The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94208664, 2022-06-03 05:23:10

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 1

SENARAI KANDUNGAN M/S
3
BIL PERKARA 3
1. Atur Cara Majlis Perasmian 4
2. Agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Sanglang Kali Ke-43 5
3. Notis Mesyuarat Agung 6
4. Senarai Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG SK Sanglang
5. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sanglang Sesi 2021/2023 7 – 14
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Sanglang Kali Ke-43 15 – 16
7. Laporan Tahunan PIBG SK Sanglang Sesi 2021/2022
8. Penyata Penerimaan dan Perbelanjaan Sumbangan PIBG SK 17

Sanglang Berakhir 28 Februari 2022 18 – 19
11. Usul dan Cadangan

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 2

8.00 pagi ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN
8.30 pagi
: Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga
: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa

: Ucapan YDP PIBG (En. Mohd Zaidi bin Mansor)

: Ucapan Perasmian En. Nazri bin Bahari
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sanglang

: Rehat / Jamuan ringan

9.20 pagi : Mesyuarat Agung PIBG SK Sanglang Kali Ke-44 dimulakan

10.30 pagi : Mesyuarat ditangguhkan / bersurai

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

9.20 pagi : Mesyuarat Agung PIBG SK Sanglang Kali Ke-44 bermula
: Ucapan alu-aluan YDP PIBG SK Sanglang 2021/2023
: Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK
Sanglang Kali Ke-43
: Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti PIBG SK
Sanglang Sesi 2021/2022
: Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan yang
berakhir 28 Februari 2022
: Membahaskan usul / cadangan
: Hal-hal Lain
: Ucapan Penangguhan
: Cabutan bertuah

10.30 pagi : Bersurai

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 3

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, TELEFON : 04 9805535
SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG, Sekolah/Fax : 0124910001
02800 SIMPANG EMPAT, Guru Besar : 0192000166
PERLIS. PK Pentadbiran : 0124058072
PK HEM : 0194300534
Email : [email protected] PK-Kokurikulum : 0122257771
YDP PIBG

Ruj tuan :
Ruj. Kami : SKSPs. 100-13/1/4 ( 28 )
Tarikh : 23 MEI 2022

Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid SK Sanglang/AJK PIBG
Semua Guru
Sekolah Kebangsaan Sanglang,

02800 Simpang Empat,
Perlis.

‫السـلام عـليكم ورحـمة اللـه وبـركـاته‬

Tuan / Puan,

MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG KALI KE-44

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 akan diadakan
mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh : 4 Jun 2021 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Sanglang

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG
2.2 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-43
2.3 Membincangkan perkara-perkara berbangkit dalam minit mesyuarat yang lalu
2.4 Membentangkan dan menerima laporan tahunan
2.5 Membentangkan dan menerima penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2021
2.6 Membahaskan Usul-usul
2.7 Ucapan Penangguhan

3. Sebarang usul yang ingin dibawa ke mesyuarat agung hendaklah dihantar kepada Setiausaha selewat-
lewatnya pada 27 Mei 2022. Sila nyatakan kehadiran tuan/puan dengan menggunakan Borang Pernyataan Usul
yang dilampirkan.

4. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat agung ini dengan mematuhi SOP yang telah
ditetapkan seperti memakai pelitup muka. Walaupun kita telah memasuki fasa endemik, kita masih perlu
mematuhi SOP. Oleh itu, setiap keluarga hanya dibenarkan seorang wakil sahaja hadir ke mesyuarat agung ini.

5. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung ini. Segala keprihatinan dan
kerjasama tuan/puan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
(MONALIZA BINTI MOHD YUSOF)
Setiausaha,
Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Sanglang, Perlis.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 4

SENARAI JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

SK SANGLANG SESI 2021/2023

Ex-Officio : En. Nazri bin Bahari
Yang Dipertua : En. Mohd Zaidi bin Mansor
Setiausaha : Pn. Monaliza binti Mohd Yusof
Bendahari : En. Muhamad Naim bin Shamsudin

Penyambut Tetamu Pendaftaran
En. Nazri bin Bahari Pn. Suhaidah binti Satan (T1)
Ustaz Mohd Zainie bin Khalili Pn. Nur Syafiqah binti Abd Razak (T2)
Cik Muzie Azirah binti Mat Salim Pn. Faridah binti Ismail (T3)
En. Syed Ariff Manja bin Syed Yaziz Pn. Suraya binti Ismail (T4)
En. Mohd Zaidi bin Mansor Pn. Mazurawati binti Saidin (T5)
En. Mohamad Sofi bin Mohamad Saad Pn. Nori binti Nan (T6)
Pn. Natasha Amira binti Zazali (PPKI)
Persiapan Dewan dan Keselamatan Pn. Mazirah binti Mad Zin
En. Md Idrus bin Omar
En. Muhamad Naim bin Shamsudin Pengacara Majlis
En. Mohd Sholehuddin bin Mohd Arif En. Shazafudin bin Suhaimi
En. Rabani bin Mohamad Razar
En. Wan Kamarudin bin Man Bacaan Doa
Pn. Rosliza binti Bahari Ustaz Muhamad Rashidi bin Romli
Pn. Roziela binti Abdul Ghani
Buku Laporan Mesyuarat
Persiapan Pentas dan Meja Pn. Monaliza binti Mohd Yusof
Mesyuarat Cik Norashikin binti Ludin
Pn. Siti Jariah binti Repan
Pn. Nurazean binti Abd Aziz Pencatat
Pn. Nursuriati binti Md Salim Pn. Hamidah binti Ahmad
Pn. Suraiya binti Abd Hamid Pn. Siti Nuratiqah binti Abdullah
Pn. Salfazila binti Zainudin Pn. Mardziah binti Mat Disa

Jamuan Fotografi & Dokumentasi
Pn. Mairina binti Mai Cik Fatin Hazwani binti Othman
Pn. Narahuda binti Zain Pn. Azlina binti Atan
Pn. Salwati binti Khalil @ Halim
Pn. Rosnita binti Ismail Cenderahati dan Cabutan Bertuah
Pn. Barzati binti Bahaudin Pn. Norhayati binti Mt. Akhir
Pn. Norsuzilawati binti Hamzah Pn. Norzura binti Sabu
Pn. Rusniah binti Ali Pn. Norhayati binti Omar
Pn. Uminorizawane binti Maksoaradibi Pn. Norafiza binti Adam

Siaraya
En. Jaafar bin Noh
En. Shahbani bin Mat Aros @ Mat Arui

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 5

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SK SANGLANG SESI 2021/2023

Yang Di Pertua PIBG : Encik Mohd Zaidi bin Mansor
Naib Yang Di Pertua PIBG : Encik Mohamad Sofi bin Mohamad Saad
Setiausaha : Puan Monaliza binti Mohd Yusof
Bendahari : En. Muhamad Naim bin Shamsudin
AJK Ibu bapa / Penjaga
: Puan Rosliza binti Bahari
AJK Guru : Puan Roziela binti Abdul Ghani
: Encik Wan Kamarudin bin Man
Pemeriksa Kira-kira : Puan Mazirah binti Mad Zin
: Puan Uminorizawane bintI Maksoaradibi

: Puan Salwati binti Khalil @ Halim
: Puan Rosnita binti Ismail
: Encik Jaafar bin Noh
: Puan Mairina binti Mai
: Puan Nurazean binti Abdul Aziz

: Encik Rosli Suhaimi bin Noordin
: Puan Siti Nuratiqah binti Abdullah

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG
KALI KE-43 TAHUN 2021

Tarikh : 10 April 2021
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai Simpang Sanglang
Perasmian oleh : En. Nazri bin Bahari (Guru Besar SK Sanglang)
Kehadiran : 103 orang

1. En. Mohd Zaidi bin Mansor Yang Dipertua
2. En. Mohamad Sofi bin Mohamad Saad Naib Yang Dipertua
3. Pn. Monaliza binti Mohd Yusof Setiausaha
4. Cik Norashikin binti Ludin Bendahari
5. Pn. Rosliza binti Bahari AJK Ibu bapa / Penjaga
6. Pn. Uminorizawane binti Maksoaradibi AJK Ibu bapa / Penjaga
7. En. Wan Kamarudin bin Man AJK Ibu bapa / Penjaga
8. Pn. Roziela binti Abdul Ghani AJK Ibu bapa / Penjaga
9. Pn. Mazirah binti Mad Zin AJK Ibu bapa / Penjaga
10. Pn. Rosnita binti Ismail AJK Guru
11. Pn. Salwati binti Khalil @ Halim AJK Guru
12. Pn. Nurazean binti Abd Aziz AJK Guru
13. En. Mohamad Firdaus bin Rashid AJK Guru

Turut Hadir : Ex- Officio
1. En. Nazri bin Bahari Guru Penolong Kanan Pentadbiran
2. Pn. Rohana binti Hassan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3. En. Mohd Zainie bin Khalili Guru Penolong Kanan Kokurikulum
4. Cik Muzie Azirah binti Mat Salim (Google Meet)

Tidak Hadir (Bersebab) : AJK Guru
1. En. Jaafar bin Noh AJK Guru
2. Pn. Mairina binti Mai

1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG – EN. MOHD ZAIDI BIN MANSOR
1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat
Agung PIBG SK Sanglang Kali Ke-43 ini.

1.2 Beliau menyatakan bahawa walaupun dalam norma baharu, Mesyuarat Agung
PIBG perlu diadakan bagi mendapatkan cadangan dan pandangan.

1.3 Beliau mengharapkan sokongan penuh daripada ibu bapa supaya dapat
berganding bahu untuk membangunkan kecemerlangan anak-anak SK
Sanglang serta memajukan sekolah.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 7

1.4 Beliau mengingatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard
(SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan pihak sekolah.

1.5 Beliau juga turut memaklumkan jika terdapat sebarang kelemahan barisan AJK
PIBG, pihak ibu bapa boleh memberi teguran supaya dapat diperbaiki agar dapat
bersama-sama memajukan sekolah.

2.0 UCAPAN EX-OFFCIO – EN. NAZRI BIN BAHARI
2.1 Beliau mengucapkan kesyukuran kerana dapat bersama-sama hadir ke
Mesyuarat Agung PIBG SK Sanglang Kali Ke-43 pada kali ini.

2.2 Beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun ini, mengikut garis panduan
pelaksanaan Mesyuarat Agung PIBG dalam norma baharu, mesyuarat tidak
boleh diadakan dalam kawasan sekolah, tiada majlis penyampaian hadiah dan
hanya seorang wakil sahaja daripada setiap keluarga yang dibenarkan untuk
hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

2.3 Beliau juga memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini
diadakan secara pilihan sama ada bersemuka atau secara Google Meet.

2.4 Beliau juga memaklumkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah
ditetapkan dalam norma baharu.

2.5 Beliau memberitahu bahawa anak-anak di sekolah juga telah dilatih supaya
mengikut SOP semasa datang sekolah pada waktu pagi, waktu rehat dan pada
waktu balik sekolah.

2.6 Beliau memaklumkan kepada semua ibu bapa bahawa pihak sekolah telah
memilih Model 1, 2 dan 5 untuk model pulang dan datang ke sekolah mengikut
garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu:-
2.6.1 Model 1 : Ruang menunggu di dalam kawasan sekolah (Kantin)
2.6.2 Model 2 : Laluan terarah (Pintu A – Masuk dan Pintu B – Keluar)
2.6.3 Model 5 : Sistem Panggilan

2.7 Beliau mengingatkan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan
sekolah kecuali kepada ibu bapa murid-murid yang berkeperluan khas.

2.8 Pematuhan terhadap SOP di sekolah dipantau oleh Pegawai Jabatan
Pendidikan Negeri Perlis dan pihak polis yang datang dua hingga tiga kali
seminggu.

2.9 Beliau memaklumkan bahawa pelitup muka wajib dipakai dalam kawasan
sekolah.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 8

2.10 Beliau turut memaklumkan bahawa waktu yang telah ditetapkan untuk murid-
murid dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah ialah pada jam 7.15 pagi.
Namun begitu bagi mengelakkan kesesakan di luar pagar sekolah, murid-murid
dibenarkan masuk dan beratur di hadapan tempat mencatat suhu.

2.11 Beliau mengharapkan ibu bapa memahami masa yang telah ditetapkan untuk
murid hadir ke sekolah seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Beliau
mengharapkan tiada lagi rungutan berkaitan masa murid hadir ke sekolah.

2.12 Beliau memaklumkan kepada semua ibu bapa tentang maklumat sekolah :-
2.12.1 Pada tahun 2021 – jumlah guru adalah seramai 40 orang, staf seramai
9 orang, murid-murid seramai 336 orang dan seramai 21 orang
penghuni dalam Asrama Desa SK Sanglang kerana mengikut SOP.
Penghuni diutamakan kepada murid-murid tahun 6.
2.12.2 Calon UPSR 2021 adalah seramai 52 orang. Namun begitu pihak
sekolah belum menerima status ada atau tiada UPSR pada tahun ini
kerana masih menunggu keputusan KPM.
2.12.3 Kelas Tambahan untuk Tahun 2 dan Tahun 6 telah dijalankan. Tahun
2 diadakan kerana keciciran semasa di Tahun 1 pada tahun 2020 yang
belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
disebabkan oleh situasi pandemik covid-19 tahun lepas manakala
Tahun 6 sebagai persediaan UPSR 2021.
2.12.4 Aktiviti kokurikulum dijalankan secara dalam talian.
2.12.5 Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana memberikan
kerjasama mengambil lembaran kerja semasa PDPR.
2.12.6 Kelas KAFA berjalan seperti biasa termasuk pada bulan Ramadan.

2.13 Beliau mengharapkan kerjasama daripada semua ibu bapa dan meminta
mereka jika terdapat sebarang cadangan atau komen boleh maklumkan kepada
pihak sekolah sama ada kepada Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan
supaya dapat diambil tindakan agar dapat meningkatkan kecemerlangan
sekolah.

2.14 Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini dan
berharap sentiasa bersama-sama dengan pihak sekolah.

Pelantikan Pengerusi sementara iaitu En. Md Idrus bin Omar.

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-42
3.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Sanglang Kali Ke-42 telah dibentangkan oleh
Setiausaha PIBG, Pn. Monaliza binti Mohd Yusof untuk disahkan.
3.2 Dicadangkan oleh En. Mohd Zairy Anuar bin Usman.
3.3 Disokong oleh En. Ku Muhamad Farizan bin Ku Aziz

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 9

4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG TAHUN 2020
4.1 Laporan Tahunan PIBG Tahun 2020 telah dibentangkan oleh Setiausaha PIBG,
Pn. Monaliza binti Mohd Yusof untuk disahkan.
4.2 Dicadangkan oleh En. Shahrizan bin Ahmad.
4.3 Disokong oleh En. Mohd Shafrul bin Adenan

5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG YANG TELAH
DIAUDIT
5.1 Cik Norashikin binti Ludin memaklumkan bahawa sebanyak 50 peratus murid
yang membayar dana kecemerlangan pada tahun 2020.
5.2 Cik Norashikin binti Ludin selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan PIBG SK Sanglang yang berakhir 31 Disember 2020 untuk disahkan.
5.3 Dicadangkan oleh Pn. Zaiton binti Leman.
5.4 Disokong oleh Pn. Nor Hasida binti Omar.

6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020 DAN PELANTIKAN AJK BAHARU SESI 2021.
6.1 Pn. Noor Aslinda binti Zainudin mencadangkan supaya AJK PIBG sesi 2020
dikekalkan dan telah disokong oleh En. Syamsuri Hazman bin Abdullah.

7.0 MEMILIH AHLI JAWATANKUASA
7.1 AJK PIBG bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:-

Yang Dipertua PIBG : En. Mohd Zaidi bin Omar

Naib Yang Dipertua PIBG : En. Mohamad Sofi bin Mohamad Saad

Setiausaha : Pn. Monaliza binti Mohd Yusof

Bendahari : En. Muhamad Naim bin Shamsudin

AJK PIBG Ibu bapa / Penjaga : Pn. Rosliza binti Bahari

: Pn. Roziela binti Abdul Ghani

: En. Wan Kamarudin bin Man

: Pn. Mazirah binti Mad Zin

: Pn. Uminorizawane binti Maksoaradibi

AJK Guru : En. Jaafar bin Noh
: Pn. Mairina binti Mai
: Pn. Rosnita binti Ismail
: Pn. Salwati binti Khalil @ Halim
: Pn. Nurazean binti Abdul Aziz
: En. Mohamad Firdaus bin Rashid

Pemeriksa Kira-kira : En. Rosli bin Suhaimi
: Pn. Chiang Ling Mei

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 10

8.0 MEMBAHAS USUL-USUL
8.1 Usul daripada AJK PIBG
8.1.1 Derma PIBG dikekalkan sebanyak RM20 sekeluarga dan Dana
Kecemerlangan adalah sebanyak RM40 untuk setiap murid. En.
Shahrizan bin Ahmad mencadangkan supaya usul ini diterima.
- Usul diterima sebulat suara.

8.1.2 Mencadangkan ibu bapa yang berhasrat untuk menyumbangkan zakat
kepada pihak sekolah untuk disalurkan kepada murid-murid yang
memerlukan.

Maklum Balas oleh Tuan Guru Besar

8.1.2.1 AJK PIBG dan ibu bapa boleh menguar-uarkan usul ini dan
sumbangan zakat tersebut akan dimasukkan ke akaun PIBG
melalui pihak sekolah.
- Usul diterima sebulat suara.

8.2 Usul daripada Ibu bapa / Penjaga
8.2.1 Pn. Norsuzilawati binti Hamzah @ Ahmad mengusulkan supaya
mengadakan bonggol jalan raya agar kenderaan dapat
memperlahankan had kelajuan pemanduan di hadapan kawasan
sekolah.

Maklum Balas oleh Tuan Guru Besar
8.2.1.1 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa beliau telah memohon

daripada pihak JKR pada tahun 2020 untuk membaiki lampu
isyarat yang rosak. Namun begitu maklum balas yang diterima
daripada pihak JKR menyatakan tiada peruntukan untuk
membaiki lampu isyarat tersebut. Beliau memaklumkan bahawa
beliau akan membuat permohonan sekali lagi kepada pihak
JKR pada tahun ini. Berkaitan dengan bonggol jalan raya, beliau
akan merujuk kepada pihak JKR kerana mengadakan bonggol
jalan tertakluk kepada syarat jalan.

8.2.1.2 Berkaitan dengan pengawalan lalu lintas ketika waktu pagi dan
balik, jika ingin menggunakan khidmat Rela, mereka perlu
diupah mengikut jam. Manakala pengawal keselamatan sekolah
pula perlu ada insurans yang perlu dibayar oleh pihak sekolah.
Jadi, beliau memaklumkan hal ini memerlukan dana dan pihak
sekolah tidak mempunyai dana untuk membayar khidmat Rela
dan insurans pengawal keselamatan.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 11

8.2.2 Pn. Zaiwandi Ezani binti Zainon mengusulkan supaya waktu Kelas
KAFA bermula lewat 30 minit kerana anak tidak sempat untuk rehat dan
makan.
8.2.2.1 Usul ditolak kerana pembawa usul tidak hadir ke Mesyuarat

Agung PIBG SK Sanglang Kali Ke-43.

9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Pn. Halimah binti Ismail membuat aduan bahawa terdapat kes buli, mengugut
meminta wang dan mengejek serta berkasar sesama murid.
9.1.1 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah akan
menyiasat isu ini dan akan mencari jalan yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah ini.
Tindakan : GPK Hal Ehwal Murid

9.2 En. Mohd Zaidi bin Mansor meminta agar bantuan perlu diagihkan secara sama
rata.
9.2.1 Ustaz Mohd Zainie bin Khalili memaklumkan kepada ahli mesyuarat
bahawa pihak sekolah mempunyai data murid-murid yang diperoleh
daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) berdasarkan
maklumat yang diberikan oleh ibu bapa. Pihak sekolah akan
mengemaskini maklumat dalam APDM berdasarkan maklumat yang
diperoleh daripada borang yang diisi oleh ibu bapa.

9.2.2 Beliau memaklumkan data tersebut terpakai untuk semua bantuan
yang ada termasuklah Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Majils
Agama Islam Perlis (MAIPs).

9.2.3 Beliau juga memaklumkan bahawa kriteria kelayakan adalah tidak
sama mengikut setiap bantuan :-
9.2.3.1 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) – pendapatan isi rumah

RM3000 dan ke bawah yang melibatkan seramai 229 orang
penerima. BAP telah diagihkan kepada murid-murid yang layak
di dewan sekolah.
9.2.3.2 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) –

pendapatan isi rumah RM960 dan perkapita RM244. Bantuan
KWAPM masih dalam proses pemilihan.
9.2.3.3 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) – untuk miskin tegar
berdasarkan PGK Nasional semasa – Pendapatan isi rumah

RM604 dan perkapita RM151 yang melibatkan seramai 82
orang penerima.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 12

9.3 Pn. Norhana binti Che Mat meminta supaya pihak sekolah dapat memastikan guru
bertugas di pintu pagar hadir awal.
9.3.1 Ustaz Mohd Zainie bin Khalili memaklumkan waktu sepatutnya murid-
murid hadir ke sekolah ialah pada jam 7.15 pagi. Murid dibenarkan
masuk awal dalam kawasan sekolah dan beratur di kawasan mencatat
suhu sebab tidak mahu ramai murid berkumpul di luar pagar sekolah.
Hal ini mungkin akan menyebabkan seseorang menularkan gambar
murid-murid bersesak di hadapan sekolah dan akan menimbulkan
masalah jika sampai ke pengetahuan KPM.
9.3.2 Beliau turut memaklumkan bahawa guru-guru belum sampai jika murid
sampai terlalu awal ke sekolah kerana waktu pintu pagar dibuka ialah
pada jam 7.15 pagi.
9.3.3 Beliau berharap agar ibu bapa dapat memahami hal ini selepas
pencerahan yang diberikan ini.

9.4 Pn. Manjalina binti Mustafa mencadangkan supaya satu keluarga
menyumbangkan satu rim kertas A4 untuk kegunaan anak-anak di sekolah.
9.4.1 Mesyuarat memutuskan ibu bapa yang ingin menyumbangkan kertas
A4 kepada pihak sekolah amatlah dialu-alukan dan boleh diserahkan
kepada guru kelas atau pejabat sekolah.

9.5 Pn. Siti Zaleha binti Jasin memaklumkan bahawa anak beliau, Siti Norsyazliani
binti Shaharom dari Kelas 5 Bestari tidak dapat RMT.
9.5.1 Ustaz Mohd Zainie bin Khalili memaklumkan bahawa beliau akan
menyemak semula maklumat tersebut dan beliau akan maklumkan
kemudian.
Tindakan : GPK Hal Ehwal Murid

9.6 En. Mohd Zairy Anuar bin Usman mencadangkan kepada barisan AJK PIBG 2021
untuk mengadakan kelas tuisyen untuk kawasan Kuala Sanglang dengan
cadangan bayaran RM5.00 setiap kali hadir ke kelas tuisyen tersebut.
9.6.1 Tuan Guru Besar menyerahkan kepada YDP PIBG untuk dibincangkan
secara lebih terperinci dalam Mesyuarat AJK PIBG.
Tindakan : YDP PIBG / Setiausaha PIBG

9.7 Tuan Guru Besar mewakili pihak sekolah mencadangkan supaya pemilihan AJK
PIBG diadakan dua tahun sekali dan ahli mesyuarat menyokong sebulat suara
menerima cadangan yang diutarakan.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 13

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Tuan Guru Besar, En. Nazri bin Bahari mengucapkan terima kasih atas

cadangan dan komen yang diberikan dan beliau berharap agar mendapat
kerjasama yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah.

10.2 En. Mohd Zaidi bin Mansor, YDP PIBG, mengucapkan terima kasih kepada
semua ibu bapa yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK
Sanglang Kali Ke-43 ini,

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.10 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………..…………… ……………………………………...
(MONALIZA BINTI MOHD YUSOF) (MOHD ZAIDI BIN MANSOR)
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Sanglang, Perlis. SK Sanglang, Perlis.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 14

LAPORAN TAHUNAN PIBG SK SANGLANG SESI 2021/2022

1. PENDAHULUAN
1.1 Laporan tahunan ini mencakupi tempoh masa yang bermula dari
Mesyuarat Agung PIBG SK Sanglang Kali Ke-43 iaitu pada 10 April 2021
sehingga 3 Jun 2022.
1.2 Laporan ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PIBG SK
Sanglang bersama dengan warga pendidik SK Sanglang serta
sumbangan dana yang digunakan dalam menjalankan aktiviti
kecemerlangan akademik,kokurikulum, kebajikan serta sahsiah murid-
murid SK Sanglang.

SUMBANGAN / AKTIVITI PIBG DALAM BIDANG KURIKULUM 2021/2022
BIL PERKARA
1. Majlis Graduasi Murid-murid Tahun 6 secara dalam talian

SUMBANGAN / AKTIVITI PIBG DALAM BIDANG HAL EHWAL MURID 2021/2022
BIL PERKARA
1. Hadiah Kehadiran PdPR (Bulan Ogos dan September 2021)

SUMBANGAN / AKTIVITI PIBG DALAM BIDANG KOKURIKULUM 2021/2022
BIL PERKARA
1. Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan
2. Active Milo Peringkat Kebangsaan
3. Sambutan Hari Raya Aidilfitri

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 15

2. MESYUARAT AJK PIBG SK SANGLANG SESI 2021/2022

MESYUARAT TARIKH
10 April 2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 01 September 2021
16 April 2022
Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2 Jun 2022
(Pelantar Google Meet)
Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua

Mesyuarat Khas Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-44

KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2021/2022

BIL NAMA JAWATAN TARIKH MESYUARAT

1 EN NAZRI BIN BAHARI EX-OFFICIO 01.09.2021 16.04.2022 02.06.2022
2 EN MOHD ZAIDI BIN MANSOR YDP
3 EN. MOHAMAD SOFI BIN MOHAMAD SAAD NYDP ///
4 PN MONALIZA BINTI MOHD YUSOF
5 EN. MUHAMAD NAIM BIN SHAMSUDIN SETIAUSAHA / THS THS
6 PN ROSLIZA BT BAHARI BENDAHARI
7 PN UMINORIZAWANE BT MAKSOARADIBI AJK IBU BAPA ///
8 EN WAN KAMARUDIN BIN MAN AJK IBU BAPA
9 PN ROZIELA BINTI ABDUL GHANI AJK IBU BAPA ///
10 PN. MAZIRAH BINTI MAD ZIN AJK IBU BAPA
11 PN ROHANA BT HASSAN AJK IBU BAPA ///
12 PN MUZIE AZIRAH BT MAT SALIM PK1 (2021)
13 EN MOHD ZAINIE BIN KHALILI / THS /
14 PN MAIRINA BT MAI HEM
15 PN ROSNITA BT ISMAIL PK1 (2022) ///
16 PN SALWATI BT KHALIL@HALIM AJK GURU
17 EN JAAFAR BIN NOH AJK GURU ///
18 PN NORAZEAN BT ABD AZIZ AJK GURU
19 EN SYED ARIFF MANJA BIN SYED YAZIZ AJK GURU / THS THS
AJK GURU
///
PK KO
/

THS / THS

THS / THS

/ THS /

/ / THS

///

/ THS /

///

/ THS

• Hadir - /
• Tidak Hadir – TH

• Tidak Hadir Bersebab - THS

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 16

PENYATA KEWANGAN PIBG
BERAKHIR 28 FEBRUARI 2022

Tarikh Pendapatan Jumlah Tarikh Perbelanjaan Jumlah
(RM) 31/8/21 (RM)
Baki terdahulu Serah pada Cikgu Norashikin duit
3 403.80 photostat bahan 90.50

28/2/22 Baki dalam Agrobank 1 584.13 31/8/21 Serah duit kepada PKHEM (Hadiah 300.00
28/2/22 Baki dalam Bank Rakyat 5 075.52 14/9/21 PDPR bln Ogos) 350.00
28/2/22 Baki dalam tangan (Cash) 1000.00 5/10/21
5/10/21 Serah duit kepada Kerani (Hadiah 73.30
PDPR bulan 9) 738.00

Serah duit kepada Cikgu Suhaidah
photostat bahan.

Serah duit kepada Kerani (Mesin
Photostat sekolah ) – Kak Sue

27/10/21 Serah duit kepada Ust Shazafudin 250.00
27/10/21 (Pantun Kebangsaan)- 5 orang 100.00
29/11/21
7/12/21 Serah duit kepada Cikgu Mairina 47.80
31/12/21 (Kebangsaan Active Milo)- 2 orang 39.00
565.20
8/2/22 Serah duit kepada Cikgu Mairina 306.00
16/2/22 (Photostat bahan) 350.00
16/2/22 194.00
28/2/22 Serah duit kepada Cikgu Rosimah 1 584.13
(Photostat bahan)

Serah duit kepada Kerani
(Photostat kedai Simpang 4)

Serah duit kepada PKKO (Fail
murid tahun 6 (49 orang)

Serah duit kepada Ustazah Faridah
(Kecemerlangan UPKK)

Serah duit kepada PKKO
(Kecemerlangan murid tahun 6)

Baki dalam Agrobank

28/2/22 Baki dalam Bank Rakyat 5 075.52

28/2/22 Baki dalam tangan (Cash) 1000.00

JUMLAH BESAR 11 063.45 JUMLAH BESAR 11 063.45

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh:

.......................................... ........................................... ..........................................
(Muhamad Naim) (Siti Nuratiqah Bt Abdullah) (Mohd Zaidi Bin Mansor)
Bendahari PIBG Juruaudit Dalaman YDP PIBG

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 17

USUL / CADANGAN

USUL / CADANGAN DARIPADA AJK PIBG SK SANGLANG
SESI 2021/2022

BIL USUL / CADANGAN PENCADANG
Meroboh dan membina semula Surau Nurul AJK PIBG
AJK PIBG
1.
Islah SK Sanglang. AJK PIBG

2. Kadar sumbangan PIBG adalah sebanyak

RM75. Berikut adalah agihan sumbangan

PIBG:-

a. RM30 – satu keluarga
b. RM45 – satu murid

3. Jawatankuasa bersetuju untuk mengagihkan

peruntukan sumbangan PIBG kepada

beberapa pecahan berikut :-

i. Akademik

ii. Hal Ehwal Murid

iii. Kokurikulum

iv. Pembangunan Sekolah

v. Sumbangan luar

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 18

USUL / CADANGAN

USUL / CADANGAN DARIPADA IBU BAPA PENJAGA

BIL USUL / CADANGAN PENCADANG
1. Mencadangkan supaya Kelas KAFA bermula

dari jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang Uminorizawane binti
kerana anak-anak Tahap 2 tidak sempat untuk Maksoaradibi

bersiap, makan dan solat.

2. Tandas sekolah kotor dan berbau serta kerap Jeffri bin Yeen
tiada bekalan air.

3. Guru dapat memantau makanan yang dijual di

kantin. Makanan tidak berkualitti dan tidak

mencukupi. Murid mengambil masa yang lama Mazirah binti Mat Zain
untuk mendapatkan makanan sehingga

mengambil masa belajar dan ada murid yang

tidak mendapat makanan pada waktu rehat.

4. Mencadangkan supaya pihak koperasi sekolah

tidak menjual barangan yang tidak berfaedah
kepada murid-murid sekolah. Minta pihak Wan Kamarudin bin Man

berkenaan ambil berat tentang perkara tersebut.

5. Mencadangkan program memberi galakan

kepada anak-anak supaya anak-anak Siti Aminah binti Ibrahim
semangat untuk belajar di sekolah.

6. Mencadangkan supaya dikekalkan kelas KAFA

supaya anak-anak lebih mengenal Al-Quran Ali bin Man
dengan baik.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANGLANG KALI KE-44 19


Click to View FlipBook Version