The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LU NGUK KIEW Moe, 2021-03-14 22:00:33

BAHAGIAN IV- INHALAN

BAHAGIAN IV- INHALAN

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK ST ANTHONY SARIKEI

MESEJ 5 MINIT ANTI DADAH

SEMPENA PERINGATAN HARI ANTIDADAH
KEBANGSAAN 2021

BAHAGIAN IV

INHALAN

PENGENALAN INHALAN

Inhalan atau agen inhalasi termasuk dalam kelas dadah berbentuk gas atau wap
yang disalahguna secara inhalasi. Inhalasi bermaksud menghidu gas sama ada
melalui hidung atau mulut sehingga gas itu sampai ke paru-paru. Agen ini
wujud di dalam pepejal atau cecair meruap (volatile) yang menghasilkan gas
pada suhu bilik. Penagihan agen ini tidak memerlukan peralatan khas seperti
jarum, straw, daun, sudu, botol, batang betik dan mentol lampu. Kebanyakan
penagih golongan ini merupakan kanak-kanak dan remaja.

Kesan-Kesan Pengambilan Inhalan
Kebanyakan inhalan berbentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih
khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang
banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan
akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Penagih juga akan berasa loya
dan muntah. Jika muntah ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat
tersedak dan kesesakan nafas.

PENGENALAN INHALAN

Mengenal Ciri-ciri Penagih Inhalan
• Tanda-tanda penagihan inhalan dalam kalangan murid-murid:
• Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik tidur.
• Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau pakaian.
• Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan hidung.
• Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung berair.
• Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian yang

telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan di dalam laci
atau almari di bilik tidur.
• Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan,
pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus.
• Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah marah
dan murung.

PENGENALAN INHALAN

Kenapa Inhalan Sangat Bahaya
• Kematian yang mengejut akibat tersedak dan sesak nafas.
• Merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, buah pinggang, darah dan sum-

sum tulang.
• Kuantiti bahan inhalan yang sedikit tetapi boleh menyebabkan penagih berasa khayal.

Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan
khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu
hingga dua jam.
• Bahan inhalan mudah diperolehi di kedai-kedai barangan logam dan tiada kawalan
pembelian.
• Disukai oleh remaja kerana harganya murah dan sukar dikenalpasti oleh ibu bapa
sehinggalah penagih pada tahap ketagihan yang teruk.
• Ramai orang tidak menganggap inhalan sebagai dadah kerana bahan inhalan digunakan
sebagai bahan kegunaan di rumah.
• Remaja tidak mengetahui bahan-bahan inhalan boleh menyebabkan ketagihan yang
kronik.

BAHAYA MENGHIDU INHALAN

Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda
seperti berikut :

Bil. Tempat Simpton
1 Deria - Sensitif kepada cahaya
- gatal mata
(Sensory System) - penglihatan berkembar
- telinga berdesing/ berdengung
2 Sistem-sistem pernafasan - sesak nafas
(respiratory dan cerdial - sakit dada dan rasa tidak selesa
system) - degupan jantung yang tidak normal

3 Lain-lain - sakit-sakit otot dan sengal sendi

BAHAYA MENGHIDU INHALAN

Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam
masa yang singkat mungkin menyebabkan :
• Ketidakserasian (disorientation)
• Kehilangan kawalan diri
• Tidak sedarkan diri/pengsan
• Sawan (serangan otak dengan tiba-tiba)
• Kurang penyelarasan pergerakan otot
• Refleksi/ gerakan yang berkurangan (depressed reflexes)
• Hidung berdarah, mata merah dan nafas berbau
• Pening kepala selama beberapa hari.

KESAN JANGKA PANJANG MENGHIDU INHALAN

Penggunaan inhalan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan
perkara-perkara berikut :
1. Kelesuan / pucat
2. Hilang daya ingatan
3. Kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras
4. Cepat dahaga
5. Susut berat badan
6. Kemurungan
7. Panas baran
8. Pemarah
9. Perasaan teraniaya
10.Pengurangan pembentukan sel darah dalam sum-sum tulang.

KESAN JANGKA PANJANG MENGHIDU INHALAN

Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan semula
(reversible) jika penggunaan inhalan dihentikan. Penghiduan wap
pekat yang dilakukan berulang kali dalam tempoh masa yang
berlanjutan boleh menyebabkan :
• Kerosakan sistem saraf pusat yang kekal dan mungkin tidak dapat

dipulihkan kembali;
• Penurunan keupayaan jasmani dan mental;
• Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang;
• Kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang

tidak tetap dan kesukaran bernafas.

KESAN KEPADA TUBUH BADAN

Wap yang disedut dari bahan pelarut atau aerosol akan
masuk dengan cepat ke dalam aliran darah melalui paru-
paru, kemudian ianya teredar dengan cepat sekali ke dalam
organ yang mempunyai edaran darah yang besar seperti
otak dan hati. Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke
dalam sistem saraf pusat menyebabkan banyak kelemahan
kepada fungsi badan termasuk tarikan pernafasan dan
degupan jantung.

KESAN PENGAMBILAN INHALAN
(KERATAN AKHBAR)

KESAN PENGAMBILAN INHALAN

(KERATAN AKHBAR)

Berdasarkan keratan akhbar di atas, rumusan yang dapat dibuat ialah
• Perbuatan menghidu gam lebih buruk berbanding penyalahgunaan dadah

kerana ia mampu merosakkan organ dalam badan dalam tempoh yang
singkat.
• Kekurangan ilmu serta maklumat berkaitan inhalan menyebabkan
masyarakat memandang enteng gejala tidak sihat ini.
• Gejala pengambilan inhalan ini bertumpu di kawasan pedalaman dan estet.
• Namun, gejala ini juga merebak dan sering membabitkan kanak-kanak dan
remaja yang menetap di flat perumahan kos rendah.

Kesan hidu gam dalam masa 6 bulan :

– Kesan kepada jantung
– Kanser Hati
– Kerosakan organ dalaman termasuklah buah pinggang, otak dan paru-paru.

JENIS-JENIS INHALAN

1. Pelarut/cecair

– Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen
– Meruap pada suhu bilik
– Mudah dan senang didapati
– Thinner, pembersih cat, cecair dobi, gam, cecair pemadam dan cecair penanda

2. Bahan gas

– Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida
– Pelali perubatan contoh eter, kloroform dan halothane
– Digunakan dalam produk di rumah

3. Aerosol

– Pemetik api, pewangi,penyembur rambut, pelindung fabrik
– Cecair yang mengandungi penyembur dan pelarut

4. Bahan nitric

– Bertindak merangsang sistem pusat
– Climax, popers, rush dan locker room

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

• Sentiasa sedar, waspada serta ambil tahu tentang masalah ini dengan cara mendapatkan
maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan
dan cara-cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi dalam kalangan anak-anak, anak
murid atau rakan-rakan anda.

• Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang bahaya merokok,
minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan.

• Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan pelarut dan
produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk
mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada.

• Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan oleh anak sekiranya kuantiti
yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut.

• Sekiranya anda mengenalpasti sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda,
dampingi mereka dan mula berbincang mengenai perkara yang membimbangkan anda.
Jangan melengahkan tindakan anda.

• Elakkan sikap ‘tidak apa’. Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan
membunuh orang tersayang.

Sekian,
terima kasih

“LEBIH BAIK CEGAH”
“DADAH TERKAWAL 2025”


Click to View FlipBook Version