapkan dapat dijadikan penanda aras serta pendorong untuk melahirkan insan cemerlang pada masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Sidang Redaksi VISI 2022 mengucapkan selamat meneruskan perjuangan dan hayatilah setiap lembaran VISI yang terkandung pelbagai kisah suka duka sepanjang 2022. Semoga tahun 2023 merupakan tahun yang gemilang untuk kita semua bagi melakar kecemerlangan di dunia dan sejahtera di akhirat. Semoga usaha murni ini diberkati Allah. Sekian, terima kasih, NORNADHIRAH BINTI NORASMADI Ketua Editor, Sekolah Menengah Kebangsaan Yan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mencipta alam semesta kerana sekali lagi VISI dapat diterbitkan untuk tatapan seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Yan. Sekalung tahniah kepada seluruh jawatankuasa Sidang Redaksi yang bertungkus-lumus bagi menjayakan VISI ini. Kejayaan ini merupakan satu simbolik kepada semangat kerjasama, kesatuan hati serta minda seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Yan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menghadapi lautan pendidikan negara. Dalam banyak hal PIBG menjadi tunjang kemajuan sekolah. Berdasarkan hakikat ini, PIBG sentiasa menyokong dan membantu membina kemajuan sekolah agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisasikan. PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Yan akan sentiasa menjadi salah satu pertubuhan di sekolah yang mampu memainkan peranan besar untuk meningkatkan pencapaian akademik, pembentukan sahsiah dan kecemerlangan kokurikulum murid-murid. Oleh itu, ahli-ahli PIBG diseru agar sentiasa bergiat aktif dan menyumbang tenaga, buah fikiran dan sumber kewangan dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah. PIBG amat memahami bahawa pendidikan tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan dari masyarakat. Pendidikan dirancang dan dilaksanakan prosesnya dalam konteks masyarakat. Tujuannya supaya pendidikan ada kaitan rapat dengan masyarakat agar pelajar-pelajar dapat memahami masyarakat dan hidup berasaskan kepada nilai-nilai kebudayaan masyarakat. Pada masa yang sama ibu bapa serta masyarakat sekitar perlu memahami dan menghayati keadaan, matlamat serta masalah institusi pendidikan. Pelajar-pelajar juga harus menyedari bahawa mereka datang daripada masyarakat. Mereka diasuh, dididik oleh institusi pendidikan untuk keperluan masyarakat. Seharusnya amanah ini dipikul dengan sebaik mungkin agar pelajar-pelajar mampu menjadi warganegara yang menjadi kebanggaan masyarakat. Akhir kalam, saya mengharapkan agar semangat muhibah antara PIBG dan pihak sekolah dapat ditingkatkan demi kemajuan pendidikan anak-anak. Marilah sama-sama kita memegang amanah ini agar PIBG terus kekal relevan sebagai persatuan yang berjuang dan memperjuang kebajikan sekolah dan ahlinya sekaligus mendasarkan kepentingan pelajar. Sekian, terima kasih. HAJI AHMAD FISAL B. MD. THAHIR Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Yan. Kata Alu-aluan YANG DIPERTUA PIBG SMK YAN 6
AJK SIDANG REDAKSI GURU AJK SIDANG REDAKSI PELAJAR En. Ahmad Badri Bin Abu Bakar Pengetua NORNADHIRAH BINTI NORASMADI KETUA EDITOR Pn. Nursuzana Binti Jalin@Jamil Bendahari UMI UMAIYYAH BINTI MOHD SYUHAIMI PENOLONG GRAFIK DESIGNER En. Mohd Ridzuan Bin Zain AJK S/U Sukan MITHAHUL INSYIRAH BINTI MISRAN WARTAWAN 2 Pn. Idawati Binti Yaacob PK Ko Kurikulum MUHAMMAD NAIM SOFYAN BIN AHMAD PENOLONG KETUA EDITOR Pn. Nur Syafiqah Lyana Binti Mohammad Lee AJK S/U Kurikulum NUR HAZIYAH BINTI JAMAL KHIR JURU FOTO 1 En. Nur Irwan Bin Muhamad Asri Setiausaha NUR IZZATUL SAADIAH BINTI SOA’HEME SETIAUSAHA Pn. Rohayu Binti Abdul Ghani AJK S/U HEM NUR AJLAA AMIRAH BT MOHAMAD KHAIRI JURU FOTO 2 Pn. Asmat Binti Ismail Penolong Setiausaha ALIFF HAKIMI BIN AHMAD ARIF GRAFIK DESIGNER Pn. Rashilah Binti Razali AJK S/U Kokurikulum NAUFAL HAZIZ BIN ROSLI WARTAWAN 1 7
ENROLMEN PELAJAR ANALISIS PELAJAR ANALISIS PELAJAR ASRAMA NAMA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAN 06900 YAN KEDAH DARUL AMAN DAERAH PENTADBIRAN KUALA MUDA YAN GRED A KOD SEKOLAH KEE 9024 NO TELEFON 04 –4651122 NO FAX 04 –4651121 ALAMAT EMEL [email protected] PENGETUA AHMAD BADRI BIN ABU BAKAR PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MOHD HAPIZD BIN TAHIR PENOLONG KANAN HEM ROSHIDAH BINTI MOHAMED NOORDIN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM IDAWATI BINTI YAACOB PENOLONG KANAN TINGKATAN 6 ZAHARAH BINTI ABU ASAN GURU KANAN MATA PELAJARAN BAHASA ROHAYU BINTI ABDUL GHANI GURU KANAN MATA PELAJARAN SAINS & MATEMATIK AZAH BINTI ASMAWI GURU KANAN MATA PELAJARAN TEKNIK & VOKASIONAL NOR HAYATI BT AB HAMID GURU KANAN MATA PELAJARAN KEMANUSIAAN FARIHAH BT KAMARUDIN KAUNSELOR SYAHRUL NAJMI BINTI ABD RAHMAN MARIATUL HUSNA BINTI MD ZUKI KETUA PEMBANTU TADBIR ZAITON BINTI OSMAN JUMLAH GURU 73 Orang JUMLAH KAKITANGAN SOKONGAN 8 Orang Lelaki 338 Perempuan 419 Jumlah 757 Lelaki 30 Perempuan 63 Jumlah 93 Nama Kelas Melayu Jumlah L P 1 Hidayah 6 17 23 1 Hasanah 11 20 31 1 Ceria 10 23 33 1 Cekal 14 19 33 1 Cemerlang 28 5 33 2 Hidayah 4 19 23 2 Hasanah 9 23 32 2 Ceria 11 23 34 2 Cekal 13 22 35 2 Cemerlang 24 9 33 3 Hidayah 4 18 22 3 Hasanah 14 17 31 3 Ceria 15 17 32 3 Cekal 21 9 30 3 Cemerlang 21 12 33 Nama Kelas Melayu Jumlah L P 4 Tema 7 16 23 4 KSI 1 6 16 22 4 KSI 2 14 10 24 4 KSI 3 9 16 25 4 SC 1 13 9 22 4 SC 2 18 5 23 5 Biz 1 11 13 24 5 Biz 2 7 15 22 5 Biz 3 7 15 22 5 MPV 1 14 5 19 5 MPV 2 14 4 18 5 SNT 6 17 23 6A Sejarah 3 12 15 6A Ekonomi 2 4 6 6A Seni Visual 2 8 10 Jumlah 338 418 756 8
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2021 SUBJEK JUM Gred A+ Gred A Gred A- Gred B+ Gred B Gred C+ Gred C Gred D Gred E Lulus Gred G Bil. TH GPMP Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil Bil. % Bahasa Melayu 140 7 5.00 13 9.29 27 19.29 19 13.57 19 13.57 27 19.29 14 10.00 9 6.43 3 2.14 138 98.57 2 1.43 0 3.74 Bahasa Inggeris 140 0 0.00 4 2.86 4 2.86 5 3.57 15 10.71 12 8.57 13 9.29 36 25.71 18 12.86 107 76.43 33 23.57 0 6.56 Pendidikan Islam 140 1 0.71 7 5.00 17 12.14 22 15.71 31 22.14 17 12.14 26 18.57 3 2.14 7 5.00 131 93.57 9 6.43 0 4.50 Sejarah 139 1 0.72 9 6.47 14 10.07 17 12.23 18 12.95 23 16.55 16 11.51 24 17.27 8 5.76 130 93.53 9 6.47 1 4.92 Matematik 139 0 0.00 10 7.19 2 1.44 2 1.44 5 3.60 8 5.76 14 10.07 14 10.07 37 26.62 92 66.19 47 33.81 1 7.06 Sains 121 2 1.65 9 7.44 12 9.92 15 12.40 14 11.57 17 14.05 16 13.22 19 15.70 9 7.44 113 93.39 8 6.61 0 4.89 Pendidikan Seni Visual 75 0 0.00 4 5.33 7 9.33 8 10.67 24 32.00 20 26.67 6 8.00 6 8.00 0 0.00 75 100.00 0 0.00 4 4.21 Perniagaan 79 0 0.00 7 8.86 5 6.33 6 7.59 8 10.13 5 6.33 10 12.66 25 31.65 13 16.46 79 100.00 0 0.00 0 5.46 Matematik Tambahan 19 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 1 5.26 2 10.53 2 10.53 2 10.53 7 36.84 12 63.16 0 8.16 Fizik 19 0 0.00 0 0.00 0 0.00 1 5.26 1 5.26 5 26.32 5 26.32 6 31.58 1 5.26 19 100.00 0 0.00 0 5.89 Kimia 19 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 4 21.05 2 10.53 5 26.32 7 36.84 18 94.74 1 5.26 0 6.95 Biologi 19 0 0.00 0 0.00 1 5.26 0 0.00 0 0.00 1 5.26 3 15.79 10 52.63 4 21.05 19 100.00 0 0.00 0 6.68 Tasawwur Islam 30 1 3.33 5 16.67 10 33.33 11 36.67 2 6.67 0 0.00 0 0.00 0 0.00 1 3.33 30 100.00 0 0.00 0 2.47 Produksi Reka Tanda 42 0 0.00 4 9.52 25 59.52 12 28.57 1 2.38 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 42 100.00 0 0.00 0 2.24 CALON CEMERLANG SPM 2021 8A 1 FARHANA BINTI IZHAR 7A 1 SITI AISYAH BINTI MOHD SHUKRI 2 NUR LIYANA NATASHA BINTI MOHD NAIM 6A 1 FARAH INSYIRAH AMNI BINTI FADZIL 2 NASRIYAH BINTI SOHIMI 3 RASYID AQWA BIN ROSSIDI 4 NUR HAFIZAH BINTI SOBRI 5 NURSUFIA BINTI KAMARULNIZAM 5A 1 MUHAMMAD SHAZRAI BIN SAHARUDDIN 2 NUR AMANINA SYAZANA BINTI SHUHAIDEE 3 WAN AINUN SOFIA BINTI WAN AZANUDDIN 4 NUR AIN NASEELAH BINTI AZLAN 4A 1 NUR AININ SOFIYA BINTI MOHD KHIR 2 NUR HAMIZAH BINTI NORDIN 3 NUR ZAHIRAH AFRINA BINTI MOHD ZAHIR 4 ZUNIKA BINTI IDRUS 5 NUR ATHIRA AYUNI ISMAIL BINTI ABDULLAH 6 ILYANA MAISARAH BINTI MAD NOH 9
PELAJAR CEMERLANG STPM 2021 Gred Purata Sekolah S3 2020 : 3.17 ANALISIS KEPUTUSAN STPM 2021 MATA PELAJARAN BIL CALON GRED PENCAPAIAN Lulus Penuh Lulus Sebahagian GPS A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F TH BIL % BIL % P AM 36 1 4 8 8 3 7 4 1 0 0 0 0 35 97.22 1 2.78 2.87 B MELAYU 36 20 7 2 2 4 1 0 0 0 0 0 0 36 100.00 0 0.00 3.65 GEOGRAFI 36 8 6 7 4 2 6 2 0 1 0 0 0 35 97.22 1 2.78 3.17 SEJARAH 21 2 2 4 4 2 4 2 0 0 0 1 0 20 95.24 0 0.00 2.82 EKONOMI 10 3 2 0 1 1 1 0 0 2 0 0 0 8 80.00 2 20.00 3.00 SENI VISUAL 5 3 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 5 100.00 0 0.00 3.80 BIL CALON BILANGAN PRINSIPAL JUMLAH 1P - 4P % 4P % 3P % 2P % 1P % 1P - 4P 36 33 91.67 1 2.78 2 5.56 0 0.00 36 100.00 GRED PURATA MATA PELAJARAN DAN GRED PURATA SEKOLAH STPM 2021 (KESELURUHAN) MP BIL A A- B+ B B- C+ C C- D+ D GPMP PA 36 1 4 8 8 3 7 4 1 0 0 2.87 BM 36 20 7 2 2 4 1 0 0 0 0 3.65 GEO 36 8 6 7 4 2 6 2 0 1 0 3.17 SEJ 21 2 2 4 4 2 4 2 0 0 0 2.82 EKO 10 3 2 0 1 1 1 0 0 2 0 3.00 SV 5 3 1 1 0 0 0 0 0 0 0 3.80 JUM 144 37 22 22 19 12 19 8 1 3 0 3.17 JXG 148 80.7 73.26 57 32.0 44.3 16 1.7 4.0 0 10
1. Pn. Masliha Bt Abd Samad 2. Pn. Haslidai Bt Hashim 3. Pn. Azniyah Bt Othman 4. En. Muhamad Fikri Bin Zakaria 5. Pn. Zaharah Binti Abu Asan 6. Pn. Rahimah Bt Musa 1 3 5 2 4 6 11
Puan Roshidah Binti Mohamed Noordin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Puan Idawati Binti Yacob Penolong Kanan Kokurikulum Encik Mohd. Hapizd Bin Tahir Penolong Kanan Pentadbiran Puan Zaharah Binti Abu Asan Penolong Kanan Tingkatan 6 AHMAD BADRI B. ABU BAKAR Pengetua 12
DUDUK DARI KIRI : FIRDAUS BINTI AHMAD, NOORIZA BINTI KHALID, PUAN ASMAT BINTI ISMAIL, NOR BADRI BIN ABU BAKAR,(PENGETUA), ROSHIDAH BINTI MOHAMED NOORDIN, ZAHAR MAT SAAD, NOR HAFIZUH BINTI SAIBON. BERDIRI DARI KIRI 1 : FATKIMAH BINTI ABDUL AZIZ, SYAHRUL NAJMI BINTI ABDUL RAHMAN, NORIZ NORSUZANA BINTI JALIM @ JAMIL, ROSNIZAR BINTI BAHROM, TEH SOO YEN, LIM G SHIMA BINTI DAING OSMAN, NUR SYUHAILA BINTI AHAMAD SYUKRI, MIMIE KARTIN GHANI, EZATULHAMSIAH BT. MOHAMID SALIH, NORIZAN BINTI AHMAD SAMRI. BERDIRI DARI KIRI 2: RAHIMAH BT. MUSA, NURUL NORFAZILIZAWATI BINTI AZIZAN, SITI ZUBAIDAH BT. HASNAH BINTI DARUS, MARIATUL HUSNA BINTI MD ZUKI, NORHAYATI BT. JOHARI, W BINTI HASAN, NAJIHAH BINTI A KASIM, RASHILAH BINTI RAZALI, AINIE ZULIANA BIN BINTI ZAKARIA. BERDIRI DARI KIRI 3 : MD ZAID BIN YAHYA, OTHMAN BIN AWANG, MUHAMAD FIKRI B ZAKARIA, AKMAL MOHD AZIZUL BIN ZULZAHA, RAZEFF SHARDIN BIN MAT REJAB, MOHD RIDZUAN B BAHRUDIN BIN SAAD, MOHD FAISAL BIN ISMAIL, NIZAL MAZLI BIN MD SALEH. 16,17
HAYATI BINTI ABDUL HAMID, IDAWATI BINTI YAACOB, MOHD HAPIZD BIN TAHIR, AHMAD RAH BINTI ABU ASAN, FARIHAH BINTI KAMARUDIN, AZAH BINTI ASMAWI, SURIANI BINTI AN BINTI AHMAD, NORZUBAIDAH BINTI ABDUL HALIN, SHARIPAH BINTI MD JUSOH, GAIK YEAN, SITI ZAHARAH BINTI DERAMAT, IBTIHAD BINTI MUSTAFA, DAING NAZATUL NI BT AHMED, SURIANI BINTI HASHIM, UMI KALSUM BINTI AZIZAN, ROHAYU BT ABDUL MOHD DESA, TANTY NOORSYIDA BINTI MAHAMAD, NURUL ATIQAH BINTI ROSLI, CHE WEE FONG HIANG, ASNATULSIMA BINTI ALUWI, MASLIHA BINTI ABDUL SAMAD, RUZITA TI ABDUL JAMAI, NOR ASHIKIN BINTI AHMAD, NORHAZAFIZAH BINTI HUSSIN, ZURIANI L BIN ISMAIL, MUHAMMAD SHUHADAT BIN MANSOR, NUR IRWAN BIN MUHAMAD ASRI, BIN ZAIN, AZHAR BIN ABU BAKAR, AZHAR BIN ARSYAD, MOHD ROSYDI BIN ZAKARIA,
BIDANG BAHASA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK BIDANG BAHASA 15
BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BIDANG KEMANUSIAAN 16
GURU-GURU TINGKATAN 6 KETUA-KETUA PANITIA 17
STAF SEKOLAH PERSATUAN PRA-U 18
MAJLIS KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (MGK) UNIT DISIPLIN 19
PENGAWAS PUSAT SUMBER PENGAWAS SEKOLAH 20
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PENGAWAS ASRAMA 21
1. BERFIKIRAN POSITIF + Set niat bekerja sebagai ibadah + tanamkan tekad dan matlamat untuk mencari keredhaan + Jangan mengharap pujian manusia semata-mata 2. TIDAK MENCAMPUR ADUK URUSAN PERIBADI DENGAN PEJABAT + fokus kepada tanggungjawab seorang pekerja dengan melupakan sementara masalah di luar. 3. BAGI REWARD / GANJARAN KEPADA DIRI + Katakan sesuatu yang boleh menimbulkan semangat setelah berjaya selesaikan sesuatu tugasan. + Jangan terlalu mengharapkan penghargaan majikan. 4. CIPTA KESERONOKAN + hias kawasan kita bekerja dengan perhiasan yang menarik + letak pewangi yang boleh buat kita rasa tenang 5. ELAKKAN POLITIK PEJABAT + jangan bergosip mengenai rakan sekerja di pejabat + jarakkan diri atau kawal diri daripada orang yang suka melibatkan diri dalam politik pejabat Jom sebarkan bahagia ;) AJK PIBG SMK YAN 22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48