The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-37193581, 2021-08-31 06:58:29

Maklumat Pertandingan Deklamasi Sajak

Bulan Kemerdekaan 2021

SK TALANG, 33000 KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN

Pertandingan Sajak Kemerdekaan SK Talang

Tarikh tutup penghantaran video deklamasi sajak
ialah pada 13 September 2021

Urus Setia Pertandingan Deklamasi Sajak

Yusra bin Mohd Yusof
017-5215671

Asfalela binti Abdullah
019-4702011

1

KONSEP

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
TAHUN 2021

(DALAM TALIAN)

1.0 PENGENALAN

Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap,

berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan
sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
Deklamasi sajak membawa makna membaca sesuatu hasil
sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh
sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat
bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.
2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada murid-murid

untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang
pengucapan sastera, sekali gus membina keterampilan
dan jati diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap
bahasa dan sastera Melayu, khususnya puisi.

2

3.0 TEMA
Malaysia Merdeka
4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Dua SK
Talang sahaja

5.0 KAEDAH PERTANDINGAN
Pertandingan akan diadakan secara dalam talian. Peserta
perlu memuat naik rakaman video persembahan sajak
masing-masing berserta nama, nama kelas dan tajuk sajak
dalam pautan yang diberi.

3

6.0 PEMILIHAN SAJAK

6.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan tema sajak
mengikut kategori pertandingan. Berdasarkan tema
tersebut peserta dikehendaki mencipta sajak yang
panjangnya antara (12) baris hingga (16) baris sahaja.

6.2 Sajak yang akan disampaikan hendaklah berdasarkan
senarai tema sajak yang telah disediakan. Penyampaian
sajak selain daripada tema yang diberikan akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal.

7.0 PERATURAN PERTANDINGAN

7.1 Peraturan Am

a) Peserta pada hendaklah mencipta dan
mendeklamasikan sajak berdasarkan tema sajak yang
telah diberiikan oleh pihak penganjur. Teks
hendaklah dihantar bersama-sama rakaman yang
telah dibuat.

b) Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar.
c) Durasi persembahan sajak tidak melebihi lapan (8)

minit.Persembahan yang melebihi masa yang
ditetapkan akan dipotong lima (5) markah daripada
markah keseluruhan

4

7.0 PERATURAN PERTANDINGAN

7.1 Peraturan Am

d) Aspek kreativiti video juga akan dikira di dalam pemarkahan
tetapi tidak dibenarkan mengedit dari segi pengadun alih
suara (dubbing), segerak suara (miming) atau mengadakan
kesan bunyi (sound effect).

e) Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah
dilarang.

f) Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang
bersesuaian dengan tema sajak.

g) Setiap peserta perlu memberi jaminan bahawa apa-apa
bahan penerbitan semasa menghasilkan video tidak
melanggar mana- mana hak cipta yang ada dan tidak
melanggar mana-mana undang-undang atau yang
mengaibkan. Sekiranya berlaku kemungkiran
jaminan ini, penganjur tidak akan bertanggungjawab dan
segala kerugian ditanggung oleh peserta.

h) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
masalah yang melibatkan penghantaran video dan masalah
video tidak berfungsi.

i) Video yang dihasilkan hendaklah belum pernah disiarkan
atau digunakan untuk menyertai mana-mana pertandingan.

j) Peserta tidak dibenarkan merujuk teks.

5

7.2 Peraturan Semasa Rakaman

a) Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di
hadapan kamera (komputer, telefon pintar atau peranti
lain) dengan jelas merangkumi aspek visual dan audio.
Format video hendaklah dibuat syot penuh (full shot)
dan hendaklah dirakam secara melintang dalam format
AVI atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P serta dihantar
dalam bentuk pautan yang disediakan oleh penganjur.

b) Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan
zum dekat(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa
sedang merakam video.

c) Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman
kedengaran jelas dan tidak terganggu oleh bunyi
persekitaran seperti bunyi kipas, bunyi kenderaan dan
sebagainya.

d) Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.

e) Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan
telepand (teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

6

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Dua (2) orang hakim akan menghakimi pertandingan ini .
8.2 Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di

atas adalah muktamad. Markah akan dipotong jika
terdapat kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah:
i. Peserta yang membaca teks tidak layak untuk
diumumkan sebagai pemenang walaupun mampu
mendeklamasikan sajak dengan baik.
ii. Mengubah teks sajak daripada teks asal yang telah dihantar.
iii. Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam rangkap
sajak.
iv. Tertinggal perkataan tertentu dalam rangkap sajak.
v. Mengulang bait yang sama dalam rangkap sajak.
vi. Mengulang rangkap sajak yang sama
vii Membuat perlakuan negatif semasa dalam rakaman.
Antara perlakuan negatif termasuklah:
- Ketawa dan tidak serius semasa mendeklamasikan sajak.
- Berkata-kata (selain teks sajak) semasa mendeklamasikan
sajak.
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Membelakangi hakim dan khalayak semasa
mendeklamasikan sajak.

8.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang
bantahan tidak akan dilayan..

7

9.0 ASPEK PEMARKAHAN
Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan
yang telah ditetapkan:
i. Suara : 70 markah
ii. Gaya dan Teknik : 30 markah

10.0 TINDAKAN
Pihak sekolah berhak menyiarkan rakaman video
pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan
atau pendidikan.

8


Click to View FlipBook Version