The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1125-16-nurainul, 2021-12-28 02:40:39

BUDAYA & TRADISI MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA

combinepdf (1)

DLO SJHK 1084
BUDAYA &
TRADISI

MASYARAKAT
MAJMUK

INTO THE

KUMPULAN 2

BUDAYA DAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

Budaya perkahwinan masyarakat melayu terdiri daripada enam adat. Adat yang pertama
adalah dari segi merisik. Islam tidak melarang umatnya untuk merisik calon pilihannya bahkan
ia lebih disarankan. Tujuan merisik adalah untuk mengetahui bahawa bakal calon itu sama
ada telah berpunya ataupun tidak di samping mengenali calon pilihan itu dengan lebih dekat.
Merisik juga bertujuan untuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon serta rupa
fizikal calon itu. Adat perkahwinan yang kedua bagi masyarakat melayu adalah adat
meminang.

Terdapat enam langkah adat merisik dan meminang. Yang pertama adalah memilih wakil bagi
pihak lelaki di mana keluarga pihak lelaki akan memilih wakil saudara yang rapat untuk
bertemu dengan ibu bapa pihak perempuan bersama mereka. Pihak lelaki sepatutnya
membawa bilangan rombongan yang bersederhana sahaja. Langkah yang kedua adalah
menyampaikan hajat risikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kebiasannya, pihak
lelaki akan memberitahu terlebih dahulu kepada pihak perempuan sebelum ingin pergi
merisik.

Langkah yang seterusnya adalah pihak lelaki akan merisik calon pilihan tersebut dan salah
satu caranya adalah pihak lelaki akan menghantar juru cakap bagi memeriahkan lagi suasana
majlis merisik tersebut. Ada juga yang berpantun semasa majlis merisik ini. Langkah yang
keempat adalah masa pertimbangkan risikan bagi pihak perempuan di mana kebiasaannya
ibu bapa pihak perempuan akan meminta masa untuk mempertimbangkan risikan tersebut.
Walaupum mungkin anak mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain dan sudahpun
bercinta, adat memberi masa itu masih lagi dititikberatkan.

Langkah yang kelima bagi adat perkahwinan masyarakat melayu adalah pihak perempuan
akan memberi jawapan kepada pihak lelaki. Jika pihak perempuan tidak berpunya dan
menerima lamaran pihak lelaki, tarikh meminang boleh ditetapkan dan sebentuk cincin yang
dipanggil cincin belah rotan akan diberikan kepada pihak perempuan sebagai tanda
penghargaan. Sekiranya si gadis bersetuju, cincin tersebut akan diambil dan tidak akan
dipulangkan kembali. Wakil pihak lelaki lazimnya terdiri daripada ibu bapanya sendiri ataupun
ibu bapa saudara yang akan menghulurkan cincin tersebut.

Langkah yang terakhir bagi adat perkahwinan masyarakat melayu adalah majlis meminang
bagi pihak lelaki. Ibu bapa anak lelaki akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-
dua pihak serta bersama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk
meminang. Apabila sudah memasang niat untuk memperisterikannya, lelaki-lelaki lain haram
untuk meminangnya. Maka, si gadis sudah menjadi ikatan di sebilik cincin belah rotan yang
diterimanya.

Adat perkahwinan yang ketiga bagi masyarakat melayu adalah adat bertunang di mana pihak
lelaki akan menghantar wakil ahli keluarganya untuk upacara bertunang. Majlis kenduri akan
diadakan secara kecil-kecilan di rumah keluarga perempuan. Hantaran yang terdiri daripada
tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama yang diberikan. Sebentuk cincin beserta
dengan hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih muih, pakaian dan lain-lain
lagi.

Adat perkahwinan yang seterunsya adalah majlis akad nikah yang bermaksud ijab qabul yang
merupakan ikrar pernikahan. Ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul
pula dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses
atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah juga boleh dijalankan oleh wali atau
diwakilkan kepada seorang jurunikah. Adat yang terakhir adalah majlis perkahwinan yang
mana menurut kamus dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dijalankan sejak
dahulu kala manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat diikuti.

Antara adat perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat melayu ialah walimatul
urus iaitu majlis perkahwinan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberitahu kepada
masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya dapat mengelakkan
fitnah. Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatul urus iaitu
upacara rewang, mandi limau, menyambut menantu, cukai pintu dan makan beradab.

Seterusnya adalah adat orang melayu semasa mengandungkan anak. Yang pertama adalah
upacara melenggang perut yang mana akan dilakukan kepada wanita yang mengandung anak
sulung ketika kandungan berusia antara tujuh atau lapan bulan. Tujuan upacara ini dilakukan
adalah untuk membetulkan kedudukan bayi dalam perut dan membuang geruh dan
kecelakaan yang mungkin menimpa pada wanita hamil yang akan bersalin nanti. Semasa
bersalin, kebiasaannya akan diuruskan oleh keluarga berkenaan dan tempoh kehamilan yang
mencapai sehingga dua belas bulan dipanggil sebagai bunting kerbau.

Selepas melahirkan anak, upacara azan atau lebih dikenali sebagai ‘qamat’ akan dilakukan
sama ada oleh datuk ataupun bapa bayi tersebut. Bayi lelaki akan diazankan pada kedua-dua
belah telinganya manakala bayi perempuan akan diiqamatkan. Selepas bayi dilahirkan,
upacara bersunat ataupun lebih dikenali sebagai berkhatan akan diadakan. Bagi bayi
perempuan, upacara ini akan diadakan ke atasnya ketika dia masih kecil iaitu ketika likungan
umur setahun atau lebih. Adat ini akan dilakukan oleh bidan. Bagi bayi lelaki pula, adat ini
akan dilakukan ke atasnya ketika dia berumur 8 hingga 12 tahun adat ini akan dijalankan oleh
Tok Mudim.

Selain itu, terdapat juga adat kematian bagi masyarakat melayu. Apabila berlaku kematian,
keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkn
kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Mayat akan diletakkan di
ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai
kain. Keoalanya dihadapkan kea rah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan. Orang
yang menziarah si mati. Akan menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran.

Sebelum dikebumikan, mayat perlu dimandikan dengan tertib dan cermat dan mayat harus
dikebumikan dengan secepat yang mungkin. Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,
seorang wakil si mati akan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati sekiranya beliau
pernah berbuat kesilapan terhadap seseorang dan akan meminta mana-mana hutang si mati
yang belum dijelaskan agar dihalalkan ataupun si penuntun boleh menuntutnya pada waris si
mati. Seterusnya mayat akan disolatkan. Semasa pengebumian, kaum lelaki digalakkan
menghantar jenazah hingga ke kubur manakala kaum wanita kurang digalakkan kerana
dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut.

Sebelum ditimbus, sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup
keranda itu dan mengiringkan mayat serta membukakan ikatan di kepala. Kepala mayat akan
disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan telinganya, barulah
keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nisan tertulis nama, tarikh lahir dan
tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca
talkin akan dijalankan oleh tok imam. Air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian
kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian, bunga rampai pula ditabur.

Selepas kematian, kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati
selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh,
keempat puluh empat atau keseratus hari. Ada juga masyarakat melayu yang melakukan adat
turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di
sekeliling pusara tersebut selepas serratus hari seseorang itu meninggal dunia. Bagi pakaian
si mati, mayat akan dibalut dengan kain kafan. Ini bertujuan untuk memelihara kehormatan
dalam proses membalut mayat menggunakan kain supaya bahagian sulitnya tidak dapat
dilihat oleh orang lain.

BUDAYA DAN TRADISI MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA

Penganut yang beragama hindu di Malaysia akan menyambut hari Deepavali sebagai hari
perayaan mereka. hari Deepavali ini akan disambut pada hari ke 14 bulan Aippasi dalam
kalendar Tamil. Tujuan utama Deepavali ini disambut adalah untuk meraikan hari
kemenangan Maha Khrishnan kea ta Raja Naragasuri yang kejam. Ia juga diraikan untuk
memberi peringatan kepada mereka yang baik mengenai godaan syaitan dan hantu. Hari
Thaipusam pula akan disambut bagi meraikan salah satu dewa Hindu, iaitu Lord Murugan.
Hari thaipusam ini akan disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.

Bagi kepercayaan beragama Hindu, Thaipusam merupakan hari untuk menghapuskan dosa
dan bertaubat sepenuhnya atas dosa-dosa yang lepas. Penganut agama Hindu akan
membawa patung Dewa Subramaniam di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi.
Membawa ‘kavadi’ di atas bahu sebagai tanda membayar nazar bertaubat pada Dewa
Subramanian. Seterusnya adalah hari Thaiponggal yang merupakan hari perayaan menuai
yang akan diraikan mengikut kalendar Hindu. Ia juga kan disambut berbeza dari tempoh
menuai yang sebenar. Biasanya akan diraikan pada minggu kedua pada bulan Februari.

Bagi adat dalam perkahwinan pula, masyarakat india akan melalui fasa merisik terlebih
dahulu. Beberapa aspek diberikan oleh masyarakat india dalam merisik pasangan iaitu dari
segi etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor ekonomi dan status sosial pasangan juga akan
dinilai terlebih dahulu sebelum pasangan bersetuju untuk berkahwin. Hal ini kerana latar
belakang sosial pasangan perlulah sepadan dengan pasangannya agar perkahwinan yang
dirancang dapat dijalankan tanpa berlakunya perbezaan hidup pasangan.

Seterusnya adalah fasa pen paarttal yang bermaksud bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi rumah pengantin perempuan untuk melihat wajah serta perawakan pengantin
perempuan. Wakil lelaki haruslah datang dengan jumlah yang ganjil. Wakil lelaki juga akan
membawa hantaran dan jika bakal pengantin perempuan tidak berminat, dia akan melayan
wakil lelaki sebagai tetamu sahaja tanpa mengambil hantaran yang dibawa. Adat ini dilakukan
pula oleh wakil pengantin perempuan tetapi tidak disertai oleh pasangan melihat pengantin
masing-masing secara lebih dekat.

Fasa yang seterusnya adalah niccayam atau ikat janji. Selepas mendapat persetujuan antara
kedua-dua belah pihak, wakil lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan dengan
bilangan ganjil sambal membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, buah
buahan cendana dan Kumkum. Bakal pengatin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji
lalu perkahwinan akan diumumkan. Bakal pengantin lelaki dan perempuan akan bertukar sirih
pinang yang dikenali sebagai taambulan marrutl untuk symbol ikatan dimeterai.

Selepas itu adalah fasa adat parisam yang terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan udan
parisam. Pihak lelaki perlu memberi hantaran yang dibuat oleh wanita yang sudah berkahwin
kepada pihak perempuan dan pihak perempuan pula akan menyediakan buyung di ruang
tamu. Lampu minyak pula akan diletakkan di sebelah buyung lalu upacara sembahyang
dilakukan dan bapa pengantin perempuan akan memberi sari parisam kepada anak
perempuannya. Pengiring pengantin akan memberikan kad jemputan kepada kedua-dua
belah pihak.

Adat yang kelima adalah penyediaan thaali yang merupakan lambang suci di leher pengantin.
Thaali tersebut akan dikalungkan dan diikat dengan benang putih dicalit serbuk kunyit.
Langkah ini akan dilakukan pada 7-9 hari sebelum perkahwinan dan thaali akan diletakkan di
tempat sembahyan. Pihak pengantin dilarang manawar perkhidmatan kepada pembuat thaal.
Upacara sembahyang (thaalippadaiyal) dilakukan dan bubur serta nasi manis dihidangkan
kepada keluarga.

Adat perkahwinan yang keenam pula adalah kad jemputan. Kad jemputan ini dibuat
berdasarkan almanak hindu dan jika terdapat kesalahan maka perkahwinan akan tidak
berjalan dengan lancar. Kadkahwin akan dicalit serbuk kunyit cair dalam melambangkan
keharmonian. Beberapa kad jemputan dalam bilangan ganjil dibawa ke kuil dan diletakkan di
dalam dulang bersama sirih dan wang yang melambangkan kekayaan. Dulang tersebut akan
dibawa balik oleh pengantin lelaki dan diberi kepada pengantin peremouan dan begitu
sebaliknya. Sirih pinang akan diberikan sebagai jemputan perkahwinan secara rasmi.

Adat perkahwinan yang ketujuh pula adalah adat mukuurtta kaal di mana adat ini dilakukan
5 hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat ini dilakukan pada hari yang. Baik
mengikut firasat masyarakat india. Dalam adat ini, sebatang pokok pisang muda yang
panjangnya antara 2-3 meter yang mempunyai lilitan batang pokok 30 cm akan ditebang lurus
untuk digunakan dalam adat ini. Adat yang terakhir adalah majlis kahwin yang dipanggil
sebagai kanggenam. Adat ini bermula dengan sebatang pokok lurus ditanam dan disapu
serbuk kunyit tiga hari sebeum hari perkahwinan. Pengantin lelaki dilarang keluar rumah tiga
hari sebelum hari perkahwinan. Pedanda akan menabur Sembilan jenis bijirin selepas upacara
menyarung cincin.

Masyarakat india juga mempunyai adat-adat mereka tersendiri ketika mengandung
sehinggan melahirkan anak. Semasa mengandung, adat Valaikaappu adalah adat yang
dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga Sembilan
bulan. Ibu mengandung juga akan dipakaikan gelang yang dipanggil sebagai Suulkaappu
manakala gelang kaca, pancalogam dan emas dipakai mengikut kemampuan masing-masing.
Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan
bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada dari pemberian nama.

Setelah kelahiran, bayi akan dibisikkan dengan nama tuhan. Perkara yang dibisikkan adalah
Gayatri Mantiram. Ia disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi
tersebut kerana perbuatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.
Seterusnya adalah upacara memotong tali pusat bayi yang mana ia akan dipotong dan terus
ditanam bersama-sama dengan uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah. Duit tembaga,
serbuk kunyit, garam dan pinang. Selepas lahir, bayi juga akan disapukan madu yang
bercampur dengan minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai yang merupakan campuran
minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan.

Selepas daripada itu, bayi yang sudah dilahirkan akan dibawa pulang ke rumah. Dulang yang
mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang
dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan arah jam. Dulang
juga akan dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya, bayi akan dimandikan menggunakan air
suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Susu juga digunakan sebagai
bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Bayi akan ditonggengkan dengan mengangkat
kedua belah kaki sambal menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak.

Selain itu, masyarakat india juga mempunyai adat kematian mereka. Mereka mempercayai
bahawa konsep kelahiran semula bahawa kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan
bangun selepas tidur. Sarjana india juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan
jasad manakala jasad akan hancur tetapi roh kembali ke alam barzakh. Mayat masyarakat
india akan dibakar atau dikebumikan. Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat
akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu
minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dan dinyalakan. Kemudian, sebiji kelapa
terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati.

Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah
si mati dibalut dengan menggunakan kain. Kunyit akan disapu pada mata untuk membunuh
kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan
dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Mayat akan
dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah.
Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat
perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.

Seterusnya adalah upacara vaaikkarisi iaitu setelah dimandikan dan dihias dengan cantik,
mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat
tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai
menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Thaali vaangutal pula
merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam
sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang
isteri setelah suaminya meninggal dunia.

Semasa pengebumian pula, keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri
liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan mengubah bahagian kaki ke kubur dan kemudian
bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan.
Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau
diletakkan di atas kayu api untuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan
diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan
mayat dikebumikan. Setelah itu, upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada
disitu.

Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali
mengikut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti
dengan menyebut ‘sorkam seer, kaiulaasam seer’ berulang kali. Pada pusingan ketiga,
pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap
mayat. Kemudian, tiga batang kayu yang menyala akan dibakar dan disusun ke tanah satu
persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati.

Masyarakat Cina mempunyai adat resam dan pantang larang yang unik. Kehidupan mereka
banyak bergantung pada persekitaran dan alam sekeliling yang menyebabkan mereka
bergantung kepada nasib. Tukang tilik berperanan penting dalam pelbagai aspek kehidupan
mereka. Adat resam dan pantang larang yang diamalkan adalah berbeza mengikut kaum-
kaum tertentu dalam masyarakat Cina.

Dari perspektif yang prima, adat dan tradisi kelahiran bagi masayarakat cina di Malaysia
terbahagi kepada tiga iaitu pantang larang semasa mengandung, pantang larang selepas
melahirkan anak dan pemberian nama. Antara pantang larang semasa mengandung ialah
wanita mengandung akan sentiasa diberikan kawalan yang ketat di dalam semua aktiviti
harian mereka, masyarakat cina lebih mementingkan anak lelaki kerana anak lelaki boleh
meneruskan/melanjutkan keturunan mereka melalui perwarisan nama nenek moyang, Ibu
mertua merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami, ibu mengandung tidak dibenarkan melakukan aktiviti seperti memaku atau
mengalihkan perabot seperti katil kerana dikuatiri akan menyebabkan bayi yang
dikandungkan akan mengalami kecacatan.

Beralih kepada pantang larang yang seterusnya iaitu pantang larang selepas melahirkan
anak. Sebagai contoh, Wanita yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin, pusat bayi
yang baru dilahirkan akan diikat dan dilitkan dengan sehelai pada perutnya. Dari segi
permakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang diperbuat daripada beras
yang direndam dalam masakan bersama dengan ayam, halia dan lada untuk memberikan
tenaga kepada si ibu. Mencegah idealisme yang terakhir, nama orang cina terdiri daripada
tiga patah perkataan. Dimulakan dengan nama keluarga. Patah perkataan kedua merupakan
nama segenerasi di kalangan adik beradik dan saudara. Nama ketiga merupakan nama
panggilan sendiri. Sistem nama yang baik perlu mempunyai makna yang baik dan unsur ying
dan yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik dan cina. Nama tersebut juga mesti
mempunyai lima unsur iaitu emas, kayu, api, tanah dan air.

Beralih kepada perspektif yang berbeza iaitu upacara adat dalam perkahwinan masyarakat
Cina. Terdapat 3 upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina iaitu Perkahwinan Sivil,
Upacara minum the dan Jamuan makan. Melabuh ke pangkalan isi yang seterusnya,
Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402-221 SM. Sebelum zaman
moden,perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin.Sebaliknya,keluarga
pengantin perempuan memilih bakal suaminya.Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan
untuk menjaga nama keluarga,serta keperluan bapa dan suaminya. Walaupun China
mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza,terdapat 6
upacara pada umumnya dikenal sebagai tiga aksara dan enam etiket.

Beralih kepada upacara yang seterusnya iaitu upacara minum teh. Ketika di rumah pihak
lelaki,pasangan pengantin tersebut akan melutut sebanyak 3 kali. Pengantin perempuan akan
memberikan minuman teh kepada keluarga dan saudara mara mengikut pangkat. Yang
menerima minuman teh akan memberikan hadiah yang berbentuk barang kemas atau Li Shi
kepada pengantin perempuan. Dalam masyarakat Cina terdapat 3 cara pembubaran
perkahwinan. Yang pertama ialah penceraian tanpa kesalahan, yang kedua ialah
pembubaran perkahwinan melalui mandat negara dan yang terakhir ialah pengisytiharaan
penceraian satu pihak oleh suami oleh kerana sebab yang tertentu seperti isteri tidak taat

kepada suami, isteri tidak boleh melahirkan anak lelaki, isteri tidak berkelakuan baik, isteri
berpenyakit kronik dan isteri suka mencuri.

PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA SI MATI

Menyingkap indikator yang seterusnya iaitu adat resam kematian kaum Cina. Jika berlaku
kematian seseorang, mayat akan dibersihkan dan dimandikan dan disapu dengan minyak
wangi serta disolekkan. Mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik seperti pakaian
pada hari perkahwinan. Ahli keluarga, saudara mara serta sahabat dikehendaki untuk
menangis dan meratap pemergian si mati dan tangisan ini perlu dilakukan dengan lebih kuat
apabila si mati diletakkan di ruang tamu dan diusung ke kawasan perkuburan. Tujuan tangisan
ini adalah untuk menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan sahabat. Mantera akan
dibacakan sebelum mayat dibawa ke jirat atau kubur dan seterusnya dibawa ke jirat untuk
dikebumikan.

SEMASA MENGIRING MAYAT KE JIRAT

Pelbagai jenis lagu akan dimainkan semasa mengiring mayat dan lagu yang dimainkan
berbentuk keagamaan atau tradisional. Ahli keluarga si mati akan memakai baju yang
bewarna gelap dan baju merah dan berbunga dilarang sama sekali kerana dianggap
mempersendakan si mati ataupun keluarga. Ketika mayat dibawa dengan lori khas, beberapa
kertas disalut logam akan dicampakkan sepanjang perjalanan ke jirat.

SEMASA PENGEBUMIAN

Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan harta milik si mati ke dalam kubur
untuk menunjukkan darjat dan kekayaan si mati ketika hidup dan amalan tersebut telah kurang
diamalkan.

PAKAIAN

Warna ketika adat berkabung ialah hitam dan putih. Pakaian berkabung kaum Cina yang
memakai pakaian serba putih, topi putih dan diperbuat daripada kain blacu digelar hao lam.
Mereka percaya dapat membantu meringankan penderitaan si mati. Pakaian warna hitam
dipakai bagi melahirkan rasa sedih mereka. Suami dan isteri yang kematian pasangannya
akan berkabung (memakai pakaian hitam) dengan lebih lama.

PERAYAAN-PERAYAAN KAUM CINA

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia kerana
menandakan kedatangan tahun baru mengikut kalendar mereka. Masyarakat Cina
mempercayai bahawa terdapat 12 haiwan yang menaungi kalendar mereka. Tikus, lembu,
harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setelah
selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara 'shuo sui', yang
dipercayai akan memanjangkan umur orang. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga
akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Tepat tengah malam, mercun
dan bunga api akan dibakar yang menandakan sambutan tahun baru bermula. Tahun Baru

Cina akan diraikan dengan jamuan yee sang dan juga kuih bakul. Ahli keluarga yang telah
berumah tangga akan memberikan 'angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum
berkahwin.

Hari Chap Goh Mei merupakan penutup bagi perayaan tahun baru Cina kerana ia diadakan
pada hari kelima belas selepas tahun baru Cina. Disambut dengan mengadakan upacara
sembahyang secara besar-besaran dan diadakan makan besar bersama ahli keluarga. Untuk
meraikan Chap Goh Mei, bunga api akan dibakar dan tanglung akan dinyalakan.
Persembahan kebudayaan Cina seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa dan
mengimbangi bendera besar "Chingay" akan diadakan pada waktu malam yang menandakan
perayaan Chap Goh Mei.

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina
menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 SM - 1341 M). Disambut pada
hari kelima belas pada bulan ke lapan mengikut kalendar Cina. Perayaan ini disambut dengan
perarakan tanglung pada malam perayaan. Hidangan istimewa pada perayaan ini ialah Kuih
Bulan itu sendiri. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah telah disebarkan melalui
surat yang diletakkan dalam kuih bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang mengatakan bahawa kuih bulan ini dibuat sebagai persembahan
kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur tidak akan dapat melaporkan laporan yang buruk kepada
Maharaja Syurga kerana mulutnya terkunci dengan kuih bulan tersebut.


Click to View FlipBook Version