The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Untuk pembelajaran bagi subjek semester 2 secara online.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohks Ee, 2021-04-11 22:22:44

Plastic And Fibre Glass Maintanace

Untuk pembelajaran bagi subjek semester 2 secara online.

Keywords: Fibre Glass

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

UNIT 1: TYPES OF PLASTIC & FIBRE GLASS

UMUM :
Penggunaan plastik dan fibre glass dalam kehidupan harian sangat besar . Pelbagai

jenis barangan telah dihasilkan daripada bahan ini untuk kegunaan manusia samada untuk
kegunaan isi rumah mahupun industri. Plastik mempunyai pelbagai kelebihan jika dibandingkan
dengan bahan lain seperti kertas , kayu , kaca , logam dalam membentuk keperluan manusia
hari ini . Kelebihan yang ada pada bahan ini menjadikan ianya terus berkembang didalam
kehidupan manusia seharian .

Sebagaimana plastik , fibre glass juga berdaya maju dalam bidang pembinaan terutama
kemudahan asas seperti pondok telefon , meja & kerusi dan pelbagai produk yang boleh kita
temui dari masa kesemasa.

Sejarah Perkembangan bahan plastik
Adalah agak sukar bagi menentukan asal usul plastik. Bagaimanapun, hampir semua ahli
sejarah perkembangan plastik bersetuju bahawa ‘celluloid’ adalah plastik pertama dicipta
manusia, iaitu Alexander Parkes. Beliau menemui plastik jenis ini di sekitar tahun 1860 dan buat
pertama kali dipamer di London pada 1862, dipaten pada 1865 dan dikilangkan pada tahun
berikutnya. Bagaimanapun dua tahun kemudian syarikat ini ditutup kerana kualitinya rendah.
Pengeluarannya disambung oleh syarikat lain di tempat yang sama di bawah nama ‘Daniel
Spills’.

Seorang Amerika, John Hyatt menemui cara untuk mengatasi masalah teknikal di mana pada
1870, memulakan perniagaan dengan menjual bahan yang sama yang dipanggil ‘Celluloid’
yang menunjukkan jenis bahan mentahnya iaitu cellulose.

Kerja-kerja oleh dua orang lelaki ini dijalankan tanpa sebarang kefahaman teori. Terdapat
pekerja-pekerja yang bijak menemui cara mengeluarkan bahan mentah dan produk. Banyak
penemuan-penemuan teknikal didapati sebelum kurun ke 20.

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

Plastik Pertama.

Bahan pertama, Parkesine, atau ‘Celluloid’, mempunyai ‘cellulose nitrate’ sebagai bahan asas.
Bahan lain yang terkandung ialah ‘camphor’. ‘Cellulose nitrate’ telah dibuat untuk pertama
kalinya oleh seorang ahli kimia yang bernama Schoenbein dalam tahun 1845 tetapi dihasilkan
15 tahun kemudian.

Mungkin anda boleh mendapat sedikit idea dari petikan kata-kata oleh Michael Faraday: “ I am
enabled by this process to prepare a material which next to gunpowder must be regarded as a
powerful means of defence or attack. Shall I offer it to your government?” di mana
diterjemahkan sebagai “ Saya dengan ini boleh memproses bagi menyediakan bahan yang
hampir sama dengan serbuk peluru senapang yang boleh digunakan sebagai senjata untuk
pertahanan atau serangan. Bolehkah saya tawarkan kepada kerajaan anda?”

Inilah asas kepada bahan plastik yang pertama!

Perkembangan pengeluaran ‘Celluloid’ dibantu oleh kurangnya bekalan gading gajah di sekitar
1860an di Afrika. Gading gajah digunakan sebagai bola ‘billiard’ yang dikeluarkan di Amerika.
Sebuah syarikat telah menawarkan hadiah US$ 10,000 kepada sesiapa yang dapat mencipta
bahan bagi menggantikan gading gajah. John Hyatt menerima cabaran tersebut dengan
mencipta satu bahan untuk bola ‘billiard’ yang disalut dengan ‘Celluloid’. Bagaimanapun bahan
ini mudah terbakar di mana percikan bunga api terjadi apabila bola ‘billiard’ dijolok dengan kayu.

Hari ini, tinggal cuma sedikit kegunaan ‘Celluloid’ iaitu bola ping-pong. Kebanyakan
kegunaannya yang terdahulu telah diganti oleh plastik terbaru.

Dalam tahun 1920, seorang ahli kimia jerman, herman Staudinger, mengeluarkan teori
mengenai ciri-ciri kimia bagi kumpulan bahan-bahan tersebut, asli dan sintetik. Beliau
menggelarnya ‘macromolecules’ atau molekul besar. Hari ini kita menyebut mereka sebagai
‘polimer’.

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

Beliau terpaksa bekerja kuat bagi menyakinkan ahli-ahli kimia seangkatan dengannya tentang
teorinya. 15 tahun kemudian barulah teori ini diterima dan dalam tahun 1953 barulah kerja-kerja
beliau diiktiraf untuk hadiah nobel.

Teori beliau bukan sahaja menerangkan tentang ciri-ciri plastik, ia juga menunjukkan
bagaimana plastik dapat dibuat.

Berikut adalah antara jenis-jenis plastik yang telah ditemui:

1869 - “CELLULOID” (Bola Ping pong)
1908 -
1930 - “BAKELITE” (Pemegang kuali atau cerek air)
1933 -
1938 - POLYSTYRENE (Mainan, pembungkusan)
1938 -
1939 - ACRYLIC (Pembalik cahaya, kanta lampu)
1941 -
1955 - P.V.C (Saluran air, kulit tiruan)
1956 -
1957 - NYLON (Gear, serat (fibres))
1958 -
L.D.P.E (Tipisan (film), botol)

POLYESTER (Produk FRP)

H.D.P.E (Bakul ikan, botol)

POLYCARBONATE (Pelindung muka semasa rusuhan)

POLYPROPYLENE (Bekas bateri kereta)

ACETAL (bearing, kipas)

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

JENIS PLASTIK DAN FIBRE GLASS

PENGENALAN :
Dalam segmen ini menerangkan beberapa jenis plastik dan fibre glass, sifat,

kegunaan serta kelebihan dan kekurangannya . Disamping itu pelatih juga akan dapat
mengetahui serba sedikit komponen – komponen yang diperbuat daripada plastik mahupun
fibre glass yang terdapat pada badan kenderaan . Diakhir segmen ini juga akan menerangkan
cara yang boleh digunakan untuk mengetahui jenis plastik serta peralatan yang digunakan
untuk membaiki komponen plastik dan fibre glass

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Diakhir penerangan ini diharapkan pelatih akan tahu :-

a) Jenis plastik serta kegunannya
b) Jenis fibre glass dan kegunaannya
c) Cara menguji / menentukan jenis plastik
d) Komponen plastik pada kenderaan
e) Alat membaiki komponen plastik dan fibre glass

A . Jenis Plastik Serta Kegunaannya

Terbahagi kepada dua jenis / kumpulan plastik .
a) Thermoplastic – lembut , liat , boleh lentur dan dikimpal ( semirigid )
b) Thermosetting – keras , rapuh , tidak boleh dikimpal ( rigid )
Kedua – dua jenis plastik adalah berbeza sifat dan kegunannya . Ianya dapat dikelaskan seperti
jadual berikut .

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

1.1 -Thermoplastic

Jenis dan Nama kimia Nama kebiasaan kegunaan
Common name Application
simbol Chemical name

Symbol & type

i- ABS Acrylonitrile ABS, Abson, Absafil , Body panel, dash board
,grilles , headlamp doors
ii- PC butadiene styrene Dylel Kralastic ,
iii- PE
iv- PP Cycolac

v- TPUR Polycarbonate Lexan ,Merlon Grilles , instrument panels ,
vi- PVC lenses

Polyethylene Dylan, Marlex, Inner fender panels , interior
Alathon, Paxon , Hi- trim panel , valances ,
fax , Fotiflex spoilers

Polypropylene Profax, olefo, marlex , Interior moldings, interior
olemer , aydel , drypro trim panels , inner fenders ,
radiator shrouds , dash
panels , bumper cover

Polyurethane Pellethane ,Estane, Bumper covers , gravel
Roylar , Texin deflectors , filler panels , soft
bezels

Polyvinyl chloride Geon , Vinylete , Interor trim , soft filler panels
Pliovic

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

1.2 – thermosetting

Jenis dan Nama kimia Nama kebiasaan kegunaan
simbol Chemical name Common name Application
Symbol & type

i- ABS / MAT Hard ABS - Body panel
reinforced with
ii- EP fibre glass Epon , Epo, Epotuf , Fiberglass body panel
iii- EPDM Araldite
Epoxy Bumper impact strips , body
EPDM , Nordel panel
Ethylene
propylene diene
monomar

iv- PA Polyamide Nylon, Capron, Zytel , Exterior finish trim panels
Rilsan, Minlon , Vdyne

v- PRO Polyphenylene Noryl , olefo Chrome plastic parts , grill,
vi- PUR oxide hadlamp door , bezels ,
Pelethane , Estane , ornament
Polyurethane Roylar , Texin
Bumper Cover , front and
rear body panel , filler panel

vii- RIM Reaction injection - Bumper covers
Viii- RRIM molded - Exterior Body Panels
polyurethane

Reinforced RIM –
Poly

* kedua – dua bahan ini dapat digunakan dengan sempurna dan selamat sekiranya langkah-
langkah keselamatan diambil dengan sewajarnya. Memandangkan kita tidak mengetahui
kandungan bahan-bahan tersebut dengan lebih mendalam adalah mustahak langkah-langkah
keselamatan diambil supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

B . Jenis Fibre Glass & Kegunaan

Tebahagi kepada dua jenis

i- fiberglass compound ready mate

ii- fiberglass cloth / matt

kedua – dua jenis fiber glass ini dapat dikelaskan seperti jadual dibawah

Jenis fibre glass Ciri – ciri / sifat kegunaan Cara menggunakannya

i- Compound dikeluarkan dalam Menampal *Seperti menggunakan dempul polister
( ready mate ) bentuk pasta / separuh kawasan panel
pepejal dan di tinkan reput yang kecil i- Bersihkan kawasan yang hendak
atau ditempat ditampal
memerlukan hardenar sempit
untuk mengeras ii- Campurkan hardenar keatas
Menutup lekuk sebatian fiberglas dengan nisbah
kelihatan seperti yang terlalu dalam 100 : 1 : 3
polyester putty
iii- Tampal ditempat yang diperlukan
dengan putty knife

iv- Biarkan mengering sebelum
boleh diratakan dengan kertas
pasir .

ii- cloth / matt Dikeluarkan dalam Membentuk panel i- Potong helaian fiber mengikut
bentuk gantian dengan keluasan kawasan yang
helaian/kepingan menggunakan diperlukan
seperti kain . acuan.
ii- Sapu resin dan fiber pada
Memerlukan campuran Membaikpulih kawasan yang diperlukan
resin dan hardenar kawasan reput
untuk mengeras yang luas tanpa iii- Gunakan roller atau berus cat.
perlu mengimpal.
Serat fiber ini agak iv- Biarkan mengering dan potong
rapuh dan mudah fiber yang berlebihan dengan
sebati apabila terkena menggunakan mesin pencanai.
resin
* pakai mask & glove

Amat sensitif kepada
kulit manusia ( miang )

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

C . Cara menguji / menentukan jenis plastik

Komponen plastik dapat dikenalpasti berdasarkan kod nombor yang tertera pada komponen
tersebut. Sebagai contoh PP, PUR , TPUR yang boleh dirujuk kepada jadual yang diberi.
Nombor singkatan ini dapat membantu jenis kerja baikpulih yang boleh dilakukan keatas
plastik tersebut . Walaubagaimanapun kadangkala terdapat juga komponen yang tidak
dinyatakan jenis plastik . Beberapa langkah boleh diambil seperti menguji sifat yang ada
pada komponen tersebut seperti keupayaan dilentur , diregang dan terakhir ujian bakar.

Ujian Bakar ( Burning Test )

Ujian ini sesuai dilakukan kepada jenis thermoplastic supaya dapat memastikan filler rod
yang akan digunakan kelak . Untuk menjayakan ujikaji ini potong sedikit komponen tersebut
beberapa sentimeter dan bakar dengan mancis . Lihat hasil yang diperolehi seperti jadual
berikut.

PLASTICS BURN CHARACTERISTIC

Polypropylene ( PP ) Tidak ada asap , menghasilkan bau seperti wax ,
bahgaian atas api bewarna putih dan bahagian bawah
api bewarna kuning.

Polyethylene ( PE ) Seperti diatas

ABS ( ABS ) Mengeluarkan asap hitam yang tebal , mudah terbakar
walaupun punca api dijauhkan .api bewarna kuning

Polyvinyl chloride ( PVC ) Mengeluarkan asap bewarna grey dan berbau seerti
asid . Api bewarna yellowish green.

Thermoplastic polyurethane Mengeluarkan api bewarna orange dan asap bewarna
( TPUR ) hitam
Thermosetting Polyuretahne
( PUR )

Untuk mendapatkan keputusan bagi kesemua jenis plastik pelatih boleh meneruskan ujian ini
dengan pengawasan pengajar dan buat catitan sendiri. Kesimpulan yang dapat dibuat , ada
beberapa jenis plastik yang mempunyai keputusan yang hampir sama walaupun dari bahan
yang berbeza dan kumpulan plastik yang berlainan.

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

D) Komponen plastik pada kenderaan
Melalui jadual yang telah diberikan dalam mukasurat 2 ada menyentuh kegunaan

plastik pada kenderaan. Melalui segmen ini akan ditunjukkan secara terperinci dengan
menggunakan gambarajah yang menunjukkan kedudukan sebenar komponen plastik ini.

Ketiga-tiga gambar diatas menunjukkan kemasan dalaman ( interior trim ) yang
diperbuat dari komponen plastik . Ianya melibatkan arm rest , door trim panel , dash board
dan control panel. Melalui gambarajah seterusnya dapat menjelaskan lagi kedudukan
komponen plastik pada badan kenderaan .

IG

J

F
A

ED C B

Petunjuk Nama Komponen Bahan / Plastik
A Radiator Grill ABS , PC ,PRO
B Bumper PP , PUR , TPUR , RIM
C Turn Signal PP, ABS ,PMMA
D Side mirror ABS , ASS
E Skirt /exterior body panel EP , RRIM
F Inner fender / fender apron PE , PP
G Instrument panel PE, PVC , PP
I Spoiler / back door trim PP
J Rear lamp PC ,PP . PMMA

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

E. Senarai alatan dan Bahan dalam kerja membaikpulih plastik dan fiber glass

Alat / Bahan kegunaan

Kerja Plastik i-Hot Gun Memanaskan dan mencairkan komponen
plastik . Menanggalkan cat & sticker

ii-Plaspact ( plastic primer ) Lapisan asas sebelum menyembur cat diatas
plastik

iii- Alatan tangan ; spanar ,
sekeru driver , scraper dll Bergantung kepada jenis penggunaan .

Fibre Glass i- fibre glass compound Menampal kawasan reput yang kecil
ii- fibre glass cloth
Menampal / membaiki kecacatan yang besar
iii – berus cat / roller Membina objek dgn acuan.( templete )
iv – scraper / putty
knife/Tin Snips Menampal fiber cloth

Menampal fibre compound

Soalan kefahaman :-

1. Berapakah jenis plastik yang telah dipelajari ?
2. Apakah perbezaan antara rigid dan semirigid ?
3. Untuk menentukan jenis plastik , apakah kaedah yang boleh digunakan ?
4. Melalui uji kaji yang pernah dilakukan , bahan init didapati mudah terbakar ,

mengeluarkan asap hitam yang tebal manakala api bewarna kuning . Bahan tersebut
adalah ……….. ?
5. Kenapakah perlu menggunakan sarung tangan ketika mengedalikan fiberglass
cloth/matt ?
6. Alat yang digunakan untuk mengimpal plastik adalah …..?
7. Bahan yang membentuk side mirror adalah …….. ?
8. Apakah pula jenis plastik yang digunakan pada interior trim ?
9. Kenapakah pembinaan badan kenderaan pada hari ini telah banyak menggunakan
bahan plkastik sebagai komponen utamanya ?
10. Nyatakan hasil ujian bakar secara terperinci ?

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

UNIT 2 . PART PREPARATION

PENGENALAN

Didalam bidang automotif berbagai bentuk peralatan tangan digunakan bagi kesesuaian
tugasan. Setiap peralatan tangan hendaklah digunakan dengan betul dan pada tempat yang
sesuai bagi memastikan komponan yang dibuka tidak rosak dan memudahkan tugasan tersebut

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pelatih mesti tahu :-
1. Persediaan permukaan bahagian kenderaan yang dipebuat daripada plastik ataupun

fiber glass
2. bagaimana membaiki retak pada komponen plastik atau fiber glass
3. mengeraskankan komponen plastik atau fiberglass yang lembut
4. membaiki kesemua jenis kerosakan kecil pada komponen plastik atau fiber glass
5. Membuat komponen daripada fibre glass ( Body Kit )

SUKATAN PEMBELAJARAN

Selepas menamatkan unit iini pelatih mesti boleh :-
1. membuat persediaan permukaan bahagian kenderaan yang dipebuat daripada plastik

ataupun fiber glass
2. membaiki retak pada komponen plastik atau fiber glass
3. mengeraskan komponen plastik atau fiberglass yang lembut
4. membaiki kesemua jenis kerosakan kecil pada komponen plastik atau fiber glass

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

MEMBAIKI RETAK PADA BUMPER PLASTIK
Step 1

After cleaning the repair area and removing the deer hair,
the crack was kept in alignment with aluminum body tape.
Aluminum body tape was used because it is very stiff and
very sticky.

- selepas kerja pembersihan dilakukan , lekatkan aluminium
body tape untuk memegang bahagian yang carik atau retak.

Step 2

Since this is a TPO bumper, we are going to use the
FiberFlex rod. Since the FiberFlex is NOT a "true" weld (it
is actually a hot melt adhesive that uses the welder to apply
it), we need to get the area as rough as possible. We are
using a 36 grit Roloc disc. This has to be done at slow
speed. Otherwise, you will melt the plastic.

- Jika bumper jenis TPO sebaiknya , canai dibahagian
dalam bumper menggunakan disc sender bersama grit
kertas pasir p36( jika ada) .

Step 3

To reinforce the repair, we are going to use the Reinforcing
Wire Mesh. Cut a strip of wire mesh to overlap the crack
about 0.5 inch on each side. Using the Part No. 6028RT
welding tip, melt the mesh INTO the plastic. Putting the wire
mesh INTO the plastic is like putting rebar into concrete.

- bagi menguatkan semula struktur bumper , tanamkan wire
mesh kedalam plastik dengan menggunakan airless plastic
welding .

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

Step 4
FiberFlex, being an adhesive, will NOT stick well to a slick
surface. After burying the mesh INTO the plastic, you need
to get rid of the shiny-ness by sanding again. Be careful not
to dig into the mesh. Sand it lightly.
- selesai proses menanam wire mesh ..canai permukaan
plastik dengan berhati-hati supaya plastik menjadi rata.

Step 5
Apply FiberFlex to the backside using the Mini-Weld Model 6
Airless Plastic Welder. This will complete the work that
needs to be done on the back side.
- untuk mendapatkan rekatan yang lebih baik tambahkan
fiber flexx pada kawasan yang dibaiki.

Step 6
On the front side, you need to dig out a "channel" to accept
the FiberFlex Rod. For this, we use an air die grinder and
our 6122 Heavy Duty Burr
- disebelah hadapan permukaan bumper sebaiknya dibuat
lurah ‘V’ dengan menggunakan air die grinder

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM
Step 7
Make the "channel" wider using a 36 grit or 50 grit Roloc
disk. The more surface area that you have, the better
adhesion you will get with the FiberFlex rod.
- Lebarkan kawasan yang dibuat lurah supaya mudah
memasukkan plastikc welding rod .( fiberflex rod )

Step 8
Remove the paint surrounding the repair area using a DA
sander and 220 grit paper.
- haluskan sedikit permukaan dengan cakera bergrid p220

Step 9
Fill in the "channel" with FiberFlex using the Airless Plastic
Welder .
- masukkan fiberflex dengan menggunakan airless plastic
welder .

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM
Step 10
Sand down the FiberFlex until it is flush with the surface.
- ratakan permukaan dengan menggunakan abrasive adalog
body file .

Step 11
Once again, you need to have a rough surface for anything
to stick. So, hand sand any slick low spots with 80 grit.
- kasarkan semula dengan kertas pasir p 80 hanya
dikawasan yang dibaiki dengan perlahan.

Step 12
To fill in the low spots, you can either melt some more
FiberFlex rods or, like we did, you can put a skim coat of
FlexFiller 2 on the area. Before applying FlexFiller, we
applied Filler Prep adhesion promoter since this is a TPO
material.
- tampal plastic filler untuk menutupi keseluruhan kecacatan

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

Step 13
Since the material we are working on is TPO, you need to
make sure that the epoxy is fully cured before sanding.
Even though our FlexFiller is sandable in 20 minutes, it
takes a full 24 hours for the epoxy to fully cure at room
temperature.

- selepas 20 minit ratakan plastik filler dengan
menggunakan kertas pasir bergrid p240.

Step 14
Once all the sanding was finished, we applied our
Waterborne Black Flexible Primer Surfacer.

- selepas selesai kerja meratakan plastik filler , sembur
Waterborne Black Flexible Primer Surfacer atau plastik
primer ( plaspak ) keatas permukaan bumper

Step 15
Since the textured bottom part of this bumper was also
damaged and repaired, we applied Flex-Tex flexible texture
material to simulate the texture.

- bumper siap untuk disembur dengan sebarang cat yang
diingini.

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

Alat dan bahan membaiki komponen Plastik

Tiada peralatan yang benar-benar khusus untuk membaiki komponen plastik seperti
membaiki bumper plastik yang carik ,kemek atau pecah , Interior trim yang patah dan pelbagai
permasalahan lain lagi. Jika wujud peralatan khusus untuk membaiki komponen plastik mungkin
agak jarang diketahui mahupun didengari . Keadaan ini mungkin disebabkan peralatan membaiki
plastik tidak begitu begitu khusus memadai dengan sedikit kemahiran mengendalikan alatan
tangan yang biasa ataupun special tool yang boleh direka atau dicipta oleh pelatih sendiri dengan
kos yang jauh lebih murah.
Walaubagaimanapun disini dijelaskan beberapa alat dan bahan yang biasa digunakan didalam
kerja membaiki komponen plastik.

i- Air Hot Gun / Hot-Air Plastic Welding
ii- Airless Plastic welding
iii- Plastic Welding Bar
iv- Plastic rod
v- Plastic Filler & fibre glass

Air Hot Gun / Hot –Air Plastic Welding

Alat yang digunakan untuk mengimpal plastik atau dengan perkataan lain menyambungkan dua
komponen plastik dengan menggunakan kaedah pemanasan udara yang dihasilkan oleh alat
tersebut. Alat ini juga boleh digunakan juga untuk membaiki bumper plastik yang kemek akibat
kemalangan dan sebagainya. Kelebihan alat ini ianya boleh dilaras untuk mendapatkan suhu atau
kepanasan yang dikehendaki samaada untuk mencairkan plastik atau sekadar melembutkan
permukaan plastik .Dengan cara ini plastik dapat dicantumkan atau diluruskan semula . Disamping itu
terdapat beberapa bentuk nozle ( set ) yang boleh ditukaratau disesuaikan untuk pelbagai kegunaan
apabila menggunakan alat ini.

Butang Kawalan

i ii iii iv
i- Kelajuan angin
ii-penunjuk suhu
iii- pelaras suhu
iv- suis

contoh nozle untuk mengimpal

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

Plastic Welding Bar
Menyerupai seakan –akan solder bar yang mana bahagian hujung bar akan dipanaskan oleh tenaga
eletrik lalu bertindak mencairkan plastik . Apa yang membezakan antara keduanya hanyalah
bahagian hujung plastic welding bar berbentuk bulat leper seperti sudu atau syiling .

tip handle wayar

Palstic Welding Rod

Adalah bahan yang digunakan untuk menyambung plastik yang dikimpal .Ia bertindak seperti filler
rod yang lain seperti didalam subjek kimpalan yang mana rod plastik diperbuat dari jenis-jenis plastik
yang boleh dikimpal ( themoplastic ). Contoh rod plastik yang biasa digunakan adalah dari jenis PP ,
PU , PVC dan lain-lain lagi yang mana perlu disesuaikan dengan komponen plastik yang hendak
dikimpal .

Plastic Filler

Seperti filler didalam persediaan permukaan logam yang bertindak sebagai bahan untuk kemasan
setelah kerja kimpal plastik atau menutup lekuk dan calar-calar pada komponen plastik . Bagi calar
atau lekuk yang kritikal , fiber glass boleh digunakan .

Soalan kefahaman :-

11. Berapakah jenis plastik yang telah dipelajari ?
12. Apakah perbezaan antara rigid dan semirigid ?
13. Untuk menentukan jenis plastik , apakah kaedah yang boleh digunakan ?
14. Melalui uji kaji yang pernah dilakukan , bahan init didapati mudah terbakar , mengeluarkan

asap hitam yang tebal manakala api bewarna kuning . Bahan tersebut adalah ……….. ?
15. Alat yang digunakan untuk mengimpal plastik adalah …..?
16. Kenapakah pembinaan badan kenderaan pada hari ini telah banyak menggunakan bahan

plastik sebagai komponen utamanya ?

Rujukan : Total Ato Body Repair ; L.C Rhone – Glen Coe /Mc Graw Hill
The Car Body Work Repair Manual ; Lindsay Porter – Haynes

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

3. SURFACE THREATMENT AND REFINISHING

TAJUK : TEKNIK MENYEMBUR CAT PADA PLASTIK / FIBRE GLASS

Pendahuluan :

Didalam pelajaran ini pelatih – pelatih dapat mempelajari teknik-teknik meyembur
cat yang betul. Sebagaimana pelajaran yang lepas ,pelatih –pelatih telah mempelajari jenis
serta fungsi pada bahagian spray gun jadi eloklah mempelajari teknik- teknik penyemburan
cat .

Dalam kerja – kerja menyembur cat pada badan kenderaan langkah-langkah kerja
amatlah rumit terutama memyembur cat jenis metalik . Setiap langkah kerja perlulah
dilakukan dengan sempurna bagi terutama sekali semasa penyediaan panel sebelum
menjalankan kerja-kerja penyemburan cat dilakukan pada badan kenderaan.

Walaubagaimana teliti sekalipun kerja persiapan permukaan panel yang dibuat
,sebelum mengecat dan tiba masanya untuk menyembur dan anda tidak tahu bagaimana
teknik mengecat ini amat merugikan anda .

Jadi disinilah perlunya anda memahami dan mempelajari teknik-teknik yang bertul
dan baik walaupun tidak dapat melakukannya dengan seratus peratus ,dengan adanya
panduan ini anda akan dapat tahu teknik disamping latihan yang dijalankan anda akan
mendapatkan hasil kerja yang sempurna dan bermutu tinggi.

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

1. Melaras dan menguji bentuk semburan.
Spray gun yang digunakan didalam kerja-kerja penyemburan pada badan kenderaan
terdapat dua bahagian yang paling penting untuk mengawal bentuk semburan dan juga
jumlah cat yang keluar dari Spray Gun.Dua bahagian itu ialah :

a. Spreader adjusting screw / Patern adjusting screw.
b. Fluid adjusting screw / Neadle adjusting screw.

a. Spreader adjusting screw / Patern adjusting screw.
Apabila bahagian ini tertutup rapat ia akan mengecil atau mengurangkan angin ke Air
Horn Hole di Air Cap dan menghasilkan betuk semburan bulat ( round patern )dan bila
injap( Valve ) dibuka hantaran angin terus keluar dari Air Horn yang terdapat di bahagian
Air Cap dan mengubah bentuk semburan ke bentuk bujur ( oval ).

b. Fluid adjusting screw / Neadle adjusting screw.
Bahagian ini bertugas mengawal sedikit dan banyaknya cat yang akan ditolak keluar
.Jumlah maksima cat yang keluar bergantung kepada putaran injap pada bahagian ini dan
jumlah putaran yang disyorkan ialah diantara 2 ½ sehingga 3.

Untuk memeriksa Spray Gun yg telah dilaras, pegang Spray Gun pada jarak yang betul
pada pemukaan papan uji ataupun surat khabar lama .Tarik Trigger dan periksa tinggi
,lebar dan tekanan angin pada bentuk semburan yang terhasil .Jikalau tidak mendapat
bentuk semburan yang dikehendaki laras semula sehinggalah mendapat bentuk semburan
yang dikehendaki.

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

Apabila Air Cap dipusingkan ia akan memberi kesan kepada bentuk semburan samaada
ianya menegak atau mendatar.

2. Bagaimana cara memegang Spray Gun yang betul .
Untuk mendapat hasil semburan yang baik. Cara memegang spray gun perlu juga
dititikberatkan Penyembur dalam keadaan selesa dan tenang disamping itu cara
memegang spray gun perlulah diketahui dimana ibu jari dan anak jari berada dibahagian
pemegang spray gun , manakala jari telunjuk berada dibahagian badan spray gun dan dua
jari selebihnya berada pada picu ( Trigger ) ini untuk memudahkan jari menarik picu
apabila kerja menyembur dilakukan .

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

3. Pergerakan Spray Gun .

Ia mempunyai empat aspek yang penting dalam pergerakan Spray Gun yang perlu diikuti
dan diamalkan untuk mendapat hasil kerja yang bermutu. Ia terdiri dari :-

i) Jarak spray gun ( Distance ).
ii) Kedudukan spray gun ( Angle )
iii) Kelajuan lejang ( Speed stroke )
iv) Tindihan bentuk semburan ( Patern overlapping )

i) Jarak Spray Gun

Penyembur mestilah mengetahui jarak yang betul diantara muncung spray gun dan
bendakerja . Jikalau jarak terlalu dekat cat akan meleleh, manakala jarak yang terlalu jauh
cat akan menjadi pudar dan tidak berkilat. Oleh yang demikian jarak yang selalu digunakan
bergantung kepada jenis cat dan spray gun . Walaubagaimanpun jarak yang digunakan
untuk cat lambat kering ialah diantara 100 – 200 mm ataupun 6 – 8 inci bergantung pada
kerja yang dilakukan.

Jarak terlalu dekat Jarak terlalu jauh

betul salah

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM
ii) Kedudukan Spray Gun ( Angle )
Kedudukan Spray gun sangat penting semasa menyembur . Perjalanan Spray Gun
mestilah selari samaada secara menegak ataupun melintang supaya keputusan yang
dihasilkan bermutu dan cemerlang .

* Kedudukan Melintang .

* Kedudukan menegak .

Kedudukan semasa menyembur termasuklah posisi penyembur dan muncung semburan
( spray Gun ) bertentangan dengan panel iaitu bersudut tepat.

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

iii) Kelajuan Lejang ( Speed Stroke ).

Kelajuan pergerakakan Spray Gun dipanggil lejang ( Stroke ) . Apabila pergerakan lejang

terlalu perlahan cat yang akan disembur akan meleleh manakala jika pergerakan terlalu

laju cat yang di sembur akan menjadi pudar. Pergerakan lejang untuk kerja menyembur cat
yang umum ialah diantara 900 – 1200 mm / saat..

Untuk memastikan kerja- kerja penyudah mengikut piawaian, adalah penting supaya kita

menentukan teknik spray gun melalui jarak , halaju spray gun dan jumlah pengeluaran cat
ketidakseimbangan. Rangkuman dari ketiga – tiga faktor berikut boleh mengakibat
keburukan kualiti kerja – kerja penyudah . Jika salah satu faktor tersebut memerlukan

perubahan, ia perlulah diubah mengikut kesesuian yang ditetapkan,hubungan antara

ketiga-tiga faktor berikut adalah seperti jadual dibawah.

Jumlah Jarak spray Gun Halaju spray
pengeluaran cat Gun
Jauh Biasa
Banyak Jauh
Sedikit Dekat Perlahan
Banyak dekat Laju
sedikit Biasa

Pergerakan spray gun terlalu laju ,jadi cat tidak Gunakan kelajuan sederhana
menutupi Sepenuh permukaan panel untuk mendapatkan hasil
semburan yang sempurna

Jika pergerakan Spray gun terlalu perlahan semburan
cat akan jadi tebal dan meleleh.

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

iv) Tindihan Bentuk Semburan ( Patern Overlapping ).

Apabila cat keluar dari Spray Gun apabila picu ( Trigger ) ditarik ,itu dinamakan bentuk
semburan ( patern ).Tindihan bentuk semburan ( Patern Overlapping ) yang sesuai
diantara setiap lapisan semburan yang disyorkan ialah dari ½ hingga 2/3 ataupun 50%.

2/3 Bentuk Tindihan ½ Bentuk Tindihan

Keseimbangan dan ketetapan tindihan bentuk semburan adalah penting dalam pergerakan
Spray Gun.Jika ini tidak dilakukan dengan betul ia akan merosakan hasil kerja .

Cara yang betul Cara yang salah

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

PLASPAK & PLASTIC PRIMER

UMUM :

Pelatih telah mengetahui keupayaan plastik sebagai bahan alternatif dan terkini
sebagai bahan utama dalam industri pembuatan kereta. Terdapat komponen utama kereta
seperti bumper telah ditukar kepada plastik begitu juga dengan kemasan dalaman yang 90 %
adalah daripada plastik dan kanvas. Namun begitu terdapat sedikit pemasalahan yang biasa
dihadapi antaranya plastik mereput , cat yang disembur terkopek dan cat merekah / retak
seribu diatas komponen plastik

PENERANGAN :

Dalam segmen ini menerangkan fungsi sebenar plastpak dan plastik primer serta
cara menangani permasalahan semasa mengecat / membaiki komponen plastik supaya ianya
kelihatan baru dan tahan lama. Walaubagaimanapun penggunaan plaspak / plastic primer ini
lebih menjurus kepada komponen plastik yang masih belum dicat ataupun yang mengalami
masalah cat terkopek .

Diakhir penerangan ini diharapkan pelatih akan tahu :-

a. Jenis plastpak serta kegunaannya
b. Cara menggunakan plastpak dan plastik primer
c. Kandungan bahan dan panduan keselamatan

Jenis Plastik Primer / Plaspak dan fungsinya

Jenis fungsi Cara menggunakan
Plaspak 2
Memberi rekatan pada - kasarkan permukaan dengan menggunakan
permukaan plastik kertas pasir p600
jenis Poly urethane ( - Bersihkan permukaan yang hendak disembur
PU ) - Nisbah pencampuran ( rujuk pada tin /
mengikut syor pengeluar bahan )
- Semburkan satu atau dua lapis
- Biarkan kering selama 1 jam

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

Jenis fungsi Cara menggunakan
Plaspak 3
( P572-3000 ) Memberi rekatan pada - kasarkan permukaan dengan menggunakan
plastik jenis pp kertas pasir p600
Plaspak 4 - Bersihkan permukaan yang hendak disembur
( P100-2001 ) - Nisbah percampuran ( rujuk pada tin /
mngikut syor pengeluar bahan )
Memberi daya - Semburkan satu atau dua lapis
keelastikan pada - Biarkan kering selama 1 jam
lapisan jernih / cat -
( boleh disembur pada Dicampur dalam cat ataupun lapisan jernih
kedua-dua jenis - dengan nisbah 4 :1 / 5 : 1
plastik ) untuk cat lambat kering manakala untuk cat
2K adalah 8 : 1

Plastic Primer Memberi daya - siapkan permukaan seperti prosedur biasa
( AK 08880 )
keelastikan cat pada - cairkan dengan slow thinner dengan nisbah

lapisan jernih / cat 1 :1

( boleh disembur pada - sembur sehingga 2 lapisan dengan sela

kedua-dua jenis masa diantara lapisan 5 minit

plastik ) - suhu yang disyorkkan untuk menyembur 25-

30º C .

- selepas beberapa ketika boleh terus

disembur cat

Kandungan bahan dalam Plastic Primer

Secara umumnya kandungan asas didalam plastic primer mahupun plaspak adalhaseperti

berikut
i- n-butyl acetate ( 30 – 60% )
ii- xylene ( 10 – 30 % )
iii- Aromatic hydrocarbon ( 10 – 40 % )
iv- Toluena ( 50 – 100 % ) – plaspak 3

Panduan Keselamatan& Risiko

i- jangan menyedut gas/ wap semburan ( memudaratkan sistem pernafasan )
ii- elakkan dari terkena mata & kulit (merengsa kepada mata dan kulit )
iii- pakailah pakaian keselamatan seperti sarung tangan dan mask
iv- gunakan ditempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik.

* Terdapat produk keluaran syarikat tertentu seperti Aikka mengeluarkan plastic primer dalam
bentuk tin aerosol (spray can ) yang siap untuk disembur .

PLASTIC & FIBRE GLASS SYSTEM

Soalan .

1. Apakah yang dimaksudkan dengan plastic primer ?
…………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………….
2. terdapat berapa jenis plastic primer / plaspac , nyatakan setiap satunya !
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
3. apakah kegunaan plaspac 3 ?
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
4. nyatakan perbezaan antara plaspak 3 dengan plaspak 4 ?
…………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………….
5. berapakah jangkamasa flash-off ( sela masa pengeringan ) sebelum disembur

lapisan yang seterusnya?
…………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………….
6. bahan yang digunakan untuk mencairkan plaspac adalah ?
…………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………….

rujukan :
1. nota pengajar & aikka product disription
2. The Car Body Work Repair Manual ; Lindsay Porter – Haynes
3. Total Ato Body Repair ; L.C Rhone – Glen Coe /Mc Graw Hill


Click to View FlipBook Version